Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
215
MASJID SEBAGAI PENGENDALI PENGINAPAN: KAJIAN KES DI MASJID AL
GHUFRAN, SELANGOR
Noor Fiteri bin Abdullah
School of Tourism, Hospitality and Environmental Management,
Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok,
Kedah Darul Aman, Malaysia
Abstract
Historically, the mosque has been one of the most significant institutions in the Islamic
community, and it plays a key role in the everyday lives of Muslims. In term of tourism,
mosque is proudly known through the uniqueness of its‘ architectural style and design. The
lodging in mosque conveys a new concept especially for the Muslims‘ tourists who are
searching for an accommodation that conform to Islamic principles. This case study is
trying to discover the recent status of conveniences offered to the public in the respective
mosque.
Masjid merupakan bangunan yang boleh ditemui di mana-mana tempat baik di bandar atau
pun kampung. Dalam konteks pelancongan, keunikan seni bina merupakan menjadi tarikan
terutamanya kepada pelancong. Isu mendapatkan kemudahan penginapan berlandaskan
syariah merupakan masalah yang menjadi kesukaran kepada pengguna Islam apabila
melancong. Kewujudan masjid sebagai pengendali kemudahan penginapan di beberapa
tempat merupakan satu pilihan kepada golongan terbabit. Kertas kerja ini cuba meneliti
status terkini kemudahan yang disediakan di masjid yang dikaji seterusnya mencadangkan
kajian susulan yang boleh dilaksanakan.
Keywords: Mosque, Accomodation Product, Shariah Compliant Accomodation, Islamic
Tourism,
Pengenalan
Pelancongan ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal individu daripada
tempat bermukim keluar ke tempat yang lain(Jamudin, 2012). Keperluan utama apabila
berpergian ialah kemudahan penginapan yang selesa dan menyenangkan. Hotel dan resort
merupakan tempat penginapan pilihan kepada tetamu apabila berkunjung ke sesuatu tempat di
luar kediaman. Apakah ada institusi lain yang boleh menjadi alternatif kepada kedua-duanya?
Masjid dalam institusi pelancongan merupakan produk yang mempunyai nilai tarikan
tersendiri. Keindahan seni bina dan hiasan dalam adalah tarikan tumpuan terutamanya kepada
pelancong asing (Bernama, 2012). Adakah hanya itu fungsi yang boleh diketengahkan oleh
masjid dalam bidang pelancongan? Semasa kegemilangan empayar Islam masjid berfungsi
sebagai pusat kegiatan umat dari aspek keagamaan dan sosial (Lokman, 2007). Peranannya
tidak terbataskepada aktiviti solat dan zikir sahajatetapi merangkumi urusan pentadbiran
negara dan kebajikan orang ramai. Peranan dalam kebajikan berkait dengan pelancong atau
musafir juga tidak terkecuali. Masjid menjadi tempat musafir persinggahan sementarauntuk
berehat sebelum meneruskan perjalanannya ke destinasi tujuan (Muhd Fadli, 2003).
Kini, kegiatan pengimarahan masjid selain daripada menjadi tempat beribadah
menjadi polemik perbincangan apatah lagi apabila melibatkan orang bukan Islam. Pihak yang
bersetuju dengan alasan sebagai medium dakwah manakala yang tidak bersetuju dengan
Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
216
alasan mencemar status kesucian masjid sebagai tempat ibadah (Hasni, 2003; Mohd Asri,
2010). Fungsi masjid menyediakan tempat penginapan kepada musafir turut menjadi isu
menarik untuk diselidiki daripada percanggahan pendapat yang wujud.
Latar belakang dan Permasalahan Kajian
Walaupun terdapat perbezaan pandangan berkenaan isu ini, beberapa buah masjid
telah tampil menyediakan kemudahan penginapan untuk musafir.Konsep yang dikenali
sebagai Rumah Musafir telah dilaksanakan di beberapa buah masjid di seluruh negara.
Penginapan yang disediakan ialah lebih bersifat kebajikan.
Penginapan untuk persinggahan musafir berehat telah wujud di Masjid Negara suatu
ketika dahulu tetapi telah diubahsuai untuk keperluan lain (Hasnurul & Wan Shamsul, 2008).
