i
KANDUNGAN
KANDUNGAN i
SENARAI RAJAH iii
PEMBAHAGIAN TUGAS iv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Sistem 1 Paip 2
1.3 Sistem 2 Paip 5
BAB 2 DAPATAN KAJIAN 8
2.1 Sistem Paip 8
2.2 Sistem Pembentung 10
2.2.1 Jenis Sistem Pembentung 10
2.3 Kaedah Sebenar Pembentung Gabungan 12
2.4 Masalah dan Kos Dalam Pemasangan Paip 14
2.4.1 Masalah Dalam Perlaksanaan
Pemasangan Paip 14
2.4.2 Masalah Kekurangan Buruh 16
2.4.3 Kekurangan Mesin dan Peralatan 16
2.4.4 Perubahan Rekabentuk 17
2.4.5 Pemilihan Bahan Paip 17
ii
2.5 Sistem Kelengkapan Pembersihan 18
2.5.1 Hydro Jet Denvor 18
2.5.2 Stainless Steel Rod 19
2.5.3 High Pressure Water Jet (Mobile) 20
2.5.4 High Pressure Water Jet (Nozel) 21
2.5.5 Box Van 24
BAB 3 KESIMPULAN 25
3.1 Kesimpulan 25
RUJUKAN 26
LAMPIRAN 27
iii
SENARAI RAJAH
1.2 Sistem 1 Paip 2
1.21 Butiran Sistem 1 Paip 3
1.3 Sistem 2 Paip 5
2.1 Sistem Paip Najis dan Salirannya 9
2.11 Tangki Septik 10
2.2 Pembentung Sanitari 11
2.21 Pembentung Ribut 12
2.22 Pembentung Gabungan 12
2.4 Masalah-masalah Yang Dialami Semasa Pemasangan
Paip 15
2.5 Hydro Jet Denvor 18
2.51 Stainless Steel Rod 19
2.52 High Pressure Water Jet 20
2.53 High Preddure Water Jet Nozel 21
2.54 Water Jettor 22
2.55 Tangki Pengosongan (Desludging Tank) 23
2.56 Box Van 24
iv
PEMBAHAGIAN TUGAS
Nurul Sakinah Bt Abdul Razak Hazlinah Bt Saing
Alatan kelengkapan pembersihan Pengenalan dan kesimpulan
dan editor (laporan)
Umi Zulaikah Bt Jami’an Fatin Nabihah Bt Nor Ismail
Sistem 1 Paip Hasil Dapatan Kajian & Editor
Muhammad Shamiq bin Amiruddin Yan Chin Lock
Sistem 2 paip Dapatan kajian-sistem 2 paip
Nooraini binti Osman Edward Anak Dana
Sistem pembentung Kaedah sebenar pembentung gabungan
Norshahida Aizan Bt Mohd Yaakob Vellnie Chella Sindeh
Masalah pemasangan paip dan Masalah pemasangan paip
Editor slide dan Editor slide
Naufil Ikhtisham bin Khalid
Rujukan dan lampiran
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sejak lima puluh tahun dahulu, pelbagai kaedah sistem-sistem rawatan kumbahan telah
dibangunkan untuk memelihara kesihatan awam dan persekitaran. Bagi kawasan bandar,
di mana populasi adalah padat dan persekitaran tidak dapat menampung bahan buangan,
sistem-sistem rawatan yang canggih telah berkembang dan ini menghasilkan efluen
berkualiti tinggi.
Sistem-sistem yang lebih mudah telah digunakan untuk memberikan
perkhidmatan kepada komuniti-komuniti kecil walaupun piawaian-piawaian persekitaran
yang selalu meningkat menunjukkan komuniti-komuniti ini juga memerlukan sistem-
sistem rawatan yang lebih baik.
Proses-proses rawatan dibahagikan kepada rawatan yang menggunakan oksigen
untuk memecahkan bahan organik (aerobik) dan rawatan yang tidak menggunakan
oksigen (anaerobik). Pemecahan bahan organik boleh berlaku semasa di dalam keadaan
terampai (pertumbuhan terampai) atau di atas permukaan sesuatu bahan perantara
(pertumbuhan terikat). Kadang-kadang proses yang menggunakan kolam-kolam juga
digunakan jika terdapat kawasan yang luas.
