Post on 23-Feb-2023
1
EDISI KHAS
NAIM AZLAN FAHMI
ZULHAIRI KHAIRUNNISA ATIQAH
FADZREEN HARYATI
TERBITAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
HASIL KERJA PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2010
2
Ketua Editor
Muhammad Shamsul Naim Bin Mohd Sukri (BMathEd)
Sidang Editor
Khairul Azlan Bin Inshah (BMathEd) Muhd Khairul Fahmi Bin Zainudin (BMathEd)
Muhammad Zulhairi Bin Zulkifli (BMathEd) Khairunnisa Binti Masrom (BMathEd)
Nurul Atiqah Binti Zainon Mokhtar (BMathEd) Haryati Binti Ismail (BMathEd)
Nurul Fadzreen Binti Mohd Apandi (BMathEd)
Sidang Penyemak Pn. Soo Hoo Soon Teng (IPG Kampus Pulau Pinang)
Mohd Nizamudin Bin Mohd Pauzi (BmathEd)
Misteri Yang Tersingkap
PUBLISHING
3
Diterbitkan Oleh: IPG Kampus Pulau Pinang Publishing Sdn. Bhd. Bukit Coombe, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. emel: ipgkpppublishing@ipgm.com.my Diedarkan Oleh: IPG Kampus Pulau Pinang Distributors Sdn. Bhd. Bukit Coombe, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. emel: distributors@ipgm.com.my Hakcipta © Naim ,Azlan,Fahmi,Zulhairi,Khairunnisa,Atiqah,Fadzreen,Haryati Hakcipta terpelihara, tiada mana-mana bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kepada apa-apa bentuk dengan sebarang cara sekalipun tanpa izin daripada pemegang hakcipta. Cetakan pertama … Julai 2012 Perpustakaan Negara Malaysia Data pengkatalogan-dalam-Penerbitan Naim et all. Lembah Bujang: Misteri Yang Tersingkap ISBN 136-893-0001-20 Dicetak oleh: IPGKPP Group Printing (M) Bukit coombe,11700 Gelugor, Pulau Pinang.
4
KANDUNGAN
Kata Alu-Aluan Ketua Editor 7
Sekapur Sirih – Pensyarah Pengiring 10
Seulas Rasa – Pengarah Projek 11
Pendahuluan 12
Pengenalan 13
BAB 1 LEMBAH BUJANG, KAMI DATANG ! 15
BAB 2 LEMBAH BUJANG, MISTERI YANG DICARI 20
BAB 3 LEMBAH BUJANG, SEJARAH DITELUSURI 25
BAB 4 LEMBAH BUJANG, ARTIFAK YANG DIKAGUMI 34
BAB 5 LEMBAH BUJANG, KAMI TINGGALKAN! 39
Penutup 44
Lampiran 46
5
Dedikasi
Kami mendedikasikan buku ini khas buat isteri dan
suami kami yang tercinta, barisan pensyarah, mentor,
sahabat-sahabat IPG Kampus Pulau Pinang dan buat
semua pencinta-pencinta ilmu terutamanya mereka
yang amat meminati sejarah.
6
KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR
asrat kami untuk menulis buku ini telah disuarakan oleh
pengarah projek kami iaitu Mohd Nizamudin Bin Mohd Pauzi
ekoran cadangan daripada pensyarah pengiring kami iaitu Pn.
Soo Hoo Soon Teng daripada Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus
Pulau Pinang. Kami memberitahu pengarah projek kami bahawa kami
akan melakukan yang terbaik untuk penghasilan buku ini.
Buku ini bukanlah mengenai sorotan kajian ilmiah yang selalu
dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji terkemuka tetapi mengisahkan
perjalanan kami semasa menghadiri lawatan ilmiah ke Muzium
Arkeologi Lembah Bujang pada 8 Julai 2012 yang lalu. Perjalanan kami
pelajar-pelajar IPG Kampus Pulau Pinang PISMP Ambilan Januari 2010
menyelami warisan dan tamadun Lembah Bujang yang berusia 1800
tahun yang lalu.
Terdapat pelbagai sejarah dan lagenda di Tanah Melayu
(Malaysia) sama ada sudah dibongkarkan atau belum. Semua ini
menjadi satu khazanah dan warisan yang harus kita kaji dan pelihara.
Begitu juga dengan Lembah Bujang, satu tempat yang menggemparkan
sejarah dunia dengan wujudnya candi-candi di sekitarnya yang
menunjukkan kepada kita bahawa terdapat tamadun awal yang wujud di
sini. Bahkan penemuan ini menidakkan tempat-tempat tamadun-
7
tamadun awal lain di Asia Tenggara sekali memperkenalkan nama
Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Lembah Bujang merupakan satu tempat yang penuh misteri
kerana sehingga kini, pengkajian di Lembah Bujang masih diteruskan
kerana semakin lama pengkajian diteruskan, semakin banyak misteri
yang terkubur disingkap oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Sebab itu
jugalah kami meletakkan tajuk buku ini “Lembah Bujang: Misteri Yang
Tersingkap”. Banyak artifak dan tinggalan sejarah yang boleh dijumpai
di sini dan dipertontonkan kepada orang ramai di Muzium Arkeologi
Lembah Bujang. Sebahagiannya menjadi satu tanda tanya kepada kita
bagaimana artifak-artifak ini boleh berada di Lembah Bujang? Satu
pengkajian menarik yang boleh telusuri.