Usaha menyediakan penginapan kemudiannya dikembangkan oleh Masjid Al-Ghufran,
Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur (Faizal, 2009; Khadijah, 2009). Selain itu, Masjid
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga menyediakan kemudahan yang sama kepada tetamu
(Zuarida, 2010). Terdapat beberapa lagi masjid seperti Masjid Jamek Alam Shah di pusat
bandar Kuala Lumpur (Mohd. Zulfadli, 2012) dan Masjid Al-I‘tisam, Taman Tun Dr. Ismail
Jaya, Shah Alam (http://www.alitisam.my/kiai) sedang dalam usaha untuk membangunkan
penginapan dengan konsep yang sama.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh pelancong Islam ketika melancong ialah keperluan
perkhidmatan penginapan mesra pengguna Islam dan bebas maksiat (Arasteh & Eilami, 2011;
Battour, Ismail, & Battor, 2010; Nazarudin, Mohd Onn Rashdi, Harnizam, & Razlan Adli,
2010). Selain itu keperluan makanan halal juga menjadi kegusaran untuk tinggal di tempat
penginapan tertentu (Suhaiza, Azizah, & Simon, 2011; Wan Sahida, Suhaimi, Khairil
Wahidin, & Yaakob, 2011).
Rasionalnya konsep penginapan yang dikembangkan oleh masjid ini boleh memenuhi
keperluan yang ditimbulkan oleh pengguna-pengguna Islam terbabit. Tambahan lagi
keperluan pelancongan telah berkembang dan menjadi keperluan setanding dengan keperluan
lain dalam kehidupan (Fauziah, 2012).Keperluan untuk menyambung pendidikan ke institusi
pengajian tinggi, sambutan konvokesyen, majlis perkahwinan merupakan beberapa contoh
keperluan untuk melancong pada hari ini. Masalah yang menjadi kekangan apabila
pelancongan ialah dari segi kewangan. Jika ada segelintir masjid yang berkemampuan
daripada sejumlah lebih 6 ribu buah masjid di seluruh negara, ia dilihat boleh membantu
menampung atau alternatif kepada penginapan yang sedia ada.
Kajian ini ingin meneliti status terkini kemudahan penginapan disediakan di
masjidyang dikaji. Fokus perbincangan adalah untukmengembangkan peranan masjid dalam
mengendalikan kemudahan penginapan kepada tetamu yang dilaksanakan di Masjid Al
Ghufran, Taman Tun Dr Ismail, Selangor seterusnya mengadakan penyelidikan lanjut di
masjid-masjid lain pada masa akan datang.
Sorotan Karya
Konsep Penginapan
Penginapan terbahagi kepada yang bersifat komersial dan kebajikan dengan
menawarkan perkhidmatan sepenuhnya atau layan diri (Holloway & Taylor, 2006).
Penginapan masjid termasuk dalam kategori kebajikan dengan menawarkan perkhidmatan
bergantung pada keupayaan masjid tersebut. Medlik dan Ingram (2006) berpendapat konsep
Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
217
penginapan memberi penekanan kepada lima unsur utama. Kesesuaian lokasi, keselesaan
kemudahan, kepuasan perkhidmatan, penonjolan imej yang jelas dan polisi harga yang
berpatutan merupakan asas kepada sesebuah penginapan.
Masjid dilihat berkemampuan untuk menceburi usaha menawarkan kemudahan
penginapan kepada pelancong berdasarkan kepada ciri-ciri yang dinyatakan. Berasaskan
kriteria produk penginapan tersebut, adalah tidak mustahil kepada institusi keagamaan untuk
melaksanakannya. Masjid boleh menjadi pemain dalam industri pelancongan mengendalikan
penginapan sebagaimana kewujudan Young Men Christian Association (YMCA) dan Ashram
masing-masing bagi agama Kristian dan Hindu. Seterusnya, dalam masa yang sama ia boleh
merealisasikan harapan kerajaan menjadikan masjid sebagai pusat sehenti kepada orang
ramai.