Dalam kajian kami ini,kami akan mengkaji sistem pembuangan kumbahan yang
melibatkan perparitan dan kajian kes kami dijalankan di Indah Water Skudai dan Sin
2
Chin Fatt Building Construction Sdn Bhd, pemaju perumahan Persiaran Gemilang
Jaya,Batu Pahat.
1.2 Sistem 1 Paip
Rajah 1.2 : Sistem 1 Paip
Sumber : Single Stack System of Plumbing, Indian Practice (2011)
3
Rajah 1.21 : Butiran Sistem 1 Paip – Jenis Sambungan Khas
Sumber : Single Stack System of Plumbing, Indian Practice (2011)
Sistem ini dikenali sebagai ‘sistem pengudaraan sepenuhnya’ (fully vented), oleh itu ia
memerlukan perangkap pada setiap lekapan sanitari dimana tanah paip sisa tunggal
menyampaikan kedua-dua tanah dan sisa dan pelbagai peralatan pengudaraan yang baik.
Dalam sistem ini, paip bolong atau paip anti sifon digunakan untuk mencegah kehilangan
kedap air di dalam perangkap yang mungkin berlaku disebabkan oleh pensifonan,
tekanan membalik dan akibat dari kesan angin.
Rangkaian paip bolong sekurang-kurangnya bergaris pusat 50mm di hubungkan dari
perangkap lekapan sanitari kepada paip tumpu bolong yang bergaris pusat
75mm.Bahagian bawah paip tumpu bolong di hubungkan kepada paip tumpu (air sisa dan
najis) untuk membebaskan mana-mana udara termampat yang mungkin ada di bahagian
bawah paip tumpu najis dan air sisa.Paip pencawang air sisa dipasang di bahagian atas
4
lantai, manakala paip pencawang najis di pasang di bahagian bawah lantai.Oleh itu,
kedudukan penyambungannya pada paip tumpu adalah berbeza.
Air sisa dan najis di salirkan ke paip tumpu dan seterusnya ke paip saliran bawah
tanah.Kebaikkan bagi sistem ini, ia menjimatkan kos terutama bagi bangunan tinggi
kerana semua lekapan-lekapan sanitari adalah berhampiran dengan paip
tumpu.Kelemahan bagi system ini adalah kerja pemasangannya adalah kompleks.Jika
paip tumpu tersumbat, keseluruhan sistem akan terjejas.
Pada dasarnya terdapat dua jenis sistem saliran - timbunan atau paip tunggal, atau sistem
dua paip lebih biasa. Dalam bekas, semua air dan tandas sisa kotor memasuki 100mm
(4inci) garis pusat paip tanah timbunan sebelum berarus ke dalam sistem paip kumbahan
bawah tanah melalui ruang pemeriksaan lurang. Ruang ini membolehkan ‘rodding’ untuk
membuang apa-apa sekatan. Timbunan naik ke tahap atas (peparitan) untuk
membolehkan pembolongan paip. Timbunan tunggal ini perlu dirancang dengan baik
untuk mengelakkan menggoyahkan mana-mana perangkap di tempat lain dalam sistem,
yang akan membolehkan bau busuk.
Kaedah penyambungan sistem satu paip ini adalah paip cawangan tandas perlu terus
disambungkan kepada timbunan utama dengan 100 mm diameter paip, secara amnya
dirujuk sebagai timbunan. Sambungan harus disapu ke arah aliran perangkap harus
mempunyai suatu meterai air sekurang-kurangnya 50 mm.
Semua peralatan lain kecuali perlu disambungkan untuk timbunan melalui perangkap
lantai. Sistem timbunan tunggal paip dengan butir-butir sambungan khas untuk amalan-
menggunakan India Jenis India dan Eropah kita kuali yang ditunjukkan.
