BSS3073
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN
Syair Siti Zubaidah Perang China
Nurul Sarizan Salleh
D20111047610
Kumpulan
Nama pensyarah :
Dr. Norazimah binti Zakaria
Tarikh hantar : 30 Mac 2015
Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Isi kandungan
Pengenalan1
1.0 Sinopsis2-3
2.0 Nilai-nilai Murni4-14
3.0 Kaitan Nilai Murni dengan Pembentukan
Modal Insan Pelajar15-16
4.0 Kesimpulan 17
Pengenalan
Syair Siti Zubaidah merupakan salah satu daripada 116
buah tajuk karya puisi daripada 5 000 manuskrip Melayu yang
pernah dikumpul di seluruh dunia terutama di perpustakaan
luar. Oleh itu, pengarang sebenar syair ini tidak pernah
diketahui namun dikatakan syair ini merujuk kepada kerajaan
Melayu pada suatu ketika melalui beberapa catatan.
Terdapat rangkap dalam syair ini menyatakan terhadap
rakyat Kembayat Negara ;
Katanya, “Hai, Raja Melayu,
Menyalahkan pedang hendaklah tahu,
Senjata bukan kayu dan batu,
Jikalau mengenai bisa tak tentu”.
Rangkap ini menunjukkan Kembayat Negara yang dinyatakan
dalam syair ini merupakan kerajaan Melayu pada zaman
terdahulu yang turut dikatakan menerima kunjungan pedangan
dari seluruh rantau.
1.0 Sinopsis
Syair Siti Zubaidah merupakan syair yang menceritakan
tentang kehidupan seorang isteri iaitu Siti Zubaidah dalam
usaha menyelamatkan suaminya Sultan Zainal Abidin. Secara
keseluruhan, syair ini menunjukkan unsur feminisme yang
tinggi khasnya dalam watak Siti Zubaidah. Syair ini
melambangkan kegigihan, ketaatan dan perjuangan Siti
Zubaidah untuk menyelamatkan suaminya yang ditawan oleh
puteri-puteri China.
Cerita Siti Zubaidah bermula dengan negara Sultan
Kembayat Negara, Darman Syah dan permaisurinya, Permaisuri
Tua yang belum lagi mempunyai putera. Semasa puteranya
lahir, berlaku banjir besar. Putera tersebut dinamakan
Zainal Abidin yang digelar Fathu’l –Arifin. Putera itu
kemudianya gandingkan dengan rakan-rakan empat bersaudara
yang baik-baik dan diberi pendidikan agama serta ilmu
kepahlawanan.
Siti Zubaidah tinggal di Pulau Peringgi bersama
bapanya, Pendeta Ulama. Pendeta Ulama dahulunya seorang raja
di Iraqan Kastan tetapi menyedari kuasa dunia tidak bererti,
telah menyerahkan takhta kepada anaknya, Muhammad Tahir.
Pendeta Ulama juga memberikan anak perempuannya pendidikan
agama yang baik seperti membaca Al-Quran dan jarang keluar
dari rumah.
Melalui mimpi, Sulatan Zainal Abidin bertemu dengan
Siti Zubaidah dan berusaha mencarinya. Melalui usaha
pengasuhnya, dia dapat menemui dan mengahwini Siti Zubaidah.
Sebelum pulang semula ke Kembayat Negara, Sultan Zinal
Abidin juga bertemu dengan Puteri Sajarah dan mengahwininya.
Bersama-sama dengan kedua-dua isterinya, Sultan Zainal
Abidin pulang ke tanah airnya. Kembayat Negara merupakan
sebuah negara besar yang mempunyai sistem ekonomi yang baik
kerana kehadiran ramai pedagang dari pelusuk rantau ke situ.
Pada suatu hari, Kembayat Negara diserang oleh China,
sebagai balasan penghinaan kepada salah seorang pedagang
mereka. Serangan ini lebih kejam dengan penawanan Sultan
Zainal Abidin oleh puteri Cina sebagai tahanan dan dibawa ke
China.
