Post on 03-Apr-2018
7/29/2019 Korporat
1/7
Pengenalan
Komunikasi merupakan bidang yang sangat penting untuk semua bidang yang lain,
sehinggakan perbuatan dan tingkahlaku manusia tidak akan sempurna tanpa ada komunikasi (
Narimah 2004 ). Pada peringkat awal kewujudan manusia, komunikasi hanyalah untuk
kepentingan antara perseorangan sahaja. Dengan perkembangan yang pesat dan setelah
berlaku revolusi peradaban manusia telah wujub komunikasi yang lebih komplek. Pada era
kebangkitan media adalah bermulanya kepada cetusan komunikasi yang lebih besar, keadaan
ini berlaku apabila pada masa itu perkembangan organisasi telah menjadikan komunikasi
adalah bidang utama dalam pemasaran produk dan juga tenaga manusia. Banyak syarikat
mula menyedari bahawa komunikasi adalah pemangkin utama dalam dunia perniagaan
terutamanya bagi mencetuskan imej korporat sesebuah syarikat. Sebagaimana menurut
Saodah, narimah dan Mohd Yusof (2004) pengetahuan tentang komunikasi menjadikan
seseorang atau organisasi itu akan lebih berjaya dan berdaya saing.
Pembentukan syarikat yang mantap sangat berkait rapat dengan komunikasi korporat yang
wujud dalam sesebuah organisasi. Dalam era pemodenan ini, organisasi dan syarikat telah
sedar bahawa komunikasi korporat sangat penting dalam pembentukan imej korporat,
sebagaimana menurut Ind (1990) Komunikasi Korporat merupakan satu proses untuk
menterjemahkan atau mengubah sesuatu identiti korporat menjadi imej korporat.
Kewujudan perbadanan pada masa ini adalah berorientasikan kecekapan dan juga motivasi
pekerja. Dengan bermotifkan keuntungan disamping mengimbangi matlamat keuntungan dan
tanggungjawab terhadap masyarakat. Setiap organisasi perlu mempunyai strategi
komunikasinya yang tersendiri bagi mewujudkan organisasi atau perbadanan yang berdaya
7/29/2019 Korporat
2/7
saing serta layak sebagai pemilikan indentiti korporat. Sebagai contohnya Syarikat Telekom
Malaysia Berhad (TM) adalah sebuah syarikat yang sangat jelas identiti korporatnya. Semua
pihak yang terlibat dalam pengurusan syarikat ini silih berganti mewujudkan strategi yang
mantap bagi membentuk imej, identiti dan reputasi di persada antarabangsa.
Strategi Identiti Korporat TM
Telekom Malaysia Berhad sangat mementingkan imej korporat, jika dilihat kepada
syarikat gergasi di dunia seperti Dell, Pepsi dan Francais terkemuka seperti McDonald dan
KFC, mereka memberi fokus utama terhadap imej korporat mereka. Telekom Malaysia
Berhad telah banyak merangka dan melaksanakan imej korporatnya tersendiri. Telekom
Malaysia Berhad (TM), percaya bahawa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah
tentang melakukan perubahan. Sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan
peneraju yang kian meningkat naik dalam komunikasi Asia, Kumpulan telah mengubah
kehidupan segenap lapisan masyarakat sejak sekian lama, sebelum CSR menjadi perkataan
yang sering disebut-sebut. Kini dengan kehadiran dan operasi di 13 buah negara, Kumpulan
turut memperluaskan usaha CSRnya merentasi sempadan negara melalui anak-anak
syarikatnya di seberang laut.