5
1.3 Sistem 2 Paip
Rajah 1.3 : Sistem 2 Paip
Sumber : Panoramio (2012)
Main Soil Pipe (M.S.P) (Paip Najis) : Paip yang menghubungkan air najis kepada
pembentung.
Main Waste Pipe (M.W.P) (Paip Sisa) : Paip yang menghubungkan air sisa kepada
pembentung ataupun longkang.
6
Sistem dua paip ini merupakan salah satu kaedah tradisional yang bermula pada
awal tahun 1960. Ia digunakan untuk menyalurkan atau menyalirkan najis dan air sisa
dari lekapan sanitari. Ia sesuai digunakan apabila lekapan air sisa terletak jauh dari
lekapan najis bagi memudahkan kadar alirannya. Bertepatan dengan nama sistem ini, dua
paip digunakan iaitu:
1. Paip Sisa : Digunakan bagi membawa air buangan dari dapur dan bilik air ke
longkang.
2. Paip Najis :Digunakan bagi membawa najis daripada alatan kebersihan ke
pembentung.
Bagi paip buangan yang menyalurkan air sisa, ia perlu dilengkapi dengan perangkap
gegeluk atau istilahnya “gully” yang wujud dalam berbagai jenis bentuk.
Fungsi ataupun ciri-ciri utama bagi sistem dua paip ini adalah dengan
memisahkan laluan air sisa dan air najis melalui dua saluran paip yang berbeza.
Kebaikan
1. Mencegah bau busuk
2. Mencegah dari berlakunya pencampuran air sisa dan najis
3. Risiko paip tersumbat rendah
4. Tidak ada bahaya limpahan kumbahan (backflow)
5. Pembersihan sisa mudah dilakukan kerana perangkap gegeluk (gully) hanya dipasang
pada paip sisa.
7
Keburukan
1. Kos tinggi kerana menggunakan kuantiti paip yang banyak.
2. Memerlukan penjagaan rapi.
8
BAB 2
DAPATAN KAJIAN
2.1 Sistem 2 Paip
Pada 28 November 2013, kumpulan kami telah melawat satu projek pembinaan sebuah
rumah berhala satu tingkat untuk Persatuan Penganut Agama Buddha Phu Ming di
Banang Jaya, Batu Pahat. Dalam projek ini, sistem pembentungan dua paip digunakan
kerana lekapan air sisa rumah ini terletak jauh dari lekapan najis serta sistem
pembentungan dua paip dapat mencegah berlakunya bau busuk .
Dalam kajian kami, sistem dua paip dalam projek ini termasuk paip sisa dan paip
najis. Dalam projek ini, mereka menggunakan paip berwarna putih untuk paip air sisa dan
paip berwarna merah perang untuk paip najis. Saiz paip najis lebih besar jika
membandingkan dengan saiz paip air sisa. Inilah untuk memudahkan kadar alirannya dan
mengelakkan masalah penyekatan paip berlaku.
9
Rajah 2.1 : Sistem Paip Najis dan Salirannya
Paip air sisa digunakan untuk membawa air buangan dari dapur, tandas lelaki dan tandas
perempuan melalui paip saliran di bawah tanah dan akhirnya memasukkan ke longkang.
Selain itu, air hujan juga akan memasukkan ke paip yang dipasang dalam tiang-tiang
rumah dan akhirnya menyalirkan ke longkang.
Manakala, paip najis digunakan untuk membawa kumbahan seperti najis dan urinal dari
alatan kebersihan atau lekapan najis ke tangki septik yang disediakan melalui paip saliran
bawah tanah. Dalam projek ini, paip saliran bawah tanah akan membawa najis-najis ke
dua buah tangki septik yang disediakan. Kontrak menggunakan tangki septik yang besar
untuk projek ini dan diameter tangki tersebut ialah 270cm. Dalam tangki septik ini
mempunyai satu penapis untuk menapis air najis tersebut. Air-air akan disalurkan ke
longkang manakala najis-najis akan disimpan dalam tangki septik tersebut dan diuruskan
oleh pihak Indah Water.
