Post on 23-Jun-2015
Konflik Ibu Bapa dan Remaja.
Pengenalan
Definisi Konflik
Konflik, menurut Wikipedia,secara sociologis, konflik merujuk kepada
“suatu proses sosial antara dua orang atau lebih (bisa juga kelompok) dimana
salah satu pihak berusaha menyingkirkan pihak lain dengan menghancurkannya
atau membuatnya tidak berdaya “ Konflik juga “dilatarbelakangi oleh perbedaan
ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu interaksi. perbedaan-perbedaan
tersebut diantaranya adalah menyangkut ciri fisik, kepandaian, pengetahuan,
adat istiadat, keyakinan, dan lain sebagainya” Dengan ini, kita dapat
menyimpulkan bahawa konflik merupakan situasi yang terjadi apabila ada
perbezaan pendapat antara dua pihak. Kedua-dua pihak ini menentang
pendapat antara satu sama lain walaupun kadang-kadang mempunyai tujuan
yang sama.
Cabaran Remaja
Pada usia remaja, seseorang itu akan mengalami perubahan-perubahan
fizikal, emosi dan social. Ini secara langsungnya akan memberi kesan
terhadap kesihatan mental. Antara masalah-masalah yang sering dihadapi
oleh remaja ialah, keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri, sering
merasa diri disalahertikan, merasa diri dilayan tidak adil, kesunyian, sukar
memahami emosi, susah membuat keputusan dan mempunyai konflik
dengan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan bahawa
remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa mereka sering
1
menjalinkan hubungan mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang
mempunyai masalah kesihatan mental. Oleh itu, adalah penting untuk
mengurangkan konflik ibu bapa dengan remaja demi kesejahteraan remaja
itu.
Konflik Ibu Bapa dan Remaja
Apabila seseorang itu meningkat remaja, seseorang itu akan lebih cenderung
untuk bersifat egosentrik. Oleh itu, remaja akan sering bertelingkah dengan
orang-orang yang bersifat authoriti disekelilingnya. Jika di sekolah, dengan guru-
guru, dan jika berada dirumah, dengan ibu-bapa. Selain itu, remaja juga
cenderung bersifat memberontak dengan orang-orang diselilingnya yang
dilihatnya mempunyai nilai yang ‘keras’. Remaja juga kelihatan lebih suka
menghabiskan masa mereka dengan rakan-rakan sebaya kerana mereka
berpendapat rakan-rakan sebaya lebih bebas, terbuka, dan menyeronokkan. Ini
juga merupakan sebab utama remaja mempunyai konflik dengan ibu bapa, iaitu
jurang umur. Disebabkan dengan jurang umur ini, remaja dan ibu bapa melihat
kehidupan dengan perspektif yang berbeza. Perkara-perkara yang dirasakan
begitu penting oleh remaja, dirasakan tidak begitu penting oleh ibu bapa. Ibu
bapa amat sukar memahami anak-anak remaja mereka dengan jurang umur
yang sangat berbeza ini. Walau bagaimanapun, mengikut Papalia dan Olds
(1992), nilai-nilai yang didukung oleh remaja pada hakikatnya tidak jauh beza
dangan nilai-nilai yang dipegang oleh ibu bapa. Oleh itu, pernolakan remaja
terhadap nilai-nilai ibu bapa hanyalah sementara sahaja. Tambahan pula, konflik
remaja dengan ibu bapa merupakan fenomena normal yang tidak dapat
2
dielakkan dalam perkembangan pada peringkat remaja. Ahli psikologi pula
berpendapat, konflik remaja dengan ibu bapa boleh mendatangkan kesan positif
kerana konflik itu menggalakkan dan meransang daya kreativiti dan pemikiran
kritis kaum remaja seandainya konflik itu dapat diimbangi dan diatasi dengan
jayanya oleh remaja.
Jurang Generasi antara Ibu Bapa dan Remaja
Kajian lepas mendapati bahawa, majoriti remaja masih rapat dengan ibu
bapa mereka, mersepsikan ibu bapa sebagai penyayang , mengambil berat
terhadap diri mereka, dan masih menghormati akan penilaian ibu bapa mereka.