Masjid sebagai Pusat Sehenti
Kerajaan berhasrat menjadikan masjid sebagai pusat sehenti yang berkemampuan
menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna seperti perpustakaan, komputer, kelas-
kelas pengajian untuk semua peringkat usia dan kemudahan penginapan sementara untuk
musafir (New Straits Times, 2012; Thestaronline, 2010). Gagasan kerajaan timbul akibat
kegagalan masjid berperanan di luar skop tuntutan ibadah yang khusus. Masjid tidak
mempunyai daya tarikan tersendiri untuk menggamit pengunjung (Muhammad Hisyam,
2006). Situasi tarikanseperti di pusat membeli belah atau pusat hiburan seolah-olah tidak
wujud di masjid.
Mohd. Gunawan (2008) pula menyarankan agar masjid dibuka 24 jam sebagai usaha
untuk mengimarahkan masjid. Usaha untuk menyahut hasrat kerajaan menjadikan masjid
sebagai pusat sehenti boleh dilaksanakan dengan kewujudan penginapan tersebut. Kewujudan
rumah musafir di masjid menjadikan masjid sentiasa berpenghuni.
Sejarah Penginapan dalam Islam
Konsep penginapan awal Islam menjadikan kawasan masjid sebagai hab untuk tetamu
berehat di samping menawarkan kemudahan yang diperlukan oleh pelancong (Dale, 2010;
Ng, 2007; O‘Gorman, 2007; O‘Gorman & Prentice, 2008). Walaupun begitu, kelangsungan
penawaran penginapan tersebut telah terhenti dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya
sehinggalah ke hari ini.Sejarah penyediaan penginapan yang sempurna untuk tetamu bermula
dari kediaman persendirian. Tetamu dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga dan
perlu mendapat layanan yang sewajarnya (Goeldner, Ritchie, & McIntosh, 2000). Seiring
dengan perkembangan masa dan kemajuan tamadun, keperluan penginapan menjadi lebih
terbuka. Kewujudan caravanserai pada awal kurun menjadi tradisi layan tamu Islam yang
lazim diamalkan semasa kegemilangan empayar Uthmaniah. Menurut O‘Gorman (2007)
caravanserai berfungsi sebagai tempat penginapan bagi pengembara. Ia disediakan secara
percuma selama tiga hari selaras dengan ajaran Islam yang menyarankan penganutnya
meraikan tetamu sepanjang tempoh tersebut.
Kajian lanjut yang dijalankan oleh O'Gorman & Prentice (2008) mendapati sistem
caravanserai ini menjadikan masjid sebagai induk di samping pelbagai jenis bilik disediakan
untuk kemudahan tetamu memilih penginapan. Kemudahan yang ditawarkan termasuklah
kawasan khas sebagai kandang haiwan tunggangan. Bagi menjamin keselamatan penginap
pula, menara kawalan didirikan di setiap penjuru kawasan. Apa yang menariknya ialah
kewujudan bazaar untuk urusan jual beli juga terdapat di dalam caravanserai ini.
Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
218
Pembangunan caravanserai dan bazaar di sekitar masjid membantu kelangsungan masjid
untuk menjalankan kegiatan kemasyarakatan (Dale, 2010).
Tradisi caravanserai diteruskan dengan tercetusnya konsep Musafir Khanna yang
menyediakan tempat perlindungan merangkap penginapan kepada musafir yang memerlukan.
Ng (2007) menjelaskan Musafir Khana ialah tempat persinggahan kepada orang Islam yang
berhajat untuk menginap. Bangunan tersebut dibina di perkarangan masjid. Matlamat
penubuhannya adalah untuk memenuhi keperluan penginapan kepada orang Islam ketika
dalam perjalanan mengerjakan haji ke Mekah. Konsep ini dilihat berkembang dari wilayah
Arab hinggalah ke Hong Kong. Walaupun begitu, kelangsungan penawaran penginapan
tersebut seolah-olah telah terhenti dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya sehinggalah
ke hari ini.
Isu berkenaanKeperluan Penginapan
Keraguan yang mendasari keperluan bagi pengunjung Islam dalam memilih lokasi
pelancongan ialah kemudahan mendapatkan makanan halal. Fenomena ini dijelaskan oleh
Wan Sahida et al. (2011) tentang keperluan makanan halal ketika menginap di hotel atau
bercuti ke mana-mana destinasi. Kenyataan ini disokong oleh kajian Suhaiza et al. (2011)
tentang keperluan makanan halal untuk pelancong Muslim terutamanya dari negara Asia
Barat yang menginginkan makanan dan perkhidmatan halal ketika melancong. Islam telah
menggariskan perkara-perkara yang perlu dielakkan walau dalam apa keadaan sekalipun
ketika melancong. Kajian daripada Arasteh dan Eilami (2011) mendapati adanya perkongsian
bilik lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, terdapat kegiatan perjudian, dan cara
berpakaian yang tidak bersesuaian menjadi faktor penginap Islam untuk menolak daripada
menginap di tempat tersebut.