10
Rajah 2.11 : Tangki Septik
2.2 Sistem Pembentung
2.2.1 Jenis Sitem Pembentungan
Terdapat 3 jenis sistem pembentungan iaitu sistem pembentung sanitari (sanitary
sewers), pembentung ribut (strom sewers) dan pembentung gabungan (combined sewers).
Setiap jenis sistem pembetungan mempunyai keistimewaan dan fungsi yang berbeza.
Maka pemilihan jenis sistem pembetungan adalah bergantung kepada kesesuaian keadaan
masing-masing.
1) Pembentung Sanitari (Sanitary Sewers)
Pembentungan gabungan direkabentuk hanya untuk mengangkut air dari kawasan
perumahan, kawasan perdagangan dan kawasan perindustrian yang lengkap dengan
sistem pembentungan di setiap kawasan tersebut. Air ribut,air larian permukaan serta air
dari penyusupan tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan pembentung sanitari
tersebut.Pembentung sanitari ini juga adalah sejenis saluran pembetungan bawah tanah
untuk membawa kumbahan dari kawasan kediaman atau industri ke loji rawatan
kumbahan atau buangan. Di sesetengah tempat pembetungan rumah dan industri berbeza,
dan berasingan pula dengan parit badai.
11
Di sesetengah tempat lain pula, saluran pembetungan rumah dibezakan untuk sisa ringan
dan sisa berat. Contoh pembuangan sisa ringan ialah air mandi dan air basuhan, manakala
sisa berat ialah sisa buangan air besar. Secara anggapannya, air ribut, air larian
permukaan serta air dari penyusupan tidak dibenarkan masuk ke dalam pembetung
sanitari.
2) Pembentung Ribut (Storm Sewers)
Pembentung ribut direkabentuk hanya untuk mengangkut air ribut dan air larian
permukaan yang dihasilkan semasa hujan. Air yang diangkut dalam pembentung ribut
mungkin mengandungi bahan yang dicemari dengan nilai BOD dan COD yang tinggi
3) Pembentung Gabungan (Combined Sewers)
Dalam kebanyakan bandar yang lama, sistem pembetungan yang digunakan ialah
pembetung gabungan di mana pembetung gabungan ialah gabungan antara pembetung
sanitari dan pembetung ribut. Air yang dibawa oleh pembetung gabungan adalah dalam
kuantiti yang banyak, maka loji rawatan yang dibina mesti mampu menanggung kapasiti
yang banyak. Seandainya tidak maka kolam simpanan diperlukan.
Berikut merupakan contoh-contoh gambar pembentung yang biasa digunakan di
Malaysia:
Rajah 2.2 : Pembentung Sanitari
12
Rajah 2.21 : Pembentung Ribut
Rajah 2.22 : Pembentung Gabungan
2.3 Kaedah Sebenar Pembentung Gabungan
Pembentung merupakan struktur yang dibina secara “pre-cast” atau “cast in-situ” dalam
pelbagai bentuk, bahan dan saiz bagi mengalirkan air larian permukaan merentasi jalan
dari aras yang tinggi ke aras yang lebih rendah secara graviti. Pembentung gabungan
didefinisikan sebagai gabungan antara pembentung sanitari dan pembentung ribut.
Pembentung gabungan akan membawa kapisiti air yang lebih banyak justeru paip sistem
ini haruslah mempunyai saiz yang besar agar dapat menampung beban kapasiti air yang
13
banyak bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti banjir
daripada berlaku.
Sistem pembentung gabungan akan menyalirkan najis dan segala air sisa daripada
lengkapan sanitari dan air permukaan dari bumbung daripada kawasan perumahan,
kawasan perindustrian dan kawasan komersial kepada satu saliran ke pembentung awam.