Tambahan pula, dari segi nilai dan sikap yang dipengang oleh ibu bapa dan
remaja, kajian lepas mendapati remaja masih mempunyai nilai dan sikap yang
sama dipegang oleh ibu bapa mereka. Tetapi, dalam cita rasa peribadi,
perbezaan pendapat memang akan wujud. Ini kerana remaja dipengaruhi
dengan cita rasa rakan-rakan sebaya mereka, seperti cara berpakaian, cara
mengatur bilik, waktu makan , waktu pulang ke rumah dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, Smetana (1989) berpendapat bahawa faktor utama yang
menyebabkan pertelingkahan ialah cara mendefinisikan isu-isu tertentu yang
berbeza. Berdasarkan adapt atau peraturan social, ibu bapa akan melabelkan
sesuatu itu ‘betul’ atau ‘salah’. Remaja pula, oleh kerana mereka sudah mula
membuat pernaklukan sendiri, akan faham bahawa sesuatu isu itu merupakan
pilihan peribadi, bukan peraturan sosial, seperti isu mengemas bilik. Apa yang
penting sebenarnya ialah, ibu bapa dan remaja haruslah cuba memahami
pendapat masing-masing tanpa mendefinasikan sesuatu isu itu dengan berbeza.
3
Faktor- faktor yang Mengakibatkan Konflik Ibu Bapa dengan Remaja
Antara faktor-faktor yang mengakibatkan konflik di antara ibu bapa dengan
remaja ialah krisis identiti dan perkembangan kognitif. Di bawah perkembangan
kognitif terdapat tiga cabang iaitu idealistic, egosentrik dan pencanggahan rasa
rendah diri (Inferior).
Krisis identiti
Pada zaman remaja, pencarian identiti merupakan satu ciri yang begitu
menonjol. Pada peringkat ini, remaja kelihatan ingin diidentifikasikan sebagai
apa-apa pun selain daripada ibu bapa mereka. Mereka seolah-olah tidak ingin
lagi meluangkan waktu bersama keluarga malah merasakan tidak selesa jika
kelihatan bersama ibu bapa, lebih-lebih lagi dihadapan kawan-kawan mereka.
Walau bagaimanapun, proses ‘pemisahan’ ini adalah perkara yang normal.Pada
peringkat ini juga, remaja ‘menolak’ ibu bapa mereka supaya mereka merasakan
diri mereka bukan lagi di zaman kanak-kanak dan dengan itu dapat membentuk
identity mereka sendiri dengan lebih mudah. Mereka mendahagakan ‘role –
model’, contoh teladan yang mereka boleh ikuti. Dengan pencarian identi yang
masih kabur itu, mereka cenderung berpaling kepada rakan-rakan sebaya
supaya mereka dapat merasakan diri mereka tergolong dalam sesuatu golongan.
Tambahan pula, remaja sering membuat keputusan yang berbeza dengan
keputusan yang diambil oleh ibu bapa mereka. Ini menyebabkan perselisihan
faham antara remaja dengan ibu bapa. Oleh itu, dengan isu krisis identiti ini,
remaja menghadapi konflik dengan ibu bapa mereka.
4
Perkembangan Kognitif
Idealistik
Remaja berkebolehan memikirkan teori-teori abstrak menyentuh soal politik,
utopia , cinta dan membuat penaklukan sendiri berdasarkan hipotesis yang
mereka memikirkan sendiri. Dengan pemikiran yang sangat tebal dan idealistic
ini, mereka gunakan untuk membuat pemilihan peribadi, pekerjaan atau
ideology. Tambahan pula, mereka juga berpendapat bahawa mereka boleh
mencapai apa- apa yang diinginkan jika mereka berusaha.
