RPH Pendaraban T5

Post on 05-Oct-2015

26 views 1 download

description

contoh

Transcript of RPH Pendaraban T5

CONTOH PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)MATEMATIK KSSR TAHUN 5

TAHUN/ MASA/MATA PELAJARANKANDUNGANIMPAK / CATATAN

Tahun 5 Pintar

8:50 9:50 pagi

60 minit

Matematik

Bidang: Nombor dan Operasi

Tajuk : Darab Hingga 1 000 000.

Standard Kandungan : 4.1 Pendaraban dua nombor

Standard Pembelajaran : 4.1 (i) Mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dan hasil darabnya hingga 1 000 000 termasuk membuat anggaran.

Objektif Pembelajaran : Di akhir PdP murid dapat mendarab sebarang nombor hingga dua digit, 100 dan 1000.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran :1. Murid ditunjukkan video cara membuat sifir 1 hingga 9 bagi mengimbas kembali operasi darab yang mereka belajar pada tahun lepas.2. Murid ditunjukkan cara yang betul melakukan pendaraban dan ditunjukkan pelbagai teknik untuk melakukan pendaraban (Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk berbincang teknik yang ditunjukkan). 3. Murid diminta menjawab kuiz yang terdapat dalam VLE dan diedarkan lembaran kerja.4. Murid berbincang lembaran kerja yang diberikan sambil bermain permainan yang disediakan di dalam VLE berkaitan pendaraban.5. Guru membuat rumusan dengan menunjukkan video pelbagai kaedah dalam melakukan pendaraban.

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Bahan Bantu Belajar : VLE, Komputer

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran : Melalui aktiviti secara kumpulan dan individu bagi pendaraban mengikut tahap penguasaan yang ditetapkan dalam DSKP.

Refleksi :25 / 30 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan pada hari ini.

5 orang murid diberi latihan pemulihan untuk kemahiran ini.

.