6753187 semantik

Post on 22-Jun-2015

2.580 views 8 download

Transcript of 6753187 semantik

BBM 3206SEMANTIK

0LEH :PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF

KONSEP MAKNAAristotle menyatakan bahawa unit terkecilyang bermakna atau the smallest significant unit of speech ialah perkataan.

Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasaterkecil yang bermakna adalah morfem.

Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliranpemikiran tentang konsep makna: alirananatikal @ referensial dan aliran operasional @ kontekstual.

PENGERTIAN MAKNA SECARA ANATIKAL

Menurut de Saussure (1959:67),bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda(signifiant) dan makna atau petanda(signifie).

Penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a. Petanda adalah gambaran atau maknayang melambangkan bunyi meja.

Oleh itu, kata atau lambang linguistikadalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna.

Ogden dan Richards (1949:11) pula menerangkan makna denganmemecahkannya kepada tigakomponen melalui rajah tiga segisemiotik.

Ullmann (1962:57) telahmempermudah teori segi tigasemiotik dengan melihat maknasebagai hubungan resiprokalantara nama dengan pengertian.

Pada hakikatnya, satu namaboleh mempunyai lebih daripadasatu pengertian dan jugasebaliknya.

PENGERTIAN MAKNA SECARA OPERASIONAL

Stuart Chase (1938:7) menerangkanmakna secara ‘operasional’, iaitu The true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it.

Wittgenstein (1953) menegaskanbahawa makna perkataan adalahpenggunaan perkataan dalam bahasa(the meaning of word is its use in the language).

TEORI SEMANTIKTeori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatuperkara. Ia merupakan prinsip atau dasarpembentukan sesuatu ilmu.

Teori linguistik merupakan prinsip dan dasaruntuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa.

Teori semantik adalah teori yang dapatmeletakkan makna pada setiap perkataan danayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatubahasa.

TEORI SEMANTIK MESTI MEMENUHI 3 SYARAT:

Mesti mencerap setiap makna perkataandan ayat, dan hubungan antara unsurtersebut.

Mesti dapat meramalkan ketaksaan padaperkataan dan ayat.

Mesti mencirikan dan menjelaskanhubungan sistematis antaraperkataan dan antara ayat, iaituhubungan sinonim, perangkumanlogis, penaabiran, pertentangan, dan sebagainya.

KEPELBAGAIAN MAKNA (HUBUNGAN MAKNA DAN KATA-KATA)

Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang sama. Maksud ‘sama’ tidak perlu seratus peratussama. Misalnya:

jemput = undangkereta = motokariktisad = ekonomisiasah = politikmangkat = matibiduan = penyanyiseniman = pelakon

Antonim: Perkataan yang mempunyaimakna yang berlawanan denganperkataan yang lain. Misalnya:

malam lwn sianglaut lwn daratmenjual lwn membelimemberi lwn menerimatua lwn mudabaru lwn lama

Antonim juga dapat dibentuk dengancara pengimbuhan, misalnya:

progresif lwn regresifprasejarah lwn pascasejarahinduktif lwn deduktifseniman lwn seniwati

Dari sudut ragamnya, antonim dapatdigolongkan kepada beberapa jenis:

1. Antonim komplementar2. Antonim gradabel3. Antonim relasional4. Antonim resiprokal

POLISEM, HOMONIM, DAN HIPONIM

Polisem: Satu perkataan yang mempunyaibanyak makna atau satu set makna yang berlainan. Misalnya, telur boleh bermakna‘sesuatu yang dilahirkan oleh burung’, atau‘markah kosong’, atau ‘benjol’, atau ‘hasil’, atau ‘sejenis karangan bunga’.

Homonim: Kata-kata yang sama ejaan danbunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki‘memanjat’ dengan daki ‘kotoran’.

Homofon: Kata-kata yang sama bunyi, tetapi berbeza ejaan dan maknanya. Misalnya, menonton dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan.

Homograf: Kata-kata yang sama ejaan, tetapi berbeza bunyi dan maknanya. Misalnya, semak ‘periksa’ dengan semak‘belukar’ atau ‘kusut’.

Hiponim: Kata yang mempunyailingkungan atau pemeringkatan dalamstruktur makna. Misalnya kata bungayang mempunyai banyak jenis.

Ini menunjukkan kata bungamerupakan satu golongan dancempaka, melur dsb. terdirisabagai anggotanya. Contohdalam BI seperti kata sheep.

Perubahan Makna

Makna sesuatu perkataan atauungkapan boleh berubah daripadayang asal kepada makna yang baharu. Namun antara unsur-unsurbahasa, maknalah yang paling kuatbertahan terhadap gejalaperubahan (Hashim Musa, 1994:77).

Antara faktor-faktor perubahan maknaadalah :

Perubahan makna kerana perkembanganbahasa itu sendiri.Perubahan makna kerana perubahantanggapan penutur.Perubahan makna kerana perluasanmaksud.Perubahan makna kerana pembatasanmaksud.Perubahan makna kerana tujuansimbolik dan stilistik.