Walau bagaimanapun, bagi remaja yang mempunyai impian yang tidak selaras
dalam hidup mereka cenderung memperlihatkan sikap tidak kisah. Mereka juag
mungkin mengasingkan diri daripada masyarakat . Mereka juga menentang apa-
apa perkara dalam masyarakat yang tidak disenanggi oleh mereka. Malahan,
keadaan menjadi lebih buruk ketika ibu bapa mula masuk campur , mengkritik
anak remaja mereka dan mengenakan hukuman. Hal ini berlaku kerana ibu bapa
tidak memahami perubahan pengalaman yang dialami oleh remaja dan cuba
untuk mempengaruhi cara pemikiran anak remaja mereka dengan cara yang
tidak sesuai.
Egosentrik
Dalam psikologi, egosentrik ialah satu sifat ketidak bolehan membezakan antara
diri dengan orang lain dan cenderung melihat sesuatu perkara hanya dengan
5
pandangan mereka sendiri. Sifat egosentrik ini sangat berkai rapat dengan
ketidak stabilan emosi remaja. Dengan kebolehan intelek yang baru mereka
perolehi, mereka berangan-angan untuk menakluki dunia. Disebabkan dengan
ini, mereka sering bercanggahan pendapat dengan ibu bapa mereka. Mereka
sukar menerima pendapat dan pandangan orang dewasa. Apabila sesuatu
keputusan perlu dibuat, percanggahan pendapat menjadi perkara biasa. Remaja
pula cuba mempertahankan pendapat mereka dan ini boleh mengakibatkan
perbalahan dengan ibu bapa mereka.
Pencanggahan Rasa Rendah Diri
Kesedaran mengenai ketidakupayan mengatasi ibu bapa menyebabkan remaja
merasa merendah diri. Kesedaran ini digantikan dengan tingkah laku palsu yang
ditunjukkan oleh remaja. Manakala, bagi ibu bapa, mereka tertekan dengan
hakikat bahawa zaman kegemilangan mereka sudah berakhir dan mereka sudah
pasti tidak boleh mengulangi kecerdasan dan kelincahan seperti yang dialami
oleh remaja. Maka, dengan rasa rendah diri yang dialami oleh kedua-dua pihak
ini, menghasilkan tingkah laku yang meingkatkan ketegangan dalam hubungan.
6
Jenis-jenis Konflik
Antara jenis-jenis konflik yang dialami oleh ibu bapa dan remaja ialah
pencapaian akademik dan kerja rumah, perbelanjaan wang, pemilihan rakan dan
pencintaan.
Pencapaian akademik dan kerja rumah
Ibu bapa sangat mengambil berat tentang pencapaian akademik dan kerja
rumah anak remaja mereka. Hal ini kerana, mereka berpendapat dengan
pencapaian akademik yang baik dapat menjamin masa depan anak-anak
mereka. Pencapain akademik merupakan faktor penentu pencapain sosio-
ekonomi anak-anak. Harapan yang diberi oleh ibu bapa ini memberi tekanan
yang melampaui keupayaan anak remaja mereka. Salah satu contoh tekanan
yang diberi ialah dengan membanding-bandingkan pencapaian akademik anak
mereka dengan anak-anak kawan mereka. Ibu bapa akan menambah tekanan
lagi jika pencapain akademik anak mereka tidak secemerlang dengan pencapain
anak rakan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa tidak semua remaja
mempunyai taraf pemikiran dan kognitif yang sama. Setiap orang mempunyai
kelebihan dan kelemahan yang berbeza.
Disebabkan dengan tekanan yang diberikan itu, remaja lebih gemar
menghabiskan masa dengan rakan-rakan sebaya dengan menjalankan aktiviti
sosial. Mereka kurang memikirkan soal akademik dan kerja rumah. Mereka lebih
gemar menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan berseronok. Apabila
tekanan yang dihadapi oleh remaja bercanggah dengan perasaan kecewa ibu
7
bapa mereka, maka konflik akan berlaku. Dalam sesetengah kes, remaja akan
memperlihatkan satu akademik pencapaian yang lemah sebagai penentangan
emosi terhadap tekanan ibu bapa.
