Bidang Menggambar - Teknik Catan

Post on 09-Feb-2017

748 views 9 download

Transcript of Bidang Menggambar - Teknik Catan

CATANJamilludin Bin Mohd Noor

PengenalanCatan adalah hasil bahantara pigmen warna

pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya. Jenis bahan yang sering digunakan untuk menghasilkan catan adalah cat tempera, cat minyak, cat air, cat poster, guache, akrilik dan cat kapur (pastel). Media catan yang tertua sekali ialahtempera.

PengenalanCatan merupakan suatu medium yang

memboleh-kan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkangambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual.

PengenalanCatan juga merupakan salah satu cabang seni

tampak yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Perkembangan seni tampak di Malaysia makin terserlah dengan lahirnya pelukis-pelukis seperti Syed Ahmad Jamal, Mohd. Hossein Enas, JaafarTaib, Mazli Mat Som, Cheong Lai Tong.

Seni tampak di Malaysia sememangnya tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh aliran-aliran barat.

SejarahSejarah seni catan bermula sejak

zaman Yunani Purba. Media yang digunakan pada masa itu adalah fresco dan mozek. Subjek catan kebanyakannya menggambarkan peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama.

Pelukis Yunani yang terkenal ialah Polyguotos, Zeuxis, Protogenis dan Apelles.

SejarahZaman Renaisance atau dikenali sebagai zaman

kelahiran semula merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Zaman Renaisance boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :-

Renaisance Peringkat Awal -1378 (1500 TM) Renaisance Peringkat Kemuncak (1500TM -1530 TM) Renaisance Peringkat Akhir (1530 TM -1600 TM) Media catan yang popular :- fresko, cat tempera, cat

minyak dan cat air. Subjek catan menggambarkan peristiwa kitab suci

agama Kristian, potret dan pe-perangan. Gaya catan pada zaman itu semuanya dalam bentuk

realistik.

SejarahTommaso di

Giovanni Masaccio• Perintis pelukis zaman Renaisance (1401-

1428)• Karya catannya ‘The Tribute Money’,

fresco (1427)

SejarahLeornardo Da Vinci

(Itali, 1452 -1513)• Digelar manusia

universal kerana pengetahuan dan kebolehan beliau dalam seni dan sains.

• Karya catannya ‘Monalisa’, Potret Lisa Gerardini isteri seorang peniaga di Florentine.

SejarahAlbrecht Durer

(Jerman, 1471 -1528)• Dikenali sebagai

bapa cat air Eropah.• Karya catannya ‘The

Great Piece Of Turf’, pilihan subjek yang terkeluar daripada subjek popular pada masa itu.

SejarahPoala Ucello

(Itali,1379-1475)• Pelukis yang memen-

tingkan garisan perspektif bagi menghasilkan ruang.

• Karya catannya ‘The Battle of San Romana’ (1455) cat tempera ataspapan.

SejarahPaul Cezanne

(Perancis, 1839-1906)• Pelukis aliran

impressionis yang mengutamakan unsur bentuk, warna,ruang dan irama yang beraneka untuk mengubah suasana.

• Karya catannya ‘Still Life’(1894)-cat minyak.

Sejarah

SejarahVincent Van Gogh

(Belanda, 1853-1890)• Pelukis impresionis yang

mengutamakan unsur warna dan jalinandalam catannya yang sering menimbulkan perasaan dan emosi.

• Karya catannya ‘Stary Night’ (1899)- cat minyak.

Sejarah

SejarahPablo Picasso

(Sepanyol, 1871-1973)

• Perintis aliran kubisme.

• Karyanya- ‘Mother and Son’ (1921)- cat minyak.

Sejarah

SejarahSalvador Dali (Sepanyol,

1904-1989)• Perintis aliran

Surerealisme, mahir dalam bidang perekaan panggung,pencipta perhiasaan permata, pelukis illustrasi dan sebagainya.

• Karya catannya- The Persistence of Memory, 1931, cat minyak.

Sejarah

SejarahJackson Pallock

(Amerika, 1912-1956)• Pelukis aliran abstrak

ekpresionisme daripada Amerika yang selalu meng-gunakan percikan warna sebagai gaya persembahannya.

• Karya nya –’Number One’(1947)- cat minyak, cat enamel dan cat aluminium.

TEKNIK DAN MEDIATeknik-teknik Cat Minyak

Titik (Pointilisme)Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan secara menegak dan bersistematik di atas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukankesabaran dan ketekunan serta disiplin yang tinggi untuk menyiapkannya.

TEKNIK DAN MEDIAHard Edges

Seperti terpotong-potong kerana pengkarya meng-gunakan ‘musking tape’. Ia menghalang warna daripada bercantum. Mempunyai rupa bentuk yang jelas dan ber-batasan tepat.

TEKNIK DAN MEDIAGlazing

Nampakkan kilauan dan menggunakan teknik sapuan berus yang bersahaja tanpa tekanan yang kuat. Dibentuk dengan sapuan berus lapis demi lapis untuk me-nimbulkan kesan yang lembut dan licin seolaholah menampakkan kilauan. Teknik catan rumit kerana warna disapu selapisan dan dibiarkan kering, kemudian disapu pula lapisan kedua dan seterusnya hinggamenampakkan suatu filem warna yang lutsinar.

TEKNIK DAN MEDIA Impasto

Menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu dengan pisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Tidakbanyak menggunakan minyak linsid. Menimbulkan kesan jalinan tampak yangmenarik. Pisau palet lebih sesuai digunakan.

TEKNIK DAN MEDIA Scambling

Berus yang terkawal dan secara lembut. Penggunaan satu lapisan nipis warna legap secara kasar di atas warna latar. Ia menimbul-kan kesan lutsinar pada warna latar dan kelihatan seolah-olah menerusi sehelai kain halus.Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan yang kusam dan bertekstur.

TEKNIK DAN MEDIA Alla Prima

Sapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu sehingga warna yang di-kehendaki diperolehi. Cara catan ini agak mem-bazir. Teknik menitis, menitik, menyiram, menyapu atau memijak cat terus ke kanvas

TEKNIK DAN MEDIA Teknik-teknik Catan

AirBasah atas basahPelukis harus membiarkan warna terdahulu masih lembab dan sapuan warna berikutnya lebih kandungan air dan pewarna. Jika tidakwarna akan berbau dan hasilnya nampak kotor.

TEKNIK DAN MEDIA

Kering atas basahTeknik yang melibatkan sapuan warna daripada tiub terus disapu ke ataslapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.

TEKNIK DAN MEDIA Kering atas kering

serta tindihanSapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk meng-hasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

TEKNIK DAN MEDIA Kering bertindih

Teknik yang meng-gunakan titik-titik warna untuk membentuk objek atau corak yang menarik (kesan jalinan).

RumusanCatan adalah suatu medium yang membolehkan

pelukis meluahkanperasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual.• Lukisan Mesir purba adalah catan yang mempunyai corak tersendiri tentang kepercayaan dan agama.• Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang.• Corak dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakanmedia dan teknik.

SekianTerima Kasih