Post on 15-Jul-2016
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal : Ke- 2
Minggu Praktikum : Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 1-5 Februari 2016
Tajuk Jurnal : Ketegasan dalam Aktiviti Berkumpulan
1. Masalah /Peristiwa:
Hari ini, Jumaat bertarikh 5 Februari 2016, minggu kedua saya menjalani praktikum.
Saya mengajar satu kelas sahaja untuk dua mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia
dan Sejarah. Pada minggu kedua saya memasuki kelas ini, saya mendapati bahawa
saya kurang dapat mengawal kelas dengan baik. Saya menghadapi kesukaran
untuk memastikan kelas berada dalam keadaan terkawal dan mematuhi arahan
yang saya berikan. Hal ini dapat dilihat semasa murid melakukan aktiviti kumpulan.
Rata-rata mereka lebih suka berbual sesama sendiri dari melakukan aktiviti tersebut.
Malahan, terdapat juga kumpulan yang hanya sebahagian ahli sahaja yang
menjalankan aktiviti, manakala ahli yang lain hanya berbual dan meniru. Walaupun
begitu, saya menganggap masalah ini adalah perkara biasa dan saya
mengharapkan satu persembahan yang baik daripada mereka.
2. Analisis
Saya mendapati masalah ini timbul kerana mungkin saya masih baru mengajar
dalam kelas ini. Jadi, murid-murid ini mengaggap ketegasan saya pada tahap yang
rendah. Malahan murid kelas ini juga agak sukar untuk bekerjasama antara mereka
mungkin disebabkan terdapat murid yang berlainan kaum dan bahasa yang terdapat
dalam kelas. Tambahan pula, saya juga merasakan bahawa suara saya juga tidak
mempunyai nada ketegasan yang menyebabkan murid boleh mengambil
kesempatan ke atas saya. Kesimpulannya, saya mengakui bahawa ini juga
merupakan silap saya sendiri yang mungkin terlebih memberi muka kepada murid-
murid.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
3. Cadangan Tindakan Susulan
Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah
yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak
kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak
kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi
keberkesanan komunikasi yang berlangsung (sama ada berkesan atau tidak
berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan
kesan positif pada interaksi di antara guru dengan murid. Antaranya ialah interaksi
antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas terhadap
aktiviti pengajaran guru. Selain itu, interaksi di antara murid dengan murid dapat
digalakkan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala
aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.
Di samping itu, saya juga wajar untuk mengaplikasikan kemahiran komunikasi
berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri
pertuturan yang baik seperti yang dikemukakan oleh Mok Soon Sang (2003) iaitu
”bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang bertenaga,
tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak
yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang
yang berkomunikasi.”
Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba atasi masalah ini dalam minggu seterusnya. Masalah ini mungkin
tidak dapat diselesaikan dengan begitu saja. Namun perkara ini mungkin dapat
diatasi dari semasa ke semasa. Perkara ini dilihat boleh diatasi dengan perubahan
watak saya dari seorang yang bertolak ansur kepada seorang yang tegas
menyebabkan kelas menjadi sunyi sepi. Saya juga akan menunjukkan ketegasan
saya dari semasa ke semasa kepada mereka disamping menerapkan nilai
menghormati guru di dalam kelas.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :.............................................. Tandatangan:........................
Nama :........................................... Nama :................................
Tarikh :................................ Tarikh :.........................