Sepanjang lawatan kami, pengarah projek telah membahagikan
tugas-tugas kepada kami semua. Ada yang bertanggungjawab untuk
menemu bual, mengambil gambar-gambar artifak, merakam video dan
sebagainya. Kesemua hasil kerja ini kami cuba satukan di dalam satu
dokumentasi iaitu buku ini. Sepanjang proses pengeditan, kami
menghadapi pelbagai kesukaran terutamanya untuk memilih bahan-
bahan yang akan dimasukkan, memilih gambar-gambar terbaik daripada
fotografi-fotografi kami dan juga menjaga kualiti buku ini.
8
Lembah Bujang bukan sahaja menjadi bukti kepada kita tentang
tamadun awal manusia di Tanah Melayu malah Lembah Bujang juga
menarik para pengkaji untuk membongkar suatu misteri yang tidak
pernah kita fikirkan. Justeru, kami mengharapkan buku ini dapat
memberi sedikit gambaran berkenaan Lembah Bujang. Semoga
bermanfaat buat semua.
Sekian.
Muhammad Shamsul Naim bin Mohd Sukri
(Ketua Editor)
1Sidang Editor bergambar bersama-sama di hadapan Muzium Arkeologi lembah Bujang
9
SEULAS BICARA PENGARAH PROJEK
Assalamualaikum W.B.T
Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya lawatan
sambil belajar ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang pada kali ini telah
berjalan dengan lancar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah pengiring iaitu Puan Soo Hoo Soon Teng serta
rakan-rakan kerana telah memberi sepenuh kerjasama dan komitmen di
dalam menjayakan lawatan pada kali ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan sidang editor
yang lain kerana telah banyak membantu di dalam memberikan
kerjasama dan keringat yang tidak terhingga di dalam menghasilkan
buku ini. Di sini saya merakamkan perasaan saya yang gembira kerana
mendapat kerjasama yang baik. Saya yakin kita semua pelajar guru
mampu menjadi guru cemerlang pada suatu masa nanti.
Akhir kata, syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada semua
pihak yang telah menjayakan program lawatan pada kali ini.
Pengalaman indah ini akan terpahat di dalam memori kita bersama
InsyaAllah.
Sekian, Terima kasih.
Yang Benar,
Mohd Nizamudin Bin Mohd Pauzi
(Pengarah Projek)
10
PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya kami dapat melibatkan diri dengan
program lawatan ke Lembah Bujang dengan jayanya. Jutaan terima
kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan
program lawatan ini terutamanya pihak Muzium Lembah Bujang sendiri
serta pihak lain yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung sebelum dan hingga di akhir program lawatan ini. Tanpa
sokongan dan dorongan dari semua pihak, program lawatan ini tidak
mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekalung jutaan penghargaan juga kepada pensyarah penasihat
lawatan ini Puan Soo Hoo Soon Teng yang sentiasa bertungkus lumus
dalam memastikan program lawatan ini berjaya walaupun program ini
tidak dapat dijalankan pada semester lepas. Jutaan penghargaan juga
kepada para jawatankuasa yang sentiasa bekerja keras sebelum,
semasa dan selepas program lawatan ini berlangsung. Tahniah kepada
semua kerana beramanah dalam memikul tanggungjawab yang
diberikan ini.
Melalui program lawatan ini juga, kami mengharapkan agar
mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat agar dapat bersama
kita gunakan sewaktu menjadi guru kelak. Melalui program yang
berguna dan berfaedah kami juga berharap agar program seumpama ini
dapat dijalankan dan diteruskan dalam memastikan bakal guru
mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap negara yang kaya
dengan sejarah.
Akhir kata, semoga program lawatan ini dapat dimanfaatkan oleh
bakal-bakal guru yang mengikutinya dalam melahirkan guru yang
berilmu pengetahuan yang tinggi.
11
PENGENALAN
Lembah Bujang merupakan salah satu tempat di Malaysia yang
mempunyai warisan dan pembentukan tamadun terawal dalam sejarah
Malaysia. Kewujudan Lembah Bujang pada suatu masa dahulu
membuktikan bahawa ianya berkembang dengan pesat sebagai pusat
perdagangan di Asia Tenggara dari kurun ke 2 hingga ke 14 Masihi
melalui penemuan-penemuan arkeologi dan pelbagai jenis artifak di situ.
