Post on 07-Apr-2018
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
1/14
Kolam Ikan Koi/Kap
Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan
koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman. Kolam ikan koi atau
Koi Pond sebenarnya tidaklah sukar untuk disenggara. Bagi menaikkan
seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan ditanam
berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen tentunyamemilih pepohon bonsai, kemboja dan busida.
Keladi bunting, teratai dan melati masih menjadi pilihan ramai untuk
menghiasi dalam kolam, namun koi Pond tanpa tumbuhan dalam air
sudah mencukupi kerana ikan koi berwarna warni dan menarik.
Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu
tan ikan per satu meter persegi kolam. Bagi menjamin keselesaan dan
kolam koi anda nampak eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan
mengikut saiz dan kedalaman air.
Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah
sekurang-kurangnya 36 sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang
terdedah dengan cahaya matahari terik, perlu dipastikan kedalamannya
lebih daripada 36 sm.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
2/14
Elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti
gapi dan ikan emas kerana ia menghilangkan seri kolam dan kemungkinan
ikan lebih kecil menjadi makanan ikan koi.
Bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan
busuk kerana ia boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering
kelihatan muncul di permukaan air.
bila membersihkan kolam, anda disarankan supaya tidak membuang
semua air ketika membersihkan kolam dan tinggalkan sekurang-
kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu terbaik untuk anda
membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang
berbanding sebelah malam
Tip: Kolam ikan koi
y Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripadamenggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.
y Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan iasentiasa berada dalam keadaan bersih.
y Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelumanda memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk
memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidaktertinggal dalam kolam
y Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika andamahu mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu
mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh
hidupan air.
y Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau keranaia tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain.
Ia juga menjadikan landskap nampak lebih hidup.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
3/14
Ikan Mas (bahasa Inggeris: Goldfish ), Carassius auratus, merupakan
salah satu ikanterawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan
akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak
kecil kepada familiikan kap (yang merangkumi ikan kap koi serta kap
krusian), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu
tua/perang yang berasal dari Asia Timur (dibela jinak buat pertama kali
di China)[1] dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17.Nama saintifiknya Carassius auratus.Mutasi yang melahirkan Ikan Mas
juga diketahui daripada spesies-spesies siprinid yang lain, seperti kap
biasa dan tench.
Ikan Mas boleh tumbuh sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya
dan 9.9 paun(4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai;
sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai sehingga
separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup
selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan
Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam
hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk. [2]
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
4/14
Arowana Asia atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Malaysia
sebagai ikan kelisa, manakala bagi penduduk-penduduk etnik di beberapa
buah daerah di Republik Indonesia sebagai ikan peyang, tangkelesa,
kelesa, siluk, kahyangan serta beberapa nama lain lagi, adalah ikan
hiasan eksotik klasik bermutu tinggi yang begitu istimewa di kalanganpenggemarnya.
Di samping itu juga, ia sangat terkenal dengan nama jolokannya seperti
Dragon Fish dan Dragon Bonytongues terutama sekali bagi para
pengekspot dan pengimpot ikan yang sedang diancam kepupusan ini.
Walau apa pun jua nama yang diberikan kepadanya, Arowana tetap
berenang megah sebagai raja ikan hiasan eksotik air tawar yang unik
dan eksklusif.
Ikan Arowana boleh membiak didalam kurungan secara semula jadi
tanpa memerlukan suntikan hormon aruhan pembiakan. Musim pembiakan
di dalam kurungan tidak begitu ketara kerana kurang dipengaruhi oleh
persekitaran semula jadi. Namun, aspek pemakanan perlu diberikan
perhatian sebaik saja anak ikan mulai berenang bersendirian walaupun
masih terdapat sedikit yolk di bahagian bawah perutnya. Kelewatan
memberi makanan akan menyebabkan anak ikan mencederakan sesamasendiri. Asuhan anak ikan diperlukan selama dua hingga tiga bulan
sehingga anak ikan mencapai saiz 15-20 sentimeter dan sesuai
dipasarkan.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
5/14
Kenapa ikan laga mendapat sambutan??
Ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan
dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan
harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin
terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh
bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah
bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu
oleh peminatnya.Harga seekor ikan laga??Harga yang paling tinggi yang pernah dicatat setakat ini, seekor ikan
laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada
harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200.
Penjagaan secara komersial agak rumit.Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia
juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi
penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya
menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu
sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing
merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di
mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
6/14
dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun, tidak
diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan
kualiti air.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan
kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai
umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan
dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kiradua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila
ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan
dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga
menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas
anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan
bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di
dalam bekas yang lebih besar.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
7/14
Ikan Barb cantik, aktif mudah dipelihara dan dibiakkan. Ia berasal darikawasan Asia dan Afrika. Spesies Asia terdapat di India, Malaysia dan
sebahagian Negeri China. Terdapat beberapa spesies dalam kumpulan
Ikan Barb, iaitu Tiger Barb ( Barbus tetrazona), Tiger barb tempatan
(Barbus pentazone) Golden Barb (Barbus schuberti), Cherry barb (
Barbus conchonius), Black Ruby barb (barbus nigrofasciatus) dan Rosy
barb ( Barbus conchonius). Ia adalah sejenis maserba kecuali beberapa
spesies seperti Lampan Sungai ( Puntius Swanenfeldii) dan Lampan Siam(Puntius altus) ialah jenis maun. Ikan Barb boleh menyesuaikan diri
dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium memerlukan system
penapisan dan pengudaraan. Jenis yang biasa diternak dalam akuarium
ialah jenis yang kecil. Ikan ini dapat hidup selama 2-3 tahun ia sangat
cantik jika dipelihara dalam kumpulan nonospesies. Terdapat beberapa
jenis baru di pasaran seperti ' Green barb' yang mempunyai belang (
stripe) yang besar berwarna hijau berkilat dan jenis " Albino barb",
yang berwarna kemerah-merahan dari spesies ikan Tiger Barb. Jenis
lain ialah Rosy barb yang mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor yang
panjang dikenali sebagai ' long-finned Rosy Barb'. Jenis-jenis baru
seperti ini biasanya lebih laris dipasaran.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
8/14
Nama ikan tiger barb sepertinya sudah tidak asing dipendengaran kita.
ikan yang juga sering disebut dengan nama ikan sumatra ini, sebenarnya
punya nama latin CAPOETA TETRAZONA. Tiger barb atau sumatera ini
dicirikan dengan warna tubuhnya kuning kecoklatan. namun ciri khas
paling utama adalah adanya dua sampai tiga garis vertikal berwarna
hitam di tubuhnya. selain itu pada bagian ujung siripnya terdapat sedikit
warna merah. warna tubuh ikan tiger barb sepintas sangat mirip denganbotia, hanya saja tiger barb tubuhnya lebih pendek ketimbang botia
yang cenderung memanjang. selain seperti ciri yang disebutkan
sebenarnya ada tiger barb dengan warna lain, yaitu gold tiger barbs,
dan green tiger barbs. meski berbeda warna ikan-ikan tersebut masih
satu spesies. sedangkan terjadinya perbedaan warna, konon karena hasil
rekayasa yang dilakukan oleh para pembudidaya ikan sejak lama. untuk
green tiger barb dicirikan dengan warna tubuhnya yang hijau dengan
sedikit gelap. sedangkan garis hitam vertikal hanya terlihat di bagiankepala dan tepat melintas di bagian organ mata.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
9/14
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang
sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga
sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai
pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas
mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk
mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga
kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telahmencadangkan tujuh jenisbunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga,Bunga Raya, Bunga
Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai1960, Bunga Raya telah
diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apabila Tanah Melayu bergabung
dengan Singapura,Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia,
Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan
tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak
berbau.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
10/14
Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim
dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan
kepalanya berkuntum besar. Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh
setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm
dengan benih-benih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga digunakan
untuk mengertikan semua tumbuhan dalam genus Helianthus yang
kebanyakannya pokok saka.