Menyedari keadaan ini, Siti Zubaidah menyiapkan dirinya
bagi menyelamatkan suaminya. Siti Zubaidah tinggal
dilindungi oleh bapanya. Semasa kecil dia belajar Al-Quran
dan perkara lain sebagaimana gadis lain. Tetapi apabila
dicabar dengan kehilangan suaminya, dia memasuki dunia
lelaki dan bersedia untuk berperang. Dalam perjalanannya,
dia melahirkan anaknya seorang diri di dalam hutan dan
meninggalkan anaknya yang kemudiannya diselamatkan dan
dipelihara oleh Muhammad Tahir.
Dalam usaha untuk menyelamatkan suaminya, dia telah
bertemu dengan Puteri Rukiah. Takhta Puteri Rukiah di Yaman
telah dirampas oleh saudaranya Mahiran. Mereka bersama-sama
belajar ilmu kepahlawanan di sebuah bukit oleh seorang
syeikh. Siti Zubaidah juga membantu Puteri Rukiah untuk
mendapatkan takhta kerajaannya kembali. Mereka kemudian
memakai pakaian dan nama lelaki iaitu Syahar dan Nahar.
Dia kemudian menjadi sultan di Yaman dan menyertai
perang menakluki China. Dia berhadapan dengan banyak cubaan
dalam usaha membebaskan suaminya. Keberanian dan cintanya
yang mendalam terhadap suaminya memberikannya kekuatan bagi
memenangi peperangan. Dia akhirnya mendedahkan diri sebenar
kepada Sultan Zainal Abidin dan kembali ke Kembayat Negara
untuk bersatu dengan anak mereka.
2.0 Nilai-nilai murni
Terdapat beberapa nilai murni yang ditonjolkan dalam Syair
Siti Zubaidah dan Perang Cina ini. Antaranya nilai kesetiaan
terhadap suami, nilai pengorbanan seorang isteri, nilai
kesabaran, nilai patriotik, nilai keadilan dan nilai kasih
sayang, ketabahan.
Nilai murni ini diterapkan di dalam sebuah syair yang
seharusnya mejadi panduan semua untuk membentuk nilai muni
dan akhlak dalam kalangan pelajar. Walaupun syair ini
menceritakan tentang kehidupan seorang isteri,namun nilai-
nilai murni yang terkandung dalamnya dapat digunakan untuk
semua orang.
2.1 Nilai kesetiaan
Nilai kesetiaan dalam syair ini ditunjukkan oleh watak
utama iaitu Siti Zubaidah dari permulaan cerita sehingga ke
akhirnya. Antara bentuk kesetiaan yang ditonjolkan ialah
kesetiaan Siti Zubaidah terhadap suaminya walaupun setelah
suaminya mengahwini wanita lain. Selepas berkahwin dengan
Siti Zubaidah, Sultan Zainal Abidin berkahwin dengan Puteri
Sajarah dan pulang bersama-sama mereka ke Kembayat Negara.
Sultan Zainal Abidin juga berkahwin dengan dua orang puteri
Cina selepas Siti Zubaidah menyelamatkannya.
Tersenyum manis Siti bestari,
Mendengar titah maharaja negeri,
Dengan perlahan mengeluarkan peri,
“Masakan patik tidak memberi.
“Silakan tuanku duli mahkota,
Naik segera tuanku bertakhta,
Janganlah lagi berbanyak kata,
Hari nan tinggi sudahlah nyata.”
Siti Zubaidah juga seorang yang setia kawan terutama
terhadap rakannya Puteri Rukiha. Dia membantu puteri Rukiah
untuk mendapatkan kembali takhta kerajaannya yang dirampas
oleh Mahiran.
2.2 Nilai ketabahan
Semasa Sultan Abidin ditawan oleh puteri-puteri Cina,
Siti Zubaidah menunjukkan sifat ketabahan dalam dirinya. Dia
tidak terus bersedih sebaliknya berusaha untuk menyelamatkan
suaminya. Dia melahirkan anaknya seorang diri dan
meninggalkanya di dalam hutan, mempelajari ilmu kepahlawanan
dan menyelamatkan suaminya dari tahanan puteri-puteri Cina.
