Post on 03-Mar-2019
2
PINTU
GERBANG UTAMA
PARKIR MEDIA
PARKIR KERETA
JABATAN
PARKIR WARGA
AMSAS DAN APMM
PARKIR WARGA
AMSAS DAN APMM
PARKIR WARGA
AMSAS DAN APMM
KHEMAH
KELUARGA
PARKIR KELUARGA
TETAMU
MASJID
PARKIR KELUARGA
TETAMU
DEWAN DATO’
NOOR AZIZ
PETA AMSAS
3
Kata-kata Aluan
Assalammualaikum WBT, Salam Negaraku dan Salam
1Malaysia.
Syukur kehadrat Allah S.W.T serta dipanjatkan puji-pujian
atas limpah kurniaNya, kita beroleh kesejahteraan bagi me-
raikan Perbarisan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13
yang disambut serentak dengan Perbarisan Tamat Latihan
Asas Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017 dan Bintara Muda
Maritim Siri 1/2017.
Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
syabas kepada seluruh warga Maritim Malaysia di atas kecemerlangan dan jasa yang
dicurahkan kepada rakyat dan negara. Dalam pada masa yang sama, Kerajaan juga
amat prihatin dan menghargai pengorbanan warga Maritim Malaysia yang sentiasa
cekal berkhidmat memastikan keselamatan perairan negara terus kekal terpeliha-
ra.
Menerusi Bajet 2018, Kerajaan telah memperuntukkan RM900 juta bagi
meningkatkan kesiagaan Maritim Malaysia sebagai peneraju Penguatkuasaan dan
Carilamat Maritim di negara ini. Selain itu, Akta A1561 - Akta Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (Pindaan) 2018 juga telah diluluskan untuk memperkasakan lagi
Maritim Malaysia menerusi sokongan sumber manusia dan pengurusan pen-
dakwaan.
Saya juga mengucapkan syabas kepada semua Leftenan Muda dan Bintara Muda
yang telah berjaya menamatkan Latihan Asas di Akademi Maritim Sultan Ahmad
Shah ini. Saya berharap saudara saudari akan meneruskan perjuangan murni
mengangkat martabat Maritim Malaysia dan imej baik Malaysia ke peringkat yang
lebih tinggi lagi.
Akhir kalam, saya akan terus menyokong agenda pengukuhan Maritim Malaysia
agar saudara saudari mampu merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Strate-
gik Maritim Malaysia 2040 dengan jayanya.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Shahidan Bin Kassim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
4
Kata-kata Aluan
Assalammualaikum WBT, Salam Negaraku Malaysia dan
Salam Warga Cemerlang, Maritim Gemilang.
Alhamdulilah, pertamanya marilah kita memanjatkan rasa
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia dan keizinanNya, pada hari ini, tanggal 15 Februari
2018, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) telah mencapai usianya yang ke-13.
Saban tahun Maritim Malaysia semakin dikenali dan dihargai berikutan daripada
kesungguhan dan kewibawaan warga Agensi melaksanakan tanggungjawap dan
amanah yang diberi.
Banyak pencapaian yang berjaya dicapai seperti di sudut Penguatkuasaan dan
Carilamat, Agensi telah menumpaskan rompakan lanun ke atas kapal-kapal tangki,
menggagalkan rangkaian nelayan asing merasuah pegawai-pegawai penguat kuasa
dan mengekang jenayah rentas sempadan, selain berjaya meningkatkan lagi
pematuhan keselamatan di kalangan komuniti maritim. Berikutan itu, pengurangan
kadar jenayah maritim juga berjaya dikekalkan di paras 3 peratus sehingga
penghujung bulan Disember 2017. Di samping itu, Agensi telah berjaya memungut
lebih RM307 juta hasil daripada denda terhadap nelayan asing, pelupusan vesel,
kompaun dan lelongan ikan.
Sempena menyambut Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13 (HUT 13) ini buat
julung kalinya Perbarisan Tamat Latihan Asas Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017
dan Bintara Muda Maritim Siri 1/2017 juga diadakan bersekali dengan Perbarisan
HUT. Ianya bertepatan dengan perbelanjaan berhemah Agensi pada ketika ini.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke-13 kepada semua
warga Maritim Malaysia. Saya berharap saudara saudari akan terus mempamerkan
kecemerlangan seiring dengan visi Agensi untuk menjadi salah sebuah Agensi
Maritim yang terbaik di dunia.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh.
Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar
Ketua Pengarah
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
5
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh dan
Salam Sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pen-
yayang, saya mengambil kesempatan ini, merakamkan
ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pegawai Penguat
Kuasa Maritim Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017 dan
Pegawai Penguat Kuasa Maritim LLP Bintara Muda Mari-
tim Siri 1/2017 yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Penguat
Kuasa Maritim di AMSAS dengan jayanya.
Ini bukti kesinambungan kecemerlangan modal insan Agensi dapat terus dilahirkan
oleh AMSAS yang merupakan Center of Excellent (COE) APMM. Selama sembilan
bulan menjalani latihan asas di AMSAS, pelbagai onak dan duri telah saudara
saudari harungi. Harus diingat, tamatnya latihan di AMSAS ini bukanlah bererti be-
rakhirnya proses pembelajaran dan perjuangan saudara saudari sebaliknya ia meru-
pakan titik permulaan kepada kerjaya yang lebih mencabar untuk kalian lalui di Mari-
tim Malaysia.
Sempena Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-13, saya berharap saudara saudari
menguatkan iltizam untuk terus berusaha dan berjaya dalam kerjaya dengan mening-
katkan ilmu dan pengalaman melalui pembelajaran yang berterusan dalam usaha
untuk menjadi seorang Pegawai Penguat Kuasa yang kompeten dan mahir serta
mampu mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi.
Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada saudara dan saudari yang telah
mengikuti dan tamat Kursus Asas Maritim dengan jayanya. Saya berharap amalan
nilai-nilai murni menjadi landasan dan dapat membantu saudara saudari
melaksanakan tugas dengan penuh amanah, suci hati dan berintegriti. Semoga Allah
SWT sentiasa melindungi dan memberkati setiap tindakan yang saudara saudari per-
juangkan demi agama, bangsa dan negara yang dicintai.
Laksamana Pertama (M) Dato’ Wan Mohd Affandi Bin Wan Ahmad
Pengarah Pendidikan Dan Latihan
Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah
6
Latar Belakang
Pegawai Penguat Kuasa Maritim Leftenan Muda Maritim Siri
9/2017 &
Pegawai Penguat Kuasa Maritim LLP Bintara Muda Maritim Siri
1/2017
Pegawai Penguat Kuasa Maritim Leftenan Muda (M) Siri 9/2017 terdiri daripada
52 orang pelatih, 46 orang daripadanya adalah lelaki dan 6 orang perempuan
dan memulakan latihan asas selama 9 bulan mulai 15 Mei 2017. Kesemua
mereka adalah berkelulusan ijazah sarjana muda dari pelbagai bidang termasuk
pengurusan maritim, kejuruteraan dan undang-undang.
Pegawai Penguat Kuasa Maritim LLP Bintara Muda (M) Siri 1/2017 terdiri
daripada 21 orang pelatih, 19 orang daripadanya adalah lelaki dan 2 orang
perempuan. Mereka ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan pengkhususan
iaitu Ketua Jurutera Kapal dan Pembantu Pegawai Penyiasat.
Kedua-dua pengambilan telah menjalani Kursus Asas Pegawai Penguat Kuasa
APMM selama 9 bulan di AMSAS mulai 17 Mei 2017. Objektif Kursus Asas ini
adalah bertujuan membentuk kekuatan fizikal dan mental yang tinggi,
membentuk pemikiran positif serta berdisiplin, jujur, setia, berkeyakinan serta
berani. Pembentukan semangat kerjasama berpasukan, memberikan
pengetahuan khusus dalam bidang pengoperasian kapal serta penguatkuasaan
undang-undang di Zon Maritim Malaysia juga diterapkan. Penekanan dan
pendekatan latihan yang diberikan dapat melahirkan Pegawai Penguat Kuasa
yang berintergriti dan kompeten dalam perlaksanaan tugas.
