1.0 Pengenalan
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang
menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata
yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang
sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi
dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang
bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian,
secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara
bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
1.1 Definisi Sintaksis
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu
cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat
Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan
penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa
yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan
sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata atau ayat yang membentuk klausa dan
frasa.
Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM,
sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan
kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang
gramatis dan bermakna.
Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan
Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang
mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat
dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu
disusun dalam serangkai ayat yang bermakna.
1
Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji
proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa
dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan
bermakna.
Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang
mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa
unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari
hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang
lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa
bebas atau klausa tidak bebas.
1.2 POLA AYAT DASAR
Pola ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu.
Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar
berdasarkan unsur-unsur binaan ayat:
FN+FN (Frasa Nama + Frasa Nama)
FN+FK (Frasa Nama + Frasa Kerja)
FN+FA (Frasa Nama + Frasa Adjektif)
FN+FS (Frasa Nama + Frasa Sendi)
1.2.1 Frasa
Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua
perkataan atau lebih. Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi
konstituen atau binaan kepada klausa.
Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu
perkataan yang paling penting dalam frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
2
Encik Shaari ejen insurans.
- Encik Shaari dan ejen insurans adalah inti frasa kepada kedua-dua pola
tersebut.
Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
1.2.1.1 Frasa Nama (FN)
Frasa nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan
antara perkatan-perkataan ini :
a) inti & penerang
Contoh : Dia menjerit kesakitan. (FN+FK)
Dia - inti ; menjerit kesakitan - penerang
b) inti & inti.
Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FN)
Ibu - inti ; bapa - inti.
Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk
menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan
Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam
frasa nama.
Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M). Dalam frasa nama,
unsur inti yang berada pada kedudukan pertama adalah unsur diterangkan, dan pada
kedudukan kedua merupakan unsur menerangkan.
Contoh : Baju baharu ; Baju - inti / (D)
baharu - penerang /(M)
Hukum D-M mempunyai beberapa kekecualian, antaranya ialah jawatan tertentu yang
biasa digunakan seperti Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana) dan naib presiden
(sepatutnya presiden naib).
3
1.2.1.2 Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak
transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja
terbahagi kepada dua :
i. Frasa kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan kata nama
sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja
tak transitif.
Contoh : Dia tidur. (FN+FK)
ii. Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan
frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang
terdiri daripada kata nama.Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
Contoh : Siti menyepak bola di padang. (FN+FK)
di sini, bola ialah objek manakala di padang ialah penerang.
1.2.1.3 Frasa Adjektif (FA)
Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang
mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat
atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir selepas kata
kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas,
muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :
a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
- keserasian makna. Contoh: cantik molek, penat lelah
- makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar
- keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai
b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama
sebagai penerang. Ia membawa dua maksud:
- keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
- kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala
4
Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
Di hadapan : paling degil, amat bijak
Di belakang : murah sekali, cepat benar
Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi
Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata
keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa,
frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh :
Tali itu amat panjang sekali.
Amat panjang sekali tali itu.
1.2.1.4 Frasa Sendi Nama (FS)
Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan
frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa
sendi nama menjadi predikat dalam ayat. Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara:
i. Sendi nama dan frasa nama.
Contoh : di Melaka
ii. Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama.
Contoh : di bawah meja
iii. Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen.
Contoh : ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat
komplemen merupakan unsur pilihan)
iv. Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan.
Contoh : ke Johor pada setiap bulan.
(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)
5
1.3 AYAT TERBITAN
Ayat terbitan ialah ayat yang telah mengalami perubahan daripada ayat dasar.
Perubahan ini berlaku melalui tiga proses, iaitu penyusunan semula, peluasan dan
pengguguran. Ayat yang dihasilkan melalui tiga proses ini dinamakan ayat terbitan atau ayat
transformasi.
1.3.1 Proses Penyusunan Semula
Ayat yang mengalami proses penyusunan semula ialah ayat yang diubah daripada ayat
dasar kepada ayat bentuk baharu seperti ayat pasif, ayat yang mengandungi dua objek dan
ayat songsang. Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam bentuk ayat baharu.
Dalam proses penyusunan semula ayat ini, biasanya akan berlaku perubahan sama ada
kata-kata tertentu telah diubah, diganti atau digugurkanbagi menerbitkan bentuk ayat baharu
yang gramatis. Namun demikian, pada umumnya makana ayat tidak berubah walaupun ayat itu
mengalami proses penyusunan semula. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga proses
penyusunan semula ayat, iaitu:
Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif
Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat
Penyusunan semula menjadi ayat songsang
Penyusunan
Semula Objek
Ayat Aktif
Menjadi Subjek
Ayat Pasif
Penyusunan semula ayat terbitan
jenis ini berlaku melalui proses
menukar ayat aktif kepada ayat pasif.
Frasa nama yang menjadi objek
dalam ayat aktif disusun semula
menjadi subjek dalam ayat pasif.
Ayat aktif: Mikael menendang bola.
Ayat pasif: Bola ditendang oleh Mikael.
Bola yang menjadi objek dalam ayat aktif
diubah dan disusun semula menjadi
subjek dalam ayat pasif.
Penyusunan
Semula Objek
Sipi Menjadi
Objek Tepat
Penyusunan semula boleh dilakukan
pada ayat yang mengandungi dua
objek, iaitu objek tepat dan objek sipi
dalam ayat 1, buku disusun semula
menjadi objek tepat dalam ayat 2.
1. Pengetua menghadiahi Aisyah buku.
2. Pengetua menghadiahkan buku
kepada Aisyah.
Buku menjadi objek sipi dalam ayat 1
diubah dan disusun semula menjadi
objek tepat dalam ayat 2.
6
Penyusunan
Semula Menjadi
Ayat Songsang
Penyusunan semula ayat boleh
dilakukan dengan cara
menyongsangkan ayat. Maksudnya
ayat biasa disusun semula menjadi
ayat songsang.
1. Anak lelaki Pak Hamid melanjutkan
pelajaran ke universiti.
2. Melanjutkan pelajaran ke universiti,
anak lelaki Pak Hamid.
Bahagian predikat dalam ayat 1 diubah
tempat dan disusun semula menjadi ayat
songsang.
1.3.2 Proses Peluasan
Ayat yang mengalami proses peluasan merupakan ayat terbitan daripada ayat dasar yang
ditambah dengan unsur-unsur yang baharu atau perkataan lain. Dalam Bahasa Malaysia
terdapat beberapa jenis proses peluasan, antaranya:
Peluasan frasa nama sebagai subjek
Peluasan frasa nama sebagai subjek dilakukan melalui proses relativasi, iaitu dengan cara
memancangkan ayat baharu yang menggunakan frasa relatif yang ke dalam satu ayat lain.
Contohnya: Ayat (1) dipancangkan masuk dengan ayat (2) untuk menjadi ayat (3):
1. Doktor itu memeriksa pesakit.
2. Doktor itu abang saya.
3. Doktor yang memeriksa pesakit itu abang saya.
Ayat 3 mengalami proses peluasan frasa nama subjek dengan cara memancangkan frasa relatif
yang bagi menggantikan frasa subjek doktor itu yang sama atau serupa yang sepatutnya
berulang dalam ayat, tetapi digugurkan.
Peluasan frasa nama sebagai predikat
Peluasan frasa nama sebagai predikat boleh dilakukan dengan cara memancangkan frasa
relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan frasa nama predikat
yang digugurkan. Contoh ayat 1 dipancang masuk ke dalam ayat 2 menjadi ayat 3.
1. Kakak saya membaca novel.
2. Novel itu tebal.
3. Kakak saya membaca novel yang tebal.
7
Ayat 3 mengalami proses perluasan predikat dengan cara memancangkan frasa relatif yang
bagi menggantikan frasa nama yang sama atau berulang dalam predikat, tetapi digugurkan iaitu
novel itu.
Peluasan dengan kata hubung
Peluasan ayat melalui penggunaan kaya hubung boleh dilakukan dengan cara menggabungkan dua ayat
atau lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, jika, walaupun,
sungguhpun, kerana dan sebagainya. Berikut adalah contoh-contohnya:
Contoh ayat Menjadi…..
1a. Azli membaca akhbar.
1b. Azman membaca akhbar.
Azli dan Azman membaca akhbar.
2a. Aqeim membuat lawatan ke Terengganu.
2b.Rakan-rakannya membuat lawatan ke
Terengganu.
Aqeim serta rakan-rakannya
membuat lawatan ke Terengganu.
3a. Pemburu itu terserempak dengan serigala itu.
3b. Ia menembaknya.
Pemburu itu terserempak dengan
serigala itu, lalu ia menembaknya.
4a. Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin.
4b. Dia sakit.
Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin
kerana dia sakit.
Peluasan melalui proses komplementasi
Peluasan ayat boleh juga dilakukan melalui proses komplementasi, iaitu proses mengubah ayat
menjadi satu frasa nama dan memancangkannya pada satu ayat lain sebagai ayat komplemen
atau pelengkap. Ayat yang melalui proses komplementasi ini lazimnya didahului oleh kata
komplemen bahawa seperti dalam ayat 3 yang berikut:
a. Askar itu melaporkan (sesuatu)
b. Dia telah membunuh tiga orang musuh.
menjadi
c. Askar itu melaporkan bahawa dia telah membunuh tiga orang musuh
8
4.3 Proses Pengguguran
Proses pengguguran ialah proses penerbitan ayat terbaharu yang terbentuk daripada dua atau
lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama atau serupa baik pada bahagian subjek,
mahupun bahagian predikat. Salah satu daripada unsur yang sama yang tidak perlu diulang itu
digugurkan, misalnya subjek yang sama, atau kata kerja yang sama, atau objek yang sama.
Dalam Bahasa Malaysia, terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu:
Pengguguran
frasa nama
sebagai
subjek
melalui dua proses berikut:
Pengguguran
subjek dalam ayat
perintah
Pengguguran
subjek yang serupa
dalam ayat majmuk
a. Kamu keluar
menjadi
b. Keluar!
1a. Ramlan sangat gembira.
1b. Ramlan memenangi pingat emas.
menjadi
1c. Ramlan sangat gembira kerana memenangi
pingat emas.
Pengguguran
frasa predikat
melalui dua cara:
Pengguguran
seluruh frasa
predikat
Pengguguran Frasa Nama Predikat Yang
Serupa
a. Heykal mahasiswa Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
b. Khairul mahasiswa Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
menjadi
c. Heykal dan Khairul mahasiswa Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Pengguguran Frasa Adjektif
a. Bapa sangat rajin.
b. Anaknya sangat rajin.
menjadi
c. Bapa dan anaknya sangat rajin.
Pengguguran Frasa Sendi Nama
9
Pengguguran
bahagian-bahagian
frasa predikat
a. Pak Dollah ke Australia.
b. Isterinya ke Australia.
menjadi
c. Pak Dollah dan isterinya ke Australia.
Contoh:
a. Penjahat itu ditangkap oleh polis.
b. Penjahat itu ditangkap polis.
Pengguguran
frasa nama
yang
mendahului
frasa relatif
berlaku apabila frasa nama
itu direlativasikan dan
digantikan dengan kata
relatif.
a. Penceramah itu bapa saya. Penceramah itu
memakai baju Melayu.
menjadi
b. Penceramah yang memakai baju Melayu itu
bapa saya.
menjadi
c. Yang memakai baju Melayu itu bapa saya.
