4 Bidang Psv Kbsr

8
4 Bidang PSV KBSR Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. 1. Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster.

description

q

Transcript of 4 Bidang Psv Kbsr

Page 1: 4 Bidang Psv Kbsr

4 Bidang PSV KBSR

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

1. Menggambar

2. Membuat Corak dan Rekaan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif

dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

1. Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek

melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur,

imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan,

stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster.

2. Membuat Corak dan Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan

mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana

hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti corak tidak terancang iaitu pualaman

Page 2: 4 Bidang Psv Kbsr

, tiupan, titisan, ikatan dan celupan dan renjisan dan percikan. Corak terancang iaitu lukisan, catan, cetakan, capan,

lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.

3. Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,

imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka

membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid

dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara

kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat

binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng

dan origami.

4. Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang

memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan

kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri, batik, tekat, ukiran, tenunan,

anyaman dan tembikar.

Page 3: 4 Bidang Psv Kbsr

1.1 Teknik Lukisan 1.2 Teknik Catan 1.3  Teknik Kolaj

   

1.4  Teknik Montaj 1.5  Teknik Cetakan 1.6  Teknik Resis

   

 

Page 4: 4 Bidang Psv Kbsr

1.7  Teknik Gosokan 1.8  Teknik stensilan 1.9   Teknik percikan

         

   

1.10 Teknik Gurisan. 1.11  Teknik Capan 1.12  Teknik Mozek

    

Page 5: 4 Bidang Psv Kbsr

2.1 Corak tidak terancang secara

2.1.1 Pualaman 2.1.2 Tiupan 2.1.3 Titisan

2.1.4 Ikatan dan celupan 2.1.5 Renjisan dan percikan

Page 6: 4 Bidang Psv Kbsr

2.2 Corak terancang secara

2.2.1 Lukisan 2.2.2 Catan 2.2.3 Capan

2.2.4 Cetakan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.6 Resis

3.1 Topeng 3.2 Origami 3.3 Arca Mobail 3.4 Arca Stabail