SOSIOLINGUISTIK BBM3204

Post on 13-Feb-2016

187 views 8 download

description

SOSIOLINGUISTIK BBM3204. Dr. Norazlina Hj . Mohd Kiram noraz@putra.upm.edu.my 0192161174. ISTILAH . Antara istilah sosiolinguistik yang akan dibincangkan : 1. Komuniti Bahasa 2. Tabu 3. Eufemisme 4. Pertukaran Kod 5. Percampuran Kod 6. Bahasa Pijin 7. Bahasa Kreol - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of SOSIOLINGUISTIK BBM3204

1

SOSIOLINGUISTIK

BBM3204

Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiramnoraz@putra.upm.edu.my

0192161174

2

3

ISTILAH Antara istilah sosiolinguistik yang akan dibincangkan:

1. Komuniti Bahasa2. Tabu3. Eufemisme4. Pertukaran Kod5. Percampuran Kod6. Bahasa Pijin7. Bahasa Kreol8. Bahasa Slanga9. Bahasa Inklusif10. Dialek11. Idiolek12. Kedwibahasaan

4

KOMUNITI BAHASA (COMMUNITY LANGUAGE) John Lyons (1970):- “semua orang yang menggunakan suatu jenis bahasa atau dialek”.

Bloomfield (1933): - “a group of people who use the same systems of speech signals”.

Hartman dan Stork (1976):- “sekumpulan manusia yang biasanya tinggal dalam satu kawasan, bertutur

dengan menggunakan satu kelainan bahasa atau bahasa baku yang sama”.

Dalam komuniti bahasa mesti ada:- Masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut- Kawasan tertentu atau kelas-kelas tertentu- Menggunakan satu bentuk bahasa atau dialek yang serupa- Menggunakan lambang-lambang verbal

5

TABU (TABOO) Suatu keadaan yang menjadi sekatan kepada anggota

masyarakat agar tidak menggunakan bahasa sewenang-wenangnya.

Mengapa tabu wujud?- Adat & kepercayaan- Takut- Unsur seks/lucah/fungsi badan Topik yang sering dianggap tabu:- Fungsi badan, anggota badan, urusan, hamil, bersalin dan

sebagainya. Semua kata yang dianggap tabu dilarang penggunaannya

dalam percakapan, tetapi terbatas dalam situasi tertentu. Cth: tahi lalat, berak dan lain-lain.

6

EUFEMISME (EUPHEMISM)

Gorys Keraf (2005), “acuan berupa ungkapan yang halus untuk menggantikan acuan yang mungkin dirasakan menghina, menyinggung atau sesuatu yang tidak menyenangkan”.

Kesantunan dalam berbahasa supaya dianggap sopan dan tidak melanggar tabu.

Kadang-kadang diucapkan dalam bentuk berkias atau bahasa halus.

Contoh:- Meninggal dunia- Jenazah Ada juga yang menganggap eufemisme sebagai “sopan santun

yang menipu”.

7

PERTUKARAN KOD (CODE SWITCHING)

Berlakunya penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa.

PERCAMPURAN KOD (CODE MIXING)

Seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama.

8

BAHASA PIJIN

Campuran dua atau lebih bahasa. Bahasa kacukan yang belum mantap. Pola bahasanya sukar dikenal pasti Tiada penutur yang menggunakannya sebagai bahasa pertama. Cth: bahasa pasar.

BAHASA KREOL

Bahasa kacukan yang telah mantap. Pola bahasanya boleh dikenap pasti. Mempunyai penutur yang menggunakannya sebagai bahasa

pertama. Cth: bahasa cina baba di Melaka, bahasa cetti dan lain-lain.

9

BAHASA SLANGA

Satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baharu digubal dan cepat berubah.

Contoh: buat dek, cun, bro, bertenet, balak dll

BAHASA INKLUSIF

Bahasa yang mempunyai sifat/ciri yang tinggi dan unggul mengatasi bahasa-bahasa lain. Antaranya:

- Bahasa Kebangsaan- Bahasa Rasmi- Bahasa Lingua Franca- Bahasa Kreol

10

DIALEK (DIALECT)

Satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk-bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata berbanding bahasa baku.

Ada ciri dan sifat yang saling memahami. Boleh dibahagi kepada tiga, iaitu

1. Dialek Sosial (Social Dialect)2. Dialek Daerah (Regional Dialect)3. Dialek Seketika (Temporal Dialect)

IDIOLEK (IDIOLECT)

Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau

tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

11

12

KEDWIBAHASAAN (BILINGUALISM) Mengetahui dan menguasai dua bahasa. Mengamalkan dan menggunakan dua bahasa dalam

kehidupan seharian. Sebab-sebab berlakunya kedwibahasaan:1. Masyarakat majmuk2. Pertembungan budaya3. Penjajahan4. Perdagangan5. Pengembangan agama6. Pendidikan7. Dasar bahasa8. Perkahwinan campur