Pada abad ke 5 Masihi, para pedagang dari China, India dan Timur
Tengah telah mengetahui akan kewujudan sebuah Kerajaan Melayu
lama yang bertamadun tinggi di Lembah Bujang yang terkenal sebagai
pelabuhan entrepot. Kedudukan Lembah Bujang yang berada di
sepanjang laluan perdagangan di antara Lautan Mediterranean hingga
ke Barat dan dari China ke Timur, telah menjadikannya sebagai suatu
pelabuhan yang strategik untuk kapal-kapal dagang singgah dan
berlabuh.
Kemasyuran Lembah Bujang tersebar ke pelosok dunia. Ramai
pedagang dari pelbagai negara, bangsa dan agama telah datang ke sini
untuk pelbagai tujuan. Ada antara mereka yang bertujuan untuk
berniaga, menyebarkan agama dan tidak kurang pula untuk menjelajah
dunia. Kesemua mereka ini tela meninggalkan suatu warisan di Lembah
Bujang terutamanya di dalam aspek keagamaan. Pelbagai artifak
keagamaan dijumpai di sini sebagai bukti wujudnya suatu ketamadunan
yang tinggi di Lembah Bujang.
Kesemua hasil tinggalan artifak dan arkeologi ini dapat dilihat pada
masa kini di Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Merbok,
Kedah. Muzium ini mempamerkan pelbagai artifak arkeologi proto
12
sejarah sejak dari kurun ke 2 hingga ke 14 Masihi. Terdapat lebih
kurang 1000 artifak yang telah dipamerkan dan lebih 2500 artifak lagi
yang masih di dalam kajian.
Muzium ini turut mengekalkan monumen - monumen candi yang
sebenar. Antaranya ialah Candi Bukit Batu Pahat yang merupakan
antara monumen terbesar di Lembah Bujang. Tapak asasnya masih
kekal terpelihara walaupun struktur atas candinya telah tiada. Selain itu,
terdapat juga candi-candi lain seperti Candi Siva. Monumen ini
dipercayai diperbuat daripada kayu dan batu granit. Tiang-tiang kayu
dan bumbung kuil ini telah lapuk ditelan masa dan tidak lagi bertahan.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pulau
Pinang telah menganjurkan satu lawatan ilmiah ke Muzium Lembah
Bujang bagi mendedahkan para pelajar guru dengan warisan tinggalan
sejarah. Lawatan ini telah diadakan pada 8 Julai 2012, hari Ahad yang
lalu dan disertai lebih daripada 30 orang pelajar guru yang terdiri
daripada kelas T3MT1, T3MT3, KSED dan SNED. Seorang pensyarah
dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pulau Pinang turut menyertai
lawatan ilmiah ini iaitu Puan Soo Hoo Soon Teng.
Semoga dengan lawatan ilmiah ini dapat mendedahkan para pelajar
guru untuk lebih mengetahui akan sejarah perkembangan tamadun di
Malaysia. Secara tidak langsung, program seperti ini dapat
meningkatkan lagi rasa patriotik dan rasa cinta serta sayang kepada
negara.
14
BAB 1 LEMBAH BUJANG – KAMI DATANG
Lembah bujang merupakan tempat yang bersejarah yang menyimpan
seribu erti makna dan misteri yang perlu diungkai dan diambil iktibar
oleh rakyat Malaysia khususnya. Oleh itu, ia haruslah dilawati agar
sejarah dan latar belakangnya dapat dikenali umum terutamanya
generasi-generasi muda seperti kami. Tambahan pula, YDP Agong
sekarang merupakan anak jati Kedah yang juga mempunyai sejarah
tersendiri dengan negeri Kedah itu sendiri.
Disebabkan itu, pada
hari sabtu yang lepas
kami sebagai wakil
pelajar Pelajar Ijazah
Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP)
semestar 6 telah
melakukan lawatan
sambil belajar di bawah
bimbingan Puan Soo
Hoo yang telah dianjurkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan. Jumlah pelajar
guru yang mengikuti lawatan ini adalah seramai 32 orang yang terdiri
daripada pelbagai bidang antaranya pelajar matematik, kajian sosial dan
sains. Kami bertolak seawal jam 9.00 pagi dan sampai di sana pada jam
11.15 pagi.
Berdasarkan pertanyaan secara rawak kepada para pelajar guru,
mereka mengatakan inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke
2 Pelajar-pelajar bergerak ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang
15
Lembah Bujang.
Perkara pertama
yang mereka
lakukan disana
adalah menangkap
gambar bersama-
sama antara kelas.
Selepas itu kami
bergerak ke ruang
muzium utama
untuk memulakan
kajian yang telah ditugaskan. Artifak yang pertama kami jumpa adalah
perahu lama yang berusia lebih 1800 tahun. Sangat menarik kerana
orang purba sangat kreatif dalam membuat perahu daripada beberapa
jenis kayu yang dipiih antaranya kayu cengal.
Seterusnya, kami melawati muzium utama yang dihiasi lampu bewarna
oren. Tidak dinafikan
ada dalam kalangan
kami yang meminati
arkeologi kerana ianya
mempunyai kesenian
yang halus seperti
ukiran gelang.
