1.0 PENGENALAN.
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang
dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga.
Penyertaan bagi acara ini agak meluas dan ianya disertai
oleh peserta lelaki dan perempuan. Teknik lontarannya telah
diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi
menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu
juga dengan kaedah latihan untuk peserta yang mengambil
bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk
penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-
aktiviti sampingan, serta pemakanan.
Atlit yang berbadan tinggi dan sasa biasanya mempunyai
kelebihan dalam acara lontar peluru. Ketinggian tubuh
membolehkannya melepaskan peluru itu dari sudut paras yang
agak tinggi berbanding dengan atlit yang rendah. Badan yang
sasa dan tegap juga akan memberikan dasar / tapak yang agak
stabil dalam gerakan melontar.
Lontar peluru juga merupakan acara yang memerlukan
kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang
baik. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan
mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang
diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan
jurulatih khusus untuk acara ini. Acara lontar peluru
memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang
1
tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik
untuk memastikan jarak yang maksimum.
2.0 SEJARAH LONTAR PELURU.
Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah
dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang
Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama
yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan
melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun,
acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan
di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar
peluru telah mendapat sambutan dibeberapa kejohanan sukan
olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang
kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan
sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara
olahraga yang dipertandingkan.
2
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar
peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi
seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan
kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan
lontaran berbentuk segi empat sama denganukuran 7 kaki x 7
kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke
negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima
untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk
Sukan Olimpik pada tahun1900 dan 1904. Pada tahun 1909,
bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan
lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang
terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai
sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung
teknik melontar peluru.
3.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN.
Lontar peluru adalah merupakan satu acara lontaran
dalam sukan olahraga. Acara ini menggunakan peralatan
tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di
kawasan yang bebas daripada sebarang gangguan dan halangan.
3
Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai
pertandingan harus memberikan perhatian pada aspek
keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri ;peserta
lain mahupun orang ramai. Oleh itu beberapa perkara perlu
dititikberatkan sebelum memulakan acara lontar peluru.
3.1 FIZIKAL PELURU.
Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam
yang tidak kurang lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan
mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan berat peluru
berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis
pertandingan. Berat peluru bagi peserta dewasa lelaki
ialah 7.265 kg manakala berat peluru untuk peserta
wanita ialah 4.005 kg. Berat peluru untuk peserta
remaja ialah 4.000kg. Berat peluru untuk murid sekolah
pula bergantung pada umur mereka. Perbezaan berat ini
adalah bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan
seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka.
Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110
hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah
95 hingga 110 mm.
4
3.2 KAWASAN LONTARAN.
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi
membolehkan setiap peserta melakukan lontaran. Kawasan
ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan
sekelilingnya setebal 5 cm. Saiz bulatan ini ialah
2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah
luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran
dipasang papan penahan untuk menentukan sama ada kaki
peserta menyentuh atau pun melepasi papan penahan yang
akan mengakibatkan lontarannya batal. Pada bagahian
tengan bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus
yang merentangi dan membahagikan bulatan ini kepada dua
bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru
dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari
dalam bulatan tanpa memijak garisan yang mengelilingi
bulatan.
5
Kawasan lontaran
3.3 KAWASAN PENDARATAN.
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi
membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau
dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada
sebarang gangguan dan dirintangi oleh dua garisan lurus
yang ditandakan pada sudut 40odi tengah bulatan
lontaran. Setiap lontaran yang dilakukan peserta
hendaklah jatuh di dalam kawasan tersebut. Sekiranya
peluru terjatuh diluar kawasan yang dipagari maka
lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah
memastikan setiap lontaran hendaklah mendarat di dalam
kawasan yang dikhaskan.6
3.4 PITA PENGUKUR
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan
yang dibuat oleh peserta. Ukuran dibuat dari titik
tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan
penanda hingga kesan tempat peluru mendarat. Peserta
yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran
yang sah dikira pemenang.
3.5 CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan
mendarat sehingga ke bahagian dalam penahan atau garis
bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian
kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran.
Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan
pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan
menunjukkan bacaan lontaran.
