SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN ...

229
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009 Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama Penyelia Nombor Panggilan Abstrak 1 Khutbah Jumaat Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Kajian Perspektif Pembangunan Berteraskan Islam Ahmad Anuar Rosli 2009 Disertasi Sarjana Dr. Fadzila Azni Ahmad BP160.M232.AN636 2009 Disertasi ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis kecenderungan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari perspektif pembangunan berteraskan Islam. Secara lebih khusus, kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama, menganalisis khutbah-khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi tahun 2007. Kedua, menganalisis khutbah-khutbah Jumaat tersebut dari perspektif pembangunan berteraskan Islam. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, kajian berbentuk teoretikal telah dijalankan. la melibatkan kajian kepustakaan ke atas sumber-sumber yang berkaitan dan analisis tekstual ke atas teks khutbah yang diterbitkan oleh JAKIM bagi tahun 2007. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya beberapa bentuk kecenderungan dalam khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM. Menerusi analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa khutbah Jumaat keluaran JAKIM lebih cenderung ke arah skop syariah dan akhlak berbanding dengan skop akidah. Sementara iru, analisis juga memperlihat kecenderungan khutbah ke arah elemen praktis berbanding dengan elemen teoretis manakala pembangunan rohani lebih menjadi tumpuan berbanding dengan pembangunan fizikal dan mental. Implikasinya, khutbah Jumaat yang disampaikan kepada jemaah Jumaat saban minggu dirumuskan masih belum cukup menyeluruh dan seimbang dari perspektif pembangunan berteraskan Islam.

Transcript of SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN ...

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Khutbah Jumaat Oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM): Kajian Perspektif

Pembangunan Berteraskan

Islam

Ahmad Anuar Rosli 2009 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Ahmad

BP160.M232.AN636 2009

Disertasi ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis kecenderungan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari perspektif pembangunan berteraskan Islam. Secara lebih khusus, kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama, menganalisis khutbah-khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi tahun 2007. Kedua, menganalisis khutbah-khutbah Jumaat tersebut dari perspektif pembangunan berteraskan Islam. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, kajian berbentuk teoretikal telah dijalankan. la melibatkan kajian kepustakaan ke atas sumber-sumber yang berkaitan dan analisis tekstual ke atas teks khutbah yang diterbitkan oleh JAKIM bagi tahun 2007. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya beberapa bentuk kecenderungan dalam khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM. Menerusi analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa khutbah Jumaat keluaran JAKIM lebih cenderung ke arah skop syariah dan akhlak berbanding dengan skop akidah. Sementara iru, analisis juga memperlihat kecenderungan khutbah ke arah elemen praktis berbanding dengan elemen teoretis manakala pembangunan rohani lebih menjadi tumpuan berbanding dengan pembangunan fizikal dan mental. Implikasinya, khutbah Jumaat yang disampaikan kepada jemaah Jumaat saban minggu dirumuskan masih belum cukup menyeluruh dan seimbang dari perspektif pembangunan berteraskan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2

Faktor-Faktor Yang

Menentukan Sambutan Pengguna

Terhadap Skim Pajak Gadai Islam Dan

Konvensional Daalam

Kalangan Orang Islam Seberang

Perai

Emy Norliyana

Taha Husni 2009 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

BP160.M233.EM55 2009

Kajian ini membincangkan tentang muamalah gadaian Islam yang merupakan satu kontrak kebajikan. Ia bertujuan membantu golongan miskin dan yang terdesak untuk mendapat wang segera. Kajian ini memberi fokus kepada faktor-faktor yang menentukan sambutan pengguna Islam terhadap skim Ar-Rahnu dan Konvensional di kawasan Seberang Perai. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelanggan berurusan dengan skim Ar-Rahnu dan konvensional. Ia juga bertujuan untuk menganalisis keberkesanan promosi oleh pihak Ar-Rahnu dalam mempromosikan Ar-Rahnu. Secara umumnya pula, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pelanggan dalam membuat pemilihan sistem gadaian dalam kalangan pengguna Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang. Di antara kedua-dua pusat Ar-Rahnu dan Konvensional mempunyai perbezaan dari segi jumlah organisasi, sistem pengurusan dan strategi promosi yang dapat mempengaruhi sambutan pengguna. Hal ini dapat dibuktikan hasil dari pengutipan data yang dilakukan. Kajian ini mendapati masih terdapat kelemahan dari sudut teknikal yang perlu diberi perhatian.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Pekerja Wanita Di Lembaga Hasil Dalam

Negeri (LHDN) Cawangan Pulau

Pinang: Satu Perspektif

Berteraskan Islam

Hasliza Saad 2009 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya Dr.

Fatan Hamamah

Yahaya

HQ1101.M234.H352 2009

Disertasi ini merupakan satu kajian awal berbentuk penerokaan yang meneliti aspek akhlak pekerja wanita di Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Pulau Pinang. Kajian yang dilakukan ditinjau dari perspektif yang berteraskan Islam. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti ciri-ciri akhlak Islam yang dipraktikkan oleh pekerja wanita di organisasi tersebut. Kerja lapangan yang dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik untuk mengumpul data emperikal. Persampelan jenis purposive convenience sample telah digunakan iaitu seramai 26 responden telah dipilih untuk tujuan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa akhlak Islam yang bercirikan amanah, jujur, dan hubungan baik di antara ketua dan pekerja yang membawa kepada keadilan telah dikenal pasti wujud di kalangan pekerja wanita di LHDN. Akhlak tersebut merupakan asas penting dalam sesebuah organisasi untuk melahirkan pekerja yang bertanggungjawab dan berdisiplin semasa bekerja. Ekoran daripada itu kajian ini turut mendapati wujudnya satu model pekerja Muslimah yang sememangnya dipraktikkan oleh pekerja wanita di LHDN.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4 Polemik Islam Hadhari: Satu

Analisis Ismail Shafiee 2009 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohamad Zaini Abu

Bakar

BP42.M235.IS83 2009

Islam Hadhari diperkenalkan Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia kelima pada 2004 bertujuan membangun peradaban ummah supaya dinamik, progresif dan berlandaskan Islam. Beberapa agensi kerajaan membantu mempromosi Islam Hadhari tetapi usaha mereka ditentang oleh pemimpin dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Kajian ini bertujuan melihat dan menilai istilah prinsip dan konsep Islam Hadhari yang menjadi polemik kepada pemimpin politik pembangkang PAS dan sesetengah ahli akademik. Penyelidikan kajian ini melalui data sekunder buku, artikel, jurnal dan laman web Islam Hadhari. Hasil kajian ini disasar supaya dapat mengupas polemik Islam Hadhari melalui satu analisis

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Pengurusan Dakwah Di

Jabatan Agama Islam Pulau

Pinang

Maizatul Mazwa Mazlan

2009 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Nizam Sahad

BP160.M236.M232 2009

Disertasi ini bertujuan mengenal pasti pengurusan dakwah yang dilakukan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama ialah untuk mengenal pasti latar belakang pengurusan dakwah di JAIPP. Keduanya adalah menganalisis empat aspek pengurusan dalam menguruskan dakwah yang meliputi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan oleh JAIPP Bagi mencapai kedua-dua objektif tersebut, kajian kepustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Kajian kepustakaan dijalankan bagi memperoleh data sekunder berhubung aspek pengurusan dengan melakukan penelitian terhadap karya-karya terdahulu. Kajian lapangan pula dijalankan bagi memperoleh data primer berhubung pengurusan dakwah yang dilakukan di JAIPP. Fasa ini melibatkan temu bual mendalam dengan pegawai-pegawai yang bertugas di Bahagian Dakwah, JAIPP. Data sekunder dan primer yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif dan deduktif berdasarkan keperluan kajian. Kajian ini menghasilkan garis panduan dalam pengurusan dakwah dengan mengaplikasikan aspek pengurusan yang merangkumi aspek perancangan, aspek pengorganisasian, aspek kepimpinan dan aspek pengawalan. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati pengurusan dakwah di JAIPP merangkumi keempat-empat aspek pengurusan. Namun begitu, aspek pengawalan didapati lemah. Oleh itu, penambahbaikan ke atas aspek pengawalan harus dilakukan agar pengurusan dakwah yang lebih sistematik dan berkesan dapat dilakukan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6

Pelaksanaan Ibadah Haji

Melalui Pinjaman Tanpa Faedah (Qardul Hasan) Satu Analisis

Polemic

Mohamad Amin

Mohamed Sharifulizam

2009 Disertasi Sarjana

Dr. Atikullah

BP176.M237.AM517 2009

Haji merupakan suatu ibadah fardhu dalam Islam bagi setiap muslim yang berkemampuan. Namun, timbul satu isu terhadap aspek berkemampuan tersebut iaitu berhutang secara Islam untuk menunaikan haji. Justeru, bertitik-tolak daripada isu ini telah mewujudkan polemik di kalangan ulama mengenai perlaksanaan ibadah haji dengan kaedah pinjaman (hutang), yang dibayar kemudian secara ansuran tanpa faedah (Pinjaman Qardhul-Hasan). Bagaimanapun, aspek "kemampuan" itu boleh berubah berdasarkan keadaan dan masa yang berbeza. Dalam konteks semasa, timbul persoalan mengenai individu yang tidak mempunyai wang tunai untuk membiayai perbelanjaan haji, tetapi mampu membayar secara ansuran kepada pihak yang memberikan pinjaman secara Islam tersebut. Para ulama kontemporari telah berselisih pendapat mengenai hal ini. Dengan itu, kajian dijalankan untuk menganalisis polemik di kalangan para ulama kontemporari tersebut. Bagi mencapai matlamat ini, kajian secara kritikal telah dijalankan melalui sumber primer dan sekunder iaitu kaedah wawancara serta kajian kepustakaan. Pandangan-pandangan tersebut dianalisis secara kualitatif berdasarkan skema fiqh dan tasawwur Islam Kajian ini telah meneliti tiga kerangka utama yang dibincangkan iaitu melalui aspek pelaksanaan ibadah haji itu sendiri, pinjaman yang ditawarkan tanpa faedah (Qardhul Hasan) dan analisis polemik tersebut. Akhir sekali, hasil dapatan kajian mendapati bahawa polemik ulama kontemporari mengenai isu ini terbahagi kepada dua pandangan iaitu menjadi kewajipan melaksanakan haji walaupun melalui pinjaman secara Islam dan skim pinjaman untuk perbelanjaan haji bukan keutamaan bagi mencapai tahap kemampuan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Ketidakpatuhan Pembayaran Zakat Fitrah

Kepada Institusi Basmi Zakat Di

Daerah Kota Setar: Analisis

Pentadbir Jabatan Zakat Negeri Kedah

Mohd Zulhafiz

Said 2009 Disertasi

Sarjana

Dr.Nailul Murad

Mohd Nor

BP176.M238. Z94 2009

Disertasi ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor kepatuhan dan ketidakpatuhan pembayaran zakat fitrah kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) di daerah Kota Setar. Berdasarkan statistik dari pihak JZNK tahun 2008, hanya 45.8% penduduk di daerah Kota Setar yang membayar zakat fitrah kepada pihak JZNK. Ini bererti sebahagian besar lagi masyarakat di daerah tersebut membayar zakat fitrah mereka kepada pihak lain selain JZNK. Seramai lima orang responden dipilih untuk kajian ini. Ia merangkumi lima orang dari pihak JZNK, dua orang responden dari pihak institusi masjid dan dua orang responden lagi dari kalangan orang awam. Kriteria pemilihan responden adalah berdasarkan kepada pengalaman, pihak berautoriti dan juga bidang tugas. Pemilihan sampel adalah melalui teknik persampelan bertujuan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor kepatuhan pembayaran zakat fitrah di daerah Kota Setar kepada JZNK adalah kerana kepercayaan terhadap pihak JZNK, kemudahan dan prasarana yang disediakan kepada pembayar, kesedaran yang wujud dalam diri pembayar dan juga faktor publisiti dari JZNK adalah merupakan faktor utama yang menyebabkan kepatuhan membayar zakat fitrah kepada JZNK. Manakala, faktor-faktor ketidakpatuhan pembayaran zakat fitrah di daerah Kota Setar kepada pihak JZNK adalah kerana amalan tradisi membayar persendirian, membayar menggunakan beras, secara kurangnya kepercayaan kepada amil yang dilantik, wujudnya perasaan tidak puas hati dengan amalan kronisme, tentangan dari pihak masjid, faktor politik dan semangat kepartian yang menebal di kalangan pembayar zakat fitrah di daerah Kota Setar.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8

Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Pemilihan Insurans

Kesihatan Pelajar Iajazah

Tinggi: Perbandingan Antara Takaful Dan Insurans

Konvensional Di University Sains

Malaysia

Norafizah Mohd

Makhtar 2009 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya Dr. Zakaria bin

Bahari

HG1662.M239.N822 2009

Industri insurans dan takaful di Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif. Dalam tiga tahun kebelakangan ini industri insurans mencatatkan pertumbuhan pendapatan 5% manakala takaful 42%. Namun jurang perbezaan pengendali insurans dan takaful masih jauh iaitu 40 syarikat insurans yang tersenarai dalam web Bank Negara Malaysia manakala takaful hanya 8 syarikat. Jurang perbezaan ini menunjukkan masih kurangnya sambutan umat Islam terhadap industri takaful. Tahap kesedaran terhadap kepentingan takaful dalam kehidupan umat Islam masih rendah walaupun takaful menawarkan perkhidmatan berlandaskan syarak. Begitu juga dengan tahap penerimaan pelajar ijazah tinggi USM terhadap takaful. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan insurans dan takaful? Adakah faktor kefahaman dan kewangan yang menjadi ukuran terhadap faktor yang mempengaruhi pemilihan insurans dan takaful? Oleh itu, objektif kajian yang pertama akan menganalisis konsep dan operasional insurans dan takaful secara teoretikal bagi merumuskan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi pemilihan pelajar. Objektif kedua kajian adalah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar terhadap insurans dan takaful kesihatan. Dalam kajian ini, melibatkan edaran soal selidik kepada 100 sampel dalam kalangan pelajar ijazah tinggi USM. Analisis kajian dibuat dalam bentuk deskriptif secara analisis kajian perbandingan dalam bentuk peratusan jadual dan carta bar bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati faktor kewangan merupakan faktor pendorong utama bagi pembelian premium insurans (SAXA). Manakala berbeza dengan responden takaful (STBM) faktor kefahaman dari aspek Islam, produk dan ciri-ciri produk merupakan faktor penting dalam mempengaruhi penyertaannya. Faktor pengesyoran, reputasi dan pasaran (pengiklanan) hanyalah sebagai faktor sampingan, kerana pelajar hanya mempunyai dua pilihan dan salah satunya wajib dimiliki.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Prinsip-Prnsip Pembangunan

Berteraskan Islam Dalam

Mukadimah Ibn Khaldun

Radieah Mohd Nor 2009 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

HD72.M240.R129 2009

Ibn Khaldun merupakan cendekiawan ulung yang mendapat jolokan sebagai Bapa Sosiologi. Kitab Mukadimah Ibn Khaldun karangannya telah menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti ekonomi, pemerintahan, pendidikan dan percukaian untuk mengembangkan disiplin ilmu yang berkaitan. Namun begitu, dalam disiplin ilmu Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) kitab tersebut masih belum menjadi rujukan seperti yang telah dilakukan oleh disiplin ilmu yang lain. Disiplin ilmu PBI merupakan disiplin ilmu yang masih baharu. Ia perlu dikemaskan lagi supaya lebih bersifat komprehensif. Oleh itu, disertasi ini bertujuan untuk memperkemaskan terasnya iaitu teori atau prinsip disiplin ilmu PBI yang terkandung di dalam karya Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, karangan Muhammad Syukri Salleh dengan menggunakan kitab Mukadimah Ibn Khaldun. Perbincangan dan penganalisisan disertasi ini menggunakan kaedah analisis tekstual. Melalui kajian yang telah dijalankan ini, terdapat lima daripada tujuh prinsip PBI yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh telah dapat diperkemaskan dengan menggunakan kitab Mukadimah Ibn Khaldun.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10

Wasiat: Implikasi Pelaksanaannya

Terhadap Penyelesaian Harta Pusaka

Salmiah Mohamad 2009 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

BP160.M241.SA171 2009

Kajian ini bertujuan mendedahkan kelalaian ramai masyarakat Islam yang tidak menulis wasiat dengan sempurna hingga menyebabkan implikasi terhadap hukum faraid. Cetek pengetahuan tentang wasiat dan menulis wasiat tanpa berpandukan hukum faraid menyebabkan waris si mati tidak berpuas hati agihan harta peninggalannya hingga berlaku pergaduhan sesama ahli waris. Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis dijadikan sumber rujukan utama diikuti penyelidikan kajian lepas. Adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini iaitu siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak ditentukan oleh Allah dapat memberi kesedaran kepada mereka yang belum menulis wasiat supaya berhati-hati berbuat demikian berpandukan lunas-lunas yang ditetapkan Islam untuk mengelak pewaris-pewaris tidak berpuas hati.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Konsep Harta Sepencarian Dan Kaedah

Pengurusannya Di As-Salihin

Trustee Berhad

Salwa Zakaria 2009 Disertasi

Sarjana

Dr. Hasanah

Abd Khafidz

HD28.M242.SA186 2009

Isu berkaitan tuntutan harta sepencarian bukan lagi menjadi isu yang baru di Malaysia. Harta sepencarian telah diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam dan ia menjadi tuntutan yang begitu menarik dalam kalangan masyarakat Malaysia berbanding tuntutan-tuntutan lain yang terdapat di dalam Undang-Undang Keluarga Islam kerana ia bersifat material dan aset yang bernilai. Jadi, tidak hairanlah jika terdapat pelbagai kes melibatkan harta sepencarian dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep harta sepencarian serta kaedah pengurusan harta sepencarian yang dilakukan di as- Salihin Trustee Berhad. Kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan untuk mengumpulkan data dan meneliti karya-karya berkaitan harta sepencarian yang telah dikaji. Selain itu, kaedah temubual turut digunakan untuk mendapat maklumat secara lebih mendalam berkaitan kaedah pengurusan harta sepencarian yang dilakukan di institusi yang dipilih. Bagi menganalisis data, penyelidik akan menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Hasil kajian ini mendapati bahawa harta sepencarian adalah berlandaskan syarak.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Management Of Quality

Development In The Islamic

Religious Council Of

Singapore(MUIS)

Shereeza Mohamed Saniff 2009 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila Azni

Ahmad

HD28.M243. SH551 2009

This study intends to ascertain the current guidelines on quality human development in MUIS. From the identification, an evaluation on the management of quality human development from the Islamic-based actor of development perspective can then be carried out. This provides a basis for a theoretical analysis on the management of quality human development in an Islamic-based development institution. A combination of field research and library research were used as a means to obtain the required information for this dissertation. The semi-structured in- depth interview is used to obtain information on the current guidelines quality on human development in MUIS.. Meanwhile library research is employed to obtain theoretical concepts on the management of quality human development. The data used as a basis for evaluating the management of attained from both methods quality human development based on the current guidelines identified from the Islamic-based actor of development perspective. Findings of this dissertation showed that although one of the elements mentioned in MUIS Vision specifically states of MUIS to be an organization that is spiritually strong, the current guidelines on quality human development are minimal and are broadly termed. As such the management of quality human development is not explicitly done. On the other hand it is mostly done on an informal basis or made on an ad hoc basis of an employee's conscious need for a quality human development individually. The findings suggest a need for MUIS to take a conscious, deliberate and concerted effort in the management of quality human development of MUIS' employees to ensure that MUIS Vision to be an Islamic-based development institution that is spiritually strong can be manifested.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

13

Persepsi Beberapa

Pemimpin Parti Islam

Semalaysia (PAS) Terpilih

Terhadap Islam Hadhari

Suraya Ab Jaafar 2009 Disertasi Sarjana

Dr. Zaini Abu

Bakar

JC11.M244. SU961 2009

Islam Hadhari merupakan satu pendekatan yang diperkenalkan dan diusahakan oleh kerajaan Malaysia. Pendekatan ini juga dipanggil sebagai pendekatan pembangunan dari atas ke bawah (top-down approach). Strategi pendekatan Islam Hadhari dilaksanakan adalah untuk memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, sains dan teknologi, pembangunan insan dan pembangunan fizikal. Namun begitu, dalam kerajaan ingin melaksanakan pendekatan pembangunan berteraskan Islam ini, terdapat halangan dan bantahan daripada pihak Parti pembangkang PAS yang tidak pernah menyokong kerajaan dalam melaksanakan Islam Hadhari. Hal ini menjadi persoalan kerana PAS merupakan sebuah parti yang menegak dan memperjuangkan Islam. Situasi ini juga menunjukkan bahawa terdapat kelemahan atau kekurangan dalam pendekatan Islam Hadhari dari perspektif pihak PAS. Oleh demikian, disertasi ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor penolakan PAS terhadap Islam Hadhari dan meneliti persepsi pemimpin PAS yang terpilih melalui temu ramah serta penulisan-penulisan formal daripada pihak PAS. Kemudian, akan menganalisis faktor-faktor dan persepsi tersebut melalui pendekatan analisis kandungan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor penolakan PAS terhadap Islam Hadhari ialah dari aspek penggunaan istilah, perlaksanaan, pengasingan dalam Islam, retorik politik dan kesan kepada masyarakat dan negara.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

14

Pengurusan Zakat Di Pulau

Pinang Dan Wilayah

Persekutuan Satu Kajian

Perbandingan

Wan Norhaniza

Wan Hasan 2009 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

BP176.M245.N839 2009

Kajian ini institusi pengurusan zakat di negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutu an. Perbandingan dibuat disebabkan pengurusan zakat di institusi zakat negeri tersebut berbeza. Perbandingan melibatkan dua aspek. Aspek pertama ialah struktur pengurus an zakat. Aspek kedua pula ialah pengurusan operasi kutipan dan agihan zakat. Kedua-dua aspek ini dibandingkan menerusi kaedah analisis kandungan. Data untuk analisis kandungan ini diperoleh melalui kajian perpustakaan yang terdiri daripada laporan di laman web rasmi institusi, laporan tahunan, dan penulisan yang berkaitan. Kajian lapangan turut dilakukan apabila data melalui kajian perpustakaan tidak lengkap. Temu bual dilakukan ke atas tiga responden yang terdiri daripada pihak pengurusan untuk setiap institusi zakat. Dapatan kajian mempamerkan bahawa peratusan agihan di PUZ lebih tinggi berbanding Baitulmal. Keadaan ini mungkin berlaku kerana perbezaan dalam struktur pengurusan atau perlaksanaan operasi. Namun begitu, didapati bahawa amaun zakat yang diagihkan oleh setiap kakitangan di Baitulmal adalah lebih tinggi berbanding PUZ. Dapatan ini memberi implikasi bahawa pengurusan institusi zakat yang dikorporatkan tidak semestinya lebih efisien dibandingkan institusi zakat yang tidak dikorporatkan. Dengan itu, pengkhususan kerja dan profesionalisme dalam bekerja turut menyumbang dalam memajukan dan memperbaiki mutu pengurusan zakat di sesebuah institusi pengurusan zakat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

15

Pemikiran Pembangunan Rohani Tuan

Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz

Nik Mat

Zaleha Embong 2009 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya

Dr. Noor Shakirah Mat Akhir

HD72.M168.Z22 2009

Disertasi ini bentujuan mengenal pasti idealisme pemikiran Tumn Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam aspek penbangunan sohani yang berteraskan Islam Kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, untuk mengemal pasti idealisme pemikiran Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam aspek pembangunan rohani. Keduanya, antulk menganalisúis idealisme Tumn Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dari perspelatif tasawur Islam Bagi mencapai kedua-dua objektif tersebut, kajian kepustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Kajian kepustakaan dijalankan bagi memperoleh data selcunder berhubung pembangunan nohani yang berteraskcan Islam menerusi penelitian terhadap karya-karya terdabulu. Kajian lapangan pula dijalankan bagi memperoleh data primer berbubung idealisme Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam aspek pembangunan rohani. Fasa ini melibatkan temu bual dengan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar negeri Kelantan. Data sekunder dan primer yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif, analisis kandungan dan analisis tekstual berdasarkan keperluan kajian. Di samping al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber rujukan utama. Kajian ini menghasilkan garis panduan dalam pembangunan rohani yang berteraskan Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya dapat dibuktikan bahawa pembangunan rohani yang dilaksanakan oleh Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berdasarkan epistemologi Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian memperlihatkan idealisme Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam aspek pembangunan rohani adalah selaras dan menepati tasawur Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Kaedah Pembangunan

Rohani Berteraskan Islam; Satu

Kajian Kes Di Sekolah –Sekolah

Menengah Agama Rakyat

Bantuan Kerajaan Daerah Seberang Perai

Utara

Imaaduddin Abdul Halim 2010 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya

Dr. Noor Shakirah Mat Akhir

HD4801.M213.IM31 2010

Disertasi ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pembangunan rohani di sekolah- sekolah menengah agama rakyat bantuan kerajaan Daerah Seberang Perai Utara. Secara asasnya, kajian ini telah menggariskan tiga objektif utama. Pertamanya ialah untuk mengenalpastì aspek-aspek pembangunan rohani menurut Islam. Seterusnya objektif yang kedua ialah untuk mengenalpasti kaedah pembangunan rohani di sekolah-sekolah menengah agama rakyat bantuan kerajaan Daerah Seberang Perai Utara. Objektif yang terakhir ialah untuk menganalisis kaedah pembangunan rohani di sekolah-sekolah menengah agama rakyat bantuan kerajaan Daerah Seberang Perai Utara berasaskan kepada aspek-aspek utama pembangunan rohani menurut Islam. Kajian perpustakaan dan kajian lapangan telah diaplikasikan dalam penyelidikan ini bagi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan. Kajian perpustakaan dijalankan untuk mendapatkan data-data sekunder berkaitan kaedah pembangunan rohani yang berteraskan Islam menerusi penelitian terhadap kajian-kajian dan karya- karya terdahulu. Kajian lapangan pula dilakukan bagi memperolehi data-data primer berkaitan kaedah pembangunan rohani di sekolah-sekolah yang dikaji. Kajian lapangan ini melibatkan temu bual tidak berstruktur dengan lima orang responden dari setiap sekolah yang terdiri daripada pihak pentadbir dan pengajar sekolah- sekolah terbabit. Data-data primer dan sekunder yang diperolehi kemudiannya akan dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif dan deduktif berdasarkan keperluan kajian yang dilakukan. Kajian ini telah menggariskan lima komponen pembangunan rohani yang dirumuskan berdasarkan kajian-kajian terdahulu dan sorotan-sorotan karya yang dikenalpasti. Melalui penelitian ke atas dapatan temu bual, kaedah pembangunan rohani di sekolah-sekolah ini dapat dikategorikan kepada tiga bahagian utama iaitu pengajaran dan pembelajaran (P&P), aktiviti harian dan majlis bertema. Secara keseluruhannya kaedah pembangunan rohani yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah agama rakyat bantuan kerajaan Daerah Seberang Perai Utara ini adalah selari dengan lima komponen pembangunan rohani menurut Islam yang telah dijadikan asas dalam menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian ini telah memberikan implikasi penting kerana ia telah memperkembangkan lagi aspek kaedah pembangunan rohani berteraskan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2 Pengurusan Air Secara Islam

Abdullah Fahimy Abu

Bakar 2010 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

HD28.M214.AB136 2010

Disertasi ini bertujuan untuk meneliti bagaimana air diuruskan menurut ajaran Islam dan setakat mana kaedah pengurusan air secara Islam boleh diterapkan ke dalam pengurusan air masa kini. Dengan menjurus kepada kajian dalam ruang lingkup sains sosial, kajian ini mengenal pasti dan menganalisis kedudukan air dalam Islam dan kaedah pengurusan air secara Islam. Data berkaitan air dan kaedah pengurusannya, dikumpulkan melalui kajian perpustakaan dan kajian arkib. Data sekunder ini merangkumi maklumat yang akhirnya membentuk tema-tema penting untuk disertasi ini. Tema-tema yang dimaksudkan ialah berkaitan masalah keterbatasan sumber alam, air dan kewujudannya menurut perspektif Islam dan masalah atau isu berkaitan pengurusan air yang memungkinkan terjadinya masalah keterbatas an. Kaedah penganalisisan data pula melibatkan kaedah analisis kandungan dan analisis teks Melalui analisis dapatan kajian, diketahui bahawa terdapat perbezaan antara pengertian masalah keterbatasan menurut perspektif lazim dengan pengertian menurut perspektif Islam. Di samping itu, diketahui juga beberapa ciri-ciri asas yang menjadikan kaedah pengurusan air dikatakan secara Islam. Analisis dilakukan dengan merujuk kepada isu dan masalah berkaitan pengurusan air yang wujud pada masa kini. Pada masa yang sama, perbandingan ringkas turut dilakukan dengan kaedah pengurusan yang wujud pada zaman kegemilangan Islam. Kajian ini mempunyai dua implikasi. Pertama, implikasi pemahaman tentang masalah keterbatasan air menurut perspektif Islam terhadap kaedah pengurusan air. Kedua, implikasi pelaksanaan kaedah pengurusan air secara Islam terhadap manusia sebagai peneroka, pengguna dan pengurus sumber air. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan agar hasil dapatan kajian dikembangkan kepada kajian bagi pengurusan sumber alam yang lain. Selain itu, berasaskan kepada implikasi terhadap manusia yang disebutkan sebelum ini, kajian ini turut mencadangkan dilakukan satu kajian lanjutan berhubungan dengan aspek pembangunan modal insan dalam kaedah pengurusan air secara Islam. Diharapkan melalui kajian masa hadapan ini, kaedah pengurusan air secara Islam dapat dimantapkan lagi.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Kejayaan

Usahawan Asnaf Terpilih Di

Lembaga Zakat Selangor(LZS)

Aimi Nadirah

Mohd Nadir 2010 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

HB615.M215.AI294 2010

Disertasi ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf di LZS. Usahawan asnaf di LZS telah dibimbing dan diberi bantuan modal untuk memulakan perniagaan. Persoalannya, apakah dengan pemberian modal perniagaan ini mampu membantu penerima zakat bertukar status kepada pemberi zakat? Temu bual dilakukan ke atas responden yang terdiri daripada pihak pengurusan LZS dan usahawan asnaf. Analisis kandungan dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, analisis kandungan melalui temu bual. Kedua, laporan bercetak yang berkaitan serta laman sesawang institusi. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf meliputi faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman. Faktor-faktor luaran yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf ialah bentuk bantuan, kekerapan bantuan, latihan keusahawanan dan kaedah pemantauan. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf ialah niat yang ikhlas, kesabaran, pendidikan dan pengalaman serta perngiktirafan. Dapatan kajian ini membawa kepada implikasi penting iaitu kaedah pemberian modal perniagaan dalam bentuk mikro kredit wajar diberikan kepada asnaf produktif agar dapat membantu mereka menjana pendapatan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4

Persepsi Ibu Bapa Terhadap

Tabika Perpaduan Dan Tadika Tahfiz Fitrah Dalam Membentuk

Akhlak Kanak-Kanak

Aniza Elias 2010 Disertasi Sarjana BP173.25.M216.ANF99

2010

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Sejarah Hisbat Dan Kajian

Kontemporari Tentangnya Di

Malaysia

Azrin Ibrahim 2010 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila Azni

Ahmad

BP160.M217.AZ997 2010

Realiti kini memperlihatkan institusi fisbat hampir tidak wujud lebih-lebih lagi di Malaysia. Meskipun begitu, kajian yang meneliti isbat dan menilai keselariannya dengan institusi pembangunan masa kini didapati masih dilakukan oleh pengkaji kontemporari khususnya di Malaysia. Atas dasar itu, timbul persoalan, adakah Hisbat ini benar-benar masih dilaksanakan pada masa kini, tetapi namanya sahaja berbeza? Jika ya, adakah institusi-institusi yang dibandingkan ini bertepatan dengan Hisbat? Justeru, kajian ini cuba menganalisis Hisbat yang terkandung dalam sejarah Islam dan menilai ketepatan institusi-institusi pembangunan masa kini yang dikaitkan dalam kajian kontemporari tersebut dengan Hisbat. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini mengguna pakai kaedah mengumpul maklumat menerusi kajian perpustakaan dan ia dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis teks. Kajian ini adalah berbentuk teoretikal dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati institusi- institusi pembangunan yang dijadikan subjek kepada beberapa kajian kontemporari hanya dilihat bertepatan dengan Hisbat dari sudut fungsi dan peranan kerana masing-masing cuba untuk melaksanakan al-amr bi al-ma'ruf al-nahy 'an al-munkar. Wa Akan tetapi masih banyak perbezaan dari beberapa sudut yang lain jika dibandingkan dengan Hisbat. Rumusan daripada kajian ini mencadangkan agar satu kajian mendalam dilakukan terhadap pelaksanaan Hisbat khusus terhadap satu aspek sahaja misalnya terhadap aspek keagamaan, kehakiman, pentadbiran mahupun perniagaan. Selain itu, boleh juga dilakukan kajian ke atas institusi pembangunan masa kini yang membawa nama Islam dan memainkan peranan sebagai badan pengawasan. Sebagai contoh, Badan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri atau mungkin juga boleh dilakukan ke atas Majlis-majlis Penasihat Syariah (MPS), Badan Kehakiman di Mahkamah Syariah atau mungkin boleh dikaji di luar Malaysia seperti di Wilayat Hisbat di Aceh.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6

Pengurusan Skim Dana

Wakaf: Kajian Di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

(MAINPP)

Che Khadijah Hamid

2010 Disertasi Sarjana

Dr. Jasni Sulong

HD28.M218.K45 2010

Berwakaf merupakan salah satu amalan yang mulia yang wajar diamalkan oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Salah satu produk wakaf yang boleh dilaksanakan oleh setiap golongan tidak kira golongan kaya atau miskin adalah produk wakaf tunai, ini kerana ia tidak memerlukan seseorang memiliki harta yang banyak untuk menjadi penyumbang. Di Pulau Pinang sambutan masyarakat masih berada pada tahap sederhana. Sambutan terhadap produk wakaf tunai hanya akan meningkat apabila adanya promosi. Justeru, kajian ini bertujuan menyelidik pengurusan wakaf tunai yang dilaksanakan khususnya di Pulau Pinang bagi melihat potensi dan peluang, serta pengagihan yang memberi kepentingan kepada masyarakat. Satu tinjauan dilakukan ke atas Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk melihat pengurusan "Skim Dana Wakaf Pulau Pinang" (SDWPP). Kaedah pengumpulan data sekunder dan data primer dilaksanakan dalam kajian ini. Temu bual mendalam telah dilakukan ke atas Pengurusan Tertinggi (Bahagian Wakaf) di MAINPP dan dua pihak yang menerima sumbangan dana wakaf. Hasil kajian memperlihatkan pengurusan wakaf tunai di MAINPP mempunyai banyak perancangan seperti menambah baik sistem pembangunan maklumat, menukarkan dana yang terkumpul kepada aset kekal, mengadakan promosi seperti taklimat-taklimat di jabatan kerajaan dan promosi dalam pelbagai bahasa, projek penjualan kupon serta mengadakan kerjasama dengan pihak ANGKASA. Dana yang terkumpul melalui sumbangan wakaf telah diagihkan kepada tiga pihak. Manakala, dana yang terkumpul melalui sewaan premis digunakan untuk penyelenggaraan pengurusan. Tumpuan pengagihan menumpukan kepada pembelian premis. Terdapat dua implikasi dasar dalam kajian ini. Pertama implikasi ke atas pengorganisasian yang memperlihatkan implikasi aspek kapasiti kemampuan, keperluan unit yang besar, kesediaan melaksanakan tugas dan keperluan fizikal. Kedua adalah implikasi ke atas pengagihan menekankan kepentingan aspek pemantauan terhadap sumber agihan yang dilaksanakan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Persepsi Masyrakat

Muslim Bandung Terhadap

Pemilihan Kad Kredit Syariah

Inke Kesumawati

Adnan 2010 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria Bahari

BP173.25.M219.IN56 2010

Kad kredit syariah mula memasuki dunia perbankan syariah di Indonesia pada tahun 2007. lanya bermula daripada kesedaran pihak yang telibat dalam perbankan syariah yang ingin masyarakat Muslim Indonesia memiliki instrumen kewangan selain kad kredit konvensional sedia ada, yang dapat mempermudah transaksi tanpa riba kepada pengguna. Namun, tidak ramai daripada kalangan masyarakat Muslim yang berminat dengan kad kredit syariah. Mereka lebih berminat untuk menggunakan kad kredit konvensional yang dikenakan faedah dalam penggunaannya. Didapati bahawa dari seluruh pengguna kad kredit hanya 0.27% yang menggunakan kad kredit syariah. Peratusan ini menunjukkan masih kurangnya sambutan khususnya masyarak at Muslim terhadap kad kredit syariah. Persoalannya bagaimanakah persepsi masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan kad kredit syariah? Apakah faktor intrinsik (kefahaman terhadap kad kredit syariah, tuntutan penggunaan berkualiti. penggunaan berasaskan keutamaan, maslahat atau kebaikan yang didapatkan dan pertimbangan halal, haram dan syubhat) ataupun faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri- ciri produk dan keselesaan terhadap perkhidmatan bank) yang mempengaruhi persepsi masyarakat Muslim Bandung dalam pemilihan kad kredit syariah? Oleh itu, objektif kajian yang pertama ialah untuk mengenal pasti kontrak mualamat yang diguna pakai dalam pelaksanaan kad kredit syariah. Hasilnya ialah untuk memberikan kefahaman mengenai prinsip syariah dan mekanisme kad kredit syariah. Objektif kedua adalah menganalisis persepsi masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan kad kredit syariah. Objektif ketiga pula mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan kad kredit syariah. Data sekunder diperolehi melalui kajian perpustakaan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Data primer pula diperolehi melalui maklumat daripada soal selidik melibatkan 300 orang masyarakat Muslim Bandung sebagai responden. Data primer yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dan analisis kuantitatif menggunakan korelasi pearson dan regresi. Hasil analisis data sekunder mendapati bahawa prinsip syariah yang digunakan dalam pelaksanaan kad kredit syariah di Indonesia adalah qard, kafalah dan ijarah. Mekanisme yang digunakan pula adalah gabungan ketiga-tiga prinsip syariah tersebut. Melalui data primer, didapati bahawa pada umumnya persepsi masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan kad kredit syariah berada pada tahap tinggi. Daripada data ini pula didapati bahawa faktor pemasaran, tuntutan penggunaan berkualiti, pulangan maslahat (kebaikan), penggunaan berasaskan keutamaan, ciri-ciri produk dan keselesaan terhadap perkhidmatan bank mempengaruhi pemilihan kad kredit syariah Namun, kefahaman terhadap kad kredit syariah serta pertimbangan halal, haram dan syubhat tidak mempengaruhi pemilihan kad kredit syariah. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Muslim Bandung tidak terlalu mementingkan faktor agama apabila melakukan pemilihan kad kredit. Secara kesimpulannya, pihak

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

penerbit kad kredit syariah disarankan untuk lebih memperhatikan faktor ekstrinsik seperti ciri-ciri produk serta pemasaran. Dengan peningkatan pemasaran erta keunggulan ciri-ciri produk yang dimiliki kad kredit syariah, diharapkan mampu meningkatkan jumlah pengguna kad kredit syariah sehingga ianya dapat bersaing dengan kad kredit konvensional.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8

Aplikasi Konsep Hybrid Dalam Perlaksanaan Perniagaan Di

Syarikat Takaful Malaysia Berhad

(STMB)

Khairul Faizi Mohd

Rafie 2010 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya Dr.