Bangunlah Siti seorang dirinya,
Disambut anakanda dikerat pusatnya,
Diambil air disiramkannya,
Serta dipangku disusukannya.
Terlalu susah Siti dermawan,
Melihat paras putera bangsawan,
Kasih dan sayang bercampur rawan,
Terkenang baginda tidak ketahuan.
Menangis ia seraya berkata,
“Aduhai puteraku cahayanya mata,
Sudahlah takdir Tuhan semata,
Di dalam hutan duduk melata.
…
Katanya, “Aduhai intan mestika,
Bonda mencari ayahanda juga,
Pergi membawa untung celaka,
Kuserahkan kepada Tuhan yang Baqa.
Selain itu, Siti Zubaidah juga tabah apabila dirinya
dibenci oleh ibu mertuanya sendiri, Permaisuri Tua dan
madunya, Puteri Sajarah sehingga Sultan Zainal Abidin tidak
dibenarkan pulang ke rumah Siti Zubaidah oleh Pemaisuri Tua.
Dia mengubati kerinduannya dengan bergaul dengan orang-orang
kebanyakan, sembahyang dan mengajar anak-anak menteri
mengaji. Malah semasa Sultan Zainal Abidin pulang ketika
peristiwa China menyerang Kembayat Negara, Siti Zubaidah
sedang mengajar orang mengaji.
2.3 Nilai kesederhanaan
Nilai kesederhanaan banyak ditonjolkan melalui watak
Siti Zubaidah. Walaupun dia merupakan seorang anak bekas
raja dan isteri seorang ketua negara, dia tetap mengekalkan
sifat kesederhanaan dalam kehidupan sehariannya. Dia tidak
memakai perhiasan yang sering dipakai oleh golongan
bangsawan. Tidak seperti madunya, Puteri Sajarah, Siti
Zubaidah tidak menunjukkan sifat golongan bangsawan yang
berpakaian indah-indah dan hidup mewah di istana. Sifat
kesederhanaan ini juga tidak disenangi oleh ibu mertuanya,
Permaisuri Tua. Permaisuri Tua amat mementingkan keturunan
dan menganggap Siti Zubaidah tidak setaraf dengan mereka.
Beliau sendiri tidak mengetahui Siti Zubaidah sebenarnya
berdarah raja.
Kali pertama Siti Zubaidah dan Puteri Sajarah datang ke
Kembayat Negara juga, Permaisuri Tua telah bertanyakan yang
mana satu puteri yang sama keturunan dan sebangsa dengannya
dan yang mana satu yang anak bangsa yang hina. Hal ini jelas
menunjukkan sikap Permaisuri Tua yang amat mementingkan
keturunan seseorang dalam keluarganya.
“Janganlah tuan pulang ke sana,
apa ditunggu orang yang hina,
isteri setara tidak berguna,
Zubaidah itu tidak sempurna.
“Beradulah tuan di istana ini,
tuan tidak berangkat ke sini,
anakanda puteri sudah (di) sini,
janganlah tinggal selama ini. “
Demi didengar sultan bestari,
tunduk menyembah berdiam diri,
melalui titah rasanya ngeri,
takut derhaka bonda sendiri.
Demikian kononnya ceteranya itu,
permaisuri bencikan menantu,
puteranya tidak diberi ke situ,
mendapat Zubaidah dilarang tentu.
2.4 Nilai keagamaan
Sebagai seorang watak yang protagis, Siti Zubaidah
telah sedia terdidik dengan ilmu keagamaan sejak kecil oleh
ayahandanya Pendeta Ulama. Siti Zubaidah juga seorang yang
lemah lembut dan berbudi bahasa. Ayahanda Siti Zubaidah juga
menyampaikan nasihat selepas Sultan Zainal Abidin berkahwin
dengan anaknya. Dia menasihati Sultan Zainal Abidin sebagai
seorang ayah, dan meminta Sultan Zainal Abidin tidak segan
untuk meminta Siti Zubaidah untuk melakukan kerja rumah
seperti memasak dan memberi pengajaran sekiranya dia ingkar.