Segala air najis atau air sisa ini akan disalirkan terus ke loji rawatan untuk proses
merawat air tersebut sebelum disalirkan keluar ke sungai atau laut. Air sisa dan air najis
sangat penting untuk dirawat sebelum dilepaskan ke sungai atau laut kerana air ini
mengandungi kandungan bakteria yang tinggi yang mampu menggugat kesejahteraan
manusia dan alam sekitar. Jika sisa air najis tidak dirawat maka air yang mungkin kita
lihat di sungai atau laut dipenuhi dengan najis-najis dan manusia akan merasai kesannya
kerana bekalan sumber air bersih kita akan menjadi semakin terhad kerana sungai di
negara kita semakin tercemar.
Sistem ini merupakan sistem yang paling mudah untuk proses pembentungan
kerana sistem ini menggunakan satu paip sahaja dan sistem ini haruslah mempunyai
kapasiti paip yang besar kerana sisa najis dan air sisa akan mengalir ke loji rawatan
menggunakan paip ini dan jika saiz paip itu kecil maka berkemungkinan yang masalah
sisa najis tidak dapat dirawat dan mungkin akan menyebabkan masalah paip kumbahan
tersumbat di rumah atau pun kilang serta kedai. Jika saiz pembentung ini kecil akan
menyebabkan air hujan tidak dapat disalirkan ke sungai dan mungkin akan menyebabkan
banjir berlaku di kawasan rendah dan hal ini secara tidak langsung mampu membuatkan
persepsi masyarakat luar terhadap negara kita terjejas dan mungkin mengurangkan minat
pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Jika dilihat pada situasi semasa hari hujan maka kapasiti air di sistem pembentung
jenis ini akan senang penuh walaupun mempunyai saiz yang besar. Hal ini berlaku kerana
ketiadaan pam untuk mempercepatkan proses pengeluaran air daripada paip gabungan.
Maka pum amat diperlukan pada sistem ini untuk membantu mempercepatkan proses
14
pengeluaran air daripada paip ke loji rawatan. Hal ini mampu mengurangkan
kebarangkalian untuk kawasan rendah menghadapi masalah banjir.
Walaupun dari segi pandangan kasar penggunaan paip ini mungkin membabitkan
kos yang tinggi namun secara hakikatnya sistem ini memakan kos yang sangat rendah
kerana sistem ini menggunakan hanya satu paip dan tidak menggunakan banyak paip.
Dari sektor pembinaan juga sistem paip ini mendatangkan kebaikan kerana sistem ini
sangat mudah dibina kerana menglibatkan satu paip saliran dan ia menggunakan
pembentung yang bergaris pusat besar.
Selain mampu memberi kebaikan dari segi kos, sistem ini turut memberi
keburukan. Keburukan sistem ini ialah ia jarang digunakan di Malaysia kerana Malaysia
mempunyai kitaran hujan sepanjang tahun yang mungkin menyebabkan kapasiti air di
paip meningkat secara mendadak kerana paip gabungan mungkin tidak mampu
menampung kapasiti yang bakal dihadapi. Sisa air hujan dan ditambah pula dengan sisa
najis akan menyebabkan loji rawatan untuk tidak dapat menampung kapasiti yang banyak
dan jika Malaysia ingin menggunakan sistem ini maka pihak kerajaan atau pihak yang
berwajib harus menyediakan sistem loji rawatan yang lebih besar untuk menampung
kapasiti air yang banyak dan juga penyediaan paip gabungan yang berdiameter lebih
besar untuk menampung bekalan pada musim tengkujuh.
2.4 Masalah Dan Kos Dalam Pemasangan Paip
2.4.1 Masalah Dalam Perlaksanaan Pemasangan Paip
Semasa kerja-kerja pemasangan paip dilakukan, terdapat beberapa masalah yang
biasa terjadi yang mengakibatkan penambahan (VO) dalam kontrak. Masalah-masalah
seperti pembetung yang tidak dilukis di dalam lukisan yang terkandung dalam dokumen
kontrak yang menyebabkan penambahan peralatan paip digunakan dalam projek tersebut.
