Download - Pemasangan elektrik

Transcript
Page 1: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/1

4

Unit

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

OBJEKTIF AM

Memahami konsep sistem litar pengguna, sistem perlindungan, kabel dan aksesori dalam pemasangan elektrik.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Menerangkan unit kawalan pengguna 1 fasa dan 3 fasa.

Mentakrifkan maksud litar kecil akhir (kuasa dan lampu).

Menyatakan jenis–jenis aksesori dalam pemasangan

Menerangkan jenis-jenis kabel dalam pemasangan

Menjelaskan sistem penebatan dan perlindungan di dalam kabel

Page 2: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/2

4.0 LITAR PENGGUNA

Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama

pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi

melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus

ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik.

4.0.1 Litar Kawalan Turutan Pengguna

Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama

pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat

perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi. Komponen-komponen

tersebut adalah seperti yang ditunjukan oleh Rajah 4.1 di bawah:

1 2 3 4 5

Rajah 4.1: Pemasangan Litar Kawalan Turutan

1. Fius pemutus dan perangkai neutral

- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.

2. Meter kWj

- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif.

3. Suis utama

- sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan

4. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus

- alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar.

5. Papan agihan

- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.

kWj

INPUT

Page 3: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/3

4.0.2 Litar Akhir

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik

terus kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah ;

a) Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan

bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak

melebihi daripada sepatutnya.

b) Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan

bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa

mengganggu litar lain.

c) Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang

lain.

4.0.3 Permintaan maksima

Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat

perlindungan pada sesuatu masa. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan arus

keseluruhan bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar.

4.0.4 Litar akhir bagi soket alur keluar

Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

a) Litar jejari

litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar

yang di hujung sekali.

b) Litar gelang

litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada punca

masukannya di papan fius agihan.

c) Sulur

merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang.

4.0.5 Litar akhir lampu

Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Beban

lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban

penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan

dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu.

4.0.6 Litar akhir alat pegun

Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak boleh

disambungkan ke soket alur keluar. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perlu

dipasang untuk beban tersebut.

Page 4: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/4

4.1 AKSESORI PEMASANGAN DAN PERALATAN PERLINDUNGAN

Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang

paling banyak digunakan adalah palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Ada juga

aksesori digunakan untuk tujuan perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litas

pintas atau arus bocor.

4.1.1 Suis

Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus dan

menyambung bekalan kepada peralatan elektrik. Terdapat banyak jenis suis

diantaranya ialah suis togol, suis satu hala, suis satu kutub dua hala, suis siling

dan lain-lain.

Rajah 4.2 : Suis

4.1.2 Soket alur keluar dan palam .

Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan kepada peralatan elektrik

mudah alih. Soket alur keluar mempuyai dua atau tiga alur terminal manakala

palam pula merupakan bahagian yang boleh digerakkan yang mempunyai dua

atau tiga pin untuk dimasukkan ke dalam soket alur keluar. Saiz piawai bagi

peralatan tersebut adalah 2A, 5A, 15A dan 30A.

Rajah 4.3 : Contoh Soket Alur Keluar Dan Palam

Page 5: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/5

4.1.3 Perlindungan Arus Lebihan.

Arus lebihan ialah nilai arus tinggi mengalir dalam sesuatu litar dan lebih daripada kadar

maksima yang dibenarkan. Ianya mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara

berikut ;

a) Lebihan arus beban – yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban

lebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik secara

mengejut pada peringkat permulaan penghidupan)

b) Litar pintas - berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini

menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan

mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.

4.14 Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan

a) Jenis beban

b) Keupayaan unit perlindungan

c) Suhu sekeliling

d) Alat khas

e) Harga

4.1.5 Jenis-jenis alat perlindungan

a) Fius

b) Pemutus litar

4.1.6 Jenis-jenis fius

a) Fius boleh dawai semula

b) Fius katrij

c) Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc)

Jadual 4.1 : Perbezaan antara Talian Atas dan Kabel Bawah Tanah

Talian Atas Kabel Bawah Tanah

1. Didirikan di kawasan luar bandar Kawasan bandar dan rumah pangsa

2. Menggunakan tiang kayu, besi dan konkrit Menggunakan kabel berpenebat yang

ditanam dan tahan kerosakan mekanikal

3. Pengalir talian adalah tidak berpenebat Pengalir yang digunakan berpenebat

4. Penyelenggaraannya adalah mudah Penyelenggaraannya adalah rumit

5. Kos pembinaannya murah Kos pembinaannya tinggi

Awas!! Beban lebihan menyebabkan arus litar meningkat.