Terdapat pelbagai
jenis barangan yang
kami dapati. Pada
permulaan pintu
masuk, satu model yang menunjukkan lokasi sebenar Lembah Bujang.
3 Pn. Soo Hoo sedang melihat kawasan sekeliling
4 Papan tanda 'Selamat Datang' ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang
16
Kami meneruskan lagi pemerhatian kami kepada barang-barang yang
ditunjukkan seperti barang ukiran yang dibawa oleh pedagang-
pedagang India sebagai pertukaran kepada barang-barang jualan.
Seterusnya, kami
meneruskan perjalanan
kami ke kawasan luar
muzium yang
menempatkan candi-
candi yang menjadikan
tempat ibadat penting
kepada penganut
agama Hindu Buddha.
Inilah kali pertama
kami melihat candi
secara dekat. Sebagaimana kita maklum, candi-candi tersebut
merupakan lambang atau simbol kepada kedatangan agama Hindu-
Buddha yang telah bertapak di Tanah Melayu sejak 1800 tahun yang
lepas. Kemudian, barulah datangnya agama Islam melalui Kesultanan
Melayu Melaka.
Sewaktu kami dikemuncak bukit yang menempatkan candi yang
terbesar disitu, terdapat sekumpulan rombongan yang lengkap dengan
peralatan kamera sedang menyiapkan kerja untuk penggambaran. Saya
sempat mendekati seorang daripada krew tersebut bagi bertanyakan
beberapa soalan antaranya tujuan mereka datang ke situ. Mereka
menyatakan bahawa mereka sedang mengadakan satu pengambaran
dokumentasi yang mengisahkan Yang Dipertuan Agong sekarang yang
5 Antara artifak yang dipamerkan
17
berasal daripada Kedah dan telah mencatat rekod dimana menjadi Yang
Dipertuan Agong sebanyak dua kali.
Oleh itu, kami
berharap agar
kedatangan kami di
sini dapat mencungkil
sebanyak mana ilmu
dan mengungkai
misteri serta persoalan
yang bermain di fikiran
kami sebelum ini.
Seterusnya, dapat
disampaikan kepada para pelajar yang akan kami didik kelak agar
menjadi seorang insan yang celik sejarah. Di samping dapat menjaga
ketulenan sejarah daripada pupus ditelan dek zaman.
7 Krew 'Discovery Channel' sedang menjalankan penggambaran
6 Candi Lembah Bujang
19
BAB 2 LEMBAH BUJANG – MISTERI YANG DICARI
Sebagai salah satu tempat bersejarah dan tertua di Malaysia, Lembah
Bujang pastinya mempunyai misteri dan keunikannya yang tersendiri.
Pada asasnya, Lembah Bujang merupakan sebuah pelabuhan
antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh
pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara
negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China,
India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan
Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk
pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
Tujuan utama kami melawat ke destinasi ini adalah untuk mengetahui
keistimewaan dan kepentingan tempat ini pada zaman
kegemilangannya.
Setibanya kami tiba
di sana, kami
mendapati
kawasan Lembah
Bujang ini
mempunyai
beberapa
peninggalan candi
yang mempunyai
nilai estetika dan kreativiti seninya yang tersendiri. Oleh itu, antara
misteri yang tersingkap di sebalik penemuan candi-candi tersebut ialah
pembinaan candi-candi itu jelas menunjukkan bahawa Lembah Bujang
merupakan kawasan penyebaran dan juga pemujaan agama Hindu
8Replika kedudukan Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya.
20
Buddha pada suatu masa dahulu di samping menjadi tempat
persinggahan utama dan sementara bagi kapal-kapal pedagang.
Di samping itu, antara misteri lain yang terdapat di Lembah Bujang atau
dikenali sebagai Sungai Batu ini ialah proses cari gali telah
mendedahkan sisa jeti,
tapak peleburan besi
dan binaan batu-bata
yang bertarikh 110SM
merupakan binaan
manusia tertua yang
pernah direkodkan di
Asia Tenggara. Binaan
Chandi menunjukkan
sejak awal abad Masihi
hingga 20 Masihi,
Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan
aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara diAsia, China,
Asia Barat dan India.
Walau bagaimanapun, di
sebalik keunikan bangunan
tinggalan sejarah ini,
Lembah Bujang juga
merupakan tempat
beristirehat dimana pelawat
berpeluang menikmati
landskap hutan hujan
9 Ukiran patung dewa Hindu menunjukkan pemujaan agama Hindu
di Lembah Bujang.
10 Manik-manik yang dibawa oleh pedagang-pedagang India.
21
tropika. Disamping menikmati keindahan dan keunikan senibina dan
tinggalan masyarakat silam, pelawat juga boleh menghayati ketenangan
aliran sungai, air terjun semulajadi
serta kehijauan tropika yang dihiasi
dengan flora dan fauna yang hidup
secara semulajadi di sekeliling
Muzium Arkeologi Lembah Bujang
yang turut disediakan itu.
