Pertanian pendidikan khas oleh abdul murad hamid kacang penjang renek

Post on 20-Jun-2015

969 views 3 download

description

abdul murad abd hamid

Transcript of Pertanian pendidikan khas oleh abdul murad hamid kacang penjang renek

PENDIDIKAN KHAS - PERTANIAN KACANG PANJANG RENEK

– oleh ABDUL MURAD ABD HAMID

(GC PENDIDIKAN KHAS)

(Ehsan bahan data : Pejabat Pertanian Manjong,Perak)

(Sumber Gambar: Pendidikan Khas SMK Layang Layang,Johor)

KACANG PANJANG RENEK

Nama Botani : Vigna sinensis var. sesquipedalis Famili : Leguminosase Kacang panjang jenis rendah ini dipercayai berasal dari Filipina dan dibawa masuk ke Selatan Thailand. Dari situ ia di bawah ke utara negeri Kedah. Penyelidik yang dilakukan oleh Stesen MARDI Jalan Kebun, dari tahun 1996-1999, kacukan antara kacang panjang jenis memanjat dengan cowpea (cv. group unguiculata) menghasilkan 'MKP Renek'. Perbezaan yang ketara daripada varieti memanjat ialah pertumbuhan yang renek dan pusingan tanaman yang pendek.

PENANAMAN:

1. Sesuai ditanam di kawasan tanah gambut, tanah bakar atau gembur 2. Bajak tanah dengan kapur (magnesium limestone) dengan kadar 2.5 mt/ha. 3. Gaulkan baja organik (tahi ayam reput) dengan kadar 2 mt./ha. 4. Biji benih ditanam sedalam 3 cm (2-3 biji selubang) dengan jarak 70 cm x 25 cm dan

jarak antara batas ialah 1.0 m. 5. Ketinggian pokok antara 45 cm - 60 cm.

PENGUTIPAN HASIL:

1. MKP mula berbunga antara 40 hari atau 5-6 minggu selepas menanam. 2. Kelopak bunga berwarna biru muda dan mengeluarkan kacang antara 25-45 cm

panjang dan 0.6-0.8 cm garispusat. 3. Pengutipan hasil dilakukan sehingga 8-10 minggu bermula dari tempoh menanam,

bergantung kepada kesuburan pokok dan kesesuaian tanah. 4. Kajian mendapati varieti ini boleh mengeluarkan hasil lebih kurang 130-160 g lenggai /

pokok atau 9-111 mt/ha. Anggaran harga di ladang RM1.50/kg.

.

PROSES PROJEK

1. Penyediaan Tanah 2. Penyediaan Batas 3. Menanam

4. Menyulam 5. Memasang PLASTIK penutup batas 6. Pengairan 7. Membaja 8. Merumput 9. Meracun 10. Mengutip Hasil

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT:

Sembur racun serangga carbaryl untuk mengawal pelombong daun dana racun kulat maneb untuk mengawal bintik daun.

Kelebihan MKP Renek:

Varieti ini didapati tumbuh dengan baik di kebanyakan tempat yang telah dicuba. Selain daripada itu, MPK Renek mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk ditanam secara komersil. Ciri-ciri ini adalah seperti berikut:-

Pokok yang Renek Keadaan fizikal yang rendah membolehkan jentera digunakan dalam menanam, merumpai, membaja, mengawal perosak dan lain-lain aktiviti dalam operasi pengeluaran di ladang. Pokok ini tidak memerlukan junjung dan ini mengurangkan kos hampir 50% pengeluaran.

Pusingan hidup yang pendek Jangka hayat kacang panjang renek lebih pendek. Pengeluaran lengai tertumpu ke satu tempat atau synchronous. Lengainya juga lebih pendek daripada jenis biasa. Keadaan ini mengurangkan risiko serangan penyakit, serangga dan kecederaan akibat alam semula jadi. Ciri ini juga membolehkan MKP Renek boleh ditanam beberapa kali dalam setahun.

Lenggai yang pendek Lenggai kacang yang dihasilkan adalah pendek dan ini memudahkan proses pasca tuai, pembungkusan dan penyimpanan bagi maksud pemasaran.

Pengeluaran lenggai di bahagian atas kanopi Ciri-ciri ini membolehkan liputan semburan racun perosak yang baik. Juga telur-telur serangga pengorek yang mungkin terdapat di permukaan bunga mudah di bawa air.

Bekalan Biji Benih

Biji benih kacang panjang renek boleh dibeli di Stesen MARDI Jalan Kebun, Klang dan Pusat Penyelidikan Hortikultur, Ibu Pejabat MARDI di Serdang, Selangor