Zakaria Bahari

BP160.M220.K45 2010

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) adalah pengendali takaful yang pertama di Asia yang telah memulakan operasi perniagaannya pada tahun 1985. Sebagai sebuah syarikat perintis dalam industri takaful, STMB telah memilih model perniagaan mengikut konsep mudharabah. Mengikut rekod dalam laporan kewangan syarikat, setelah satu tahun beroperasi sehingga kini pengendali takaful ini tidak mengalami sebarang kerugian dengan mengaplikas ikan konsep mudharabah dalam operasi perniagaannya. Namun mulai tahun 2008, STMB telah melakukan perubahan dengan mengaplikasikan konsep hibrid. Oleh itu kajian ini telah dibahagikan kepada tiga objektif utama. Pertama kajian ini ingin mengenal pasti bagaimanakah bentuk aplikasi konsep hibrid dalam operasi perniagaan STMB. Kedua, menganalisis faktor-faktor perubahan STMB menggunakan konsep hibrid tersebut. Ketiga, mengenal pasti kesan daripada penggunaan konsep hibrid terhadap semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh STMB kepada pelanggannya. Justeru itu, kajian ini telah menggunakan dua kaedah penyelidikan bagi mendapatkan maklumat iaitu kajian keperpustakaan dan kaedah temu bual mendalam. Analisis kajian telah dilakukan secara deskriptif. Hasil daripada kajian ini telah mendapati bahawa konsep-konsep Syariah yang terlibat dalam aplikasi hibrid di STMB telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) STMB dan diharuskan dalam Islam. Selain itu, beberapa faktor utama telah dikenal pasti perubahan kepada konsep hibrid seperti pengurangan kos pengurusan, persaingan yang kompetatif, keyakinan pihak pengurusan atasan, latar belakang Ketua Pegawai Eksekutif STMB, arahan pihak pemegang saham, kemerosotan keuntungan tahun 2007 dan penerimaan masyarakat. Hasil kajian ini juga telah menyebabkan tiga implikasi dasar. Pertama konsep yang digunakan oleh STMB adalah unik berbanding pengendali takaful yang lain. Kedua semua pengendali takaful di Malaysia telah menggunakan kaedah pemasaran wakalah. Ketiga produk perlindungan yang ditawarkan oleh STMB mengandungi tiga elemen utama iaitu perlindungan, simpanan dan pelaburan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Pengurusan Masa Menurut Islam: Kajian

Kefahaman dan Pelaksanaan

oleh Kakitangan Terpilih di

Jabatan Zakat Negeri Kedah

(JZNK)

Ku Nor Ashikin Ku

Ahmad Zamri

2010 Disertasi Sarjana

Dr. Hasanah

Abd. Khafidz

BP160.M221.AS825 2010

Pengurusan masa menurut Islam perlu diberi perhatian terutama di institusi pembangunan Islam. Walau bagaimanapun, permasalahan berkaitan pengurusan masa sering menjadi persoalan. Oleh yang demikian, disertasi ini cuba merungkai persoalan berkaitan pengurusan masa di institusi pembangunan Islam dengan meneliti aspek pengurusan masa di institusi zakat. Oleh itu, disertasi ini bertujuan untuk meneliti pengurusan masa menurut Islam di Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK). Kajian ini mempunyai dua objektif utama. Objektif pertama ialah untuk mengkaji pemahaman pengurusan masa menurut Islam dalam kalangan kakitangan terpilih di JZNK. Objektif kedua adalah untuk mengkaji pelaksanaan pengurusan masa menurut Islam di JZNK. Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, kaedah penyelidikan kepustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Tujuan kajian kepustakaan adalah untuk meneliti kajian- kajian lepas dan karya-karya yang berkaitan pengurusan masa menurut Islam. Kajian lapangan pula dijalankan di JZNK bagi memperoleh data primer berhubung pemahaman dan pelaksanaan pengurusan masa menurut Islam. Kaedah temubual berstruktur melibatkan tiga responden yang terdiri daripada Pegawai Agihan & Pembangunan Asnaf, Pegawai Korporat dan Ketua Pembantu Tadbir. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan pengurusan masa menurut Islam di JZNK oleh kakitangan berada di tahap sederhana. Aspek pengurusan masa menurut Islam kurang ditekankan di JZNK walaupun ia merupakan institusi pembangunan Islam. Oleh itu, implikasi daripada dapatan kajian ini ialah JZNK perlulah memainkan peranan utama dalam mengatasi keadaan ini bagi meningkatkan pengurusan masa agar selari dengan tuntutan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10

Kaedah Pengurusan

Insaniah Berteraskan

Islam

Lenny Luat 2010 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Ahmad

HD28.M222.L568 2010

Disertasi ini bertujuan untuk mengkají pengurusan insaniah dari perspektif Islam. Secara lebih khusus, disertasi ini berhasrat merumuskan pembentukan asas pengurusan insaniah yang bersifat praktikal dengan menjadikan dua kaedah pengurusan berteraskan Islam sebagai fokus kajian. Kedua-dua kaedah pengurusan yang dimaksudkan ialah kaedah pengurusan Ilahiyah dan kaedah pengurusan Tauhidik. Selain merupakan kaedah pengurusan yang berteraskan Islam, kedua-dua kaedah pengurusan ini dipilih atas faktor ia telah pun dilaksanakan oleh institusi-institusi pembangunan berteraskan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Analisis dapatan kajian merumuskan bahawa setiap sumber pembentukan kaedah pengurusan insaniah seharusnya bersumberkan sumber rujukan yang Islamik. Manakala asas falsafah seharusnya diterapkan adalah untuk mencari keredhaan Allah dengan mengambil kira matlamat di alam dunia dan akhirat. la juga harus dapat memperlihatkan ciri-ciri material dan spiritual yang seimbang dari segi dalaman dan luaran seorang manusia. Implikasinya, dengan mengambil kira asas- asas ini dalam pembentukan kaedah pengurusan insaniah, satu bentuk kaedah pengurusan insaniah yang selari dengan sumber dan tasawur Islam serta boleh dilaksana dapat dihasilkan dan diaplikasikan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Perakaunan Zakat

Perniagaan Di Majlis Agama

Islam Dan Adat Istiadat Melayu

Kelantan (MAIK) : Satu Analisis

Mohd Rizal Abu Bakar 2010 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

BP176.M223.R627 2010

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganal isis item-item aset semasa yang dikenakan zakat serta pembentukan kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diamalkan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Di Kelantan, zakat perniagaan merupakan zakat yang kedua terbesar jumlah kutipan zakatnya selepas zakat pendapatan. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) mencadangkan perakaunan zakat perniagaan berasaskan modal kerja iaitu aset semasa tolak dengan liabiliti semasa. Namun, amalan di MAIK berbeza iaitu perakaunan zakat perniagaan berasaskan aset semasa. Persoalannya, mengapa pihak MAIK berbeza dengan apa yang dicadangkan oleh JAWHAR dan berbeza juga dengan amalan di negeri-negeri lain. Bagi mencapai tujuan tersebut, analisis dibuat menerusi kaedah analisis kandungan. Data untuk analisis kandungan itu diperoleh melalui pamplet dari pihak MAIK. Kajían lapangan turut dijalankan yang melibatkan dua kategori responden. Kategori pertama adalah responden dari pihak pengawai MAIK. Responden ini terdiri daripada pegawai-pegawai yang terlibat dalam membuat taksiran zakat perniagaan di MAIK. Kategori ini adalah berdas arkan soal selidik yang telah diedarkan. Kategori kedua adalah melibatkan responden di pihak pegawai MAIK dan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK). Responden ini terdiri daripada pegawai- pegawai yang terlibat dalam pembentukan perakaunan zakat di MAIK. Kategori ini adalah berdasarkan temu bual mendalam yang dijalankan. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diamalkan oleh MAIK tidak lagi berasaskan kaedah aset semasa tetapi berasaskan kaedah modal kerja terselaras. Namun kaedah pembentukan perakaunan zakat perniagaan, dapatan kajian mendapati bahawa fatwa dari pihak Mufti telah digunakan. Selain itu, pembentukan kaedah perakaunan di MAIK juga adalah diperoleh dari Enakmen Undang-Undang Negeri dan buku Panduan Zakat di Malaysia. Dapatan kajian ini memberi dua implikasi. Implikasi pertama adalah dengan membuat pindaan ke atas fatwa yang dipakai. Hal ini disebabkan oleh fatwa yang dipakai terhadap kaedah perakaunan zakat perniagaan di MAIK adalah bertentangan dengan Mazhab Syafie. Dan implikasi kedua adalah mengemaskinikan pamplet yang digunakan dalam membuat taksiran ke atas zakat perniagaan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Dr Burhanuddin Al Helmi Dan

Pembangunan Ekonomi Politik

Islam Di Malaysia

Mohd Syakir Mohd Rosdi 2010 Disertasi Sarjana

Dr. Mohammad Zaini Abu

Bakar

HD72.M224. SY981 2010

Disertasi ini bertujuan mengenal pasti sumbangan Burhanuddin dalam pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia. Kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti perjuangan pengislahan ummah Dr. Burhanuddin Al-Helmi dari aspek pembangunan ekonomi politik Islam. Kedua, menganalisis sumbangan keintelektualan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam konteks pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian perpustakaan telah dijalankan. Kajian berorientasikan keperpustakaan yang dilakukan adalah berdasarkan kaedah penyelidikan data-data sekunder dan bahan-bahan berkaitan konsep ekonomi politik Islam yang terdapat di perpustakaan. Data sekunder yang diperoleh kemudiannya dianalisis berdasarkan analisis kandungan dan analisis tekstual. Kajian ini merumuskan gagasan pemikiran Burhanuddin yang berasaskan kepada tiga aspek iaitu perjuangan politik, kebajikan sosial dan kepentingan agama. Seterusnya ditemui bahawa gagasan pemikiran Burhanuddin adalah selari dengan sumbangannya dalam konteks ekonomi politik Islam. Hasil dari dapatan kajian mendapati bahawa sumbangan Burhanuddin dalam konteks ekonomi politik Islam adalah selaras dengan konsep pengislahan ummah. Hal tersebut menunjukkan bahawa konsep ekonomi politik Islam adalah saling berhubungan dengan konsep pengislahan ummah

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

13

Konsep Dan Pelaksanaan Musyarakah Mutanaqisah

Dalam Pembiayaan Perumahan: Satu Kajian

Perbandingan Di Antara Maybank

Islamic (M) Berhad Dengan Kuwait Finance

House (M) Berhad

Nuruleifaa Noordin 2010 Disertasi Sarjana

Dr. Mastura Jaafar

HG1501.M225.N974 2010

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan konsep dan mekanisme perlaksanaan Musyarakah Mutanaqisah (MM) dalam pembiayaan perumahan di antara Maybank Islamic (M) Berhad (MIB) dengan Kuwait Finance House (M) Berhad (KFH). Secara ringkasnya, MM merupakan konsep yang digunakan oleh bank dalam pembiayaan perumahan selain Bai Bithamin Ajil dan pembiayaan konvensional. Persoalannya, apakah maksud konsep MM dalam pembiayaan perumahan? Apakah pula asas-asas yang diguna pakai untuk konsep MM dalam pembiayaan perumahan khususnya di MIB dan KFH? Apakah kaedah yang digunakan dalam mekanisme perlaksanaan MM di kedua-dua bank benar-benar selari dengan prinsip Islam? Kaedah penyelidikan pula, kaedah penyelidikan primer dan sekunder digunakan untuk menganalisis konsep dan mekanisme MM dalam pembiayaan perumahan. Kajian lapangan dijalankan di Ibu Pejabat MIB dan KFH bagi sesi temu bual dengan responden-responden yang dipilih persampelan bertujuan. Kajian ini ialah kajian perbandingan. Kajian secara mempamerkan bahawa konsep MM merupakan konsep yang berasal daripada perkataan Syirkah yang digunakan dalam perkongsian. Bagi tujuan pembiayaan perumahan, pihak bank mengistilahkan perkongsian sebagai pemilikan bersama dengan hak ekuiti ke atas rumah mengikut nisbah minimum 10% : 90 %. Dapatan kajian membahagikan lima aspek yang boleh diukur dalam mewujudkan konsep dan mekanisme perlaksanaan MM dalam pembiayaan perumahan di perbankan Islam. Aspek tersebut ialah penglibatan rakan kongsi, kontrak, kaedah bayaran, kaedah pengiraan, dan caj perkhidmatan. Ringkasnya, MIB dan KFH melaksanakan konsep MM selagi tidak bertentangan dengan mana-mana ayat al-Quran atau hukum yang mengharamkannya. Kontrak ljarah digunakan sebagai kaedah bayaran balik pembiayaan. Akad bagi setiap kontrak akan dilaksanakan bagi memenuhi rukun-rukun kontrak

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

14

The Islamic Religious Elite’s Perceptions On

Ethnic Intergration

Policy (EIP) In Singapore

Puti Nurhendrawaty

Hasman 2010 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Nizam Sahad

BP173.25.M226. P988 2010

This research is conducted at the attempts of identifying and analysing the perceptions of Islamic religious elite of Singapore on Ethnic Integration Policy (EIP) a policy implemented by the Singapore government at public housing estates. The Islamic religious elite become the unit of analysis for this research for the reason that they are the products of madrasah education system which is exclusively for Muslims. Most of the Islamic religious elite do not attend the national schools which apply and practise integration explicitly in contrast to madrasah. Therefore, this research is to examine whether or not the Islamic religious elite face problems and difficulties with ethnic integration when leading their daily lives and especially at their housing estates. This research is also to examine whether or not they perceive the madrasah education that they received becomes a constraint for their social integration. The methodology that is employed to identify and analyse the perceptions is through in-depth interview and the interview is then analysed by the method of content analysis. The findings show that the Islamic religious elite do not face any major problems and difficulties with integration. Despite some of them being a bit critical, they have very positive perceptions on the policy specifically and towards the government generally. Overall, they are satisfied with what the government provides for them as Singaporeans. The findings have thus resulted in leaving implications to the issues that are being studied. The implications are in two aspects; implications towards perceptions on EIP and policies of ethnic relations and implications towards madrasah education and Islamic religious elite.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

15

Stratefi Pemasaran dan

Hubungan dengan

Pemilihan Pelanggan

Terhadap Ar-Rahnu Yapeim

Salimah Yahaya 2010 Disertasi

Sarjana

Dr.Nailul Murad

Mohd Nor

HB615.M227.SA165 2010

Skim Ar-Rahnu yang dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) semakin berkembang dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sejak diperkenalkan melalui Koperasi YaPEIM Berhad pada tahun 2000. Namun begitu, kajian-kajian lepas sering menyatakan berkenaan permasal ahan yang berlaku dalam pemasaran Ar-Rahnu sehingga menyebabkannya masih tidak dapat menandingi perkembangan pajak gadai konvensional. Antara yang sering diperkatakan ialah masalah promosi yang tidak meluas, lokasi yang tidak banyak dan sukar didapati, perkhidmatan pelanggan yang kurang memuaskan, keterhadan pengambilan barang gadaian, serta upah simpan yang dikatakan tidak menepati hukum syarak. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh Ar-Rahnu YaPEIM. Terdapat lima strategi pemasaran yang diteliti iaitu promosi, lokasi, perkhidmatan pelanggan, barang gadaian dan upah simpan. Kajian ini mengguna pakai kaedah temubual mendalam untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang terlibat dengan perancangan dasar dan operasi pemasaran, kakitangan, serta pelanggan yang menggunakan Ar-Rahnu YaPEIM. Kaedah pemerhatian turut dilakukan untuk mendapat gambaran sebenar tentang situasi yang berlaku di cawangan Ar-Rahnu YaPEIM yang dipilih. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kelima-lima strategi pemasaran tersebut berpengaruh terhadap pemilihan pelanggan. Namun begitu, strategi harga iaitu upah simpan yang rendah paling berpengaruh dalam menentukan pemilihan pelanggan terhadap Ar-Rahnu YaPEIM. Terdapat dua implikasi dalam kajian ini. Pertama, dari segi promosi, wajar dilaksanakan secara lebih agresif oleh Ar-Rahnu YaPEIM dengan penyediaan dana yang mencukupi. Kedua, dari segi barang gadaian yang perlu dipelbagaikan dalam bentuk yang kebiasaannya dimiliki oleh golongan miskin.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

16

Standard Pensijilan Halal

Malaysia Ms1900:2005: Analisis Dari Perspektif

Prinsip Pembangunan

Berteraskan Islam

Shafiza Shaari 2010 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Ahmad

BP160.M228.SH525 2010

Disertasi ini bertujuan untuk menganalisis kandungan standard pensijilan halal Malaysia dari perspektif Islam iaitu standard MS1900:2005. Standard berkaitan sistem pengurusan kualiti ini yang dibangunkan sebagai pemangkin kepada industri Hub Halal Global, didapati masih kurang mendapat tempat bagi tujuan pensijilan walaupun telah dibangunkan semenjak tahun 2005. Apakah kandungan standard ini masih lagi diragui atau belum benar-benar menepati ciri-ciri pengurusan kualiti dari perspektif Islam? Untuk itu disertasi ini berhasrat mencapai dua objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen yang terkandung dalam standard MS1900:2005. Manakala objektif kedua adalah untuk menganalisis keselarian elemen-elemen tersebut dari perspektif Islam berdasarkan kepada prinsip- pembangunan berteraskan Islam. Dalam mencapai kedua-dua objektif prinsip asas tersebut, analisis kandungan dan teks digunakan bagi menilai keselariannya. Hasil penganalisisan mendapati elemen-elemen pengurusan kualiti yang terkandung dalam standard MS1900:2005 ini tidak memperlihatkan keselariannya dengan ciri-ciri pengurusan kualiti dalam pengurusan pembangunan berteraskan Islam. Ini kerana asas pembangunan elemen-elemennya adalah dari kerangka lazim walaupun terdapat penambahan keperluan syariah sebagai memenuhi ciri-ciri pengurusan kualiti dari perspektif Islam. Oleh itu, kajian ini turut mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan ke atas standard-standard halal Malaysia yang lain bagi menilai sejauh manakah keselarian elemen-elemen dalam standard pensijilan halal Malaysia dalam memenuhi ciri-ciri pengurusan kualiti Islam yang komprehensif sebagaimana dalam pengurusan pembangunan berteraskan Islam

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

17

Kaedah Pengumpulan Hadith: Satu

Kaedah Pengumpulan

Data

Shahir Akram Hassan

2010 Disertasi Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

BP135.M229.SH525 2010

Disertasi ini bertujuan meneliti kaedah pengumpulan data Hadth dari sudut kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah pengumpulan data dalam kaedah pengumpulan Hadth yang telah dilakukan oleh ulama-ulama muktabar. Kedua, menganalisis kaedah pengumpulan data penyelidikan Islam dalam kaedah pengumpulan Hadth dalam konteks kaedah pengumpulan data penyelidikan Sains Kemasyarakatan. Ketiga, merumuskan kaedah pengumpulan data berdasarkan kaedah pengumpulan Hadth untuk diguna pakai dalam kaedah pengumpulan data penyelidikan Sains Kemasyarakatan yang berteraskan Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, kajian perpustakaan telah dijalankan. Kajian perpustakaan dijalankan bagi memperoleh data sekunder berhubung kaedah pengumpulan Hadih menerusi penelitian terhadap karya-karya terdahulu. Setelah itu, kaedah pengumpulan Hadth ini dianalisis dari sudut kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan Sains Kemasyarakatan menggunakan analisis kandungan. Kajian ini mendapati kaedah pengumpulan Hadth boleh dibahagikan kepada pengumpulan ladth secara langsung dan pengumpulan Hadih secara tidak langsung. Dari dua pembahagian tadi, terdapat lapan komponen pengumpulan data berdas arkan kaedah pengumpulan Hadth. Lapan komponen tadi terdiri dari instrumen pengumpulan data, keutamaan data primer ke atas data sekunder, akhlak penyelidik, fungsi dan kepentingan sanad, penggunaan bahas a yang tepat, kualiti responden, pra-analisis ke atas data yang dikumpul dan bentuk output data yang dikumpulkan. Komponen-komponen ini kemudiannya dirumuskan menjadi satu kaedah pengumpulan data Hadth. Kaedah pengumpulan data Hadth ini dapat digunakan bagi penyelidik yang ingin mengumpulkan data dengan cara yang mempunyai tahap ketulenan dan kenolehpercayaan yang tinggi. Secara kesuluruhan kaedah pengumpulan data Hadith dapat dimanfaatkan untuk kaedah penyelidikan berteraskan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

18

Persepsi Kakitangan Pengurusan Tertinggi Unit

Halal Dan Usahawan

Terpilih Terhadap Tadbir

Urus Hala: Kajian Kes Di Kedah Dan

Pulau Pinang

Siti Syuhada Mohamad

2010 Disertasi Sarjana

Dr. Mohammad Zaini Abu

Bakar

BP160.M230.SY995 2010

Disertasi ini bertujuan untuk mengkaji persepsi terhadap tadbir urus organisasi hab halal. Latar belakang kajian ini bermula dengan melihat Malaysia secara amnya berpotensi untuk menerajui industri halal dunia. Fokus disertasi ini lebih menjurus kepada kajian kes berkaitan tadbir urus hab halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Tumpuan kepada aspek tadbir urus penting kerana ia merupakan salah satu dimensi untuk pembangunan industri halal. Walau bagaimanapun, kapasiti untuk pembangunan industri halal masih lagi menjadi persoalan. Tinjauan kajian lepas mendapati tadbir urus dilihat merupakan antara punca yang menjadi kekangan kepada perkembangan industri halal. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis persepsi kakitangan pengurusan tertinggi dan pihak usahawan produk halal terhadap tadbir urus hab halal. Bagi memenuhi objektif ini, kaedah penyelidikan mengaplikasikan data primer iaitu kajian lapangan dan data sekunder melalui kajian perpustakaan. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data. Kerangka teori tadbir urus baik diaplikasi untuk menjadi instrumen analisis. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua objektif telah tercapai. Objektif pertama tercapai dengan menemukan tiga bentuk persepsi terhadap pihak tadbir urus unit halal JHEAIPP dan JHEAIK iaitu baik, sederhana dan lemah. Dapatan untuk objektif kedua pula menunjukkan tadbir urus unit halal JHEAIPP memenuhi hampir kesemua ciri tadbir urus baik dan lebih menonjol berbanding pihak tadbir urus unit halal JHEAIK yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek. Kajian ini turut menemukan persepsi mempengaruhi keyakinan terhadap pihak tadbir urus hab halal di Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Dapatan ini memberi implikasi kepada aspek tadbir urus hab halal dan seterusnya dalam aspek bidang kuasa. Untuk memperkasa industri halal, pemerkasaan terhadap pihak tadbir urus seperti meningkatkan profesionalisme, pemerkasaan teknologi serta meningkatkan dimensi kemudahan prasarana perlu diberi perhatian. Penyusunan semula dan pemerkasaan terhadap aspek bidang kuasa turut memberi implikasi terhadap industri halal.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

18

Kaedah Pembentukan

Sahsiah Pekerja HPA: Kajian Kes Di Pusat Operasi

Al Wahida Marketing Zon

Utara

Tuan Azura Raja Ismail 2010 Disertasi

Sarjana Dr. Suhaila Abdullah

HD4801.M231.AZ997 2010

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pembentukan sahsiah pekerja HPA dan menganalisisnya berdasarkan kaedah pembentukan sahsiah menurut perspektif Islam dari aspek pendidikan akidah, penerapan ibadah dan pendidikan akhlak. Kajian ini dilakukan di Pusat Operasi Al-Wahida Marketing Zon Utara iaitu salah satu pusat operasi anak syarikat HPA yang dijadikan fokus kajian. Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini. Untuk data primer, kaedah temubual separa berstruktur dijalankan dengan menemubual pegawai operasi Zon Utara, manakala bagi data sekunder kaedah kajian perpustakaan digunakan. Data primer dan data sekunder dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan analisis tekstual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat kaedah pembentukan sahsiah pekerja yang digunakan oleh HPA dalam membentuk sahsiah pekerja. Pertama melalui program pagi, kedua melalui peraturan, ketiga melalui kuliah fiqh wanita, keempat melalui kursus pengukuhan. Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah pembentukan sahsiah pekerja HPA memenuhi tuntutan kaedah pembentukan sahsiah menurut perspektif Islam dari aspek pendidikan akidah, penerapan ibadah dan pendidikan akhlak. Implikasi dan cadangan dasar kajian ini serta cadangan kajian pada masa hadapan dibuat dalam bab akhir kajian

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2011

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Kajian Pemilihan Bank Islam Oleh

Pengguna Muslim Di

University Sains Malaysia (USM) :

Analisis Kerangka

Teoritikal Dan Metodologi

Nor Hidayah Naziha Adnan

2011 Disertasi Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria Bahari

HG1501.M212.H632 2011

Perbankan Islam sudah bertapak selama 27 tahun di Malaysia, namun penguasaan pasaran perbankan Islam sebanyak 20 % daripada keseluruhan pasaran perbankan imbal dengan peratusan penduduk Muslim yang mencapai 60 % daripada keseluruhan penduduk Malaysia Kajian-kajian pemilihan bank Islam dilihat memberi sumbangan yang penting dalam meneroka realiti pemilihan bank oleh pengguna. Persoalannya, apakah kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam kajian-kajian pemilihan bank Islam di Malaysia? Apakah jenis penyelidikan yang bersesualan untuk merungkai realiti pemilihan bank oleh pengguna Muslim? Apabila membincangkan mengenai kajian pemilihan bank Islam, apakah yang menjadi fokus utama kajian? Adakah mengenai produk atau perkhidmatan secara khusus atau kajian-kajian tersebut hanya meneliti gelagat pemilihan bank Islam oleh pengguna secara umum sahaja? Bagaimana pula dengan kerangka teori yang digunakan dalam kajian-kajian tersebut? Adakah kajian-kajian pemilihan bank Islam menggunakan kerangka teori yang berteraskan Islam? Justeru, kajian ini cuba menganalisis aspek kerangka teori dan metodologi kajian pemilihan bank Islam oleh pengguna Muslim yang dilakukan di USM. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kajian perpustakaan sebagai kaedah pengumpulan maklumat dan penganalisisan maklumat menggunakan kaedah analisis teks. Hasil kajian mendapati kajian Ahmad Azrin Adnan (2010a) mempunyai potensi yang tinggi untuk dirujuk olch pengkaji akan datang berikutan ketajaman buah fikiran dan cuba mengambil pendekatan yang berbeza daripada pengkaji lain terutamanya pembinaan Penentu Pemilihan Bank Menurut Muslim ldeal (PPBMMI) yang ditapis, diteliti dan diperoleh daripada sumber kumpulan pakar yang bertauliah. Rumusan daripada kajian ini mencadangkan kajian pemilikan bank islam oleh pengguna Muslim di Malaysia perlu diperbagaikan supaya gelagat pemilihan pengguna Muslim dapat dikeanalpasti sebagai strategi pemasaran yang berkesan oleh pihak industri bank Islam

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Pembangunan Rohani

Berasaskan Zikir: Kajian Berdasarkan

Kitab Al- Adhkar Oleh Imam Al

Nawawi

Fairuz Ridzuan Abd Jalil

2012 Disertasi Sarjana

Profesor Madya

Dr. Noor Shakirah Mat Akhir

HD72.M200.F172 2012

Pembangunan insan yang seimbang lahir daripada gabungan aspek rohani dan fizikal. Bagi memenuhi tuntutan masa kini, kedua-dua aspek tersebut wajib untuk dibangunkan. Walau bagaimanapun, kepentingan pembangunan rohani kurang ditekankan. Walaupun aspek ini sesuatu yang tidak zahir tetapi dalam tasawur dan epistemologi Islam, pembangunan rohani cukup penting. Salah satu mekanisme pembangunan rohani ialah zikir. Oleh itu, kajian ini merujuk kitab al-Adhkār oleh Imam al-Nawawi untuk melihat aspek pembangunan rohani berasaskan kaedah zikir. Bagi mencapai perkara tersebut, kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dan analisis suntingan untuk menganalisis tema-tema utama kepada zikir-zikir dalam kitab al-Adhkār serta melihat kaitannya dengan pembangunan rohani dan aspek tingkah laku manusia. Hasil analisis dijadikan landasan untuk membina satu kerangka model pembangunan rohani berasaskan zikir yang menjadi alternatif tambahan kepada kaedah pembangunan rohani sedia ada. Melalui kajian ini, pembinaan satu model yang boleh dijadikan landasan untuk melahirkan pembangunan insan yang holistik berasaskan kaedah zikir boleh dihasilkan sebagai kajian lanjutan. Perkara ini boleh dijadikan panduan untuk memurnikan aspek pembangunan manusia agar matlamat untuk mencapai keredaan Allah S.W.T berjaya.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2

Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains Malaysia(USM)

Terhadap Takaful Hayat

Juniza Mohamad

Jamari 2012 Disertasi

Sarjana BP173.25.M201.J95 2012

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Memperkasa Pembangunan Harta Wakaf Khas Melalui

Istibdal: Kajian Kes Di Majlis Agama Islam Pulau Pinang

Meor Hezbullah Meor Abd

Malik

2012 Disertasi Sarjana BP187.M202.M551

2012

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4

Kepimpinan Menurut Islam :

Kajian Kes Strategi

Kepimpinan Anwar Ibrahim Dalam ABIM (1974-1982)

Norazira Ali 2012 Disertasi Sarjana

Dr. Mohamad Zaini Abu

Bakar

BP160.M203.N822 2012

Disertasi ini bertujuan mengkaji kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM. Kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama adalah untuk mengenal pasti strategi kepimpinan Anwar Ibrahim dalam ABIM. Kedua adalah untuk menganalisis strategi kepimpinan Anwar Ibrahim dalam ABIM. Bagi mencapai kedua-dua objektif tersebut, kajian perpustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Kajian pepustakaan dijalankan bagi memperoleh data sekunder berhubung kepimpinan menurut Islam dan kepimpinan ABIM menerusi penelitian terhadap karya-karya terdahulu. Kajian lapangan pula dijalankan bagi memperoleh data primer berhubung strategi kepimpinan Anwar Ibrahim dalam ABIM. Fasa ini melibatkan temu bual mendalam dengan empat orang ahli ABIM yang terlibat di awal-awal penubuhan organisasi ini. Data sekunder dan primer yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan keperluan kajian. Kajian ini menghasilkan garis panduan dalam disiplin ilmu kepimpinan menurut Islam. Dapatan kajian mengenai strategi yang digunakan Anwar Ibrahim adalah sumbangan keintelektualan beliau dalam menyebarkan Islam sebagai ad-din kepada masyarakat meliputi segenap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan agama.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Aplikasi Algebra Dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan

Islam

Nur Ilani Mat Nawi 2012 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

BP42.M204.IL27 2012

Disertasi ini bertujuan melihat pengaplikasian algebra dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Algebra dipilih kerana ia dipakai dalam alat analisis statistik terutamanya dalam data kuantitatif. Alat-alat analisis merupakan bahagian yang penting dalam sesebuah kaedah penyelidikan. Alat-alat analisis inilah yang menentukan sama ada objektif sesuatu kajian tercapai atau sebalik. Pembentukan alat analisis yang berteraskan Islam boleh membentuk kaedah penyelidikan yang berteraskan Islam. Kaedah penyelidikan berteraskan Islam sangat penting dibina bagi menggantikan kaedah penyelidikan lazim yang dilihat tidak sesuai dipakai dalam mengkaji tentang Islam. Berteraskan Islam bermaksud bertepatan dengan tasawur dan epistemologi Islam. Tasawur dan epistemologi boleh mempengaruhi persepsi, pengumpulan, analisis dan rumusan pengetahuan. Jika rumusan yang dibuat berteraskan Islam, hasilnya turut mengikut kehendak Islam dan masalah-masalah yang berkaitan dengan umat Islam akan dapat diselesaikan dengan cara Islam. Secara umumnya, objektif disertasi ini ingin mengenal pasti pengaplikasian algebra dalam objektif ini, kajian kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Bagi mencapai perpustakaan digunakan dan data dianalisis menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah analisis kandungan, analisis tekstual dan analisis secara induktif. Akhir sekali, dapatan bagi disertasi ini ialah ilmu matematik algebra sesuai diaplikasikan dalam kaedah penyelidikan dan seterusnya boleh dijadikan suatu kaedah penyelidikan berteraskan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6

Kaedah Pengurusan

Tauhidik: Kajian Kes Di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

(YAPEIM)

Nurhidayah Marzuki@ Yahaya

2012 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila Azni

Ahmad

HD28.M205.N974 2012

Disertasi ini bertujuan mengkaji pelaksanaan Kaedah Pengurusan Tauhidik. Kaedah Pengurusan Tauhidik ini merupakan satu kaedah pengurusan Islam yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Kaedah pengurusan Islam sekalipun dilihat sebagai sesuatu yang baru tetapi ia mempunyai potensi untuk diperkembangkan. Sebahagian kecil daripada institusi pembangunan berteraskan Islam telah mula mengamalkannya. Walau bagaimanapun, bagi institusi yang sudah mula mengamalkannya, apakah kaedah pengurusan ini selari dengan Islam? Adakah ahli institusi memahami kaedah pengurusan yang hendak dilaksanakan? Apakah tahap pelaksanaan kaedah pengurusan ini? Disertasi ini mengkaji pelaksanaan salah satu kaedah pengurusan Islam iaitu Kaedah Pengurusan Tauhidik di salah sebuah institusi pembangunan berteraskan Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Untuk tujuan tersebut analisis statistik deskriptif, analisis tekstual dan analisis kandungan digunakan untuk mencapai objektif disertasi ini. Hasil analisis mendapati bahawa pelaksanaan Kaedah Pengurusan Tauhidik oleh YaPEIM berada di tahap yang baik. Walau bagaimanapun, YaPEIM perlu memberi lebih penekanan dalam aspek pengurusan kepada ahli-ahlinya supaya prestasi YaPEIM sebagai institusi yang melaksanakan Kaedah Pengurusan Tauhidik berada di tahap yang lebih baik. Akhir sekali, disertasi ini membentuk satu rumusan bahawa Kaedah Pengurusan Tauhidik ini memberi banyak kebaikan dan dapat dijadikan panduan kepada institusi-institusi lain dalam usaha untuk memartabatkan institusi pembangunan berteraskan Islam dari aspek pengurusan

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Konsep Al Wasatiyyat

Dalam Gagasan 1Malaysia

Nurul Huda Yacob 2012 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohamad Zaini Abu

Bakar

HD72.M206.H883 2012

Gagasan IMalaysia (G1M) diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2009. Kemudian, beliau telah cuba mengaitkan G1M dengan konsep al-wasatiyyat. Al-wasatiyyat di sini merujuk kepada kesederhanaan, pertengahan, keseimbangan atau pendekatan jalan tengah. Ia bertujuan untuk mengimbangi sesuatu perkara sama ada daripada aspek pemikiran atau tingkah laku supaya tidak melampau atau ekstrem. Persoalannya, adakah konsep al-wasațiyyaț ini terdapat dalam G1M? Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini cuba mencapai dua objektif. Pertama, mengenal pasti konsep al-wasatiyyat dari perspektif Islam. Kedua, menganalisis konsep al-wasațiyyat dalam prinsip-prinsip G1M. Untuk mencapai kedua-dua objektif ini, kaedah kajian perpustakaan (analisis kandungan) dan kajian lapangan (temu bual mendalam) telah dijalankan. Hasil analisis kandungan yang dilakukan, kajian ini dapat mengenal pasti bentuk-bentuk, ciri-ciri dan pengaplikasian al-wasatiyyat Islam. Untuk menganalisis konsep al-wasațiyyat dalam prinsip-prinsip G1M, konsep al-wasațiyyat Islam ini dijadikan pengukur. Hasil analisis ini mendapati dua bentuk al-wasațiyyat terdapat dalam prinsip-prinsip G1M iaitu perundangan (syariah) dan sosial. Analisis ini juga menemukan enam ciri konsep al-wasațiyyat iaitu keseimbangan, keharmonian, kebebasan, keadilan, pertengahan dan kesederhanaan. Manakala, pengaplikasiannya mendapati konsep al- wasatiyyat boleh diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam kehidupan bernegara. Dengan beberapa bentuk, ciri dan aplikasi konsep al- wasativyat Islam yang terdapat dalam GIM ini, maka disertasi ini merumuskan al- wasatiyyat dalam prinsip GIM itu adalah selari dengan konsep al-wasatiyyat Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8

Prinsip-Prinsip Pembanguan Berteraskan Islam Dalam

Ihya ' Ulumuddin

Shahirah Said 2012 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

HD72.M207.SH525 2012

Disertasi ini bertujuan bagi menganalisis prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam (PBI) dalam Ihya' Ulumuddin khususnya terhadap Tujuh Prinsip Berteraskan Islam yang dibina oleh Muhammad Syukri Salleh. PBI dilihat berbeza dengan pembangunan lazim dari aspek dasarnya iaitu konsep tauhid yang menjadi tunjang dan kayu ukur sesebuah pembangunan. Kesepaduan pembangunan yang terdiri daripada pembangunan rohani, fizikal dan material menjadikan PBI sebuah keperluan dalam masyarakat. Namun begitu pembangunan rohani merupakan unsur yang paling berkait dengan tauhid Allah SWT. Maka adalah perlu bagi menganalisis sejauh manakah terdapat hujah-hujah prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam dalam kitab muktabar tasawuf iaitu Ihya' Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Untuk itu disertasi ini berhasrat bagi mencapai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti hujah-hujah penting tujuh prinsip PBI yang dibina oleh Muhammad Syukri Salleh Kedua, menganalisis elemen prinsip-prinsip PBI tersebut dalam Ihya' Ulumuddin dan ketiga, mencadangkan beberapa perkara ke arah memantapkan prinsip-prinsip PBI berdasarkan Ihya' Ulumuddin. Bagi memenuhi tuntutan ketiga-tiga objektif tersebut kaedah analisis teks telah digunakan bagi menganalisis data-data yang telah terkumpul. Hasil penganalisisan mendapati keseluruhan pembinaan tujuh prinsip PBI yang dibina oleh Muhammad Syukri Salleh adalah berdasarkan disiplin ilmu pembangunan rohani. Tidak terdapat banyak hujah yang perlu dimantapkan secara total. Pembinaan prinsip yang dilakukan oleh Muhammad Syukri Salleh secara tidak langsung selari Ihya' Ulumuddin. Kajian ini turut mencadangkan agar dilakukan kajian yang lebih terfokus kepada satu-satu prinsip sahaja, seperti prinsip ibadah sebagai perkaedahan PBI, prinsip ilmu fardu ain sebagai kerangka PBI dan lain-lain lagi. Malah sebagai usaha memantapkan lagi disiplin ilmu PBI adalah perlu juga mengkaji kitab-kitab muktabar ulama' lain.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Kaedah Pengurusan

Tauhidik Akademi

Pengurusan YAPEIM: Analisis

Epistemologi Dan Tasawur

Dari Perspektif Islam

Siti Rushada Md

Zainudin 2012 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Ahmad

HD28.M208.R953. 2012

Disertasi ini bertujuan untuk menganalisis Kaedah Pengurusan Tauhidik dari aspek falsafah Islam. Ia akan menumpukan kepada tiga elemen teras utama dalam Kaedah Pengurusan Tauhidik iaitu Pandangan Sarwa Islami, Syura dan Amal Jama'i. Kaedah Pengurusan Tauhidik di sini merujuk kepada salah satu daripada kaedah pengurusan Islam yang diguna pakai pada masa kini. Walau bagaimanapun adakah Kaedah Pengurusan Tauhidik ini benar-benar menepati asas falsafah Islam dalam erti kata sebenar? Untuk tujuan itu, disertasi ini akan menganalisis Kaedah Pengurusan Tauhidik dari dua aspek utama falsafah Islam iaitu epistemologi dan tasawur. Ia akan cuba meneliti sejauh manakah epistemologi dan tasawur Kaedah Pengurusan Tauhidik selari dengan epistemologi dan tasawur Islam. Penelitian ini penting kerana epistemologi dan tasawur merupakan mekanisme yang membentuk dasar dan falsafah bagi sesuatu elemen. Kedua-dua aspek ini juga merupakan pengukur kepada Islam atau tidak Islamnya sesuatu elemen itu. Kajian ini berbentuk teoretikal dan melibatkan kaedah kajian perpustakaan serta menguna pakai analisis kandungan dan analisis teks. Dapatan analisis dirumuskan bahawa majoriti elemen teras Kaedah Pengurusan Tauhidik selari dengan epistemologi dan tasawur Islam. Namun begitu, sebahagian kecil pada setiap elemen teras Kaedah Pengurusan Tauhidik perlu dijitukan semula melalui penambahbaikan dengan asas-asas dalam aspek falsafah Islam. Ia secara langsung meningkatkan lagi keselarian dan kejituan sebenar Kaedah Pengurusan Tauhidik agar lebih komprehensif dan holistik. Implikasinya, Kaedah Pengurusan Tauhidik yang diakui selari dengan aspek falsafah Islam boleh diperluaskan dan diaplikasikan secara optimum di semua peringkat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10

Agihan Dana Zakat Kepada Non-Muslim :

Analisis Pandangan Ulama Di Himpunan

Ulama Dayah Aceh, Indonesia

Siti Nuraisyah

Hashim 2012 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

HD28.M209.N974 2012

Disertasi ini bertujuan menganalisis pandangan dalam kalangan ulama dayah di Aceh terhadap pengagihan dana zakat kepada asnaf mualaf non-Muslim. Sirah Rasulullah SAW mempamerkan bahawa pengagihan zakat kepada mualaf non-Muslim adalah dibenarkan. Namun bermula dengan Khalifah Umar al-Khattab, pengagihan zakat kepada mualaf non-Muslim telah diberhentikan. Ulama-ulama kontemporari pula khususnya Yusuf al-Qaradawi berpandangan bahawa pengagihan zakat kepada non- Muslim adalah diharuskan. Persoalannya, mengapakah pengagihan dana zakat kepada mualaf non-Muslim tidak dibenarkan oleh Khalifah Umar al-Khatab sedangkan ia dibenarkan oleh Rasulullah SAW? Untuk menjawab soalan tersebut, analisis kandungan dibuat ke atas pandangan-pandangan dalam kalangan ulama tafsir, ulama mazhab dan ulama di Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA) terhadap pengagihan dana zakat kepada non-Muslim. Dapatan mempamerkan bahawa ulama tafsir bersetuju dengan agihan dana zakat kepada non-Muslim bagi tujuan menjinakkan mereka kepada Islam. Dalam kalangan ulama mazhab mempunyai dua pandangan iaitu ada golongan yang bersetuju dan ada tidak bersetuju pengagihan dana zakat kepada non-Muslim. Sementara itu, dalam kalangan ulama di Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA) pula tidak bersetuju dengan agihan zakat kepada non- Muslim kerana pengagihan zakat sepatutnya diberikan kepada golongan mualaf Muslim sahaja. Jika begitu dapatannya, maka perbincangan tentang pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim sepatutnya diteruskan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Islamic Management Of

Poverty : An Application Of Muhammad

Syukri Salleh's Thougt On The

Case Of People's Defend

Cooperative (KOBERA)

Penang

Taha Mohd Omar 2012 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

HD28.M210.T128 2012

This research intends to identify and determine the applicability of the thought of Muhammad Syukri Salleh on the Islamic management of poverty. The research consists of two general objectives. Firstly, to understand and analyze Muhammad Syukri Salleh's thought on Islamic management of poverty. Second, to identify the applicability of Islamic management of poverty method created by Muhammad Syukri Salleh at the People's Defend Cooperative (KOBERA) Penang. In order to achieve both of the objectives, library research and field research were carried out. Library research is pursued to attain secondary data that are related to Islamic management of poverty methods. Field research was pursued to examine the level of acceptance in applying pure Islamic management of poverty method. This is meant to oversee the current poverty management in KOBERA cooperatives. This research has produced awareness on managing poverty from the Islamic perspective spiritually and materially. Subsequently, it can be proved that the Islamic management of poverty method introduced by Muhammad Syukri Salleh based on Islamic epistemology and world-view is the appropriate management specifically for the KOBERA executives and entrepreneurs, and generally for the Muslims worldwide. Finally the finding of the research reveals that the application of Muhammad Syukri Salleh's thought for the management of poverty at KOBERA could be viable and workable. Penang or Pulau Pinang is a state in Malaysia, located on the northwest coast of Peninsular Malaysia by the Strait of Malacca. Penang is the second smallest state in Malaysia after Perlis, and the eighth most populous.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Perancangan Kewangan Awam Nabi Yusuf A.S

Teuku Surya Darma 2012 Disertasi Sarjana

Dr. Zahri Hamat

HG1.M211.T351 2012

Perancangan kewangan awam telah diperkenalkan oleh Nabi Yusuf a.s. semasa beliau menjadi Bendahari negeri Mesir. Antara strategi perancangan kewangan awam beliau ialah dengan mengimbangkan pengeluaran pertanian ketika makmur dengan penggunaan ketika meleset yang dijangkakan. Keberkesanan strategi perancangan oleh Nabi Yusuf a.s. terbukti berjaya menghadapi masa kemelesetan berpanjangan yang dihadapi penduduk Mesir dan penduduk wilayah persekitarannya. Namun al-Qur'an tidak memperincikan tindakan-tindakan Nabi Yusuf a.s. dalam melaksanakan perancangannya. Disertasi ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis pendekatan dan prinsip-prinsip yang dipakai oleh Nabi Yusuf a.s. dalam perancangan kewangan awam sehingga berjaya membawa penduduk Mesir keluar dari kemelesetan tanpa sebarang kesukaran. Bagi mencapai maksud tersebut, tiga persoalan telah diberi perhatian. Pertama, apakah pendekatan yang digunakan Nabi Yusuf a.s. dalam menyusun perancangan kewangannya? Kedua, apakah prinsip-prinsip dasar dalam perancangan kewangan Nabi Yusuf a.s? Ketiga, bagaimanakah prinsip-prinsip dasar tersebut boleh dipakai secara berterusan? Bagi menjawab ketiga-tiga persoalan itu, analisis kandungan dibuat berdasarkan data sekunder yang diperoleh melalui penerokaan terhadap ayat 47, 48 dan 49 dalam surah Yusuf serta tafsirannya daripada para ulamak mufassirīn Dapatan analisis kandungan mempamerkan bahawa dalam membuat perancangan kewangan awam, Nabi Yusuf a.s. menggunakan pendekatan berasaskan Ilāhiyyah dan fitrah kawniyyah. Ini memberi kefahaman bahawa Allah SWT berkuasa ke atas segala yang berlaku kepada semua makhluk. Manakala makhluk mengikuti kehendak Allah pula adalah fitrah atas penciptaannya. Dapatan analisis juga mempamerkan bahawa terdapat lima perkara yang menjadi prinsip dalam perancangan kewangan awam yang dilaksanakan oleh Nabi Yusuf a.s. Pertama, prinsip keutamaan kepada keperluan asas. Kedua, optimum menggali keupayaan negeri sendiri. Ketiga, perbelanjaan yang berhemat. Keempat, prinsip perancangan berjangka. Kelima, prinsip kewangan berimbang. Akhirnya, sebagaimana telah dihujahkan, maka diyakini bahawa prinsip-prinsip perancangan yang digunakan Nabi Yusuf a.s. boleh berlaku secara berterusan yang tiada batasan masa dan tempat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Pengurusan Perniagaan

Saudara Baru: Kajian Kes Di Pulau Pinang

Abdullah Mohd Nor 2013 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria

bin Bahari

HB615.M182.AB136 2013

Saudara baru menghadapi pelbagai cabaran sama ada sebelum atau selepas memeluk agama Islam. Antara cabaran tersebut ialah daripada aspek pekerjaan, di mana dengan kekurangan kefahaman berkaitan ajaran agama Islam menyebabkan pekerjaan yang dilakukan tidak selari dengan ajaran agama Islam. Disertasi ini bertujuan mengkaji dan menganalisis pengurusan perniagaan saudara baru di Pulau Pinang, satu kajian lapangan telah dilakukan melalui temu bual mendalam terhadap sebelas orang saudara baru dengan menggunakan teknik persampelan bola salji. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati 100 peratus responden mengusahakan perniagaan bentuk persendiri an dan mengusahakan perniagaan jenis makanan dan perkhidmatan. Hasil kajian juga menunjukkan, secara keseluruhan kaedah pengurusan perniagaan saudara baru yang meliputi sumber modal, ilmu pengetahuan berkaitan ajaran agama Islam dan proses perniagaan tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Selain itu, 91 peratus responden mengatakan kaedah pengurusan perniagaan saudara baru setelah memeluk Islam memberi kesan positif terhadap perniagaan yang diusahakan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2

Islamic Asset Management: An

Analysis Of Its Contemporary

Concept

Azreen Hamiza

Abdul Aziz 2013 Disertasi

Sarjana HD28.M183.AZ997 2013

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Faktor-Faktor Penerimaan Pembiayaan Perumahan Musharakah Mutanaqisah

Dalam Kalangan Pengguna

Muslim Terengganu

Selatan

Dalfiza Mohd Yusof

2013 Disertasi Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria

bin Bahari

HV1.M184. D141 2013

Di Malaysia, produk dan perkhidmatan Sistem Perbankan Islam (SPI) telah mula berkembang pesat dalam arus industri perbankan dan kewangan. Perkembangan produk dan perkhidmatan SPI secara berperingkat-peringkat telah berjaya mengeluarkan lebih 50 produk dan perkhidmatan sehingga kini. Antaranya termasuklah memperkenalkan produk pembiayaan perumahan secara Islam berasaskan perkongsian untung rugi (Musharakah Mutanaqisah) berbanding pembiayaan berasaskan hutang (Bai' Bithaman Ajil). Namun didapati, 80 peratus pembiayaan di Malaysia adalah pembiayaan berasaskan hutang iaitu penyumbang terbesar dalam perkembangan perbankan dan kewangan Islam. Peratusan ini menunjukkan masih kurangnya sambutan khususnya masyarakat Muslim terhadap pembiayaan MM dalam hal pembiayaan perumahan. Persoalannya, mengapakah penerimaan MM dalam kalangan pengguna Muslim masa kini masih rendah sedangkan pembiayaan MM lebih diterima secara global? Fenomena tersebut menimbulkan persoalan adakah keadaan ini disebabkan oleh faktor instrinsik (kefahaman terhadap pembiayaan MM, pertimbangan halal haram, penggunaan berkualiti, pulangan maslahat dan kepatuhan agama) atau faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk dan keselesaan perkhidmatan)? Oleh itu, objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenal pasti kontrak muamalat dan mekanisme yang diguna pakai dalam pembiayaan perumahan MM di Malaysia. Objektif kedua adalah menganalisis penerimaan MM dalam kalangan pengguna Muslim Terengganu Selatan. Objektif ketiga pula merumus arah dan kekuatan hubungan antara faktor- faktor konstruk dengan penerimaan MM yang mempengaruhi pengguna Muslim Terengganu Selatan. Data sekunder diperolehi melalui kajian perpustakaan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Data primer pula diperolehi melalui maklumat daripada soal selidik melibatkan 300 pengguna Muslim Terengganu Selatan sebagai ressponden. Data primer yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dan analisis kuantitatif mengunakan korelasi pearson dan faktor analisis. Hasil analisis data sekunder mendapati bahawa prinsip syariah yang digunakan dalam pembiayaan perumahan MM adalah musharakah, ijarah, dan al- bay' Mekanisme yang digunakan terbahagi kepada dua bentuk iaitu perumahan yang siap dibina dan perumahan yang masih dalam pembinaan. Melalui data primer, didapati hanya enam faktor yang mempunyai kekuatan penerimaan pembiayaan MM iaitu pulangan maslahat, keselesaan perkhidmatan, kefahaman, pemasaran, pertimbangan halal haram dan kepatuhan agama. Faktor pulangan maslahat dan keselesaan perkhidmatan mempunyai kekuatan penerimaan MM paling tinggi. Manakala faktor pertimbangan halal haram dan kepatuhan agama mempunyai kekuatan paling rendah. Keadaan ini menunjukkan pengguna Muslim Terengganu Selatan tidak mementingkan faktor agama apabila melakukan pembiayaan perumahan. Di samping itu, pihak berkaitan perlu memberi lebih perhatian terhadap faktor ekstrinsik seperti pemasaran dan faktor instrinsik seperti kefahaman pembiayaan MM yang berada pada tahap sederhana. Dengan peningkatan pemasaran dan kefahaman pembiayaan MM, diharapkan mampu meningkatkan jumlah