Hal ini dapat dilihat dalam potongan syair berikut ;
“Zubaidah itu bawalah pergi,
jangan banyak orang yang dengki,
jangan ditaruh di pulau peringgi,
melepaskan dari hasad dan dengki.”
“susah ayahanda selama ini
menaruh anak besarnya ini,
ditakdirkan Allah Tuhan Rabbani,
kepada tuan berbuat bini.”
“Zubaidah ini tuan berikan,
kepada bonda tuan serahkan,
perbuatlah hamba jangan segan,
jurutanak tuan jadikan.
“perintahlah jangan segan dan malu
mana-mana tidak kena suruhlah palu,
beri pengajaran juga selalu,
ia nan sangat bodoh terlalu.”
Ilmu agama yang dipelajari oleh Siti Zubaidah sejak
kecil juga membentuk dirinya menjadi seorang wanita yang
suka beribadat, penyabar, suka membaca al-Quran dan mahir
melagukan ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak ketinggalan juga,
Siti Zubaidah meluangkan masa untuk berbakti kepada orang
ramai semasa ketiadaan suaminya di sisinya.
Adapun akan Siti Zubaidah,
sedikit tidak hatinya gundah,
suaminya itu tidak datang sudah,
permaisuri tiada faedah
Duduk Zubaidah berbuat bakti,
mengaji sembahyang bersungguh hati,
suaminya tiada ditaruh hati,
Sebab mentuanya punya negeri.
…
Banyak orang menyerahkan anaknya,
disuruh perintah apa sukanya,
oleh Zubaidah dite(r)ima semuanya,
di(bel)ajar mengaji sekalian anaknya.
Berhimpun sekalian anak menteri,
ia baik-baik di dalannya negeri,
di(bel)ajar mengaji sehari-hari,
diperbuat seperti saudara sendiri.
Segenap kampung memuji,
Puteri Zubaidah pandai mengaji,
suaranya manis sangat merdu,
paras elok tidaklah keji,
banyak berkata sama sendiri,
budinya baik tiada terperi.
2.5 Nilai patriotik
Nilai patriotik atau semangat cintakan negara
ditunjukkan melalui peristiwa membela maruah dan kehormatan
sesebuah negara asing yang menyerang negara lain. Dalam
syair ini, ditunjukkan Kembayat Negara telah diserang oleh
China tanpa amaran. Pertahanan Kembayat Negara telah hancur
dan negeri-negeri bawah taklukannya tidak sempat memberikan
bantuan.
Malah dalam peristiwa ini ditunjukkan juga sikap
mementingkan diri sendiri oleh saudagar berida yang bergaduh
dengan cincu wangkang mengelak daripada membantu
mempertahankan Kembayat Negara. Penawanan Sultan Zainal
Abidin oleh puteri-puteri China juga dianggap sebagai
kejadian yang menjatuhkan maruah negara.
Sebagai tindakan serang balas, Siti Zubaidah telah
berusaha untuk mendalami ilmu kepahlawanan dan menyamar
sebagai lelaki untuk menyelamatkan suaminya. Siti Zubaidah
juga terlibat secara aktif dalam penaklukan negara China.
Pada mulanya, penaklukan ini dilakukan untuk menyelamatkan
suaminya, namun akhirnya berubah kepada penakluakan untuk
menyebarkan agama Islam.
2.6 Nilai keberanian
Nilai keberanian ini banyak ditonjolkan di sepanjang cerita,
antaranya keberanian empat bersaudara sahabat Sultan Zainal
Abidin, keberanian Siti Zubaidah dalam usaha menyelamatkan
suaminya dan keberanian Sultan Zainal Abidin untuk menolak
perkahwinan dengan puteri Cina yang menawannya walaupun
diancam dengan hukuman dihumban ke perigi beracun. Selain
itu, terdapat juga percubaan berani Puteri Rukiah atau Nahar
untuk menyelamatkan Sultan Zainal Abidin dalam perigi
beracun.
