Folio PSV : cetakan :^^

18
FOLIOPENDIDIKAN SENI DAN VISUAL CETAKAN Ahli-Ahli kumpulan : Muhammad Zikry bin Mohammad Muslim Amjad Fakhri bin Kamarulzaman Nur Umairah binti Zuhairi Zati Akhtar binti Khairul ‘Azmi Tuan Amni Syamimi binti Tuan Ibrahim

Transcript of Folio PSV : cetakan :^^

Page 1: Folio PSV : cetakan :^^

FOLIOPENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

CETAKANAhli-Ahli kumpulan :

Muhammad Zikry bin Mohammad Muslim Amjad Fakhri bin Kamarulzaman

Nur Umairah binti Zuhairi Zati Akhtar binti Khairul ‘Azmi

Tuan Amni Syamimi binti Tuan Ibrahim

Pengenalan Cetakan

Page 2: Folio PSV : cetakan :^^

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.Keistimewaan cetakan inilah mampu menghasilkan

banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.Cetakan pada awalnya digunakan

untuk pendidikan keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke-15. Di Malaysia, cetakan

digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Page 3: Folio PSV : cetakan :^^

SEJARAH CETAKAN1. Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada

cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 Masihi di China.

2. Penggunaan warna dalam seni cetakan bermula pada abad ke-15.

3. Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an. Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluaskan di Malaysia.

4. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang berkemahiran dan peralatan yang diperlukan.

5. Pada akhir tahun 1950-an, beberapa individu yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik penghasilan seni cetakan (contoh: teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu).

6. Awal tahun 1960-am, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan matapelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan.

7. Seterusnya, diperluaskan ke sekolah-sekolah dan individu-individu yang bergiat aktif dalam menghasilkan pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik.

Page 4: Folio PSV : cetakan :^^
Page 5: Folio PSV : cetakan :^^

Cetakan Timbulan (Relief)

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu

disapu dengan dakwat atau pewarna.

Blok kayu/Lino

Contoh Cetakan Timbulan:

a)Cetakan Kayu b)Cetakan Lino c) Cetakan Kolograf d)Cetakan Kolaj

Dakwat

Page 6: Folio PSV : cetakan :^^

Cetakan Benaman (Intaglio) Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi

cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan

benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej (Imej

terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.) 

Contoh Cetakan Benaman a)Kaedah Turisan ( engraving)b)Kaedah Gurisan Asid (etching)c) Kaedah Akuantin (aquantint)

d) Kaedah Mesotin (mezotint)

Dakwat berada di dalam gurisan atau turisan

Plat Logam

Page 7: Folio PSV : cetakan :^^

Cetakan Planograf/cetakan dasar

• Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. 

• Dikenali juga sebagai Litografi. • Ia adalah teknik sifat penolakan minyak

dengan air. • Menggunakan blok batu kapur. 

• Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

Dakwat berada pada permukaan blok. Mendakwat menggunakan kaedah kalisan antara air dengan minyak

Blok Batu

Page 8: Folio PSV : cetakan :^^

Cetakan Stensil/Skrin

• Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. 

• Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. 

• Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.

Contoh Cetakan Stensil/Skrin

a)Kaedah Potongan Kertas Pendua b)Kaedah Filem Laker c) Kaedah Skrin Foto

Page 9: Folio PSV : cetakan :^^
Page 10: Folio PSV : cetakan :^^

proses cetakan timbulan menggunakan blok kayu.

Alatan dan Bahan Yang Diperlukan untuk cetakan:

Page 11: Folio PSV : cetakan :^^

Proses Cetakan:

Alat pengukir

Penggelek Dakwat Cetakan Kepingan Linoleum.

Kepingan Blok kayu

Page 12: Folio PSV : cetakan :^^

Proses mengukir imej pada permukaan blok kayu.

Menggelek dakwat ke atas permukaan blok kayu yang telah diukir.

Page 13: Folio PSV : cetakan :^^

Mengosok belakang kertas cetakan menggunakan lengkungan sudu  

untuk memastikan dakwat benar-benar rata pada kertas cetakan.

Page 14: Folio PSV : cetakan :^^

Imej cetakan yang terhasil.PROSES Cetakan Stensil

Cetakan stensil merupakan kaedah yang paling mudah bagi pemula -pemula atau pelajar-pelajar yang baru diperkenalkan dengan cetakan ini kerana bahan yang digunakan adalah lebih mudah.

Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-

1- Skrin 2-Dye fabrik atau pewarna

Page 15: Folio PSV : cetakan :^^

3- Sekuji 4. Kain organdi ( untuk diregangkan pada skrin)

5. Kain atau kertas untuk cetakan

6. Kertas (untuk melukis imej)

7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)

8. Pita pelekat

9.Stapler gun

Proses :-

1) Sediakan skrin dengan

meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang.

Page 16: Folio PSV : cetakan :^^

2) Lukis imej yang dikehendaki daripada kertas seperti imej flora, lisan atau logo tertentu.

3) Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.

4) Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak.

5) Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah

Page 17: Folio PSV : cetakan :^^

skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.

6) Tuang dye fabric di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki.

7) Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapatkan kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.

Page 18: Folio PSV : cetakan :^^

8 ) Karya cetakan telah siap.