Selain penerapan latihan berbentuk fizikal, kecergasan, teori dan amali di
AMSAS, pelatih juga telah didedahkan dengan Latihan Simulasi Anjungan di
WASPADA KD Pelandok TLDM Lumut dan latihan amali di laut bersama KM
Pekan. Kesemua pelatih juga lulus dalam kursus Induksi Khusus, Induksi
Umum, Ujian Renang serta lulus Ujian Undang-Undang Pertengahan dan
Tinggi.
Setelah menamatkan Latihan Asas di AMSAS, Pelatih Pegawai Siri 9/2017 dan
Pelatih Pegawai LLP Siri 1/2017 akan ditempatkan di kapal-kapal APMM untuk
meneruskan Latihan Sambil Kerja (LSK) selama 4 bulan.
7
PENGURUSAN TERTINGGI AMSAS
Laksamana Pertama (M) Dato’ Wan Mohd Affandi
bin Wan Ahmad
PENGARAH PENDIDIKAN DAN LATIHAN
KOMANDAN AKADEMI
MARITIM
Laksamana Pertama (M) Mohd Amir
bin Hj Hamzah
TIMBALAN
PENGARAH SEKSYEN
PENGURUSAN
KOMANDAN SEKOLAH
LATIHAN MARITIM
Laksamana Pertama (M) Christopher
Ravindran a/l W.D Dass
TIMBALAN PENGARAH
SEKSYEN PEMBANGUNAN
KOMPETENSI DAN KAWA-
LAN MUTU
Puan Siti Suhana binti
Mohamed Shaharin
Kepten (M) Che Engku
Suhaimi bin Engku Daik Kdr (M) Asman bin Jamak
TIMBALAN
PENGARAH
SEKSYEN
LOGISTIK
8
9
10
11
Anugerah Keseluruhan Terbaik Lt Muda Maritim Siri
9/2017
Leftenan Muda Maritim Mohd Yusaini bin Minhat dilahirkan pada 15 Februari
1972 di Gemas, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung daripada sembilan
orang adik-beradik kepada pasangan Allahyarham Encik Minhat bin Jonit dan Allayar-
hamah Puan Saamah binti Saad. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan
Nuredhayati binti Puat dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Mendapat pendidi-
kan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 1 dan menyambung pelajaran di
Sekolah Menengah Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Beliau telah mula berkhidmat di dalam perkhidmatan Kerajaan pada Januari
1992, bermula sebagai Prajurit Muda di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia dengan
kepakaran Radar Plotter selama 14 tahun dengan berpangkat Bintara Muda RDP.
Beliau kemudian telah ditukar lantik ke dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malay-
sia pada 01 Feb 2006 sebagai Pegawai Penguat Kuasa Lain-Lain Pangkat dengan
pangkat terakhir Bintara Kanan Maritim.
Di atas azam dan semangat yang tinggi ingin memajukan karier beliau dalam
perkhidmatan awam khususnya APMM, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti
Teknologi Mara (UiTM Shah Alam) secara Pengajian Jarak Jauh (ePJJ) pada tahun
2007 dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam. Beliau kemudiannya menyambung
pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan Kepujian (UiTM Kota Kina-
balu) pada tahun 2012 dan tamat pada tahun 2016.
Semasa mengikuti Kursus Asas beliau telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan
dan disiplin yang tinggi, keterampilan yang segak dan telah dilantik sebagai Pegawai
Memerintah Kursus Asas. Di bidang akademik, beliau telah menduduki tempat ketiga
teratas dengan pencapaian 81.9 peratus dan mencapai peratusan merit tertinggi
dengan memperolehi keputusan 89 peratus. Beliau juga aktif dalam sukan dan me-
wakili pasukannya dalam sukan sepak takraw dan petanque.
Berdasarkan pencapaian akademi, kecemerlangan dalam kepimpinan, aktif
dalam sukan dan tahap disiplin yang tinggi, beliau telah dianugerahkan sebagai Pelatih
Terbaik Keseluruhan Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017.