Koleksi arkeologi yang terdapat di
muzium ini membuktikan Lembah
Bujang sebagai pusat perdagangan
utama di asia Tenggara pada suatu
ketika dahulu. Lembah Bujang ini juga
11 Antara tinggalan binaan candi yang terdapat di Lembah Bujang.
12Pengunjung boleh menikmati keindahan air
terjun yang terdapat berhampiran dengan Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
22
turut menyediakan beberapa kemudahan beriadah dalam
menjadikannya sebagai suatu tempat pelancongan yang bersejarah.
13Artifak-artifak yang terdapat di Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
24
BAB 3 LEMBAH BUJANG – SEJARAH DITELUSURI
Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal
di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman.
Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144
batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara,
Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan
Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap
strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah.
14 Kedudukan Kawasan Lembah Bujang
25
Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan
tinggalan sejarah di tapak arkeologi atau cari gali seperti runtuhan candi,
struktur bandar dan pelabuhan terpendam, ratusan ribu pecahan
seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta
dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang
berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan semula
semua artifak sejarah ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya
sebuah petempatan dan kerajaan pada masa yang lampau di Lembah
Bujang.
15 Gambaran Pelukis mengenai Pelabuhan Kedah Tua
Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah
Tua. Kerajaan Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan
petempatan di Lembah Bujang.
26
Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu
nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau
naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran
Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada
India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan
"Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang
membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam
sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil
daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu -
Buddha.
Lembah bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan
pelabuhan kerana mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Kebiasaannya,
sesebuah tempat atau kawasan dipilih sebagai petempatan adalah
berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya ialah mudah didatangi kerana
kemudahan pengangkutan contohnya sungai dan jalan darat yang baik,
terlindung daripada bencana semulajadi dan serangan lanun serta
bekalan makanan yang mudah didapati.
Keadaan muka bumi Lembah Bujang sangat sesuai sebagai sebuah
petempatan kerana mempunyai pantai dan tebing di sepanjang Sungai
Merbok yang mudah dimudiki, jalan air semulajadi di sepanjang Sungai
Muda dan cerun bukit yang membolehkan pedagang berlindung.
Kemudahan jalan air ini dikatakan menarik minat pedagang-pedagang
untuk singgah di Lembah Bujang. Pedagang-pedagang terutamanya
dari China akan menggunakan jalan air ini sebagai jalan pintas untuk
pergi ke pelabuhan kerajaan-kerajaan lain seperti Langkasuka dan
Srivijaya. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadikan
Lembah Bujang sebagai tempat yang penting pada abad ke-4 hingga
27
abad ke-11. Antaranya ialah pedagangan yang wujud antara China
dengan India.
Pedagang-pedagang dari kedua-dua negara ini memerlukan tempat
untuk mereka bertukar-tukar barang dagangan. Selalunya, tempat yang
terletak di pertengahan jalan perdagangan kedua-dua negara akan
dipilih sebagai pelaburan pertukaran barang. Lembah Bujang dilihat
sebagai tempat yang sesuai di kalangan para pedagang untuk dijadikan
pelabuhan untuk bertukar dan menyimpan barang-barang.
Pedagang dari China
juga menggunakan
Sungai Merbok sebagai
jalan pintas untuk
bertukar barang di
pelabuhan kerajaan-
kerajaan lain
terutamanya
Langkasuka. Sungai
Merbok digunakan
kerana ia dapat menjimatkan masa untuk cepat sampai ke destinasi
perdagangan berbanding dengan penggunaan Selat Melaka dan Laut
China Selatan yang memaksa mereka mengelilingi seluruh Kepulauan
Melayu.
Lembah Bujang juga berfungsi sebagai tempat menunggu pertukaran
angin monsun di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Keadaan laut
bergelora serta ribut laut yang berlaku semasa Angin Monsun Barat
Daya bertiup di Selat Melaka dan Angin Monsun Timur Laut di Laut
16 Sungai Merbok
28
China Selatan memaksa pedagang-pedagang mencari tempat untuk
berlindung dan Lembah Bujang merupakan tempat yang sesuai untuk
pedagang-pedagang berlindung.
Para pedagang juga turut
berdagang dengan
penduduk-penduduk
tempatan di sekitar
Lembah Bujang. Menurut
H.G Quarith Wales,
kawasan Lembah Bujang
memang telah sedia
didiami oleh masyarakat
pribumi yang terdiri daripada Orang Asli dan mengamalkan sistem
ekonomi sara diri bergantung kepada pertanian dan hasil hutan seperti
damar, rotan dan kayu-kayan.
Barang-barang ini sangat diperlukan oleh para pedagang untuk
perdagangan mereka, manakala masyarakat tempatan memerlukan
barangan seperti kain, rempah, pinggan mangkuk, tembikar, barang
pertukangan untuk keperluan harian mereka.
