1
PENGENALAN
Ungkapan keseronokan berkerja dapat diertikan sebagai
perihal perasaan yang menyenangkan, menyedapkan hati apabila
melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberikan.
Perkhidmatan berkualiti pula mempunyai beberapa ciri antaranya;
memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh budi bahasa
dan sopan santun, cepat serta tepat masa; Menjalankan tugas dengan
penuh amanah, adil serta peka kepada kehendak pelanggan.
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Keseronokan bekerja merupakan
tonggak ketiga dari dua belas
tonggak yang perlu diamalkan oleh
semua kakitangan awam di semua
peringkat organisasi.
2
TUNGGAK 12 TUNGGAK NOMBOR 3 : Keseronokan Bekerja
Amalan Positif Amalan Negatif -Menganggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang
berfaedah
-Sedia memberi kerjasama
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang
mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu
dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.
3
Keseronokan berkerja dihuraikan seperti berikut;
Sejak zaman berzaman kerja ialah satu tugas yang perlu dilakukan untuk
hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja
bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan mereka
yang bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun
begitu, jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan
kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
Pertama, bekerja hendaklah
dijadikan suatu ibadah kerana
ibadah itu membawa ganjaran.
Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan
cabaran yang memerlukan bukan saja
daya usaha malah pemikiran dan
kreativiti anda. Ia merupakan sumbangan
yang hendaklah dikaitkan dengan
kebajikan untuk masyarakat dan negara.
Dengan sendirinya kita akan merasa puas
kerana sumbangan kecil itu telah berjaya
membangunkan negara. Ketiga, jika kerja itu kita
anggap domain kita atau
pengkhususan kita, maka
dengan sendirinya kita
menjadi pakar yang
diiktiraf.
4
5
Antara nilai keseronokan bekerja adalah berdasarkan empat
fokus amalan positif, iaitu kerja sebagai ibadat, kerja dengan
inisiatif sendiri, komitmen terhadap kerja dan memberi
kerjasama.
Kerja sebagai ibadat dapat menjadikan kita manusia yang berkerja
bersungguh-sungguh, bekerja dengan penuh dedikasi serta penuh iltizam.
Manusia yang menyedari bahawa apa yang dibuat adalah ibadat akan meletakkan
amanah, konsep dosa dan pahala didalam perbuatannya setiap hari.
Sebagai seorang guru, membuat kerja dengan
inisiatif sendiri membolehkan kita
menyelesaikan masalah pembelajaran anak
murid kita, disamping memberi peluang kepada
kita berkreatif dalam melaksanakan tugas kita
sebagai pendidik. Usaha ini sekaligus dapat
meningkatkan kemenjadian anak didik kita
dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah.
6
Komitmen terhadap kerja yang diberi, dapat memastikan usaha yang dibuat
mencapai piawai yang diperlukan terutama dalam kerja-kerja yang berkait
dengan pengurusan keraian dan perayaan sambutan budaya.
Memberi kerjasama adalah penting dalam pengurusan sesuatu
organisasi. Kerjasama yang diberikan akan cepat menyelesaikan tugas
yang dilaksanakan serta dapat mengeratkan hubungan antara rakan
sebaya dalam organisasi. Pegangan nilai seperti yang dinyatakan di atas
telah dapat memandu serta membantu kita melaksanakan tugas kita
dengan berjaya serta menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti kepada
semua pelanggan kita serta pihak pengurusan atasan kita.
Persediaan yang mencapai atau
melepasi tahap piawai akan sentiasa
diiktiraf oleh pengurus-pengurus
atasan dan menimbulkan kepuasan
dan keseronokan dalam berkerja.
7
BENARKAH kunci kecemerlangan dalam organisasi itu
adalah keseronokan bekerja?
Ini mungkin ada kebenarannya :
a) Apabila gambaran keseronokan bekerja terhasil daripada sikap yang
ditunjukkan oleh para pekerjanya dalam bentuk keceriaan, ketenangan,
kegembiraan dan keselesaan.
b) Apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi kesan kepada
kerja yang berkualiti, peningkatan produktiviti dan mutu
perkhidmatan yang memuaskan.
Sudah tentu keseronokan bekerja yang dicapai inilah
akan menjadi nadi serta tonggak kepada kecemerlangan
organisasi. Slogan 'pekerja gembira adalah pekerja
yang produktif' seringkali dikaitkan dengan situasi di
mana pekerja yang menyukai atau berasa seronok
dalam kerjayanya
8
Dalam keseronokan bekerja jangan kita lupa nasihat-menasihati rakan sejawat
dan budaya tegur-menegur (budaya menyeru ke arah kebaikan dan mencegah
kemungkaran) lakukannya secara berhikmah supaya rakan sejawatan dapat
menerima teguran dengan baik.
Apabila para pekerja berjaya mewujudkan suasana yang seimbang, dalam
kehidupan di tempat kerja secara tidak langsung ia akan memberi kesan baik juga
kepada kesihatan mental dan fizikal, pekerja tidak akan berasa tertekan apatah
lagi dalam memenuhi tuntutan hidup yang semakin mencabar.
Suasana kerja yang didukung oleh sikap dan
nilai keseronokan bekerja mampu
mewujudkan amalan positif yang
menjadikan kerja yang dibuat itu sebagai
ibadat, komitmen yang tinggi di kalangan
pekerja, dapat menyuntik semangat seharian
bekerja serta sedia bekerjasama antara
majikan dan pekerja.