Menguatkan lagi komitmen tersebut, TM telah mencipta satu tema iaitu Reaching Out bagi
memberi satu imej dan pandangan yang menyeluruh terhadap inisiatif-inisiatif warga
korporat TM. Dengan memberi satu "wajah" bagi semua usaha CSR yang dilaksanakan oleh
Kumpulan, ia menjadi lebih mudah untuk orang ramai mengenali dan mengaitkan usaha-
usaha CSR yang diterajui oleh Kumpulan. Reaching Out telah dilancarkan oleh YAB. Dato
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini dalam satu
majlis yang diadakan di Menara TM, ibu pejabat Kumpulan TM. Dalam lawatan sulung
7/29/2019 Korporat
3/7
beliau ke Menara TM
Baru-baru ini TM telah mengubah identiti korporatnya dalam membentuk imej korporat
seperti Penjenama semula Kedai Telekom kepada TM Point, pemantapan logo syarikat,
warna organisasi, imej pekerja, pengiklanan yang berupaya memberi bomm dan imej portal
web yang lebih interaktif.
Selaras dengan visinya untuk menjadi syarikat komunikasi pilihan, Telekom Malaysia
Berhad meneruskan usahanya ke arah memberikan khidmat pelanggan yang berkualiti kepada
para pelanggannya yang dihargai. Apabila Syarikat melakukan penjenamaan semula pada
tahun 2005, ia turut melaksanakan pelbagai program Pengurusan Perhubungan Pelanggan
(Customer Relationship ManagementCRM) dan salah satu inisiatif yang telah dikenal pasti
ialah Transformasi Pusat Panggilan.
Transformasi tersebut, yang merupakan satu proses berterusan, diharapkan dapat mencapai
yang berikut:
mencipta nama yang lebih baik di kalangan pelanggan justeru menghasilkan kepuasan
pelanggan yang lebih tinggi berhubung perkhidmatan dan jualan
kepuasan yang lebih tinggi di kalangan anggota dalam persekitaran baru
pusat hubungan tunggal bagi pelanggan
memberikan imej baru Syarikat yang mengutamakan pelanggan
Di bawah transformasi ini, TM telah mengambil langkah untuk merasionalkan pusat-pusat
panggilannya bagi memberi layanan yang lebih baik kepada pelanggan dan mengoptimumkan
sumber yang ada. Ini termasuklah menempatkan semula 12 pusat panggilannya ke hanya 4
lokasi strategik.
Identiti Korporat seperti penjenamaan semua dan imej-imej syarikat seperti logo dan warna
7/29/2019 Korporat
4/7
adalah satu pembaharuan yang sangat berkesan terhadap TM. Pada masa ini semua jenis
publisiti dengan tujuan promosi produknya adalah sangat mantap dengan kecekapan
penyebaran maklumat yang tepat. TM juga telah membentuk imej produk dan pekerjanya
yang cekap, antara contohnya jika pelanggan ingin melayari internet disemua tempat di dunia
tidak akan menghadapi masalah, ini kerana produk seperti teknologi broadband, wifi,
wireless dan hotspot telah menjadi agenda utama TM.
Jika dilihat pada masa kini, antara imej korporat yang sangat berjaya dibentuk oleh TM ialah
pembekal rangkaian Broadband terkemuka Negara adalah sangat sinonim dengan TM.
Walaupun rangkaian telefon mendapat persaingan yang hebat daripada Syarikat seperti Maxis
dan Digi, namun demikian TM telah berjaya mengalih arah dengan membentuk imej
pembekal rangkaian jalur lebar melalui TM Net.
Strategi Pemasaran Mesra Pelanggan.
Pemasaran adalah elemen utama dalam pembentukkan dan pengaliran produk syarikat. TM
telah melaksanakan teknik pemasaran dengan pemantapan dan pengaplikasian komunikasi
sebagai elemen yang sangat penting untuk penyebaran produk. Dengan menekankan kedua-
dua jenis media massa seperti media cetak dan elektronik telah banyak membantu menaikan
imej dan reputasi TM di mata masyarakat.
Semua TM Point disusun dalam keadaan mesra pelanggan serta semua jenis maklumat
berbentuk cetakan seperti risalah, buku, manual dan boring diletakkan pada bahagian
hadapan kaunter supaya pelanggan bebas untuk mengambil sebagai rujukan atau pendaftaran
produk.
