Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati , Bandung Indonesia
Setibanya di UIN, kami
disambut dengan satu tarian yang agak luar biasa.
Ini pertama kali merasai pengalaman
disambut serta diiring dengan penut adat istiadat jawa.
Madrasah Miftahullah Falah, Bandung, Indonesia
Makanan disediakan sendiri oleh anak-anak madrasah ketika waktu rehat sambil dipantau oleh pengusaha gerai kecil.
Kehadiran rombongan dari Malaysia disambut dengan gembira daripada anak-anak madrasah.
Keadaan kelas yang agak sempit dan tiada kipas memberi cabaran yang hebat kepada guru-guru di sini untuk menyampaikan ilmu
Ladang lebah, Babussalam, Dago
Indonesia
Pengalaman yang pertama memegang
lebah.
Merasai sendiri kesan gigitan lebah sebagai terapi untuk antibodi
badan.
Ladang Lebah, Babussalam, Dago INDONESIA
Pagi di Kota Bandung
Keadaan di Kota Bandung yang sentiasa macet ( sesak ) seawal jam 7 pagi.
Uniknya di sini, keadaan sesak kebanyakkan nya daripada motosikal dan bukannya kereta.
Walaupun keadaan sesak, mereka tetap meneruskan kehidupan seperti biasa saban hari.
Muzium Geologi, Bandung
Kepelbagaian barang artifak dan fosil yang tulen ditemui di sekitar Indonesia dipamerkan di muzium ini.
Kilang Tauhu, Dago, Indonesia
Pembuatan tauhu 100% daripada bahan alami, iaitu tanpa menggunakan bahan pengawet dan juga bahan kimia termasuk lah warna tauhu iaitu dengan menggunakan kunyit hidup yang dikisar.
Pengusaha daripada orang islam sendiri berbeza dengan di Malaysia di mana pengusahaan tauhu kebanyakannya di kuasai oleh masyarakat Cina.