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

pengguna pembiayaan perumahan MM di Terengganu Selatan sekaligus meningkatkan jumlah pembiayaan ekuiti sehingga mampu bersaing dengan pembiayaan berasaskan hutang

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4

Tadbir Urus Anak Tidak Sah

Taraf Dalam Kalangan

Masyarakat Muslim: Kajian Kes Jabatan

Kebajikan Masyarakat

Pulau Pinang

Imroatussholehah Mohamad Sholeh 2013 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohammad Zaini Abu

Bakar

BP160.M185.IM34 2013

Disertasi ini bertujuan untuk mengkaji tadbir urus anak tidak sah taraf dalam kalangan masyarakat Muslim. Latar belakang kajian ini bermula dengan melihat secara umum kepentingan konsep tadbir urus baik yang membawa kepada kejayaan sesebuah pemerintahan dan pentadbiran. Kemudian latar belakang ini difokuskan kepada tadbir urus di salah sebuah institusi awam iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang. Amalan tadbir urus yang digunakan dalam JKM Pulau Pinang ini ialah cekap, akauntabiliti dan telus atau lebih dikenali sebagai CAT Tumpuan tadbir urus ini ialah anak tidak sah taraf yang ditempatkan dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi menjadikan kajian ini lebih fokus, terdapat dua objektif kajian yang telah dibina. Pertama, mengenal pasti prinsip tadbir urus JKM Pulau Pinang terhadap anak tidak sah taraf dalam kalangan masyarakat Muslim. Kedua, menganalisis prinsip tadbir urus JKM Pulau Pinang terhadap anak tidak sah taraf di Pulau Pinang. Kajian ini merupakan kajian kes yang meletakkan JKM Pulau Pinang sebagai fokus kajian utama. Manakala pengumpulan data adalah melalui kajian perpustakaan dan temu bual mendalam. Kajian lapangan dijalankan dengan mengadakan sesi temu bual bersemuka dengan empat orang responden sebagai sampel bertujuan. Responden ini dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama merupakan responden daripada perwakilan JKM Pulau Pinang iaitu pegawai Unit Kanak-Kanak dan Pengetua Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Pulau Pinang. Manakala kategori kedua pula merupakan pegawai yang berautoriti dalam bidang agama iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Mufti Pulau Pinang. Analisis kajian menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mencapai objektif kajian. Kajian ini menjelaskan konsep dan ciri-ciri yang terdapat dalam tadbir urus kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan di JKM Pulau Pinang Konsep kecekapan meliputi keupayaan, pengetahuan, keperibadian individu dan pengawasan. Manakala akauntabiliti pula memperlihatkan tanggung jawab dari segi kewangan dan pentadbiran. Ketelusan pula merupakan memperlihatkan dari segi penyampaian dan perkongsian maklumat yang dilakukan oleh JKM Pulau Pinang

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Politik Kelestarian

Sisters In Islam: Analisis

Daripada Perspektif Pihak

Luar

Intan Nursyuda Muhamad

Nasir

2013 Disertasi Sarjana

Dr. Mohammad Zaini Abu

Bakar

JA1.M186. IN61 2013

Sisters in Islam (SIS) merupakan sebuah NGO yang bersifat emansipasi wanita yang lestari dengan perjuangannya. SIS kian mendapat perhatian khususnya di Malaysia dan umumnya di dunia. SIS juga dilabel mendokong fahaman Islam Liberal mengikut acuan tersendiri dan aktif serta lantang dalam memperjuangkan dan mempertahankan ideanya. Pelbagai isu yang membabitkan SIS dikatakan dapat ditangani walaupun ada pihak yang mengkritik dan tidak menyenangi akan kewujudannya. Terdapat kajian berkaitan isu SIS menyatakan pengaruh politik sebagai kekuatan SIS. Untuk menjelaskan keadaan tersebut, kajian ini telah menetapkan dua objektif utama. Objektif pertama ialah untuk mengenal pasti faktor- faktor kelestarian SIS yang dipengaruhi oleh politik. Manakala objektif kedua pula ialah untuk menganalisis faktor-faktor kelestarian SIS daripada perspektif pihak luar. Data primer diperoleh dengan kaedah temu bual mendalam dan data sekunder didapati melalui kajian perpustakaan. Kajian lapangan dilakukan melalui temu bual bersemuka dengan lima orang responden sebagai sampel yang terdiri daripada perwakilan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), perwakilan Jabatan Mufti Pulau Pinang, perwakilan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, dan dua orang ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Al-Bukhari (AiU). Analisis kajian dibuat dengan kaedah analisis kandungan bagi mencapai objektif kajian. Kajian kes ini mendapati tiga belas faktor yang dipengaruhi oleh politik. Faktor-faktor tersebut ialah penyertaan kelestarian masyarakat, aktiviti dan program, perkhidmatan, subsidi, sumbangan dana, sumber sampingan, ideologi, matlamat pertubuhan, hubungan kerjasama, kemahuan politik penguasaan media, latar belakang kepimpinan, dan kesalahan undang-undang. Hasil dapatan telah dianalisis menggunakan teori Tiga Garis Dasar (TBL) dan mendapati keseluruhan faktor yang dinyatakan dibahagikan kepada tiga kelompok berdasarkan prinsip kelestarian iaitu sosial, ekonomi dan lingkungan. Berdasarkan temu bual responden-responden kajian, hasil mendapati enam faktor kelestarian SIS yang dipengaruhi politik telah disepakati. Enam faktor tersebut ialah perkhidmatan, sumbangan dana, ideologi, latar belakang kepimpinan, penguasaan media dan hubungan kerjasama. Kajian mendapati faktor-faktor tersebut telah membantu SIS terus lestari dan menjadi NGO wanita yang lebih kehadapan berbanding NGO lain. Kesimpulannya, kajian mendapati politik memainkan peranan penting dalam memelihara kelestari an SIS.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6

Prinsip-Prinsip Pembangunan

Berteraskan Islam Dalam

Sirah Rasulullah Saw Dengan Rujukan Khas Kepada Rahim

Al Maktum

Khairunnisa Mansor 2013 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

HD72.M187.K45 2013

Pembangunan berteraskan Islam (PBI) mempunyai paradigma yang berbeza daripada pembangunan lazim. PBI mempunyai falsafah, epistemologi ilmu yang tersendiri. PBI yang diperkenalkan oleh Muhammad Syukri Salleh mempunyai 7 prinsip. Dengan itu, disertasi ini bertujuan untuk menganalisis prinsip PBI dalam sirah Rasululullah SAW dengan menggunakan rujukan khas Rahiq al-Makhtum. Disertasi ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua prinsip yang tidak selari dengan unsur-unsurnya mengikut hujah dalam sirah Rasulullah SAW merujuk kepada kitab Rahiq al-Makhtum. Manakala bagi prinsip dua, empat, lima, enam, dan tujuh terdapat keselarian dalam sirah Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan Muhammad Syukri Salleh dapat menjelaskan permasalahan PBI secara spesifik dan terperinci. Malah PBI ini dapat merungkai persoalan pembangunan mengenai krisis konsep, strategi, dan pelaksanaan yang menyimpang daripada perspektif Islam. Kajian ini membawa kepada dua implikasi. Pertama, implikasi terhadap aplikasi prinsip-prinsip PBI. Prinsip-prinsip PBI yang telah dibina dapat memberi impak ke arah pembangunan masyarakat. Kedua, implikasi terhadap aplikasi sirah Rasulullah SAW dalam kehidupan terutamanya dalam pembangunan masyarakat. Dengan itu, bukti penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah adalah membina masyarakat baru mengikut acuan Islam. Sekali gus dapat mencontohi pendekataan pembangunan Rasulullah SAW, menerusi sirah dalam pengaplikasian prinsip-prinsip PBI.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Pemikiran Pembangunan

Berteraskan Islam Hasan Al-Banna Dalam Majmu’ah Ar

Rasail

Marhamah Ishak 2013 Disertasi

Sarjana HD72.M188.M331 2013

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8

Pembiayaan Islam Dalam

Koperasi Masjid: Kajian Kes Di

Koperasi Masjid Ban Nua, Thailand

Mohd Hanif Hazahari 2013 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya Dr. Zakaria bin

Bahari

BP187.M189.H239 2013

Kebanyakan masjid kini tidak lagi berfungsi seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Fungsi masjid kini tidak 1lebih dari tempat untuk melakukan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, berzikir, membaca al-Qur'an dan sebagainya. Tidak dinafikan terdapat usaha untuk mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai program, namun usaha ini masih belum berjaya. Situasi ini berbeza di Ban Nua Thailand. Peranan masjid bukan sahaja sebagai rumah ibadat yang hanya menumpukan kepada program keagamaan. Sebaliknya, masjid dijadikan pusat pelbagai kegiatan yang boleh menjana ekonomi sekali gus dapat dinikmati oleh masyarakat sekitarnya. Masjid yang berada di perkampungan Muslim di Ban Nua ini dijadikan asas pemerkasaan ekonomi masyarakatnya dan juga umat Islam secara luas. Oleh sebab itu maka tertubuhlah sebuah koperasi Penubuhan koperasi masjid Ban Nua merupakan satu perkembangan positif dalam bidang ekonomi khususnya kepada umat Islam di Ban Nua. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan keuntungan yang dicatatkan setiap tahun. Disamping itu, Semenjak penubuhan koperasi masjid Ban Nua sehingga tahun 2012, jumlah anggota yang mendaftar amatlah menggalakkan. Ini menunjukkan bahawa koperasi Masjid Ban Nua mendapat kepercayaan daripada masyarakat Ban Nua yang inginkan kemajuan dalam bidang ekonomi. Persoalannya, mengapa koperasi masjid Ban Nua berjaya? Apakah pendekatan asas yang telah digunakan untuk membangunkan koperasi tersebut? Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sehinggakan berjaya menarik minat masyarakat terhadap koperasi yang ditubuhkan itu? Justeru, kajian kes bersifat penjelasan dijalankan untuk mencari jawapan terhadap persoalan yang dibangkitkan. Kaedah temu bual mendalam menggunakan soalan temu bual semi- struktur dilakukan terhadap enam orang responden yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian mempamerkan bahawa terdapat dua pendekatan asas yang ditekankan dalam membangunkan koperasi masjid Ban Nua iaitu dari aspek spiritual dan fizikal. Manakala koperasi menjalankan dua aktiviti pembiayaanya yang utama iaitu pembiayaan jual beli dan hutang dan juga skim simpanan Wadi'ah masjid Ban Nua.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Kejayaan

Usahawan Asnaf Di Baitul Mal

Aceh, Indonesia

Muhammad Haris

Riyaldi 2013 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

HB615.M190.H282 2013

Kajian terdahulu mempamerkan bahawa terdapat kes kejayaan dan kegagalan yang dialami oleh usahawan asnaf dalam menggunakan agihan zakat produktif daripada Baitul Mal Aceh (BMA) untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Namun, pada umumnya lebih ramai usahawan asnaf yang berjaya jika dibandingkan dengan usahawan asnaf yang tidak berjaya. Persoalannya, apakah faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf di BMA? Disertasi ini memiliki dua objektif. Pertama, mengenal pasti bentuk-bentuk dan mekanisme pengagihan zakat produktif di BMA. Kedua, mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi usahawan asnaf di BMA. Kajian kes bersifat penjelasan dilakukan untuk menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif kajian. Temu bual terhadap responden yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan dijalankan terhadap dua orang pegawai BMA dan lapan orang usahawan asnaf yang diiktiraf berjaya oleh BMA Dapatan kajian mempamerkan bahawa BMA mengagihkan zakat produktif dalam dua bentuk. Pertama, modal dalam bentuk tunai dan kedua, modal dalam bentuk peralatan. Pengagihan dilaksanakan oleh satu unit khusus yang dibentuk oleh BMA yang dipanggil Unit Pengelolaan Zakat Produktif (UPZP) kepada lima sektor usaha iaitu perniagaan kecil, peternakan, pertanian, industri desa, dan pengangkutan. Dapatan juga mempamerkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, faktor luaran yang terdiri daripada modal kerja dan bimbingan daripada petugas lapangan BMA. Kedua, faktor dalaman terdiri daripada aspek spiritual dan sumber manusia usahawan asnaf jayaan

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10

Kaedah Pengurusan

Disiplin Pelajar Pondok Bustanul Ariffin Banting,

Selangor

Muslihah Mazlan 2013 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzilla

Azni Ahmad

L7.M191.M987 2013

Disertasi ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengurusan disiplin pelajar yang digunakan di salah sebuah institusi pendidikan Islam di Malaysia. Latar belakang kajian ini bermula dengan melihat kepentingan dan penekanan kerajaan dalam memastikan sistem pendidikan di Malaysia dilaksanakan dengan baik. Fokus disertasi ini lebih menjurus kepada kajian kes berkaitan pengurusan disiplin yang digunakan oleh Pondok Bustanul Arifin Banting, Selangor. Tumpuan kepada aspek pengurusan disiplin pelajar penting kerana ia merupakan salah satu mekanisme untuk mencapai matlamat pendidikan negara. Kegagalan membentuk disiplin pelajar pada hari ini bakal melahirkan ahli masyarakat yang bermasalah pada masa akan datang Walau bagaimanapun, kaedah pengurusan disiplin yang digunakan di institusi pendidikan Islam masih lagi menjadi persoalan. Tinjauan kajian lepas kaedah pengurusan disiplin yang tertumpu kepada perspektif umum dan institusi pendidikan yang bukan Islam. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis kaedah pengurusan disiplin pelajar yang digunakan di Pondok Bustanul Arifin Banting, Selangor. Bagi memenuhi objektif ini, kaedah penyelidikan mengaplikasikan data primer iaitu kajian lapangan dan data sekunder melalui kajian perpustakaan. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data. Kerangka konseptual pembentukan disiplin pelajar diaplikasi untuk menjadi alat analisis. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua objektif telah tercapai. Objektif pertama telah tercapai dengan menemukan dua bentuk kaedah pengurusan disiplin pelajar yang digunakan iaitu bentuk secara umum serta bentuk secara khusus. Bentuk kaedah umum adalah tempoh percubaan 41 hari, meraikan minat dan bakat para pelajar, hubungan rapat antara guru dan pelajar, sistem pengajian dan wirid dan suasana harmoni dalam kalangan pelajar di pondok. Manakala bentuk secara khusus adalah hukuman rotan di hadapan khalayak ramai serta tempoh bermuhasabah dalam liang lahad. Dapatan untuk objektif kedua pula menunjukkan terdapat tiga faktor dalaman yang menjadi elemen pelaksanaan kaedah pengurusan tersebut. Kesedaran para pelajar, kasih sayang dan pengorbanan pihak pengurusan serta pertolongan dan bantuan daripada Allah SWT. Hasil kajian ini menyumbang kepada bidang ilmu dan membantu membuka ruang kepada penambahbaikan dalam menguruskan disiplin pelajar di institusi pendidikan pada hari ini.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Piawaian Halal MS 1500:2009:

Kajian Dari Perspektif Tasawur

Pembangunan Berteraskan

Islam

Norazilawati Dahlal 2013 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzilla

Azni Ahmad

BP160.M192.N822 2013

Disertasi ini bertujuan menganalisis komponen-komponen yang terkandung dalam piawaian halal MS1500:2009. Rentetan daripada perkembangan industri makanan halal dunia yang semakin meningkat, kerajaan Malaysia melaksanakan satu bentuk pengurusan kualiti Islam bagi memastikan penghasilan produk makanan halal Malaysia terjamin kehalalannya. Kerajaan Malaysia melalui Institut Penyelidikan dan Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah merangka dan membangunkan piawai Malaysia MS1500- Garis Panduan Asas bagi Pengeluaran, Penyediaan, Pengawalan dan Penyimpanan Makanan Halal yang merangkumi pematuhan piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Amalan Kebersihan Baik (GHP) di samping menggunakan hukum Syarak sebagai panduan piawaian. Melihat kepada beberapa isu yang berlaku dalam industri makanan halal, kedudukan pengurusan kualiti makanan halal ini masih dipersoalkan. Sejauh manakah pengurusan kualiti makanan halal melalui panduan piawaian halal MS1500:2009 dapat menjamin kehalalan produk yang dihasilkan? Oleh itu, disertasi ini dilakukan dengan berdasarkan tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti komponen-komponen yang terkandung dalam piawaian halal MS1500:2009. Kedua, menganalisis tasawur piawaian halal MS1500:2009 dari perspektif tasawur pembangunan berteraskan Islam (PBI). Elemen Tasawur Islam sebagai acuan PBI dipilih dan dijadikan elemen pengukuran analisis. Ketiga, hasil analisis dirumuskan dengan menunjukkan tasawur piawaian halal MS1500:2009 dari perspektif tasawur PBI. Untuk mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini, kajian teoretikal yang bersifat deskriptif dan penjelasan telah menggunakan kaedah analisis kandungan. Dokumen piawaian halal MS1500:2009 Garis Asas bagi Pengeluaran, Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Halal (semakan kedua) dan buku 7 prinsip pembangunan berteraskan Islam karya Muhammad Syukri Salleh (2002) serta penulisan dan kajian berkaitan PBI digunakan sebagai sumber data utama kajian ini. Hasil analisis menunjukkan piawaian halal MS1500:2009 hanya menggariskan panduan dan peraturan yang merujuk kepada ilmu-ilmu Fekah sahaja. Ilmu Fekah merupakan salah satu pecahan intipati ilmu fardhu 'ain selain ilmu Tauhid dan ilmu Tasauf. Pengurusan kualiti makanan halal sebagai satu bentuk fardhu kifayah dapat dilaksanakan dengan sempurna apabila ketiga-tiga ilmu fardhu 'ain diaplikasikan dengan bersepadu. Peraturan dan panduan yang terkandung dalam piawaian halal MS1500:2009 yang hanya memfokuskan kepada ilmu-ilmu Fekah telah menjadikan piawaian halal ini sebagai satu piawaian atau peraturan berbentuk peribadatan. Perkara ini dilihat sukar untuk menangani isu integriti halal apabila pengusaha makanan itu tidak meyakini bahawa Allah SWT sebagai Pencipta dan tidak merasai amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Maka, dengan pengaplikasian ketiga-tiga ilmu ini menunjukkan kewujudan elemen-elemen tasawur Islam yang lengkap. Akhirnya, pengurusan ini dapat mengenal pasti dan menyelesaikan permasalah

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

integriti dalam penghasilan produk makanan halal dari akar umbi tanpa memfokuskan pencapaian fizikal semata-mata.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Persepsi Pelajar Terhadap

Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Dalam

Kurikulum Program Ulul Albab: Kajian Kes Sekolah Menengah

Imtiaz, Terengganu

Norhazriah Mohamed@Ismail 2013 Disertasi Sarjana

Dr. Mohammad Zaini Abu

Bakar

L7.M193.N839 2013

Sejarah pendidikan Malaysia sering mengalami perubahan bagi memenuhi tuntutan zaman. Kesan daripada itu, Malaysia telah meletakkan misi pendidikan, iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara. Misi ini dibentuk berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, melalui usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, iaitu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Seiring dengan kelangsungan proses pendidikan, pembentukkan kurikulum diperlukan. Ini kerana kurikulum adalah sebagai panduan kepada pendidikan dan merupakan suatu perkara yang sangat penting. Dampak pelajar yang akan dihasilkan adalah berakar umbi daripada spektrum kurikulum yang disediakan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis bentuk dan tahap persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kurikulum program Ulul Albab (UA) Sekolah Menengah Imtiaz (SMI), Terengganu. Data yang dikumpul diproses menggunakan statistical package for social science (SPSS) 17.0. Kaedah analisis frekuensi dan jadual silang digunakan untuk memberi tafsiran kepada data dan seterusnya menjawab persoalan kajian. Analisis mendapati bentuk persepsi pelajar terhadap P&P dalam kurikulum program UA SMI, Terengganu adalah terhasil daripada kesan-kesan faktor persepsi, iaitu pengalaman, pengetahuan, sikap, personaliti dan situasi yang berada disekitarnya. Manakala tahap persepsi pelajar terhadap P&P dalam kurikulum program UA SMI, Terengganu pula dapat dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu tahap persepsi yang positif, negatif dan neutral. Pengukur yang digunakan dalam meletakkan tahap persepsi adalah merujuk kepada skala likert jawapan daripada soal selidik. Perbezaan tahap persepsi responden boleh dilihat melalui hubungan silang latar belakang responden dengan soal selidik Analisis mendapati persepsi pelajar lelaki lebih menunjukkan kepelbagaian tahap persepsi. Bagi daerah sekolah, daerah Kuala Terengganu lebih banyak menyumbang kepada pembentukan tahap persepsi yang berbeza. Manakala dari segi tingkatan (umur), pelajar tingkatan 4 mempunyai persepsi yang unik berbanding dengan pelajar tingkatan 5. Secara keseluruhannya, analisis yang diperoleh daripada sukatan pelajaran, penyelarasan program akademik dan jadual pembelajaran

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

berada pada tahap yang baik. Di mana tahap persepsi pelajar menjurus kepada tahap persepsi yang positif bagi setiap item yang disoal.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

13

Pelaksanaan Pengurusan Asas-Asas

Kualiti Peribadi Dalam

Kehidupan Nabi Muhammad

SAW

Nurul Ain Zainul Abidin 2013 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzilla

Azni Ahmad

HD4861.M194.AI295 2013

Secara umum, disertasi ini bertujuan mengkaji pelaksanaan pengurusan asas-asas kualiti peribadi dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW. Manakala secara khususnya pula, disertasi ini berhasrat mengenal pasti istilah-istilah yang merujuk kepada asas-asas kualiti peribadi dalam sumber rujukan utama Islam iaitu al-Qur'an. Seterusnya penganalisisan dilakukan dengan menganalisis pelaksanaan pengurusan asas-asas kualiti peribadi dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW dan akhirnya merumuskan satu panduan asas pengurusan kualiti peribadi berteraskan Islam. Peribadi yang berkualiti merupakan aspek penting yang perlu diberi penekanan. Daripada insan yang berkualitilah dapat menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Persoalannya, apakah pengurusan kualiti peribadi dari perspektif Islam? Bagaimanakah Islam melihat kualiti peribadi tersebut dari aspek pengaplikasi annya? Bagi mencapai semua objektif dan menjawab kesemua persoalan kajian ini, kajian teoretikal yang berbentuk penerokaan ini mengguna pakai kaedah analisis kandungan dalam menganalisis data. Hasil kajian ini telah mencapai semua objektif dan menjawab kesemua persoalan kajian. Kajian ini menemui empat istilah kualiti peribadi dalam al-Qur'an iaitu al-khayr, al-ma'ruf, ihsan dan ihkam (hikmah). Setelah mengenal pasti istilah-istilah berkaitan kualiti peribadi tersebut, istilah-istilah tersebut dianalisis dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW khususnya pada zaman kerasulan Baginda. Sifat al-khayr dan al-ma'ruf Baginda dapat dilihat dalam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Ta'if; peristiwa pembinaan masjid Quba'; peristiwa mempersaudarakan sesama Muslim; peristiwa dalam Perang Badar; dan peristiwa dalam Perang Khandaq. Bagi istilah ihsan pula dapat dilihat dalam peristiwa Nabi Muhammad SAW ditawarkan dengan harta dan pangkat; dakwah Nabi Muhammad SAW kepada negara-negara kuasa besar iaitu Rom dan Parsi; dan peristiwa Nabi Muhammad SAW dengan Yahudi buta. Manakala bagi istilah ihkam pula, pelaksanaan asas-asas kualiti peribadi dapat dilihat dalam peristiwa Perang Uhud; dan peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah. Setelah dianalisis, dapat dirumuskan bahawa empat elemen penting yang perlu ada iaitu al-khayr, al-ma 'ruf, ihsan dan ihkam (hikmah) bagi menghasilkan peribadi yang berkualiti. Kualiti peribadi berteraskan Islam merangkumi aspek dalaman (hubungan yang baik dengan Allah SWT) dan luaran (hubungan yang baik sesama manusia).

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

14

Kreteria Asnaf Dan Mekanisma

Pengagihan Zakat Dalam

Kitab Al-Amwal

Rohida Ismail 2013 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

HD28.M195.R737 2013

Hasil kutipan zakat seperti yang ditentukan oleh Allah SWT perlu diagihkan kepada lapan asnaf mengikut kriteria tertentu agar harta zakat tidak dieksploitasi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Begitu juga dengan mekanisma pengagihan yang turut memainkan peranan penting supaya hasil zakat dapat diagihkan kepada golongan asnaf yang berhak. Oleh itu, disertasi ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kriteria asnaf dan mekanisma pengagihan zakat dalam kitab al- Amwal karya Abū 'Ubayd. Untuk mencapai tujuan tersebut empat persoalan telah ditimbulkan. Pertama, apakah kriteria asnaf sebagai penerima zakat dalam kitab al- Amwa? Kedua, bagaimanakah pandangan ulama tafsir berkaitan kriteria asnaf sebagai penerima zakat? Ketiga, apakah mekanisma pengagihan zakat dalam kitab al-Amwal? Keempat, bagaimanakah pandangan ulama tafsir berkaitan mekanisma pengagihan zakat? Bagi menjawab semua persoalan dalam kajian teoretikal ini analisis tekstual diguna pakai terhadap data sekunder yang didapati melalui penerokaan terhadap kandungan kitab al-Amwäl. Seterusnya, penganalisisan turut dilakukan terhadap pandangan-pandangan ulama tafsir berkaitan kriteria asnaf dan mekanisma pengagihan zakat bagi mengukuhkan dapatan kajian. Analisis mempamerkan bahawa terdapat empat kriteria asnaf sebagai penerima zakat dalam kitab al-Amwal iaitu beragama Islam, fakir, bukan tanggungan pembayar zakat dan bukan keturunan Bani Hasyim. Untuk mekanisma pengagihan pula boleh dilaksanakan melalui dua cara iaitu pengagihan kepada asnaf tertentu mengikut keutamaan asnaf yang lebih memerlukan atau pengagihan kepada keseluruhan asnaf. ketika mempunyai harta zakat yang banyak. Dalam situasi umat Islam di Malaysia kini yang masih terperangkap dengan kesilapan dalam memahami kriteria sebenar penerima zakat pendedahan terhadap kriteria asnaf sebagai penerima zakat adalah perlu. Hal ini bagi mengelakkan harta zakat diagihkan kepada asnaf yang tidak memenuhi kriteria sebenar. Begitu juga dengan proses pengagihan perlu dinilai dengan teliti mekanisma pengagihan yang akan dilaksanakan supaya tidak berlaku situasi keciciran asnaf yang sepatutnya diberi pengagihan harta zakat sedangkan institusi zakat memiliki harta yang dikira layak diagihkan kepada asnaf berkaitan

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

15

Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Pemilihan

Pelajar UiTM Pulau Pinang

Terhadap Pembiayaan Ujrah Oleh

Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional

(PTPTN)

Sakinatul Raadiyah Abdullah

2013 Disertasi Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria

bin Bahari

HD28.M196.SA158 2013

Pembiayaan pendidikan merupakan satu perkara yang selalu difikirkan lazimnya di benak fikiran para pelajar, khususnya pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi. Pembiayaan Ujrah merupakan konsep baru yang mengguna pakai konsep Islamik yang lebih berbentuk upah satu peratus. Pembaharuan ini merupakan perubahan daripada konsep pembiayaan sebelum ini yang diguna oleh PTPTN iaitu konsep caj perkhidmatan tiga peratus. Realiti perubahan yang telah berlaku ini, telah menimbulkan pelbagai persoalan dan menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak. Antara persoalan adalah berkaitan dengan prinsip-prinsip yang diguna pakai dalam perlaksanaan pembiayaan Ujrah oleh PTPTN? Faktor-faktor penentu yang mempengaruhi pemilihan pelajar terhadap pembiayaan Ujrah juga dilihat dari sudut faktor intrinsik dan ekstrinsik sekaligus mengukur tahap persepsi pelajar terhadap pembiayaan Ujrah ini. Seterusnya, penilaian dilakukan untuk melihat samada pertukaran ini mempunyai kebaikan atau sebaliknya? Justeru, kajian ini cuba mencapai tiga objektif. Pertama adalah mengenal pasti mekanisme operasi yang diguna pakai dalam pembiayaan Ujrah oleh PTPTN. Kedua pula adalah menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar terhadap pembiayaan Ujrah. Ketiga pula adalah merumuskan penambahbaikan terhadap konsep pembiayaan Ujrah ini. Untuk itu, kajian ini terbahagi kepada dua fasa yang dijalankan secara berperingkat. Dalam fasa pertama kajian bagi mencapai objektif pertama, pelbagai karya berkaitan disoroti sehingga menjawab semua persoalan yang telah dikemukakan. Dalam fasa kedua kajian pula, bertujuan mencapai objektif kajian kedua. Untuk tujuan tersebut, seramai 250 orang responden yang telah dipilih melalui kaedah persampelan mudah daripada keseluruhan bidang pengajian di UiTM cawangan Pulau Pinang yang merupakan lokasi dalam kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi akan dirumuskan dan seterusnya dapat menjawab objektif kajian yang ketiga. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menemukan bahawa faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar terhadap pembiayaan Ujrah ini melibatkan faktor demografi, kefahaman yang sederhana terhadap pemilihan pembiayaan pendidikan dan juga kerana faktor kewangan, kemudahan prosedur pembiayaan pendidikan yang ditawarkan oleh PTPTN itu sendiri. Hasil kajian ini boleh memberi sumbangan yang cukup signifikan kepada para pelajar khususnya kerana dapat membuka kefahaman yang lebih baik kepada pembiayaan pendidikan di Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

16

Dinamisme Pengagihan

Zakat Produktif: Kajian Kes Di

Ban Nua, Thailand

Wafdi Auni Mohamed 2013 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

HD28.M197.W128 2013

Disertasi ini bertujuan mengkaji dinamisme pelaksanaan pengagihan zakat produktif yang dilaksanakan dalam kal angan komuniti Muslim di Ban Nua, Thailand. Pengagihan zakat produktif adalah mekanisme agihan yang berkesan untuk transformasi penerima zakat kepada pembayar zakat. Namun, pengagihan zakat produktif gagal dilaksanakan secara berkesan disebabkan dana zakat yang ada tidak dapat diagihkan secukupnya kepada penerima zakat. Akhirnya, penerima zakat gagal untuk menjadi seorang pembayar zakat. Walau bagaimanapun, pengagihan zakat produktif dalam kalangan komuniti Muslim di Ban Nua, Thailand mempamerkan kejayaan. Kejayaan tersebut terbukti apabila kebanyakan asnaf yang menerima bantuan zakat telah mampu memberi sedekah kepada masjid setiap hari Jumaat, dan seterusnya tidak mahu lagi menerima zakat. Persoalannya, bagaimanakah pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan pengagihan zakat produktif di Ban Nua? Kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif deskriptif. Berdasarkan persampelan bertujuan, temu bual mendalam dibuat terhadap lima orang responden iaitu Ketua Syura Ban Nua, dua orang amil zakat dan dua orang asnaf zakat. Berdasarkan analisis kandungan, dapatan kajian mempamerkan bahawa pelaksanaan pengagihan zakat produktif boleh dibahagikan kepada tiga pendekatan, iaitu pertama, sosioekonomi; kedua, pendidikan; dan ketiga, kerohanian. Namun didapati bahawa pendekatan kerohanian adalah pendekatan dominan dan dinamik dalam menjayakan pengagihan zakat produktif di Ban Nua.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

17

Dasar Wanita Kelantan Daripada Perspektif

Maqasid Al-Syari’ah

Widad Mat Ali 2013 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohammad Zaini Abu

Bakar

HQ1101.M198.W638 2013

Kedudukan lelaki dan wanita dalam Islam adalah setaraf mengikut fitrah yang dijadikan. Sepertimana yang terdapat dalam surah Al-Hujuraat, 49:13 iaitu manusia diciptakan daripada seorang lelaki dan wanita yang dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling berkenal -kenal an. Tetapi kedudukan yang paling mulia di antara mereka di sisi Allah SWT ialah orang yang bertakwa. Ini memberi justifikasi bahawa Islam tidak membezakan kedudukan di antara lelaki mahu pun wanita tetapi tingkatan ibadah itulah yang membezakan di antara keduanya. Namun demikian, melalui proses masa, berlaku perubahan. Kedudukan wanita dalam kalangan masyarakat jahiliah khususnya tidak diletakkan sesuai dengan fitrahnya. Justeru, Islam datang dan mengembalikan semula wanita kepada kedudukan yang asal. Rasulullah SAW dijadikan sebagai nubuwwah telah meletakkan dasar berkenaan kedudukan wanita dalam Piagam Madinah yang menjadi perundangan Islam yang pertama pada ketika itu. Fasal 41 yang terdapat dalam Piagam Madinah jelas memperlihatkan bagaimana Islam meletakkan kedudukan serta kehormatan wanita di tempat yang sepatutnya iaitu bersesuaian dengan tarafnya sebagai khalifah sebagaimana kaum lelaki. Dasar yang digunakan itu adalah berdasarkan kepada konsep magasid al-syari 'ah, di mana syariah Islam di tanzilkan ke dunia untuk menjamin maslahah serta menghindarkan mafsadah. Jadi, disertasi ini bertujuan mengenal pasti Dasar Wanita Kelantan mengikut perspektif maqasid al-syari'ah. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti prinsip-prinsip yang terdapat dalam Dasar Wanita Kelantan. Kedua, menganalisis perkaitan di antara Dasar Wanita Kelantan dengan maqasid al-syari 'ah. Ketiga, merumuskan prinsip Dasar Wanita Kelantan daripada perspektif maqasid al-syari'ah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk deskriptif dan penjelasan. Data-data dikumpulkan melalui tinjauan kajian kepustakaan bagi memperoleh data sekunder berhubung Dasar Wanita dan maqasid al-syari'ah. Data sekunder yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan analisis kandungan melalui sorotan kajian- kajian lepas. Hasil rumusan serta dapatan yang dibuat mendapati prinsip-prinsip yang terkandung dalam Dasar Wanita Kelantan telah meletakkan dasar Islam sebagai tunjang utama. Ini menjadikan maqasid al-syari 'ah sebagai matlamat serta garis panduan dalam pelaksanaan Dasar Wanita Kelantan. Hal ini bagi menjamin kemaslahatan di samping mengelak daripada berlakunya kemudaratan kepada para wanita Kelantan khususnya dan masyarakat Kelantan umumnya.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2013

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

18

Kaedah Pengurusan Kemiskinan Berteraskan Islam Dalam

Zaman Pemerintah Umar Ibn Al-

Khattab

Yusra Omar 2013 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

HD28.M199.Y95 2013

Disertasi ini bertujuan menganalisis tentang kaedah pengurus an kemiskinan berteraskan Islam dalam zaman pemerintahan Umar Ibn al-Khattab. Kajian ini juga akan meneliti aspek-aspek kaedah pengurusan kemiskinan pada zaman Umar Ibn al- Khattab yang masih sesuai untuk dipraktikkan pada masa kini sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah kemiskinan masa kini. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti komponen yang terdapat dalam pengurusan kemiskinan berteraskan Islam dan kedua, menganalisis kaedah pengurusan kemiskinan pada zaman pemerintahan Umar Ibn al-Khattab. Seterusnya, kajian ini akan merumuskan sama ada kaed ah yang digunakan Umar Ibn al-Khattab mampu menyelesaikan masalah kemiskinan. Kajian ini dibuat berasaskan penyelidikan perpustakaan sepenuhnya dengan merujuk kepada sumber-sumber sekunder seperti buku, disertasi, tesis, artikel dan sebagainya. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa komponen utama dalam pengurusan kemiskinan berteraskan Islam. Komponen tersebut adalah falsafah pengurusan kemiskinan berteraskan Islam adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Kemiskinan dan kekayaan merupakan sunnatullah dan ujian Allah SWT kepada hambanya bagi menguji tahap keimanan dan ketakwaan hambanya. Akidah, syariah dan akhlak pula merupakan asas utama pelaksanaan pengurusan kemiskinan ini. Terdapat dua kaedah utama pengurusan kemiskinan berteraskan Islam iaitu pengurusan kemiskinan material dan pengurusan kemiskinan jiwa. Kesemua komponen ini terdapat dalam pengurusan kemiskinan dalam pemerintahan Umar Ibn al-Khattab. Elemen-elemen utama yang mempengaruhi kaedah pengurusan kemiskinan pada zaman pemerintahan beliau ialah keimanan, kepimpinan, struktur organisasi pemerintahan dan pengurusan ekonomi negara. Kaedah yang dilaksanakan oleh Umar Ibn al-Khattab ini sesuai dijadikan asas utama dalam menguruskan masalah kemiskinan masa kini kerana pengurusan kemiskinan yang beteraskan Islam bermula dari baiknya seorang individu, kumpulan masyarakat dan juga pemerintah sesebuah negara. Tunjang utama pengurusan kemiskinan ini terbentuk melalui keimanan dan ketakwaan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Kaedah Pembangunan

Insan di Institusi Pengajian Tinggi

Islam Swasta (IPTIS) di

Malaysia: Kajian Kes di Kolej

Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS)

Abang Mohd Razif Abang Muis

2014 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Ahmad

HD72.M051.AB117 2014

Isu-isu semasa yang berkaitan dengan masalah sosial dan keruntuhan akhlak jelas menimbulkan persoalan mengapa kejadian-kejadian seperti ini boleh berlaku dan melibatkan golongan remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) termasuklah institusi pengajian tinggi Islam swasta (IPTIS) yang menjadi aset penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Tambahan pula, hal seperti ini jika tidak dibanteras akan menimbulkan implikasi yang negatif dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Antara punca utamanya adalah akiba pengabaian pembangunan insan yang seimbang dari aspek fizikal dan rohani dalam diri seseorang pelajar itu oleh pihak-pihak seperti IPT dan sebagainya. Hal ini juga menunjukkan bahawa betapa perlunya diwujudkan kaedah pembangunan insan berteraskan Islam yang seimbang dari aspek fizikal dan rohaninya bagi membendung perkara-perkara seperti itu semakin berleluasa. Kaedah pembangunan insan yang berteraskan Islam ini seharusnya berlandaskan elemen-elemen asas tasawur Islam iaitu Allah SWT adalah Pencipta, manakala manusia dan alam adalah makhluk. Hal ini bermakna, kaedah pembangunan insan tersebut perlu dibentuk berdasarkan falsafah dan kerangka Islam sendiri dan matlamat akhirnya adalah untuk mendapat keredaan daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, disertasi ini bertujuan mengenal pasti kaedah pembangunan insan di IPTIS di Malaysia dengan tumpuan kajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Secara umumnya, kajian ini telah menggariskan tiga objektif utama. Pertamanya adalah untuk mengenal pasti kaedah pembangunan insan di KUIS. Seterusnya objektif yang kedua adalah untuk menganalisis kaedah pembangunan insan di KUIS dari perspektif tasawur Islam. Objektif yang ketiga pula adalah untuk merumuskan tasawur kaedah pembangunan insan di KUIS. Kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan diguna pakai dalam penyelidikan ini bagi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan. Kajian perpustakaan dilaksanakan untuk mendapatkan data-data sekunder berkaitan kaedah pembangunan insan berteraskan Islam menerusi penelitian terhadap kajian-kajian lepas dan karya-karya yang sedia ada. Selain itu, kajian perpustakaan juga diguna pakai untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai KUIS umumnya dan mengenai kaedah pembangunan insan yang dilaksanakan di KUIS secara khususnya. Kajian lapangan juga dilakukan bagi memperoleh data tambahan berkaitan kaedah pembangunan insan di KUIS. Data primer dan sekunder yang diperoleh kemudiannya akan dianalisis dengan kaedah analisis kandungan berdasarkan keperluan kajian yang dijalankan. Kajian ini telah menggariskan lima aspek pembangunan insan berteraskan Islam yang dirumuskan berdasarkan kajian-kajian lepas dan sorotan karya-karya yang telah dijalankan. Melalui penelitian terhadap dapatan kajian, kaedah pembangunan insan di KUIS ini dapat dikategorikan kepada dua bahagian utama iaitu program akademik dan program bukan berbentuk akademik. Secara keseluruhannya, kaedah pembangunan insan yang dilaksanakan di KUIS ini adalah selari dengan aspek-aspek pembangunan insan menurut tasawur Islam yang telah dijadikan teras dalam menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian ini memberikan impak penting kerana ia

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

menjadi asas untuk memperkembangkan lagi aspek kaedah pembangunan berteraskan Islam khususnya di IPTIS di Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2 Potensi Wakaf

Pendidikan Tinggi Malaysia

Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

2014 Disertasi Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria

bin Bahari

L7.M165.SH526 2014

Pendidikan Tinggi di Malaysia semakin berkembang dengan pertambahan bilangan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Perkembangan pusat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini mendorong kerajaan untuk merangka dasar dan strategi yang mantap bagi menghadapi cabaran tersebut supaya IPT dapat berdaya saing. Namun, kebanyakan IPT di Malaysia mempunyai dana yang terhad bagi membiayai keperluan dalam pembelajaran. Di samping itu, cabaran yang dihadapi untuk meningkatkan kualiti IPTA adalah untuk memperoleh peruntukan yang mencukupi bagi membiayai kos operasi dan pembangunan. Sementara itu, satu persekitaran yang kondusif untuk IPTS beroperasi perlu disediakan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Keperluan kepada penyelesaian adalah perlu dengan melihat wakaf sebagai salah satu alternatif bagi menangani permasalahan yang timbul. Kajian ini ditulis dengan matlamat bagi mencapai tiga tujuan utama. Pertama, mengenal pasti wakaf pendidikan Tinggi. Kedua, menganalisis potensi wakaf pendidikan Tinggi dalam Malaysia. Ketiga, merumuskan wakaf pendidikan Tinggi dalam Malaysia. Kajian ini berbentuk penerokaan. Data yang digunakan diperoleh daripada kajian perpustakaan dan temu bual mendalam responden yang dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Kajian ini menghasilkan dapatan tahap pencapaian wakaf pendidikan Tinggi Malaysia masih sederhana berdasarkan sumbangan wakaf yang masih sedikit, bentuk wakaf yang diterima masih tidak pelbagai dan pelaksanaan agihan hasil wakaf yang masih tidak efisien. Gerakan potensi wakaf pendidikan Tinggi di Malaysia pula memerlukan penyusunan-atur yang menyeluruh hasil yang diukur daripada kefahaman masyarakat tentang wakaf pendidikan yang masih sederhana, pentadbiran wakaf yang masih tidak teratur, undang-undang wakaf perlu lebih fleksibel dan pemasaran wakaf yang memerlukan kepada produk wakaf pendidikan tersendiri. Hasil analisis juga mendapati, adalah perlunya wakaf bagi tujuan pendidikan Tinggi sekarang ini bagi mempertingkatkan pengurusan dan kecemerlangan pihak universiti. Wakaf ini dilihat sebagai salah satu alternatif dalam sumber pembiayaan bagi menampung beban perbelanjaan dan kos yang diperlukan bagi tujuan pembangunan pendidikan di IPT dalam Malaysia terutamanya. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini akan memperkembangkan dan memperkukuhkan ilmu dan teori berkaitan wakaf dalam penggunaannya di pendidikan Tinggi Malaysia terutamanya.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Kepimpinan dan Kepengikutan

Dalam Pengurusan

Insaniah: Kajian Berdasarkan

Sirah Rasulullah SAW

Che Nurmahirah

Che Ghaffar

2014 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Ahmad

BP75.M166.N974 2014

Disertasi ini bertujuan meneliti kepimpinan dan kepengikutan Rasulullah SAW berdasarkan aspek pendekatan dan bentuk komunikasi baginda dalam mengurus manusia. Bertitik tolak daripada isu kepimpinan dan kepengikutan dalam pengurusan insaniah yang berlaku secara globalnya pada masa kini, timbulnya satu permasalahan yang dominan. Permasalahan utama tersebut adalah mengenai kegagalan kepimpinan yang dikaitkan dengan isu rasuah dalam sesebuah organisasi atau negara. Isu yang tercetus ini membawa kepada perlunya meneliti contoh realiti yang mendukung kepimpinan dan kepengikutan yang ideal iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW Justeru, kajian ini membuat penelitian menerusi sirah Raheeq al-Makhtum bagi mengetahui kisah-kisah yang mempamerkan pendekatan dan bentuk komunikasi Rasulullah SAW. Secara umumnya, penelitian dalam sirah adalah berpandukan kes-kes terpilih yang didapati berkait dengan aspek kepimpinan Rasulullah SAW. Pengutipan data kajian ini melibatkan data sekunder daripada kajian perpustakaan yang dianalisis melalui analisis kandungan. Penemuan mendapati bahawa kepimpinan Rasulullah SAW menganjurkan pelbagai pendekatan yang menekankan keutamaan perwatakan pemimpin yang bersahsiah dan bentuk komunikasi baginda pula menampilkan nilai-nilai moral yang tinggi seorang pemimpin kepada pengikutnya. Hasil kajian membawa kepada sumbangan kajian iaitu pembinaan kerangka konsep asas model kepimpinan dan kepengikutan dalam pengurusan insaniah Rasulullah SAW yang berteraskan aspek pendekatan dan komunikasi Rasulullah SAW.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4

Analisis Pernyataan Visi dan Misi Institusi Pembangunan

Berteraskan Islam di Malaysia

Farah Farhana Johari

2014 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Ahmad

HD72.M167.F219 2014

Kepesatan institusi pembangunan berteraskan Islam di Malaysia sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Hal ini terbukti dengan kewujudan pelbagai jenis institusi pembangunan berteraskan Islam (PBI) yang sedia ada pada masa kini.. Antaranya institusi peribadatan, pentadbiran, perbankan, sosioekonomi, kewangan, perubatan dan perundangan. Setiap pembangunan institusi ini acap kali diwar-warkan dengan matlamat dan hala tuju ke arah pembangunan Islam. Hal ini dapat diketahui melalui pernyataan visi dan misi yang dipamerkan. Secara realitinya, pernyataan visi dan misi telah dibangunkan dalam pengurusan strategik, yang juga diasaskan daripada konsep lazim. Jika ini berlaku timbul persoalan adakah pernyataan visi dan misi yang dibangunkan oleh institusi PBI ini serasi dengan asas utama PBI? Di samping itu segelintir masyarakat telah memberi reaksi negatif terhadap institusi PBI ini berhubung dengan pengoperasian yang dilaksanakan. Sehubungan itu, timbul pula persoalan lain sama ada pernyataan visi dan misi yang dipamerkan oleh institusi PBI telah terpesong daripada matlamat atau sebaliknya? Berikutan itu, kajian ini bertujuan membuat penganalisisan terperinci ke atas pernyataan visi dan misi institusi PBI di Malaysia. Untuk tujuan ini juga, dinyatakan dua objektif kajian iaitu pertama, mengenal pasti pernyataan visi dan misi institusi PBI utama terpilih di Malaysia. Kedua, menganalisis pernyataan visi dan misi institusi PBI yang utama berdasarkan asas utama PBI. Bagi mencapai objektif kajian ini pula kaedah yang dilakukan adalah kaedah analisis kandungan terhadap pernyataan visi dan misi institusi PBI. Selain itu, kajian berbentuk kualitatif ini turut melibatkan 89 buah institusi PBI di Malaysia sebagai sampel kajian. Secara keseluruhannya, didapati bahawa pernyataan visi dan misi institusi PBI yang dipamerkan tidak serasi dengan asas utama PBI. Dapatan juga memperlihat konsep lazim dalam matlamat dan hala tuju institusi ini. Sehubungan itu, kajian ini didapati mampu menyumbang kepada keseluruhan institusi PBI dalam mencapai matlamat hakiki yang bertunjangkan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Urban Development

Based on Madinah

Development Principles: The Lebuh Acheh Case Study

Hassan Abd. Hamid 2014 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

HD72.M169.H353 2014

From its inception in 1792 until 1970 the Lebuh Acheh area in George Town, Penang was an important Malay-Muslim centre and a centre for Islamic learning. Since then there had been a decline from the vibrancy and economic aspects. The Lebuh Acheh area was once a well-populated centre for Malay-Muslims not just for the Muslims of Penang but for the surrounding region. The Hajj trade gave Lebuh Acheh its nickname The Second Jeddah'. Unfortunately, there has been a decline both in terms of population and commerce. This proposed study attempts to discover the reason for the decline and put forward proposals to redevelop the area based on the Madinah Development Principles. Madinah Development Principles are chosen as a development guideline due to it being the prime example of Islamic development. These principles leadership, the development of iman, knowledge management are and the structural elements such as the building of mosque and market. The methodology used for the study is descriptive in nature based on library research. This study shows that with proper planning, theoretically, it is possible to implement Madinah Development Principles for the Urban Redevelopment of Lebuh Acheh. Finally, elements of future studies, such as to have Madinah Development Principles actually carried out in Lebuh Acheh, Madinah Development Principles studies carried out in other countries and future studies on Operational Guidelines for Muslim heritage areas are suggested. These suggestions should be taken seriously and implemented as soon as possible to prevent these Muslim areas from being literally bulldozed by conventional redevelopment.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6

Zakat Perniagaan

Dalam Kalangan Peniaga Kecil: Kajian Kes di

Pasar Besar Siti Khadijah (PBSK)

Kelantan

Khairul Izuan Ab.