7
4.0 PRINSIP ASAS MELONTAR PELURU.
Gaya melontar Parry O’Brien adalah kurang sesuai bagi
pelajar sekolah rendah sekiranya mereka tidak mempunyai kaki
yang kuat. Di samping itu acara ini terlalu teknikal dan
memerlukan koordinasi yang tinggi. Justeru itu adalah
memadai sekiranya para pelajar hanya diajar cara berdiri dan
melontar dan cara melungsur ke belakang sebagai suatu usaha
untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajaran Pendidikan
Jasmani. Para pelajar seharusnya membina kesedaran bahawa
melontar memerlukan pergerakan yang icin dan koordinasi
seluruh anggota badan dan bukan setakat menolak dengan
tangan sahaja.
8
5.0 FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU.
Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru
biasanya terdiri daripada yang berikut:
1. Pegangan peluru
2. Lakuan sedia
3. Lungsuran
4. Kilasan badan
5. Lontaran Pulihan
5.1 KAEDAH PEGANGAN PELURU.
Cara memegang peluru perlu diberikan keutamaan
oleh peserta. Terdapat dua cara memegang peluru yang
lazim digunakan iaitu Gaya Tiga Jari dan Gaya Lima
Jari.
5.1.1 Gaya Tiga Jari.
Peluru diletakkan pada pangkal tiga jari tengah
dan di atas ibu jari. Jari kelingking agak bengkok dan
berada di samping peluru. Jari-jari agak renggang.
9
Kaedah ini sesuai bagi individu yang mempunyai jari-
jari yang kuat.
Gaya Tiga Jari
5.1.2 Gaya Lima Jari.
Semua jari digunakan untuk mengawal peluru yang
terletak pada pangkal jari. Ibu jari digunakan sebagai
penyokong dan pengawal dari sebelah rusuk. Teknik ini
disyorkan untuk murid sekolah rendah.
Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak
tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat
oleh kebanyakan peserta yang baru belajar melontar
peluru.
10
Gaya Lima Jari
Cara memegang peluru.
6.0 TEKNIK MELONTAR PELURU
Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk
melontar peluru. Diantaranya ialah :
a) Teknik berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)
b) Teknik lontaran sisi
c) Teknik O’ Brien
d) Teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back)
11
e) Teknik melungsur selangkah
6.1 Teknik berdiri dan melontar.
Untuk mendapat pergerakan tangan dan bahu yang
betul, boleh dilakukan dengan teknik berdiri sebagai
satu latihan. Berikut adalah cara lontaran dalam
teknik berdiri:
1. Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm,
tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga
bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang
memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar.
2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan
kiri menyilang ke kanan.
3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah
kiri manakala kaki dilurus dan peluru di tolak
keluar.
4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru
manakala tangan kiri membantu mengimbangkan tangan.
12
Gerakan dalam teknik berdiri.
Cara melontar peluru secara berdiri.
Lakuan sedia – mengilas badan – lontar
13
6.2 Teknik lontaran sisi.
Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini
sama ada dari sisi kanan atau sisi kiri. Peserta perlu
berdiri secara mengereng dengan mana-mana sisi badannya
menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna
bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 900
bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah seperti
berikut:
1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke
belakang dari garisan tengah bulatan lontaran.
Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kaki
kanan di angkat.
2. Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan
sedikit bahu ke hadapan.
3. Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat
lontaran.
4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta
tolak peluru keluar.
14
Gerakan dalam teknik lontaran sisi.
6.3 Teknik membelakangi kawasan lontaran (step-
back).
Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan
mempunyai kelebihannya jika dapat dipelajari dan
diaplikasikan. Langkah-langkah di dalam teknik ini
ialah :
1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.
2. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki
kiri di belakang.
3. Kaki kiri diangkat sedikit.
4. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan
di dalam kawasan lontaran.
5. Tolak peluru keluar dengan kuat.
15
Gerakan dalam teknik membelakangi lontaran sisi.