Baik daun maupun bunga dari bunga matahari bersifat heliotropis, yaitu,
selalu mengikuti cahaya matahari. Tanaman bunga matahari
menyimpan auxin. Auxin merupakan suatu hormon tanaman yang
mengendalikan pertumbuhan. Biasanya jumlah auxin lebih banyak di sisi
yang jauh dari sinar matahari. Itulah penyebab batang bunga matahari
selalu tumbuh ke arah sinar itu. Tetapi, bunga yang sudah mekar penuh
tidak lagi bersifat heliotropis. Meski demikian bunga matahari selalu
menghadap ke arah timur.
Saat ini, bunga matahari memiliki nilai ekonomis. Biji bunga matahari
bisa digunakan untuk menghasilkan minyak yang sangat bagus mutunya.
Minyak tersebut bisa digunakan dalam masakan, saus salad, dan
margarin. Biji bunga matahari memiliki nilai gizi yang tinggi.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
11/14
Pokok bunga ini berasal dari Brazil yang tergolong dalam family
Amaranthaceae dengan nama sanitifiknya Coks comb. Selain itu
terdapat ahli botani yang menamakannya Celosia arargentea var
cristata. Pokok ini bersaiz antara 0.3m hingga 1 m tinggi. Bungabalung ayam mempunyai batang yang licin dan bercabang. Daunnya
berbentuk bujur panjang dan tersusun bertentangan pada batangnya.
Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal batang
yang berwarna coklat atau hitam. Terdapat berbagai jenis warna bunga
balung ayam merah, putih, kuning dan ungu.
Nama Botani : Celosia arargentea var cristata
Famili : Amaranthaceae
Pokok bunga balung ayam merupakan tumbuhan hiasan jenis berbunga
yang berasal dari Brazil. Terdapat berbagai varieti pokok bunga balung
yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga. Pokok ini
berketinggian sehingga 1.2 meter. Pokok bunga balung ayam berbatang
yang licin dan mempunyai beberapa cabang. Daunnya berbentuk bujur
dan tersusun bertentangan pada batangnya. Biji benih bunga ini terletak
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
12/14
di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau
hitam.
Selain ditanam sebagai pokok hiasan, pokok bunga balung ayam juga
mepunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ranting atau dahan pokok
balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul,
bengkak dan luka dengan menampalnya pada tempat berkenaan. Airrebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai
rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat
jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang
berlebihan, seluruh bahagian pokok direbus dan diminum airnya.
Pokok Butang Ungu (bahasa Inggeris: Pink Bachelor's Button) adalah
dari tumbuhan familiAmaranthaceace. Pokok ini juga digelarkan "Bunga
Butang Merah Muda". Nama saintifiknyaGompherena globosa L..
Bunga butang ini bunganya berbentuk bulat, mempunyai banyak bunga,
ditanam melalui pembiakan biji benih, Bunga akan di dapati selepas 40
hari menanamnya. Pokok ini digelar juga dengan nama Bunga 40 hari.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
13/14
Pokok Bunga Tahi Ayam atau juga dikenali sebagai Bunga
pagar mempunyai nama saintifik Lantana Camara . Ia merupakan spesies
tumbuhan berbunga dalam keluargaverbena, Verbenaceae, yang berasal
pada Amerika tropik.[1][2][3] Ia telah disebarkan kebahagian lain duniasebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif dikebanyakan
kawasan tropik dan separa-tropik.[4]
Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan
sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi
berbau kurang menyenangkan.
Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalamperubatan Melayu.
Terdapat sekitar 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5
kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya
berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga
tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari
kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.
Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu dari warna putihke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna
ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim.
Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara
beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna
hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat
jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang
beracun.
8/6/2019 Kolam Ikan Koi
14/14