22 PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK APR … · alam sekitar dan pendedahan mengenai...

5
4/10/2018 USM News Portal - PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK KELESTARIAN DAN KELANGSUNGAN AKAN DATANG https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4898-pentingnya-pelihara-alam-sekitar-untuk-kelestarian-dan-kelangsungan-akan-datang 1/5 USM, PULAU PINANG, 22 April 2017 – Memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar kepada pelajar dan warga Universiti Sains Malaysia (USM) melalui program-program yang diadakan adalah inisiatif yang dijalankan sempena program 'Biology Exhibition Day' anjuran Persatuan Sains Kajihayat dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM baru-baru ini. Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, penganjuran program ini adalah satu usaha untuk menyemai semangat kelestarian supaya sejajar dengan teras APEX yang memberi fokus kepada pembangunan kelestarian dan kelangsungan masa hadapan. "Alam sekitar adalah sesuatu unsur yang perlu dijaga kerana ia merupakan satu sumber utama bagi semua hidupan di bumi. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK KELESTARIAN DAN KELANGSUNGAN AKAN DATANG 22 APR

Transcript of 22 PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK APR … · alam sekitar dan pendedahan mengenai...

4/10/2018 USM News Portal - PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK KELESTARIAN DAN KELANGSUNGAN AKAN DATANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4898-pentingnya-pelihara-alam-sekitar-untuk-kelestarian-dan-kelangsungan-akan-datang 1/5

USM, PULAU PINANG, 22 April 2017 – Memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentinganmemelihara dan memulihara alam sekitar kepada pelajar dan warga Universiti Sains Malaysia (USM)melalui program-program yang diadakan adalah inisiatif yang dijalankan sempena program 'BiologyExhibition Day' anjuran Persatuan Sains Kajihayat dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kajihayat,USM baru-baru ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan,penganjuran program ini adalah satu usaha untuk menyemai semangat kelestarian supaya sejajardengan teras APEX yang memberi fokus kepada pembangunan kelestarian dan kelangsungan masahadapan.

"Alam sekitar adalah sesuatu unsur yang perlu dijaga kerana ia merupakan satu sumber utama bagisemua hidupan di bumi.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUKKELESTARIAN DAN KELANGSUNGAN AKAN DATANG22

APR

4/10/2018 USM News Portal - PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK KELESTARIAN DAN KELANGSUNGAN AKAN DATANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4898-pentingnya-pelihara-alam-sekitar-untuk-kelestarian-dan-kelangsungan-akan-datang 2/5

"Jemputan kepada pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa USM sendiri merupakan satu langkah yangbaik kerana dapat mendedahkan mereka tentang pentingnya penjagaan alam sekitar supaya suatu harinanti generasi muda ini dapat memperkasakan lagi dasar-dasar pemuliharaan alam sekitar pada masaakan datang," kata beliau yang mewakili Naib Canselor USM ketika merasmikan program ini.

Jelasnya lagi, melalui program sebegini, diharapkan semua pihak dapat bersama-sama bergandingbahu bagi menjaga kelestarian bumi dan tidak hanya mengharapkan pihak-pihak tertentu sahaja untukmemeliharanya.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Prof. Dr. Amirul Al-Asyraf Abdullah berkata,terdapat dua sub-program yang menjadi fokus utama program 'Biology Exhibition Day' ini iaitu 'Back toNature' dan 'Bio-Product Exhibition' yang memberi fokus kepada pendedahan mengenai kepentinganalam sekitar dan pendedahan mengenai penghasilan produk yang berasaskan sumber alam semulajadi.

"Diharapkan, melalui program yang diadakan ini, ia dapat memberi kesedaran dan melahirkankecintaan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar supaya aset-aset yang ada ini akan terusdipelihara hingga ke generasi akan datang," kata Amirul.

4/10/2018 USM News Portal - PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK KELESTARIAN DAN KELANGSUNGAN AKAN DATANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4898-pentingnya-pelihara-alam-sekitar-untuk-kelestarian-dan-kelangsungan-akan-datang 3/5

Perasmian tersebut telah dihadiri oleh timbalan-timbalan dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat,pengurus program, penasihat-penasihat persatuan dan program, staf-staf, guru-guru, pelajar USM danpelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Masyirah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Chung Ling, SMK Bukit Gambir, SMK Jelutong, SMK Abdullah Munsyi dan Peneng Free School.

4/10/2018 USM News Portal - PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK KELESTARIAN DAN KELANGSUNGAN AKAN DATANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4898-pentingnya-pelihara-alam-sekitar-untuk-kelestarian-dan-kelangsungan-akan-datang 4/5

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung ialah ceramah oleh Organisasi BukanKerajaan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam sekitar dan pameran oleh pelajar, pensyarah, syarikatproduk biologi, organisasi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Teks: Rodiah Md Daud (Pelajar Internship PP Komunikasi)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

4/10/2018 USM News Portal - PENTINGNYA PELIHARA ALAM SEKITAR UNTUK KELESTARIAN DAN KELANGSUNGAN AKAN DATANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4898-pentingnya-pelihara-alam-sekitar-untuk-kelestarian-dan-kelangsungan-akan-datang 5/5