JURNAL 2 Berkumpulan (Praktikum 3).docx

3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL Bilangan Jurnal : Ke- 2 Minggu Praktikum : Kedua Tarikh Peristiwa / Kejadian : 1-5 Februari 2016 Tajuk Jurnal : Ketegasan dalam Aktiviti Berkumpulan 1. Masalah /Peristiwa: Hari ini, Jumaat bertarikh 5 Februari 2016, minggu kedua saya menjalani praktikum. Saya mengajar satu kelas sahaja untuk dua mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia dan Sejarah. Pada minggu kedua saya memasuki kelas ini, saya mendapati bahawa saya kurang dapat mengawal kelas dengan baik. Saya menghadapi kesukaran untuk memastikan kelas berada dalam keadaan terkawal dan mematuhi arahan yang saya berikan. Hal ini dapat dilihat semasa murid melakukan aktiviti kumpulan. Rata-rata mereka lebih suka berbual sesama sendiri dari melakukan aktiviti tersebut. Malahan, terdapat juga kumpulan yang hanya sebahagian ahli sahaja yang menjalankan aktiviti, manakala ahli yang lain hanya berbual dan meniru. Walaupun begitu, saya menganggap masalah ini adalah perkara biasa dan saya mengharapkan satu persembahan yang baik daripada mereka. 2. Analisis Saya mendapati masalah ini timbul kerana mungkin saya masih baru mengajar dalam kelas ini. Jadi, murid-murid ini mengaggap ketegasan saya pada tahap yang rendah. Malahan murid kelas ini juga agak sukar untuk bekerjasama antara mereka mungkin disebabkan terdapat murid yang berlainan kaum dan bahasa yang terdapat dalam kelas. Tambahan pula, saya juga merasakan bahawa suara saya juga tidak mempunyai nada ketegasan yang menyebabkan murid boleh mengambil kesempatan ke atas saya. Kesimpulannya, saya mengakui bahawa ini juga merupakan silap saya sendiri yang

Transcript of JURNAL 2 Berkumpulan (Praktikum 3).docx

Page 1: JURNAL 2 Berkumpulan (Praktikum 3).docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke- 2

Minggu Praktikum : Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 1-5 Februari 2016

Tajuk Jurnal : Ketegasan dalam Aktiviti Berkumpulan

1. Masalah /Peristiwa:

Hari ini, Jumaat bertarikh 5 Februari 2016, minggu kedua saya menjalani praktikum.

Saya mengajar satu kelas sahaja untuk dua mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia

dan Sejarah. Pada minggu kedua saya memasuki kelas ini, saya mendapati bahawa

saya kurang dapat mengawal kelas dengan baik. Saya menghadapi kesukaran

untuk memastikan kelas berada dalam keadaan terkawal dan mematuhi arahan

yang saya berikan. Hal ini dapat dilihat semasa murid melakukan aktiviti kumpulan.

Rata-rata mereka lebih suka berbual sesama sendiri dari melakukan aktiviti tersebut.

Malahan, terdapat juga kumpulan yang hanya sebahagian ahli sahaja yang

menjalankan aktiviti, manakala ahli yang lain hanya berbual dan meniru. Walaupun

begitu, saya menganggap masalah ini adalah perkara biasa dan saya

mengharapkan satu persembahan yang baik daripada mereka.

2. Analisis

Saya mendapati masalah ini timbul kerana mungkin saya masih baru mengajar

dalam kelas ini. Jadi, murid-murid ini mengaggap ketegasan saya pada tahap yang

rendah. Malahan murid kelas ini juga agak sukar untuk bekerjasama antara mereka

mungkin disebabkan terdapat murid yang berlainan kaum dan bahasa yang terdapat

dalam kelas. Tambahan pula, saya juga merasakan bahawa suara saya juga tidak

mempunyai nada ketegasan yang menyebabkan murid boleh mengambil

kesempatan ke atas saya. Kesimpulannya, saya mengakui bahawa ini juga

merupakan silap saya sendiri yang mungkin terlebih memberi muka kepada murid-

murid.

Page 2: JURNAL 2 Berkumpulan (Praktikum 3).docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

3. Cadangan Tindakan Susulan

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah

yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik

pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak

kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak

kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi

keberkesanan komunikasi yang berlangsung (sama ada berkesan atau tidak

berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan

kesan positif pada interaksi di antara guru dengan murid. Antaranya ialah interaksi

antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas terhadap

aktiviti pengajaran guru. Selain itu, interaksi di antara murid dengan murid dapat

digalakkan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala

aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.

Di samping itu, saya juga wajar untuk mengaplikasikan kemahiran komunikasi

berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri

pertuturan yang baik seperti yang dikemukakan oleh Mok Soon Sang (2003) iaitu

”bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang bertenaga,

tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak

yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang

yang berkomunikasi.”

Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba atasi masalah ini dalam minggu seterusnya. Masalah ini mungkin

tidak dapat diselesaikan dengan begitu saja. Namun perkara ini mungkin dapat

diatasi dari semasa ke semasa. Perkara ini dilihat boleh diatasi dengan perubahan

watak saya dari seorang yang bertolak ansur kepada seorang yang tegas

menyebabkan kelas menjadi sunyi sepi. Saya juga akan menunjukkan ketegasan

saya dari semasa ke semasa kepada mereka disamping menerapkan nilai

menghormati guru di dalam kelas.

Page 3: JURNAL 2 Berkumpulan (Praktikum 3).docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan:........................

Nama :........................................... Nama :................................

Tarikh :................................ Tarikh :.........................