Perbelanjaan Wang
Konflik jenis ini berkaitan dengan jumlah wang saku dan kebebasan dalam soal
perbelanjaan wang. Ramai ibu bapa berpendapat remaja masih belum mampu
mengagihkan perbelanjaan secara rasional. Ibu bapa beranggapan bahawa
remaja akan menghabiskan wang pada barang-barang atau hal-hal yang tidak
membawa apa-apa faedah. Mereka sering merasakan remaja bersikap
membazir dalam perbelanjaan. Jika remaja berharap mendapatkan sesuatu ,
dan harapan mereka itu musnah akibat tiada sokongan wang daripada ibu bapa,
maka konflik akan berlaku. Sesetengah remaja pula, apabila sangat nekad ingin
mendapatkan apa-apa yang diinginkannya, akan mula cuba bekerja sambilan
untuk memperoleh wang. Tindakan ini pula sering menimbulkan prasangka dan
kebimbangan di kalangan ibubapa kerana mereka merasakan yang kuasa
mereka mengawal aktiviti anak semakin merosot. Mereka amat bimbang jika
anak mereka terjerumus dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Permilihan Rakan
Ibu bapa sebenarnya sangat prihatin tentang latar belakang agama, etnik, dan
sosioekonomi rakan-rakan anak remaja mereka. Kadangkala, ibu bapa ingin
anak-anak mereka berkawan dengan yang setaraf sosioekonomi dengan
8
keluarga mereka. Kadangkala pula, ada ibu bapa yang tidak kisah dengan taraf
sosio ekonomi kawan-kawan anak-anak mereka. Ini berkait rapat tentang
pemikiran dan pandangan ibu bapa itu. Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik
untuk anak-anak mereka. Mereka mahu kawan-kawan anak remaja mereka itu
memberi pengaruh yang baik terhadap anak mereka. Mereka juga
mengharapkan dengan pengaruh yang baik itu dapat meningkatkan lagi prestasi
akademik dan tingkah laku yang positif anak- anak mereka. Walau
bagaimanapun, pemilihan rakan bagi remaja ialah berdasarkan nilai-nilai
tersendiri seperti nilai hidup, personaliti, minat, dan sebanyak manakah
hubungan itu membawa keseronokan kepada mereka. Dengan perbezaan
pandangan dari segi ini, membawa hubungan yang lebih tegang. Apabila ibu
bapa mengkritik anak remaja mereka tanpa memberi alasan yang munasabah, ia
mendorong remaja beralih kepada kawan-kawan, mengharapkan penerimaan
dan meunujukkan kepada ibu bapa yang mereka mampu hidup berdikari. Jika
remaja menerima sokongan dari rakan sebaya , mereka akan lebih berani
berkonflik dengan ibu bapa mereka. Satu kritikan yang bersifat emosional akan
membawa peningkatan tingkah laku yang dikritik. Maka, tidak hairanlah wujud
kes-kes remaja lari daripada rumah akibat daripada konflik ini.
Pencintaan
Kebiasaannya banyak remaja perempuan yang mengalami konflik jenis ini. Ibu
bapa sebenarnya sangat bimbang jika pencintaan akan membawa kepada
perkahwinan yang tidak sepadan. Oleh itu, mereka akan cuba menilai
9
kesesuaian rakan anak remaja mereka berdasarkan latar belakang sosio-
ekonomi, etnik dan agama. Mereka juga mengambil berat tentang reputasi dan
imej rakan lelaki anak perempuan mereka. Kadang-kala tanggapan terhadap
rakan lelaki itu berdasarkan kepada khabar angin yang mereka dengar . Remaja
perempuan pula cuba membela dan imej teman lelakinya kerana mereka
berpendapat hanya mereka sahaja yang memahami teman lelakinya itu.
Pada ibu bapa pula, pandangan mereka lebih kritikal. Mereka bimbang
pertemuan dengan teman lelaki akan membawa kepada tingkah laku yang
seksual yang bertentangan dengan nilai masyarakat dan agama. Ini
menyebabkan ibu bapa sentiasa mengawasi masa dan tempat temu janji anak-
anak mereka itu. Contohnya, pada kebiassanya, ibu bapa melarang anak
perempuan mereka bertemu dengan teman lelaki pada waktu malam, atau balik
ke rumah lewat malam.