Selain daripada itu konsep penginapan yang dipilih oleh penginap Muslim mukmin ini
setelah dikaji mestilah bersifat mesra pengguna Islam dari semua aspek tuntutan keagamaan
(Battour et al., 2010) seperti adanya Al-Quran di kamar hotel, tanda arah kiblat, tikar
sembahyang dan banyak lagi (Nazarudin et al., 2010). Kemudahan mendapatkan makanan
halal, kewujudan aktiviti atau perlakuan yang berlandaskan syariat dan penginapan yang
bersifat mesra pengguna Islam merupakan keperluan kepada penginapan yang patuh syariah
(Henderson, 2010). Masjid mempunyai kelebihan untuk menyediakan penginapan yang
memenuhi kriteria tersebut berbanding hotel atau penginapan jenis lain.
Masjid sebagai Pengendali Penginapan Berkebajikan
Keinginan untuk melancong menjadi terganggu disebabkan oleh masalah kewangan.
Kebanyakan negara di Eropah seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol mengambil pendekatan
bahawa setiap orang berhak untuk menikmati pelancongan. Konsep pelancongan sosial
diperkenalkan membantu agar aktiviti pelancongan boleh dinikmati oleh semua. Golongan
yang tidak berkemampuan dan orang kelainan upaya dibantu supaya dapat menyertai aktiviti
pelancongan dengan bantuan dana awam yang ditaja oleh kerajaan dan badan-badan
kebajikan (Minnaert, Maitland, & Miller, 2009).
Shakiri (2007) menegaskan bahawa mengikut statistik di negara maju seperti Britain
hampir satu pertiga daripada rakyatnya tidak berkemampuan untuk melancong disebabkan
ketiadaan sumber pendapatan. Ini disokong oleh kajian (McCabe, 2009) yang
mengetengahkan bahawa masalah kewangan merupakan punca utama kegagalan untuk
menyertai aktiviti pelancongan.Penginapan tidak berasaskan keuntungan merupakan salah
Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
219
satu penyumbang kepada kejayaan pelancongan sosial (Kinderis, 2010). Perkhidmatan
penginapan di masjid boleh memenuhi tuntutan pelancongan sosial tersebut jika konsep
tersebut dilaksanakan di Malaysia. Harga bilik yang ditawarkan adalah antara faktor yang
menjadikan golongan berpendapatan rendah dan kumpulan orang kelainan upaya terhalang
untuk melancong. Penginapan yang bersifat kebajikan dengan harga yang minimum memberi
peluang kepada golongan tersebut turut menikmati kegiatan pelancongan.
Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kes dengan pendekatan
kualitatif. Kajian ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan aplikasi yang telah
dilakukan dalam usaha untuk membangunkan kemudahan penginapan di masjid yang dipilih.
Kesukaran mendapatkan maklumat awalan berasaskan kajian sebelumnya telah mendorong
penyelidik menggunakan kajian berbentuk penerokaan. Manakala kaedah kajian kes akan
dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Menurut Yin (2003), kajian
bersifat sains sosial boleh dijalankan dengan pendekatan kajian kes dalam pelbagai bidang
termasuklah pengurusan. Oleh itu, kajian berbentuk penerokaan dengan menggunakan kaedah
kajian kes bertepatan dan sesuai dijalankan untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan
dan pengurusan penginapan di masjid dengan lebih mendalam.
Perancangan kajian
Kajian ini merupakan kajian penerokaan terhadap masjid yang mengendalikan
penginapan. Sumber yang ada adalah terhad dari segi sorotan karya. Sorotan karya yang
diperoleh berkaitan pelancongan Islam, hotel patuh syariah, ciri-ciri destinasi pilihan orang
Islam dan fungsi masjid dijadikan asas untuk membentuk soalan tidak berstruktur untuk
dikemukakan kepada informan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid terbabit.