Aziz 2014 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

BP176.M170.K45 2014

Laman sesawang adalah medium yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Malah turut menjadi medium yang sering digunakan oleh pihak institusi untuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai institusi masing-masing. Ekoran itu, institusi zakat juga tidak terkecuali memaparkan maklumat-maklumat mengenai zakat kepada masyarakat antaranya dalil mengenai kewajipan zakat, jenis-jenis zakat, kadar nisab dan kaedah taksiran zakat. Maklumat-maklumat ini kebanyakannya sudah diketahui oleh masyarakat. Namun bagaimana pula dengan kaedah taksiran zakat? Bukan semua masyarakat berpengetahuan tentang kaedah taksiran zakat. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat menyerahkan tugas taksiran zakat kepada institusi zakat. Ekoran itu, timbul beberapa persoalan mengenai maklumat yang disediakan dalam laman sesawang. Adakah maklumat yang disediakan dalam laman sesawang cukup lengkap dan tepat bagi masyarakat membuat sendiri taksiran zakat? Sekiranya tidak apakah perbezaan maklumat mengenai kaedah taksiran zakat yang terdapat dalam laman sesawang? Perkara ini penting kerana kaedah taksiran zakat adalah berbeza mengikut negeri malah turut berbeza di peringkat negara. Dengan menggunakan data sekunder melalui analisis kandungan, kajian ini berbentuk deskriptif dan penjelasan akan memberikan jawapan kepada persoalan dan seterusnya mencapai objektif kajian Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah taksiran zakat dalam laman sesawang adalah tidak seragam mengikut negara walaupun masing-masing memegang status sebagai institusi yang berperanan membangunkan sosioekonomi masyarakat Islam. Selain itu, didapati juga bahawa wujud masalah perolehan maklumat yang tidak lengkap yang disediakan dalam laman sesawang. Dapatan kajian ini memberi dua implikasi. Implikasi pertama adalah membuat pindaan agar kaedah taksiran zakat diseragamkan khususnya di pada semua laman sesawang negara di Malaysia dan pada amnya diperingkat Asia Tenggara. Implikasi kedua adalah menaiktarafkan laman sesawang yang tidak lengkap maklumat kaedah taksiran zakat harta bagi kegunaan masyarakat Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Imej Institusi Pembangunan

Berteraskan Islam Dalam

Media Bercetak Arus Perdana di

Malaysia

Mastura Syamsudin 2014 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Ahmad

HM1041.M171.M423 2014

Imej Institusi Pembangunan Berteraskan Islam (IPBI) di Malaysia sering menjadi perhatian media yang terdapat di Malaysia terutamanya akhbar arus perdana. Akhbar berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyaraka tmengenai IPBI. Secara umumnya masyarakat mengetahui bahawa Malaysia melaksanakan sistem yang dibangunkan dengan menggunakan prinsip-prinsip Islam. Namun berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap empat buah akhbar yang menjadi sampel kajian yang terdiri daripada akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, dan New Straits Times didapati bahawa masih terdapat lagi paparan imej yang berbentuk negatif terhadap IPBI. Justeru, kajian ini cuba mencapai dua objektif. Objektif pertama ialah mengenal pasti maklumat yang berkaitan IPBI yang terdapat dalam media bercetak arus perdana di Malaysia. Objektif kedua pula menganalisis imej IPBI dalam media bercetak arus perdana di Malaysia. Untuk mencapai kedua-dua objektif kajian ini, pendekatan yang telah digunakan ialah pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Terdapat empat buah akhbar media arus perdana yang terdapat di Malaysia yang dipilih. Tempoh kajian ialah selama tiga tahun yang bermula pada Januari 2010 sehingga Disember 2012. Hasil daripada itu, pengkaji memperoleh sebanyak 1,038 imej yang merangkumi imej positif, negatif, dan neutral terhadap 46 buah IPBI. Keseluruhannya, kajian ini telah menemukan bahawa terdapat imej-imej yang negatif dipaparkan oleh akhbar-akhbar arus perdana terhadap IPBI. Kajian ini telah memberi sumbangan kepada bidang Pengurusan terutamanya yang berkaitan imej dalam konteks IPBI yang terdapat Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8

Kaedah Pembangunan

Insan Berteraskan

Islam: Tumpuan Khusus

Berdasarkan Surah al-Mukminun

Mohd Hafez Sabri 2014 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Hanapi

HD72.M172.H138 2014

Dalam konteks lazim, pembangunan insan bertujuan memanipulasi mengeksploitasi tenaga dan keupayaan manusia bagi tujuan pengeluaran untuk mencapai tahap pembangunan dan kemakmuran ekonomi yang maksimum. Persoalannya, apakah kaedah lazim ini boleh membangunkan pembangunan insan umat Islam sedangkan pembangunan insan lazim bermatlamat kepada nilai material dan fizikal sahaja? Berdasarkan permasalahan ini, perlunya wujud suatu kaedah pembangunan insan berteraskan Islam untuk membangunkan insan lebih-lebih lagi kaedah pembangunan insan menurut al-Qur'an. Dengan tumpuan khusus kepada Surah al-Mukminun, kajian ini mempunyai tiga objektif khusus. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat pembangunan insan dalam Surah al-Mukminun. Kedua, menganalisis kaedah dalam ayat-ayat pembangunan insan berdasarkan Surah al-Mukminun tersebut. Ketiga, merumuskan kaedah pembangunan insan berdasarkan Surah al- Mukminun. Bagi memastikan ketiga-tiga objektif ini tercapai, kajian penerokaan dilakukan dengan pengumpulan data sekunder dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, dalam surah yang dikategorikan sebagai surah al- Makkiyyat ini, terdapat lima ayat yang membincangkan pembangunan insan iaitu ayat kedua, ketiga, keempat, kelima dan kelapan. Secara lebih spesifik, ayat-ayat tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, ibadah khusus dan kedua, ibadah umum. Dalam ibadah khusus, kaedah yang dapat dibina ialah manusia perlu konsisten mendirikan solat dan membayar zakat, manakala dalam ibadah umum, kaedah yang boleh diaplikasikan untuk pembangunan insan adalah menjauhi perkataan dan perbuatan yang sia-sia, menjaga kehormatan diri serta menjaga amanah dan janji. Seterusnya, hasil analisis mendapati terdapat dua elemen yang mendasari kaedah pembangunan insan ini iaitu habl min Allāh (hubungan dengan Pencipta) dan habl min al-nãs (hubungan sesama manusia). Akhir sekali, kaedah- kaedah tersebut dapat memberi impak kepada manusia dari sudut melahirkan insan yang selamat daripada perkara tidak beretika seperti sifat bakhil dan kedekut, insan yang menghargai kehidupan dengan menjaga maruah dan kehormatan diri serta membina insan yang berbudi pekerti mulia dan beramanah. Oleh itu, kajian ini dapat memberi kefahaman dan kaedah yang praktikal serta holistik dalam membangunkan insan berdasarkan al-Qur'an.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Dalālat Dalam Kaedah

Penyelidikan Berteraskan

Islam

Mohd Syahmi Mohd

Miswan

2014 Disertasi Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

LB51.M173.SY981 2014

Disertasi ini bertujuan meneliti aplikasi kaedah dilalat dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam (KPI) khususnya dalam konteks kaedah analisis data dalam penyelidikan. Sebab utama kajian ini dijalankan kerana terdapat perkara-perkara intangible dan dogmatik dalam Islam yang tidak dapat dianalisis oleh kaedah penyelidikan lazim (KPL) kerana ketidakcukupan alat analisis tersebut. Dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan ini, kaedah dilālat dikaji untuk menjadikannya alat analisis dalam kajian berkaitan Islam. Kajian ini dijalankan dengan dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti kedudukan dilālat dalam usul fiqh. Kedua, menganalisis kemungkinan penggunaan dilālat dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam (KPI). Bagi mencapai kedua-dua objektif tersebut, kajian penerokaan terhadap kemungkinan aplikasi kaedah dilālat dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam dilakukan. Data diperoleh melalui pengumpulan data sekunder dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa kaedah dilālat terdiri daripada dua elemen yang boleh digunakan dalam analisis tekstual bagi kejelasan dan pengarahan makna data. Elemen tersebut ialah mafhüm muwäfaqat dan mafhum mukhālafaț. Mafhüm muwäfaqat dan mafhüm mukhālafat berupaya menganalisis teks secara tersurat (implisit) berdasarkan apa-apa yang dikehendaki oleh al-Qur'an dan Hadith (sunnah). Seterusnya, berdasarkan kajian ini terdapat empat langkah dalam membuat kesimpulan daripada teks. Empat langkah tersebut adalah mengenal pasti pernyataan- pernyataan yang relevan, penafsiran pernyataan, penjelasan (ta'lil) pernyataan, dan enetapan kaedah dan konsep umum. Dua langkah yang dihasilkan menerusi dilālat adalah penafsiran pernyataan dan penjelasan (ta'lil) pernyataan. Empat langkah ini kemudiannya dirumuskan menjadi satu kaedah yang disusun secara sistematik dalam usaha membuat kesimpulan yang jelas berdasarkan sumber utama Islam. Akhirnya, kaedah dilālat ini didapati boleh diaplikasi dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Kaedah dilālat mempunyai kekuatan dari segi analisis tekstual dengan cara yang mempunyai pengarahan makna yang jelas dan terang tanpa keraguan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10

Konsep Saintifik Dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan

Islam: Analisis Pemikiran Ibn al-

Haytham

Mohd Syahmir

Alias 2014 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Hanapi

LB51.M174.SY981 2014

Kaedah saintifik telah menjadi suatu kaedah penyelidikan sejagat. Walau bagaimanapun, kaedah ini masih lagi berlandaskan epistemologi dan tasawur Barat. Malah, cendekiawan Barat berpendapat, sekiranya sesuatu bidang ilmu ingin mencapai kesejagatan dan mahu diterima masyarakat secara global, pendekatan saintifik sepatutnya digunakan. Persoalannya, adakah pendekatan saintifik Barat ini relevan untuk mengkaji tentang Islam dan perihal orang Islam sedangkan epistemologi dan tasawurnya berbeza? Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan untuk mendefinisikan semula konsep saintifik ini bagi tujuan pembinaan kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Untuk melaksanakan pendefinisian semula ini, seorang tokoh ilmuwan Islam iaitu Ibn al-Haytham telah dikenal pasti sebagai ilmuwan utama dalam mempelopori kaedah saintifik. Berdasarkan permasalahan yang timbul, kajian ini dilakukan dengan tiga objektif khusus. Pertama, mengenal pasti konsep saintifik berdasarkan tasawur pemikiran saintifik Ibn al-Haytham. Kedua, menganalisis konsep saintifik yang diasaskan oleh Ibn al-Haytham dari perspektif epistemologi dan tasawur Islam. Ketiga, mencadangkan konsep saintifik berdasarkan tasawur pemikiran saintifik Ibn al-Haytham yang boleh diaplikasikan dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian berbentuk penerokaan terhadap tasawur pemikiran Ibn al-Haytham dilakukan. Data diperoleh melalui pengumpulan sumber data sekunder seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini menemukan tasawur pemikiran saintifik Ibn al-Haytham dibina melalui beberapa peringkat penyelidikan yang beliau lakukan. Pemikirannya berpaksikan sumber wahyu sebagai panduan kajian saintifik serta sumber falsafah cendekiawan silam dan kontemporari sebagai idea, definisi dan inspirasi kajian saintifik. Seterusnya, elemen saintifik berdasarkan tasawur pemikiran beliau terbahagi kepada dua iaitu elemen wasilah yang merangkumi pancaindera dan akal serta elemen fitrah yang mengandungi unsur intuisi dan sunnat Allah alam. Elemen-elemen ini menjelaskan fungsi penyelidikan saintifik beliau iaitu untuk mengukuhkan tauhid, melaksanakan syariat dan ibadah, memperoleh maklumat yang benar serta mempraktikkan akhlak Islam. Semua peranan kajiannya ini bermatlamatkan mardāt Allāh. Malah, kajian saintifik Ibn al- Haytham berpaksikan prinsip-prinsip seperti ketunggalan dan keobjektifan kebenaran, anti-taglid dan matematik sebagai alat pembuktian penyelidikannya. Akhirnya, tasawur pemikiran saintifik Ibn al-Haytham ini sesuai dijadikan konsep saintifik dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Hal ini disebabkan oleh kekuatannya dari sudut epistemologi, tasawur, peralatan analisis, ontologi dan matlamatnya. Justeru, konsep saintifik Ibn al-Haytham ini memberi implikasi dari sudut dimensi pemahaman baru terhadap paradigma positivisme yang secara lazimnya digunakan kini.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Imej Institusi Pembangunan Berteraskan Islam: Tanggapan Pelajar Universiti Sains Malaysia Terhadap Imej JAKIM

Noor Aini Mohd Salleh

2014 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila Azni Ahmad

HD72.M175.AI295 2014

Kajian ini bertujuan meneliti kefahaman dan tanggapan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM merupakan agensi pentadbiran Islam yang utama di Malaysia. Malah JAKIM turut bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap hal ehwal umat Islam. Namun persoalannya, adakah pelajar USM mengetahui tentang kewujudan JAKIM? Jika ya, setakat manakah pengetahuan pelajar USM tentang JAKIM khususnya berkenaan latar belakang dan peranannya? Bagaimana pula tanggapan pelajar USM terhadap JAKIM dari segi pegawai, perkhidmatan, kemudahan dan komunikasi? Pengumpulan data primer dilakukan melalui pengedaran satu set soal selidik kepada 204 orang pelajar USM. Data terkumpul dianalisis melalui statistik deskriptif. Hasil penelitian mendapati bahawa tahap pengetahuan pelajar USM tentang latar belakang JAKIM adalah amat rendah iaitu 5.42 peratus. Sebaliknya responden lebih berpengetahuan tentang peranan yang dimainkan oleh JAKIM iaitu sebanyak 65.8 peratus. Tanggapan responden terhadap pegawai, perkhidmatan, kemudahan dan komunikasi JAKIM pula secara keseluruhannya boleh adalah positif masing-masing berjumlah 74.6 peratus, 78.6 peratus, 95.5 peratus dan 88.1 peratus. Hasil kajian ini memberi satu pengetahuan baru tentang kedudukan imej JAKIM di mata pelajar universiti. Malah, boleh dijadikan panduan oleh JAKIM untuk lebih dikenali oleh pelajar universiti contohnya dengan mengadakan program dan aktiviti yang berbentuk akademik bersama pelajar. Tindakan tersebut memberi kesan positif kepada sudut pandang pelajar terhadap JAKIM.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Pelaburan Wang Zakat dari

Perspektif Ahli Majlis

Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang di Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang

(MUIP)

Nor Asariah Ilias 2014 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

BP176.M176.AS798 2014

Dana zakat perlu diagihkan kepada golongan asnaf dengan segera. Dalam kes tertentu, terdapat dana zakat yang dilaburkan terlebih dahulu sebelum ia diagihkan. Persoalannya, bolehkah dana zakat itu dilaburkan dahulu sebelum diagihkan kepada golongan asnaf? Bagaimanakah pula jika yang dilabur itu adalah dana zakat yang tidak habis diagihkan untuk tahun berkenaan? Berdasarkan permasalahan yang timbul, kajian ini dilakukan dengan dua objektif khusus. Pertama, mengenal pasti keharusan pelaburan dana zakat. Kedua, menganalisis pelaburan dana zakat di Zakat Pulau Pinang (ZPP) daripada pandangan cendekiawan zakat. Data diperoleh melalui pengumpulan sumber data sekunder dan data primer. Berdasarkan analisis kandungan terhadap data sekunder, dapatan kajian mempamerkan ulama mempunyai dua pandangan, iaitu pertama, golongan yang tidak membenarkan; dan kedua, golongan yang membenarkan. Golongan ulama termasuk ulama kontemporari yang membenarkan dana zakat dilaburkan sekiranya kepentingan asnaf zakat tidak terpinggir dan risiko pelaburan tersebut boleh diminimumkan. Cendekiawan zakat di Malaysia lebih cenderung berpandangan melakukan pelaburan daripada dana zakat adalah diharuskan demi kepentingan golongan asnaf sendiri. Alasan mereka adalah kemaslahatan ummah. Di ZPP, pelaburan dana zakat lebih tertumpu dalam bentuk non-material seperti Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ) dan pembangunan pendidikan, manakala dalam bentuk material pelaburan dibuat dalam simpanan tetap di institusi perbankan Islam. Terdapat dua implikasi dasar dalam kajian ini. Pertama, implikas terhadap pelaburan dana zakat yang mana setiap pelaburan dana zakat perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Kedua, pelaburan dana zak boleh memberi manfaat kepada golongan asnaf dan dapat mengembangkan dan zakat yang sedia ada apatah lagi jika kutipan zakat tahunan merosot.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

13

Faktor-faktor Yang

Mempengaruhi Kelestarian

Usahawan Kecil Wanita Muslim di Pasar Besar Siti

Khadijah (PBSK), Kota

Bharu, Kelantan

Normaisarah Mohammad Zahari 2014 Disertasi

Sarjana Dr. Zahri Hamat

HQ1101.M177.N842 2014

Bilangan golongan wanita yang terlibat dalam bidang perniagaan semakin terserlah dari semasa ke semasa. Mereka dikenali sebagai usahawan kecil. Di Pasar Besar Siti Khadijah (PBSK), majoriti usahawan kecil adalah terdiri daripada usahawan kecil wanita Muslim yang telah berniaga lebih daripada sepuluh tahun. Namun, perniagaan mereka sekadar mampu menambahkan pendapatan keluarga dan bukan sebagai satu kerjaya yang boleh menghasilkan keuntungan. Walaupun begitu, perniagaan mereka cukup lestari sehingga mereka dapat bertahan lebih sepuluh tahun. Disertasi ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk perniagaan yang dijalankan oleh usahawan kecil wanita Muslim di PBSK sehingga boleh lestari dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian ke atas usahawan kecil wanita Muslim menjalankan perniagaan di PBSK. Persoalannya, bagaimanakah usahawan kecil wanita Muslim ini dapat lestari dalam perniagaan mereka? Kajian kes berbentuk penjelasan dilakukan untuk menjawab persoalan tersebut. Temu bual terhadap responden yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak yang dijalankan ke atas 15 usahawan kecil wanita Muslim yang mengusahakan perniagaan barangan dan makanan kering di PBSK. Dapatan kajian mempamerkan bentuk perniagaan barangan dan makanan kering lebih lestari berbanding usahawan barangan basah, tekstil dan sebagainya kerana barangan jualan kering selalu mendapat permintaan dan tidak memerlukan modal permulaan yang banyak. Dapatan kajian turut mempamerkan bahawa faktor- faktor yang mempengaruhi kepada kelestarian usahawan kecil wanita Muslim di PBSK ini dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, faktor material iaitu penggunaan modal sendiri untuk perniagaan dan menjalankan sistem kutu bersama usahawan lain. Kedua, faktor modal insan iaitu perniagaan daripada warisan keluarga dan pengalaman yang diperoleh dalam bidang perniagaan. Faktor spiritual iaitu kesabaran, niat yang ikhlas, jujur dan kepatuhan keagamaan seperti solat, doa dan amalan sunat. Implikasinya adalah pertama, perlu latihan dan kemahiran diberikan kepada usahawan kecil wanita Muslim di PBSK supaya perniagaan mereka menjadi lebih baik, dan kedua, galakan dan dorongan oleh semua pihak perlu ditingkatkan lagi supaya bilangan usahawan kecil ini dapat ditambahkan lagi.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

14

Sikap Waris Terhadap

Pentadbiran Harta Pusaka Kecil: Kajian di

Unit Pembahagian Harta Pusaka

Nurul Izzah Md. Rodzi 2014 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria

bin Bahari

BP160.M178.IZ99 2014

Kajian ini bertujuan menganalisis sikap waris terhadap pentadbiran harta pusaka di Unit Pembahagian Pusaka Kecil (UPP) Kedah Utara. Waris ialah ahli keluarga yang berhak menerima harta peninggalan si mati apabila harta tersebut telah bersih daripada hutang, wasiat dan perbelanjaan pengebumian. Oleh sebab itu, tanggungjawab membahagikan harta pusaka dipertanggungjawabkan kepada waris yang ditinggalkan. Namun demikian, pentadbiran harta pusaka hari ini berdepan dengan beberapa masalah yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam pembahagian harta. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan sikap negatif yang ditunjukkan oleh waris disebabkan tiada pengetahuan, tidak prihatin, berlaku pertelingkahan dan sebagainya. Persoalannya, adakah waris di Kedah Utara mempunyai sikap-sikap tersebut? Apakah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh waris bagi melancarkan proses pembahagian harta pusaka? Adakah sikap waris memberi kesan kepada pentadbiran harta pusaka? Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu pertama, mengenal pasti sikap waris terhadap pentadbiran harta pusaka di UPP Kedah Utara. Objektif kedua menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi sikap waris terhadap pentadbiran harta pusaka di UPP Kedah Utara dan objektif ketiga merumuskan sikap waris terhadap pentadbiran harta pusaka. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dan temu bual bersama pihak pegawai dan pihak waris. Analisis kajian ini menggunakan analisis kandungan. Hasil analisis mendapati faktor yang menyebabkan kelewatan permohonan penyelesaian pembahagian harta pusaka adalah sikap bergantung harap kepada pihak lain, sikap suka bertangguh, sikap tidak ambil peduli dan tamak. Sikap-sikap ini boleh dipengaruhi oleh faktor pendidikan, faktor keperluan, faktor nilaian harta dan faktor bilangan waris. Faktor utama yang boleh mempengaruhi sikap waris adalah faktor pendidikan dan faktor keperluan. Waris yang mempunyai pendidikan dan pengetahuan berkaitan hukum dan prosedur pembahagian akan menyegerakan pembahagian, memenuhi segala prosedur yang telah ditetapkan dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada kelancaran proses penyelesaian harta pusaka. Sebaliknya, waris yang terdesak untuk mendapatkan hak milik ke atas harta tersebut pula akan cuba menyelesaikan pembahagian harta pusaka dengan secepat yang mungkin. Kajian ini mendapati penyelesaian pembahagian harta pusaka yang cepat dan lancar bergantung kepada sikap yang ditunjukkan oleh waris kerana peratus penglibatan waris adalah tinggi berbanding dengan pihak pentadbiran harta pusaka.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

15

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pembangunan

Berteraskan Islam:

Pengalaman Imam al-Syafi’iy

Nurul Nadiah Md

Salleh 2014 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Hanapi

L7.M179.N136 2014

Dalam proses penyampaian dan pencarian ilmu, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan elemen yang penting bagi memastikan objektif pendidikan tercapai. Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah P&P, tetapi yang benar- benar berteraskan Islam masih kurang kerana kebanyakan kaedah P&P itu masih berteraskan teori-teori P&P lazim seperti teori behaviorisme (tingkah laku), teori kognitif dan teori konstruktivisme. Teori-teori P&P lazim ini pula beracuankan falsafah Barat seperti essensialisme, parennialisme, progressivisme dan eksistensialisme. Persoalannya, apakah kaedah-kaedah P&P lazim ini sesuai digunakan untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam? Berdasarkan permasalahan inilah kajian ini cuba mengkaji kaedah P&P pembangunan berteraskan Islam. Ia dilakukan berdasarkan pengalaman Imam al-Syafi'iy dalam mencari dan menyampaikan ilmu untuk mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti kaedah P&P Imam al- Syafi'iy. Kedua, menganalisis kaedah P&P Imam al-Syafi'iy dari perspektif kaedah P&P pembangunan berteraskan Islam. Ketiga, merumuskan kaedah P&P pembangunan berteraskan Islam berdasarkan pengalaman Imam al-Syäfi iy. Untuk mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian kualitatif yang berbentuk penerokaan ini mengguna pakai kaedah analisis kandungan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Hasilnya, kajian ini dapat menemukan bahawa terdapat sembilan kaedah P&P Imam al-Syafi'iy iaitu penulisan (al-kitābat), hafalan (al-hifz), musafir ilmu (al-rihlat), perbincangan (al-munaqasyat), perdebatan (al-jadal), berkumpulan (al- halaqat), kasih sayang (al-mahabbat), dari hati ke hati (min al-qalb ilã al-qalb), dan penyucian jiwa (tazkiyat al-nafs). Kesemua kaedah ini bertunjangkan tiga elemen utama dalam tasawur Islam iaitu tauhid, ibadah dan akhlak. Kaedah-kaedah ini pula didapati selari dengan kaedah P&P pembangunan berteraskan Islam iaitu kaedah kesepaduan akal dengan hati dan ilmu dengan amal, kaedah penyucian jiwa (tazkiyat al-nafs), kaedah kesepaduan fard 'ayn dengan fard kifayat dan ilmu darūri dengan ilmu nazari serta kaedah 'merentas sempadan'. Semua ini dapat diaplikasikan dalam kaedah P&P pembangunan berteraskan Islam bagi pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam. Pengaplikasian kaedah P&P pembangunan berteraskan Islam ini mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu bertunjangkan tasawur Islam; menggunakan ilmu fard 'ayn yang terdiri daripada elemen tauhid, ibadah dan akhlak sebagai kerangka; ibadah sebagai perkaedahan; dan bermatlamat mencapai mardāt Allāh.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

16

The Concept of Baldatun

Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur:

Views From Selected

Contemporary Scholars in Malaysia

Rhodhiyah Johari 2014 Disertasi

Sarjana

Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh

HD72.M180.R477 2014

Disertasi ini bertujuan mengenal pasti apakah itu konsep Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur. Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur ialah terma yang diguna pakai oleh Allah SWT dalam Al-Quran (Saba' 34:15) yang menceritakan tentang Negeri Saba' yang aman, makmur dan mewah. Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur membawa maksud negara yang baik dan Tuhan Maha Pengampun. Walau bagaimanapun, akhirnya Negeri Saba' hancur disebabkan kekufuran penduduknya kerana tidak mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada mereka. Kebel akangan ini istilah Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur sering diguna pakai dan dikatakan mampu menjadi penyelesaian dalam mengatasi masalah- masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara. Persoalannya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur ini? Mengapakah konsep ini menjadi bualan sesetengah pihak seperti ahli politik dan ilmuwan- ilmuwan Islam? Kenapakah istilah ini sering dikaitkan dengan konsep kenegaraan? Disertasi ini dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut dengan mengemukakan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti apakah itu konsep Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur dari perspektif ahli-ahli akademik di Malaysia. Kedua, menganalisis pandangan ahli-ahli akademik di Malaysia tentang konsep Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur. Ketiga, merumuskan elemen-elemen konsep Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur. Kajian ini menggunakan kaedah temubual terhadap lima ahli-ahli akademik yang telah dipilih berdasarkan latar belakang tertentu dan juga kaedah kajian perpustakaan. Mereka ialah Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Profesor Dr. Idris Zakaria, Dr Mohd Roslan Mohd Nor, Dr. Maszlee Malik dan Dr. Nadzirah Mohd. Hasil analisa mendapati konsep Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur adalah konsep negara yang menekankan pembangunan dari segi fizikal, material dan spiritual untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah SWT dalam usaha menuju mencapai al-falah iaitu kejayaan yang sejajar dengan dunia dan akhirat. Enam elemen utama telah dikenal pasti ke arah mencapai konsep ini iaitu konsep bersyukur, konsep inqilabiyyah, menitikberatkan kepentingan dunia dan kepentingan akhirat, proses pentarbiyahan yang berterusan, memupuk toleransi dan memperkuat sistem pertahanan negara. Elemen-unsur ini perlu dimiliki oleh sesebuah negara untuk digelar sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

17

Potensi Wakaf Dinar Emas:

Analisis Pengalaman Wakaf Dinar Emas Zaman Uthmaniyah

Surita Hartini Mat

Hassan 2014 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria

bin Bahari

BP160.M181.SU961 2014

Berwakaf menggunakan wang sebagai harta wakaf merupakan salah satu bentuk wakaf yang telah mendapat perhatian masyarakat Islam sejak dari zaman tamadun Islam terutamanya pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Begitu juga pada masa kini, malah semakin berkembang hingga keseluruh dunia terutamanya negara- negara Islam seperti Arab Saudi, Pakistan, Singapura, Indonesia, Malaysia dan lain- lain. Berwakaf menggunakan wang pada zaman Uthmaniah dikenali sebagai wakaf an-Nuqud atau wakaf dinar emas (WDE), manakala pada zaman sekarang, dikenali sebagai wakaf tunai (WT). Perbezaan istilah ini disebabkan perbezaan mata wang yang digunakan. Namun begitu, penggunaan wang kertas sebagai harta wakaf pada masa kini telah menimbulkan isu ketidaksesuaian penggunaannya kerana tidak menampakkan wujudnya instrumen kekal pada wang kertas tersebut. Hal ini kerana, dalam melaksanakan ibadah wakaf, pengekalan harta yang diwakafkan adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Selain itu, wang kertas semasa adalah wang fiat apungan yang tidak mempunyai nilai intrinsik kerana tidak disandarkan kepada mana-mana logam berharga seperti emas dan perak. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan dalam nilai mata wang dan mempengaruhi kestabilan ekonomi sesebuah negara. Ketiadaan nilai intrinsik juga memudahkan mata wang kertas dispekulasi, dimanipulasi dan terdedah kepada unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam seperti riba, gharar dan maysir. Penggunaan mata wang seperti ini jika berterusan akan merosakkan akidah umat Islam kerana tidak dapat melaksanakan ibadah selari dengan maqasid Syariah. Keadaan ini telah melahirkan cadangan menggantikan mata wang kertas kepada mata wang emas dan perak terutamanya untuk tujuan ibadah seperti wakaf, zakat, haji dan sebagainya. Hal ini kerana sejarah telah membuktikan penggunaan mata wang emas dan perak lebih baik berbanding mata wang lain kerana mempunyai nilai intrinsik. Ini terbukti dengan kejayaan WDE zaman pemerintahan Uthmaniah yang merupakan sumber pembiayaan utama kepada kerajaan Uthmaniah dalam menyediakan kemudahan kepada masyarakat. Persoalannya, adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk mengembalikan penggunaan mata wang dinar emas dan bagaimanakah WDE boleh dilaksanakan di Malaysia? Dengan kata lain, adakah Malaysia berpotensi untuk melaksanakan penggunaan mata wang dinar emas dan juga WDE? Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga matlamat. Pertama, mengenalpasti bentuk pelaksanaan WDE zaman Uthmaniah; kedua, menganalisis bagaimana pelaksanaan WDE zaman Uthmaniah; ketiga, merumuskan potensi pelaksanaan WDE di Malaysia. Untuk itu, kajian ini mengumpul data perpustakaan yang dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan jadual dan rajah secara deskriptif dan perbandingan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mendapati Malaysia berpotensi melaksanakan WDE kerana logam emas dapat mengekalkan 'ain harta yang diwakafkan dan menepati maqasid wakaf. Hasil kajian dapat memberi manfaat kepada pengamal-pengamal wakaf agar dapat melaksanakan amanah selari dengan kehendak syariat Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2014

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Asas-Asas Ekonomi Dalam

Koperasi Pondok Pesantren

(KUPONTREN) Daarut Tauhid,

Bandung, Indonesia

Ade Yunita Mafruhat 2016 Disertasi

Sarjana

Prof Dr. Mohd

Sakir @ Shukri Bin

Salleh

HC92.M118.Y95 2016

Munculnya kesedaran terhadap pentingnya penggabungan ekonomi dan politik dalam menyelesaikan persoalan pembangunan ummah menjadikan bidang ekonomi politik Islam (EPI) dianggap lebih holistik dibandingkan dengan memisahkan antara kedua ilmu tersebut. Kesedaran tentang keholistikan EPI ini ditunjukkan dengan kemunculan sarjana Islam pada tahun 1990an yang cuba mengembangkan EPI dengan lebih serius. Kajian dan karya secara teoritikal tentang EPI pun terus diperkembangkan. Namun, apakah sebenarnya asas-asas EPI? Apakah EPI boleh wujud dalam semua peringkat institusi? Jika benar, apakah EPI boleh wujud dalam organisasi sukarela Islam atau disebut sebagai Non Government Organization (NGO) Islam? Di Indonesia terdapat salah satu NGO Islam terkemuka yang berjaya mempertahankan aktiviti ekonominya sehingga tetap lestari. NGO Islam tersebut ialah Pondok Pesantren Daarut Tauhiid (DT), Bandung, Indonesia. Untuk menyokong kewangannya Pondok Pesantren DT ini menubuhkan lembaga khusus yang diberi nama Koperasi Pondok Pesantren (Kopontren) DT. Kopontren DT inilah yang bertanggungjawab untuk menguruskan perekonomian di Pondok Pesantren DT. Namun, berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1997 di Indonesia dan pemboikotan aktiviti di Pondok Pesantren Daarut Tauhid kerana amalan poligami pada tahun 2006 telah membawa kesan negatif terhadap keadaan ekonomi Kopontren DT pada masa itu. Meskipun demikian kesan negatif ini tidak membuat ekonomi Kopontren DT hancur. Mulanya ekonomi Kopontren DT mengalami penurunan namun seterusnya ekonomi Kopontren DT mengalami penambahbaikan dan peningkatan hingga tahun 2014. Oleh yang demikian timbul persoalan, mengapakah ekonomi Kopontren DT boleh lestari dan bertahan walaupun dilanda krisis ekonomi nasional dan besarnya masalah yang ditimbulkan oleh amalan poligami? Apakah asas-asas EPI telah wujud dalam Kopontren DT? Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan ini melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti asas-asas EPI. Kedua menganalisis asas-asas EPI dalam Kopontren DT. Ketiga, merumuskan asas-asas EPI dalam Kopontren DT. Kesemua objektif ini dicapai menerusi kaedah pengumpulan data primer dan sekunder. Data primer dianalisis menggunakan analisis kualitatif interaktif dan data sekunder pula dianalisis menggunakan analisis kandungan. Dapatan daripada analisis ini membawa kepada rumusan bahawa terdapat asas-asas EPI dalam Kopontren DT yang selari dengan asas-asas EPI yang dikemukakan oleh Masudul Alam Choudhury. Asas-asas EPI yang terdapat dalam Kopontren DT tersebut merangkumi Tauhid, syariah dan amal saleh.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2

Tahaluf Siyasi Dalam Politik

Dakwah: Kajian Kes Parti Islam

Se-Malaysia (Pas) Di Pulau

Pinang

Afnan Hamimi

Taib Azamudden

2016 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

JA1.M119.AF257 2016

Tahaluf Siyasi (TS) bermaksud kerjasama antara dua atau beberapa pihak untuk mencapai objektif yang sama selagi tidak melanggar syariat Islam. Politik Dakwah (PD) pula bermaksud menggunakan segala kebijaksanaan dalam politik dengan pendekatan yang tersusun dan berkesan sebagai strategi untuk menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. PAS mengaplikasikan TS sebagai strategi untuk menjayakan agenda PD dalam perjuangannya. Selepas pilihan raya umum ke- 12 pada tahun 2008, PAS mengaplikasikan TS untuk bekerjasama dan menjayakan agenda PD dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di dalam gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR). Hasil hubungan TS PAS dengan PKR dan DAP membolehkan PAS turut menjadi parti yang memerintah di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan PKR dan DAP. Walau bagaimanapun, PAS telah mengisytiharkan bahawa TSnya dengan DAP terbatal disebabkan syarat-syarat TS PAS tidak terpenuhi. Sehubungan itu, PAS juga mengisytiharkan kedudukannya telah bertukar menjadi pembangkang di dalam DUN Pulau Pinang. Persoalannya, bagaimanakah PAS mengaplikasi TS untuk PD dalam keadaannya sebagai pembangkang yang minoriti di dalam DUN Pulau Pinang? Adakah TS yang dilaksanakan oleh PAS di peringkat pusat relevan untuk PAS di Pulau Pinang? Adakah PAS gagal melaksanakan TSnya untuk PD di Pulau Pinang apabila PAS mengisytiharkan TSnya dengan DAP terbatal? Kajian ini bertujuan untuk merumuskan aplikasi TS dalam PD yang sesuai digunakan oleh PAS di Pulau Pinang. Untuk mencapai tujuan ini, kajian ini menumpukan kepada tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep TS dalam PD; kedua, menganalisis TS dalam PD yang diaplikasikan oleh PAS di Pulau Pinang; dan ketiga, merumuskan aplikasi TS dalam PD yang sesuai digunakan oleh PAS di Pulau Pinang. Kajian yang berbentuk kualitatif deskriptif ini menggunakan kaedah kepustakaan dan temu bual separa berstruktur untuk mendapatkan data. Data-data yang diperolehi pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, terbina satu kerangka konseptual TS dalam PD yang terdiri daripada lima prinsip, empat ciri dan empat syarat pelaksana. Lima prinsip tersebut ialah, pertama; mempunyai perjanjian; kedua, pelaksana yang berprinsip; ketiga, politik sebagai wasilah; keempat, dakwah sebagai tujuan; dan kelima, mardhatillahsebagai matlamat. Empat ciri tersebut pula ialah, pertama, mempunyai dokumen perjanjian; kedua, mempunyai tempoh perjanjian; ketiga, dasar Islam dapat dipertahankan; dan keempat, mewujudkan persefahaman. Empat syarat pelaksana pula ialah, pertama, elemen spiritual yang kuat; kedua, kemahiran mengurus dan berinteraksi; ketiga, hikmah dalam

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

berdakwah, dan keempat, peribadi mulia. Berasaskan kerangka konseptual TS dalam PD tersebut, terhasil pula tiga bentuk pendekatan aplikasi TS dalam PD yang sesuai digunakan oleh PAS di Pulau Pinang. Pertama, pendekatan dakwah; kedua, pendekatan kebajikan; dan ketiga, pendekatan politik.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Pembangunan Lestari Universiti Sains Malaysia Berdasarkan

Prinsip Pembangunan

Berteraskan Islam

Ahmad Nazrul Alif

Yahya 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

HD72.M120.N336 2016

Pembangunan lestari merupakan perkara yang sering dibincangkan dan diperdebatkan pada masa ini termasuklah dalam kalangan institusi pendidikan tinggi. Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif menerapkan pembangunan lestari dalam pembangunan institusinya. Inisiatif USM ini mengundang pelbagai reaksi daripada warganya sama ada secara positif mahupun negatif. Di sini bermulanya permulaan bagi penyelidik untuk mengkaji pembangunan lestari yang dilaksanakan oleh USM. Untuk itu, terdapat tiga objektif yang perlu dicapai. Pertama, mengenal pasti pelaksanaan pembangunan lestari USM. Kedua, menganalisis pembangunan lestari USM berdasarkan pembangunan berteraskan Islam. Ketiga, merumuskan pembangunan lestari USM mengikut pembangunan berteraskan Islam. Ia dilakukan dengan kaedah kepustakaan. Datadata yang didapati tersebut kemudiannya dianalisis dengan analisis kandungan. Terdapat tiga penemuan elemen pembangunan lestari USM yang selari dengan pembangunan berteraskan Islam. Pertama, manusia sebagai pelaku pembangunan. Kedua, ibadah sebagai perkaedahan pembangunan. Ketiga, sumber alam sebagai peralatan pembangunan. Namun, ketiga-ketiga elemen ini masih perlu diperkemaskan lagi dan ditambah dengan prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam yang lain supaya matlamat pembangunan mengikut syariat Islam dapat dicapai. Hasilnya, pembangunan lestari USM tidak menggambarkan pembangunan berteraskan Islam kerana pembangunan lestari USM tidak mengandungi keseluruhan prinsip pembangunan berteraskan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4

Kedudukan Dogma Islam

Dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan

Islam

Amirah Abdullah 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

BP165.5.M121.AM517 2016

Bertitik tolak daripada pertembungan pemikiran sains dan dogma gereja pada abad ke-16, kegemilangan sains Barat moden telah memberi pengaruh yang kuat terhadap pegangan dogma agama dalam penyelidikan. Dogma ialah kepercayaan atau sistem kepercayaan dalam agama yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian. Walau bagaimanapun, sebahagian penyelidikan berkenaan Islam dan orang Islam yang dilakukan turut terpengaruh dengan kaedah penyelidikan lazim, khususnya ke atas perkara-perkara dogma Islam dalam konteks tasawur, epistemologi, ontologi dan aksiologinya. Persoalannya, bagaimanakah pertembungan dogma gereja dan sains ini mempengaruhi pegangan dogma Islam dalam penyelidikan berkenaan Islam dan orang Islam? Mengapakah penyelidikan berkenaan Islam dan orang Islam yang mengambil kira dogma Islam tidak menggunakan kaedah penyelidikan berteraskan Islam? Bagaimanakah kedudukan dogma Islam dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam yang sepatutnya? Untuk menjawab persoalan ini, disertasi ini cuba mengkaji perkara ini dengan mengambil dogma Islam dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam sebagai objek kajian. Bagi mengkaji dogma Islam dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam, dogma Islam dilihat dari empat aspek falsafah. Pertama, aspek tasawur; kedua, aspek epistemologi; ketiga, aspek ontologi; dan keempat, aspek aksiologi. Kajian ini dilakukan berlandaskan tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti konsep dogma dalam agama. Kedua, menganalisis dogma Islam dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam dari aspek falsafah. Ketiga, merumuskan kedudukan dogma Islam dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Bagi mencapai objektif yang dinyatakan, kaedah kajian kepustakaan dipakai bagi mendapatkan data-data sekunder berkaitan kajian ini. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis kemudiannya membawa kepada empat kesimpulan. Pertama, dogma gereja (Kristian) berbeza dengan dogma Islam. Dogma gereja ialah ajaran kepercayaan golongan Kristian, misalnya dogma sains (konsep falsafah Yunani) seperti matahari adalah panas dan ia menggunakan tenaga. Dogma agama misalnya pegangan Kristian bahawa tuhan (Jesus) tidak boleh berbohong, kekal, sentiasa wujud, tidak berdosa dan suci. Dogma Islam pula ialah pegangan terhadap rukun iman dan rukun Islam. Kedua, pertembungan antara dogma gereja dan sains menyebabkan pegangan dogma dalam falsafah kaedah penyelidikan adalah berdasarkan kaedah lazim. Ia bersumberkan akal fikiran, merangkumi aspek fizikal dan bersifat bebas nilai dalam penyelidikan. Ketiga, kesepaduan yang komprehensif antara keempat-empat unsur tasawur, epistemologi, ontologi dan aksiologi kaedah penyelidikan berteraskan Islam ini terbentuk dari empat pegangan dogma Islam yang utama. Dogma Islam tersebut ialah pertama, pegangan terhadap rukun iman dan rukun Islam; kedua, bersumberkan gabungan dalil ‘aqli dan ilmu daruri serta dalil naqli dan ilmu nazari; ketiga, merangkumi aspek fizikal dan metafizik; dan keempat, aspek ini dinilai melalui penilaian akhlak seorang Muslim. Keempat, kedudukan dogma Islam ini adalah mutlak dan merupakan tunjang

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

kepada pembinaan kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Kajian ini memberi implikasi kepada pemahaman terhadap paradigma dogma agama dalam kaedah penyelidikan yang digunakan secara lazim pada hari ini. Kajian ini sekaligus meletakkan garis panduan dogma Islam dalam menjalankan penyelidikan berkaitan Islam dan orang Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Tasawur Indikator Sistem Pemeringkatan Universiti Dunia

Quacquarelli Symonds

Athirah Abu Bakar 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

BP165.5.M122.AT871 2016

Sistem pendidikan tinggi kini sedang dilanda fenomena penggunaan sistem pemeringkatan universiti dunia (PUD) untuk menilai kredibiliti dan tahap kecemerlangan sesebuah universiti. Universiti yang mendapat kedudukan teratas dalam sistem PUD dianggap lebih baik kualitinya berbanding universiti lain. Justeru, pihak universiti sentiasa menerima tekanan untuk mengubah dan memperbaiki hasil keluaran sehingga mewujudkan persaingan dalam kalangan universiti. Sistem pendidikan tinggi di Malaysia turut terlibat dalam fenomena ini melalui penggunaan sistem PUD Quacquarelli Symonds (Quacquarelli Symonds World University Rankings, PUD QS) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM). Persoalannya, apakah tasawur indikator yang terkandung dalam sistem PUD QS ini? Bagaimanakah pula perspektif Islam terhadap tasawur indikator sistem PUD QS? Adakah tasawur indikator yang terkandung dalam sistem PUD QS sesuai dengan hasrat KPTM untuk membentuk generasi muda yang berkembang secara holistik? Oleh sebab itu, kajian ini cuba untuk mengkaji tasawur indikator sistem PUD QS melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti indikator sistem PUD QS. Kedua, menganalisis tasawur indikator sistem PUD QS. Ketiga, merumuskan tasawur indikator sistem PUD QS. Objektif-objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk deskriptif. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh melalui kajian kepustakaan. Data sekunder yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa tasawur indikator sistem PUD QS terbahagi kepada tiga iaitu keuntungan, eurocentrism dan berpaksikan pelajar. Selain itu, kajian ini merumuskan bahawa tasawur indikator sistem PUD QS ini adalah tidak menepati perspektif Islam kerana tidak mempunyai unsur ketauhidan iaitu Allah SWT sebagai Pencipta. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa tasawur indikator sistem PUD QS kurang sesuai digunakan dengan matlamat sistem pendidikan tinggi Malaysia kerana hanya mengutamakan aspek intelek dan jasmani sahaja manakala aspek emosi dan rohani diabaikan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6 Potensi Wakaf Kesihatan Di

Malaysia

Farhat Nazirul Mubin

2016 Disertasi Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

BP173.25.M123.F223 2016

In the current world of capitalism, the price for a person to receive a good healthcare treatment from private healthcare institution is very high. On the other hand, waqf plays an important role as a source for the development of Muslims and history proves the role of waqf in various sectors including healthcare sector. Hence, this exploratory study identified waqf as a solution to the high price of private healthcare services with aims to identify the potential of healthcare waqf in Malaysia, to analyze the potential of healthcare waqf in Malaysia and to conclude the potential of healthcare waqf in Malaysia. The method used for this paper is by the content analysis of library research and in-depth interviews with the experts in the related field of healthcare waqf. There are potentials that have been identified in each element of legal and administration, financial and resources, human capital and expertise, and marketing and understanding. These elements must be integrated with the suitable waqf instruments such as cash waqf, investment based instruments and istibdal in order for healthcare waqf to be sustainable. As a conclusion, this study found that healthcare waqf is able to help Malaysian to receive a good healthcare treatment at lower price compare to other private healthcare providers. In addition, this study is able to increase the knowledge and theory related to waqf for healthcare purposes.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Kefahaman Terhadap

Perwatakan Pelaku

Pembangunan Berteraskan Islam Dalam

Kalangan Pemimpin

Pelajar Universiti Sains Malaysia

Fazleen Md Ali 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD72.M124.F287 2016

Sesebuah pembangunan tidak akan terlaksana tanpa manusia sebagai pelakunya (development actor). Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman terhadap perwatakan pelaku pembangunan berteraskan Islam dalam kalangan pemimpin pelajar Universiti Sains Malaysia. Pelaku pembangunan perlu mempunyai perwatakan yang mantap dan menerapkan ciri-ciri Islamik untuk menjadikan sesebuah pembangunan itu berjaya dan mencapai keredaan Allah SWT. Pelaku pembangunan perlu faham akan perwatakan yang perlu dikuasai oleh mereka dalam membentuk sebuah pembangunan yang berteraskan Islam. Persoalannya, sejauh manakah pelaku pembangunan ini faham akan kepentingan memahami tentang perwatakan pelaku pembangunan dan kepentingannya untuk diamalkan dalam sesebuah pembangunan tersebut. Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, kajian ini menumpukan kepada tiga objektif kajian. Pertama mengenal pasti kefahaman pemimpin pelajar USM terhadap perwatakan pelaku PBI; kedua, menganalisis kefahaman pemimpin pelajar terhadap perwatakan pelaku PBI berdasarkan asas-asas perwatakan pelaku PBI; dan ketiga, merumuskan tahap kefahaman pemimpin pelajar USM terhadap perwatakan pelaku PBI. Pengumpulan data primer melalui pengedaran satu set soal selidik kepada 50 orang pemimpin pelajar USM. Data terkumpul dianalisis melalui statistik deskriptif. Hasil penelitian mendapati bahawa pemimpin pelajar Universiti Sains Malaysia faham mengenai perwatakan pelaku pembangunan namun masih terdapat sebilangan daripada pemimpin pelajar yang masih keliru berkenaan dengan kepentingan menjaga hubungan antara pemimpin dan Allah SWT. Hasil kajian ini memberi satu pendedahan bahawa betapa pentingnya seorang pemimpin sebuah pembangunan memahami akan perwatakan pelaku pembangunan berteraskan Islam agar perwatakan tersebut dapat dipraktikkan sebaiknya.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8 Gerakan

Dakwah Online Di Malaysia

Hanis Hazlinda

Rozali 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

BP174.M125.H239 2016

Dakwah secara online merupakan satu medium dakwah baru yang dapat memudahkan tugas pendakwah dalam usaha menyampaikan ilmu yang berkaitan agama Islam kepada masyarakat dengan mudah dan cepat. Dakwah secara online ini banyak digunakan oleh gerakan-gerakan dakwah di Malaysia yang mengambil inisiatif untuk mengembangkan dakwah dengan menggunakan medium teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan sebaiknya. Kewujudan laman-laman web gerakan dakwah ini dapat membantu gerakan-gerakan dakwah untuk mengembangkan dakwah mereka kepada orang ramai. Persoalannya, adakah laman-laman web gerakan dakwah ini memenuhi ciri-ciri laman web dakwah yang ideal? Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri laman web yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Seterusnya menganalisis dan merumuskan sama ada laman web gerakan-gerakan yang dipilih memenuhi ciri-ciri laman web yang ideal atau pun tidak. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menganalisis laman web gerakan-gerakan yang dipilih berdasarkan ciri-ciri laman web yang ideal. Kajian ini hanya mengunakan data sekunder, iaitu berdasarkan kajian-kajian dan karya-karya yang berkaitan dengan dakwah secara online dan laman web gerakan-gerakan dakwah yang dipilih.Semua data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan ciri-ciri laman web yang ideal iaitu beroperasi secara aktif, mudah diakses, kandungan dakwah yang menarik, sentiasa dikemaskini, tidak ada unsur elemen perniagaan dan iklan, bukan laman web yang berkaitan dengan politik, kandungan yang tidak memaksa keintelektualan dan laman web yang menarik minat orang ramai kepada Islam. Kajian ini mendapati laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sahaja yang memenuhi ciri-ciri laman web dakwah yang ideal manakala laman web Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak memenuhi ciri-ciri laman web yang ideal. Kesimpulannya, satu mekanisme penyelarasan laman web ciri-ciri dakwah yang ideal perlu diterapkan agar saluran dakwah gerakan dakwah tidak terpesong ke jalan yang salah dan dapat mengelirukan masyarakat Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Amalan Pengurusan

Insaniah Institusi Pembangunan

Berteraskan Islam: Kajian

Kes Masjid Ban Nua, Thailand

Maznah Abdul

Raheen 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD72.M126.M476 2016

Disertasi ini bertujuan untuk meneliti amalan pengurusan insaniah di institusi masjid Ban Nua Thailand. Amalan pengurusan insaniah merupakan aspek terpenting dalam pengurusan sesebuah institusi. Pekerja dan pihak pentadbiran merupakan dua elemen penting bagi sesebuah institusi dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Masjid Ban Nua, Thailand bukan sahaja memainkan peranan sebagai pusat ibadat malah merupakan pusat pembangunan menyeluruh yang menjalankan pelbagai aktiviti berbentuk fizikal dan spiritual. Melalui institusi masjid, ahli jawatankuasa masjid berjaya menguruskan insan dalam komuniti tersebut serta pembangunan mereka mengikut cara Islam. Pihak masjid Ban Nua, Thailand mengendalikan konsep pengurusan insan yang efektif dengan membawa masyarakat mencapai ketiga-tiga perkara iaitu ibadah, imarah dan khilafah. Setiap individu diberi kefahaman mengenai tiga elemen tersebut tentang kewajipan mereka sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Oleh itu kajian yang berbentuk kes ini telah dibangkitkan untuk mencari jawapan kepada persoalan yang diketengahkan. Kaedah pemerhatian dan temu bual mendalam dengan menggunakan soalan berstruktur telah diajukan kepada Imam masjid Ban Nua sebagai responden dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen spiritual memainkan peranan dalam amalan pengurusan insaniah di masjid Ban Nua Thailand. Selain itu, ukhwah yang erat di antara masyarakat di sana membawa kepada kejayaan dalam pengurusan dan pentadbiran.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10 Konseptualisasi

Negara Maju Dalam Al-Qur’an

Mohammad Aisamuddin

Akob 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

BP100.M127.AI299 2016

Negara maju menurut sarjana-sarjana Barat digambarkan sebuah negara kepada sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri pertumbuhan yang tinggi dari sudut fizikal, ekonomi dan pendapatan perkapita seperti negara Amerika, Jepun, Perancis, Jerman, Korea Selatan dan Singapura. Namun begitu, masih terdapat permasalahanpermasalahan negara maju yang terbina berasaskan perspektif Barat. Misalnya, salah tadbir urus, jurang ekonomi yang tinggi antara golongan miskin dengan golongan kaya, rasuah dan masalah pengagihan kekayaan. Persoalannya, walaupun negara maju menurut perspektif Barat ada kekurangan, mengapa masih tidak wujud satu konsep negara maju dari perspektif al-Qur’an? Justeru itu kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti konsep negara maju yang terdapat dalam ayat-ayat al-Qur’an. Secara khusus, kajian ini bertujuan mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat al-Qur’an berkaitan negara maju. Kedua, menganalisis konsep negara maju berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an. Ketiga, merumuskan model negara maju berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian secara deskriptif dengan kaedah pengumpulan data secara kepustakaan dan penganalisisan data menggunakan kaedah mawdu‘iy. Hasil daripada dapatan kajian memperoleh satu konsep negara maju menurut Islam yang berasaskan sumber al-Qur’an. Hasil analisis daripada ayat-ayat al-Qur’an berkenaan terdapat dua aspek utama. Pertama, prinsip negara maju dan kedua ciri-ciri negara maju menurut al-Qur’an. Daripada kedua-duanya, maka terbentuklah satu konsep negara maju yang diambil dari sumber al-Qur’an. Prinsip negara maju menurut al-Qur’an yang pertama ialah hubungan Pencipta dengan makhluk; kedua, musyawarat; ketiga, perdamaian dan persaudaraan; keempat, ketaatan dan kepatuhan; kelima, melaksanakan setiap ibadah disyariatkan Islam; dan keenam, keadilan dan keamanan. Manakala bagi ciri-ciri pula ialah pertama, sistem perekonomian yang baik dan sumber keuntungan negara yang banyak; dan kedua, pembangunan struktur muka bumi yang maju. Implikasi dari kajian ini mendapati konsep negara maju dari perspektif Islam lebih menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Konsep Kelestarian Alam

Sekitar Dari Perspektif

Pembangunan Berteraskan

Islam

Mohd Hafifi Hafidz Abu

Bakar 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

HD72.M128.H139 2016

Kelestarian alam sekitar merupakan satu topik penting yang sering dibincangkan dan diperkatakan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Kelestarian alam sekitar merupakan pecahan daripada kelestarian pembangunan, namun lebih banyak menyentuh isu berkaitan dengan alam sekitar. Terdapat banyak isu dan masalah berkaitan alam sekitar yang juga merupakan sumber utama dalam kegiatan pembangunan. Isu dan masalah berkaitan alam sekitar telah mengambarkan bahawa sumber alam sekitar telah diexploitasi oleh manusia. Oleh itu, satu konsep kelestarian telah dibentuk untuk meneliti dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di antara alam sekitar dan pembangunan. Namun begitu, konsep kelestarian ini dibina dan dibentuk dengan menggunakan sistem pembangunan lazim dan tidak melibatkan unsur agama yang merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Atas sebab ini kajian ini bertujuan meneliti mengenai konsep kelestarian alam sekitar dari perspektif pembangunan yang berteraskan Islam. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini iaitu yang pertama, mengenal pasti konsep kelestarian alam sekitar. Objektif kedua adalah menganalisis konsep kelestarian alam sekitar dari perspektif PBI dan objektif yang ketiga adalah merumuskan konsep kelestarian alam sekitar menurut PBI. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap data yang diperolehi melalui kaedah kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep kelestarian alam sekitar yang dibentuk menggunakan sistem pembangunan lazim mempunyai kelemahan selain tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan alam sekitar. Kajian ini juga mendapati walaupun konsep kelestarian ini bertujuan untuk mengatasi masalah antara pembangunan dan alam sekitar, namun ia gagal akibat daripada kelemahan konsep kelestarian itu sendiri yang berpaksikan kepada matlamat dan falsafah pembangunan lazim. Analisis kajian juga mendapati bahawa elemen-elemen yang membentuk konsep kelestarian tidak dapat mengatasi sikap rakus dan tamak manusia dalam mengejar pembangunan yang lebih kepada unsur materialistik. Implikasi penemuan kajian ini dapat membantu mengatasi isu alam sekitar yang kian meruncing dengan mengaplikasikan konsep kelestarian pembangunan berteraskan Islam yang lebih sesuai digunakan untuk mengatasi isu alam sekitar.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Persepsi Mahasiswa Terhadap

Pelaksanaan Cukai Barang

Dan Perkhidmatan

(GST) Di Malaysia: Kajian

Ke Atas Mahasiswa Muslim Di

Universiti Sains Malaysia

Muhammad Hilmi Mat

Johar 2016 Disertasi

Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

HS1525.M095.H655 2016

Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Goods and Services Tax (GST) merupakan salah satu langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur sistem pencukaian negara. Dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, negara perlu mempunyai sistem pencukaian yang lebih telus, efisien dan mesra perniagaan. Namun di sebalik pelaksanaan tersebut, adakah rakyat Malaysia faham apakah itu GST dan mengapa ianya perlu dilaksanakan bagi menggantikan sistem cukai yang sedia ada? Berdasarkan kajian lepas, masyarakat masih kurang maklumat mengenai GST dan pelaksanaannya. Justeru kajian ini dijalankan ke atas mahasiswa yang dikatakan sebagai golongan cendekiawan untuk mengetahui persepsi mereka terhadap pelaksanaan GST di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi mahasiswa Muslim USM, menganalisis tahap persepsi mahasiswa Muslim USM dan merumuskan tahap persepsi mahasiswa Muslim Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap pelaksanaan GST. Sampel kajian adalah seramai 300 orang mahasiswa Muslim USM berdasarkan tahun pengajian dan pusat pengajian yang berbeza. Pemilihan sampel dibuat secara berstrata dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Dua dapatan utama kajian ini ialah pertama, faktor intrinsik mempunyai pengaruh yang negatif dan signifikan terhadap persepsi mahasiswa Muslim USM, yang mana dimensi yang tertinggi ialah pulangan maslahat dan pulangan mafsadah. Kedua, ialah dimensi di bawah faktor ekstrinsik iaitu reputasi dan pengesyoran menunjukkan persepsi yang positif berbanding dimensi pemasaran dan pengiklanan. Ini menunjukkan secara keseluruhan tahap persepsi mahasiswa Muslim USM masih berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, pihak pengendali GST perlu memainkan peranan yang lebih dalam menyampaikan maklumat tentang GST dan mengenai keperluan negara melaksanakan GST kepada rakyat Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

13

Sistem Penyampaian

Maklumat Institusi Masjid

Di Pulau Pinang

Muhammad Zufar

Marwah 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

BP173.25.M096.Z94 2016

Institusi masjid pada masa kini harus mempunyai komunikasi dua hala yang baik dengan masyarakat setempat. Secara khususnya, jika fungsi masjid sebagai pusat pengajian agama Islam mahu dijayakan, setiap aktiviti pengajian agama Islam yang berlangsung di masjid harus diketahui oleh masyarakat dengan mudah dan lebih awal. Hebahan penyampaian maklumat yang baik membantu meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam pengimarahan masjid. Kajian berbentuk deskriptif ini dilakukan untuk mengenal pasti sistem penyampaian maklumat masjid yang sedia ada di Pulau Pinang, menganalisis sistem penyampaian maklumat institusi masjid yang sedia ada di Pulau Pinang dan seterusnya mencadangkan sistem penyampaian maklumat yang boleh diguna pakai oleh institusi masjid di Pulau Pinang. Proses mendapatkan data dilakukan dengan menemu bual wakil masjid di Pulau Pinang dan pemerhatian mendalam terhadap perjalanan sistem penyampaian maklumat institusi masjid di Pulau Pinang. Melalui dapatan kajian, terdapat sebelas elemen penyampaian maklumat (secara lisan dan bukan lisan) yang diguna pakai oleh sepuluh masjid di Pulau Pinang yang tersenarai dalam kajian ini. Elemen-elemen tersebut meliputi pengumuman waktu sebelum solat Jumaat, FB, kumpulan Whatsapp, radio, buletin masjid, risalah, kain rentang, papan kenyataan, aplikasi mudah alih, laman sesawang dan skrin tayangan elektronik. Sebagai kesimpulan, setiap masjid dalam kajian ini mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam menguasai elemen-elemen ini cuma kebanyakannya tidak tersusun caranya supaya hebahan maklumat lebih terancang dan meluas kepada masyarakat setempat terutamanya elemen yang melibatkan kaedah teknologi. Malah, kesemua masjid ini menumpukan ke arah maklumat aktiviti masjid yang berlangsung di masjid masingmasing kepada masyarakat tanpa berkongsi maklumat yang ada di masjid lain. Untuk mengatasi masalah penyampaian maklumat secara bersepadu (di bawah satu bumbung), dicadangkan satu sistem melalui elemen aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai MiPP bagi membantu memperluaskan maklumat masjid kepada masyarakat dengan mudah.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

14

Pembangunan Insaniah

Beliawanis Oleh Badan Bukan Kerajaan Nisa’

Kelantan

Na’imah Mohamed

Najib 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

HD72.M097.N337 2016

Beliawanis merupakan nadi kelangsungan tampuk kepimpinan negara, sekaligus menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Namun, kemungkaran yang berlaku saban hari dalam diri, keluarga dan masyarakat memungkinkan golongan beliawanis tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Oleh itu, golongan beliawanis seharusnya dibangunkan dengan budaya ilmu yang subur dengan nilai murni serta kemahiran yang diperlukan bagi melahirkan generasi yang berkualiti pada masa akan datang. Justeru, kajian ini meneliti pembangunan insaniah dari perspektif Islam dalam program yang telah dijalankan oleh Nisa’ Kelantan selaku NGO beliawanis di Kelantan. Program yang dijalankan oleh Nisa’ Kelantan didapati sering mendapat sambutan baik daripada masyarakat selain menerima bantuan daripada kerajaan negeri, pihak swasta dan orang ramai. Atas sebab ini, disertasi ini bertujuan mengenal pasti program yang dilaksanakan oleh Nisa’ Kelantan terhadap beliawanis, menganalisis program pembangunan insaniah beliawanis yang dilaksanakan dan merumus bentuk program pembangunan insaniah beliawanis tersebut. Kajian lapangan dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur secara mendalam kepada enam orang wakil ahli jawatankuasa Nisa’ Kelantan. Selain itu, kajian kepustakaan juga dilaksanakan terhadap data sekunder bagi memperoleh maklumat berkenaan pembangunan insaniah beliawanis yang dijalankan oleh Nisa’ Kelantan. Temu bual serta data sekunder tersebut seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, Nisa’ Kelantan didapati telah melaksanakan program pembangunan insaniah beliawanis menerusi pembangunan program yang seimbang terhadap beberapa bentuk pembangunan iaitu fizikal, emosi, rohani, jati diri, kesihatan, pendidikan, ekonomi, perhubungan sosial, pengurusan pentadbiran serta infrastruktur dan teknologi yang seimbang terhadap wanita dan masyarakat di Kelantan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

15

Pengaplikasian Kaedah Rukyah

Dan Hisab Dalam

Penentuan Awal Bulan-Bulan

Ibadah Di Malaysia

Nabilah Abd Salam 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

BP160.M098.N116 2016

Rukyah dan hisab adalah satu kaedah yang diguna pakai dalam menentukan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia sejak tahun 1983 hingga kini. Sebelum tahun 1983, kaedah penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia sering bertukar-tukar kaedah antara kaedah hisab, kaedah rukyah serta kaedah rukyah dan hisab. Persoalannya, apakah kaedah rukyah dan hisab yang dimaksudkan dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah ini? Apakah hujah-hujah penggunaan kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia yang masih bertahan digunakan sejak tahun 1983? Bagaimanakah pengaplikasian kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia? Berdasarkan persoalan yang timbul, kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif iaitu pertama, mengenal pasti kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia; kedua, menganalisis pengaplikasian kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia; dan ketiga, merumuskan pengaplikasian kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah di Malaysia. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian berbentuk penjelasan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan temu bual mendalam dilakukan. Hasilnya, kajian ini mendapati kaedah rukyah dan hisab adalah satu kaedah yang mempunyai prinsip dan ciri-ciri tersendiri. Pengaplikasian kaedah rukyah dan hisab di Malaysia ini adalah tidak menyalahi hukum syarak, malah mengambil kira dalil-dalil al-Qur’an, Hadith dan pandangan ulama muktabar. Pengaplikasian kaedah rukyah dan hisab berbanding kaedah rukyah sahaja atau kaedah hisab sahaja juga dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut adalah pertama, sebagai satu langkah penyelarasan seperti yang dipersetujui dalam Resolusi Istanbul dan MABIMS; kedua, berdasarkan tafsiran Hadith al-Bukhariy nombor 1906; ketiga, kaedah rukyah dan hisab meliputi hukum asal dalam agama Islam, mempunyai kaedah saintifik, berpandukan pendapat ulama muktabar dan bersifat universal; keempat, faktor fizikal Malaysia yang berawan tebal dan banyak; dan kelima, untuk meraikan dua kaedah lain iaitu kaedah rukyah dan kaedah hisab. Pengaplikasian kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal bulan-bulan ibadah melibatkan beberapa pihak yang bertanggungjawab dalam penentuan awal bulan, ada instrumen-instrumen tertentu dan mempunyai langkah-langkah yang sistematik. Kesemua negeri di Malaysia mengaplikasikan kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal ibadah di Malaysia seperti yang digariskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

16

Pengurusan Insaniah

Berdasarkan Surah Al-Mukminun

Nik Nur Syuhada

Nik Saleh@Nik Abdullah

2016 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD72.M099.SY995 2016

Pengaruh bidang pengurusan insaniah masa kini didominasi oleh pengurusan insaniah lazim. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kesedaran terhadap keperluan pengurusan insaniah berteraskan Islam mula mendapat tempat terutamanya dalam institusi yang bertunjangkan falsafah Islam. Justeru, penyerapan elemen-elemen berbentuk spiritual dalam pengurusan insaniah lazim telah berlaku bagi menyuntik elemen Islamik dalam pengurusan insaniah. Namun, permasalahan timbul apabila falsafah pengurusan insaniah lazim berlawanan dengan falsafah Islam. Falsafah Islam menitik beratkan tentang tasawur Islam dan bersumberkan epistemologi Islam. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk menganalisis pengurusan insaniah berdasarkan epistemologi Islam dengan menfokuskan kepada Surah al-Mu’minūn. Hal ini demikian kerana perkara yang berkaitan Muslim wajar diurus secara Islam. Justeru, kajian ini bertujuan mencapai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat pengurusan insaniah dalam Surah al-Mu’minūn. Kedua, menganalisis konsep pengurusan insaniah berdasarkan ayat-ayat yang telah dikenal pasti dalam Surah al- Mu’minūn. Ketiga, merumuskan asas panduan pengurusan insaniah berdasarkan Surah al-Mu’minūn. Kajian ini dibuat berdasarkan kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah tafsir al-Mawḍū‘iy dan analisis kandungan. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat penyepaduan antara elemen fizikal dengan spiritual terhadap pengurusan insaniah berdasarkan Surah al-Mu’minūn. Hasil daripada penyepaduan kedua-dua elemen itu membawa kepada penemuan unsur qalbu. Penerapan unsur qalbu adalah wajar untuk menjadi asas panduan dalam pengurusan insaniah berteraskan Islam. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pengurusan insaniah berdasarkan Surah al-Mu’minūn adalah asas panduan yang boleh digunakan oleh institusi dalam menguruskan para pekerja pada masa kini.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

17

Politik Islam Hadhari

Terengganu Bestari

Noor Adilah Aminuddin 2016 Disertasi

Sarjana

Prof Dr. Mohd

Sakir @ Shukri Bin

Salleh

JA1.M100.AD235 2016

Islam Hadhari Terengganu Bestari (IHTB) merupakan salah satu pendekatan pembangunan yang dijalankan di Negeri Terengganu. IHTB telah diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu pada ketika itu. Pendekatan pembangunan ini adalah rentetan pendekatan pembangunan yang diisytiharkan pada peringkat negara oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi iaitu Islam Hadhari (IH). Sama seperti IH pada peringkat negara, IHTB mempunyai masalah yang sama iaitu tiada kelestarian dan kesinambungan pendekatan sehingga kini. Kenapakah begitu? Adakah politik menjadi salah satu faktor mempengaruhi masalah ketidakkelestarian dan ketidaksinambungan IHTB? Disertasi ini mengkaji politik yang mempengaruhi kelestarian dan kesinambungan pelaksanaan pendekatan IHTB. Terdapat tiga objektif dalam diertasi ini. Pertama, mengenal pasti pendekatan IHTB. Kedua, menganalisis politik IHTB. Ketiga, merumuskan politik IHTB. Disertasi ini menggunakan reka bentuk kajian penjelasan, dengan menggunakan data primer dan data sekunder. Data-data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil daripada analisis kandungan ini memperoleh empat perkara. Pertama, setiap pemimpin mempunyai teras kepimpinan tersendiri yang merangkumi kecenderungan politik serta keupayaan mereka untuk menggerakkan tenaga kerja. Kedua, kurang pemahaman pendekatan oleh kerajaan. Ketiga, penolakan IHTB secara keseluruhannya oleh PAS. Keempat, pendekatan IHTB melibatkan kuasa politik sehinggakan pendekatan tersebut tidak ada kelestarian dan kesinambungan sehingga sekarang.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

18

Sumbangan Tun Dr. Mahathir

Mohamad Dalam Ekonomi Politik

Islam Di Malaysia: Tumpuan Khusus

Terhadap Pengisytiharaan

Negara Islam

Noor Husna Mohd Shafie

2016 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

HD72.M101.H971 2016

Perkembangan ekonomi politik Islam (EPI) berlaku pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun Mahathir) menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Selama 22 tahun memegang jawatan tersebut, pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dilihat merupakan bukti akhir beliau mahukan ekonomi, politik dan sosial secara Islam. Namun, benarkah pengisytiharan Negara Islam oleh Tun Mahathir membawa kepada terlaksananya EPI di Malaysia? Bagaimanakah pula boleh diisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam sedangkan dasar pelaksanaan negara masih bercampur dengan sistem konvensional? Jika benar ada sumbangan EPI oleh beliau, apakah model sebenar Negara Islam yang diinginkan olehnya? Adakah pengisytiharan tersebut hanya sekadar untuk mempengaruhi golongan agama supaya menyokongnya? Bagi menjawab persoalanpersoalan tersebut, kajian ini menumpukan kepada tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti pelaksanaan Tun Mahathir dalam EPI di Malaysia; kedua, menganalisis sumbangan Tun Mahathir dalam EPI di Malaysia setelah diisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam; dan ketiga, merumuskan sumbangan Tun Mahathir dalam EPI di Malaysia setelah diisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Data-data yang dikumpulkan ini merangkumi data primer dan data sekunder. Bagi data primer, ia dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temu bual. Data sekunder pula diperoleh daripada kaedah kepustakaan. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Hasilnya didapati bahawa semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, sememangnya ada sumbangan beliau terhadap EPI di Malaysia. Sumbangan Tun Mahathir dapat dirumuskan kepada empat perkara iaitu polemik politik, perkembangan pendidikan, dasar pentadbiran dan sistem kewangan Islam. Bagi polemik politik, selepas Tun Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam adanya perkembangan politik Islam di Malaysia terutamanya antara Pasrti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Seterusnya, dalam perkara kedua iaitu perkembangan pendidikan, pengisytiharan Negara Islam tersebut telah mendorong institusi pendidikan berteraskan Islam di Malaysia membuat pertambahan subjek dalam rangka pembelajaran mereka. Misalnya, pertambahan subjek ketamadunan Islam dalam memperbanyakkan pembelajaran Islam dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bagi perkara ketiga pula iaitu dasar pentadbiran, ia dilaksanakan berasaskan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam terdahulu, ia diperkukuhkan lagi dengan aktiviti kerohanian pada awal pagi di pejabat masing-masing menerapkan nilai kerohanian khususnya kepada penjawat awam di Malaysia. Selain itu, dalam perkara keempat mengenai sistem kewangan Islam, selepas daripada melaksanakan sistem perbankan Islam iaitu menubuhkan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), bank-bank konvensional lain yang sedia ada juga

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

mengambil peluang dan ruang untuk memilih melaksanakan sistem perbankan Islam dan konvensional.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

19

Indikator Jenayah Dalam

Indeks Pembangunan

Berteraskan Islam

Berdasarkan Kitab Jenayah

Al-Fiqh Al-Islamiy Wa Adillatuh

Noorhusna Badri 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

HD72.M102.N818 2016

Kadar jenayah sering mendapat perhatian dan tumpuan umum, malah telah diambil kira untuk mengukur pembangunan sesebuah negara. Terdapat beberapa indeks yang telah dibina untuk mengukur jenayah antaranya Indeks Jenayah dan Indeks Keselamatan Awam. Dalam setiap indeks terkandung komponen-komponen yang membentuk indikator yang digunakan sebagai petunjuk. Indeks Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) juga tidak terlepas dalam mengemukakan komponen jenayah untuk diukur dalam PBI. Oleh itu, apakah indikator jenayah yang sesuai untuk diukur dalam komponen indikator jenayah bagi Indeks PBI? Mengambil kira persoalan ini, kajian ini cuba untuk mengkaji indikator jenayah secara konseptual dan menilainya dari perspektif Islam melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti fiqh jenayah berdasarkan kitab jenayah al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh. Kedua, menganalisis komponen jenayah berdasarkan kitab tersebut. Ketiga, merumuskan indikator jenayah bagi Indeks PBI berdasarkan kitab tersebut. Ketiga-tiga objektif kajian ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk penerokaan. Kajian ini menggunakan data sekunder, kitab jenayah al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh sebagai sumber kajian. Kajian ini juga menggunakan dokumen dan bahan tekstual yang berkaitan jenayah dan Indeks PBI sebagai sumber data. Data-data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan. Kesemua data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat empat komponen jenayah dalam Islam berdasarkan kitab jenayah al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh iaitu hudud, qisas dan diyat serta taʿzir. Namun begitu, hanya tiga komponen yang sesuai untuk dijadikan indikator jenayah bagi Indeks PBI iaitu hudud, qisas dan taʿzir. Kajian ini merumuskan sebanyak 96 indikator jenayah bagi Indeks PBI. Kajian ini telah membuktikan bahawa kitab jenayah al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh sesuai dijadikan sebagai kerangka dalam pembentukan indikator bagi Indeks PBI.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

20

Maqasid Al-Syariat Dalam

Prinsip Pembangunan

Berteraskan Islam (PBI)

Norashikin Ahmad 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

HD72.M103.N822 2016

Maqasid al-syari‘at ialah objektif atau tujuan yang ditentukan oleh syarak kepada manusia untuk dilaksanakan bagi mencapai mardat Allah. Ia merupakan satu disiplin ilmu yang dijadikan sebagai pengukur kepada pelaksanaan sesuatu perkara sama ada ia selari dengan syariat Islam atau tidak. Maqas id al-syari‘at menjadi asas polisi Indeks Syariah oleh kerajaan Malaysia bagi mengukur prestasi usaha dan pencapaian pelaksanaan syariah di Malaysia. Mutakhir ini, wujud pula disiplin ilmu yang lain iaitu pembangunan berteraskan Islam (PBI). Tujuan PBI diwujudkan untuk menguruskan pembangunan mengikut acuan Islam. Ia didasari oleh tujuh prinsip (PBI) yang menunjanginya. Ia merujuk kepada tujuh prinsip yang dibina oleh Muhammad Syukri Salleh. Jika dibandingkan dengan prinsip PBI, maqasid alsyari‘ at dilihat sebagai satu aspek dominan yang diaplikasikan dalam pelbagai bidang berbanding prinsip PBI yang diaplikasikan dalam pembangunan sahaja. Persoalannya, adakah hal ini berlaku kerana prinsip PBI tidak menepati maqasid alsyari‘ at? Apakah prinsip PBI juga boleh digunakan sebagai pengukur dalam sesuatu bidang untuk menentukan sama ada Islam atau tidak sesuatu pelaksanaan sepertimana maqasid al-syari‘at? Adakah ia saling bertentangan antara satu sama lain atau saling kuat menguatkan? Berdasarkan permasalahan yang timbul, kajian ini dilakukan berdasarkan tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti maqasid alsyari‘ at. Kedua, menganalisis komponen maqasid al-syari‘at dalam prinsip PBI. Ketiga, merumuskan komponen maqasid al-syari‘at dalam prinsip PBI. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian berbentuk penjelasan yang menggunakan pendekatan deskriptif terhadap maqasid al-syari ‘at dalam prinsip PBI dilakukan. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif yang ditetapkan, kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini mendapati ketujuh-tujuh prinsip PBI Muhammad Syukri Salleh dibina merangkumi lima komponen maqasid al-syari‘at. Kajian ini mendapati prinsip PBI Muhammad Syukri Salleh sesuai diaplikasikan dalam pelbagai bidang selain bidang pembangunan. Hal ini disebabkan oleh empat faktor kekuatannya. Pertama, mengaplikasikan prinsip PBI secara tidak langsung akan merangkumi maqasid al-syari‘at; kedua, prinsip PBI mempunyai tasawur, epistemologi dan falsafahnya yang tersendiri; ketiga, prinsip PBI merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak; dan keempat, prinsip PBI dapat mengukur sesuatu pelaksanaan sama ada selari dengan Islam atau tidak. Justeru, prinsip PBI boleh

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

digunakan secara lebih meluas dalam pelbagai bidang sebagaimana maqasid alsyari‘ at.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

21

Konsep Modal Insan Menurut Sarjana Muslim

Masa Kini: Analisis Dari Perspektif

Tasawur Islam

Norhafizah Abdul Halim

2016 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD4861.M104.N839 2016

Kemajuan sesebuah negara amat berkait rapat dengan faktor ekonomi semasa yang berlaku. Dunia globalisasi dan kehendeak modenisasi kini telah mencetuskan revolusi peralihan ekonomi yang berasaskan perindustrian kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Sehubungan dengan itu, dunia kini sedang bergerak kepada ekonomi berasaskan pengetahuan yang memberi penekanan dalam keupayaan intelektual seiring dengan kemunculan konsep modal insan yang telah diperkenalkan oleh negara Barat. Pengaruh yang meluas terhadap konsep ini menjadi perbincangan dalam kebanyakan negara terutamanya negara-negara membangun yang mejoritinya adalah negara Islam. Golongan sarjana Muslim turut tidak ketinggalan menggunapakai konsep tersebut dalam kajian yang dilakukan. Oleh itu, timbul persoalan kebolehgunaan konsep ini dalam kalangan sarjana Muslim masa kini. Adakah konsep ini didasari oleh falsafah, elemen serta matlamat yang selari dengan syariat Islam. Bagi menjawab persoalan tersebut, tiga objektif telah dibentuk. Pertama, mengenal pasti konsep modal insan menurut sarjana Muslim masa kini. Kedua, menganalisis konsep modal insan menurut sarjana Muslim masa kini dari perspektif tasawur Islam. Seterusnya merumuskan keselarian konsep modal insan menururt sarjana Muslim masa kini dari perspektif tasawur Islam. Melalui kaedah kajian kepustakaan dan analisis kandungan, dapatan menunjukkan bahawa konsep modal insan menurut sarjana Muslim masa kini tidak selari dengan tasawur Islam. Malah ditemui asas falsafah, elemen serta matlamat utama yang langsung tidak dikaitkan dengan konsep ketauhidan kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, kajian ini secara tidak langsung memberi penjelasan tentang kebolehgunaan konsep model insan dalam kalangan masyarakat mahupun negara Muslim.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

22

Persepsi Asnaf Fakir Terhadap Kemiskinan Di Hulu Langat,

Selangor

Nur Atikah Nazarudin 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

HV4023.M105.AT872 2016

Selangor merupakan negeri di Malaysia yang diisytihar maju pada tahun 2005. Namun negeri maju yang mempunyai jumlah Muslim tertinggi di Malaysia ini tidak terkecuali daripada fenomena kemiskinan khususnya di Hulu Langat, Selangor. Pengagihan dan kutipan zakat meningkat dari tahun ke tahun, namun jumlah asnaf fakir yang sering dikaitkan dengan fenomena ini tidak berkurangan malahan meningkat. Laporan Pengurusan Zakat Selangor 2014 (2015) melaporkan jumlah taburan asnaf fakir yang tertinggi saban tahun di daerah Hulu Langat iaitu sebanyak 2,218 pada tahun 2013 dan meningkat kepada 4,523 pada tahun 2014. Rentetan itu, beberapa persoalan perlu dijelaskan bagi menyelesaikan permasalahan ini. Antara persoalan yang timbul ialah pertama, adakah permasalahan tersebut berpunca silap faham tentang kemiskinan itu sendiri. Kedua, apakah persepsi kemiskinan dari perspektif asnaf fakir dipengaruhi oleh kemiskinan yang dialami asnaf fakir? Untuk menjawab persoalan ini, tiga objektif ditetapkan. Pertama, mengenal pasti konsep kemiskinan dari perspektif Islam. Kedua, menganalisis persepsi asnaf fakir di Hulu Langat terhadap kemiskinan dari perspektif Islam. Ketiga, merumuskan persepsi asnaf fakir di Hulu Langat terhadap kemiskinan. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data yang melibatkan kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Akhirnya, hasil kajian mendapati persepsi asnaf fakir di Hulu Langat terhadap kemiskinan dipengaruhi oleh persepsi asnaf fakir terhadap keadaan persekitaran seperti ukuran kemiskinam, faktor kemiskinan, penentuan Had Kifayah LZS, dan pendekatan dalam membasmi kemiskinan. Selain itu, kajian turut mendapati pendedahan asnaf fakir terhadap nilai-nilai agama seperti qanaah dan berkat banyak mempengaruhi persepsi asnaf terhadap kemiskinan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

23

Pelaksanaan Ekonomi Politik

Islam Dalam Pemerintahan Khalifah Umar

Abdul Aziz

Nur Atirah Mohamad

Razif 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

BP173.25.M106.AT872 2016

Khalifah Umar Abdul Aziz terkenal sebagai pemerintah yang melaksanakan pemerintahan berasaskan Islam. Adakah pelaksanaan ini melibatkan pelaksanaan ekonomi politik Islam? Pemerintahannya juga dilihat berjaya berbanding dengan pemerintahan sebelum dan selepas Baginda. Oleh itu, bolehkah sistem ekonomi politik yang diamalkan dalam pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz diamalkan pada masa sekarang? Daripada persoalan ini, kajian ini berhasrat untuk menganalisis pelaksanaan ekonomi politik Islam dalam pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Untuk mencapai hasrat itu, kajian ini dilakukan dengan menggunakan kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder. Kemudian, data-data ini dianalisis berdasarkan analisis kandungan. Hasilnya, daripada lapan pelaksanaan ekonomi politik Islam yang dikemukakan oleh Mohd Syakir Mohd Rosdi (2014) hanya terdapat tujuh sahaja pelaksanaan ekonomi politik Islam dalam pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sesuai dilaksanakan pada masa sekarang. Pelaksanaan ini merangkumi tujuh perkara. Pertama, menjaga keamanan dan melaksanakan undang-undang; kedua, menyelenggarakan pendidikan; ketiga, memelihara kesihatan; keempat, memelihara kepentingan umum; kelima, mengembangkan kekayaan dan memelihara Baitulmal; keenam, mengukuhkan akhlak; dan ketujuh, menyebarkan dakwah.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

24 Tasawur Konsep

Perkhidmatan Hotel Islami

Nur Fadhliana Habibollah

2016 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

BP160.M107.F144 2016

Kedatangan pelancong Muslim mula mendapat sambutan di negara-negara Muslim (Muslim Countries) sejak tahun 2004. Pengiktirafan destinasi pilihan pelancongan bercirikan Islam di peringkat global oleh Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) terhadap sepuluh buah negara Muslim telah memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia merupakan salah satu negara Muslim yang telah mendapat pengiktirafan sebagai destinasi pilihan pelancongan bercirikan Islam sekali gus mendorong pengusaha-pengusaha hotel menyediakan perkhidmatan hotel secara Islami. Oleh kerana belum ada piawaian khusus terhadap konsep hotel bercirikan Islam, timbul pelbagai versi konsep hotel Islami yang cuba diketengahkan oleh pengusaha-pengusaha hotel dalam industri perhotelan. Namun, persoalannya mengapakah terdapat pelbagai versi konsep hotel Islami ini sedangkan matlamatnya perlu bertitik tolak daripada akar umbi Islam yang sebenar telah timbul. Maka, satu penelitian terhadap konsep hotel bercirikan Islam perlu dilakukan. Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan, tiga objektif kajian telah dibentuk. Pertama, mengenal pasti konsep perkhidmatan hotel Islami sedia ada. Kedua, menganalisis tasawur bagi konsep hotel Islami dari perspektif tasawur Islam. Ketiga, merumuskan tasawur bagi konsep perkhidmatan hotel Islami dari perspektif tasawur Islam. Kajian penerokaan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder berkaitan konsep hotel Islami demi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut. Seterusnya, kajian ini yang mengguna pakai kaedah analisis kandungan mendapati bahawa daripada empat konsep hotel Islami hanya satu sahaja yang selari dengan perspektif tasawur Islam iaitu konsep hotel patuh syariah. Matlamat penubuhan konsep hotel halal, hotel Islamisasi dan hotel mesra Muslim juga didapati berorentasikan kepada keuntungan semata-mata sedangkan matlamat utama dalam tasawur Islam adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT (mardhatillah). Walaupun konsep hotel patuh syariah selari dengan perspektif tasawur Islam, elemen-elemen dalam konsep tersebut perlu ditambah baik supaya aspek lahiriah dan rohaniah dapat diseimbangkan. Oleh yang demikian, kajian yang dilakukan ini dapat memberi panduan kepada industri perhotelan khususnya dalam memilih dan melaksanakan konsep hotel Islami selari dengan perspektif tasawur Islam dan bersumberkan Epistimologi Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

