Isu budi bahasa

Post on 20-Jun-2015

1.975 views 4 download

description

Penggunaan bahasa yang bersopan santun perlu dititikberatkan kerana semakin ramai rakyat Malaysia sekarang kurang menghormati perasaan orang lain. Ini juga salah satu punca menyebabkan ramai yang menghadapi masalah stress.

Transcript of Isu budi bahasa

Isu Budi BahasaOleh: Haniza bt. Abdul Rahim

Pendahuluan: Definisi budi bahasa

Budi:(1) akal dan kebijaksanaan(2) perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak (3) sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya.

Bahasa:Sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Cont: Definisi budi bahasa

Budi bahasa:• Satu etiket, adab sopan santun,

pekerti, akhlak yang beradat dan berbahasa. (Ainon, 2002)

Latar belakang isu

Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-34 daripada 36 bandaraya dunia dalam senarai Bandar Raya Paling Kurang Berbudi Bahasa.(Sumber: Majalah Reader's Digest 2012)

Aspek yang dikaji:1) sanggup membuka pintu kepada orang yang

tidak dikenali2) membantu seseorang yang memerlukan3) ramah dengan senyuman ketika memberi

perkhidmatan

Senario 1

Senario 2

Contoh lain sikap tidak berbudi bahasa yang sering kita lihat:

1. Menggunakan perkataan tidak elok ketika bercakap

2. Tidak beratur mengikut giliran

3. Membuang sampah merata-rata

4. Merokok di tempat awam

5. Tidak menghormati orang tua

Punca-punca kelunturan nilai budi bahasa

1) Masyarakat materialistik• “first class infrastructure, third class mentality”

2) Budaya hedonisme• pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan dan

kesenangan.• penerapan budaya barat dalam masyarakat

eg. Black metal• bertindak liar hingga tidak lagi mengamalkan budaya hormat-

menghormati atau bersopan-santun serta menggunakan kata-kata kesat dan lucah dalam percakapan

3) Sikap individualistik• Memikirkan diri sendiri sahaja• Mengambil hak orang lain

Cth: pemandu memotong kiri ketika berlaku kesesakan lalu lintas tidak beratur ketika menaiki kenderaan awam meletakkan kenderaan di tempat letak kereta orang kurang upaya 

Strategi dan penambahbaikan

1) Sistem kekeluargaan• Berkomunikasi dengan anak-anak

perkara baik-baik• Menunjukkan sikap yang baik“penerapan nilai murni bukan sahaja berdasarkan perbuatan dan perlakuan malahan melalui perkataan” (Hasan, 2006)

2) Sistem pendidikan• Formal dan tidak formal• Penekanan subjek Pendidikan Islam dan Moral

“nilai akhlak dalam kalangan masyarakat Malaysia terbentuk daripada akulturasi nilai-nilai kerohanian yang mutlak dan suci yang telah termaktub dalam ajaran agama, terutamanya agama Islam sebagai agama rasmi negara, juga nilai-nilai yang baik dari semua agama lain; di samping nilai-nilai tradisi yang tidak bercanggah dengan sistem nilai ini” (Asmawati, 2007)

3. Sistem perkhidmatan dan komunikasi• Kempen Budi Bahasa - menyedarkan

masyarakat tentang betapa pentingnya berbudi bahasa antara satu sama lain.

• Kempen Budaya Kerja Kelas Pertama - menuntut penjawat awam mengamalkan nilai-nilai murni serta memberikan perkhidmatan yang berbudi bahasa

Implikasi tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa

Individu• dipandang serong dan tidak boleh

dipercayai oleh orang sekeliling.Masyarakat• saling curiga-mencurigai• pergaduhan • tidak bersatu-padu

Negara• Hilang generasi yang mempunyai daya

kepimpinan• Kemerosotan ekonomi • Industri pelancongan terjejas

Penutup

Tegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa,

Sendi bangsa ialah budi,Runtuh budi runtuhlah bangsa.