Ini terjadi kerana semasa kerja penyiasatan tapak dan semasa kerja ukur dilakukan,
pembetung belum dibina lagi. Terdapat juga pembetung yang tidak kelihatan semasa
15
kerja penyiasatan tapak dilakukan. Kehilangan peralatan paip dan saluran paip juga biasa
terjadi disebabkan kecurian atau salah letak oleh kontraktor tersebut akan menyebabkan
kelewatan. Perubahan cuaca dan rancangan adalah faktor yang biasa terjadi dalam kerja
pemasangan paip. Faktor-faktor yang disebut diatas adalah faktor yang menyumbangkan
kelewatan untuk siap seterusnya menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak.
Masalah yang tidak dapat dikawal oleh kontraktor, kelewatan yang tidak dapat
dihindarkan walaupun dengan ketelitian, perhatian dan diduga oleh kontraktor boleh
dipertimbangkan walaupun ia sudah melampui masa menurut Hinze (1998).
Rajah 2.4 : Masalah-masalah Yang Dialami Semasa Pemasangan Paip
Masalah-masalah yang
dihadapi dalam pemasangan
paip
Kekurangan Tenaga Kerja
Kekurangan Mesin Dan Peralatan
Perubahan Rekabentuk
16
2.4.2 Masalah Kekurangan Buruh
Masalah kekurangan buruh adalah senario yang biasa berlaku diprojek pemasangan
paip. Dalam industri ini buruh-buruh yang mahir tidaklah banyak, oleh itu permintaan
yang tinggi buruh pemasangan paip adalah tinggi. Keperluan buruh bagi sesuatu projek
pemasangan paip kadang kurang kerana mereka terpaksa berada dibeberapa tapak
dalam satu hari tersebut, menyebabkan kerja terlewat pada satu tempat. Ini berlaku
kerana buruh tersebut tidak dapat menumpukan perhatian di satu tempat. Kejadian ini
berlaku kerana selalunya satu-satu kontraktor itu mempunyai banyak projek pemasangan
paip yang berlaku serentak di tempat lain.
2.4.3 Kekurangan Mesin Dan Peralatan
Bagi kontraktor yang hanya kelas F biasanya menpunyai kekurangan dari segi peralatan
pemasangan paip. Masalah yang ketara ialah mereka tidak mampu memiliki jengkaut
(excavator) yang mana merupakan jentera yang amat penting sekali dalam industri ini.
Mereka biasanya menyewa lori tersebut pada kadar yang mahal sekali iaitu M40.00
sejam dimana ia perlu beroperasi selama 8 jam sehari.
Pada jangka masa yang panjang kaedah menyewa lori ini amat merugikan.
Disebabkan itu mereka rela mengorek parit saluran paip yang biasanya tidak mengikut
kedalaman yang dikehendaki.
Menurut Lee, et al. (2003), penggunaan peralatan dan teknologi yang cukup
memang boleh mendatangkan hasil yang memuaskan malah ia boleh mengurangkan
kos pemasangan paip, terutamanya bila terpaksa mengorek parit lebih dalam.
17
2.4.4 Perubahan Rekabentuk
Perubahan rekabentuk biasanya boleh mendatangkan masalah besar kepada kontraktor
kerana mereka tidak merancang apa yang diubah. Perancangan untuk menjalankan
aktiviti dan tarikh kerja dibuat adalah siri masa yang berulang seperti kerja
pemasangan paip yang linear. Perubahan rekabentuk akan menyebabkan
kontraktor terpaksa memecah atau mengorek parit sekiranya perlu. Ini akan
menambah kos dan masa kontraktor kerana terpaksa melakukan kerja berulang.
2.4.5 Pemilihan Bahan Paip
Penggunaan bahan untuk paip dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan
paip utama dan bahan untuk sistem pemasangan paip dalaman. Dalam kedua-dua
keadaan, pemilihan paip yang sesuai bergantung kepada faktor ekonomi, kemudahan
untuk memasang dan penggunaannya.
Faktor ekonomi meliputi:-
i) Aspek-aspek harga bahan
ii) Kos pemasangan
iii) Kos penyelenggaraan
iv) Alat ganti untuk pemasangan lain-lain kriteria dalam pemilihan
meliputi aspek teknikal seperti keadaan tanah, kimia air, tekanan
yang diperlukan, kemahiran tukang paip dan beban tanah.