1.4 AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal
juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat
tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai
persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar
ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya.
Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata.
Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu
subjek dan satu predikat. Contoh:
Subjek Predikat
Ibu Ali ustazah.
Pelari itu sangat pantas.
Aiman membaca novel.
10
Nurul ke sekolah.
Dalam proses binaan ayat tunggal ini, terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat
mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. Contoh:
Mariam ke pasar raya hari ini. Ke pasar raya Mariam hari ini.
Baju itu di dalam almari. Di dalam almari baju itu.
Kuih itu dimakannya. Dimakannya kuih itu.
Pokok kayu itu ditebangnya. Ditebangnya pokok kayu itu.
1.5 RAGAM AYAT
Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif
mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan
subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat
frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. Contoh:
Ayat aktif Ayat pasif
Amar menendang bola itu Bola itu ditendang oleh Amar.
Saya menendang bola itu.
Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang
mengalami pendepanan predikat)
Bola itu saya tendang.
1.5.1 Ayat aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh
frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek
sebagai penyambut. Contoh :
11
a) Ayat Aktif Transitif
Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek
Ribut
Ahmad
Pengarah
melanda
mengarang
merasmikan
kampung kami.
buku cerita.
seminar itu
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif Objek
Dia
Bas itu
Diana
berada
menuju
menangis
di Kuala Lumpur.
ke Kota Bharu.
sepanjang malam.
1.5.2 Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata
kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam
bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama
Keterangan
Buku itu
Sampah sarap
sudah diambil
dipungut
oleh Amin
oleh pekerja
pagi tadi.
setiap hari.
12
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua
Keterangan
Masakan itu
Hutang itu
belum engkau makan
akan kami jelaskan
lagi.
segera.
Ayat pasif dengan perkataan ”kena” yang hadir sebelum kata kerja
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama
Harimau itu
penagih itu
kena
kena
tembak
tangkap
oleh pemburu.
oleh polis.
13
2.0 ANALISIS CERPEN : MELISSA
( Contoh Ayat :- Ayat Dasar, Ayat Tunggal, Ayat Terbitan dan Ragam Ayat)
Cerpen ini mengisahkan Pak Itam digambarkan oleh penulis sebagai
seorang pejuang yang cekal. Beliau keluar masuk penjara kerana
penentangannya terhadap Inggeris. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika
lama, terpapar kisah isterinya, Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau
ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang
anaknya, lzwan dan Nuryani Iman.
Peristiwa itu menyebabkan Pak Itam tersentuh. Pak Itam teringat akan isteri
dan kedua-dua orang anaknya. Hingga ke akhir hayatnya, Pak Itam tidak bertemu
dengan mereka. Pada ketika itu, seorang perempuan tua datang lalu mendekati
jenazah Pak Itam. Dia memegang kaki Pak Itam sebelum meletakkan sejambak ros.
Dengan linangan air mata, perempuan tua itu beredar. Tatkala orang ramai tercengang
memikirkan identiti perempuan tua itu, Tuk Mat sambil menyapu air matanya
menganggap hajat Pak Itam sudah tercapai.
Berdasarkan antologi teks sastera, cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari
Affandi, terdapat beberapa penggunaan ayat dasar, tunggal, terbitan dan ragam ayat.
Berikut adalah contoh-contoh ayat yang digunakan:
2.0 Ayat Dasar
1. Dia sahabat lamanya yang mati dalam satu kemalangan
jalan raya di Bukit Lanjut jalan ke Kuala Pilah. (frasa nama +
frasa nama)2. Tuk Mat bekas sarjan polis pencen.
3. Pak Itam terlentok di kerusi.
(frasa nama +
4. Tuk Mat amat terharu melihat keredupan wajah Pak Itam.
5. Anak-anak Langat bertepuk gemuruh.
14
frasa kerja)6. Pak Itam tercegat di depan tangga.
7. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput untuk
menyanyikan lagu Ulek Mayang.
(frasa nama +
frasa sendi nama)
8. Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu
bulan yang tinggi.
9. Kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.
(frasa nama +
frasa adjektif)
10. Pagi masih lagi meredup, suram dan dingin.
2.2 Ayat Terbitan
1. Pak Itam menarik beg lusuh yang tersangkut di paku atas
kepalanya, lalu dilambakkan isinya ke atas lantai simen di
depannya.
Penyusunan
semula
2. Telegram Sidah dan suaminya dari UK yang tiba semalam
dibacanya lagi.
3. Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan.
4. Dirabanya cermin matanya di atas meja kecil di sebelahnya,
lalu dilekat di mukanya.
Proses
peluasan
5. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang
lain lagi.
6. Isa, Latif dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut
jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis.
7. Hidupnya seharian ialah teh serbat, surat khabar, majalah-
majalah luar dan dalam negeri, kucingnya yang berpuluh ekor
di kandang serta ayam-ayamnya di reban.
8. Pak Itam semakin terasa dirinya kecil dan kerdil!
9. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik
Tuk Mat, isterinya Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Pengguguran
10. Suruh dia panggil doktor, cepat!
15
2.3 Ayat tunggal
1. Pak Itam merebahkan kepalanya ke sandaran kerusi malas di kaki lima
rumahnya.
2. Pak Itam mengangguk.
3. Muka Kiah kelihatan cemas.
4. Pak Itam tersenyum di dalam rumahnya.
5. Malam itu bulan cerah.
6. Pak Itam menguap.
7. Kebersihan sebahagian daripada iman.
8. Isterinya yang menjahitnya.
9. Pak Itam mengulum senyuman.
10. Dadanya terasa sebak.
2.4 Ragam Ayat
1. Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu
dengan perasaan yang penuh kesyukuran.
Ayat aktif
2. Rokiah meletakkan mangkuk tingkat dekat pintu.
3. Sebelum pergi, dia mencium tangan Pak Itam.
4. Pak Itam menarik sapu tangan dalam poket baju Melayunya,
terketar-ketar menyapu peluh yang mulai merintik di seluruh
mukanya.
5. Jali memecut motosikalnya ke arah pekan Langat.
6. Perempuan itu melutut dengan memegang kaki Pak Itam yang
sudah tidak bergerak itu.
7. Sidah dianggap seperti anaknya.
8. Telegram Sidah dan suaminya dari UK yang tiba semalam
dibacanya lagi.
9. Pak Itam sudah siap berpakaian, sepasang baju Melayu dan
bersamping kain tenun warna biru laut yang dihadiahkan oleh
16
Tuk Mat. Ayat pasif
10. Jali yang berambut panjang sampai ke paras bahu kelihatan
disanggul kemas dan diikat dengan getah.
3.0 RUMUSAN ANALISIS CERPEN MELISSA
Secara rumusannya, daripada pembacaan saya berdasarkan cerpen ini, saya dapati
bahasa yang digunakan amat puitis dan gramatis. Ayat-ayat yang digunakan oleh penulis
sangat menitikberatkan hukum tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Cerpen ini banyak
menyelitkan aspek sintaksis termasuklah ayat terbitan, ayat dasar, ayat tunggal dan ragam
ayat.
Berdasarkan cerpen ini, didapati penulis juga banyak menggunakan ayat yang agak
rumit, iaitu memerlukan pemahaman pembaca yang agak tinggi untuk memahaminya. Pembaca
perlu meneliti ayat dengan teliti agar pembacaan menjadi bermakna. Ayat yang digunakan
mempunyai makna yang tersirat seperti ‘orang putih memang cekik darah, mulutnya manis,
tetapi perutnya busuk dan cemar’, ‘apa yang diperjuangkan oleh Pak Itam adalah untuk
menyuruh orang melayu memakai baju. Memakai kasut, mengorek keluar segala cucu cicit
cacing yang membuncitkan perut orang Melayu’ dan banyak lagi.