Page 6: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/6

4.1.7 Fius Boleh Dawai Semula

Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah

di perindustrian ciri-ciri :

a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang

boleh dikeluarkan dari tapak fius.

b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari

kuprum tulin.

c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus.

d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius.

e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.2.

Jadual 4.2 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.

Kebaikan Keburukan

1. Dawai elemen fius murah

Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat

2. Senang ditukar ganti

Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius

4.1.8 Fius Katrij

Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap

sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ;

a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar.

b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.

c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.

d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.3

Jadual 4.3 : Kebaikan dan keburukan fius katrij

Kebaikan Keburukan

1. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat

2. Kapasiti pemutus tidak merosot

3. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang

tertentu.

4. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang

kuat.

1. Jika elemen fius putus, keseluruhan

fius tidak boleh digunakan.

2. Pemegang fius hanya sesuai dengan

saiz kartrij yang tertentu.

Page 7: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/7

4.1.9 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi

Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan

yang tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus

beban yang tinggi. Ciri-ciri ;

a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam.

b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta

diselaputi oleh serbuk mineral.

c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.

d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.

e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.4.

Jadual 4.4 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi

Kebaikan Keburukan

1. Dapat mengelakkan terjadinya arka

dan bunyi yang kuat.

2. Dapat mengawal arus yang tinggi.

3. Kapasiti pemutusan yang tinggi.

4. Mempunyai tanda pemutusan.

- Paling mahal.

- Mengambil masa untuk menggantikan fius yang

baru.

- Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak

fius

yang tertentu.

- Sukar didapati.

4.1.10 Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius ;

a) Elemen fius- adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang

berlebihan mengalir melaluinya

b) Arus nominal - arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa

yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau

mencairkan elemen fius.

c) Arus fiusan - arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.

d) Faktor fiusan - nisbah arus fiusan dengan kadaran arus.

4.1.11 Pemutus Litar

Ia merupakan peralatan mekanikal yang digunakan untuk membuka dan menutup litar

dalam keadaan biasa (untuk tujuan penyelenggaraan) dan juga dalam keadaan litar

pintas. Bila berlaku litar pintas ia akan terpelantik secara automatik.

Page 8: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/8

AKTIVITI 4A

Takrifkan:-

a) litar pengguna

b) litar kawalan turutan

c) litar akhir

Lukiskan gambar rajah berlabel satu litar kawalan utama

Nyatakan fungsi peralatan pemasangan yang berikut

a) fius pemutus

b) meter kWj

c) papan agihan

Senaraikan 2(DUA) kebaikan dan 2(DUA) keburukan fius boleh dawai semula.

4.5 Apakah yang dimaksudkan dengan litar pintas?

Semoga

Berjaya !!

Page 9: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/9

MAKLUM BALAS 4A

4.1

a. Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan

beban pengguna

b. litar kawalan turutan adalah berfungsi sebagai alat pengawalan dan

perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri

dari alat-alat pengasingan dan penyuisan, alat perlindungan arus lebihan dan

perlindungan arus bocor ke bumi

c. Llitar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan

tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.

4.2 Rajah litar kawalan turutan

4.3

a. Fius pemutus- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna

b. Meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan

kadar

c. bayaran tarif.

d. Papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan

4.4 Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula

Kebaikan Keburukan

Dawai elemen fius murah

Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat

Senang ditukar ganti

Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius

4.5 Litar pintas - berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini

menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan

mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.

kWj

Page 10: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/10

4.2 KABEL

Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang

membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Kabel berupaya :

a) mengalirkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke dalam peralatan-peralatan elektrik

atau

mesin elektrik dengan selamat.

b) menghalang berlakunya denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya.

4.2.1 Binaan

Pada amnya ia mengandungi beberapa bahagian/lapisan seperti Rajah 4.4 di bawah.