12
ATURCARA PERBARISAN DI PADANG KAWAD AMSAS
8.00 Panji-panji dikibarkan
8.35 Semua Hadirin Mengambil Tempat
8.40 Ketumbukan Berjalan Masuk
8.45 Ketibaan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah APMM dan Dif-Dif Jemputan
Perbarisan Tamat Latihan dan Pancaragam Berjalan Masuk
8.55 Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah APMM
9.00 Ketibaan YB Menteri
s/s Pemeriksaan Pelatih Pegawai dan Pelatih Bintara Muda oleh YB Menteri
s/s Pemeriksaan Platun Sambutan HUT oleh YB Menteri
s/s Ucapan oleh YB Menteri
s/s Penyampaian:
Pemenang Anugerah Pelatih Tamat Latihan Pegawai; dan Pemenang Anugerah Pelatih Tamat Latihan Bintara Muda
s/s
Penyampaian: Piala Laksamana (Daerah Terbaik); Piala Perkasa (Kapal Terbaik); dan Piala Satria (Bot Terbaik)
s/s Pemakaian Lencana Pegawai Memerintah Wanita Pertama
s/s Pelancaran:
Lencana Kepakaran Forensik; dan Search and Rescue Mission Coordinator
s/s Bacaan Ikrar dan Doa
s/s Pegawai Perbarisan Membuat Laporan Selesai Perbarisan dan Berjalan Keluar Perbarisan
s/s YB Menteri Meninggalkan Majlis Perbarisan
s/s - Sesi Bergambar YB Menteri Bersama Pengurusan Tertinggi
APMM di Ruang Hadapan AMSAS; dan - Sidang Media di Ruang Legar Bangunan Utama AMSAS
s/s Dif-Dif Jemputan Beredar ke Dewan Dato' Noor Aziz untuk Jamuan Makan Tengahari
13
ATURCARA DI DEWAN DATO’ NOOR AZIZ
10.45 pagi Ketibaan YB Menteri
s/s Nyanyian Lagu ‘Negaraku’
s/s Nyanyian Lagu ‘Maritim Perkasa’
s/s Penyerahan Senarai Pelatih
s/s Penyampaian:
Sijil Penghargaan Khas;
Sijil Kecemerlangan Akademik; dan
Sumbangan Kebajikan APMM
s/s Pelancaran:
Aplikasi Telefon Pintar MCG Info; dan
MCG Open Learning
s/s Acara Memotong Kek HUT ke – 13
s/s Bacaan Doa
s/s Jamuan Makan Tengahari
s/s YB Menteri dan Isteri Meninggalkan Majlis
s/s YBhg. Dato’ Sri KP APMM dan Isteri Meninggalkan Majlis
14
Anugerah Akademik Terbaik Lt Muda Maritim Siri 9/2017
Leftenan Muda Maritim Muhammad Fathullah bin Norhizat dilahirkan pada 3
Januari 1988 di Lumut, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada dua orang adik
-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Perak
sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung,
Perak. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat Asasi di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia selama satu tahun setengah dan dianugerahkan Asasi
Kejuruteraan pada tahun 2007. Selepas tamat pengajian Asasi, beliau terus menyam-
bung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Kejuruteraan Dalam Senibina dan Pembinaan Kapal di Universiti Kuala
Lumpur (MIMET), Lumut, Perak selama 4 tahun dan tamat pada tahun 2016.
Di zaman persekolahan, beliau banyak menerima anugerah kecemerlangan
seperti anugerah kecemerlangan akademik dalam Peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Di peringkat institut pengajian tinggi pula, beliau pernah dianuge-
rahkan Anugerah Dekan semasa Pengajian Asasi. Beliau juga aktif menyertai per-
satuan, antaranya sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia, Ahli Jawatankuasa
(AJK) Kelab Sains dan Matematik. Di peringkat sekolah dan universiti, beliau juga aktif
dalam sukan seperti bola sepak dan futsal serta pernah mewakili pasukan futsal Un-
versiti Malaysia dalam Sukan Universiti ASEAN 2010.
Sepanjang Kursus Asas , beliau telah mempamerkan sikap yang rajin be-
rusaha, berdedikasi serta tekun dalam pembelajaran mahupun di dalam atau di luar
kelas. Komitmen serta keinginan yang tinggi untuk berjaya dan mendalami pelajaran
yang disampaikan oleh jurulatih secara berkumpulan menjadi kunci dan petua kepada
kejayaan beliau dalam bidang akademik. Semasa peperiksaan akhir Kursus Asas,
beliau telah lulus dengan cemerlang dengan memperolehi markah tertinggi iaitu
sebanyak 83.91 peratus.