25

Kaedah Pelaksanaan Agihan Zakat Kepada Asnaf

Muallaf Di Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Nur Fara Hana

Abdullah 2016 Disertasi

Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

HD28.M108.F219 2016

Zakat ialah sumbangan yang wajib dikenakan kepada orang Islam yang mampu iaitu muzakki kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya. Golongan muallaf adalah antara golongan yang berhak menerima zakat. Penambahan muallaf dari masa ke semasa menjadikan peranan dan tanggungjawab institusi zakat semakin besar dan penting. Golongan muallaf merupakan asnaf yang layak menerima zakat sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. Terdapat keperluan untuk menjamin asnaf muallaf tidak terjebak kepada gejala murtad yang menjadi ancaman utama. Kebergantungan asnaf mualaf dalam menerima agihan zakat dalam bentuk kewangan semata-mata masih belum memadai untuk meningkatkan nilai keagamaan pada diri mereka. Maka, pelaksanaan agihan zakat yang sedia ada perlu diteliti dalam membantu mualaf dari sudut kualiti hidup dan nilai keagamaan. Justeru itu, kajian ini akan mengenal pasti skim-skim bantuan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada muallaf. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis skim-skim bantuan yang disediakan termasuk isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan bantuan tersebut. Kajian ini dibahagikan kepada tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah pelaksanaan agihan zakat muallaf di LZS. Kedua, menganalisis kaedah pelaksanaan agihan zakat kepada muallaf di LZS. Ketiga, merumuskan kaedah pelaksanaan agihan zakat kepada muallaf di LZS. Persoalannya, apakah rumusan terhadap keseluruhan proses pengagihan zakat kepada muallaf di LZS? Dengan itu, data sekunder dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan temu bual mendalam melalui kajian deskriptif terhadap kandungan dalam kaedah agihan zakat terhadap muallaf. Terdapat tiga dapatan bagi kajian ini. Pertama, bentuk agihan zakat kepada muallaf iaitu bantuan saradiri dan bantuan produktif. Kedua, kaedah pelaksanaan agihan zakat kepada muallaf di LZS meliputi empat program khusus iaitu program pembangunan sosial, program pembangunan pendidikan, program pembangunan insan dan program pembangunan ekonomi. Seterusnya, dapatan kajian ini telah mendedahkan bahawa jumlah yang besar telah diperuntukkan bagi pembangunan asnaf muallaf. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu institusi zakat dalam memantapkan pengurusan agihan zakat kepada muallaf dan berterusan meningkatkan program yang lebih menyeluruh yang memberi tumpuan kepada meningkatkan kepercayaan dan keimanan dalam kalangan muallaf kepada Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

26

Perbandingan Proses

Pembuatan Produk Makanan

Berasaskan Makanan

Sunnah Di Syarikat Yang Menggunakan

Amalan Pengilangan

Islam (IMP) Dan Bukan IMP

Nur Farahanim Mustaffa

2016 Disertasi Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

BP160.M109.F219 2016

Makanan sunnah merupakan makanan terbaik yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad SAW dan terbukti mempunyai banyak khasiat. Kini muncul produk makanan yang berasaskan makanan sunnah terutamanya produk makanan kesihatan yang menggabungkan makanan sunnah bersama bahan-bahan lain termasuklah bahan pengawet. Timbul persoalan bagaimanakah proses pembuatan produk makanan sunnah ini dijalankan? Ini kerana walaupun makanan sunnah merupakan makanan yang sudah terjamin halal, pengguna masih mempersoalkan cara pembuatan produk makanan sunnah kerana mengkhuatiri kehadiran produk yang hanya menggunakan agama sebagai taktik pemasaran di samping isu-isu berkenaan piawaian halal yang meragukan. Oleh itu, adalah perlu untuk mencari satu garis panduan proses pembuatan makanan yang berteraskan Islam bagi memenuhi kehendak pengguna yang menepati syariah Islam. Amalan Pengilangan Islam (IMP) merupakan satu- satunya garis panduan pengilangan Islam yang mengambil kira konsep rohaniah Islam dalam proses pembuatan sesuatu produk. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis proses pembuatan dalam mengeluarkan produk makanan berasaskan makanan sunnah (PMBMS) berdasarkan dua syarikat pengeluar makanan sunnah terpilih. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan sumber primer dan menggunakan kaedah kepustakaan bagi sumber sekunder. Dapatan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil analisis mendapati bahawa syarikat pembuatan PMBMS bukan IMP tidak menggunakan sebarang garis panduan it piawaian, tiada pemantauan, tidak mempunyai standard operation procedure (SOP) yang terancang dan hanya memgesyorkan kaedah pengambilan produk secara saintifik. Manakala syarikat yang mengamalkan IMP pula mematuhi sebanyak mungkin piawaian, dipantau secara berkala, mempunyai SOP serta mengemukakan kaedah pengambilan produk secara saintifik dan amalan sunnah. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, garis panduan yang disediakan oleh IMP adalah selari dengan syariat Islam dan adalah digalakkan bagi semua pengusaha dan pengilang makanan sunnah supaya menggunakan IMP sebagai garis panduan utama dalam menjaga kualiti produk makanan terutamanya produk berasaskan makanan sunnah yang dihasilkan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

27

Faktor Penentu Pembayaran

Zakat Pendapatan Muzakki Luar Kelantan Di

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu

Kelantan (MAIK)

Nur Farhana

Mohd Yusoff

2016 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

BP160.M110.F223 2016

Zakat pendapatan merujuk kepada zakat yang dikenakan terhadap perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas. Penfatwaan zakat pendapatan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada peningkatan jumlah kutipan zakat pendapatan dan bilangan muzakki di Kelantan. Pada tahun 2013, bilangan muzakki zakat pendapatan di MAIK adalah seramai 35,722 orang. Namun daripada 35,722 orang muzakki ini terdapat juga muzakki yang bekerja di luar negeri Kelantan membayar zakat pendapatan di MAIK. Persoalannya, mengapakah muzakki yang bekerja di luar negeri Kelantan turut menyumbang kepada hasil pungutan zakat pendapatan di MAIK sedangkan Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berpendapat zakat pendapatan lebih afdal dikeluarkan di tempat muzakki bekerja. Malah pendapat kedua-dua organisasi ini selari dengan konsep lokalisasi zakat. Lantas, apakah faktor-faktor penentu yang mempengaruhi mereka membayar zakat pendapatan di MAIK? Justeru, kajian ini berhasrat mengkaji tentang faktor-faktor penentu yang mempengaruhi muzakki pendapatan ini membayar zakat di MAIK dengan memfokus kepada muzakki yang bekerja di luar negeri Kelantan tetapi membayar zakat pendapatan di MAIK. Bagi mengkaji faktor-faktor ini, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti faktor-faktor penentu yang mempengaruhi muzakki membayar zakat pendapatan di MAIK; kedua, menganalisis pandangan muzakki dan seterusnya merumuskan faktor penentu yang paling dominan dalam mempengaruhi muzakki membayar zakat pendapatan di MAIK. Kajian kualitatif ini menggunakan data primer yang diperoleh melalui pengedaran soal selidik kepada responden dan data sekunder yang diperoleh melalui kajian-kajian dan karya-karya yang berkaitan kepatuhan membayar zakat pendapatan. Semua data ini dianalisis menggunakan analisis kandungan. Analisis mendapati terdapat enam faktor yang mempengaruhi kepatuhan membayar zakat pendapatan di MAIK iaitu tahap kepuasan hati, keperluan negeri, sikap kenegerian, faktor kemudahan, keyakinan dan kualiti perkhidmatan. Faktor penentu yang paling dominan dalam mempengaruhi muzakki terhadap pemilihan pembayaran zakat pendapatan di MAIK ialah faktor tahap kepuasan hati.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

28

Konsep Hisbat Dalam

Pemantauan Pensijilan Halal

Produk Oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Nur’arifah Mohd Nor 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

BP160.M111.N974 2016

Disertasi ini bertujuan mengkaji konsep hisbat yang terdapat dalam pemantauan pensijilan halal produk yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hisbat merupakan kaedah pengawasan yang berlandaskan paradigma Islam. Dengan adanya hisbat ini, amar makruf dan nahi munkar dapat ditegakkan kerana dapat menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Disebabkan pelbagai isu yang timbul akibat daripada kekeliruan status sijil halal yang diberikan oleh JAKIM, pengkaji berminat untuk mengaitkan konsep hisbat dalam peranan JAKIM iaitu peranan memantau pensijilan halal produk. Antara kekeliruan yang timbul adalah jenis bahan kandungan yang dicampurkan dalam sesuatu produk adalah haram bagi orang Islam terutamanya untuk menggunakannya dan juga kekeliruan status bentuk tanda logo halal yang berada di pasaran. Terdapat beberapa isu produk yang pernah hangat dipersoalkan iaitu produk ribena, produk keluaran Dove, Pringles, minuman coca-cola, Coffee Bean dan Starbucks, coklat jenama Cadbury, Secret Recipe, Sushi King dan sebagainya. Oleh itu, kaedah pemantauan pensijilan halal JAKIM ingin dilihat dari sudut hisbat kerana garis panduan yang disediakan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM 2014) adalah merangkumi prosedur pemeriksaan, pengesahan dan permohonan sijil halal, kelulusan, syarat-syarat, pemantauan dan penguatkuasaan berlandaskan syariat Islam. Untuk itu disertasi ini berhasrat mencapai tiga objektif. Objektif pertama adalah mengenal pasti konsep hisbat dalam Islam. Kedua adalah menganalisis konsep hisbat dalam pemantauan produk halal dan ketiga pula adalah merumuskan tahap keselarian di antara konsep hisbat dengan pemantauan pensijilan halal produk yang dilaksanakan oleh JAKIM. Dalam mencapai ketiga-tiga objektif ini, analisis kandungan berdasarkan data sekunder telah digunakan. Sumber data sekunder adalah terdiri daripada kajian kepustakaan. Hasil penganalisisan mendapati kaedah pemantauan yang dilaksanakan oleh JAKIM terdiri daripada empat kaedah iaitu pemantauan berkala, pemantauan penguatkuasaan, pemantauan susulan dan pemeriksaan berdasarkan aduan awam. Elemen-elemen penting yang diambil kira dalam pemantauan pensijilan halal produk pula terdiri daripada bahan mentah, ramuan atau bahan bantuan pemprosesan, pemprosesan, pembungkusan serta pelabelan dan keperluan lain. Bagi menjawab persoalan hisbat pula, hisbat mengandungi empat komponen iaitu muhtasib, muhtasab ‘alayh, muhtasab fih dan ihtisab. Keempat-empat komponen ini merupakan asas pembentukan hisbat dan ini adalah bersesuaian dengan JAKIM selaku muhtasib iaitu pegawai penguatkuasa yang melakukan pengawasan atau

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

pemantauan produk berstatus halal di Malaysia. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa konsep hisbat dengan pemantauan pensijilan halal produk adalah selari berlandaskan syariat Islam. Walau bagaimanapun, kajian ini mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan terhadap konsep hisbat bagi institusi JAKIM terutama dalam pemantauan pensijilan halal produk.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

29

Kaedah Pengurusan

Remaja Perempuan

Islam Di Pusat Perlindungan

Wanita (PPW), Johor

Nursyuhada Md. Anuar 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

HV1442.M112.N974 2016

Kes hamil luar nikah cenderung mengakibatkan masalah lain seperti pembuangan bayi, pengabaian kanak-kanak, keruntuhan institusi keluarga dan masalah kesihatan dari segi fizikal mahupun psikologi. Perkara ini memberikan impak negatif dan menjejaskan pembangunan sosial negara. Atas sebab ini, pusat perlindungan dan pemulihan khususnya bagi membantu remaja mahupun wanita yang terlibat dengan isu hamil luar nikah serta masalah sosial ditubuhkan oleh Majlis dan Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia seperti Pusat Perlindungan Wanita (PPW) oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). PPW, Johor menguruskan, membimbing dan memantau para remaja yang mendaftar secara konsisten. Persoalannya, apakah kaedah pengurusan remaja perempuan Islam yang digunakan di PPW, Johor? Apakah aspek yang diambil kira dalam kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW, Johor dan bagaimanakah aspek dalam kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW, Johor dilaksanakan? Bagaimanakah pelaksanaan kaedah ini dapat membantu remaja perempuan Islam di PPW, Johor? Berdasarkan persoalan ini, kajian ini mengkaji kaedah pengurusan remaja perempuan Islam secara menyeluruh dan mendalam melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW, Johor. Kedua, menganalisis kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW, Johor. Ketiga, merumuskan kaedah pengurusan remaja perempuan Islam di PPW, Johor. Kesemua objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk deskriptif. Kajian ini menggunakan data primer dan sekunder. Sumber data primer diperoleh melalui temu bual mendalam. Sumber data sekunder pula diperoleh melalui kajian kepustakaan. Kesemua data dianalisis melalui analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kaedah pengurusan remaja perempuan Islam menggunakan pendekatan agama untuk pemantapan rohani tanpa mengabaikan aspek lain iaitu jasmani, kemahiran dan akhlak. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pemantapan kerohanian penting dalam membentuk manusia yang bahagia dan berjaya dunia akhirat. Selain kerohanian, kesihatan jasmani dan pembentukan kemahiran serta akhlak yang baik menyumbang kepada manusia yang bukan sahaja berilmu malah berkemahiran dan sihat tubuh badan. Perkara ini dapat dilihat dalam pengurusan pelatih di PPW, Johor. Pemulihan pelatih berdasarkan pembangunan insan berteraskan Islam juga dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang proses bimbingan dan pemulihan pelatih di PPW, Johor. Namun begitu, penambahbaikan boleh dilaksanakan bagi memperkemaskan lagi pengurusan pelatih di PPW, Johor.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

30

Challenges In Realizing “Kedah Prospers, Benefit For All” (KPBA) Of Kedah Pas-

Led Government (2008-2013)

Siti Rubiah Mohd

Yusope 2016 Disertasi

Sarjana

Prof Dr. Mohd

Sakir @ Shukri Bin

Salleh

JA1.M113.R896 2016

Selepas sekian lama Barisan Nasional (BN) memerintah Kedah, pada tahun 2008 Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengambil alih pemerintahan Kedah dengan membawa slogan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua” (KPBA). Namun, PAS tidak berupaya untuk merealisasikan slogan tersebut dalam jangka masa yang panjang kerana pemerintahan PAS di Kedah berakhir pada tahun 2013. Dalam usaha PAS mensejahterakan rakyat melalui slogannya itu, PAS menghadapi pelbagai cabaran dalam melicinkan pentadbirannya disebabkan UMNO telah memerintah Kedah dalam suatu jangka masa yang lama. Persoalannya, apakah cabaran PAS dalam merealisasikan slogan tersebut di Kedah yang telah ditadbir oleh UMNO sejak sebelum kemerdekaan lagi? Benarkah KPBA membawa manfaat untuk ekonomi dan sosial rakyat Kedah? Adakah KPBA akan berjaya menarik lebih banyak pelabur di Kedah dan sekali gus meningkatkan pendapatan negeri? Bagi menjawab persoalanpersoalan tersebut, kajian ini menumpukan kepada tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti konsep KPBA; kedua, menganalisis cabaran-cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan KPBA semasa pemerintahan PAS di Kedah dari tahun 2008 hingga tahun 2013; dan ketiga, merumuskan pengajaran daripada cabaran yang dihadapi oleh PAS dalam pelaksanaan KPBA di Kedah. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh PAS Kedah dari pelbagai aspek iaitu aspek politik, aspek ekonomi dan aspek sosial. Bagi aspek politik, ternyata dalam melaksanakan KPBA, PAS menghadapi cabaran yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. Cabaran daripada faktor luaran yang terpaksa dihadapi oleh PAS adalah disebabkan PAS terpaksa menghadapi penerimaan Kedah Civil Service (KCS) dalam melaksanakan KPBA dan isu-isu federalisme. Selain itu, cabaran daripada faktor dalaman pula adalah wujudnya krisis dalaman parti politik dan kerajaan pimpinan PAS itu sendiri. Bagi aspek ekonomi, cabaran paling besar bagi PAS adalah kekangan bajet kerajaan Kedah di bawah pimpinan PAS apabila PAS memerintah Kedah. Begitu juga dari aspek sosial. Secara asasnya, ia juga mempunyai interaksi dengan cabaran ekonomi yang terpaksa dihadapi oleh PAS. Di bawah pimpinan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan, beliau lebih memberikan tumpuan untuk pembangunan manusia. Secara keseluruhannya, walaupun ada cabaran dari aspek ekonomi, aspek politik dan aspek sosial, cabarancabaran tersebut dapat diatasi oleh kerajaan Kedah melalui pelaksanaan KPBA. Meskipun PAS berjaya memerintah negeri Kedah selama satu penggal sahaja. Namun begitu, parti Islam di Malaysia seharusnya mengambil pengajaran daripada

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 di Kedah terutamanya berkaitan dengan konflik dalaman parti itu sendiri.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

31

Latihan Pengurusan

Insan Berteraskan

Islam: Kajian Di Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN)

Siti Shafia Sub’rai

@Subrai 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD5701.M114.SH525 2016

Kajian ini membincangkan latihan pengurusan insan yang diberikan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dari persektif pengurusan insan berteraskan Islam. Latihan pengurusan insan amat diperlukan untuk melahirkan pengurusan institusi yang lebih efisien. Latihan pengurusan insan juga berupaya menjadi suatu bentuk dakwah kepada kakitangan awam khususnya untuk sentiasa menjaga hubungannya dengan Pencipta, diikuti dengan hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan sumber alam dalam usaha mencapai matlamat utama dalam Islam iaitu mendapat keredhaan Allah SWT seterusnya mengekang pelbagai masalah pengurusan. Dalam membincangkan latihan pengurusan insan berteraskan Islam, kajian ini berfokus kepada mengenal pasti latihan pengurusan insan yang ditawarkan di INTAN. Objektif seterusnya ialah menganalisis keselarian latihan pengurusan insan yang diberikan oleh INTAN dari perspektif pengurusan insan berteraskan Islam berdasarkan elemen-elemen yang telah digariskan. Objektif ketiga ialah merumuskan latihan pengurusan insan dari perspektif pengurusan insan berteraskan Islam yang sesuai untuk INTAN. Semua maklumat berkaitan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini diharap dapat mencadangkan latihan pengurusan insan berteraskan Islam sebagai mekanisme untuk menangani salahlaku penjawat awam daripada terus berlaku.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

32

Aplikasi Istiqra’ Dalam Kaedah Penyelidikan

Islam

Umi Zulaika And Rashid 2016 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

LC901.M115.UM51 2016

Penyelidikan merupakan proses mencari pengetahuan baharu. Bagi tujuan itu terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan. Antaranya induktif, deduktif, abduktif, dan retroduktif. Dalam kaedah penyelidikan sosial lazim, kaedah penyelidikan induktif berfungsi membuat generalisasi. Berbeza dengan penyelidikan Islam, untuk membuat generalisasi digunakan kaedah istiqra’. Istiqra’ ialah kaedah membuat generalisasi berdasarkan perkara-perkara khusus. Kaedah istiqra’ dan induktif seakan-akan sama, tetapi masing-masing mempunyai teknik yang tersendiri. Kaedah induktif menggunakan empat teknik yang dinyatakan Mill (1858) iaitu teknik persetujuan (method of agreement), teknik percanggahan (method of difference), teknik variasi seiring (method of concomitant variation), dan teknik sisa (method of residue). Teknik tersebut didapati berbeza dengan istiqra’ yang menggunakan teknik al-sabr wa al-taqsim. Teknik Mill (1858) mempunyai ruang untuk diragui dan dapatannya berbeza dengan teknik al-sabr wa al-taqsim. Para penyelidik sosial pula menggunakan kaedah induktif dalam masa yang sama mengkritiknya. Kaedah penyelidikan Islam untuk mengkaji bidang sosial pula sedang dalam pembinaan, malahan keberadaannya sangat diperlukan. Persoalannya, apakah latar belakang kaedah istiqra’? Bagaimanakah kaedah istiqra’ boleh diaplikasikan dalam kaedah penyelidikan Islam? Bagi menjawab persoalan ini, tiga objektif telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti kaedah istiqra ’. Kedua, menganalisis aplikasi istiqra’ dalam kaedah penyelidikan Islam. Ketiga, merumuskan aplikasi istiqra’ dalam kaedah penyelidikan Islam. Kajian kepustakaan dijalankan dengan menggunakan analisis kandungan mendapati istiqra’ merupakan kaedah penghujahan dalam ilmu mantik yang berfungsi membuat generalisasi. Terdapat empat peringkat (marhalat) istiqra’ iaitu penelitian (mulahazat), percubaan (tajribat), andaian (furud), dan pengesahan andaian (tahqiq al-furud). Kaedah istiqra’ dapat diaplikasikan dalam kaedah penyelidikan Islam dalam empat perkara iaitu merupakan kaedah generalisasi yang tepat, berperingkat lagi tersusun, turut berfungsi sebagai kaedah penghujahan dan sesuai sebagai strategi kajian dalam kaedah penyelidikan Islam. Hasil daripada empat aplikasi tersebut, dirumuskan sebagai reka bentuk kaedah penyelidikan Islam yang terangkum bersamanya empat aplikasi istiqra’ yang dinyatakan sebelum ini.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

33

Kefahaman Terhadap

Perbankan Islam Dalam Kalangan Guru Muslim Di

Daerah Sik

Yusliamir Mohd Yusoff

2016 Disertasi Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

HG1501.M116.Y95 2016

Perbankan Islam (PI) merupakan aktiviti perbankan yang berlandaskan prinsipprinsip Syariah dan mengamalkan sistem yang bebas daripada unsur riba dan berbeza sekali dengan perbankan konvensional yang jelas mengamalkan riba. Guru Muslim merupakan golongan yang berpendidikan tinggi dan bijak dalam membuat sesuatu pilihan termasuklah dalam aktiviti perbankan. Sebagai seorang pelanggan dalam industri perbankan di Malaysia, guru-guru ini seharusnya menggunakan perkhidmatan dan produk perbankan Islam berbanding perbankan konvensional. Namun begitu, mengapakah masih terdapat guru Muslim terutamanya menggunakan perkhidmatan dan produk daripada perbankan konvensional? Adakah disebabkan kekurangan kefahaman terhadap perbankan Islam menyebabkan guru Muslim masih meletakkan perbankan konvensional sebagai pilihan yang tepat? Oleh itu, kajian ini ingin melihat kefahaman terhadap PI dalam kalangan guru Muslim di Kedah dan daerah Sik dipilih kerana Sik merupakan daerah yang terbesar di Kedah. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kefahaman tentang perbankan Islam dalam kalangan guru Muslim di daerah Sik, menganalisis tahap kefahaman guru Muslim di daerah Sik dan merumuskan tahap kefahaman guru Muslim di daerah Sik. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan data dikutip dengan menggunakan instrumen soal selidik. Penganalisisan data kajian ini menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens. Kajian ini mendapati 80.6 peratus responden mempunyai tahap kefahaman yang sederhana, 11.9 peratus tahap kefahaman yang rendah dan 7.5 peratus adalah di tahap kefahaman yang tinggi. Kesimpulannya, institusi perbankan Islam perlulah meningkatkan usaha dalam meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap perbankan Islam terutamanya kepada orang Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2016

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

34

Peranan Wanita Ketenteraan Berdasarkan

Kitab Rahiq Al-Makhtum

Yusma Fariza Yasin

2016 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

HV1442.M117.Y95 2016

Di Malaysia, penyertaan tentera wanita secara rasmi dalam tentera darat adalah bermula pada awal tahun 1964. Penyertaan ini telah menjadi titik tolak penglibatan wanita dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti tentera laut dan udara. Sepanjang penglibatan wanita dalam perkhidmatan ini, mereka dibebani tugas-tugas berat serta memegang jawatan-jawatan tinggi dalam ketenteraan. Hal ini berbeza dengan peranan wanita yang terlibat dalam ketenteraan berdasarkan Kitab Rahiq al-Makhtum. Persoalannya, apakah peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan Kitab Rahiq al-Makhtum tersebut? Adakah kerjaya wanita sebagai seorang tentera dalam dunia ketenteraan masa kini selari atau tidak dengan kedudukan wanita dalam ketenteraan berdasarkan sirah Rasulullah SAW dalam Kitab Rahiq al-Makhtum? Berdasarkan isu inilah dilakukan kajian bagi mencapai tiga objektif iaitu, pertama, mengenal pasti peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan kisah-kisah terpilih dalam Kitab Rahiq al-Makhtum; kedua, menganalisis peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan kisah-kisah terpilih dalam Rahiq al-Makhtum; dan ketiga, merumuskan peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan kisah-kisah terpilih dalam Kitab Rahiq al-Makhtum. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini, kajian berbentuk penerokaan dilakukan. Data yang diperoleh adalah melalui pengumpulan sumber data sekunder iaitu kajian kepustakaan yang tertumpu kepada kitab Rahiq al-Makhtum. Data yang dikumpul seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis al-Mawdu’iy. Hasilnya, kajian ini mendapati peranan wanita dalam ketenteraan berdasarkan Kitab Rahiq al-Makhtum adalah sebagai pembantu tentera dengan memberi air minuman, mengubati luka tentera, tentera simpanan dalam peperangan, pendorong perjuangan serta menjadi pelindung Rasulullah SAW. Terdapat dua bentuk peranan yang sesuai diaplikasikan dalam ketenteraan pada masa kini berdasarkan Kitab Rahiq al-Makhtum berbanding lima peranan yang dilakukan oleh wanita dalam ketenteraan berdasarkan kitab tersebut.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Konsep Indeks Pembangunan Negara Zikir di Negara Brunei

Darussalam

Azidatul Anis Binti

Aziz Jaafar 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

HD72.M060.AZ995 2017

Pembangunan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam merupakan ilham Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara maju menjelang 2035 kesan daripada rahmat dan berkat zikir dalam kehidupan. Penelitian awal menunjukkan Negara Zikir merupakan satu strategi pembangunan berteraskan Islam. Bagi mengukur kemajuan dan prestasi pencapaian strategi ini, sebuah indeks pembangunan Negara Zikir bagi Negara Brunei Darussalam diperlukan. Walau bagaimanapun, bagaimanakah konsep yang sesuai bagi indeks tersebut? Bagi menjawab persoalan ini, kajian yang menggunakan kajian dokumen dan analisis kandungan kualitatif ini mengemukakan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep pembangunan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam. Kedua, menganalisis konsep pembangunan Negara Zikir untuk membina indeks pembangunan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam. Ketiga, merumuskan konsep indeks pembangunan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam. Ketiga-tiga objektif ini terjawab melalui persoalan kajian meliputi elemen teras Negara Zikir, falsafah dalam Negara Zikir, komponen pembangunan, konsep Negara Zikir dapat membentuk indeks pembangunan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam, dan komponen indikator dalam konsep indeks pembangunan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini mendapati konsep bagi indeks pembangunan Negara Zikir dicorakkan oleh tasawur Islam. Secara keseluruhannya, kajian ini turut mendapati bahawa konsep indeks pembangunan Negara Zikir terdiri daripada komponen kepimpinan, ilmu, undang-undang, ekonomi, sains dan teknologi serta Mardat Allah. Implikasi penemuan konsep indeks pembangunan Negara Zikir ini membolehkan prestasi pembangunan Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam dipantau dan diukur kejayaannya.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2

Tasawur Perubatan

Berdasarkan Berteraskan

Islam: Tumpuan Khusus

Terhadap Kitab Tibb Al-Nabawiy

Azizan Sarayon 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

BP160.M061.AZ995 2017

Perubatan Islam dan perubatan berteraskan Islam merupakan dua perkara berbeza. Kedua-duanya dibentuk oleh tasawur yang tersendiri. Perubatan berteraskan Islam dibentuk oleh tasawur Islam yang bersumberkan epistemologi Islam iaitu al-Qur’an dan hadith, manakala perubatan Islam merupakan perubatan yang dibentuk oleh tasawur yang bercampur-aduk antara tasawur Islam dengan tasawur primitif dan tasawur Hindu-Buddha. Oleh sebab belum ada kajian-kajian yang dilakukan berkaitan tasawur perubatan berteraskan Islam, maka perubatan Islam banyak mengguna pakai tasawur yang bersifat campur aduk ini. Persoalannya, bolehkah sesuatu perubatan itu dikatakan sebagai perubatan berteraskan Islam jika ia dibentuk oleh tasawur yang bersifat campur aduk ini? Berdasarkan isu inilah, maka kajian ini dilakukan bagi mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti asas tasawur perubatan berteraskan Islam. Kedua, menganalisis tasawur perubatan berteraskan Islam berdasarkan kitab Tibb al-Nabawiy. Ketiga, merumuskan tasawur perubatan berteraskan Islam berdasarkan kitab Tibb al-Nabawiy. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian ini dilakukan berdasarkan kitab perubatan Islam hasil karangan Ibn Qayyim al-Jawziyyat iaitu kitab Tibb al-Nabawiy. Kitab ini dipilih kerana kebanyakan ilmuwan Islam menjadikan kitab ini sebagai rujukan utama untuk membincangkan aspek-aspek perubatan berteraskan Islam. Kajian yang berbentuk penerokaan ini menggunakan kajian dokumen bagi mengumpulkan data. Data yang terkumpul ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati konsep tasawur Islam itu terdiri daripada tiga elemen utama, iaitu Allah SWT sebagai Pencipta, manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT; dan sumber alam sebagai makhluk Allah SWT. Ketiga-tiga elemen ini digunakan untuk menganalisis tasawur perubatan berteraskan Islam berdasarkan kitab Tibb al-Nabawiy. Hasilnya didapati bahawa tasawur perubatan berteraskan Islam berdasarkan kitab Tibb al-Nabawiy mempunyai tiga elemen. Pertama, bertunjangkan tauhid; kedua, manusia sebagai perawat dan pengusaha yang berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT; dan ketiga, sumber alam sebagai peralatan dalam mengubati penyakit. Setiap elemen tasawur yang dibina ini mempunyai pola tersendiri. Pola elemen pertama iaitu bertunjangkan ketauhidan kepada Allah SWT. Pola elemen kedua iaitu perawat sebagai hamba dan khalifah Allah SWT dalam perubatan berteraskan Islam. Pola elemen ketiga iaitu sumber alam sebagai wasilah perubatan berteraskan Islam. Hasil kajian ini memberi dua implikasi. Pertama, dari aspek implikasi teoretikal, kajian ini memperbetulkan tasawur perubatan Islam yang sedia ada. Kedua, dari aspek empirikal pula, kajian ini memberi kesan terhadap pengaplikasian perubatan berteraskan Islam di institusi-institusi perubatan Islam, khususnya di Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Hubungan Faktor Pemilihan

Pengguna dengan

Kepatuhan Agama dalam Perkhidmatan Hotel Islam:

Kajian Ke Atas Pengguna Hotel TH, Alor Setar

Azura Binti Daud 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD3611.M062.AZ997 2017

Pengguna dipengaruhi pelbagai faktor dalam mendapatkan sesuatu perkhidmatan dan salah satunya adalah faktor agama. Keadaan ini termasuklah dalam perkhidmatan hotel Islam. Namun, apakah faktor-faktor pemilihan pengguna terhadap hotel Islam ini? Apakah wujud hubungan antara faktor pemilihan pengguna dengan kepatuhan agama yang dimiliki oleh hotel Islam? Disertasi ini cuba menjawab persoalan-persoalan ini mealui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti elemen kepatuhan agama dalam pemilihan hotel Islam oleh pengguna. Kedua, menganalisis faktor pemilihan pengguna terhadap kepatuhan agama di Hotel TH, Alor Setar. Ketiga, merumus hubungan faktor pemilihan dan kepatuhan agama dalam perkhidmatan hotel TH, Alor Setar. Bagi mencapai dapatan kajian, kaedah kajian yang digunakan dalam objektif pertama dan ketiga mengguna kaedah pengumpulan data melalui kajian dokumen dan kaedah analisis data secara analisis tekstual. Bagi objektif kedua pula, kaedah pengumpulan data dilakukan melalui kajian lapangan yang melibatkan responden dalam kalangan pengguna Hotel TH, Alor Setar dan kaedah analisis data adalah secara analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens yang menggunakan aplikasi SPSS sebagai medium untuk menganalisis data. Dapatan analisis ini memberi implikasi terhadap aspek pemilihan oleh pengguna. Kajian ini mendapati wujud hubungan antara faktor pemilihan pengguna dengan kepatuhan agama hotel Islam. Dapatan ini boleh dijadikan panduan kepada penyedia perkhidmatan hotel Islam dalam memahami faktor pemilihan pengguna terhadap perkhidmatan yang diberikan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4

Maqasid Hutang Dalam Al-Quran: Kajian Tafsir Al-

Mawdu'iy

Faris Murtadha Bin Fazial

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

BP160.M063.F228 2017

Hutang sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat. Hampir keseluruhan masyarakat pernah atau sedang berhutang. Atas faktor hutang, ramai yang telah diisytiharkan muflis kerana kegagalan membayarnya. Dalam kerangka yang lebih besar, peningkatan hutang bagi aspek negara juga meningkat saban tahun. Jika dilihat pada satu aspek, keadaan ini seolah-olah bertentangan dengan kesan kedatangan Islam yang sepatutnya mensejahterakan manusia. Persoalannya, bagaimanakah hutang dibincangkan dalam al-Qur’an? Daripada perbincangan berkenaan hutang dalam al-Qur’an, apakah maqasid hutang yang boleh difahami? Bagi menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukakan, terdapat tiga objektif yang digariskan. Pertama, untuk mengenal pasti ayat-ayat hutang dalam al-Qur’an. Kedua, untuk menganalisis maqasid hutang berdasarkan ayat-ayat hutang yang telah dikenal pasti dalam al-Qur’an. Ketiga, untuk merumuskan maqasid hutang berdasarkan al-Qur’an. Data kajian diperoleh daripada sumber sekunder (kajian dokumen). Data-data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis al-mawdu’iy (tematik). Hasil kajian menunjukkan bahawa hutang dibenarkan dalam Islam. Elemen-elemen seperti jujur, amanah, kesusahan yang mendesak dan belas kasihan merupakan asas-asas utama hutang dalam Islam. Asas-asas ini perlu diambil kira dan diambil peduli dalam pengurusan hutang yang baik di sisi Islam. Asas-asas inilah yang dimaksudkan dengan maqasid hutang, iaitu objektif yang dikehendaki oleh Islam di sebalik pensyariatan aspek-aspek berkaitan hutang. Maqasid hutang ini hanya dapat ditonjolkan selepas perbahasan mengenai hutang dalam al-Qur’an dilakukan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Perakaunan Zakat

Pendapatan Terhadap

Manfaat Berupa Barangan (MBB)

di Malaysia

Fatin Alia Zahri 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

BP176.M064.F253 2017

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan majoriti Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) menjelaskan pendapatan sebagai gaji, elaun, bonus dan apa-apa pendapatan yang berkaitan dengan penggajian. Namun, penelitian terhadap praktis zakat pendapatan masa kini mendapati bahawa dalam taksiran zakat pendapatan hanya menumpukan kepada pendapatan berbentuk wang. Keadaan ini berbeza dengan taksiran cukai pendapatan yang meliputi pendapatan berbentuk wang dan bukan berbentuk wang seperti manfaat berupa barangan (MBB). Atas sebab ini, wujud cadangan agar MBB diambil kira sebagai sumber pendapatan. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan MBB? Mengapakah MBB perlu dikenakan zakat? Bagaimanakah pula perakaunan zakat terhadap MBB? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, kajian ini mengemukakan tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti MBB mengikut kaedah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kedua, menganalisis kedudukan MBB dalam perakaunan zakat pendapatan di Malaysia. Ketiga, merumuskan kaedah perakaunan zakat pendapatan terhadap MBB di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada temu bual manakala data sekunder diperoleh daripada kajian dokumen. Seterusnya data ini dianalisis menggunakan analisis kandungan kualitatif. Dapatan mempamerkan majoriti informan berpendapat bahawa MBB merupakan sumber pendapatan yang diwajibkan zakat. Mereka juga bersetuju bahawa kaedah menentukan nilai pendapatan yang dipakai oleh LHDN boleh dijadikan sebagai panduan. Implikasi kajian ini menunjukkan satu langkah yang perlu diambil oleh MAIN dalam menilai semula bentuk pendapatan yang diwajibkan zakat di Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6 Politik Gerakan

Syiah di Malaysia

Fatin Atiqah

Mohamad Salleh

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

JA1.M065.F253 2017

Syiah sejak akhir-akhir ini mendapat liputan yang meluas daripada seluruh dunia kesan daripada penaklukan beberapa buah negara Sunni di Timur Tengah. Dengan bermatlamatkan Islamic State golongan Syiah telah menakluk beberapa buah negara sekaligus menimbulkan pelbagai kerosakan dan pertelingkahan sehingga menggugat aspek ekonomi, politik dan sosial masyarakat di negara-negara yang ditakluk seperti Iraq, Yaman dan Syria. Di Malaysia, golongan Syiah dianggap sebagai golongan minoriti dan penyebaran ajaran dan fahamannya adalah diharamkan. Namun begitu, berdasarkan tangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Agama sepanjang tahun 2013 sehingga 2016 jumlah penganut Syiah dilaporkan semakin bertambah. Dengan penambahan bilangan pengikut setiap tahun ini adakah Syiah di Malaysia juga mempunyai misi dan visi yang tertentu seperti Syiah di Timur Tengah? atau sekadar satu fahaman yang hanya melakukan ritual mereka tanpa sebarang tujuan mengganggu keharmonian masyarakat dan negara Malaysia. Kajian ini dilakukan bagi melihat politik gerakan Syiah di Malaysia. Kajian dilakukan melalui kajian kualitatif berbentuk penerokaan dengan bersumberkan data sekunder melalui kaedah kepustakaan. Kesemua data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Secara keseluruhannya kajian ini menemukan bahawa politik gerakan Syiah di Malaysia adalah didasari oleh doktrin Wilayat al-Faqih iaitu dokrin berasaskan pegangan Imamiyyah bagi mengangkat para Imam sebagai pemimpin secara warisan iaitu daripada keturunan ahl bayt.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Pelaksanaan Hisbah Era

Pemerintahan Bani'

Abbasiyyah: Tumpuan Terhadap

Khalifah Abu Ja'afar Al-

Mansur dan Khalifah Al-

Mahdi

Fatin Nabilah

Mohamad Tahir

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

JF51.M066.F253 2017

Skandal pentadbiran negara dilihat semakin meruncing dalam kalangan para pemimpin pada masa kini. Oleh itu, hisbat sebagai satu satu badan pengawasan dilihat perlu dikaji semula sejarah pelaksanaannya untuk dijadikan sebagai satu panduan bagi membendung perbuatan-perbuatan mungkar terutamanya masalah dalam pentadbiran negara dari terus berleluasa. Hisbat telah wujud sejak daripada zaman Rasulullah SAW lagi dan dikembangkan oleh khulafa’ al-Rasyidin, pemerintahan Bani Umayyat, ‘Abbasiyyat dan Uthmaniyyat. Walau bagaimanapun, semasa zaman pemerintahan Bani ‘Abbasiyyat hisbat berkembang pesat sehingga wujudnya institusi hisbat yang dijadikan jabatan rasmi kerajaan. Institusi hisbat pada zaman tersebut dijadikan jabatan yang berasingan dengan bidang tugas yang semakin diperluaskan meliputi pentadbiran pusat dan juga tempatan. Persoalannya, apakah kekuatan hisbat pada era pemerintahan Bani ‘Abbasiyyat sehingga ia berkembang menjadi jabatan rasmi kerajaan? Apakah asas pelaksanaan hisbat pada zaman pemerintahan Bani ‘Abbasiyyat? Bagi menjawab persoalan ini tiga objektif utama telah dibina. Objektif pertama, mengenal pasti pelaksanaan hisbat era pemerintahan Bani ‘Abbasiyyat terhadap khalifah Abu Ja’afar al-Mansur dan khalifah al-Mahdi. Objektif kedua, menganalisis pelaksanaan hisbat era pemerintahan Bani ‘Abbasiyyat khalifah Abu Ja’afar al-Mansur dan khalifah al-Mahdi. Objektif ketiga, merumuskan pelaksanaan hisbat era pemerintahan Bani ‘Abbasiyyat khalifah Abu Ja’afar al-Mansur dan khalifah al-Mahdi. Kesemua objektif kajian dicapai dengan menggunakan sumber data sekunder yang diperolehi menerusi kajian dokumen. Data pula dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan hisbat yang dijalankan semasa era pemerintahan Bani ‘Abbasiyyat sangat holistik, menyeluruh dan sesuai untuk dipraktikkan oleh setiap institusi berteraskan Islam pada masa kini.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8

Hala Tuju Politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pasca Konflik

2015

Mior Isfandy

Mior Azizan 2017 Disertasi

Sarjana

Prof Dr. Mohd Sakir @ Shukri Bin Salleh

JA1.M067.M669 2017

Disertasi ini secara umumnya untuk mengkaji hala tuju politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pasca konflik yang telah berlaku pada tahun 2015, antaranya mengenai hubungan politik PAS dan United Malays National Organisation (UMNO), pembatalan kerjasama politik dengan Democratic Action Party (DAP) dan persaingan politik daripada Parti Amanah Negara (AMANAH). Ekoran itu, PAS telah melakukan perubahan-perubahan politik untuk menuju ke arah hala tuju yang baru. Apakah perubahan politik yang telah dilakukan? Apakah kesan dan cabarannya terhadap PAS? Bagaimana hala tuju baru selepas konflik tersebut? Kajian disertasi ini dilakukan untuk merumus hala tuju baru politik PAS berdasarkan perubahan-perubahan yang telah dilakukan. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kajian kes dengan kaedah pengumpulan data secara kepustakaan. Data yang dikumpulkan dianalisis secara analisis tekstual, manakala kaedah induktif digunakan untuk merumus dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa hala tuju politik PAS adalah menumpukan sasaran pengundi majoriti Melayu di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah serta dibeberapa kawasan bandar dengan mengambil pendekatan politik secara konstruktif dan mengekalkan aliran pemikiran yang konservatif.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Pengajaran dan Pembelajaran Berteraskan Amalan Qalb

Mohammad Muhaimin Mohamad

Zaki

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

LC901.M068.M952 2017

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan perkara asas dalam pendidikan. Kedua-duanya merupakan elemen penting dalam penyampaian ilmu. Ilmu tanpa P&P yang sepadu antara aspek fizikal dan rohani tidak mungkin dapat memberi kesan yang optimum terhadap pelajar. Hal ini lebih–lebih lagi apabila kurangnya penekanan terhadap amalan-amalan qalb dalam P&P yang akhirnya menyebabkan ilmu hanya sampai ke akal, namun tidak meresap masuk ke dalam hati pelajar. Persoalannya, bagaimanakah pengaplikasian amalan qalb dalam P&P? Berdasarkan permasalahan inilah kajian ini dilakukan bagi mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti konsep P&P berteraskan amalan qalb. Kedua, menganalisis kaedah P&P berteraskan amalan qalb. Ketiga, merumuskan kaedah P&P berteraskan amalan qalb. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, suatu kajian penerokaan dilakukan dengan mengumpulkan data menggunakan kajian dokumen. Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya, kajian ini menemukan konsep P&P yang terbina daripada falsafah dan elemen P&P. Asas-asas amalan qalb yang terdiri daripada iman, nafsu dan ilmu sesuai diterapkan dalam proses P&P berteraskan Islam. Asas-asas amalan qalb pula dihubungkaitkan dengan elemen amalan qalb berdasarkan tazkiyat al-nafs yang terdiri daripada tiga tahap iaitu takhalli, tahalli dan tajalli. Seterusnya konsep P&P berteraskan amalan qalb dibentuk berpandukan lima elemen P&P iaitu objektif pengajaran, strategi pengajaran yang sesuai, bahan bantu mengajar, maklum balas pelajar dan penilaian dengan elemen-elemen amalan qalb. Amalan-amalan qalb yang diaplikasikan dalam P&P mempunyai berbagai kepentingan antaranya proses P&P selari dengan syariat Islam iaitu kesepaduan akal dengan hati, ilmu dengan amal serta ilmu daruri dengan ilmu nazari. Implikasinya, pergerakan jasmani dalam P&P berteraskan amalan qalb yang dimanifestasikan daripada kehendak hati yang bersih akan menghasilkan berbagai kesan positif antaranya seperti mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan ibadah yang terbaik pada waktu siang dan malan, bergaul dengan akhlak yang baik, dikurniakan pelbagai kelebihan oleh Allah SWT, serta ilmu yang diajarkan dan dipelajari memberikan manfaat kepada penyampai dan penerima ilmu. Akhirnya, pembentukan amalan qalb dalam P&P yang diterapkan sebelum, semasa dan selepas proses P&P telah dikenalpasti. Ia juga diamalkan oleh para ilmuan Islam terdahulu, sesuai diaplikasikan sepanjang masa serta bermatlamat mencapai mardat Allah.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10 Ekonomi Politik Institusi Zakat di

Pulau Pinang

Mohammad Najwa

Mohamed Habsullah

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

JC49.M069.N162 2017

Institusi zakat merupakan sebuah badan pengurus zakat yang dilantik oleh pemerintah Islam bagi sesebuah negeri atau negara bertujuan mentadbir urus kutipan dan agihan zakat serta segala yang berkaitan dengan asnaf. Di Malaysia, pengurusan zakat adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan atau Raja negeri masing-masing. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Perak dan Johor. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan atau raja seperti Melaka, Sabah, Serawak dan Pulau Pinang, pengurusan zakat adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (SPBA). Di kebanyakan negeri, pengurusan dan pentadbiran zakat dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai wakil sultan atau raja. Walaupun begitu, di sesetengah negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, pengurusan dan pentadbirannya dilaksanakan oleh institusi zakat korporat. Daripada keseluruhan negeri tersebut, pengurusan dan pentadbiran institusi zakat di Pulau Pinang mempunyai keunikannya tersendiri kerana pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang diketuai oleh bukan Muslim. Keputusan pelantikan bukan Muslim ini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang datang hasil daripada kesepakatan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Persoalannya, bagaimanakah perancangan dari sudut ekonomi dan politik institusi zakat di Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai oleh golongan bukan Muslim? Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berperanan dalam menentukan hala tuju tadbir urus institusi zakat di Pulau Pinang? Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dilakukan dengan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti ekonomi politik institusi zakat di Pulau Pinang. Kedua, menganalisis ekonomi politik institusi zakat di Pulau Pinang. Ketiga, merumuskan ekonomi politik institusi zakat di Pulau Pinang. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu pertama, kaedah kajian dokumen; dan kedua, kaedah temu bual. Data-data yang dikumpul itu kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tekstual. Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan dua perkara. Pertama, penubuhan Zakat Pulau Pinang (ZPP) merupakan strategi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi mengukuhkan ekonomi politik institusi zakat di Pulau Pinang bagi meningkatkan kutipan dan agihan zakat di Pulau Pinang dengan kaedah yang lebih sistematik dan efisien. Kedua, ZPP sememangnya tidak terlepas daripada pengawalan kuasa politik pemerintah. Walaupun ZPP ditubuhkan sebagai Syarikat Sdn. Bhd. bagi mentadbir urus

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

kutipan dan agihan zakat di Pulau Pinang, namun ZPP tidak terlepas daripada penglibatan kuasa politik yang memerintah dalam tadbir urusnya. Terdapat sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah ZPP (ALP ZPP) merupakan lantikan parti politik yang memerintah. Pelantikan mereka sebagai ALP ZPP pada dasarnya adalah untuk memudahkan tadbir urus institusi zakat di Pulau Pinang memandangkan segala urusan hal ehwal agama Islam dan tadbir urus zakat di Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasa Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang. Hasil daripada analisis, dapat dirumuskan bahawa interaksi antara ekonomi dengan politik dalam tadbir urus sesebuah institusi amatlah diperlukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan pentadbiran institusi tersebut. Penglibatan kuasa politik dalam tadbir urus zakat di Pulau Pinang telah menjadikan tadbir urus zakat di Pulau Pinang semakin sistematik dan professional serta memberi kesan yang positif terhadap peningkatan kutipan dan agihan zakat di Pulau Pinang. Selain itu, hubungan antara ekonomi dengan politik dalam institusi zakat di Pulau Pinang juga berperanan dalam meningkatkan pendidikan, kemahiran, kebajikan, kesihatan, ekonomi dan sosial masyarakat Islam Pulau Pinang.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Kaedah Talaqqi Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

Institusi Pondok: Kajian Kes di Pondok Al-Rahmaniah,

Kelantan

Mohammad Zuhaili Bin Md Yusof

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

LC901.M070.Z94 2017

Dunia pada masa ini yang berkembang dengan teknologi dan maklumat telah menyebabkan proses mendapatkan ilmu dapat dilakukan dengan mudah tanpa perlu berjumpa dengan guru secara langsung telah menyebabkan kaedah talaqqi kurang digunakan. Sedangkan kaedah talaqqi merupakan kaedah Rasulullah SAW dan juga merupakan kaedah yang tertua dalam pendidikan yang telah melibatkan pertemuan secara langsung dengan guru. Walaupun kaedah talaqqi merupakan kaedah yang tertua, namun kaedah talaqqi masih diguna pakai sehingga hari ini terutamanya di institusi pondok yang telah melahirkan ramai alim ulama. Mengapakah kaedah talaqqi masih diguna pakai sehingga kini? Apakah yang boleh diselidikan berkaitan kaedah talaqqi agar kebaikan dan keberkesanan kaedah ini dapat direalisasikan secara berterusan dalam dunia pendidikan. Oleh sebab itu, objektif umum kajian ini adalah mengkaji kaedah talaqqi di institusi pondok al-Rahmaniah, Kelantan. Objektif khusus pula dapat dibahagikan tiga objektif. Objektif pertama ialah mengenal pasti kaedah talaqqi dalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif kedua ialah menganalisis kaedah talaqqi dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pondok al-Rahmaniah, Kelantan. Objektif ketiga ialah merumuskan kaedah talaqqi dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pondok al-Rahmaniah, Kelantan. Untuk menjawab objektif kajian tersebut, kajian ini telah menggunakan analisis kandungan kualitatif. Hasil analisis mendapati bahawa institusi pondok al-Rahmaniah mengutamakan kaedah talaqqi dalam semua bidang pengajian dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tiga tahap kaedah talaqqi iaitu al-Sama‘, al-Qiraat dan al-Ijazat. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran secara talaqqi amat penting terutamanya dalam menimba ilmu pengetahuan kerana seseorang itu dapat mengetahui kesahihan dan kebenaran sesuatu ilmu secara terus daripada seorang guru. Selain itu, ilmu yang dipelajari daripada seorang guru yang mursyid atau guru yang alim kemungkinan akan memperoleh keberkatan memandangkan seseorang guru yang bergelar ulama adalah pewaris Rasulullah SAW. Oleh itu, kaedah talaqqi perlu diperkembangkan lagi seluruh institusi pendidikan khususnya institusi pendidikan berteraskan Islam di Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Amalan Boncengan

Gratis Dalam Penulisan

Akademik Dari Perspektif Islam

Halimatus Sa'diah Yusoff

2017 Disertasi Sarjana BP87.M071.H173

2017

Disertasi ini bertujuan mengkaji amalan boncengan gratis dalam penulisan akademik dari perspektif Islam. Amalan boncengan gratis dalam penulisan akademik merupakan satu bentuk amalan menumpang nama secara percuma dalam hasil kerja akademik terutamanya dalam bidang penyelidikan dan penerbitan. Amalan ini dikatakan menyalahi etika kepengarangan, malah amalan ini dianggap telah menghakis kesarjanaan dan integriti dunia akademik. Selain itu, amalan boncengan gratis dalam penulisan akademik ini juga dilihat mempunyai kaitan dengan keberkatan dalam menuntut ilmu dan keberkatan dalam memperoleh rezeki. Walau bagaimanapun, amalan ini semakin berleluasa diamalkan oleh ahli akademik di Malaysia termasuklah ahli-ahli akademik beragama Islam. Oleh itu, sewajarnya amalan ini dikaji dari persepktif Islam bagi memastikan pembangunan integriti ahli akademik di Malaysia adalah berlandaskan ajaran Islam. Kesukaran dalam mengenal pasti ciri-ciri dan bentuk-bentuk amalan boncengan gratis ini telah menyebabkan amalan ini sering dilakukan. Selain itu, kegagalan dalam mengenal pasti dan memahami garis panduan kepengarangan yang sebenar turut menyebabkan amalan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Berdasarkan isu ini, tiga objektif telah dibentuk iaitu pertama, mengenal pasti amalan boncengan gratis dalam penulisan akademik. Kedua, menganalisis amalan boncengan gratis dalam penulisan akademik dari perspektif Islam. Ketiga, merumuskan amalan boncengan gratis dalam penulisan akademik dari perspektif Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian kualitatif yang berbentuk penerokaan ini dilakukan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian dokumen melalui kaedah analisis kandungan. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa amalan boncengan gratis dalam penulisan akademik adalah menyalahi garis panduan kepengarangan yang sebenar. Pengenalpastian terhadap garis panduan kepengarangan sebenar telah menemui beberapa ciri amalan boncengan gratis dalam penulisan akademik yang bertentangan dengan garis panduan kepengarangan sebenar seperti tidak memenuhi sumbangan besar (substantial contribution) yang telah disyaratkan. Selain itu, faktor-faktor yang mendorong amalan ini berlaku juga lebih menjurus kepada tujuan dan manfaat tertentu seperti tekanan terhadap pengkaji, faktor untuk mendapatkan manfaat daripada penerbitan dan faktor kewangan. Amalan ini juga bertentangan dengan ajaran Islam kerana unsur-unsur negatif yang jelas terdapat padanya seperti unsur penipuan dan penindasan yang mampu memberi kesan kepada hubungan dengan Pencipta (habl min Allah) serta hubungan sesama manusia (habl min al-nas). Oleh hal demikian, kajian ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya ahli akademik mengenai amalan salah laku dalam dunia akademik khususnya dalam bidang penulisan, penyelidikan dan penerbitan sekaligus dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan perbuatan yang menyalahi etika ini.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

13

Seni Ilustrasi Komik

Berdasarkan Kesenian Islam

Mohd Hadzril Bin

Hassan 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

BP160.M072.H132 2017

Penyampaian mesej dan pesanan dalam bentuk visual kepada masyarakat telah membentuk satu revolusi penyampaian maklumat selaras dengan penyampaian teknologi pada masa kini. Seni ilustrasi ini dapat dicapai oleh masyarakat melalui akhbar, komik dan sebagainya. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai seni ilustrasi yang dilukis bertujuan menarik perhatian golongan pembaca untuk membacanya. Meskipun begitu, terdapat seni ilustrasi komik yang dilukis dalam sesebuah komik tanpa ada sebarang panduan khusus untuk melakukan seni ilustrasi komik, baik komik berbentuk lazim dan juga Islam sehingga memberikan kesan yang buruk sebagai contoh ilustrasi lucah, diskriminasi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba untuk dilaksanakan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti seni ilustrasi komik berasaskan kesenian Islam, kedua; menganalisis seni ilustrasi komik berasaskan kesenian Islam, dan ketiga; merumuskan seni ilustrasi komik berasaskan kesenian Islam untuk dijadikan garis panduan dalam melukis seni ilustrasi komik Islam pada masa hadapan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan menggunakan kajian dokumen sebagai sumber data. Seterusnya, hasil dapatan data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati terdapat beberapa prinsip yang dapat dijadikan panduan iaitu prinsip keindahan, Amar Maruf Nahy Munkar, tidak bercanggah Syariat Islam. Tterdapat beberapa ciri-ciri seni ilustrasi komik berasaskan kesenian Islam yang menjadi panduan untuk melukis seni ilustrasi komik berasaskan kesenian Islam iaitu dari segi imej, gaya bahasa, warna dan reka bentuk. seterusnya membawa kepada kepentingan, kekuatan dan garis panduan seni ilustrasi komik berasaskan kesenian Islam pada masa hadapan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

14

Aplikasi Prinsip Ibadah Dalam Pembangunan

Berteraskan Islam (PBI)

Sebagai Perkaedahan Pengurusan

Konflik

Mohd Norfarahim

Roslan 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

BP174.M073.N835 2017

Perbahasan berkaitan konflik umat Islam lebih ke arah kaedah pencegahan konflik berbanding pengurusan konflik. Kaedah pengurusan konflik dalam agama Islam adalah kembali ke jalan Allah SWT. Oleh sebab pentingnya kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT, maka ibadah sebagai perkaedahan pembangunan hendaklah dijadikan salah satu langkah menyelesaikan konflik dan seterusnya membangunkan serta memajukan umat Islam. Persoalannya, bagaimanakah kaedah menguruskan konflik sebegini berdasarkan pendekatan ibadah khusus sebagai perkaedahan pengurusan konflik? Bolehkah isu konflik ini diuruskan berasaskan kerangka ibadah khusus? Bagaimana pula kaedah menguruskan konflik tersebut berdasarkan prinsip ibadah sebagai perkaedahan pembangunan dalam Islam? Apakah pula perkaitannya dengan ibadah sebagai perkaedahan pembangunan? Justeru itu, disertasi ini mempunyai tiga objektif utama iaitu pertama; mengenal pasti kaedah pengurusan konflik berteraskan Islam berasaskan prinsip ibadah sebagai perkaedahan, kedua; menganalisis kaedah pengurusan konflik berteraskan Islam berasaskan prinsip ibadah sebagai perkaedahan, dan ketiga; merumuskan kaedah pengurusan konflik berteraskan Islam berasaskan prinsip ibadah sebagai perkaedahan. Reka bentuk kajian yang diguna dalam kajian ini adalah reka bentuk penjelasan. Kajian penjelasan ini memberi penjelasan yang lebih terperinci berkaitan aplikasi prinsip ibadah khusus iaitu ibadah solat, ibadah puasa, ibadah zakat, dan ibadah haji sebagai kerangka pembangunan dalam kaedah pengurusan konflik. Kesemua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tekstual. Disertasi ini dijangka dapat merangka sebuah mekanisme baru bagi membantu dalam menguruskan konflik terutamanya konflik berkaitan ideologi dan pemikiran yang terjadi dalam kalangan umat Islam. Disamping itu, disertasi ini juga dapat mengembangkan idea pembangunan berdasarkan Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) dan membuka perspektif baru berkaitan ibadah.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

15

Politik Aliran Pemikiran Salafi-

Wahabi di Malaysia

Nang Nashirah

Nik Dahalan

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

JC49.M074.N178 2017

Perbahasan tentang Salafi-Wahabi bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia. Di Malaysia, seawal abad ke-20 lagi isu ini telah mula diperkatakan iaitu ketika mula tersebarnya gerakan tajdid dan islah di negara Timur Tengah. Di Malaysia, pemikiran Salafi-Wahabi merupakan fahaman minoriti masyarakat Islam di sini. Pemikiran fahaman ini bertentangan dengan pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang mendominasi fahaman majoriti umat Islam di Malaysia. Sehingga ke hari ini, pemikiran Salafi-Wahabi terus berkembang dan didapati sebahagiannya bercanggah dengan pemikiran ASWJ di Malaysia telah mewarnai senario dakwah Islam hingga ke hari ini. Walaupun golongan ini minoriti, tetapi Salafi-Wahabi masih dapat melestarikan serta menyebarkan ideologi pemikiran mereka di Malaysia. Persoalannya, apakah bentuk aliran pemikiran Salafi-Wahabi di Malaysia? Apakah politik Salafi-Wahabi di Malaysia? Bagaimanakah politik Salafi-Wahabi melestarikan pengaruh pemikirannya di Malaysia? Berdasarkan persoalan ini, kajian ini mengkaji aliran pemikiran Salafi-Wahabi di Malaysia secara menyeluruh dan mendalam melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti aliran pemikiran Salafi-Wahabi di Malaysia. Kedua, menganalisis politik aliran pemikiran Salafi-Wahabi di Malaysia. Ketiga, merumuskan politik aliran pemikiran Salafi-Wahabi di Malaysia. Kesemua objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk penjelasan. Kajian ini menggunakan data sekunder. Sumber data primer diperoleh melalui kajian lapangan manakala data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan. Kesemua data dianalisis melalui analisis kandungan. Hasil dapatan mendapati aliran pemikiran Salafi-Wahabi di Malaysia dilihat lebih kepada kebebasan dalam memahami sesuatu isu. Walaupun gerakan Salafi-Wahabi adalah dikatakan sebagai suatu fahaman yang membawa ideologi salaf, tetapi fahaman ini dilihat berlebih-lebihan dalam mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan ideologi yang dibawa oleh Salafi-Wahabi. Mereka cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman yang dibawa, tetapi dalam masa yang sama menyebabkan perpecahan umat Islam yang semakin bercelaru dengan ideologi yang dibawa oleh mereka.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

16

Budaya Kerja Perniagaan Berasaskan

Hisbah

Nasihah Ismail 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

BP160.M075.N254 2017

Hisbat merupakan satu kaedah pengawasan yang penting dalam Islam. Asas pelaksanaan dan pensyariatannya adalah berteraskan seruan al-amr bi al-ma'arūf wa al-nahy 'an al-munkar Hisba juga merupakan elemen ilmu yang penting dan mendapat perhatian dalam kalangan ilmuwan Islam sehingga kajian dan karya yang dihasilkan sentiasa berkembang dan banyak dilakukan. Hal ini menunjukkan keistimewaan hisbaț ini sentiasa mendapat perhatian dalam kalangan ilmuwan Islam terdahulu sehingga kini. Namun demikian, mengapa amalan hisbaț ini penting untuk diamalkan dalam budaya kerja perniagaan? Apakah asas-asas hisbat yang menjadi teras utama dalam pelaksanaannya? Kecenderungan amalan hisbat yang mula diperkenalkan ketika zaman Rasulullah SAW banyak ditekankan dalam aspek perniagaan. Dalam pelaksanaannya, Islam menetapkan pelbagai nilai murni yang harus dipatuhi oleh golongan peniaga. Oleh itu, setiap peniaga yang menceburkan diri dalam perniagaan seharusnya memahami, menghayati dan mengaplikasikan budaya kerja perniagaan bagi mengelakkan sebarang penindasan berlaku. Oleh yang demikian timbul persoalan. Apakah asas-asas hisbat dalam budaya kerja perniagaan? Bagi menjawab persoalan ini, tiga objektif utama dikemukakan. Pertama, mengenal pasti konsep hisbat. Kedua, menganalisis budaya kerja perniagaan berasaskan hisbat. Ketiga, merumuskan budaya kerja perniagaan berasaskan hisbat. Kesemua objektif kajian ini dicapai melalui sumber data sekunder yang diperoleh menerusi kajian dokumen dengan menggunakan reka bentuk kajian penerokaan. Kemudian, kesemua data pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep hisbat dapat menjadi panduan ke arah melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya kerja yang baik dan berkualiti. Dalam konteks budaya kerja perniagaan, apabila wujudnya golongan peniaga yang mengamalkan budaya kerja berasaskan hisbat, ia akan dapat membentuk keperibadian yang murni serta dapat mencapai keredaan di dunia dan akhirat. Secara tidak langsung dapat menjauhkan diri daripada berlakunya salah laku dalam perniagaan. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan satu kerangka konsep hisbat dan juga pemahaman terhadap budaya kerja perniagaan. Selain itu, dicadangkan juga kajian yang bersifat teoretikal dan empirikal agar kajian boleh dilakukan ke atas peniaga dengan mengetahui nilai-nilai budaya kerja yang diterapkan ketika menjalankan perniagaan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

17

Pemikiran Pendidikan

Islam Muhammad

Kamal Hassan di Malaysia

Nik Liyana Mustafa @ Nik Daud

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

LC901.M076.L788 2017

Pendidikan merupakan komponen utama negara untuk membangunkan masyarakat. Walau bagaimanapun, permasalahan timbul dalam bidang pendidikan setelah penjajahan Inggeris memperkenalkan sistem pendidikan liberalisme sekular dan mewujudkan dualisme dalam sistem pendidikan. Akibatnya, penyampaian ilmu tidak berlaku secara menyeluruh dan bersepadu. Walaupun reformasi pendidikan telah dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengatasi masalah ini, krisis pendidikan masih belum dapat diatasi sepenuhnya memandangkan sistem pendidikan di Malaysia masih belum dilaksanakan secara bersepadu khususnya dalam pendidikan Islam. Salah seorang tokoh yang sering memperjuangkan kesepaduan ilmu ialah Muhammad Kamal Hassan. Beliau banyak memberi sumbangan dan idea terhadap pendidikan Islam di Malaysia terutama mengenai konsep kesepaduan ilmu dan Islamisasi ilmu. Muhammad Kamal Hassan mendapati permasalahan dalam pendidikan di Malaysia merangkumi tiga manifestasi utama iaitu manifestasi kecemerlangan ilmu tanpa kecemerlangan budi, manifestasi kecemerlangan budi tanpa kecemerlangan ilmu dan manifestasi kecemerlangan tanpa roh. Lantas, bagaimanakah pemikiran Muhammad Kamal Hassan dalam menangani permasalahan dalam pendidikan Islam di Malaysia ini? Kajian dengan reka bentuk penjelasan ini berhasrat meneliti dengan lebih lanjut pemikiran beliau melalui tiga objektif kajian melibatkan mengenal pasti pemikiran pendidikan Islam Muhammad Kamal Hassan di Malaysia, menganalisis pemikiran pendidikan Islam Muhammad Kamal Hassan di Maalysia dan merumuskan pemikiran pendidikan Islam Muhammad Kamal Hassan di Malaysia. Keseluruhan kajian ini menemukan empat penemuan utama dalam menangani isu pendidikan Islam di Malaysia. Pertama, perlaksanaan pendidikan Islam secara menyeluruh dan bersepadu. Perlaksanaan ini perlulah mengikut kaedah-kaedah yang telah digariskan daripada peringkat bawah sehingga peringkat tinggi sama ada melalui pendidikan formal mahupun tidak formal. Kedua, proses reformasi pendidikan Islam yang menjadi kaedah utama dalam proses pembaikan-pembetulan semula terhadap sistem dan manhaj (kurikulum) pendidikan Islam di semua peringkat. Ketiga, pendidikan kerohanian yang berasaskan kepada paradigma tauhid ditambah dengan pemantapan akidah dan syariah serta penghayatan akhlak yang mulia melalui ilmu tasawwuf. Keempat, menitikberatkan peranan pendidikan Islam dalam mencapai misi al-Wasatiyyat. Pencapaian misi al-Wasatiyyat ini melibatkan semua peringkat institusi

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

formal dan tidak formal dengan mengguna pakai acuan al-Quran dan al-Sunnah sebagai dasar.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

18

Faktor Penentu Pemilihan

Takaful Keluarga Prudential BSN Takaful dalam

Kalangan Masyarakat

Muslim di Pulau Pinang

Noor Hamizah

Binti Johari 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

HD7088.M077.H222 2017

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Malaysian Takaful Association (MTA) pada 2015, daripada lebih 30 juta rakyat Malaysia, 45 peratus memiliki perlindungan insurans konvensional manakala hanya 15 peratus memiliki perlindungan takaful. Ini menunjukkan bahawa terdapat 30 peratus jurang perbezaan antara kedua-dua jenis perlindungan ini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian Takaful Association (MTA) lagi, pada suku ketiga tahun 2015, jumlah saiz pasaran industri takaful di Malaysia adalah sebanyak RM 836 juta dengan kadar pertumbuhan adalah sebanyak 13 peratus berbanding tahun 2014. Daripada senarai 11 operator takaful yang berdaftar di Malaysia, peratusan pada suku ketiga tahun 2015 ini menunjukkan bahawa Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah berada di tangga pertama dengan pengeluaran perniagaan berjumlah RM 306.4 juta dan penguasaan pasaran sebanyak 36.6 peratus. Ini menunjukkan bahawa daripada 15 peratus pelanggan takaful, hampir sebahagian daripadanya memilih PruBSN sebagai pengendali takaful mereka. Persoalannya, mengapakah peratusan penguasaan pasaran oleh PruBSN adalah tinggi berbanding syarikat takaful yang lain? Adakah ia dipengaruhi oleh faktor ekstrinsik, faktor instrinsik atau faktor kepatuhan beragama? Kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti faktor penentu pemilihan takaful keluarga PruBSN dalam kalangan masyarakat Muslim di Pulau Pinang. Kedua, menganalisis faktor penentu pemilihan takaful keluarga PruBSN dalam kalangan masyarakat Muslim di Pulau Pinang. Ketiga, merumuskan faktor penentu pemilihan takaful keluarga PruBSN dalam kalangan masyarakat Muslim Pulau Pinang. Seramai 272 pengguna Muslim Pulau Pinang diambil sebagai responden bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan. Data kemudian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens. Hasil daripada kajian ini telah mendapati bahawa faktor ekstrinsik lebih dominan dan signifikan berbanding faktor kepatuhan beragama dan faktor instrinsik dalam penentu pemilihan takaful keluarga, manakala dimensi yang diberi keutamaan oleh pengguna Muslim Pulau Pinang adalah reputasi syarikat. Oleh itu, syarikat pengendali takaful perlu memberi penekanan kepada penghasilan produk yang lebih inovatif yang mampu memberi perlindungan yang maksimum serta menyeluruh pada harga yang minimum bagi meningkatkan lagi permintaan terhadap takaful keluarga dan seterusnya meningkatkan lagi reputasi syarikat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

19

Pembentukan Akhlak Pelajar

Melalui Program Ulul Albab (UA) di SMI Besut, Terengganu

Nor Aisyatun

Omar 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

BP160.M078.AI299 2017

Sekolah Menengah Imtiaz Besut Terengganu (SMI Besut Terengganu) merupakan sebuah sekolah yang berteraskan program Ulul Albab (UA). Program UA adalah sebuah program yang mempunyai tiga ciri unik iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik. Oleh itu kajian ini dibuat untuk melihat modul program UA dalam membentuk akhlak pelajar di SMI Besut Terengganu dan apakah akhlak yang dapat dipupuk melalui program ini. Kajian deskriptif ini menggunakan kedua-dua jenis data iaitu data sekunder dan data primer. Data sekunder dikumpul melalui kaedah kajian dokumen manakala data primer dikumpul melalui kaedah temu bual. Kesemua data yang dikumpul ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini berjaya menemui modul program UA yang digunakan kepada seluruh pelajar SMI Besut Terengganu. Modul program tersebut memfokuskan kepada empat bahagian utama iaitu adab dan akhlak, khalifah unggul, etika dan protokol serta pengurusan kendiri. Program ini telah memberi impak positif kepada pelajar. Pelbagai sifat dan akhlak yang baik dapat dipupuk melalui program UA ini. Hasil kajian ini memberi sumbangan yang penting kepada SMI Besut Terengganu sama ada dari segi teoretikal atau empirikal.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

20

Faktor-faktor Mempengaruhi Niat Pengguna

Muslim Kelantan Memilih Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)

Nor Arini Binti

Abdullah 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

BP595.M079.AR711 2017

Niat merupakan perkara paling asas dan tunjang utama untuk melakukan sesuatu ibadat. Setiap perbuatan individu dimulakan dengan niat sama ada niat tersebut diniatkan kerana Allah SWT ataupun tidak. Jika ia diniatkan kerana Allah SWT, maka ia akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Namun begitu, jika sesuatu perbuatan diniatkan untuk tujuan duniawi dan kehendak semata-mata, maka individu tersebut hanya mendapat apa yang diniatkannya. Niat setiap pengguna Muslim adalah berbeza-beza, ada yang menyertai takaful kerana pelan perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat takaful, faedah yang bakal diperolehi dan sebagainya. Jika pengguna Muslim menyertai takaful adalah kerana Allah SWT dan diniatkan untuk membantu peserta lain menerusi prinsip tabarru‘, mereka perlu mengikhlaskan setiap caruman dan sumbangan yang telah disumbangkan ke dalam operasi takaful. Oleh kerana terdapat pelbagai ragam dan gelagat pengguna untuk memilih takaful, keadaan ini menimbulkan persoalan apakah niat utama pengguna Muslim? Apakah niat pengguna Muslim memilih takaful kerana Allah SWT, atau berniat untuk menderma melalui prinsip tabarru’? Atau pun adakah mereka hanya menyertai takaful semata-mata untuk mendapatkan manfaat dan perlindungan sahaja? Bagi menjawab persoalan ini, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi niat pengguna Muslim Kelantan menyertai takaful; kedua, menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi niat pengguna Muslim Kelantan menyertai takaful dan ketiga, merumuskan faktor-faktor yang mempengaruhi niat pengguna Muslim Kelantan untuk menyertai takaful. Kajian deskriptif ini menggunakan kedua-dua jenis data iaitu data sekunder dan data primer. Data sekunder dikumpul melalui kaedah kepustakaan, manakala data primer ini dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik. Data diperolehi daripada 272 orang responden dan kemudiannya dianalisis melalui kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens melalui perisisn IBM SPSS. Terdapat empat penemuan utama kajian, iaitu pertama kekuatan hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi niat pengguna Muslim Kelantan terhadap STMB adalah positif. Kedua, dimensi paling dominan yang mempengaruhi niat pengguna Muslim Kelantan terhadap STMB adalah dimensi pengesyoran. Ketiga. Analisis perbezaan demografi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan mengikut umur dan tahap pendidikan. Keempat, analisis regresi mendapati bahawa dimensi kepatuhan agama, kefahaman dan kesedaran, kewangan dan pengesyoran mempengaruhi niat untuk bertakaful. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mampu untuk dijadikan panduan kepada pihak pengurusan terutama Syarikat Takaful Malaysia Berhad

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

(STMB) untuk melaksanakan program-program bagi memberikan kefahaman mendalam tentang takaful kepada masyarakat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

21

Pengurusan Bantuan

Kemanusiaan Rose2Rose Terhadap

Pelarian Wanita Etnik Rohingya

Nor Azimah Kamil 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

HV1442.M080.AZ995 2017

Pelarian etnik Rohingya, Myanmar ke negara-negara jiran termasuk Malaysia disebabkan berlakunya penindasan oleh kerajaan Myanmar terhadap mereka. Penindasan ini melibatkan aspek kerohanian, pendidikan, ekonomi, dan kesihatan fizikal serta psikologi. Pelbagai Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia mengambil peluang untuk membantu pelarian-pelarian tersebut. Rose2Rose (R2R) antara sebuah badan NGO Islam yang memberi bantuan terhadap golongan wanita. Dalam jumlah yang ramai, bagaimanakah R2R menguruskan kumpulan pelarian etnik Rohingya, khususnya pelarian wanita? Bagi menjawab persoalan tersebut, tiga objektif dalam kajian ini yang harus dicapai. Pertama, mengenal pasti pengurusan bantuan kemanusiaan oleh R2R terhadap pelarian wanita etnik Rohingya; kedua, menganalisis pengurusan bantuan kemanusiaan oleh R2R terhadap pelarian wanita etnik Rohingya; dan ketiga, merumuskan pengurusan bantuan kemanusiaan oleh R2R terhadap pelarian wanita etnik Rohingya. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah temu bual separa struktur dan pemerhatian tidak turut serta untuk mendapatkan data primer, manakala kajian dokumen dilakukan untuk mendapatkan data sekunder. Kajian mendapati bahawa R2R memberi penekanan terhadap pengurusan bantuan kemanusiaan terhadap pelarian wanita etnik Rohingya dalam aspek-aspek seperti kerohanian, pendidikan ekonomi, dan kesihatan fizikal. Namun demikian, pelarian wanita etnik Rohingya tidak mendapat manfaat secara menyeluruh daripada pengurusan tersebut akibat dikongkong oleh pelarian lelaki yang bersifat konservatif. Oleh itu, R2R juga perlu memberi perhatian dari aspek psikologi dan kaunseling bagi melancarkan pengurusan bantuan kemanusiaan yang diberikan terhadap pelarian wanita etnik Rohingya.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

22

Gelagat Golongan Asnaf

dalam Mendapatkan

Bantuan Zakat di Pusat Urusan Zakat, Majlis Agama Islam

dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Nor Syazwani

Binti Rosman

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

HD28.M081.SY981 2017

Zakat memainkan peranan penting dalam kalangan masyarakat Islam. Kelancaran kutipan dan pengagihan zakat perlu dititikberatkan agar golongan yang layak menerima zakat tidak terpinggir. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh institusi zakat bagi melancarkan lagi sistem pengagihan zakat seperti menambah bilangan pekerja. Namun begitu, masih terdapat rungutan daripada orang ramai tentang kesukaran mendapatkan bantuan zakat. Bagi pegawai di MAIDAM, kelancaran pengurusan terjejas apabila berdepan dengan permohonan bantuan dari golongan asnaf yang bermasalah. Walau bagaimanapun, bagaimanakah gelagat golongan asnaf ini boleh memberi kesan sebegitu? Bagi meneliti isu ini dengan lebih lanjut, kajian ini mengemukakan tiga objektif iaitu mengenal pasti gelagat asnaf dalam memohon bantuan zakat di PUZ- MAIDAM, menganalisis gelagat asnaf dalam proses mendapatkan bantuan zakat PUZ-MAIDAM dan mencadangkan kaedah yang boleh diaplikasikan oleh PUZ-MAIDAM dalam mengendalikan gelagat asnaf mendapatkan bantuan zakat. Kajian penjelasan ini menggunakan kedua-dua jenis data iaitu data sekunder dan data primer. Data sekunder dikumpul melalui kaedah kepustakaan, manakala data primer dikumpul melalui kaedah pemerhatian dan temu bual. Kesemua data yang dikumpul ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini berjaya menemui pelbagai gelagat positif dan negatif asnaf semasa dan selepas mereka memohon bantuan zakat. Gelagat positif adalah menghantar borang yang lengkap, mematuhi prosedur, memberi kerjasama dan berkomunikasi secara berhemah. Gelagat negatif pula seperti mendesak para pegawai untuk meluluskan permohonan dengan cepat, sering beralasan, mengambil tindakan fizikal, menggunakan sokongan pihak tertentu, sering membuat panggilan telefon, memohon jenis bantuan dalam kategori yang tidak diperuntukkan, dokumen yang dilampirkan bersama borang permohonan tidak lengkap dan sebagainya. Hasil kajian ini memberi implikasi secara teoretikal bahawa isu kesukaran mendapatkan bantuan zakat kerana kelemahan sistem pengurusan institusi zakat semata adalah tidak benar. Gelagat asnaf semasa dan selepas membuat permohonan juga berupaya mempengaruhi kelancaran pengurusan. Implikasi secara empirikal pula terhadap peranan PUZ-MAIDAM dalam menyebarkan maklumat tentang konsep zakat perlu dipertingkatkan seperti mengedarkan risalah berkenaan konsep zakat dan iklan tentang syarat kelayakan dikategorikan sebagai asnaf, prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak zakat perlu diulang-tayang di ruangan menunggu.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

23

Amalan Penentu Awal Puasa dan

Hari Raya Aidilfitri: Kajian Kes di Selatan

Thailand

Nur Aida Athirah

Binti Sulaiman

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

BP160.M082.AI288 2017

Terdapat kenyataan yang menyatakan kaedah penentuan awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri di Selatan Thailand adalah berdasarkan kaedah rukyah dan hisab. Pelaksanaan kaedah ini secara teorinya sama seperti yang dijalankan di Malaysia. Walaupun kaedah pelaksanaan yang dilaksanakan sama, namun masih terdapat perbezaan tarikh awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri yang berlaku antara Malaysia dan Selatan Thailand. Berdasarkan fenomena yang telah berlaku, timbul persoalan, bagaimanakah pelaksanaan kaedah rukyah dan hisab dilaksanakan di Selatan Thailand? Adakah kaedah yang digunakan bertetapan dengan dalil dan hujah yang digunakan? Berdasarkan persoalan yang timbul, kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif iaitu pertama, mengenal pasti amalan penentuan awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri yang dilaksanakan di Selatan Thailand; kedua, menganalisis amalan penentuan awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri di Selatan Thailand; dan ketiga, merumuskan keselarian antara amalan dengan prosedur amalan penentuan awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri di Selatan Thailand. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini reka bentuk kajian kes dilakukan dan menggunakan tiga jenis kaedah pengumpulan data iaitu, kajian dokumen, temu bual semi berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta. Hasil data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kandungan kualitatif. Keseluruhan kajian ini menemukan empat penemuan utama. Pertama berkaitan penguatkuasaan dalam penentuan awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri di Selatan Thailand yang dikawal selia oleh pihak Sheikhul Islam, Majlis Agama Islam wilayah dan juga ahli jawatankuasa masjid. Kedua, kaedah yang dilaksanakan di Selatan Thailand ialah berdasarkan kaedah rukyah hakiki. Kaedah hisab hanyalah sebagai wasilah dalam penentuan dua perayaan ini. Ketiga, penghujahan berkaitan penggunaan kaedah rukyah dan hisab yang dinyatakan di Selatan Thailand dalam penentuan awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri. Penghujahan ini mengambil kira dalil daripada surah al-Baqarat ayat 185 dan juga beberapa Hadith berkenaan pelaksanaan melihat (rukyah) Anak Bulan bagi penentuan awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri. Keempat, konsep Qadi (hakim) yang dilaksanakan dalam proses ithbat bagi mengesahkan kesahihan penyaksian Anak Bulan yang dilaporkan oleh penyaksi semasa petang melihat (rukyah) Anak Bulan. Kesimpulan, keseluruhan kajian ini mendapati amalan yang dilakukan bagi penentuan awal Puasa dan Hari Raya Aidilfitri di Selatan Thailand tidak selari dengan prosedur amalan yang telah ditetapkan. Ketidak selarian ini berlaku dari aspek kaedah penentuan yang diamalkan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

24

Penggunaan Kaedah Hisab

Dalam Penentuan Hari

Raya

Nur Asmalina Binti Md

Sidik

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

BP160.M083. AS836 2017

Disertasi ini bertujuan mengkaji penggunaan kaedah hisab dalam penentuan hari raya. Perkara ini bertitik tolak daripada empat isu yang timbul. Pertama, terdapat perselisihan pada dalil; kedua, perselisihan pada kaedah yang digunakan; ketiga, kepelbagaian penggunaan kaedah hisab dalam penentuan hari raya iaitu kaedah hisab hakiki; kaedah rukyah dan hisab; dan kaedah rukyah hakiki. Oleh sebab berlakunya kepelbagain kaedah tersebut, maka timbul perbezaan amalan yang dilaksanakan dalam masyarakat bagi menentukan hari raya. Persoalannya, apakah kedudukan kaedah ini menjadi pembantu atau penentu dalam penentuan hari raya? Adakah kepelbagaian kaedah ini membawa kepada data yang sama? Oleh yang demikian, disertasi ini mempunyai tiga objektif. Pertama adalah mengenal pasti kaedah hisab dalam penentuan hari raya; kedua, menganalisis penggunaan kaedah hisab dalam penentuan hari raya; dan ketiga, merumuskan kedudukan penggunaan kaedah hisab dalam penentuan hari raya. Bagi mencapai objektif kajian, disertasi ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif. Bagi kaedah pengumpulan data, pengkaji menggunakan kajian dokumen dan menganalisis data menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa, kedudukan kaedah hisab berfungsi sebagai pembantu atau penentu atau kedua-duanya sekali bergantung pada kaedah yang digunakan. Oleh yang demikian, penggunaan hisab yang menggunakan kaedah istilahi, ijtima‘ haqiqi dan wujud al-hilal menjadikan hisab sebagai penentu. Bagi kaedah imkan al-ru’yat pula, penggunaan hisab adalah sebagai penentu dan pembantu berdasarkan pada hari cerapan. Walau bagaimanapun, hasil rumusan mendapati bahawa penggunaan data hisab boleh menjadi pembantu kepada kaedah rukyah serta menjadi kuasa pemutus apabila Anak Bulan tidak kelihatan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

25

Kaedah Pelaksanaan

Hospitaliti Islam Dalam Institusi

Masjid di Malaysia

Nurul Ashikin Md

Nor 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

BP170.2.M084.AS825 2017

Hospitaliti Islam merupakan satu bidang yang semakin berkembang dalam sektor perkhidmatan di Malaysia hasil kemajuan industri pelancongan Islam. Bidang hospitaliti Islam didapati semakin mendapat perhatian dan merupakan satu bidang yang penting dalam sektor perkhidmatan kerana memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan negara terutama dari aspek ekonomi. Bidang hospitaliti telah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 266 juta dalam sektor pelancongan seterusnya menyumbang kepada 9.5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia. Salah satu destinasi pelancongan yang menyumbang dalam bidang hospitaliti Islam ialah institusi masjid. Di Malaysia, sebanyak 14 buah institusi masjid telah diiktiraf sebagai destinasi pelancongan yang menyediakan hospitaliti. Walaubagaimanapun, bagaimanakah institusi masjid masa kini melaksanakan hospitaliti Islam? Bagaimanakah pula institusi masjid menawarkan hospitaliti Islam? Persoalan ini dijawab melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti hospitaliti Islam dalam institusi masjid pada zaman Rasulullah SAW. Kedua, menganalisis kaedah pelaksanaan hospitaliti Islam dalam institusi masjid di Malaysia. Ketiga, merumuskan garis panduan kaedah pelaksanaan hospitaliti Islam dalam institusi masjid di Malaysia. Kaedah pengumpulan data bagi objektif pertama dan ketiga ialah kaedah kajian dokumen, manakala objektif kedua pula menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta. Kesemua data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Dapatan merumuskan bahawa institusi masjid dapat melaksanakan hospitaliti Islam dengan merujuk kaedah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Baginda didapati melaksanakan hospitaliti Islam melalui memuliakan tetamu, menghormati tetamu dan melayani tetamu dengan baik. Kaedah pelaksanaan ini bersesuaian untuk diaplikasi sebagai hospitaliti Islam dalam institusi masjid di Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

26

Sains dan Teknologi Islam

Dalam Kurikulum Pengajian

Tinggi: Analisis Pendapat

Pensyarah UiTM Perlis

Ryusda Bakri 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

HG179.M085.R997 2017

Senario dunia masa kini menuntut umat Islam menguasai ilmu sains dan teknologi sebagai saluran mencapai kemajuan dan kemodenan. Sains dan teknologi dalam Islam bukan sahaja menggunakan akal dalam mengembangkan ilmu tetapi setiap kajian saintifik bertujuan mewujudkan kekaguman terhadap kebesaran Allah SWT. Malah, sains dan teknologi merupakan cabang utama ilmu pengetahuan meningkatkan keimanan. Namun, sains dan teknologi dalam kurikulum pengajian tinggi di Malaysia masih belum mampu menggerakkan manusia meyakini Allah SWT kesan daripada pendidikan yang bersifat dualisme. Oleh itu, kursus sains teknologi Islam (STI) diperkenalkan dalam kurikulum pengajian tinggi untuk mengintegrasikan ilmu agama dalam kalangan pelajar aliran sains. Persoalannya, bagaimanakah integrasi ini dilaksanakan? Bagaimanakah pula respon pelajar terhadap kursus STI ini? Dengan menumpukan kepada Universiti Teknologi Mara Perlis (UiTM Perlis), kajian ini berhasrat menjawab persoalan ini melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti kurikulum kursus STI; kedua, menganalisis kefahaman pelajar terhadap kurikulum kursus STI dan ketiga, merumuskan kefahaman pelajar berdasarkan pendapat pensyarah. Kajian penjelasan ini menggunakan data sekunder dan data primer. Data sekunder dikumpul melalui kaedah kepustakaan, manakala data primer dikumpul melalui pemerhatian dan temu bual. Kesemua data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Kajian mendapati kursus STI membentuk keyakinan dan kefahaman konsep ilmu yang bersepadu. Malah, pendidikan dualisme dalam kurikulum pendidikan berupaya diatasi dengan menjadikan kursus STI sebagai model yang diwajibkan ke atas semua pelajar aliran sains di universiti awam dan swasta. Hasil kajian ini memberi sumbangan yang penting khususnya kepada kurikulum pengajian tinggi di Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

27

Asas-asas Perakaunan

Zakat Pertanian di Negeri Perlis

Samihah Hanim

Mohamad 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

BP176.M086.SA188 2017

Zakat pertanian merupakan satu kewajipan yang telah disepakati para fuqaha’. Walaubagaimana pun, wujud perbezaan pendapat berhubung jenis tanaman yang wajib dikeluarkan zakat dan juga dari segi penolakan kos. Perakaunan zakat pertanian yang diamalkan di Negeri Perlis berbeza dengan negeri-negeri lain. Hal ini kerana Negeri Perlis telah menolak kedua-dua kos, iaitu kos pertanian dan kos sara hidup daripada hasil kasar. Hasil bersih kemudiannya barulah dikeluarkan sebagai zakat pertanian. Persoalannya, mengapakah Negeri Perlis menggunakan kaedah perakaunan zakat sedemikian? Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini cuba mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti asas-asas perakaunan zakat pertanian di Negeri Perlis. Kedua, menganalisis asas-asas perakaunan zakat pertanian di Negeri Perlis berdasarkan asas-asas perakaunan zakat pertanian fuqaha’. Ketiga, merumuskan keselarian antara asas perakaunan zakat pertanian di Negeri Perlis dengan asas-asas perakaunan zakat pertanian fuqaha’. Untuk mencapai ketiga-tiga objektif ini, kaedah pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan dua jenis data, iaitu data primer dan data sekunder. Data primer dilakukan dengan menggunakan kaedah temu mendalam terhadap tiga orang responden yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang zakat pertanian. Data sekunder pula didapati melalui kajian kepustakaan. Kesemua data dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil daripada penganalisisan data, kajian ini dapat mengenal pasti sumber-sumber zakat pertanian di Negeri Perlis yang merangkumi makanan asasi, bukan asasi dan hasil laut. Selain itu, kajian ini mengenal pasti kaedah perakaunan zakat pertanian iaitu dengan penolakan kos pertanian dan kos sara hidup. Seterusnya, kajian ini mengenal pasti dalil-dalil yang menjadi sandaran perakaunan zakat pertanian di Negeri Perlis seperti ayat 267 Surah al-Baqarat, ayat 141 Surah al-An‘am serta hadith-hadith dan ijtihad para ulama. Seterusnya, kajian ini dapat mengenal pasti perakaunan zakat pertanian di Negeri Perlis berdasarkan pandangan fuqaha’. Keselarian perakaunan zakat pertanian di Negeri Perlis selari dengan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal kerana beliau juga membenarkan penolakan kedua-dua kos tersebut. Selain itu, pandangan Yusuf al-Qaradawiy juga menyamai pandangan yang dikemukakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Dapatan itu kajian ini merumuskan perakaunan zakat pertanian di Negeri Perlis sesuai dengan amalan fuqaha’.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