Pensampelan diperlukan untuk memperoleh data mewakili keseluruhan populasi. Kajian ini
menggunakan teknik pensampelan bertujuan untuk mendapat maklumat. Ia merupakan satu
kaedah pensampelan bukan rawak di mana penyelidik memilih informan yang mempunyai
banyak maklumat tentang perkara yang ingin dikaji (Patton, 2001).Sampel kajian meliputi
individu yang dikaji secara langsung. Pegawai dan ahli-ahli jawatankuasa serta pekerja
sokongan yang menguruskan operasi keseluruhan penginapan di kawasan masjid merupakan
informan penting dalam kajian ini.
Pengumpulan dan analisis data
Dua kaedah kutipan data telah dipilih iaitu temu bual dan pemerhatian dilakukan bagi
mendapatkan maklumat berkenaan dengan kemudahan penginapan yang disediakan oleh
masjid terbabit. Temu bual boleh membantu mendapatkan data secara mendalam tentang
pandangan dan pengalaman informan menangani topik-topik yang sensitif (Mack, Woodsong,
McQueen, Guest, & Namey, 2005). Temu bual diadakan dengan individu yang terlibat dalam
program pengurusan penginapan terbabit bertujuan mendapatkan maklumat secara terus
daripada informan. Pemerhatian jenis ikut serta dipilih kerana ia memberi kesempatan kepada
penyelidik berkongsi pengalaman tentang perkara sebenar dengan mengalami sendiri perkara
tersebut (Gill & Johnson, 2005). Ia boleh membentuk kepercayaan informan apabila pengkaji
terlibat secara langsung dalam menjalankan aktiviti penginapan di masjid. Kaedah ini
digunakan oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian di tempat kajian kes.
Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
220
Dapatan dan Rumusan Kajian
Sejarah Masjid Al Ghufran
Masjid Al Ghufran pada awalnya hanyalah sebuah surau di bawah kawal selia Jabatan
Agama Islam Wilayah (JAWI) dengan nama Surau Balai Islam yang ditubuhkan pada 6 April
1993. Permintaan dan sokongan daripada penduduk setempat membolehkan rumah ibadat ini
diubahsuai pada tahun 1998. Proses peningkatan taraf surau ini ialah hasil sumbangan
individu dan korporat sekitarnya. Ahli jawatankuasa surau pada masa itu berusaha
bersungguh-sungguh untuk memastikan kegiatan dan pembangunan masjid berjalan dengan
berkesan. Hasil kerjasama dan usaha ahli jawatankuasa dan ahli kariah, pada 4 April 2000 ia
telah di naik taraf sebagai masjid dengan nama Masjid Al Ghufran. Tanah yang didirikan
masjid ini merupakan tanah yang diwakafkan seluas 26,000 kaki persegi.
Kemudahan yang ditawarkan
Kompleks Balai Islam Al Ghufran didirikan dengan masjid menjadi induk kepada
kegiatan teras. Kemudahan yang ditawarkan oleh kompleks enam tingkat ini terdiri daripada
kafeteria, dewan jamuan, bilik pengurusan jenazah, dewan persidangan, sekolah agama rakyat
dan kamar musafir di tingkat paling atas. Penginapan kamar musafir yang mempunyai 24
bilik inimampumenampung tetamu daripada dua orang hinggalah ke 10 orang untuk satu bilik
bergantung jenis bilik dengan harga serendah RM70 hingga ke RM220 untuk satu
bilik.Kemudahan dalam bilik yang ditawarkan ini adalah setaraf dengan penginapan
lain.Semua bilik penginapan itu mempunyai kemudahan penghawa dingin, bilik mandi, alat
pemanas, tuala, televisyen, meja makan, meja solek dan sebagainya. Tidak ketinggalan, ia
turut dilengkapi dengan sistem wi-fi yang membolehkan penyewa mengakses Internet secara
percuma.
Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan termasuklah kamar musafir secara tidak
langsung menyumbang kepada pendapatan masjid dan banyak membantu jawatankuasa dalam
melaksanakan program-program masjid. Hasil yang diperoleh disimpan sebagai dana untuk
keperluan masjid pada masa hadapan
Sambutan orang ramai
Masjid Al-Ghufran tidak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak luar yang menyewa kemudahan seperti kamar musafir, dewan persidangan, bilik
mesyuarat dan sebagainya. Kebanyakan penyewa adalah daripada orang luar kawasan yang
mendapat maklumat sama ada melalui media baharu atau melalui kawan-kawan yang pernah
menginap di sini. Kemudahan yang ditawarkan terutamanya kemudahan untuk beribadah
dengan harga yang berpatutan menjadi pilihan pengguna untuk memilih mengadakan kegiatan
dan menginap di masjid ini. Tempahan awal perlu dilakukan terutamanya ketika waktu cuti
sekolah memandangkan bilik yang disediakan adalah terhad sedangkan permintaan adalah
banyak.
Implikasi dan Cadangan
Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada kajian ini, terdapat beberapa perkara
yang dapat dirumuskan dan kajian lanjut boleh dilakukan untuk penambahan kepada sorotan
literatur dan menarik lebih banyak pihak untuk turut serta menjayakan konsep penginapan di
masjid.
Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
221
Potensi Membangunkan Rumah Musafir
Statistik menunjukkan bilangan masjid di seluruh negara ialah dianggarkan melebihi 6
ribu buah (http://www.islamgrid.gov.my/mosque/index.php). Terdapat sebilangan masjid
yang berpotensi untuk dibangunkan sebagaimana Masjid Al Ghufran dalam mengendalikan
penginapan kepada pelancong. Kesesuaian harga dan lokasi menjadi tarikan pengguna untuk
memilih untuk menginap. Harga yang berpatutan memberi peluang kepada semua untuk
menikmati pelancongan sebagaimana yang dituntut oleh agama. Manakala lokasi masjid yang
mudah diakses memberi kredit yang baik kepada pelancong. Keperluan menyediakan
kemudahan sampingan seperti kafeteria dan dewan persidangan memberi nilai tambah yang
penting kepada kejayaan penginapan di masjid tersebut. Kajian susulan untuk melihat
keboleh pasaran masjid di kawasan lain boleh dijalankan untuk masa akan datang.
Kesedaran dan Kesungguhan Ahli Jawatankuasa
Keberhasilan melaksanakan kepelbagaian fungsi masjid bergantung kepada kebolehan
ahli jawatankuasa dan kemampuan masjid daripada segi kewangan (Hasni & Abdullah, 2004).
Merujuk kepada Masjid Al Ghufran, kejayaan masjid dalam mengendalikan penginapan
banyak bergantung pada kesungguhan ahli jawatankuasa masjid mengurus secara berkesan.
Masjid berpotensi menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia jika diurus dengan
efektif (Nik Azis, 2007). Usaha pembaharuan dan penambahbaikan berterusan terhadap
fungsi masjid merupakan pendekatan terbaik. Pengendalian penginapan di masjid merupakan
konsep yang boleh dimurnikan dengan garis panduan yang ideal untuk dilaksanakan di lebih
banyak masjid di lokasi-lokasi yang strategik pada masa akan datang dengan melakukan
kajian terhadap ahli jawatankuasa masjid di beberapa masjid yang menjalankan kegiatan
sama.
Sumber Kewangan
Masjid di bandar-bandar besar terutamanya berkemampuan menyediakan kemudahan
penginapan. Masjid Al Ghufran sebagai contoh masjid sebagai pusat sehenti
dalammengendalikan penginapan kepada pengunjung. Kegemilangan penginapan sebegini
suatu ketika dahulu banyak bergantung pada sumbangan daripada institusi wakaf dan aktiviti
perniagaan yang berlaku di kawasan persekitarannya (Dale, 2010; Miftahi, 1996). Tanah
wakaf yang menjadi tapak wakaf Masjid Al Ghufran merupakan langkah awal untuk
mengorak langkah kepada apa yang dilihat sekarang. Masjid di bandar kebanyakannya
mempunyai tabungan yang kukuh sehingga mencecah ratusan ribu setahun. Masalahnya ialah
kegagalan untuk membelanjakan wang kepada aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat
kepada orang ramai (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, 2011; Mohd Yahya, Fidlizan,
Azila, Nurul Fadly, & Syed Ismail, 2012). Kajian susulan boleh dilakukan untuk melihat
perbezaan sumber kewangan peruntukan orang ramai dengan peruntukan yang disumbangkan
oleh kerajaan di masjid terpilih.