Berdasarkan kebolehan, kesungguhan dan keputusan pelatih yang cemer-
lang dalam akademik, beliau dianugerahkan sebagai Pelatih Akademik Terbaik bagi
Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017.
15
Anugerah Kawad Terbaik Lt Muda Maritim Siri 9/2017
Leftenan Muda Maritim Mohamad Ikmal bin Ibrahim dilahirkan pada 13 Febru-
ari 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau
merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik kepada pasangan pesara
tentera Encik Ibrahim bin Abdul dan Puan Rokiah binti Salam. Beliau mendapat pen-
didikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, sebelum menyambung pelajaran di
Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya telah
melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Ijazah Sar-
jana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian pada tahun 2011. Beliau telah
mendirikan rumah tangga dengan Puan Siti Salbiah binti Roslie.
Ketika melanjutkan pengajian di UiTM, beliau telah menyertai PALAPES
Darat dan telah dilantik sebagai Pegawai Rendah Kanan (PRK) bagi mengetuai ke-
tumbukan PALAPES Darat UiTM Malaysia yang kemudiannya telah ditauliahkan
sebagai Leftenan Muda. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Kadet Terbaik Kese-
luruhan UiTM semasa upacara Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES Universiti
Awam ke-30 pada tahun 2011. Setelah menamatkan pengajian di UiTM, beliau terus
bergiat aktif dalam badan beruniform dan sebagai salah seorang tenaga pengajar di
Kem 21 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) Kem Kajang Uta-
ma, Selangor.
Semasa Kursus Asas, beliau telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang
baik, disiplin yang tinggi, berketerampilan dan segak semasa berkawad. Di atas da-
sar kebolehan dan kepimpinan yang ditunjukkan, beliau telah dilantik sebagai Timba-
lan Ketua Divisyen Bahaman.
Berdasarkan ciri-ciri keperibadian di atas juga dan mempunyai ‘Power of
Command’ yang baik, beliau telah dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Kawad
Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017.
16
Anugerah Sukan Terbaik Lt Muda Maritim Siri 9/2017
Leftenan Muda Maritim Muhammad Luqman bin Bahari dilahirkan pada 23
April 1991 di Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak keempat daripada
sepuluh adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar
Dungun, Terengganu dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Sul-
tan Ismail Dungun, Terengganu sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Se-
terusnya beliau telah menyambung pelajaran peringkat (STPM) di Sekolah Menengah
Agama Maarif, Besut, Terengganu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Uni-
versiti Malaya (UM) dan berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda
Sains Sukan (Pengurusan) dengan Kepujian pada tahun 2015.
Di peringkat sekolah lagi beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dalam
aktiviti kokurikulum dan kokurikulum serta sukan. Di dalam bidang sukan, beliau aktif
dalam sukan bola sepak, badminton, bola tampar, softball, memanah dan olahraga
serta merupakan wakil sukan sekolah-sekolah agama. Di dalam sukan bola tampar,
beliau mewakili negeri Terengganu dari tahun 2005 hingga 2008. Sepanjang mewakili
Negeri Terengganu, beliau telah menyumbang 3 pingat emas dan 1 pingat perak da-
lam Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia.
Di peringkat Universiti pula, beliau telah mewakili kolej kediamannya dalam
beberapa bidang sukan seperti sukan bola tampar, badminton, memanah, renang,
softball dan olahraga. Beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Sukan Lencana
Separuh pada tahun pertama (2011/2012) dan telah mendapat Anugerah Sukan
Lencana Penuh pada tahun kedua (2012/2013). Pada tahun ketiga (2013/2014), be-
liau telah dianugerahkan Tokoh Olahragawan Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin.
Beliau juga telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam sukan “Biennial Intervarsity
Games” di Hong Kong dalam sukan bola tampar antara universiti peringkat Asia.
Semasa Kursus Asas beliau adalah seorang yang aktif. Semasa Karnival
Sukan AMSAS beliau diberi kepercayaan untuk mengelola sukan tersebut di samping
telah merangkul 4 emas serta membantu Divisyen Bahaman untuk muncul johan
keseluruhan.