Masyarakat Asli ini menganuti fahaman animisme dan mudah
menerima nilai-nilai baru. Ini memudahkan para pedagang yang
membawa bersama mubaligh-mubaligh bagi mengembangkan ajaran
agama masing-masing, sebagai contoh Pedagang India telah berjaya
mengembangkan agama Hindu dan Buddha pada abad ke-5 di Lembah
Bujang. Lembah Bujang seterusnya berkembang menjadi pusat
penyebaran agama Hindu - Buddha yang terkenal kerana sikap terbuka
17 Jeti Sungai Merbok, Kedah
29
penduduknya dan tiada langsung menerima penentangan daripada
masyarakat tempatan.
Selain itu, Lembah Bujang juga berkembang sebagai petempatan dan
pelaburan disebabkan oleh fungsi Gunung Jerai. Kedudukan Gunung
Jerai yang merupakan gunung tertinggi di Barat Semenanjung Tanah
Melayu menjadikan kawasan Lembah Bujang sebagai tempat penting.
Pedagang-pedagang telah menjadikan Gunung Jerai sebagai petunjuk
arah dan panduan untuk mengelakan mereka sesat terutama pada
waktu malam. Puncak Gunung Jerai dapat dilihat dengan jelas dari
lautan.
18 Pemandangan Gunung Jerai dari kawasan sawah padi
30
Bagi pedagang dari India pula tertarik dengan keadaan berdekatan
dengan Gunung Jerai terutama Lembah Bujang kerana mempunyai
banyak air terjun dan subur untuk pertanian. Menurut ajaran agama
Hindu, tempat tinggi seperti Kaki Gunung Jerai adalah tempat suci. Oleh
itu, mereka memilih Lembah Bujang untuk mengembangkan Agama
Hindu.
Abad ke-4 hingga abad ke-11
merupakan zaman kegemilangan
Lembah Bujang. Lembah Bujang
telah muncul sebagai sebuah
pusat perdagangan terpenting di
antara Laut Mediteranean dan
China. Lembah Bujang pernah
berada di bawah naungan
Kerajaan Srivijaya. Ini membantu
Lembah Bujang menjadi sebuah
pelabuhan yang pesat.
Ramai pedagang yang singgah di
sini untuk berdagang dan bertukar
barang. Pedagang-pedagang
China mengenali Kedah Tua atau
Lembah Bujang sebagai "Yeh-po-ti" dan "Chieh Cha".
Pedagang India pula menggelarkan Lembah Bujang sebagai "Kataha",
"Katahanagara", "Kidaram", "Kadaram" dan "Kalagam" manakala
pedagang dari Arab mengenalinya sebagai "Kalah" atau "Qalha".
19 The Malay Peninsula in Hindu Times karya H.G.
Quaritch Wales
31
Lembah Bujang juga terdapat di dalam catatan dan sumber bertulis
Barat. Lembah Bujang dalam catatan Barat digelar sebagai "Quedah",
"Quedaram", "Kheddah", "Gedda" dan sebagainya.
Peninggalan Agama Hindu - Buddha yang ditemui di Lembah Bujang
merupakan kesan daripada proses kemasukan agama Hindu - Buddha
melalui perdagangan. Ia juga menunjukkan bahawa "Proses
Penghinduan" atau "Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di utara
Tanah Melayu.
Begitulah tadi serba ringkas tentang sejarah awal pembentukan Lembah
Bujang ini. Kerajaan Melayu merupakan satu kerajaan yang hebat di
mana ketamadunannya telah bermula sejak berkurun lamanya tanpa
kita sedar. Walaupun ketiadaan sebarang teknologi yang canggih pada
masa itu, namun, orang Melayu mampu bangun untuk membina sebuah
pusat perdagangan terpenting di antara Laut Mediteranean dan China di
samping menjadi pusat keagamaan yang hebat. Kehebatan mereka ini
seharusnya di contohi oleh generasi sekarang supaya kehebatan
ketamadunan Melayu tidak hancur begitu sahaja.
33
BAB 4 LEMBAH BUJANG – ARTIFAK YANG DIKAGUMI
Kunjungan kami ke tempat bersejarah
ini sangatlah bermakna
memandangkan kami berpeluang
mengenali pelbagai artifak tinggalan
sejarah. Menurut hasil penerangan
pekerja muzium ini, bahan-bahan
Arkeologi yang dipamerkan di Muzium
ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja
penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar
kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi.
Selain itu, kami semua juga turut difahamkan bahawa artifak arkeologi
yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang
membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan
antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh
pedagang-pedagang yang
menguasai jalan perdagangan
laut antara negara-negara di
timur dan barat terutama
pedagang-pedagang China,
India, Arab disamping
pedagang-pedagang Melayu
dari Kepulauan Melayu yang
menguasai rempah ratus dan
hasil hutan exotika untuk
pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
20 Tulisan Kuno pada dinding muzium
21 Peralatan yang digunakan pada masa dahulu
34
Kami berasa sangat seronok di saat menjejakkan kaki di Muzium
Arkeologi Lembah Bujang. Hal ini demikian kerana,selain daripada reka
binanya yang sangat unik, muzium ini sangat kami kagumi kerana
bayaran masuknya adalah percuma walaupun terdapat banyak artifak
berharga di dalamnya. Oleh yang demikian, pada pandangan saya, kita
semua sebagai bakal guru sangatlah wajar untuk berkunjung ke muzium
ini bagi menambah pengetahuan am sejarah.