Ibu bapa juga berpendapat, remaja sepatutnya berinteraksi dengan pelbagai
individu supaya mereka mengenali karakter yang pelbagai berbanding hanya
berinteraksi hanya dengan individu yang tertentu sahaja. Namun begitu, remaja
sering salah erti dengan hasrat ibu bapa ini. Dengan masing-masing
mempertahankan pendirian dan pendapat mereka, maka timbul lah konflik.
10
Langkah-langkah Untuk Mengatasi Konflik
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam mengatasi
konflik dengan remaja. Ibu bapa seharusnya memahami dan mengetahui alam
psikologi remaja yang sedang membesar. Remaja ternyata menghadapi
kehidupan yang kritikal pada peringkat umur dari 12 hingga 21 tahun. Pada
masa ini jugalah konflik dalaman berlaku demi menentukan arah hidup mereka.
Sebenarnya, pada peringkat ini remaja memerlukan perhatian dan bimbingan
serta kasih sayang daripada orang dewasa. Perasaan mereka sangat sensitive
sehingga perkara-perkara yang remeh-temeh pun boleh mengecilkan hati
mereka.
Hurlock (1968) mendapati bahawa ibu bapa yang menggunakan disiplin
yang terlalu ketat lebih banyak mewujudkan krisis personaliti antara remaja
dengan ibu bapa. Ibu bapa yang tidak memahami keperluan-keperluan dan
kehendak-kehendak remaja akan menyebabkan remaja menjauhkan diri mereka
daripada keluarga.
Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang secara
bersemuka dengan anak-anak mereka dan jangan sesekali memperkecilkan
kemampuan dan menolak pendapat remaja. Ini kerana remaja sentiasa mahu
dihargai dan dihormati seperti mana ibu bapa ingin disanjungi. Ibu bapa mesti
berusaha merapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antara satu sama lain.
11
Akhir sekali, ibu bapa juga harus memberikan anak-anak didikan agama
yang secukupnya kerana melalui pendidkan agama yang lengkap dan sempurna
akan menghasilkan generasi muda yang lebih baik.
Peranan Remaja
Seterusnya kita lihat bagaimana remaja sendiri juga memainkan peranan
yang penting bagi menyelesaikan konflik dengan ibu bapa mereka sendiri.
Terlebih dahulu, remaja harus melakukan sesuatu untuk mengelak berlakunya
konflik dengan ibu bapa. Remaja sendiri perlu sedar akan kesukaran ibu bapa
mencari nafkah untuk membesarkan mereka. Setiap masalah yang timbul boleh
dibincang bersama kerana masalah yang kecil pun boleh menjadi besar jika tidak
diselesaikan secara rasional. Selain itu,remaja juga harus berhati-hati dalam
membuat sebarang keputusan apabila berselisih faham atau pendapat dengan
ibu bapa. Jika perlu, dapatkan nasihat daripada orang yang boleh dipercayai.
Di samping itu, remaja harus memahami cara dan bentuk didikan ibu
bapa. Bagi remaja yang menerima didikan secara demokrasi, kebebasan yang
dimiliki haruslah digunakan untuk mengembangkan potensi yang sedia ada. Bagi
mereka yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang permissif pula,
haruslah sedar bahawa mereka telah diberikan kebebasan tanpa kawalan. Para
remaja ini perlu berhati-hati apabila mengambil satu-satu keputusan dan
tindakan. Mereka harus mendapatkan nasihat daripada guru sekolah atau rakan-
rakan yang berpersonaliti positif.
12
Bagi remaja yang dibesarkan dalam keluarga bercorak autokratif pula,
harus dicari jalan supaya sikap ibu bapa mereka dapat diubah agar dapat sama-
sama berbincang soal-soal berkaitan dengan remaja. Walaupun untuk menukar
cara didikan amat sukar dilakukan, remaja harus memperlihatkan sikap
menghormati ibu bapa. Kita sedar bahawa bukan mudah untuk mematuhi
peraturan-peraturan yang dikenakan, tetapi sekiranya remaja terus menghormati
ibu bapa, lama-kelamaan ibu bapa akan terpengaruh dan mengubah sikap
mereka.