TM juga telah memantapkan portal web mereka dengan mengoptimunkan kemudahan kepada
7/29/2019 Korporat
5/7
pelanggan seperti pendaftaran di atas talian, serta pembahagian bonus kepada pelanggan yang
dapat mendaftarkan rakan mereka melalui Program Member Get Member. Melalui kaedah
sebegini telah melonjakkan imej TM yang dapat membantu membentuk Komunikasi
Korporat.
Portal TM juga telah memberi ruang kepada Laman Mikro seperti Bluehyppo. Bluehyppo
merupakan laman mikro yang serba lengkap bagi memenuhi semua kehendak pelanggan
seperti e-browser untuk akhbar secara atas talian. Antara produk yang telah berjaya
melonjakkan imej korporat TM ialah gamezone.bluehyppo, broadband. Bluehyppo, event.
Bluehyppo, ebrowser. Bluehyppo, chat. Bluehyppo dan booty. Bluehyppo.
Melalui portal utama TM iaitu http://www.tm.net.my telah disediakan sistem e-pay yang
diiktiraf oleh Bank Negara. Kemudahan ini meliputi pembayaran bil, akhbar, perisian,
pengajian, pembelajaran dan juga pembayaran saham syarikat secara atas talian. TM telah
mengorak langkah yang sama dengan syarikat terkemuka dunia yang mendaftar syarikat di
portal perniagaan menerusi internet yang terkemuka seperti E-Bay dan Amazon.com.
TM juga telah mengunakan televisyen sebagai saluran maklumat kepada pelangganya.
Sebagai contoh iklan yang menonjolkan pekerja TM Point mesra dan cepat telah banyak
mengubah persepsi masyarakat terhadap TM. Apabila apa yang ditayang di televisyen adalah
benar, ini telah melonjakkan TM sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kecekapan.
Kesimpulan
Komunikasi korporat dicetuskan dengan kemantapan dan terjemahan identiti korporat kepada
imej korporat. Untuk membentuk komunikasi korporat yang mantap perlulah merangka
strategi korporat yang berkesan. Keadaan ini dibentuk berdasarkan sesuatu perspektif yang
kukuh, iaitu kejayaan dalam perspektif moden atau kontemporari perlu wujud pemerhatian
7/29/2019 Korporat
6/7
emprikal yang berdasarkan pandangan bahawa tidak ada satu pun strategi korporat yang tepat
atau lengkap. Walaubagaimanapun Montgomery (1998) berpendapat bahawa strategi
korporat pelu melalui lima elemen utama iautu sumber, operasi perniagaan, skruktur, sistem
dan proses.
Dalam membentuk kemantapan dan strategi komunikasi perlulah menjalani penilaian
peringkat pengurusan yang berlandaskan ADOTPS. Analisis ini sangat perlu kepada setiap
peringkat seperti kebaikan, keburukan, peluang, factor masa, masalah dan pemengang taruh
atau kepentingan adalah element utama dalam mementukan sesuatu strategi tersebut boleh
diguna pakai atau tidak.
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulankan bahawa setiap organisasi, perbadanan
dansyarikat perlua membentuk stratego komunikasi supaya maklumat dan produk syarikat
mendapat tempat dalam masyarakat. Pengurusan korporat adalah tonggak utama dalam
merangka dan melaksanakan semua strategi komunikasi bagi membentuk imej korporat
sesebuah syarikat.
Bibliografi
Giffin, E.M (2000). A First Look at Communication Theory (4th ed.) USA McGraw-Hall.
Muhammad Rosli Selamat 2007, Modul KOC3301 Pengenalan Komunikasi Korporat
Universiti Putra Malaysia.
Paul The Tuck School Of Business Dartmouth College(2003) Corporate Communication
Third Edition The McGraw-Hill Companies.
7/29/2019 Korporat
7/7
Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof (2004). Teori-Teori Komunikasi. Pahang:
PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
Laman Web
Telekom Malaysia Berhad Corporate Profile.
http://www.tm.net.my/tmnet2006/contents/corporate/newsroom.cfm