Daripada penerangan
pekerja muzium ini juga,
saya dapati terdapat dua
jenis arfifak tinggalan sejarah
yang ditemui di Tapak
Arkeologi Lembah Bujang ini.
Artifak tersebut ialah artifak
perdagangan dan artifak
keagamaan. Artifak
perdagangan terdiri daripada
pecahan seramik tembikar tanah, tembikar batu, porselin, kaca, manik
serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Kami telah
meneliti kekreatifan penghasilan beberapa artifak seperti lesung batu.
Kami dapati terdapat pelbagai saiz lesung batu yang telah dihasilkan
oleh orang zaman dahulu. Pada pandangan peribadi kami,
berkemungkinan besar bahawa lesung batu merupakan alatan yang
mempunyai pelbagai kegunaan (multifunction) pada zaman dahulu.
22 Cembul yang diperbuat daripada tanah liat
35
Oleh sebab itulah orang zaman
dahulu menghasilkan banyak
lesung batu yang terdiri daripada
pelbagai saiz. Namun yang
demikian, kami semua tertanya-
tanya apakah kegunaan sebenar
lesung batu tersebut pada zaman
dahulu? Adakah bagi tujuan
memasak seperti kita semua
aplikasikan pada hari ini atau
terdapat juga tujuan-tujuan lain
seperti untuk digunakan sebagi
alatan bercucuk tanam atau untuk
berperang.
Seterusnya, kami turut difahamkan bahawa artifak keagamaan pula
terdiri daripada candi, patung-patung dan arca. Kami dapati bahawa
kebanyakan barang-barang
yang ditemui ini dibuat
daripada tanah liat. Ukiran
patung adalah sangat halus.
Kami tertanya-tanya apakah
alat yang digunakan oleh
orang zaman dahulu untuk
mengukir patung dengan
sangat halus kerana pada
pengetahuan kami, orang
zaman dahulu tidak
mempunyai pisau.
23 Lesung batu Lembah Bujang
24 Arca Ganesha yang diperbuat daripada batu granit
36
Kemudian, kami semua dijelaskan oleh pekerja muzium tersebut
bahawa bahan binaan untuk candi pula terdiri daripada batu bata, batu
sungai, mineral laterit dan batu granit. Kami sangat kagum dengan
binaan candi yang kukub dan stabil walaupun binaan tersebut tidak
langsung menggunakan simen seperti binaan bangunan kita pada hari
ini.
Kami semua sangat berpuas hati dengan penerokaan artifak kami di
Lembah Bujang pada kali ini. Kami semua akan berusaha untuk
memanfaatkan ilmu pengetahuan baru yang kami perolehi untuk
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelak.
25 Bahan binaan untuk candi pula terdiri daripada batu bata, batu sungai, mineral laterit dan batu granit.
38
BAB 5 LEMBAH BUJANG – KAMI TINGGALKAN!
Selepas berada di Lembah Bujang kami dapati banyak ilmu yang telah
ditimba dan kami dapat mengenali tempat bersejarah itu. Kami dapat
mengetahui pelbagai
sejarah tentang candi
contohnya candi batu
pahat dan candi Pendiat.
Pemandangan di sana
juga tidak dapat dinafikan
sangat nyaman, tenang
dan kehijauan. Tempat ini
dapat memberikan
sumber ketenangan
kepada sesiapa sahaja yang datang melawat ke sini. Selain itu, di sini
juga terdapat air terjun untuk kegunaan orang ramai. Di sini kita boleh
membawa
keluarga datang
berkelah. Semasa
kami datang,
terdapat ramai
pengunjung yang
datang bersama
keluarga bukan
sahaja datang
melawat muzium
tetapi mereka juga
datang berkelah
27 Pelajar mengambil gambar
26 Sidang Editor bergambar bersama di candi
39
bersama keluarga.
Hubungan silaturahim di antara kelas-kelas yang terlibat semakin akrab.
Hasil daripada lawatan ini kami saling mengenali antara satau sama lain
dengan lebih dekat. Kami
banyak berkongsi dan
bercerita tentang lawatan
ini sesama sendiri dan
bertukar pendapat
mengenai lawatan kali ini.
Muzium Arkeologi Lembah
Bujang mempamerkan
kehebatan tamadun tanah
melayu dulu dalam pembuatan candi-candinya. Ini merupakan salah
satu perkara yang kami kongsikan kerana sebelum ini kami tidak melihat
kehebatan tanah melayu sendiri.
Struktur pembinaan candi-candi di
sini sangat menarik kerana kekuatan
yang dapat dilihat sampai sekarang.
Candi-candi ini masih kukuh berdiri
walaupun sudah berusia abad lalu.