4.2.1.1 Pengalir/Teras

a) Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari

aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi.

b) Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan

yang rendah, mudah di bentuk dan mudah untuk proses pemetrian.

c) Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan.

Contoh ukuran kabel,

7/1.04 mm 7= 7 lembar

1.04 mm= garispusat setiap lembar pengalir

luas keratan rentas keseluruhan pengalir

4.2.1.2 Penebat.

Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus

keluar. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak,

varnish cambric, vulcanised bitumen, PVC dan getah.

6.0 mm2

INPUT

Page 11: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/11

4.2.1.3 Pelindung mekanikal.

Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan

mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan

yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape) atau

galvanizes steel wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.

3

2

1

Rajah 4.4 : Gambar rajah binaan kabel .

4.2.2 Teras Kabel

Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan ditunjukkan dalam

Rajah 4.5.

1. Teras tunggal 2. Kabel 2 teras

3. Kabel 3 teras 4. Kabel teras berbilang.

Rajah 4.5 : Jenis-jenis teras kabel

Page 12: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/12

4.2.3 Syarat-Syarat Pemilihan Kabel

Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat, ekonomikal, beberapa

syarat/peraturan perlu diambil kira:

a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan

susutan voltan dalam had yang ditetapkan.

b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat.

c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya.

d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang

teruk

e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan

yang digunakan.

4.2.4 Faktor Pemilihan Jenis Kabel

a) Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling

b) Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan

c) Jangka masa ketahanan yang dikehendaki

d) Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi

e) Perbelanjaan yang dianggarkan

f) Rupabentuk

g) Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan.

4.2.5 Kord Dan Kabel Boleh Lentur

Ia merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir yang banyak dan

halus.

Ia lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel biasa. Jadual 4.5 adalah

perbandingan di antara kord dan kabel boleh lentur.

Jadual 4.5 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur

Kord boleh lentur Kabel boleh lentur

1. Luas keratan rentas keseluruhan pengalir

bagi kord ialah 4.0 mm2 atau kurang

Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi

kabel ialah lebih 4.0 mm2

2. Disambung di antara siling ros dan

pemegang lampu anting-anting

Disambungkan untuk kadaran beban yang lebih

besar

3. Disambungkan antara plug atau palam dan

alat-alat mudah alih

Disambungkan di antara palam dan alat-alat tetap

Page 13: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/13

Nama kabel adalah bergantung kepada;

a) Perlindungan mekanikalnya

b) Penebatan yang digunakan

c) Teras pengalir kabel tersebut

4.2.6 Jenis-Jenis Kord Dan Kabel Boleh Lentur

1. Penebat PVC kembar selari

penebat pengalir

2. Penebat PVC kembar berpintal

3. Penebat PVC beranyam

iii iv i ii

i. pengalir

ii. salut PVC

iii. anyaman benang

iv. salut PVC

Rajah 4.6 Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur.

Page 14: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/14

4.2.7 Fungsi Kabel dan Pengenalan Warna

Jadual 4.6 : Pengenalan warna kabel

FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA

Pengalir perlindungan Hijau dan kuning

Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru

Fasa R bagi litar 3 fasa Merah

Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning

Fasa B bagi litar 3 fasa Biru

Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah

Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam

Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru

Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam

Jadual 4.7 : Kabel Yang Digunakan Oleh TNB

JENIS VOLTAN

PVC INSULATED

-Single core

-Twin core

-Multicore

LV

LV

LV

PAPER INSULATED

-Single core

-Belted

-Screened

6.6kV, 11kV, 22kV,33kV

LV, 6.6kV, 11kV

22kV, 33kV

OIL FILLED

-3 Core self contained

-Single core self contained

22kV, 33kV, 132kV

132kV

XLPE

-Aerial cable

-Single core

-XLPE 3 core

11kV, 33kV{SAXKA)

11kV, 22kV,33kV,132kV

11kV

Page 15: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/15

AKTIVITI 4B

4.6 Berikan takrifan istilah yang berikut :-

i. Kabel ii. Pengalir kabel

iii. penebat kabel iv. Pelindung mekanikal

4.7 Lakarkan dan labelkan rajah binaan kabel penebatan PVC.

4.8 Nyatakan DUA faktor utama yang perlu difikirkan sebelum membuat pemilihan saiz

kabel.