18
2.5 Sistem Kelengkapan Pembersihan
Antara alat-alat kelengkapan pembersihan yang digunakan di untuk bahagian sanitari dan
perparitan adalah seperti berikut:
2.5.1 Hydro Jet Denvor
Rajah 2.5 : Hydro Jet Denvor
Sumber: Google Images
Berbeza dengan alat ‘Rodding Mechanical’ yang akan membuat satu lubang dan
menyedut segala kotoran melalui lubang tersebut.Alat ini berfungsi dengan cara
menggunakan tekanan air yang tinggi di mana air tersebut akan ditembak ke garisan
septik untuk menolak segala halangan.Kemudian, sisa-sisa yang menyebabkan sumbatan
tersebut akan disedut oleh sebuah mesin khas.
Alat ini biasanya digunakan untuk menyedut sumbatan yang berlaku di parit-parit atau
sistem sanitari di kawasan perumahan atau bangunan-bangunan pejabat.Biasanya
sumbatan berlaku disebabkan oleh material-material seperti rambut,sabun,sisa makanan,
sampah sarap dan sebagainya.Alat ini biasanya digunakan di luar negara
19
2.5.2 Stainless Steel Rod
Rajah 2.51 : Stainless Steel Rod
Sumber: Google Images
Alat ini digunakan untuk mengerudi saluran yang tersumbat dengan benda keras seperti
batu-bata,kain,berus kain,botol mineral,sabun,minyak dari dapur dan segala macam
benda yang boleh menghalang aliran air kumbahan di dalam paip.
Panjang alat ini ialah 200 kaki bersama dengan Drill Head.Kaedah ini biasa digunakan di
sini kerana kos yang lebih murah dan mudah untuk didapati.
20
2.5.3 High Pressure Water Jet (Mobile)
Rajah 2.52 : High Pressure Water Jet
Sumber: Google Images
Merupakan alat mudah alih yang digunakan untuk mencuci saluran paip yang
berpasir,berlumpur,berminyak atau membersihkan karat pada paip daripada besi.Alat ini
boleh menyelusuri saluran kumbahan sehingga 300 kaki panjang.Alat ini mampu
mencapai tekanan air sehingga 200 bar@ 3000 psi.Alat ini jarang digunakan di Malaysia
kerana kos yang tinggi dan sukar untuk memperolehinya.Berat alat ini mampu mencapai
2500kg dimana dimensinya adalah 4400 mm panjang dengan 1625 mm lebar 1680 mm
tinggi.
21
2.5.4 High Pressure Water Jet Nozel
Rajah 2.53 : High Pressure Water Jet Nozel
Sumber : Google Images
Merupakan kaedah pembersihan menggunakan pancutan air yang berkuasa tinggi.Setiap
paip yang digunakan mempunyai ‘nozzle’ di hujungnya untuk memancutkan air di
kawasan yang tersumbat. Segala kotoran yang terdapat didalam saluran akan dikeluarkan
dengan kuasa pancutan air melalui ‘nozzel’.
‘Nozzle’ tersebut mempunyai saiz yang berbeza.Saiz ‘nozzle’ ini mempengaruhi kedar
kelajuan air yang disalurkan.
Hasil dapatan kajian kumpulan kami yang dilakukan di Syarikat Indah Water Skudai
telah mendapati syarikat ini menggunakan beberapa alat kelengkapan pembersihan yang
mempunyai fungsi yang hampir sama dengan kaedah di atas,tetapi nama alat yang
berbeza.Antara alat kelegkapan pembersihan yang sering digunakan ialah:
22
1) Water Jettor
Rajah 2.54 : Water Jettor
Alat ini mempunyai fungsi yang sama dengan ‘High Pressure Water Jet Nozzle’ dimana
ia dilengkapi daripada beberapa komponen seperti ‘Nozzle’,alat pemotong akar,alat
pemotong konkrit dan ‘Vakuum’.Alat pembersihan ini menggabungkan sistem tekanan
air tinggi dan ‘vakuum’ yang biasanya digunakan untuk menyedut sisa kumbahan di
belakang rumah yang menyebabkan sumbatan. Contohnya konkrit,sampah sarap dan
akar-akar pokok. Akar-akar pokok dapat masuk ke dalam saluran kumbahan apabila
terdapat rekahan-rekahan kecil pada saluran tersebut. Alat ini juga berfungsi membuang
semua pasir dan serpihan di bahagian bawah takungan (Grit Tank).