Masalah jurang generasi dapat diatasi sekiranya remaja sedar bahawa
ibu bapa mempunyai nilai mereka yang tersendiri. Jalan penyelesaian yang
paling baik ialah meyakinkan remaja bahawa mereka mempunyai nilai tersendiri
yang berbeza dengan matlamat akhir yang dikehendaki oleh ibu bapa. Munglin
untuk cara mentafsir nilai itu berbeza, tetapi remaja mesti pastikan bahawa ibu
bapa memahami tujuan dan matlamat mereka sebenarnya.
Apa yang sering berlaku ialah remaja ingin ‘melarikan diri’ daripada ibu
bapa tetapi pelarian ini terhalang kerana masih terikat dan bergantung kepada
ibu bapa mereka, terutamanya dari segi kewangan. Degan erti kata lain, mereka
ingin membina hidup mereka sendiri tetapi pada masa yang sama terpaksa
mengekalkan ikatan dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain (Siegel,
1982). Bukan sahaja remaja, ibu bapa juga mempunyai perasaan tidak menentu.
Mereka mahukan anak mereka berdikari tetapi pada masa yang sama tidak
mahu melepaskan anak mereka jauh daripada pandangan. Lantaran itu,
13
wujudlah apa yang dikenali sebagai maklumat berganda dalam tingkah laku. Ini
bermaksud ibu bapa akan berkata sebegini tetapi bertingkah laku sebegitu.
Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkkan bahawa hanya
sekitar 15-25% sahaja keluarga yang mengalami konflik dan konflik ini pula
timbul sebelum seseorang anak itu menjadi remaja (Collins, 1990). Terdapat
juga yang hanya mengalami konflik ringan sahaja yang dianggap tidak
dapat dielakkan (Larson dan Lampman-Petraitis, 1989). Offer dan Offer (1974)
pula mendapati kebanyakkan remaja gembira dengan hidup mereka, pandai
menyesuaikan diri dan mempunyai imej kendiri yang realistik.
14
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, remaja dan ibu bapa tidaklah berkonflik dari segi
nilai-nilai politik,agam, social, dan ekonomi tetapi sebenarnya mereka berkonflik
akan perkara-perkara yang remeh-temeh seperti kerja sekolah, kerja rumah,
siapa yang patut dijadikan rakan, masa untuk keluar berjumpa kawan, cara
berpakaian dan sebagainya. Daripada kajian Montemayor (1983) didapati
pertengkaran wujud kerana remaja inginkan kebebasan tetapi ibu bapa masih
cuba berusaha untuk mengajar mereka tentang peraturan-peraturan social yang
kemudiannya menghasilkan tekanan kepada remaja. Seboleh-bolehnya, ibu
bapa tidak perlu bimbang kerana lazimnya pertelingkaran dan konflik-konflik
yang disebut tadi hanya akan memuncak semasa awal remaja, stabil semasa
remaja pertengahan dan mula menurun apabila remaja tersebut berumur 18
tahun. Apa yang ibu bapa perlu lakukan islah cuba menyelesaikan
percanggahan-percanggahan pendapat antara mereka dan remaja sebaik
mungkin dan perlulah difahami bahawa konflik mesti wujud dalam apa jua bentuk
perhubungan.
15
BIBLIOGRAFI
Jas Laile Suzana Jaafar(2008) Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan
remaja. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd
Leigh, G, and Peterson, G. (Eds). (1986). Adolescents in Families. Cincinnati :
South Western.
Mc Candless, B.R. (1970). Adolescents: Behaviour and Development. Hinsdale.
IL: Dryden Press.
Milufer P. Medora, Avery Goldstein, Cheryl von der Hellen (1993). Variables
related to romanticism and self-esteem in pregnant teenagers. Health Care
Industry. Retrieved at
http://findarticles.com/p/articles/mi_m2248/is_n109_v28/ai_13885854/
Necessary, J.R. and Parish, T.S. (1995). Relationships of Parents’ Perceived
Actions toward Their Children. Adoloscence, 30,175-176.
Wikipedia (2009) Egocentrism. Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved at
http://en.wikipedia.org/wiki/Egocentrism
16