4. KONSEP SEJARAH KSSR.ppt

25
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KONSEP MATA PELAJARAN KONSEP MATA PELAJARAN SEJARAH SEJARAH SEJARAH TAHUN 5 SEJARAH TAHUN 5

Transcript of 4. KONSEP SEJARAH KSSR.ppt

PowerPoint PresentationKONSEP MATA PELAJARAN SEJARAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Sehubungan itu, pada 16 Oktober 2008, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, mencadangkan mata pelajaran Sejarah diajar secara khusus di Tahap II, sekolah rendah dalam usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid selain member kefahaman kepada mereka terhadap sejarah tanah air. Ini juga bertujuan menangani isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum di negara ini di mana sejarah tanah air sering disalah tafsir dan kurang difahami oleh rakyat.
*
Dalam penggubalan kurikulum sejarah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan garis panduan kerana selari dengan hasratnya iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
*
 
*
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
MATLAMAT
OBJEKTIF
ii) Mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah.
iii) Memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah.
iv) Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian.
*
Sambng…..
v) Menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian sejarah.
vi) Menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global.
vii) Memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat.
*
Sambg
Memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum.
Memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri.
Mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai melahirkan perasaan bangga dan hormat
*
Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta akan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
FOKUS MATA PELAJARAN SEJARAH
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah
*
BAGAIMANA PERLAKSANAAN?
*
 
mencakupi beberapa tajuk berdasarkan tema.
pecahan tema mengikut tahun adalah seperti berikut:
*
BERSEPADU :
PEMETAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
SEJARAH TAHUN 5
TEMA : KEDAULATAN NEGARA
  6.1 Institusi Raja 6.2 Agama Islam 6.3 Bahasa Melayu  
7.1 Penjajahan Kuasa Luar 7.2 Perjuangan Tokoh Tempatan 7.3 Kemerdekaan Negara Kita
8.1 Ketua Negara, Cara Perlantikan, Alat Kebesaran, Bidang Kuasa
  9.1 Jata Negara 9.2 Bendera Kebangsaan 9.3 Lagu Kebangsaan 9.4 Bahasa Kebangsaan 9.5 Bunga Kebangsaan
*
Bil
Perkongsian Sejarah
 Berbangga dengan sejarah asal usul negara. Menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional. Mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara. Menghayati peristiwa kemerdekaan negara. Memelihara warisan negara.
2.  
Menyanjungi prinsip Rukun Negara. Menghormati kepelbagaian agama dan budaya. Berbangga dengan lambang dan simbol negara.
3.  
Menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama. Berbangga dengan hari kemerdekaan. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Berbangga dengan pencapaian negara.
4.
Menghormati masyarakat pelbagai kaum. Memakmurkan ekonomi negara. Mengekalkan warisan negara
5. 
Kesetiaan
Mentaati Raja dan Negara. Menghormati pemimpin negara. Mematuhi undang-undang dan peraturan negara.
6.
Mempertahankan identiti negara. Mempertahankan warisan negara. Menerima perbezaan kaum, budaya dan agama.
7.
BERSEPADU: ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK
*
Panduan Pelaksanaan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
 
Bentuk soalan:
Mengapakah anda perlu menghargai keindahan alam sekitar?
*
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut:
ASAS KEMAHIRAN PEMIKRAN SEJARAH
Susunan Masa
Konversi Masa
Perbandingan Masa Lalu
Kemahiran Pemikiran Sejarah adalah merupakan satu bentuk pemikiran khusus yang dapat mengembang potensi murid untuk meneroka idea yang kompleks dan abstrak. Justeru murid dapat memahami secara kritis dan imaginatif. Semasa mempelajari sejarah, murid perlu diajar memahami ciri-ciri yang terdapat pada sejarawan bukan untuk menjadikan murid sebagai sejarawan professional tetapi untuk meningkatkan pemikiran mereka supaya lebih kritikal dan analitikal. Kemahiran ini diajar dalam kalangan murid seperti kemahiran kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi.
*
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah adalah seperti berikut:
ASAS KEMAHIRAN PEMIKRAN SEJARAH
Mengkaji sebab-musabab
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
KBAT
Penerangan
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta
menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek
*
Bahasa
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pendidikan Pengguna
Keselamatan Jalanraya
*
Sambungan
9.PENILAIAN
Penilaian yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Penilaian yang dijalankan di peringkat sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran sumatif pula dilaksana di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai cara. Antaranya ialah pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku skrap dan folio, membuat demonstrasi, simulasi, kuiz dan ujian bertulis.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM