Tapak Warisan Dunia di Peru

25
PENGENALAN Tapak warisan merupakan khazanah sejarah yang berharga kepada sesuatu negara yang mengambil manfaat dari tapak tersebut melalui beberapa kaedah yang mampu menghasilkan jaringan dan peluang ekonomi seperti pelancongan secara spesifiknya. Perkara ini menunjukkan bahawa tapak warisan merupakan satu aset yang bernilai sekali gus mendorong kepada perlu adanya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu tapak warisan agar tidak berdepan isu-isu yang boleh melenyapkan kredibilitinya sebagai sebuah warisan sejarah bagi mana-mana negara. Dalam konteks ini, sesebuah tapak, monumen, bangunan dan sebagainya diangkat menjadi sebuah tapak warisan apabila disenaraikan dan mendapat pengiktirafan daripada Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebuah tapak yang mendapat pengawasan dan perlindungan sepenuhnya di bawah badan tersebut secara tidak lansung. Di negara Peru yang terletak sebelah barat Amerika Selatan juga telah mendaftarkan beberapa tapak warisan untuk diiktiraf oleh pihak UNESCO. Antara banyak tapak yang disenaraikan, hanya 13 tapak warisan yang telah diterima setelah memenuhi beberapa kriteria dan produser yang digariskan oleh UNESCO sendiri. Uniknya bagi negara Peru adalah sejarah kawasan tersebut yang pernah menjadi sebahagian daripada emapayar Inca yang merupakan suatu bangsa yang agung sekitar abad ke- 15. Justeru, banyak tapak warisan yang diiktiraf oleh UNESCO meliputi tinggalan-tinggalan kebudayaan masyarakat Inca di samping beberapa kebudayaan masyarakat yang juga wujud pada era tersebut. Bukan itu sahaja, tapak-tapak warisan yang ada di Peru juga memaparkan tinggalan penjajahan Sepanyol ke atas negara Peru pada abad ke-16 selepas berjaya menggulingkan pemerintahan empayar Inca di Peru. Negara ini sendiri menyaksikan putaran sejarahnya yang tersendiri di mana Francisso Pizarro yang mengetuai penaklukan ke atas Peru (1531-1533) telah mengubah landskap kebudayaan masyarakat tempatan yang pada ketika itu mengadaptasi kebudayaan Inca dengan mencampuri beberapa unsur yang bersifat kebaratan spesifiknya dari segi seni bina bangunan. 1 Pembahagian tapak-tapak warisan di Peru terdiri daripada tiga kelas utama yang meliputi tapak warisan jenis budaya, semula jadi dan campuran iaitu gabungan antara tapak warisan budaya dan semula jadi. Pengurusan ke atas tapak-tapak ini adalah bertunjangkan daripada pelan 1 Peru World Heritage Centre, Dalam (www.unesco.com ). Diakses pada 10 November 2014

Transcript of Tapak Warisan Dunia di Peru

PENGENALAN

Tapak warisan merupakan khazanah sejarah yang berharga kepada sesuatunegara yang mengambil manfaat dari tapak tersebut melalui beberapakaedah yang mampu menghasilkan jaringan dan peluang ekonomi sepertipelancongan secara spesifiknya. Perkara ini menunjukkan bahawa tapakwarisan merupakan satu aset yang bernilai sekali gus mendorong kepadaperlu adanya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu tapak warisanagar tidak berdepan isu-isu yang boleh melenyapkan kredibilitinyasebagai sebuah warisan sejarah bagi mana-mana negara. Dalam konteksini, sesebuah tapak, monumen, bangunan dan sebagainya diangkat menjadisebuah tapak warisan apabila disenaraikan dan mendapat pengiktirafandaripada Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik danPendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebuah tapak yangmendapat pengawasan dan perlindungan sepenuhnya di bawah badantersebut secara tidak lansung.

Di negara Peru yang terletak sebelah barat Amerika Selatan jugatelah mendaftarkan beberapa tapak warisan untuk diiktiraf oleh pihakUNESCO. Antara banyak tapak yang disenaraikan, hanya 13 tapak warisanyang telah diterima setelah memenuhi beberapa kriteria dan produseryang digariskan oleh UNESCO sendiri. Uniknya bagi negara Peru adalahsejarah kawasan tersebut yang pernah menjadi sebahagian daripadaemapayar Inca yang merupakan suatu bangsa yang agung sekitar abad ke-15. Justeru, banyak tapak warisan yang diiktiraf oleh UNESCO meliputitinggalan-tinggalan kebudayaan masyarakat Inca di samping beberapakebudayaan masyarakat yang juga wujud pada era tersebut. Bukan itusahaja, tapak-tapak warisan yang ada di Peru juga memaparkan tinggalanpenjajahan Sepanyol ke atas negara Peru pada abad ke-16 selepasberjaya menggulingkan pemerintahan empayar Inca di Peru. Negara inisendiri menyaksikan putaran sejarahnya yang tersendiri di manaFrancisso Pizarro yang mengetuai penaklukan ke atas Peru (1531-1533)telah mengubah landskap kebudayaan masyarakat tempatan yang padaketika itu mengadaptasi kebudayaan Inca dengan mencampuri beberapaunsur yang bersifat kebaratan spesifiknya dari segi seni binabangunan.1

Pembahagian tapak-tapak warisan di Peru terdiri daripada tigakelas utama yang meliputi tapak warisan jenis budaya, semula jadi dancampuran iaitu gabungan antara tapak warisan budaya dan semula jadi.Pengurusan ke atas tapak-tapak ini adalah bertunjangkan daripada pelan

1 Peru World Heritage Centre, Dalam (www.unesco.com). Diakses pada 10 November 2014

yang dirangka oleh Kementerian Kebudayaan Peru sendiri. Antara tapak-tapak yang telah disenaraikan adalah seperti berikut;

BUDAYA SEMULA JADI CAMPURANTapak Arkeologi Chan-Chan

Taman Negara Huascaran Machu Pichu

Kota Cuzco Taman Negara Manu Taman Negara RioAbiseo

Tapak Arkeologi ChavinHistoric Centre ofLimaBandar ArequipaLines of NazcaSacred City of Caral-Supe

1.0 TAPAK-TAPAK WARISAN JENIS BUDAYA DI PERU

1.1 Tapak Arkeologi Chan-Chan

Tapak Arkeologi Chan-Chan telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Duniaoleh UNESCO pada tahun 1986. Tapak ini merupakan tapak peninggalankerajaan Chimu di Peru yang telah menjadikan wilayah bernama Chan-Chansebagai pusat pemerintahan mereka. Kerajaan Chimu ini mencapai mercukegemilangan pada sekitar abad ke-15 iaitu tidak berapa lama sebelumditakluk oleh bangsa Inca. Tapak kerajaan ini teletak di lembah suburSungai Moche atau dikenali juga sebagai Santa Calina. Keunikan tapakwarisan ini adalah ianya merupakan sebuah bandar besar yangmengaplikasikan penggunaan tanah liat dalam struktur bangunan. Bandarini sekali gus berfungsi sebagai pusat pemerintahan yang dibahagikankepada sembilan bahagian utama yang merangkumi kubu kota serta istana.

Tapak ini juga telah diklafikasikan sebagai sebuah tapakperingatan yang berkeluasan enam kilometer persegi di tengah-tengah 21kilometer persegi sebuah bandar yang terdiri daripada sembilankompleks berbentuk segi empat tepat (kubu kota dan istana) yang dibinasecara terancang dan dikelilingi oleh dinding-dinding tebal yangdiperbuat daripada tanah liat. Di tapak ini bangunan-bangunan sepertikuil, rumah kediaman dan rumah stor telah disusun dan didirikansekitar kawasan yang terbuka berserta takungan air dan pusat

pengurusan jenazah. Perancangan ini adalah bersifat sistematik dengansetiap bangunan yang didirikan mampu menggambarkan seni binamenggunakan tanah liat yang diaplikasikan oleh Kerajaan Chimu.Dinding-dinding dari tanah liat yang didirikan mengelilingi setiapbangunan disertakan dengan ukiran friezes yang mempamerkan beberapa seniukiran seperti ukiran dalam motif abstrak selain ukiran yangmemperlihatkan unsur kebudayaan masyarakat serta yang dalam bentukzoomorphical. Di setiap sembilan kompleks ini juga, terdapat 32 tapakberkeluasan sederhana yang menjadi tempat penghasilan bagi sektor-sektor produktiviti seperti sektor ukiran kayu dan penghasilan bahan-bahan besi. Terdapat juga kawasan pertanian yang luas dan sistempengairan yang ditemui di bahagian selatan, timur dan barat bandartersebut. Dalam konteks ini, Sungai Moche dan Chivama menjadi nadipenting bagi mengairi kawasan-kawasan tersebut di mana terdapatterusan sepanjang 80 kilometer telah dibina dalam kawasan Chan-chansepanjang era ketamadunan bangsa Chimu.2

1.1.1 Kriteria Tapak Arkeologi Chan-Chan sebagai Tapak Warisan Dunia

Terdapat beberapa kriteria yang diketengahkan oleh KementerianKebudayaan Peru dan mendapat kelulusan dari pihak UNESCO sendiriterhadap Tapak Arkeologi Chan-Chan iaitu;

i. Tapak Arkeologi Chan-Chan merupakan salah satu bukti kesenianagung masyarakat pra-Columbian Amerika dari segi penataansebuah bandar yang menggunakan medium tanah liat dalamkebanyakan infrastruktur bangunan.

ii. Tapak Arkeologi Chan-Chan telah memperlihatkan keunikan senibina yang mewakili kebudayaan dalam Kerajaan Chimu setelahberlakunya evolusi di bahagian selatan Peru selama sebelastahun. Seni bina ini secara keseluruhan menggambarkanpenyatuan dalam konteks simbolik dan kesucia agama yangdisesuaikan dengan ilmu teknologi serta pengadaptasianterhadap alam persekitaran.

Dari segi corak binaan, tapak arkeologi ini masih memperlihatkanciri-ciri sebenar bagi sebuah landskap monumen bandar yang pernahmenjadi ibu kota Chimu di mana penyusunan hierarki dalam kontekspenyusunan bangunan memperlihatkan ketinggian politik, sosial,teknologi, ideologi dan pencapaian ekonomi yang membanggakan dalam

2 World Heritage Centre, 2006. Documents, Chan-chan Archaelogical Zone. Dalam (http://unesco.org). Diakses pada 23 Oktober 2014

kalangan masyarakat Chimu sekitar abad kesembilan serta lima belas.Keaslian seni bina yang berunsurkan dekorasi keagamaan sertapengunaan material tanah liat sebagai medium binaan pula secaratidak lansung telah mempamerkan kebijaksanaan masyarakat Chimu dalamaspek teknologi pembinaan bangunan. Hal ini demikian kerana, untukmendirikan sebuah bangunan yang di mana bahan utamanya adalah tanahliat semata-mata amat memerlukan kepakaran dan kemahiran yangtinggi. Perkara inilah yang menjadikan Tapak Arkeologi Chan-Chandiangkat menajadi Tapak Warisan Dunia berikutan keunikan seni binayang dimiliki.

1.2 Tapak Arkeologi Chavin

Tapak Arkeologi Chavin telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia diPeru oleh UNESCO pada tahun 1985. Tapak ini merupakan sebuah tapakyang dinamakan bersempena dengan kebudayaan masyarakat yang telahberkembang dalam abad ke-15 dan abad ke-5 Sebelum Masihi di lembahtinggi yang dinamakan sebagai Lembah Tinggi Andes dalam wilayah yangdinamakan Huari. Tapak arkeologi ini merupakan pusat upacara keagamaandan tempat melakukan haji bagi penganut Agama Andes selain menjadipusat untuk penting dalam menjalankan aktiviti penyebaran ideologi,kebudayaan sosial serta agama. Penyebaran agama yang dilakukan olehmasyarakat ini tertumpu di beberapa wilayah yang lebih luas daripadaAndes di bahagian utara, selatan serta kawasan hutan tinggi Peru.

Chavin dikenalpasti juga sebagai salah satu tapak pra-Columbianpaling awal dan antara yang terkenal merujuk kepada seni hiasan danteknik pembinaan bangunan yang diaplikasikan pada masa tersebut.Pengaplikasian kesenian yang merupakan sebahagian daripada adatistiadat serta kebudayaan masyarakat yang tinggal di Chavin bolehdilihat menerusi teknologi seni bina dan simbolik-simbolik yangdigunakan dengan kebanyakan bangunan bercirikan batu sebagai terasbahan binaan bangunan. Malahan terdapat juga sistem galeri yangmemperlihatkan dekorasi unik dalam bangunan selain terdapatnya sistemperparitan yang belum pernah dibina dalam rantau Amerika Selatan padaketika itu. Bangunan-bangunan yang terdapat di tapak ini jugakebanyakkannya dihiasi dengan simbolik-simbolik berbentuk ikonografi,antropomorfik dan zoomorfik dengan nilai estetika yang tinggi.Simbolik-simbolik yang digunakan ini berupa ukiran timbul yang dilukismisalnya pada batu nisan, tiang dan patung-patung batu monolitik.Chaavin Kaahumanu, Raimondi Stela, Tello Obelisk dan Falconidae Portico antaraukiran-ukiran terkenal yang dibuat sekali gus menjadi bukti kesenian

masyarakat Chavin yang luar biasa.3 Perkara inilah juga yang menjadikanTapak Arkeologi Chavin sebagai salah satu monumen yang unik danmendapat perhatian dunia.

1.2.1 Kriteria Tapak Arkeologi Chavin sebagai Tapak Warisan Dunia

Antara kriteria-kriteria yang menjadikan Tapak Arkeologi Chavindiiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985 antaranya adalahkerana tapak tersebut merupakan salah satu tinggalan purba AmerikaSelatan yang memperlihatkan seni bina luar biasa, kecanggihanteknologi dan penciptaan simbolik oleh masyarakat-masyarakat awal pra-Columbian di bahagian Andes dalam negara Peru. Bangunan-bangunan yangterdapat dalam tapak ini juga memperlihatkan keunikan menerusisimbolik-simbolik dengan unsur ikonografi, antropomorfi dan zoomorfikberupa jaguar, ular dan burung gagak di mana wajah manusia ditambah disana-sini selain terdapatnya sistem galeri dalaman dengan dekorasiindah. Selain itu, tapak ini juga merupakan pusat penting penyebaranideologi, budaya dan agama di bahagian Andes.4

Secara dasarnya, boleh dikatakan bahawa antara kriteria-kriteriayang menjadikan Tapak Arkeologi Chavin sebagai antara tapak warisandunia adalah merangkumi konsep seni bina, eka bentuk bangunan sertaperancangan tanah yang unik dan wajar dipertahankan. Bukan itu sahaja,ciri-ciri seni bina ini secara tidak lansung telah menggambarkankonotasi ideologi, simbolik agama, serta perlambangan budaya yangmenjelaskan mengenai fungsi seni bina secara khususnya. Perkara inijuga dapat menggambarkan masyarakat Chavin yang telah melalui prosesevolusi sejarah dalam konteks perbezaan tahap pembinaan bangunanmengikut budaya yang diamalkan. Antara penemuan penting dalam tapakini adalah bagaimana tapak tersebut telah berperanan sebagai pusat‘haji’ dan tempat melakukan upacara agama yang terbesar merujuk kepadaikonografi seni bina yang telah digunakan kerana dikatakan lebihbercirikan keagamaan.5 Hal ini dapat dibuktikan menerusi ruangan danstruktur monumen yang masih tidak berubah.

1.3 Kota Cuzco (The City of Cuzco)3 Silverman, Helaine, 2006. The Historical of Cusco as an Open-Air siteMusuem, In Archaelogical Site Museums In Latin America, ei=dited byHelaine Silverman: Gainsville:University Press of Florida. hal. 159-1834 Ibid, hal 1805 Ibid, hal 181

Kota Cuzco yang terletak pada ketinggian 3,400 Meter dari paras lautterletak di sebuah lembah subur berdekatan sungai di tengah-tengahkawasan Andes. Kota ini terletak di bawah pemerintahan Raja Inca yangdigelar Inca Pachacuteq (Tito Cusi Inca Yupanqui) dan berperanansebagai pusat bandar yang lengkap dengan fungsi agama dan polisipentadbiran yang berbeza. Kota ini dikelilingi oleh kawasan yang pesatdibangunkan dengan aktiviti pertanian, pertukangan dan pengeluaranperindustrian. Kota ini sebenarnya telah direka semula dan diubahsuaiselepas pra-proses pendudukan Empayar Inca lebih daripada 3000 tahunsekali gus dijadikan ibu kota bagi empayar tersebut antara abad ke-15dan ke-16.

Dalam kota ini, bangunan-bangunan yang dijadikan sebagai pusatkeagamaan dan pemerintah dilengkapi dengan kediaman-kediaman eklusifbagi keluarga diraja sehingga membentuk susunan bangunan denganteknologi pembinaan mengunakan teras bahan daripada batu yangmemperlihatkan nilai estetika yang tinggi dalam konteks strukturbinaan seperti Kuil Matahari (Qoricancha), Sunturcancha, Kusicancha yang tidakmampu lepas daripada ciri-ciri bangunan urbanisme masyarakat Inca.

Walaupun berlaku penaklukan penjajah Sepanyol pada abad ke-16,struktur bangunan Kota Cuzco ini kekal terpelihara namun terdapatpembinaan kuil-kuil, biara dan beberapa kediaman yang bersaiz besar.Terdapat juga bangunan-bangunan baru yang telah didirikan mengikutgaya Baroque di barat namun mengalami penyesuaian dengan seni binatempatan sekali gus memperlihatkan kualiti konfigurasi yang tinggi danunik. Bangunan seumpama ini secara tidak lansung mewakili buktipenjajahan awal di Peru selain gabungan budaya barat dan tempatan.Sinkretisme luar biasa yang terdapat dalam kota ini dibuktikan bukansahaja melalui struktur fizikal tetapi juga melalui ekspresi senikerajaan penjajah Sepanyol. Hal ini telah menjadikan Kota Cuzcosebagai tinggalan yang penting untuk adat dan tradisi penduduk selainpenting dari segi penciptaan seni keagamaan dan pengeluaran. Kota inijuga telah mengekalkan monumen yang memperlihatkan gabungan luar biasadari budaya Inca dan bandar kolonial seperti rumah jongkok bercatputih, istana dan gereja-gereja Baroque.6

1.3.1 Kriteria Kota Cuzco sebagai Tapak Warisan Dunia

6 Silverman Helaine, 2006, Cultural Resource management and HeritageManagement in Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship 3: 57

Kota Cuzco telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCOpada tahun 1983 kerana menepati kriteria;

i) Kota Cuzco merupakan bukti tinggalan tamadun Inca purba danpusat pemerintahan Tawantinsuyu (Raja Inca) yang telahmelakukan pengendalian politik, agama dan sosial antara abadke-15 hingga 16. Bandar ini menempatkan pembangunan budayaasli dan autonomi dalam kawasan Andes dan berusia 3 000 tahun.

ii) Merupakan pencapaian bandar dan seni bina unik dalam kontekspenempatan politik, ekonomi dan budaya yang penting semasa erapra-Columbian di Amerika Selata. Ianya juga merupakanpertemuan dua budaya berbeza antara budaya Inca dan Sepanyolyang telah menghasilkan sinkretisme budaya melalui bentuk senibina bangunan.

Keaslian Kota Cuzco telah disokong oleh bukti-bukti fizikal dalamaspek komposisi bandar di jalan-jalan dan dataran, susun atur, nilai-niai dan seni bina bandar serta penggunaan budaya Inca dengan senibina kolonial. Keaslian tapak ini juga disokong oleh dokumen-dokumenabad ke-16 yang dikumpulkan.

1.4 Pusat Sejarah Lima (Historic Centre of Lima)

Pusat Sejarah Lima dikenali juga sebagai ‘Ciudad de los Reyes’ atau KotaRaja yang terletak di lembah Rimac dan telah didirikan oleh penjajahSepanyol di bawah Francisso Pizarro pada Januari 1535 dalam wlayahyang diterajui oleh pimpinan Chiefdom dari Rimac. Kawasan Lima inimerupakan modal politik, pentadbiran, agama dan ekonomi yang pentingkepada penjajah Sepanyol di Amerika Selatan. Bandar Lima telahmemainkan peranan penting dalam sejarah dunia baru dari tahun 1542sehingga 1800. Kebanyakan bangunan dalam bandar ini telah mendapatpenterjemahan daripada proses penginjilan pada zaman tersebut sehinggaterbina banyak gereja-gereja, biara, rumah sakit, sekolah, danuniversiti (San Marcos University). Kehidupan sosial dan budayamasyarakat penjajah Sepanyol telah memenuhi segenap kawasan.

1.4.1 Kriteria Pusat Sejarah Lima dijadikan Tapak Warisan Dunia

Pusat Sejarah Lima telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia olehUNESCO pada tahun 1988 kerana menepati kriteria;

i) Memperlihatkan seni bina dan pembangunan bandar dalam kontekssebuah bandar kolonial Sepanyol yang bermotifkan kepentinganpolitik, ekonomi dan budaya di Amerika Latin. Ianya jugamemperlihatkan aspek pembudayaan barat melalui seni bina,teknologi, estetika, nilai-nilai sejarah dan bandar di Peru.

Keaslian Pusat Sejarah Lima boleh dilihat menerusi pengekalanciri-ciri asal reka bentuk asas bandar seperti bangunan bentuk kotaksehinggalah lalu lama penjajah Sepanyol meneuju ke utara Chinchasuyodan timur Antisuyo. Bangunan-bangunan ini juga disesuaikan denganpersekitaran serantau dari segi ketersediaan bahan, cuaca, gempa bumidan keperluan masyarakat. Begitu juga, penggunaan, fungsi dan tradisiyang berkaitan dengan kehidupan di bandar ini memberikan PusatBersejarah Lima watak sendiri, ketunggalan dan identiti.7

1.5 Bandar Arequipa

Arequipa didirikan oleh segelintir penjajah Sepanyol pada tahun 1540.Bandar ini merupakan sebuah lembah yang telah dibangunkan olehmasyarakat penjajah Sepanyol yang menyumbang kepada pembentukantopografi kawasan tersebut. Buktinya dapat dilhat menerusi sebuahdusun asli yang masih wujud berdekatan dengan Pusat Sejarah dalamdaerah San Lazaro. Tapak warisan dunia ini terdiri daripada 49 blokasal yang disusun atur oleh Sepanyol (tidak termasuk tiga blokberdekatan dengan Mercado San Camilo yang tidak disenaraikan berikutanlebih kepada gaya barat selain terdapat 24 blok dari zaman penjajahanpada abad ke-19.

Terdapat lima tempoh pembangunan bandar ini seperti yangdirekodkan oleh Kementerian Kebudayaan Peru seperti Yayasan Kampung(1540-1784), pembinaan Baroque (1582-1784), penerapan tradisi Rococodan neoklasikisme (1784-1868) serta tempoh empirisme moden dan fesyenneoklasik (1868-1960) selain beberapa reka bentuk kontemporari.Kelebihan seni bina Arequipa bukan sekadar tertumpu pada kemegahanmonumen keagamaan yang ditonjolkan tetapi juga meliputi bentu-bentukkediaman vernakukar yang bersifat professional.

1.5.1 Kriteria Bandar Arequipa sebagai Tapak Warisan Dunia

7 Silverman Helaine, 2006, Cultural Resource management and HeritageManagement in Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship 3: 57

Bandar telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO padatahun 2000 kerana menepati kriteria;

i) Struktur hiasan di pusat bersejarah Arequipa merupakan karyaintegrasi kreatif dan asli Eropah di Peru yang menjadi ciri-ciri penting untuk ekspresi budaya masyarakat barat.

ii) Pusat sejarah Arequipa merupakan bukti tinggalan yangmemperlihakan kebijaksanaan golongan kolonial untuk beradaptsidengan keadaan alam, pengaruh adat serta proses penginjilanyang berlaku

1.6 Garis-garis Nazca (Lines of Nazca)

Garis-garis Nazca merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia yang terletakdi dataran gersang pantai Peru kira-kira 450 KM2 ke selatan Lima dibawah kaki bukit Andes. Garis-garis yang tercorak pada permukaan tanahantara 500 SM merupakan antara teka-teki terbesar arkelogi keranakuantiti, jenis, saiz dan kesinambungan garis-garis tersebutmenggambarkan makhluk hidup, tumbuh-tumbuhan, makhluk khayalan sertatokoh-tokoh geometri beberapa kilometer yang dipercayai mempunyaifungsi dalam ritual astronomi. Garis-garis Nazca ini menggambarkanprestasi membanggakan masyarakat yang wujud pada ketika itu dalamdimensi dan kepelbagaian seni dunia prasejarah. Bentuk-bentuk unikyang dicorakkan menggambarkan bagaimana garis-garis tersebut telahditutup dengan pasir yang mengandungi besi dan batu dari patina gelapyang ampuh. Ianya juga menunjukkan bagaimana penghapusan kerikil untukmembentuk corak-corak demikian berlaku sekali gus mendedahkan strataberwarna lebih terang yang agak kontras dengan kerikil gelap.8

Garis-garis Nazca disenaraikan juga sebagai kelompok yang palingcemerlang dalam konteks ‘geoglyphs’ di seluruh dunia. Namun kawasanini masih menjadi misteri yang tidak mampu dirungkaikan oleh ahli-ahliarkeologi merujuk kepada kuantiti, sifat, saiz serta kesinambunganyang dihasilkan menerusi garisan-garisan tersebut. Keampuhan danpenjajaran garisan serta kesinambungan budaya yang ditonjolkanmenunjukkan bahawa garis-garis tersebut melalui jangka masa yang lamauntuk disiapkan selain strukturnya yang bersifat tahan lama. Kajian-kajian yang telah dilakukan telah menyimpulkan bahawa kesinambunganbudaya masyarakat yang mendiami kawasan tersebut boleh dibahagikankepda tiga fasa kronologi iaitu;

8 Silverman Helaine, 2006, Cultural Resource management and HeritageManagement in Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship (3): 55-57

i) Fasa yang menyamai tempoh perkembangan kebudayaan masyarakatChavin (500-300 SM) dengan adanya pengaplikasian teknik-teknikyang membentuk angka melalui penumpukan pada batu.Perkembangan ini merupakan tempoh yang penting dalam konteksbudaya di rantau Andean melalui pengaruh besar yangdisumbangkan oleh masyarakat Inca.

ii) Fasa perkembangan tempatan yang dikenali sebagai Paracas (400-200 SM). Fasa ini telah memperlihatkan penyesuaian budaya keatas permukaan kawasan yang gersang serta memerlukan kemahiranyang tinggi dalam konteks kesenian.

iii) Fasa Nazca yang sebenar antara (200-500 SM) yang budayanyaberasal dari Kota Paracas serta memiliki kemahiran pembuatantembikar dan tekstil.

1.6.1 Kriteria Garis-garis Nazca sebagai Tapak Warisan Dunia

Garis-garis Nazca atau ‘Lines of Nazca and the pampas of Jumana’merupakan sebuah tapak yang menakjubkan kerana garis-garis yangterdapat atas permukaan tapak ini hanya boleh dilihat menerusi menaratinggi, kapal terbang ataupun dari angkasa. Garis-garis ini dibuatdalam skala yang besar atas permukaan tanah yang membentuk ratusangaris lurus, bentuk geometri selain beberapa figura zoomorfik yangmemperlihatkan bentuk entiti seperti rekaan manusia, burung kelicap,labah-labah, jerung, harimau bintang, cicak, ikan dan monyet. Ataskeunikan tersebut, UNESCO akhirnya telah mengiktiraf kawasan inisebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1994 yang cepat menarikperhatian pelancong dari seluruh dunia.

1.7 Kota Suci Caral-Supe (Sacred City of Caral-Supe)

Kota Suci Caral-Supe merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia di Peru yangmencerminkan kebangkitan peradaban di bahagian Amerika Selatan. Kotaini telah memperlihatkan bagaimana perkembangan sosio-politik yangpositif dalam kawasan ini sehingga membawa kepada pembangunan pesatperumahan di Lembah Supe dan beberapa kawasan yang lain. Kota suci initelah memperlihatkan gabungan reka bentuk dan komponen seni bina darinegara-negara yang terdapat dalam Amerika Selatan.9

9 Navrud, S., 2005, Valuing cultural heritage: lessons learned. In StructuralStudies, Repairs and Maintenance of Heritage Architecture IX, C.A. Brebbia and A.Torpiano eds., pp. 95–100. Wit Press, Southampton.

1.7.1 Kriteria Kota Suci Caral-Supe sebagai Tapak Warisan Dunia

Kota Suci Caral-Supe ini telah diiktiraf oleh pihak UNESCO sebagaiTapak Warisan Dunia di Peru pada tahun 2009 kerana bertepatan denganbeberapa syarat yang ditetapkan oleh badan penjaga warisan duniatersebut iaitu;

i) Menggambarkan seni bina Archaic dan corak perncangan bandardalam tamadun kuno Peru. Pelan bnadar misalnya yang berkembangselama berabad-abad dikenalpasti telah dipengaruhi penempatanberhampiran serta sebahagian besar masyarakat yang tinggalberdekatan pantai Peru.

ii) Berperanan sebagai bukti tinggalan yang paling maju dankompleks dalam aspek pembentukan peradaban. (Archaic Akhir)

iii) Keunikan seni yang menggambarkan reka bentuk dan kemahiranunsur-unsur seni bina seperti yang pernah diamalkan secaramenyeluruh oleh masyarakat yang mendiami kawasan pantai diPeru

1.7.2 Pengurusan dan Perlindungan Kota Suci Caral-Supe

Sistem pengurusan warisan oleh Kementerian Kebudayaan Peru di adalahbersifat proaktif di mana terdapatnya Pelan Pengurusan yang telahdiubah suai pada tahun 2008 dilaksanakan secara sistematik. Pelan initelah mengubahsuai beberapa perkara termasuklah peraturan-peraturanuntuk menjamin pemeliharaan dan perlindungan harta dan kawasantersebut.

2.0 TAPAK WARISAN DUNIA SEMULA JADI DI PERU

2.1 Taman Negara Huascaran

Taman Negara Huascaran merupakan antara Tapak Warisan Dunia di Peruyang diklafikasikan dalam konteks semula jadi. Taman Negara inimerangkumi sebahagian besar kawasan Cordillera Blanca yang merupakanzon pergunungan tropika tertinggi di dunia. Zon pergunungan inimempunyai 27 punca yang dilitupi dengan salji kira-kira 6000 meterdari atas permukaan laut di mana El-Huascaran merupakan puncak yangtertinggi dengan ketinggian 6 768 dari paras laut. Secara dasarnya,taman ini mewakili kepelbagaian ciri geomorfologi seperti tasik

glasier, serta mata air panas. Kawasan ini juga menyaksikan topograsiluas tumbuh-tumbuhan yang biasa ditemui dalam kawasan hutan montanelembap seperti tundra fluvial alpine, paramo subalpine, bromeliad alpine,Bromeliceae, orkid gunung dan janda hutan.

Terdapat juga binatang-binatang seperti beruang panda, harimaukumbang, kucing gunung, rusa ekor putih dan vicuna yang merupakanspesies asli yang penting. Malahan terdapat juga spesies rusa langkadam unggas-unggas seperti helang cordillera, burung gergasi, burung CondorAndean serta beberapa spesies itik seperti itik torrent.10

2.1.1 Kriteria Taman Negara Huascaran sebagai Tapak Warisan Dunia

Taman Negara Huascaran telah ditubuhkan pada 1 Julai 1975 oleh DekriTertinggi di bawah undang-undang mengenai hutan dan hiupan liar Peru.Taman ini telah diterima sebagai rizab biosfera oleh UNESCO pada 1 Mac1977 dan ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985.Antara kriteria lain yang mengangkat taman ini sebagai Tapak WarisanDunia adalah;

i) Rantau Cordillero merupakan tapak perkembangan beberpakumpulan etnik awal di Peru seperti yang dapat disaksikanmelalui runtuhan di Gekosh dan Chuchumpunta. Tapak ini telahmenempatkan beberapa koleksi terbesar mayat yang berusia 2000tahun lebih awal daripada kebudayaan Chavin

2.2 Taman Negara Manu

Taman Negara Manu terletak dalam kawasan daerah Manu dan Paucartamboyang terdiri daripada tanah di lereng timur Andes dan Amazon Peru.Kawasan ini terletak dalam lembangan Sungai Amazon dan meliputi aliranSungai manu dan sebahagian besar anak-anak Sungai Alto Madre de Dios.Bukit-bukit yang terdapat dalam kawasan tanah rendah antara sungai-sungai dan cerun telah membentuk topografi bergelombang yang meliputisebahagian besar taman. Terdapat beberapa tumbuhan yang melatari tamannegara ini seperti yang paling luas ditemukan adalah hutan hutan hujantropika tanah rendah, hutan hujan tropika tanah rendah serta tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam padang rumput.

10 Atwood, Roger, 2003, Guardians of the Dead. Archaeology 56 (1): 42–49

Walaupun banyak kepelbagaian tumbuhan dalam kawasan ini, florayang terdapat di Manu masih kurang dikenali dan dianggap yang palingawal dalam proses inventori. 1 147 spesies tumbuhan telah dikenalpastidalam kawasan yang agak kecil atau mungkin lebih daripada itu. Satuciri menarik yang terdapat dalam hutan-hutan ni adalah terdapatsekurang-kurangnya 18 spesies flora Ficus. Malahan terdapat juga sebanyaklebih dari 800 spesies burung dan 200 spesies mamalia yang telahdikenalpasti. Antaranya adalah enam spesies macaw dalam hutan tanahrendah, tiga kawasan burung endemik, 13 spesies monyet, lebih 100jenis kelawar, 12 spesies reptilia serta 77 jenis amfibia.

2.2.1 Kriteria Taman Negara Manu sebagai Tapak Warisan Dunia

Taman Negara Manu telah ditubuhkan berdasarkan dari keputusan pihakUNESCO dan dilindungi sepenuhnya selain diterima sebagai antara rizabbiosfera pada Mac 1977. Taman Negara Manu in disenaraikan sebagaiTapak Warsian Dunia pada tahun 1987 keran bertepatan dengan kriteria;

i) Taman ini telah dihuni oleh sekurang-kurangnya empat kumpulanpribumi yang berbeza seperti Machiguenga, Mascho-Piro,Yaminahua dan Amahuaca. Kaum pribumi ini telah dianggapsebagai sebahagian daripada sistem semula jadi kerana gayakehidupan mereka tidak mengancam keaslian taman

ii) Taman Negara Manu merupakan rizab biosfera yang tercantik danperlu dikekalkan.

3.0 TAPAK WARISAN DUNIA CAMPURAN (BUDAYA + SEMULA JADI)

3.1 Historic Sanctuary of Machu Picchu

Machu Picchu terletak dalam kawasan pertemuan antara pergunungan Andesdan Lembangan Amazon dan merupakan salah satu tapak warisan yangmemperlihatkan kesenian seni bina dan penggunaan tanah yang efektifsekali gus menjadi bukti warisan yang sangat penting kepada peradabankuno Tamadun Inca di Peru. Tapak ini telah diiktiraf merujuk kepadanilai-nilai budaya dan alam semula jadi yang luar biasa meliputi32.529 hektar lereng gunung, puncak dan lembah yang mengelilingisebuah monumen penting yang disebut sebagai “La Ciudadela” denganketinggian 2,400 dari paras laut. Machu Picchu telah dibina pada abadke-15 namun ditingalkan setelah Empayar Inca ditakluk oleh penjajah

Sepanyol pada abad ke-16. Machu Picchu ini adalah salah satu tempatkebudayaan yang paling penting di Amerika Latin.11

Machu Picchu juga terdiri daripada kira-kira 200 strukturbangunan yang membentuk kawasan pusat agama, upacara keagamaan,astronomi dan pertanian yang ditetapkan pada tanah yang curam danbertentangan dengan teras batu. Kawasan ini telah dibahagikan kepadabahagian yang lebih rendah dan tinggi yang memisahkan kawasanpertanian daripada kawasan perumahan. Peranan dan fungsi pembinaanMachu Picchu masih menjadi tanda tanya sama ada ianya mungkinmerupakan kemahiran kaum Inca dalam bidang astronomi dan penanamanspesies tumbuhan liar. Uniknya, pembinaan monumen dalam Machu Picchudiadaptasi dengan baik terhadap persekitaran semula jadi di tempattersebut yang merupakan tanah pergunungan. Terdapat juga sistemperhubungan jalan yang luas, saluran air dan teres untuk tujuanpertanian serta beberapa kawasan yang dibiarkan untuk habitat semulajadi berkembang seperti beruang berkaca mata, berang-berang dan kucingpampas. Malahan tempat ini juga disebut sebagai salah satu khazanahbiodiversiti yang penting di dunia.

3.1.1 Kriteria Machu Picchu sebagai Tapak Warisan Dunia

Machu Picchu telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia yang palingberharga di Peru pada tahun 1999 oleh UNESCO kerana menepati kriteriaseperti;

i) Machu Picchu merupakan karya seni sebuah perbandaran yangmemperlihatkan keunikan seni bina dan kejuruteraan dariperadaban kuno Tamadun Inca. Pembinaan bangunan di atas gunungselain menyatukan unsur alam sekitar merupakan kejayaan yangagung.

ii) Ianya juga merupakan tinggalan sejarah dari zaman peradabankuno masyarakat Inca yang menunjukkan perkembangan terancangdalam aspek kawalan wilayah, organisasi sosial, produktiviti,agama dan pentadbiran.

iii) Machu Picchu adalah monumen bersejarah dan tempat suci yangterletak dalam landskap pemandangan gunung dan geomorfologiyang luar biasa sehingga memberikan contoh yang luar biasadaripada hubungan harmoni dan nilai estetika yang menakjubkanantara kebudayaan manusia dengan alam persekitaran.

11 World Heritage Centre, 2006b, Documents, Historic Sanctuary of Machu Picchudalam (http://whc.unesco.org). Diakses pada 18 November 2014

iv) Meliputi sebahagian daripada peralihan antara tanah tinggiAndes dengan Lembangan Amazon sehingga mampu berfungsi sebagaihabitat spesies floran dan fauna yang dianggap penting untukpemuliharaan biodiversiti.

Machu Picchu merupakan sebuah kawasan yang sangat terkenal dalamdunia arkeologi. Pembinaan bandar ini merupakan seni yang terhebatempayar Inca. Ianya melalui dua tempoh pemerintahan Raja Inca iaituPachacutec Inca Yupanqui (1438-1471) dan Tupac Inca Yupanqui (1472-1493).

3.2 Taman Negara Rio Abiseo

Taman Negara Rio Abiseo terletak dalam rantaian gunung Andes (CordilleraOriental de los Andes) di sebelah timur Huicungo. Taman ini terletak dipersimpangan jalan antara Maranon dan Sungai Hullaga. Ianya telahdibangunkan pada tahun 1983 meliputi seluruh Sungai Abiseo dengantopografi pergunungan. Hampir semua tanah yang terdapat dalam TamanNegara Rio Abiseo ini tidak pernah diganggu dengan aktiviti pertanianatau pembalakan. Rio Abiseo terkenal juga dengan hutan awan rendahyang asli dan padang rumput tanah tinggi atau disebut sebagai Paramo.Hutan awan rendah telah dikatakan sebagai glasiasi terakhir yangmembawa kepada kepelbagaian spesies pada tahap endemik yang tingidengan pengenalan 1000 spesies tumbuhan dan kepelbagaian fauna. Ianyaberupaya juga menajdi lokasi perlindungan dan baru bagi spesiesterancam seperti kucing toucanet-browe. Ketinggian kawasan ini juga telahmenarik lebih dari 132 spesies burung selain terdapat beberapa spesiesmamalia seperti monyet berekor kuning yang dipercayai telah pupus padatahun 1926 serta spesies monyet berambut panjang dan monyet labah-labah. Terdapat juga beberapa spesies yang ditemui dalam taman negaraini seperti beruang berkacamata, harimau bintang, armadillo gergasiserta tapir.12

3.2.1 Kriteria Taman Negara Rio Abiseo sebagai Tapak Warisan Dunia

Taman Negara Rio Abiseo telah ditubuhkan pada tahun 1983 melalui hasilusaha Jabatan Perhutanan San Martin yang bertujuan untuk melindungiflora dan fauna dari butan hujan yang merupakan cirri khas kawasanAndes. Objektif jabtan ini adalah untuk membina taman yang meliputi274,520 hektar dengan adanya penyelidikan mengenai sumber-sumber12 Contraloría General de la República, 2005, Machupicchu, Auditorias deGestión Ambiental de Patrimonio Cultural. Lima.(http://www.contraloria.gob.pe). Diakses pada 18 November 2014

semula adi dan kebudayaan yang dilaksanakan melalui kerjasamaantarabangsa. Taman Negara Rio Abiseo telah disenaraikan oleh UNESCOsebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985 kerana menepati beberapakriteria seperti;

i) Taman ini merupakan habitat beberapa spesies endemik yangdikatakan telah pupus seperti monyet berekor kuning selainbeberapa penyelidikan yang dijalankan telah menemui 36 tapakarkeologi yang sebelum ini tidak pernah diketahui padaketinggian antara 2,500 dan 4 000 meter sekali gus membergambaran yang lebih baik mengenai masyarakat pra-Inca.

ii) Merupakan contoh luar biasa beraitan dengan proses geologiyang signifikan terhadap evolusi biologi dan interaksi manusiadengan alam semula jadi. Taman ini merupakan kombinasi yangluar biasa antara unsur-unsur semula jadi dan budaya. Terdapatjuga monumen pra-Hispanik dalam kawasan lembah Montecristo diTaman Negara Rio Abiseo ini yang menajdi bukti tinggalanpendudukan masyarakat tersebut dalam kawasan tanah tinggiAndean seawall abad ke-4 SM. Adanya bukti dari Gua Manachaquimenggambarkan ianya telah dihuni oleh manusia seawal abad ke6000 SM.

4.0 ISU-ISU MEMBABITKAN TAPAK WARISAN DUNIA DI PERU

4.1 Isu Pelancongan

4.1.1 Historic Sanctuary of Machu Picchu

Machu Picchu telah diuruskan oleh Unit Pengurusan Machu Picchu (UGM)yang telah ditubuhkan pada tahun 1999 untuk merangka strategipemuliharan dan pengurusan tapak seperti yang terkandung dalam PelanInduk yang dikemaskini oleh Kerajaan Peru. UGM ini telah diaktifkansemula pada tahun 2011 yang terdiri daripada wakil-wakil KementerianKebudayaan, Alam Seitar dan Perdagangan Luar Negeri dan Pelancongan,Ketua Daerah Cuzco, Presiden Jawatankuasa Eksekutif serta pemimpintempatan dari Machu Picchu. Pengurusan ini berperanan untukmengekalkan identiti Machu Picchu sebagai warisan yang sangat berhargaterhadap negara Peru selain merupakan destinasi pelancongan domestikdan antarabangsa utama di negara ini. Walau bagaimanapun, unitpengurusan ini megalami cabaran besar dalam memastikan pengekalanMachu Picchu sebagai identiti warisan Peru. Hal ini demikian kerana,pelancongan yang menjadi fungsi utama tapak tersebut memberikan impak

berbeza antara manfaat ekonomi dan mengakibatkan kesan budaya danekologi.

Pelancongan ini sendiri menjadi ancaman besar terhadap kelenyapanMachu Picchu sebagai Tapak Warisan Dunia malahan telah disenaraikansebagai ‘darurat’ dalam daftar perlindungan ‘The World Heritage in Danger’oleh UNESCO. Hal ini demikian kerana, jumlah pelancong yang berkunjungke kawasan ini telah mencapai lebih dari 500 000 orang setiap tahun.Jumlah ini telah bertambah sebanyak sejuta orang pada tahun 2011. Bagimenampung jumlah pelancong yang semakin ramai, projek pembangunanhotel-hotel serta kemudahan lain untuk pelancong telah dibina secarabesar-besaran. Perkara ini telah merapuhkan topografi tapak sehinggamenyebabkan tepian sungai yang berdekatan menghakis daratan dan badangunung mengalami kelongsoran selain mengalami kebakaran hutan akibatperbuatan manusia. Ancaman-ancaman seperti ini terus meletakkan TapakMachu Pichhu dalam kondisi bahaya. Namun demikian, walaupun kemasukanbanyak pelancong memberi ancaman kemusanahan kepada Machu Picchutetapi ironisnya pelancong-pelancong tersebut merupakan sumberpendapatan terbesar kepada Peru. Situasi ini dapat dilihat ketikainvasi hujan lebat berlaku dan menyebaban tanah runtuh serta banjir,pihak pengurusan terpaksa menutup tapak selama dua bulan. Akibatnya,pendapatan ekonomi Peru mengalami kerugian sebesar $AS 200 juta. Halini secara tidak lansung menghadirkan dilema yang berbeza terhadapnegara Peru sama ada terus membuka Machu Picchu sebagai destinasipelancong ataupun menutup sebagai langkah penjagaan dan pemuliharaantapak tersebut daripada musnah.

4.1.2 Garis-garis Nazca (Lines of Nazca)

Garis-garis Nazca melalui tiga fasa pembangunan yang berbeza denganbermula dari zaman kebudayaan Chavin, Paracas dan seterusnyakebudayaan Nazca sendiri. Garis-garis tersebut dilakukan denganmencampurkan pasir hitam dengan tar untu menghasilkan permukaan tanahyang bersifat kekal. Banyak andaian yang mengklafikasikan penggunaangaris-garis ini sebenarnya adalah untuk fungsi astronomi. Namundemikian, perkara penting sekali adalah tapak ini sendiri tidak akankekal selamanya. Hal ini demikian kerana, tapak ini sendiri telahdisenaraikan oleh World Monuments Fund’s (WMF) sebagai sebuah TapakWarisan Dunia yang sedang berisiko diancam kemusnahan. Tapak ini telahberdepan dengan beberapa cabaran untuk kekal sebagai Tapak WarisanDunia kerana menghadapi masalah seperti kecurian, ketidakkawalankeselamatan penerbangan persendirian, aktiviti perlombongan berdekatan

kawasan, timbunan bahan buangan serta berhadapan dengan perubahaniklim dunia.13

Tetapi perkara yang paling mengancam kelenyapan tapak ini sendiriadalah isu pelancongan. Perkara ini dapat dilihat apabila bilanganpelancong semakin ramai, penyediaan pentas tinjauan telah dibinasehingga ada antaranya telah merosakkan struktur tapak. Pentastinjauan ini penting kerana Garis-garis Nazca hanya boleh dilihatmenerusi tempat yang tinggi. Penyediaan pentas-pentas tinjauan ditempat yang tidak sepatutnya telah mengubah struktur tapak itusendiri. Bukti kegiatan sektor pelancongan di tapak tersebutmenyumbang kepada kelenyapan Garis-garis Nazca iaitu selepasberlakunya banjir dan tanah runtuh di kawasan tersebut pada tahun2007, satu kumpulan penyelidik telah datang untuk melihat kaeadaantapak. Hasilnya seperti yang dikatakan oleh Mario Olaechea Aquijeiaitu seorang ahli arkeologi dari Institut Kebudayaan Negara Perutelah menyebut bahawa tanah runtuh dan hujan tidak mendatangkankerosakan pada tapak Garis-garis Nazca tetapi pembinaan lebuh rayaberdekatan yang bertujuan untuk memudahkan pelancong dan orang ramaidatang melihat kawasan tersebut telah menyebabkan beberapa ancamankerosakan. Perkara ini akhirnya menggesa Menteri Kebudayaan Peru untukmembangunkan satu pelan tindakan untuk memelihara tapak daripadaancaman kelenyapan sebagai Tapak Warisan Dunia di Peru.

4.2 Isu Ancaman Semulajadi (Alam)

4.2.1 Tapak Arkeologi Chavin

Tapak Arkeologi Chavin telah dilindungi oleh Perlembagaan Negara Peruyang termaktub dalam Perkara 6, Undang-undang N o 6634 sejak dari 13Jun 1929 yang secara jelas telah menetapkan hak pemilikan mutlaknegara yang tidak boleh dinafikan berkaitan dengan semua monumen yangada dalam negara selain menyatakan bahwa Tapak Arkeologi Chavinsebagai Tugu Negara. Tapak ini juga dilindungi oleh undang-undang N º28296 berkaitan undang-undang umum untk Warisan Kebudayaan Kebangsaanyang menyatakan bahawa warisan budaya bangsa tersebut tidak bolehdiasingkan dan dinafikan. Selain itu, terdapat juga undang-undang N o

13 Navrud, S., 2005, Valuing cultural heritage: lessons learned. In StructuralStudies, Repairs and Maintenance of Heritage Architecture IX, C.A. Brebbia and A.Torpiano eds., pp. 95–100. Wit Press, Southampton

13442 yang menentukan kedudukan Tapak Arkeologi Chavin dalam penjagaanPusat Pelancongan Arkeologi di zon wilayah Huari.14

Pelan pemuliharaan ini penting berikutan keutuhan dan pengukuhanlandskap yang tidak mengalami perubahan besar dilestarikan denganpenerusan aktiviti pertanian tradisional di sekitar kawasan tapak.Tapak Arkeologi Chavin sebenarnya mengalami ancaman semula jadi yangsangat relevan dalam memberi kesan terhadap pemeliharaan keaslianTapak Arkeologi Chavin seperti tanah runtuh yang menimpa ruangangaleri, saluran air serta ruangan dalaman. Namun perkara yang banyakmenjejaskan Tapak Arkeologi Chavin adalah banjir yang disebabkan olehtanah runtuh demikian serta banjir yang tidak dijangka berlakumenerusi tasik glasier berdekatan seperti yang berlaku pada tahun1945. Banjir ini banyak menjejaskan struktur asal Tapak ArkeologiChavin yang 100% diperbuat daripada tanah. Malahan tapak ini jugadiancam oleh gempa bumi bermagnitud tinggi seperti yang berlaku padatahun 1970.

4.2.2 Tapak Arkeologi Chan-chan

Kementerian Kebudayaan di Peru melalui pejabat desentralisasi yangberpusat di La Libertad merupakan agensi utama yang memelihara danmempertahankan Tapak Arkeologi Chan-chan. Badan tersebut telahberkerjasama dengan pihak berkuasa di peringkat kebangsaan, serantaudan perbandaran untuk melaksanakan tindakan khususnya mengenaipekerjaan yang menyalahi undang-undang penjagaan tapak tersebut.Warisan ini dilindungi oleh undang-undang dan keputusan negara Peru.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu-isu lama seperti pemilikantanah, penempatan semula pendatang tanpa izin, penghentian amalanpertanian yang menyalahi undang-undang dan penguatkuasaan langkah-langkah kawal selia masih belum diselesaikan secara efektif bagimemastikan pemuliharaan jangka panjang dan perlindungan penuh warisantersebut. Malahan langkah-langkah untuk pembinaan zon penampan masihdalam proses untuk dibangunkan melalui kerjasama Majlis PerbandaranTempatan.

Tapak Arkeologi Chan-chan pada mulanya telah diletakkan dalamsenarai Tapak Warisan Dunia yang dalam bahaya pada tahun 1986berikutan keadaan struktur seni bina yang terjejas disebabkan olehfenomena El Nino yang melampau. Fenomena ini juga secara tidak lansung

14 Instituto Nacional de Cultura, 1999, Chan Chan: Plan Maestro Para la Conservación yManejo del Complejo Arqueológico. Resumen Ejecutivo. Trujillo, Perú.

menghadirkan banjir yang mengancam kerosakan struktur tapak. Keadaanini akhirnya telah menyebabkan tapak arkeologi tersebut yang 100%mengaplikasikan binaan menggunakan tanah mudah terdedah kepadakerosakan dan kemerosotan sehingga menggesa pemeliharaan menggunakanbahan-bahan tanah bagi mengurangkan tahap kesan fizikal ke atas tapaktersebut. Selain itu, tapak ini juga diancam dengan perampasan badan-badan tertentu yang telah mengemukakan cadangan pembinaan sebuah jalanmelintasi tapak tersebut. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkahtelah diambil bagi menggugurkan Tapak Arkeologi Chan-chan daripadaSenarai Tapak Warisan Dunia dalam bahaya termasuklah pelaksanaanlangkah-langkah pembaikan dan pembangunan rancangan pengurusan yangdilaksanakan sejak tahun 1999 yang dilaksanakan bagi mengatasi ancamanyang diperolehi oleh peningkatan paras air.

4.2.3 Kota Cuzco (City of Cuzco)

Kota Cuzco diklafikasikan sebagai warisan budaya bangsa sebagaikawasan warisan mengikut Resolusi No 2900 pada tahun 1972 yangmenetapkan skop perlindungannya. Menurut peraturan yang sama, semuajalan-jalan dalam kawasan kota tersebut dikelaskan sebagai MonumenAlam Sekitar dan Bandar selain 103 bangunan bersejarah yang jugaterdapat dalam kawasan tersebut dikelaskan sebagai monumen. Warisanini juga telah dilindungi oleh Perlembagaan Negara dan undang-undang No

28296, undang-undang umum untuk Warisan Budaya Negara. KementerianKebudayaan Peru dan Majlis Perbandaran Daerah Cuzco antara yangbertanggunjawab untuk pemuliharaan dan pengurusan kawasan tersebudengan melakukan penilaian bandar, pendaftaran, perlindungan,pengawasan serta pengendalian kerja-kerja yang berterusan.

Salah satu faktor utama yang mengancam pengekalan keaslian KotaCuzco ini adalah gempa bumi. Hal ini dapat dibuktikan menerusikejadian gempa bumi pada tahun 1950 yang banyak merosakkan strukturasal bangunan tersebut. Malahan ketiadaan dana untuk pembaikan semulabangunan yang rosak juga menjadi satu isu selain kekurangan dokumenteknikal dan peraturan mengenai pengurusan bandar. Perkara ini sekaligus telah menyebabkan banyak bangunan kekurangan penyelenggaraandisebabkan oleh kekurangan seumber kewangan. Namun selepas tahun 1950,langkah-langkah pemulihan monumen arkeologi dimulakan di Kota Cuzcoyang diteruskan sepanjang tahun 1973. Projek pemulihan ini merangkumilatihan teknikl pakar untuk meningkatkan tahap teknikal dan alat untukpemeliharaan. Di samping itu, terdapat juga Pelan Pengurusan untuk

Kota Cuzco yang menjadi asas perlindungan telah dibangunkan pada tahun2005. 15

4.2.4 Pusat Sejarah Lima (Historic Centre of Lima)

Pusat Sejarah Lima telah dilindungi oleh peraturan-peraturan undang-undang Peru yang terdiri daripada Perlembagaan Politik Negeri, Undang-undang Umum Warisan Kebudayaan Kebangsaan malahan Resolusi 1972 jugatelah mengisytiharkan Pusat Sejarah Lima sebagai zon monumental dengannilai warisan seperti Monumen Negara. Pusat Sejarah Lima telahberdepan dengan isu kerosakkan teruk yang disebabkan oleh gempa bumiseperti yang berlaku pada tahun 1940, 1966, 1970 dan 1974. Bukan itusahaja, kawasan ini juga mengalami isu kerosakan yang berlaku secarasemula jadi sehinggalah menjejaskan keaslian struktur bangunan.Malahan terdapat juga faktor-faktor tambahan yang bertindak mengancamkelestarian Pusat Sejarah Lima sebagai Tapak Warisan Dunia iaitueksploitasi komersial yang bertujuan untuk membina ‘pusat-pusatkomersial popular’ dalam kawasan tersebut selain pencemaran yagdisebabkan oleh penjanaan pengangkutan awam dan swasta. Di sampingitu, peningkatan penduduk yang berlaku ekoran daripada penghijrahanmasyarakat dari kawasan-kawasan sekitar menyebabkan kepadatan penduduksehingga banyak mengubah struktur asal bangunan. Langkah pemuliharaanyang tidak efisyen dan sering menimbulkan kecuaian juga menyebabkanbangunan-bangunan yang terdapat dalam Pusat Sejarah Lima semakinluntur keasliannya sebagai antara warisan dunia yang wajar dipeliharadi Peru.

RUMUSAN

Sememangnya negara Peru merupakan antara negara yang menyimpankhazanah warisan yang begitu unik dengan unsur-unsur kebudayaanmasyarakat awal misalnya yang terlebih dahulu membina peradaban dinegara tersebut. Apa yang penting sekali, Peru merupakan sebuahkawasan tinggalan Empayar Inca yang dikatakan merupakan antara suatubangsa yang bijak pandai dan memiliki kemahiran tertentu seperti dalamkajian astronomi serta seni bina yang unik. Empayar Inca inilahlambang atau simbolik kemegahan kepada negara Peru sendiri sehinggalangkah-langkah pemuliharaan tapak-tapak yang masih mengekalkan

15 Silverman, Helaine, 2006b, Cultural resource management and heritage management in Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship (3): 56-57

identiti kebudayaan Inca terus dijalankan. Proses penglestarian tapakini tentunya bertitik-tolak melalui perangkaan yang dijalankan olehKementerian Kebudayaan Peru sendiri. Masyarakat awal seperti yangterdapat di Chavin dan Chan-chan merupakan antara contoh masyarakatyang memiliki ciri kebudayaan yang unik spesifknya dalam konteks senibina bangunan. Malahan selepas kedatangan Sepanyol yang dipimpin olehFrancisso Pizarro pada abad ke-16, tapak-tapak ini kekal terpeliharakerana keunikannya.

Secara keseluruhannya, Peru mempunyai sebelas kawasan yangtelahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh pihak UNESCO.Namun apa yang menarik mengenai Tapak Warisan Dunia di Peru ialah,ianya juga mempunyai warisan gabungan antara alam dan kebudayaanseperti Machu Picchu yang sehingga hari ini disebut-sebut sebagaiantara monumen atau tingalan kebudayaan yang menakjubkan oleh kaumInca. Namun demikian, tapak-tapak warisan ini tidak sunyi daripadabeberapa isu yang boleh melucutkan gelaran Tapak Warisan Dunia padatapak tersebut berikutan beberapa faktor ancaman seperti isupelancongan dan ancaman alam. Isu pelancongan yang disebutkan sebagaimengancam keaslian tapak adalah apabila jumlah kedatangan pelancongtersebut melebihi kapasiti tapak yang tentunya tidak mampu menampungsecara keseluruhan jumlah tersebut seperti yang berlaku kepada MachuPicchu sendiri. Permasalahan pula timbul apabila kedatangan pelanconginilah antara aset berharga kepada negara Peru sendiri dalam konteksekonomi. Ancaman semulajadi ke atas tapak seperti banjir dan gempabumi pula adalah permasalahan lumrah yang tidak dapat dielakkan.Situasi ini kian meruncing bila ada antara tapak-tapak warisan initelah disenaraikan dalam ‘Senarai Tapak Warisan dalam Bahaya’ yangtentunya bakal melucutkan gelaran yang disandang oleh tapak-tapaktersebut.

BIBLIOGRAFI

Atwood, Roger, 2003, Guardians of the Dead. Archaeology 56 (1): 42–49

Contraloría General de la República, 2005, Machupicchu, Auditorias de

Gestión Ambiental y de Patrimonio Cultural. Lima.

(http://www.contraloria.gob.pe). Diakses pada 18 November 2014

Instituto Nacional de Cultura, 1999, Chan Chan: Plan Maestro Para la

Conservación y Manejo del Complejo Arqueológico. Resumen Ejecutivo. Trujillo,

Perú.

Navrud, S., 2005, Valuing cultural heritage: lessons learned. In

Structural Studies, Repairs and Maintenance of Heritage Architecture IX, C.A.

Brebbia and A. Torpiano eds., pp. 95–100. Wit Press. Southampton.

Peru World Heritage Centre, Dalam (www.unesco.com). Diakses pada 10 November

2014

Silverman, Helaine, 2006. The Historical of Cusco as an Open-Air site

Musuem, In Archaelogical Site Museums In Latin America, ei=dited by

Helaine Silverman: Gainsville:University Press of Florida.

Silverman Helaine, 2006, Cultural Resource management and Heritage

Management in Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship (3): 57

World Heritage Centre, 2006. Documents, Chan-chan Archaelogical Zone.

Dalam (http://unesco.org). Diakses pada 23 Oktober 2014

World Heritage Centre, 2006b, Documents, Historic Sanctuary of Machu

Picchu dalam (http://whc.unesco.org). Diakses pada 18 November 2014

LAMPIRAN

TAPAK ARKEOLOGI CHAN-CHAN

TAPAK ARKEOLOGI CHAVIN

LINES OF NAZCA

HISTORIC SANCTUARY OF MACHU PICCHU