Hubungan baik ini juga mampu
menyelesaikan kerja secara bermuafakat dan
bekerjasama. Pepatah Melayu menyebut,
'Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat
9
HOW HAPPY DO YOU WANT TO BE AT WORK?
Ayat dalam gambar :
This is awful, but at least theres impetus to change.
This isnt too bad, but people can be stuck here for years.
More and more people choose this.
10
Apakah faktor yang boleh menyebabkan kita ceria
di tempat kerja?
Kita seronok dengan kerja yang kita buat
Bentuk suasana yang seronok
Kita ceriakan orang
Buang perkara yang menyebabkan kita tidak ceria
Salam dan peluk rakan sekerja sebelum pulang
Bagaimana untuk ceria di tempat kerja :
Mulakan dengan diri sendiri
Ceriakan orang lain juga
Cetuskan suasana yang ceria
Raikan sesuatu
Orang yang seronok tidak
semestinya senyum, tapi kalau
orang senyum dia mesti seronok
11
Bila kita seronok bekerja, kita akan :
sihat mental dan fizikal
mempamerkan air muka yang sangat-sangat ceria
lebih produktif
menjadi lebih kreatif
senang berkawan, aura keseronokan memancar pada orang lain
jadi lebih positif
TIPS UNTUK KESERONOKAN BEKERJA
Untuk kita yang bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang;
1. Relaks, Jangan terlalu serius.
2. Jadikan kerja sebagai satu permainan.
3. Ketawalah, ianya adalah pengikat kemesraan bersama.
4. Bantulah orang lain, kita pasti seronok.
5. Apabila kita seronok, kita menyeronokkan orang lain.
Setiap orang akan dapat mencapai
kejayaan dalam hal apa sahaja,
asalkan ia sangat menyukai pekerjaan
yang dilakukan.
Dr Fazdilah Kamsah
12
7S : CARA-CARA UNTUK MENIMBULKAN RASA
KESERONOKAN DI TEMPAT BERTUGAS
7S di tempat kerja atau sekolah adalah seperti berikut :
1. Seronok
I work as hard as I can,
For as long as I can,
And the best I can,
EVERYTIME.
2. Senyum
Kerjaku, Nikmatku
selalu mengingatkan diri sendiri betapa
bertuahnya kita kerana mempunyai
pekerjaan, sedang ramai lagi insan di
luar sana yang sedang
menunggu-nunggu peluang pekerjaan.
Datanglah bekerja dengan senyuman.
Senyum kepada semua orang tanpa
mengira pangkat dan darjat. Sekiranya
kita ingin dihormati oleh orang bawah
kita, kita juga terlebih dahulu perlu
menghormati mereka. Jangan kedekut
untuk memberi senyuman apabila
bertemu sesama sendiri dan senyumlah
dengan penuh keikhlasan
13
3. Sedekah
Banyakkan bersedekah. Bersedekah ini bukanlah dengan wang ringgit semata,
tetapi ia juga termasuk idea dan tenaga. Dalam mesyuarat atau perjumpaan, kita
perlu rajin mengutarakan idea-idea yang baik. Sekiranya idea yang
disumbangkan itu diguna pakai ia akan menjadi satu sedekah yang berpanjangan.
4. Silaturrahim
Menjalinkan hubungan yang baik di
antara semua warga organisasi. Saling
mengambil berat dan bertimbang rasa.
Tetapi janganlah sampai menjadi busy
body.
Selain daripada itu ringankan tulang
membantu apa saja yang mampu kita
lakukan tanpa mengharapkan
balasan. Kita selalu bertanya apa
sumbangan organisasi kepada kita
tetapi jarang sekali bertanya apa
sumbangan kita kepada organisasi.
14
5. Sabar
Sabar dengan setiap karenah. Mungkin sabar dengan karenah ketua kita atau
sabar dengan karenah anak buah yang pelbagai.
6. Selawat dan Salam
7. Syukur
Manusia dijadikan berbeza warna dan
rupa, pastinya tingkah laku juga
berbeza. Jadikan perbezaan ini sebagai
rencah kehidupan dan sentiasa bersabar
sekiranya ia adalah sesuatu yang tidak
sealiran dengan jiwa kita.
Berilah salam apabila bertemu dengan
rakan-rakan. Orang yang memulakan
salam diberikan lebih pahala
berbanding orang yang menjawab
salam.
Bersyukurlah atas segala nikmat yang kita
perolehi. Selalu sujud syukur. Jadikan
amalan bersyukur ini sebahagian dari
budaya hidup kita. Dengan bersyukur hati
kita akan selalu tenang, sebaliknya jika kita
fikirkan apa yang tidak diperoleh jiwa akan
jadi sakit serta dipenuhi dengan perasaan
amarah dan dendam.
15
Your work is going to fill a large part of
your life, and the only way to be truly
satisfied is to do what you believe is great
work, the only way to do great work is to
love what you do Steve Jobs
Pekerja Cemerlang
membawa kepada
kecemerlangan
Organisasi.
16
Jika ada kesilapan bahasa atau
kata-kata yang menyinggung perasaan.
Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari,
mohon ampun dan maaf.
Sekian, terima kasih.
Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila
hubungi kami :
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
No. Telefon : 05-5015258
No. Fax : 05-5267945
e-mel : [email protected].
Top Related