Dengan minat dan semangat sukan yang tinggi serta pencapaian yang mem-
berangsangkan dalam sukan, beliau telah dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik
Sukan bagi Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017.
17
Anugerah Wanita Terbaik Lt Muda Maritim Siri 9/2017
Leftenan Muda Maritim Nur Zahidah binti Zainuddin dilahirkan pada 30 Janu-
ari 1988 di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak kelima daripada enam orang
adik-beradik kepada pasangan Encik Zainuddin bin Kling dan Puan Hasnah binti
Sulaiman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Kua-
la Lumpur, sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Ta-
man Tun Dr.Ismail. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kua-
la Lumpur Malaysian Institute of Aviataion Technology (UniKL MIAT) dalam jurusan
Bachelor in Aircraft Engineering Technology (Mechanical) pada tahun 2011.
Semasa di peringkat persekolahan dan universiti, beliau merupakan seorang
yang aktif dalam sukan bola jaring dan pernah mewakili sekolah ke peringkat negeri
serta menyertai beberapa pasukan luar sehingga Kejohanan Bola Jaring Peringkat
Kebangsaan. Di zaman persekolahan, beliau merupakan seorang pelajar yang aktif
dalam sukan dan unit beruniform. Beliau juga aktif di dalam Kadet Remaja Sekolah
(KRS) dan sebagai Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar ketika di universiti.
Semasa Kursus Asas, beliau telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan
disiplin yang tinggi, serta keterampilan yang segak semasa berkawad. Beliau aktif
dalam sukan badminton, kayak dan lari berganti semasa Kejohanan Karnival Sukan
AMSAS. Berdasarkan kebolehan dan keterampilan yang ditunjukkan, beliau telah
dilantik sebagai Ketua Pelatih Wanita.
Berdasarkan kebolehan memimpin, disiplin yang tinggi, aktif dalam sukan,
pencapaian akademik yang baik dan kesungguhan dalam latihan, maka beliau telah di
anugerahkan sebagai Pelatih Wanita Terbaik Kursus Asas Pegawai Leftenan Muda
Maritim Siri 9/2017.
18
Anugerah Keseluruhan Terbaik Bintara Muda Maritim
Siri 1/2017
Bintara Muda Maritim Din bin Abdul Rahim dilahirkan pada 05 Mei 1973 di
Kampong Telok Kepayang, Bota, Perak. Beliau merupakan anak ke lima dari tujuh
adik-beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai dua orang caha-
ya mata. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Telok Kepayang dan
Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yaakob, Bota, Perak. Semasa di sekolah
rendah, beliau bergiat aktif dalam sukan bola sepak dan badminton. Manakala di per-
ingkat menengah beliau aktif dalam sukan seperti badminton, hoki dan bola tampar.
Beliau telah menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Julai 1993
setelah menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut TLDM Woodlands, Singapura. Be-
liau telah berkhidmat dalam TLDM selama 13 tahun dan menamatkan perkhid-
matannya pada Jun 2006. Seterusnya, memasuki perkhidmatan APMM pada tahun
2008. Beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Pengurusan Sumber
Manusia di Open University Malaysia, Bangi, Selangor. Beliau juga merupakan salah
seorang anggota warga kapal pertama kapal KM Perwira yang dihadiahkan oleh Ke-
rajaan Australia kepada APMM.
Sepanjang Kursus Asas, beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai
Penolong Ketua Bintara bagi pelatih Bintara Muda Maritim Siri 1/2017. Dalam Kejo-
hanan Sukan Pelatih Asas Lt. Muda (M) Siri 9/2017 dan BM (M) Siri 1/2017, beliau
telah mewakili Divisyen Pendekar dalam acara badminton dan bola tampar.
Berdasarkan pencapaian akademik, penglibatan dalam sukan, kesungguhan
sepanjang latihan, kebolehan memimpin, berdisiplin dan bertanggungjawab, maka
beliau telah dianugerahkan sebagai Pelatih Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Asas
Bintara Muda Maritim Siri 1/2017.