Ini merupakan kekuatan yang dapat
dilihat oleh kami tentang tamadun
melayu yang ditinggalkan lamanya
tetapi masih gah untuk dijadikan
tontonan dan warisan Negara kita.
Tambahan lagi, ada pihak luar yang sanggup datang untuk merakam
29 Aksi-aksi menarik pelajar
28 Pengarah projek sedang mengambil gambar
40
warisan negara kita. Kami telah menjumpai krew-krew rakaman
televisyen semasa kami lawati Muzium ini. Bangsa asing sanggup untuk
mempromosikan warisan
Negara kita. Jadi kami
sebahagian penduduk Negara
berasa bangga, kagum dan
seronok kerana warisan ini
diagung-agungkan.
Akhir kata, kami berharap
lawatan seperti ini akan
diadakan lagi untuk pada masa
yang akan datang. Ini bertujuan
untuk membuka mata dan
minda rakyat Malaysia untuk lebih menghargai Tamadun Negara sendiri.
Selain itu, bagi kami bakal guru
perlu untuk melawat tempat
bersejarah supaya kami lebih tahu
menghargai apa yang telah ada
dan cuba menjaga anugerah ini.
Kami perlu menerapkan perasaan
patriotism dalam diri supaya dapat
disalurkan kepada murid-murid
kami nanti.
31 'Videographer' sedang memberi arahan kepada
pengacara program
30 Pn. Soo bergambar berlatarbelakangkan bukit
41
32 Bergambar bersama
hos rancangan Discovery Channel, Denise Keller.
33 Ketua editor bersama
rakan-rakan
34 Sidang editor bersama 'cameraman' (pakai topi)
42
PENUTUP
Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya dengan
sejarah. Sejarah yang tinggi nilainya ini seharusnya dihargai oleh setiap
rakyat Malaysia. Dalam konteks menghargai nilai sejarah ini, tidak
kiralah apa bangsa yang dipegang mahupun agama apa yang dianuti,
setiap rakyat Malaysia mestilah menjunjung sejarah kerana sejarahlah
yang membangunkan sesebuah negara. Tapak Arkeologi Lembah
Bujang merupakan tapak sejarah yang mempunyai banyak pengetahuan
sejarah berkaitan pertembungan budaya antara beberapa jajahan.
Pertembungan ini akan mewujudkan penerimaan budaya yang
bermanfaat dan boleh digunakan oleh sesuatu kerajaan. Sesebuah
negara yang maju dan berjaya pada hari ini, mungkin pada dahulunya
merupakan sesebuah negara yang keterbelakang dan hasil daripada
pertembungan budaya maka mereka berhijrah menjadi sebuah Negara
yang membangun.
Kesedaran mengenai sejarah Negara mestilah dijadikan panduan
dalam membina Malaysia yang Berjaya. Seseorang yang dahulunya
melakukan kesalahan tidak mungkin akan mengulangi kesalahan
tersebut seandainya mereka mengingati dan menghayati sejarah.
Analoginya, seseorang yang dahulunya yang pernah jatuh tangga
memungkin seseorang tersebut lebih berhati-hati semasa menggunakan
tangga untuk mengelakkan kemalangan lama berlaku semula. Ia juga
boleh dilihat pada sejarah Malaysia sendiri; Peristiwa 13 Mei benar-
benar memberi petunjuk bahawa setiap warganegara mestilah sentiasa
menjaga sensitiviti bangsa-bangsa yang mendiami Negara Malaysia.
43
Budaya hormat menghormati dan saling bertolak ansur mestilah ditanam
dalam setiap rakyat Malaysia. Sikap mementingkan diri mestilah
dihapuskan secara total. Jesteru, amat penting bagi setiap individu
dalam melihat sejarah-sejarah yang telah berlaku di Negara kita dalam
konteks yang positif agar dapat menjadikan ia sebagai resepi terhebat
dalam membentuk negara yang aman, makmur dan harmoni.
Kesimpulannya, tanamkanlah perasaaan cinta dan sayangkan Negara
kita.
46
Kepala patung Buddha yang diperbuat daripada batu hijau (green slab) dan teah rosak pada bahagian muka ini ditemui secara tidak sengaja (chance find) di Tapak Tanah Bersejarah Kampung Sungai Mas, Taoak 32, Kota Kuala Muda, Kedah
47
Patung Hariti (Mendukung Anak) yang dikenali juga sebagai Dewa Berang yang diperbuat daripada terracota. Dijumpai secara tidak sengaja (chance find) di Tapak Tanah Bersejarah Kampung Sungai Mas, Taoak 32, Kota Kuala Muda, Kedah.
54
Misteri Yang Tersingkap
Buku ini adalah koleksi dan catatan perjalanan lawatan pelajar-
pelajar PISMP Ambilan Januari 2010 Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Terbahagi kepada 5 bab utama yang akan membawa sidang
pembaca bersama-sama kami menyelusuri catatan perjalanan
kami yang menarik dengan keajaiban dan keistimewaan
LEMBAH BUJANG.