6.4 Teknik pemindahan (O’Brien).
Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh
atlit-atlit di peringkat tinggi yang mempunyai
kemahiran melontar yang tinggi serta berpengalaman luas
dalam pertandingan melontar peluru. Cara untuk
melakukan teknik O’Brien adalah seperti berikut :
1. Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki
kanan bersentuhan dengan garis belakang.
16
2. Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan
dengan kaki kanan.
3. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
4. Bongkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri
keluar.
5. Pusingkan bahu dan pinggang. Tolak serta lepaskan
peluru dengan kuat.
6. Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat
badan ke hadapan dan imbangkan dengan tangan kiri.
Gerakan dalam teknik pemindahan O’Brien6.4.1 Lakuan sedia.
Pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran.
Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan
dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari
dengan tanah.
17
6.4.2 Lungsuran.
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat
badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan
melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan
kaki kanan dijengketkan ke belakang. Serentak
dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke
bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika
ini masih di dalam keadaan condong.
18
6.4.3 Kilasan badan.
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki
bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan
penahan, badan mula mengilas ke atas dan ke
hadapan. Lungsuran dan kilasan badan hendaklah
dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus
menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya
untuk membuat lontaran.
Mengilas badan
19
Melontar ikut lajak pulihan
6.4.4 Lontaran, ikut lajak dan pulihan.
Lontaran.
Apabila kilasan badan selesai, kaki yang melungsur
menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan
melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan
pergerakan menolak yang bermula dengan menggunakan
bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang
memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh
yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk
menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti
bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.
Pulihan.
Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada
kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan
hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan
pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan
ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut
20
lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan
membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada
masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang
secara tergantung untuk membantu imbangan badan.
Kedudukan kaki
7.0 ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU.
7.1 Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu
harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke
belakang dimulakan.
7.2 Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan
dilakukan terlalu tinggi, iaitu lakukan seberapa
rendah yang boleh.
7.3 Semasa membuat gerakan meluncur ke belakang,
peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan
sentiasa di belakang peluru. Selepas peluru lepas
dari bahu, pandangan hendaklah ditumpukan kearah
sudut lontaran.
21
7.4 Dari permulaan hingga peluru lepas dari tangan,
tangan kiri hendaklah selalu diangkat, iaitu pada
paras dada. Diperingkat sebelah kiri dapat
dikurangkan.
7.5 Pada saat peluru akan ditolak sehingga ia jatuh di
tanah, pandangan hendaklah ditumpukan kepada
peluru. Semasa pergerakan awalan, iaitu semasa
meluncur, pandangan hendaklah membelakangi arah
lontaran.
8.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.
22
8.1 Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan
disokong oleh jari serta menyentuh rongga tulang
selangka berhampiran leher.
8.2 Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.
8.3 Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran
sekiranya jumlah peserta tidak melebihi lapan
orang.
8.4 Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira
sebagai pemenang.
8.5 Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau
kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di
dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari
kawasan mendarat dikira batal.
23
Lontaran yang sah dan lontaran yang batal.8.6 Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
lontaran sebelum peluru mendarat.
8.7 Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang
bulatan lontaran. Sekiranya peserta keluar dari
sebelah hadapan, lontaran itu akan dibatalkan.
8.8 Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh
papan penanda semasa membuat lontaran.
8.9 Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu
pengadil pertama menentukan cara dan kedudukan
peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki
peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi
tempat peluru mendarat.
Kedudukan pengadil.
24
9.0 PERATURAN ASAS ACARA LONTAR PELURU.
Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam
bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan
menggunakan sebelah tangan sahaja. Peserta dibenarkan
menyentuh di bahagian dalam lengkungan atau papan penahan.
Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah
dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan,
berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru.
Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap
pusingan. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam
kawasan garis sector. Selepas peluru mendarat, peserta
dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang
bulatan.
.
25
Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan
Selepas melontar, menyentuh mana mana bahagian kawasan
melontar dengan mana-mana bahagian badan.
Semasa melontar peluru dipegang jauh dari tempat yang
sepatutnya.
11.0 RUMUSAN.
Acara lontar peluru ini adalah acara yang memerlukan
kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin
melibatkan diri di dalam sukan ini. Sebagai acara
27
pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi pelajar
sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas melontar peluru
boleh diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara
pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan
kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.