Penutup
Dapatan daripada kajian berdasarkan kajian kes kepada satu sampel masjid boleh
dianggap sebagai kajian penerokaan awal kepada institusi masjid yang mengendalikan
penginapan. Hubungan di antara pelancongan dan masjid perlu dikembangkan lagi tidak
sekadar untuk menikmati keindahan seni bina dan ukiran semata-mata. Kepentingan kajian
boleh memberi gambarankepada individu atau organisasi yang berminat untuk mengadakan
konsep penginapan rumah musafir di masjid. Kajian susulan perlu dijalankan untuk
mendalami keperluan daripada pelbagai aspek.
Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
222
Rujukan
Arasteh, M., & Eilami, R. M. (2011). The role of religion and Islam in the tourism industry of
Iran. SSRN. Retrieved from http://ssrn.com/abstract=1773827
Battour, M., Ismail, M. N., & Battor, M. (2010). The impact of destination attributes on
Muslim tourist‘s choice. International Journal of Tourism Research, 13(6), 527–540.
Bernama. (2012, May 7). ITC akan semarakkan kegiatan pelancongan Islam. Bernama.
Kangar. Retrieved from www.bernama.com
Dale, S. F. (2010). Empires and emporia: Palace, mosque, market and tomb in Istanbul,
Isfahan, Agra and Delhi. Journal of the Economic and Social History of the Orient, 53,
212–229.
Faizal, R. (2009, September). Hotel dan masjid dalam satu kompleks. Milenia Muslim, 14.
Fauziah, C. L. (2012). Taman rekreasi air panas sebagai destinasi pelancongan kesihatan di
negeri Perak. In M. Jabil & D. Kadir (Eds.), Pelancongan di Malaysia isu-isu
penyelidikan terpilih (1st ed., pp. 154–172). Sintok: UUM Press.
Gill, J., & Johnson, P. (2005). Research methods for managers (3rd ed.). Thousand Oaks,
California: Sage Publications.
Goeldner, C. R., Ritchie, J. R. B., & McIntosh, R. W. (2000). Tourism principles practices
philosophies (8th ed.). New York: John Wiley & Sons Inc.
Hasni, O. (2003). Pengurusan dan pengimarahan masjid di negeri Perak Darul Ridzuan.
Universiti Utara Malaysia.
Hasni, O., & Abdullah, A. G. (2004). Pengurusan dan pengimarahan masjid di Perak. In M.
N. Asmadi & M. S. Mohd Yusnaidi (Eds.), Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid
(pp. 99–114). Sintok: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia.
Hasnurul, M., & Wan Shamsul, A. (2008, October 5). Bina rumah musafir di masjid negara.
Utusan Malaysia. Retrieved from www.utusan.com.my
Henderson, J. C. (2010). Sharia-compliant hotel. Tourism and Hospitality Research, 10, 246–
254. Retrieved from
http://lund.hemsida.eu/kursbloggar/media/blogs/130/Henderson_Sharia_compliant_hotel
s.pdf
Holloway, J. C., & Taylor, N. (2006). The business of tourism (7th ed.). London: Pearson
Education Limited.
Jamudin, I. (2012, February). Memperkasa pelancongan Islam. Milenia Muslim, 4.
Khadijah, M. N. (2009, May 20). Kamar, kafe bak hotel. Kosmo. Kuala Lumpur. Retrieved
from www.kosmo.com.my
Kinderis, R. (2010). Adaptation of social tourism as of alternative form of tourism in Europe.
GeoJurnal of Tourism and Geosites, 5(1), 7–15.
Lokman, Z. (2007). Penjanaan kegiatan ekonomi institusi masjid. In O. Abd. Hamid (Ed.),
Islam hadhari kekuatan masjid dalam menjana masyarakat gemilang (pp. 275–302).
Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.
Mack, N., Woodsong, C., McQueen, K. M., Guest, G., & Namey, E. (2005). Qualitative
Research Methods: A Data Collectors Field Guide. North Carolina: Family Health
International.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (2011). Mengurus kewangan masjid secara
berhemat. Khutbah Jumaat. Retrieved April 1, 2011, from
http://www.jawi.gov.my/Khutbah/Mengurus Kewangan Masjid Dengan Berhemah/3.pdf
McCabe, S. (2009). Who needs a holiday? Evaluating social tourism. Annals of Tourism
Research, 36(4), 667–688.