19
Anugerah Akademik Terbaik Bintara Muda Maritim Siri
1/2017
Bintara Muda Maritim Siti Nur Amalina binti Zakaria berasal dari Terendak,
Melaka. Merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Kejayaan dan
prestasi baik beliau didorong oleh kedua ibu bapanya yang merupakan pesara Ten-
tera Darat Malaysia (TDM). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebang-
saan Bukit Kuchai, Selangor dan Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, Melaka.
Meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Ghafar Baba, Melaka. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma
dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Beliau
pernah mendapat Anugerah Ketua Jabatan selama dua semester.
Sepanjang menjalani latihan di AMSAS, beliau mempamerkan kesungguhan
dan berbakat sebagai juruacara majlis. Dalam Kejohanan Sukan Pelatih Asas Lt. Mu-
da (M) Siri 9/2017 dan BM (M) Siri 1/2017, beliau telah mewakili Divisyen Pendekar
dalam acara badminton, merentas desa, petanque dan kayak. Beliau juga telah
mendapat tempat ketiga dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat AMSAS.
Semasa peperiksaan akhir Kursus Asas Pelatih Bintara Muda Maritim Siri
1/2017, beliau telah lulus dengan cemerlang dengan memperolehi markah tertinggi
iaitu 84.85 peratus.
Berdasarkan pencapaian yang cemerlang di dalam akademik, beliau telah
dianugerahkan sebagai Pelatih Akademik Terbaik bagi Kursus Asas Bintara Muda
Maritim Siri 1/2017.
20
PE
GA
WA
I, JU
RU
LA
TIH
D
AN
S
TA
F A
MS
AS
21
LIRIK LAGU MARITIM PERKASA
BERGEMA SUARA PENGUASA NEGARA
BERKHIDMAT DI LAUT NAN BIRU
RUANG SAMUDERA TAK RELA DINODA
KEDAULATAN DIJUNJUNG
KITALAH BENTENG PERAIRAN NEGARA
PEMBELA TANAH IBUNDA
POHONKAN DOA BERI KEKUATAN
RESTUKAN PERJUANGAN
MENGAWAL SAMUDERA TIDAKKAN LEKA
MELINDUNG DARI ANGKARA MURKA
MENYELAMAT NUSA DAN BANGSA
MARITIM KU PERKASA
SUMPAH SATRIA MEMBAKAR TEKAD
BAKTI DICURAH PENUH SETIA
AMANAH BANGSA TETAP DIJAGA
PERTIWI KU SENTOSA
22
IKRAR MARITIM
BAHAWASANYA, KAMI WARGA MARITIM MALAYSIA DENGAN INI
BERIKRAR AKAN:
1. MENGHORMATI DAN MELINDUNGI MARUAH DAN HAK
ASASI INDIVIDU SEMASA MENJALANKAN TUGAS.
2. MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH DISIPLIN, JU-
JUR, BERETIKA, BERINTEGRITI, SAKSAMA DAN TANPA
PREJUDIS.
3. TIDAK AKAN MENGGUNAKAN KEKERASAN YANG BER-
LEBIHAN KECUALI SEKADAR YANG BENAR-BENAR PERLU
BAGI MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG.
4. MEMASTIKAN RAHSIA NEGARA DAN MARITIM MALAYSIA
SENTIASA DIPELIHARA.
5. TIDAK TERJEBAK DALAM KEGIATAN RASUAH DAN SENTI-
ASA MEMBENDUNG SEBARANG KEGIATAN RASUAH DI
DALAM MARITIM MALAYSIA.
6. SENTIASA MEMELIHARA IMEJ DAN NAMA BAIK MARITIM
MALAYSIA DAN NEGARA.
23
Sekalung Penghargaan
Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah
Serta Ahli Jawatankuasa Hari Ulang Tahun APMM Yang Ke -
13
Serta
Istiadat Perbarisan Tamat Latihan
Pegawai Penguat Kuasa Maritim Leftenan Muda Maritim Siri
9/2017
Dan
Pegawai Penguat Kuasa Maritim LLP Bintara Muda Maritim Siri
1/2017
Merakamkan
Setinggi-Tinggi Penghargaan
Kepada Semua Pihak Yang Terlibat Dalam
Menjayakan Acara Gemilang Ini
Terima Kasih
24