4.9 Berikan TIGA sebab mengapa pengalir kabel biasanya diperbuat dari kuprum.

4.10 Tukarkan saiz kabel 7/2.14mm dalam bentuk luas keratan rentas. Tunjukkan pengiraan

anda.

Semak jawapan anda pada maklum balas di sebelah.

Page 16: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/16

MAKLUM BALAS 4B

4.6 i. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem

pemasangan elektrik

ii. Berfugsi membawa bekalan elektrik

iii. Penebat adalah bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus

mengalir keluar

iv. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan

mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya

4

4.7 2 3

1

1. pengalir

2. salut PVC

3. anyaman benang

4. salut PVC

Faktor pemilihan saiz kabel

i. suhu/kepanasan

ii. tahap voltan

4.9 Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah,

mudah di bentuk dan mudah untuk proses pematerian(soldering)

4.10 d= 7 x 2.14mm

A= π d2

= π(7 x 2.14)2 = 176.24 mm

2

4 4

Page 17: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/17

SELAMAT MENCUBA

MENmencubaMENCUBA

Penilaian Kendiri

1. Takrifkan:-

i. litar pengguna

ii. litar akhir

iii. kabel

2. Lukiskan gambar rajah satu litar kawalan turutan serta nyatakan fungsi bagi setiap

komponen

dalam litar tersebut.

1. Berikan sebab-sebab berlakunya arus lebihan

2. Senaraikan kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi

3. Lukiskan binaan utama kabel serta nyatakan fungsi bagi setiap binaan tersebut.

4. Nyatakan 2(DUA) kegunaan kord boleh lentur.

5. Nyatakan 4 (EMPAT) faktor pemilihan jenis kabel.

Untuk mengukur prestasi, anda mestilah menjawab semua soalan penilaian kendiri ini untuk dinilai oleh pensyarah anda

Page 18: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/18

MAKLUM BALAS KENDIRI

1 ( i). Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan beban

pengguna

ii. litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik

terus kepada peralatan elektrik.

iii. Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang

membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik

2.

1 2 3 4 5

1. fius pemutus dan perangkai neutral- sebagai pelindung arus lebihan dan

menghadkan

arus pengguna

2. meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar

bayaran tarif.

3 suis utama- sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan

4. pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus- alat pelindung kepada kebocoran arus

ke

bumi dan sebagai pengasing litar.

5. papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.

3. Sebab-sebab arus lebihan berlaku ialah ;

i. lebihan arus beban – yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban

lebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik secara

mengejut pada peringkat permulaan penghidupan)

ii. litar pintas- berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini

menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan

mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.

kWj

Page 19: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/19

4. Kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi;

Kebaikan Keburukan

1. Dapat mengelakkan terjadinya

arka dan bunyi yang kuat

Paling mahal

2. Dapat mengawal arus yang tinggi

Mengambil masa untuk menggantikan fius yang

baru

3. Kapasiti pemutusan yang tinggi

Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak

fius yang tertentu

4. Mempunyai tanda pemutusan

Sukar didapati

5. Komponen utama binaan sebuah kabel adalah seperti rajah

3

2

1

1. Pengalir/Teras

Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau kuprum

yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi.

Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah,

mudah di bentuk dan mudah untuk proses pematerian.

Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan.

2. Penebat.

Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus mengalir keluar.

Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak, varnish cambric,

vulcanised bitumen, PVC dan getah.

3. Pelindung mekanikal.

Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal

pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan yang

digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape) atau galvanizes steel

wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.

Page 20: Pemasangan elektrik

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK RBT3107/UNIT4/20

6. Dua kegunaan kod boleh lentur ;

i. Disambung di antara siling ros dan pemegang lampu anting-anting.

ii. Disambungkan antara plugatau palam dan alat-alat mudah alih

7. Faktor pemilihan jenis kabel

i. tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling

ii. jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan

iii. jangka masa ketahanan yang dikehendaki

iv. kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi

v. perbelanjaan yang dianggarkan

vi. rupabentuk

vii. lampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan.

BOLEH TERUSKAN KE

UNIT 5