Hal ini menunjukkan penulis menggunakan bahasa kiasan untuk memberikan gambaran
agar pembaca dapat merungkai dengan lebih baik isi tersurat ayat atau mesej yang ingin
disampaikan. Jelasnya, penulis mempunyai semangat patriotik yang amat menebal, sehingga
mampu untuk menyatakan perasaaan dengan sangat mendalam melalui penulisan cerpen
Memori Seorang Tua ini.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, penulis juga ada menyelitkan unsur-unsur gaya
bahasa dalam sastera dalam karyanya seperti unsur Simile - kian mengecil seperti sebiji debu,
peribahasa - seperti enau di belukar, metafora - tangisan ketakwaan, penggunaan Bahasa
Inggeris - vision, Happy Birthday To You serta personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus
merintih, merindu bulan.
17
Kesimpulannya, cerpen karya Zahari Affandi ini amat cemerlang dari aspek bahasa dan
jalan penceritaannya. Cerpen ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan kepada semua lapisan
murid dan pelajar, sama ada di sekolah menengah mahupun peringkat yang lebih tinggi lagi.
REFLEKSI
Akhirnya, tugasan Sintaksis Bahasa Melayu yang diamanahkan pensyarah kepada saya
berjaya saya siapkan. Semuanya adalah hasil berkat usaha dan komitmen, bertungkus lumus
dan kerjasama rakan-rakan yang saling memberi input demi kelancaran tugasan. Sekalung
penghargaan saya dedikasikan kepada pensyarah pembimbing kerana memberi nasihat dan
penerangan terhadap tugasan saya kali ini.
Tugasan ini merupakan tugasan yang melibatkan pemahaman dan pengaplikasian teori
dari segi konseptual mengenai ilmu sintaksis Bahasa Melayu sebelum dianalisis secara
terperinci terhadap penerangan pembentukan subjek, predikat,dan objek.
Tugasan ini merupakan satu aspek pengujian terhadap pemahaman pelajar sepanjang
menghadiri kuliah BMM 3110 Sintaksis bahasa Melayu. Isi pelajaran yang telah diajarkan
pensyarah seperti pembentukan subjek, predikat, objek, frasa dan klausa. Selain itu, tugasan ini
memerlukan pengaplikasian membina ayat yang gramatis seperti ayat susunan biasa,
songsang, songsang terbahagi, pasif, aktif, dan lain-lain.
Masalah yang saya hadapi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah masalah
kekangan masa. Kekangan masa dan rutin sebagai seorang guru, ibu dan isteri sedikit
sebanyak membantutkan perjalanan kerja kursus projek ini. Walaubagaimanapun, saya tetap
berusaha dengan sebaiknya untuk menghasilkan kerja kursus ini sebaiknya.
Tugasan ini memberi keyakinan kepada saya dalam mengaplikasikannya di dalam bilik
darjah. Aspek sistem bahasa yang melibatkan sintaksis seperti ayat tunggal dan ragam ayat
menjadi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru bahasa Melayu, tugasan ini
telah mengajar saya erti perincian dan ketepatan dalam menganalisis hujah berdasarkan bukti
yang kukuh. Saya perlu menggali ilmu ini sedalam-dalamnya sebelum mendedahkannya
kepada murid.
18
Akhir kalam, saya berharap ilmu yang saya peroleh sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini dapat memberi banyak makna kepada saya untuk bekalan masa hadapan.
Sesungguhnya, ucapan penghargaan dari sudut hati yang ikhlas sahaja dapat saya ungkapkan
kepada pensyarah dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung dalam tugasan ini. Jasa dan
kerjasama kalian amat saya sanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
RUJUKAN
Amdun Husain et.al (2007) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asraf (2007) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi.
Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
19
LAMPIRAN
20
Top Related