28
Visual acara melontar peluru.
REFLEKSI.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat-
sahabat Baginda danseterusnya kepada semua saudara.Bersyukur saya
kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya dapat juga
saya menyiapkan tugasan olahraga ini dengan baik djayanya
mengikut masa yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat halangan
dan rintangan namun akhirnya segala kesusahan dan kepayahan itu
dapat diatasi berkat dari kesabaran dan kerajinan saya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Pada semester ini saya telah berpeluang untuk mengikuti kursus
olahraga. Saya telah didedahkan kepada beberapa acara balapan dan
juga acara padang. Saya telah diberi pendedahan tentang asas-asas
larian, teknik permulaan larian, acara lari berpagar, acara
lompat jauh, acara lompat tinggi, dan lontar peluru. Banyak ilmu
baru yang telah saya perolehi dan dapat diaplikasi di sekolah
untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Asas-asas ini amat
penting terutamanya kepada murid sekolah rendah untuk mengelakkan
berlakunya sebarang kecederaan.
31
Saya telah memilih tajuk Lontar Peluru sebagai tugasan pada kali
ini. Oleh kerana pensyarah telah memberi penerangan dan tunjuk
cara untuk acara lontar peluru, saya telah mengambil peluang yang
ada untuk mendalami lagi tentang acara ini. Saya juga telah
berkesempatan untuk membuat praktikal mengenai permainan ini
semasa sesi kuliah dijalankan. Dengan adanya praktikal dan
melakukan sendiri, ianya lebih jelas dan tidak tertumpu kepada
cara pembelajaran dengan hanya mendengar sahaja. Dengan ini juga
kita akan lebih ingat dan mudah untuk melaksanakannya. Sepanjang
melaksanakan tugasan olahraga yang diberikan oleh pensyarah iaitu
Encik Varugheese Chacko, banyak pengetahuan dan ilmu yangbermanfaat telah saya perolehi.
Hasil daripada tugasan yang disediakan saya dapati acara lontar
peluru ini adalah satu acara yang sangat menarik. Saya telah
mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang sejarah lontar peluru,
peralatan dan kelengkapan, fasa pergerakan melontar peluru,
teknik melontar peluru, undang-undang dan peraturan melontar
peluru, dan lakuan yang boleh membatalkan lontaran. Sebagai
seorang guru, tugasan ini dapat menolong saya untuk mendalami
ilmu olahraga dan sangat berguna untuk diaplikasi di sekolah.
Selain itu dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan tentang
ilmu yang berkaitan dengan olahraga terutamanya acara melontar
peluru. Saya juga dapat mempelajari cara-cara yang betul untuk
mengajar dan melatih murid dalam acara melontar peluru. Saya juga
mempelajari latihan-latihan ansur maju yang boleh membina
32
kecekapan dan stamina murid untuk mengikuti sesuatu acara
olahraga.
Pada keseluruhannya, tugasan ini sangat berguna untuk
diaplikasikan di sekolah. Dengan adanya ilmu yang bermanfaat ini
saya tidak lagi teragak-agak untuk menyampaikan semula ilmu yang
diperolehi kepada anak-anak murid saya terutamanya ketika diberi
tanggungjawab untuk menjadi guru Pendidikan Jasmani atau melatih
murid untuk acara sukan tahunan.
RUJUKAN.
33
Ahmad Wafi (1996). Olahraga Padang. Kuala Lumpur: Goodmark
Enterprise.
Helen Ten (1996) Manual Olahraga. Selangor : Penerbit Junjuara
Publications.
Lontar Peluru, diperoleh pada 13 Mac, 2013, daripada
http:www.scribd.com/doc/4853339/Lontar-Peluru
Lontar Peluru, diperoleh pada 15 Mac, 2013, daripada
www.scribd.com/doc/22973747/lontar-peluru.
Lontar-Peluru, diperoleh pada 20 Mac 2013, daripada
http://www.scribd.com/doc/22973747/lontar-peluru.
Olahraga:Acara-acara padang Jilid ii, Karisma Publications, 2006
Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Olahraga Kursus Diploma
Perguruan Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
34
Top Related