23
2) Tangki Pengosongan (Desludging Tank)
Rajah 2.55 : Tangki Pengosongan (Desludging Tank)
Lori tangki ini berfungsi untuk membawa hasil kumbahan dan sisa kotoran yang
tersumbat tersebut ke kawasan pelupusan. Menurut pegawai Indah Water, En Zulkifli,
terdapat 3 jenis tangki yang biasa digunakan untuk kerja-kerja pembersihan dimana
setiap lori tersebut mempunyai kapasiti tangki yang berbeza iaitu 2.5M3,4.5M3 dan
11M3.
Lori tangki ini biasanya digunakan di kawasan-kawasan yang besar seperti bangunan
bertingkat,kawasan perumahan,kawasan universiti,sekolah dan sebagainya.
24
2.5.5 Box Van
Rajah 2.56 : Box Van
Box van ini mempunyai fungsi yang sama dengan tangki pengosongan,tetapi berkapasiti
lebih kecil berbanding tangki.Biasanya ia digunakan untuk mengangkut sisa kotoran di
tandas-tandas awam,longkang-longkang kecil dan sebagainya.
25
BAB 3
KESIMPULAN
3.1 Kesimpulan
Indah Water Konsortium bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja kumbahan jika
terdapat masalah pada saluran paip pembetungan awam seperti tersumbat atau rosak
tanpa mengenakan kos terhadap pengguna. Walau bagaimanapun pemilik premis perlu
bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan atau tersumbat jika masalah didapati pada
saluran paip pembetungan persendirian. (sumber: Buku Panduan Pengguna
AirFAM&SPAN).
Bagi tangki septik individu pula, ia merupakan perkhidmatan pembetungan yang
teringkas. Sisa kumbahan akan dialirkan ke tangki septik dan tidak menjalani rawatan
sepenuhnya, tetapi hanya akan terenap di dasar tangki septik. Justeru, tangki septik perlu
dilakukan enap cemar sekurang-kurangnya 2 tahun sekali bagi memastikan tangki septik
efisien.
Namun proses enap cemar akan dikenakan bayaran yang spesifik bergantung kepada
kapasiti tangki septik individu itu sendiri. Proses pengenyah enap cemar itu boleh
dilakukan oleh IWK ataupun kontraktor berlesen yang lain (sumber: www.iwk.com.my).
26
RUJUKAN
Abdul Hakim, M. Dan Wan Min, W. M. Teknologi penyelenggaraan bangunan
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2002
Atkin, B. Dan Brooks, A. Total Building Services. Oxford: Blackwell Sicence
Ltd. 2000.
Grigg, J. Dan Jordan, A. Are You Managing Sewers?. London: Nicholas Brealey
Publishing Limited. 1993.
Gurjit, S. Property Management in Malaysia. Federal Publications Sdn Bhd.
Selangor. 1995.
Paip Sambungan ke Rumah. Dicapai daripada
http://www.iwk.com.my/v/customer/sewerage-pipes-connection-my
pada 2 Oktober 2013
Razman. R. (Januari 23, 2012). Pemasangan Paip Buangan dan Saluran Najis dalam
Bangunan, Lurang dan Longkang Permukaan. Dicapai daripada
http://consturhome.blogspot.com/2012/01/pemasangan-paip-buangan-dan-
saluran.html pada 23 Oktober 2013
Indah Water, Skudai - Jenis-jenis Paip Pembentung dan Fungsinya. Dicapai daripada
http://www.iwk.com.my/v/knowledge-arena/utm pada 15 November 2013