Syahar pun tidak terpandangkan,
Kepada Nahar disuruh ambilkan,
“Cuba adinda tolong ambilkan,
biar kekanda menyambutnya tuan.”
Nahar pun turut pada sisinya,
baginda itu hendak diambilnya,
baru pun tangan dimasukkannya,
dimakan racun melocot jarinya.
Bisanya itu bukan kepalang,
dimakannya kuku sampai ke tulang,
tidak tertunggu Nahar terbilang,
segeralah naik ke atas Gerang.
3.0 Kaitan nilai dengan pembangunan modal insan pelajar
Nilai yang boleh diterapkan dalam pendidikan pelajar
sekolah ialah nilai ketabahan atau kegigihan. Dalam carita
ini, ditunjukkan Siti Zubaidah tabah untuk melalui berbagai-
bagi kesukaran untuk menyelamatkan suaminya, Sultan Zainal
Abidin. Beliau melahirkan anak seorang diri di dalam hutan
dan menyerahkan nasib anaknya bulat-bulat kepada ketentuan
Tuhan.
Dalam pembentukan modal insan pelajar, jika diselidik
secara selapis, tidak mungkin seorang ibu sanggup
meninggalkan anak yang baru lahir di dalam hutan seorang
diri, namun hal yang tidak disangka berlaku apabila kekanda
Siti Zubaidah, Muhammad Tahir menemui putera tersebut semasa
berburu. Hal ini menunjukkan, sikap tawakal dan percaya
kepada takdir dan ketentuan Tuhan membantu Siti Zubaidah
dalam meninggalkan anaknya bersendirian.
Selain itu, nilai keagamaan juga perlu diterapkan dalam
diri pelajar sejak kecil lagi. Hal ini ditunjukkan melalui
peranan ayahanda Sultan Zainal Abidin yang menghantarnya
untuk mempelajari ilmu agama dan kepahlawanan sebelum
diangkat menaiki takhta. Selain itu, ayahanda baginda juga
mengaturkan supaya Sultan Zainal Abidin berkawan dengan
orang yang baik-baik keturunan dan akhlaknya. Hal ini
menonjolkan peranan sahabat itu penting dalam pembentukan
akhlak seseorang.
Nilai keagamaan juga ditunjukkan oleh Pendeta Utama
yang mendidik Siti Zubaidah dari kecil hingga dewasa dengan
ilmu agama seperti mengaji al-Quran, brsembahyang dan
menjaga adab sopan santun. Hal ini jelas terlihat melalui
keperibadian Siti Zubaidah yang lemak lembut dan
kemahirannya menjaga diri sendiri semasa ketiadaan suaminya.
4.0 Kesimpulan
Dalam syair Siti Zubaidah ini banyak menerapkan unsur-
unsur nilai moral yang tinggi. Setiap nilai moral disusun
secara rapi dan boleh diselidik melalui tingkah laku setiap
watak yang terlibat. Tidak kira watak utama Siti Zubaidah
ataupun sekadar watak sampingan seperti Siti Raudhiah,
pembantu Sultan Zainal Abidin, mereka mempunyai personaliti
yang membantu dalam perkembangan sesebuah cerita.
Nilai-nilai moral ini juga ditonjolkan supaya menjadi
suatu pengajaran kepada pembaca terutama pelajar sekolah.
Walaupun kisah ini melibatkan pengorbanan seorang wanita
sebagai seorang osteri dan ibu, ia menunjukkan peranan
emansipasi wanita yang tidak hanya terlibat di dapur
sebaliknya melibatkan diri dalam isu-isu negara.
Kesimpulan dari nilai-nilai yang terlihat dalam syair
ini amatlah jelas yang menunjukkan sifat dalaman wanita atau
unsur feminisme yang mendalangi keseluruhan kisah ini.
Top Related