Medlik, S., & Ingram, H. (2006). The business of hotels (4th ed.). Burlington: Butterworth–
Heinemann.
Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC)
223
Miftahi, Z. U. (1996). Mosque in Islam. New Delhi: Qazi Publisher & Distributors.
Minnaert, L., Maitland, R., & Miller, G. (2009). Tourism and social policy the value of social
tourism. Annals of Tourism Research, 36(2), 316–331.
Mohd Asri, Z. A. (2010). Bukan muslim, masjid dan mainan politik. Minda Tajdid. Retrieved
September 24, 2012, from http://drmaza.com/home/?p=1219
Mohd Yahya, M. H., Fidlizan, M., Azila, A. R., Nurul Fadly, H., & Syed Ismail, S. M.
(2012). Eksplorasi dana kewangan masjid di negeri Perak. Prosiding PERKEM VII (pp.
1274–1286). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Gunawan, C. A. A. (2008). Masjid itu hidupku. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Mohd. Zulfadli, S. (2012, July 14). UMNO Cheras lancar rumah musafir. Utusan Malaysia.
Kuala Lumpur. Retrieved from www.utusan.com.my
Muhammad Hisyam, M. (2006). Kelesuan institusi masjid. Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM). Retrieved September 23, 2011, from
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=936
&cmd=resetall
Muhd Fadli, I. (2003). Peranan masjid. Kuala Lumpur: Darul Nu‘man.
Nazarudin, D., Mohd Onn Rashdi, A. P., Harnizam, Z., & Razlan Adli, Z. (2010). Fasiliti
hotel mesra pengguna Islam: Status dan isu. Seminar Pengurusan Perhotelan &
Pelancongan Islam 2010 (pp. 157–161). Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.
New Straits Times. (2012, March 28). Mosques to be one-stop centre for Muslims. New
Straits Times. Kuala Lumpur. Retrieved from www.nst.com.my
Ng, Y. F. (2007). A covert heritage : Musafir Khana and the associated community of the
Jamia Mosque area. University of Hong Kong. Retrieved from
http://hdl.handle.net/10722/56095
Nik Azis, N. P. (2007). Konsep amalan masjid terbaik. In O. Abd.Hamid (Ed.), Islam hadhari
kekuatan masjid dalam menjana masyarakat gemilang (pp. 93–179). Putrajaya: Yayasan
Islam Hadhari.
O‘Gorman, K. D. (2007). Iranian hospitality: A hidden treasure. Hospitality Review, 9(1), 31–
36.
O‘Gorman, K. D., & Prentice, R. C. (2008). Iranian hospitality: From caravanserai to bazaar
to reporting symbolic experience. EuroCHRIE 2008 Congress 11. Dubai.
Patton, M. Q. (2001). Qualitative research & evaluation methods. Thousand Oaks, CA: Sage
Publications.
Shakiri, A. S. (2007). Tourism on a limited budget. Islamic Tourism Magazine, 5–7.
Suhaiza, Z., Azizah, O., & Simon, K. (2011). An exploratory study on the factors influencing
the non-compliance to halal among hoteliers in Malaysia. International Business
Management, 5(1), 1–12.
Thestaronline. (2010). Turn mosques into one-stop centres. The Star. Retrieved January 11,
2012, from
http://www.youtube.com/watch?v=tdQEeKv1zQg&feature=plcp&context=C4e9f01bVD
vjVQa1PpcFN9Z7ZAPocVpVD_3wM037CwzAa1gWr_UqU=
Wan Sahida, W. Z., Suhaimi, A. R., Khairil Wahidin, A., & Yaakob, C. M. (2011).
Developing the framework for halal friendly tourism in Malaysia. International Business
Management, 5(6), 295–302.
Yin, R. K. (2003). Case study research: Design and methods (3rd ed.). Thousand Oaks, CA:
Sage Publication.
Zuarida, M. (2010, October 1). Penginapan selesa Masjid Wilayah. Utusan Malaysia. Kuala
Lumpur. Retrieved from www.utusan.com.my
Top Related