28

Penyelidikan Berkenaan Wakaf di

Universiti Sains Malaysia: Satu

Kajian Dari Perspektif Kaedah

Penyelidikan Islam

Siti Fatimah Mohd Razali

2017 Disertasi Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari dan Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD28.M087.F253 2017

Kaedah penyelidikan terbahagi kepada dua jenis iaitu kaedah penyelidikan lazim dan juga kaedah penyelidikan Islam. Namun, apabila penyelidikan yang dilakukan berkait dengan bidang Islam, seharusnya kaedah penyelidikan Islam digunakan. Memandangkan Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan universiti yang terkehadapan berbanding universiti-universiti lain dari sudut penyelidikan, timbul persoalan, adakah penyelidikan berkaitan bidang Islam khususnya penyelidikan berkenaan wakaf di USM menggunakan kaedah penyelidikan Islam ataupun sebaliknya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji perkembangan penyelidikan wakaf di USM dalam aspek kaedah penyelidikan yang diguna pakai oleh para pengkaji. Secara lebih spesifik, kajian ini mempunyai tiga objektif khusus yang ingin dicapai. Pertama, mengenal pasti kaedah penyelidikan wakaf digunakan dalam penyelidikan berkenaan wakaf di USM; kedua, menganalisis kaedah penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan berkenaan wakaf di USM; dan ketiga, merumuskan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan berkenaan wakaf di USM. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif sebagai reka bentuk kajian. Seterusnya, data yang telah dikumpul menggunakan kaedah kajian dokumen akan dianalisis dengan kaedah analisis kandungan kualitatif. Di akhir kajian ini, penyelidik telah menemukan beberapa hasil penemuan utama. Pertama, berdasarkan tinjauan dari sudut paradigma penyelidikan, didapati sebanyak 13 daripada 15 kajian wakaf telah menggunakan paradigma bertunjangkan al-Quran dan Hadis. Kedua, bagi paradigma gabungan kerohanian dan material pula, kesemua kajian-kajian wakaf di USM dilihat terlibat dalam menggunakannya. Namun demikian, apabila dilihat pula dari segi kaedah penyelidikan (metod), kajian-kajian wakaf di USM didapati masih menggunakan kaedah penyelidikan (metod) lazim dalam menjalankan kajian. Ini bermaksud, pengkaji-pengkaji wakaf di USM masih tidak mempraktikkan sepenuhnya kaedah penyelidikan Islam yang sebenar. Walaupun kajian yang dilakukan bercampur baur antara kaedah penyelidikan Islam dengan kaedah penyelidikan lazim namun, sekurang-kurangnya pengkaji-pengkaji wakaf di USM tidak mengabaikan keseluruhan aspek dalam kaedah penyelidikan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

29

Pendekatan Pembangunan

Berteraskan Islam

Berdasarkan Konsep Al-Wasatiyyah

Siti Fatimah Binti

Zakaria 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

HD72.M088.F253 2017

Pembangunan berteraskan Islam (PBI) merupakan pembangunan yang mempunyai falsafah, konsep, premis dan epistemologinya tersendiri berbeza dengan teori dan model pembangunan lazim. Hal ini kerana, tapak, kerangka, matlamat dan paradigma pembangunan lazim tidak sama dengan PBI. Dalam membangunkan PBI, terdapat pelbagai usaha yang dilakukan untuk melaksanakan PBI yang beracuankan tasawur Islam ini. Salah satu daripadanya adalah membina pendekatan-pendekatan tertentu yang dapat digunakan dalam pelaksanaan PBI. Terdapat beberapa pendekatan PBI yang telah dibina, sama ada pada peringkat negara mahupun pada peringkat negeri. Misalnya, Islam Hadhari, Wawasan SIHAT, Islam Hadhari Terengganu Bestari dan Gagasan ‘Membangun Bersama Islam’. Pendekatanpendekatan ini telah terhenti, salah satu faktornya adalah disebabkan oleh pertukaran pemimpin. Walau bagaimanapun, di Malaysia sekarang telah diperkenalkan satu pendekatan baharu iaitu konsep al-wasatiyyat. Ia hanya diaplikasikan sebagai penggerak kepada Gagasan 1Malaysia (G1M). Namun, konsep al-wasatiyyat ini nampak tidak bersungguh seperti Islam Hadhari dan ia belum diluluskan sebagai dasar negara. Oleh sebab itu, masih belum terdapat pendekatan PBI berdasarkan konsep al-wasatiyyat. Berdasarkan permasalahan ini, terdapat tiga objektif kajian yang cuba dicapai. Pertama, mengenal pasti konsep al-wasatiyyat. Kedua, menganalisis konsep al-wasatiyyat untuk dijadikan sebagai pendekatan PBI. Ketiga, merumuskan pendekatan PBI berdasarkan konsep al-wasatiyyat. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer dikumpul menggunakan kaedah temu bual pakar, manakala data sekunder pula dikumpul menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kesemua data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil pengumpulan data daripada kedua-dua kaedah ini, kajian ini dapat mengenal pasti asas-asas konsep al-wasatiyyat misalnya Surah al-Baqarat ayat 143 dijadikan sebagai sandaran utama. Selain itu, kajian ini mengenal pasti tafsiran al-wasatiyyat menurut pandangan para ulamak iaitu ulamak al-mufassirin dan al-muhaddithin. Seterusnya, kajian ini dapat mengenal pasti elemen-elemen konsep al-wasatiyyat iaitu keseimbangan, kesederhanaan, keadilan, terpilih, terbaik, tidak melampau, kecemerlangan dan pertengahan. Selain itu, hasil analisis ini juga menemukan tujuan konsep al-wasatiyyat. Antara tujuannya ialah amar makruf nahi mungkar, membangunkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai Islam dan memastikan keadilan terlaksana. Seterusnya, hasil kajian ini juga mendapati bahawa terdapat empat elemen konsep al-wasatiyyat yang sesuai diaplikasikan dalam

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

pendekatan PBI iaitu terbaik, keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan. Di samping itu, hasil pembinaan pendekatan PBI berdasarkan konsep al-wasatiyyat ini dapat melahirkan pembangunan yang beracuankan epistemologi dan tasawur Islam, pembangunan yang berkaedahkan tazkiyyat al-nafs, pembangunan yang seimbang, pembangunan yang adil, pembangunan yang lestari dan pembangunan yang bermatlamat mencapai reda Allah SWT. Selain itu, kajian ini juga menemui beberapa kepentingan dan struktur pendekatan PBI berdasarkan konsep al-wasatiyyat seperti mencapai perhambaan diri kepada Allah SWT, mewujudkan pembangunan yang menerapkan nilai-nilai Islam dan melahirkan pembangunan yang seimbang antara dunia dengan akhirat. Oleh itu, pendekatan PBI berdasarkan konsep al-wasatiyyat ini merupakan satu pendekatan yang sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

30

Pengurusan Risiko Dalam Pelaksanaan Pembiayaan Perumahan Musyarakah

Mutanaqisah di Malaysia

Siti Maryam Idris 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD3611.M089.M393 2017

Penawaran kontrak pembiayaan perumahan Musyarakat Mutanaqisat di Malaysia masih lagi kurang jika dibandingkan dengan pelaksanaan produk ini oleh perbankan di negara Barat dan Timur Tengah. Antara alasan yang diguna pakai oleh perbankan, ialah pembiayaan perumahan Musyarakat Mutanaqisat ini memberikan risiko yang tinggi kepada pihak bank. Adakah penyataan ini benar? Mampukah insitusi perbankan Islam di Malaysia mengatasi risiko yang wujud dan melaksanakan kontrak pembiayaan perumahan Musyarakat Mutanaqisat secara meluas di Malaysia? Sehubungan itu, kajian ini bermatlamat mengenal pasti, menganalisis serta merumuskan pengurusan risiko dalam pelaksanaan kontrak pembiayaan perumahan Musyarakat Mutanaqisat. Reka bentuk penjelasan diguna pakai dalam kajian ini. Sumber primer diperoleh melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan pensampelan bertujuan manakala bagi sumber sekunder, pengkaji melaksanakan kajian dokumen kualitatif yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Seramai empat responden pakar ditemu bual. Dapatan kajian yang diperoleh merangkumi jenis-jenis risiko yang terdiri daripada risiko kredit, risiko operasi, risiko Syariah, risiko kecairan dan risiko pasaran. Langkah-langkah pengurusan risiko bagi kontrak pembiayaan perumahan Musyarakat Mutanaqisat oleh pihak bank di Malaysia merangkumi pada peringkat awal perjanjian, semasa perjanjian berlangsung, serta pada peringkat akhir perjanjian. Kesimpulannya, kontrak pembiayaan perumahan Musyarakat Mutanaqisat mampu diperkembangkan dengan lebih meluas di Malaysia sekirannya pengurusan risiko yang dijalankan oleh pihak bank dengan cekap dan efisien. Justeru itu, mampu mendorong perbankan tempatan di Malaysia menawarkan produk ini jika diberi pendedahan tentang kelebihan yang ada pada kontrak yang berbentuk perkongsian ini.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

31

Hibah Dalam Pengurusan

Pewarisan Harta Islam: Kajian

Kes di Wasiyyah Shoppe

Siti Sarah Omar 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

BP160.M090.SA243 2017

Salah satu kaedah untuk menguruskan pewarisan harta yang boleh dilakukan sebelum mati dan berkuatkuasa selepas mati dalam Islam adalah melalui kaedah hibah. Hibah bukan hanya dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan Islam, takaful dan pelaburan sahaja, malah kini hibah turut dilaksanakan di syarikat-syarikat pengurusanharta Islam. Namun, terdapat perbezaan pendapat fuqaha terhadap pelaksanaan hibah bersyarat yang melibatkan umur dan kematian. Perbezaan pendapat daripada para fuqaha berkaitan pelaksanaan hibah ini telah menimbulkan beberapa persoalan seperti adakah Islam membenarkan hibah ini dilaksanakan dalam pengurusan pewarisan harta? Jika dibolehkan, apakah dalil-dalil yang digunakan? Berdasarkan persoalan ini, suatu kajian berkaitan pelaksanaan hibah bersyarat di syarikat pengurusan pewarisan harta perlu dilakukan untuk melihat kaedah pelaksanaannya. Maka kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti asas-asas hibah dalam pengurusan pewarisan harta umat Islam; Kedua, menganalisis kaedah hibah di Wasiyyah Shoppe berdasarkan kaedah hibah dalam pengurusan pewarisan harta umat Islam; Ketiga, merumuskan ketepatan keadah hibah dalam pengurusan pewarisan harta umat Islam di Wasiyyah Shoppe berdasarkan perspektif Islam. Sehubungan itu, kajian berbentuk kualitatif dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kes dan bagi mencapai objektif-objektif tersebut, data-data dalam kajian ini dikumpulkan menggunakan kaedah temu bual dan kajian dokumen. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan data primer, manakala kajian dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekunder. Data-data yang terkumpul ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Analisis peringkat pertama dapat mengenal pasti asas-asas hibah dalam pengurusan pewarisan harta umat Islam menurut al-Qur’an, Hadith dan pandangan fuqaha. Hibah mutlak mempunyai dalil dalam al-Qur’an dan hadith, manakala hibah bersyarat ‘umra dan ruqba tidak mempunyai dalil dalam al-Qur’an tetapi mempunyai dalil dalam hadith dan perkara ini telah menimbulkan percanggahan pendapat fuqaha berkaitan hukum pelaksanaan hibah bersyarat ‘umra dan ruqba ini. Dalam analisis peringkat kedua pula, terdapat dua jenis hibah yang dilaksanakan di Wasiyyah Shoppe iaitu hibah mutlak dan hibah bersyarat ruqba. Walaupun terdapat percanggahan pendapat fuqaha berkaitan hibah bersyarat ruqba, ini tidak bermakna pengurusan pewarisan harta menggunakan hibah bersyarat ruqba diharamkan dalam Islam. Selagi mana ia mempunyai hadith serta ada pendapat fuqaha yang membenarkan kemudiannya pendapat ini dilengkapi dengan maslahat dan apabila melaksanakannya dapat memberi manfaat kepada umat Islam, hibah bersyarat ruqba

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

boleh dilaksanakan. Seterusnya analisis peringkat ketiga pula, pelaksanaan hibah bersyarat ini perlu memenuhi empat rukun hibah menurut jumhur fuqaha iaitu pemberi hibah, penerima hibah, harta yang dihibahkan, dan lafaz ijab dan qabul. Wasiyyah Shoppe telah menguruskan hibah mutlak dan terutamanya hibah bersyarat ruqba dengan memenuhi keempat-empat rukun hibah menurut jumhur fuqaha.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

32

Kaedah Kepimpinan Berteraskan Qalb: Kajian Berdasarkan

Kitab Al-Ahkam Al-Sultaniyyah

Suriadi Bin Kamaruding 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

BP87.M091.SU961 2017

Disertasi ini bertujuan mengkaji kaedah kepimpinan berteraskan qalb berdasarkan Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat. Secara umumnya, pada masa kini wujud pelbagai isu atau krisis yang melibatkan kepimpinan. Antaranya isu kepimpinan dan pembangunan, isu kepimpinan tidak beretika iaitu melibatkan rasuah dan pecah amanah serta isu kepimpinan dan kepatuhan. Mengapakah isu kepimpinan masih lagi berlaku? Sedangkan secara teorinya banyak kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik berkaitan kepimpinan. Apakah kepimpinan masa kini tidak mengambil kira pendekatan elemen fizikal dan kerohanian yang bertitik tolak daripada qalb? Daripada perspektif Pembangunan Berteraskan Islam (PBI), isu yang melibatkan kepimpinan ini dilihat berpunca daripada dalam diri manusia iaitu bertitik tolak daripada qalb. Apakah tiada satu panduan yang boleh dijadikan rujukan oleh pemimpin? Sedangkan Islam ada garis panduan yang digariskan tentang sifat-sifat baik bagi pemimpin. Antara lain dinyatakan dalam al-Qur’an dan hadith. Selain daripada itu, para ulama juga banyak menulis mengenai ciri-ciri pemimpin yang baik. Contohnya, al-Mawardiy dalam Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat. Oleh itu, Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat dijadikan rujukan utama dalam kajian ini. Hal ini kerana Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat ini adalah bersandarkan kepada al-Qur’an dan hadith. Berdasarkan itu, disertasi ini dilakukan dengan menetapkan tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti asas-asas kepimpinan berdasarkan Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat. Kedua, menganalisis asas-asas kaedah kepimpinan berteraskan qalb berdasarkan Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat dan ketiga, merumuskan kaedah kepimpinan berteraskan qalb berdasarkan Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat. Kesemua objektif ini menjurus untuk menilai apakah elemen qalb yang menjadi penekanan dalam kaedah kepimpinan berteraskan qalb berdasarkan Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian yang berbentuk penjelasan ini dan menggunakan data berdasarkan daripada kajian dokumen yang dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat secara tidak langsung membincangkan kepimpinan berteraskan qalb yang terdiri daripada asas qalb iaitu iman, ilmu dan nafsu. Rentetan itu, kajian kepimpinan berteraskan qalb berdasarkan Kitab al-Ahkam al Sultaniyyat boleh dijadikan panduan dan rujukan buat para pemimpin untuk melahirkan pemimpin yang bersifat mahmudah dan rasa berTuhan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

33

Kajian Budaya Organisasi di

Institusi Pendidikan Islam

Swasta: Kajian Kes Pusat

Pendidikan Hidayah Johor

(PPHJ)

Syahril Iqbal Bin Norasikin

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

LC901.M092.SY981 2017

Kajian budaya organisasi ini bertujuan untuk memahami elemen dan ciri budaya organisasi yang diterapkan dalam sesebuah institusi pendidikan Islam. Cabaran yang dihadapi oleh institusi pendidikan dalam menjadi sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan dilihat semakin besar dalam menghadapi pengaruh globalisasi masa kini. Budaya organisasi dilihat antara faktor yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah diri selain mengukuhkan permuafakatan ahli organisasi. Isu salah laku dalam institusi pendidikan melibatkan guru dan pelajar masa kini semakin membimbangkan. Walhal, institusi pendidikan merupakan institusi yang bertanggungjawab mendidik dan menerapkan budaya yang membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan guru dan pelajar. Guru merupakan suri teladan kepada pelajar. Maka, seharusnya guru juga perlu membudayakan amalan-amalan yang baik untuk menjadi ikutan kepada pelajar. Isu-isu berkaitan salah laku guru seharusnya tidak wujud kerana ini akan memberi kesan yang negatif kepada pelajar. Melihat kepada kesan yang timbul, institusi pendidikan Islam ternyata merupakan antara institusi yang masih berperanan besar dalam menjaga syariat Islam khususnya untuk membentuk keperibadian ahli organisasi dan juga pelajar. Justeru, kajian ini cuba dilaksanakan untuk mengenal pasti apakah elemen dan ciri yang diterapkan dalam budaya organisasi di institusi pendidikan Islam swasta. Secara lebih fokus, kajian ini menumpukan kepada Pusat Pendidikan Hidayah Johor sebagai institusi kajian. Untuk mencapai objektif tersebut kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menjadikan kajian dokumentasi dan kajian lapangan sebagai sumber data. Hasil dapatan data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga elemen dan sembilan ciri budaya organisasi yang diterapkan di Pusat Pendidikan Hidayah Johor selari dengan syariat Islam. Kerangka budaya organisasi Islam Pusat Pendidikan Hidayah Johor juga dibina sebagai rumusan keseluruhan untuk menjadi rujukan institusi pendidikan lain yang sedang membangunkan satu garis panduan ke arah pemantapan budaya organisasi Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

34

Aplikasi Konsep Qana'ah Untuk

Pelaku Pembangunan Lestari Islam

Umaimah Mohd Sharef

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

BP160.M093.UM48 2017

Manusia menggunakan sumber alam sebagai alat melaksanakan pembangunan. Tanpa sumber alam, pembangunan tidak mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, penggunaan sumber alam secara berterusan menyebabkan berlakunya kerosakan sumber alam dan mengakibatkan kesan buruk terhadap pembangunan. Aktiviti manusia sebagai pelaku pembangunan dan proses pembandaran yang pesat terutamanya di negara-negara membangun telah memberi kesan yang ketara terhadap sumber alam. Situasi tersebut membuktikan bahawa kemusnahan sumber alam sangat berkait rapat dengan perbuatan manusia sendiri. Atas sebab itu, pembangunan lestari Islam diperkenalkan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dalam keadaan manusia sebagai pelaku pembangunan memelihara dimensi hubungan habl min Allah dan habl min al-nas. Bagi melaksanakan kedua-dua dimensi hubungan habl min Allah dan habl min al-nas dalam pembangunan lestari Islam, salah satu karakteristik yang dikatakan penting dan mesti ada dalam diri manusia ialah sifat qana‘aṯ. Namun timbul persoalan, bagaimanakah konsep qana‘aṯ dapat diaplikasikan oleh pelaku pembangunan lestari Islam? Bagi menjawab persoalan ini, kajian dokumen telah dilaksanakan. Data-data yang diperoleh seterusnya dianalisis melalui analisis kandungan kualitatif. Kajian dilaksanakan bagi memenuhi tiga objektif yang telah dibentuk. Pertama, mengenal pasti konsep qana‘aṯ. Kedua, menganalisis konsep qana‘aṯ untuk pelaku pembangunan lestari Islam. Ketiga merumuskan konsep qana‘aṯ untuk diaplikasikan oleh pelaku pembangunan lestari Islam. Kajian ini mendapati konsep qana‘aṯ dapat diaplikasikan oleh pelaku pembangunan lestari Islam menerusi karakteristik qana‘aṯ seperti tawadu’, sabar, reda, tawakal, syukur dan takwa. Kesemua karakteristik qana‘aṯ ini dapat diaplikasikan oleh pelaku pembangunan lestari Islam dalam aspek penggunaan, pengagihan dan pengurusan sumber alam. Hasil penemuan tersebut membolehkan kajian ini memberi implikasi sama ada dalam bidang ilmu mahupun dalam amalan dan pelaksanaan pembangunan lestari Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

35

Teras-teras Pentadbiran

Kerajaan Negeri Kelantan Dari Tahun 1990

Sehingga 2016

Wan Noor Anis

Amaleena Bt W. Ab.

Aziz

2017 Disertasi Sarjana

Prof Dr. Mohd

Sakir @ Shukri Bin

Salleh

BP160.M094.AN599 2017

Kajian ini bertujuan mengkaji teras-teras pentadbiran berteraskan Islam di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Tumpuannya selepas Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada tahun 2013. Secara khususnya pula, kajian ini memfokuskan pengenalpastian dan menganalisis teras-teras pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 1990 sehingga 2013, iaitu sebelum pertukaran jawatan Menteri Besar dan bermula Mei 2013 sehingga 2015 selepas pertukaran jawatan tersebut. Perkara ini dikaji kerana timbulnya isu tentang tiada perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri dan tidak ada idea-idea baru bagi perkembangan politik di Kelantan. Wujudnya persoalan-persoalan seperti apakah teras-teras pentadbiran yang digunakan dan apakah perubahan yang berlaku terhadap teras pentadbiran kerajaan negeri. Kajian ini menjawab persoalan-persoalan tersebut dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Hasil daripada analisa tersebut, penyelidik dapat melihat teras pentadbiran yang digunakan dan perubahan teras-teras pentadbiran apabila berlakunya pertukaran jawatan Menteri Besar. Akhir sekali, kajian ini akan merumuskan teras-teras pentadbiran yang diguna hingga sekarang di Kelantan iaitu kerajaan negeri masih menggunakan teras pentadbiran dan menambah baik dengan konsep akidah Islamiah.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

36

Pendekatan Halal-Hijau

dalam Pengurusan Aset Aleh

Berteraskan Islam

Muhamad Shakir Bin

Abdul Sahood

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HG4501.M048.SH527 2017

Disertasi ini bertujuan menganalisis pendekatan halal-hijau dalam pengurusan aset alih berteraskan Islam. Kajian dan penulisan disertasi ini dijalankan rentetan daripada isu dan permasalahan yang timbul dalam pengurusan aset alih. Timbul isu dan permasalahan dalam bidang pengurusan aset alih seperti pelepasan gas karbon dioksida yang tinggi dan ketidakcekapan penggunaan tenaga elektrik oleh aset alih jenis elektrik dan elektronik. Pelepasan gas karbon dioksida yang berlebihan dan ketidakcekapan penggunaan tenaga elektrik mampu memberi kesan yang buruk dan memudaratkan manusia dan alam. Begitu juga mengenai penjualan dan penggunaan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi. Dalam Islam, bulu babi dikategorikan sebagai najis dan menggunakan najis dalam pekerjaan seharian adalah tidak dibenarkan. Melihat kepada isu dan permasalahan, timbul persoalan mengenai hal ini. Bagaimanakah cara terbaik dalam menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan pengurusan aset alih? Oleh itu, disertasi ini dilakukan dengan berdasarkan tiga objektif kajian. Objektif pertama, mengenal pasti asas-asas pendekatan halal-hijau dan pengurusan aset alih. Objektif kedua, menganalisis asas-asas pendekatan halal-hijau dalam pengurusan aset alih berteraskan Islam. Objektif ketiga, merumuskan konsep pendekatan halal-hijau dalam pengurusan aset alih berteraskan Islam. Untuk mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini, kajian kualitatif yang berbentuk penerokaan dijalankan dengan mengumpul data sekunder secara kajian dokumen. Kemudian, data yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan klasikal. Hasil analisis mendapati konsep pendekatan halal-hijau dalam pengurusan aset alih berteraskan Islam mengandungi ciri-ciri utama, elemen-elemen, kerangka dan matlamat utama. Dalam ciri-ciri utama pendekatan halal-hijau mengandungi hukum dasar pendekatan halal-hijau, keselarian antara kaedah dengan tujuan, dan manusia sebagai hamba dan khalifah. Dalam elemen-elemen pendekatan halal-hijau dalam pengurusan aset alih berteraskan Islam pula terdiri daripada elemen pemilikan dan elemen sumber bahan penghasilan aset alih. Seterusnya, dalam kerangka pendekatan halal-hijau dalam pengurusan aset alih berteraskan Islam mengandungi pemilihan, pemilikan, penggunaan dan pelupusan aset alih. Akhir, matlamat utama pendekatan halal-hijau dalam pengurusan aset alih berteraskan Islam adalah untuk mencapai keredaan Allah SWT.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

37

Gaya Bahasa Komunikasi Berteraskan Islam: Kajian

Tafsir Al-Mawdu'iy

Nurul Nur Shuhaida Binti Mohd

Mokhtar

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

BP87.M049.SH562 2017

Komunikasi Islam telah wujud jauh lebih awal daripada komunikasi lazim yang diperbincangkan pada hari ini. Perkembangan komunikasi lazim yang luas terutama pengaruh teori dan falsafah Barat masih banyak digunakan oleh kebanyakan sarjana dan pengkaji Islam dalam penyelidikan komunikasi berkaitan Islam. Keadaan ini memperlihatkan pengaruh paradigma Barat yang ketara berasaskan ideologi tertentu bagi membangunkan kajian komunikasi yang menyeluruh dan holistik. Walau bagaimanapun, Islam adalah sebuah agama yang mendidik umatnya agar berkomunikasi dengan benar serta cemerlang berlandaskan al-Qur’an dan al-Sunnah. Namun, manusia memerlukan gaya bahasa berkomunikasi yang betul dan tepat dalam menyampaikan sesuatu mesej dengan berkesan. Persoalannya, adakah gaya bahasa komunikasi yang diperbincangkan pada hari ini sesuai dan boleh diguna pakai dalam berkomunikasi berteraskan Islam? Apakah gaya bahasa komunikasi yang digariskan dalam Islam? Berdasarkan permasalahan inilah, kajian ini menjadi satu keperluan untuk dilakukan penyelidikan dengan menggunakan kaedah secara tafsir al-Mawduʻiy. Di samping terdapat tiga objektif kajian yang perlu dicapai dalam kajian ini. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat qawlan dalam al-Qur’an. Kedua, menganalisis gaya bahasa komunikasi berdasarkan ayat-ayat qawlan dalam al-Qur’an. Ketiga, merumuskan gaya bahasa komunikasi berteraskan Islam berdasarkan ayat-ayat qawlan dalam al-Qur’an. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif persoalan ini, kajian ini menggunakan kaedah tafsir al-Mawduʻiy dan kajian berbentuk penerokaan dalam mengumpul dan menganalisis data. Hasilnya, ayat-ayat qawlan dalam al-Qur’an yang merupakan ungkapan atau kata-kata bagi ayat gaya bahasa komunikasi berteraskan Islam yang terdapat dalam al-Qur’an. Ayat-ayat qawlan tersebut dianalisis berdasarkan tafsiran mufassirin dan dibahagikan kepada tujuh jenis gaya bahasa komunikasi berteraskan Islam. Tujuh jenis gaya bahasa komunikasi tersebut ialah qawlan balighan, qawlan kariman, qawlan maysuran, qawlan maʻrufan, qawlan layyinan, qawlan sadidan, dan qawl al-zur. Seterusnya, setelah ayat-ayat qawlan tersebut dianalisis, maka dapat dirumuskan lima elemen gaya bahasa komunikasi berteraskan Islam berdasarkan tafsir al-Mawduʻiy. Lima elemen gaya bahasa komunikasi berteraskan Islam iaitu, tasawur Islam, prinsip komunikasi, uslub al-Qur’an, etika komunikasi dan kaedah dakwah. Dengan itu, kelima-lima elemen gaya bahasa komunikasi tersebut menjadi panduan dan rujukan dalam berkomunikasi yang benar serta berkesan. Malah, gaya bahasa komunikasi tersebut adalah bertunjangkan kepada ajaran yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an, al-Sunnah dan ijtihad para ulama.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

38

Strategi Penyelidikan

Berdasarkan Al-Qiyas Al-Ululiy

Norsaadah Binti

Salahuddin 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

HB135.M050.N863 2017

Disertasi ini bertujuan meneliti kembali salah satu kaedah daripada ilmu usul fiqh iaitu kaedah qiyas atau dikenali sebagai al-qiyas al-usuliy yang berasaskan tamthil daripada ilmu mantik untuk diaplikasikan sebagai strategi penyelidikan. Al-qiyas al-usuliy telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW, para sahabat, para tabi’in, para tabi’-tabi’in sehinggalah ke hari ini. Kaedah al-qiyas al-usuliy merupakan satu cara penyelesaian kepada masalah kontemporari dengan bersandarkan kepada al-Qur’an, al-Sunnah, dan pendapat para ulamak. Daripada sudut kaedah penyelidikan sains sosial, langkah operasional strategi penyelidikan deduktif dilihat terdapat persamaan dengan al-qiyas al-usuliy. Walaupun begitu, strategi penyelidikan al-qiyas al-usuliy mempunyai kaedah yang tersendiri yang sesuai digunakan bagi penyelidikan berkaitan Islam dan orang Islam. Persoalannya, apakah kaedah al-qiyas al-usuliy? Bagaimanakah kaedah al-qiyas al-usuliy diaplikasikan dalam strategi penyelidikan Islam? Terdapat tiga objektif kajian bagi menjawab persoalan tersebut. Pertama, mengenal pasti al-qiyas al-usuliy. Kedua, menganalisis strategi penyelidikan berdasarkan al-qiyas al-usuliy. Ketiga, merumuskan al-qiyas al-usuliy sebagai strategi penyelidikan. Kajian ini menggunakan data sekunder melalui kajian kepustakaan dan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati langkah-langkah yang terdapat pada al-qiyas al-usuliy bersesuaian diaplikasikan sebagai strategi penyelidikan. Pertama, tetapkan sesuatu permasalahan baharu yang memerlukan kepada penjelasan. Kedua, perkongsian sebab ‘illat antara perkara asal dengan permasalahan baharu. Ketiga, mengenal pasti perkara asal yang boleh disandarkan kepada permasalahan baharu. Keempat, sesuatu perkara asal mempunyai hukum tetap yang diketahui hukumnya dalam al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak ulama’. Kelima, sekiranya proses melakukan al-qiyas al-usuliy menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan hukum permasalahan baharu disandarkan kepada hukum perkara asal. Selain itu, al-qiyas al-usuliy sesuai diaplikasikan sebagai strategi penyelidikan berteraskan Islam kerana berdasarkan falsafah Islam dan mengembalikan permasalahan baharu kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

39

Aplikasi Kaedah Tarjih dalam

Penganalisisan Data

Penyelidikan Berteraskan

Islam

Suwaybatul Islamiyah Binti Che Ibrahim

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

HA29.M052.SU967 2017

Tarjih merupakan kaedah yang digunakan oleh para ulama usul fiqh dalam melakukan penilaian dan pemilihan terhadap mentarjih salah satu dalil atas dalil yang lain.Tarjih dilakukan dengan memilih mana dalil yang terkuat antara dalil yang pada zahirnya berlawanan. Melalui kajian ini, kaedah tarjih akan dirumuskan untuk dijadikan sebagai kaedah penganalisisan data dalam penyelidikan berteraskan Islam. Oleh yang demikian, persoalan-persoalan kajian ini dikenal pasti seperti apakah kaedah tarjih dalam ilmu usul fiqh? Apakah langkah-langkah pentarjihan yang dilakukan dalam ilmu usul fiqh? Makanya, objektif kajian ini dibina dengan mengenal pasti kaedah tarjih dalam ilmu usul fiqh, menganalisis aplikasi kaedah tarjih sebagai kaedah penganalisisan data dalam penyelidikan berteraskan Islam dan merumuskan kaedah tarjih untuk diaplikasikan dalam penyelidikan berteraskan Islam. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang berbentuk kaedah penerokaan. Penganalisisan data kajian ini menggunakan analisis data sekunder. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat dua perkara utama yang diperoleh melalui analisis kaedah tarjih iaitu pertama, kaedah tarjih dapat memperoleh dapatan data yang tepat dan sahih. Kedua, hasil daripada dapatan data yang tepat dapat membantu para penyelidik membuat rumusan akhir bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibina. Kesimpulannya, kajian ini merumuskan satu kaedah yang boleh digunakan dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam sebagai satu kaedah penganalisisan data.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

40

Pelaksanaan Istibdal dalam Pembangunan Tanah Wakaf di

Perak

Ashlah Binti Ibrahim 2017 Disertasi

Sarjana

Prof. Dr. Mohd Sakri

@Shukri Bin Salleh

HD28.M053.AS826 2017

"Disertasi ini akan membincangkan berkaitan pelaksanaan istibdal dalam pembangunan tanah wakaf. Berdasarkan prinsip istibdal bagi tanah ialah membeli sesuatu harta yang lain dengan hasil jualan untuk dijadikan sebagai mawquf bagi menggantikan harta yang diambil menggunakan cara gantian dengan harta yang sama ataupun harta yang lebih baik nilainya. Bukan itu sahaja, istibdal juga boleh menggantikan harta dengan wang yang sama nilai atau lebih sebagai gantian. Pelaksanaan istibdal adalah bagi memanfaatkan tanah yang tidak dapat dibangunkan dan bagi mencapai matlamat waqif. Selain bagi membangunkan tanah wakaf dan memberi manfaat kepada mawquf. Oleh itu, kaedah istibdal boleh diaplikasikan bagi pembangunan tanah wakaf di Perak. Kedua, apakah badan yang terlibat dalam pembangunan istibdal terhadap tanah wakaf di Perak? Untuk menangani permasalahan terakhir, bagaimanakah penambahbaikan dilakukan dalam masalah pelaksanaan istibdal tanah wakaf di Perak? Bagaimanakah istibdal tanah wakaf boleh dilaksanakan di Perak? Metodologi kajian adalah secara kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah analisis data. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa pelaksanaan istibdal sesuai dilaksanakan di Perak. MAIPk menggunakan kaedah istibdal bagi menyelesaikan masalah dalam pembangunan tanah wakaf. MAIPk juga telah membuat Enakmen Wakaf Negeri Perak 2015 sebagai rujukan berkaitan wakaf dan melancarkan lagi proses pengurusan istibdal khususnya bagi tanah wakaf di Perak."

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

41

Hak Asasi Melayu-Islam di Malaysia: Kajian

Khusus Terhadap Pertikaian Comongo

Mohd Afiq Shafirin Bin

Abd Aziz 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

BJ1188.M054.AF257 2017

Hak asasi Melayu-Islam di Malaysia merupakan satu istilah baru yang diperkenalkan oleh pengkaji yang merujuk kepada hak yang menjadi dasar kepada masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Hak asasi Melayu-Islam dibentuk melalui aspek susur galur sejarah dan asal usul Melayu beragama Islam seterusnya menjadikan kaum yang majoriti di Malaysia. Terdapat empat hak asasi Melayu-Islam di Malaysia. Pertama, agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; kedua, kedudukan istimewa orang Melayu; ketiga, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan keempat, Raja-raja Melayu sebagai tonggak pemerintah. Dalam hal ini, COMANGO dilihat aktif memperjuangkan hak asasi manusia dan mempertikaikan hak asasi Melayu-Islam di Malaysia. Permasalahan ini timbul apabila COMANGO telah membuat pelbagai tuntutan yang menyentuh isu-isu sensitiviti orang Melayu-Islam seperti mendesak supaya membenarkan amalan hidup LGBT dan menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya setempat. Hal yang demikian telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Persoalannya, mengapakah COMANGO bertindak sedemikian sedangkan majoriti penduduk Malaysia adalah dari keturunan Melayu-Islam? Apakah COMANGO tidak bimbang dengan ancaman daripada masyarakat Melayu-Islam terhadap isu yang dipertikaikan? Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dilakukan dengan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti hak asasi Melayu-Islam di Malaysia; kedua, menganalisis konflik pertikaian COMANGO terhadap hak asasi Melayu-Islam di Malaysia; ketiga, mencadangkan pendekatan penyelesaian konflik yang sesuai antara hak asasi Melayu-Islam dengan pertikaian COMANGO di Malaysia. Kajian ini dilakukan menggunakan dua kaedah pengumpulan data. Pertama, kaedah temu bual secara mendalam dan kedua, kaedah kajian dokumen. Data-data yang dikumpulkan itu kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Berdasarkan hasil-hasil yang didapati daripada kajian ini, dapat dirumuskan tiga perkara. Pertama, pertikaian yang dilakukan oleh COMANGO terhadap hak asasi Melayu-Islam di Malaysia bertujuan mengganggu peraturan-peraturan yang ditetapkan kepada orang Islam melalui perjuangan hak asasi manusia. Kedua, COMANGO juga menyatakan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengikut piawaian antarabangsa berkenaan hak asasi manusia. Ketiga, kegagalan Melayu-Islam mempamerkan agama Islam sebagai satu agama yang dinamik dan mempunyai keterangkuman juga menjadi sebab COMANGO mempertikai hak asasi Melayu-Islam di Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

42

Kepimpinan Karismatik

Berasaskan Islam: Kajian

Khusus Kepimpinan

Sultan Muhammad Al-

Fatih

Nur Ilham Binti Wan Abdullah

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

BP50.M055.IL27 2017

Pemimpin berkarismatik mempunyai pengaruh dan daya penarik yang kuat terhadap pengikutnya. Pemimpin berkarismatik bermaksud seorang pemimpin yang berkebolehan dari segi pelaksanaan kerja. Dalam lipatan sejarah Islam, Sultan Muhammad al-Fatih boleh dianggap sebagai pemimpin berkarismatik. Beliau merupakan pahlawan yang berjaya menawan Kota Konstantinopel. Beliau juga berkeperibadian mulia dan sangat patuh dengan syariat Islam. Sultan Muhammad al-Fatih menjadi contoh teladan kepimpinan yang karismatik. Hal ini terbukti apabila beliau menjadi pemimpin dalam dakwah, hakim, dan ketenteraan. Persoalannya, untuk menjadi pemimpin Islam yang berkarismatik seperti Sultan Muhammad al-Fatih, apakah ketokohan, ciri-ciri dan prinsip yang seorang pemimpin perlu ada? Kajian ini dilakukan bagi meneliti kepimpinan karismatik Sultan Muhammad al-Fatih berasaskan Islam. Selanjutnya, terdapat tiga objektif yang perlu dicapai bagi menjawab persoalan kajian ini. Pertama, mengenal pasti kepimpinan karismatik Sultan Muhammad al-Fatih. Kedua, menganalisis kepimpinan karismatik Sultan Muhammad al-Fatih dari perspektif Islam dan ketiga, merumuskan kepimpinan karismatik dalam Islam yang berasaskan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Kesemua objektif kajian ini adalah untuk menilai kepimpinan karismatik berasaskan Islam khusus kepada kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian yang berbentuk penjelasan dan menggunakan kajian dokumen bagi mengumpul data. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya, kajian ini mendapati pemimpin berkarismatik berasaskan Islam ialah bermatlamatkan keredaan daripada Allah SWT. Pemimpin berkarismatik juga bersifat amanah, benar, bijaksana, dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Prinsip pemimpin berkarismatik berasaskan Islam ialah menegakkan kebenaran dan membina keharmonian serta kesejahteraan masyarakat. Kajian kepimpinan karismatik berasaskan Islam khusus kepada kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih boleh dijadikan panduan dan rujukan buat para pemimpin serta umat Islam untuk melahirkan pemimpin yang karismatik berasaskan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

43

Konsep Halalan Tayyiban dalam Al-Quran: Kajian

Berdasarkan Tafsiran Al-Mufassiran

Intan Diana Binti

Othman 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

BP100.M056.IN61 2017

Konsep halalan tayyiban sering dilihat dalam skop yang sempit dan hanya terhad kepada makanan dan produk-produk kecantikan. Konsep halalan tayyiban harus diterokai dengan lebih mendalam untuk memastikan sama ada benar konsep halalan tayyiban berfokus kepada aspek makanan, minuman dan produk kecantikan sahaja atau sebaliknya. Adakah konsep halalan tayyiban berdasarkan tafsiran al-mufassirin? Berdasarkan isu yang timbul tersebut maka kajian ini dilakukan dengan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan halalan tayyiban; kedua, menganalisis konsep halalan tayyiban dalam ayat-ayat yang dikenal pasti berdasarkan tafsiran al-mufassirin; dan ketiga, merumuskan konsep halalan tayyiban berdasarkan tafsiran al-mufassirin. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian berbentuk penjelasan menggunakan pendekatan deskriptif terhadap konsep halalan tayyiban dilakukan. Data diperoleh melalui pengumpulan sumber data sekunder telah dianalisis menggunakan kaedah analisis al-mawdu‘iy. Penemuan kajian mendapati terdapat empat ayat halalan tayyiban yang telah dikenal pasti. Kajian mendapati bahawa halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak. Oleh itu, halal bukan sekadar bermaksud sesuatu makanan atau produk itu boleh dimakan disebabkan tiada larangan oleh hukum syarak, akan tetapi halal turut meliputi maksud “baik” (tayyib) yakni bersih, suci, selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan. Tafsiran halalan tayyiban dikhususkan kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia sama ada makanan, minuman, pakaian, pengangkutan dan sebagainya serta merangkumi aspek kepenggunaan dan berkait dengan etika dalam pentadbiran, pengurusan kewangan, integriti pembuat keputusan (dasar) serta keupayaan menilai kedudukan dan kekuatan umat Islam dalam merangka strategi dan pelan. Falsafah utama yang terkandung dalam konsep halalan tayyiban ialah keesaan Allah SWT sebagai Pencipta yang memberikan nikmat kepada hamba-hamba-Nya. Terdapat dua elemen utama yang terkandung dalam konsep halalan tayyiban iaitu elemen spiritual dan fizikal. Prinsip dan skop konsep halalan tayyiban berdasarkan tafsiran al-mufassirin iaitu suci, bersih, selamat, berkualiti, bermanfaat dan tidak memudaratkan, manakala skop konsep ini tidak hanya tertumpu kepada aspek makanan, minuman atau kosmetik sahaja tetapi harus dilihat daripada konteks yang lebih meluas serta tidak disempitkan dengan pemahaman yang cetek mengenai halalan tayyiban.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

44

Pemikiran Ekonomi Islam Ibnu Khaldun dalam Kitab Mukadimah

Hamzah Bin

Abdullah 2017 Disertasi

Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

HB1.M057.H232 2018

Perkembangan ekonomi sejak zaman dahulu sehingga kini menyaksikan beberapa teori ekonomi terhasil daripada pemikiran ekonomi sarjana klasik serta sarjana moden. Pemikiran Sarjana Muslim juga merupakan satu pemikiran yang penting dalam perkembangan ekonomi ini. Antaranya sarjana tersebut adalah Ibnu Khaldun. Ibnu Khaldun telah menghasilkan sebuah karya yang digelar Kitab Mukadimah yang telah menjadi rujukan zaman berzaman. Walau bagaimanapun, teori-teori ekonomi lazim yang digunapakai berasaskan pemikiran-pemikiran sarjana Barat. Ekonomi Islam itu sendiri masih lagi tidak terlepas daripada cengkaman falsafah ekonomi lazim daripada pemikiran sarjana-sarjana Barat. Hal ini menyebabkan teori-teori ekonomi yang terhasil daripada pemikiran-pemikiran Barat tidak bersifat holistik iaitu hanya lebih memfokuskan pada aspek material semata-mata Hal ini bertentangan dengan tasawur, epistemologi dan ontologi Islam di mana seharusnya teori-teori ini merangkumi aspek spiritual dan material serta berasaskan sumber-sumber ilmu Islam. Maka, pemikiran sarjana-sarjana ekonomi Islam perlu lebih diteliti supaya dapat menghasilkan teori-teori ekonomi Islam yang bersifat holistik. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti dan menganalisis pemikiran ekonomi Islam Ibnu Khaldun dalam Kitab Mukadimah. Seterusnya, kajian ini akan merumuskan pemikiran ekonomi Islam Ibnu Khaldun dalam Kitab Mukadimah. Bagi mencapai objektif yang dikemukakan, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang meletakkan reka bentuk diskriptif sebagai reka bentuk kajian. Seterusnya kajian ini menggunakan kajian dokumen sebagai sumber data dan kaedah analisis kandungan kualitatif sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil kajian ini mendapati pemikiran ekonomi Islam Ibnu Khaldun merangkumi aspek spiritual dan material. Dalam aspek spiritual, Ibnu Khaldun telah menekankan konsep ihsan dalam pengurusan ekonomi yang menjangkaui konsep keadilan lazim iaitu konsep sebenar keadilan berdasarkan Islam. Di samping itu, kajian ini juga mendapati, pemikiran ekonomi Ibnu Khaldun juga menegaskan manusia sebagai makhluk Allah SWT bukannya makhluk ekonomi seperti yang diketengahkan oleh sarjana Barat. Ibnu Khaldun juga mengetengahkan konsep kesederhanaan dan asas pembangunan yang bersifat spiritual dan material. Selain dari aspek spiritual, Ibnu Khaldun juga memfokuskan pada aspek material di mana konsep pengeluaran dan pengagihan, konsep hieriaki dalam mendapatkan keuntungan ekonomi, kepemilikan harta, kepelbagaian usaha untuk mendapatkan rezeki juga telah dirungkai dalam Kitab Mukadimah. Kesimpulannya, pemikiran ekonomi Islam Ibnu Khaldun dilihat mampu menjadi asas kepada konsep ekonomi Islam yang bersifat holistik iaitu merangkumi aspek spiritual serta material.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

45

Kefahaman terhadap Konsep

Halalan Tayyiban dalam

Kalangan Pekerja Muslim

Industri Kecil dan Sederhana di Pulau Pinan

Muhammad Helmi

Sulaiman 2017 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HD2329.M058.H479 2017

Konsep halalan tayyiban merupakan konsep menyeluruh yang merangkumi aspek sama ada dalam sektor pengeluaran, pembuatan, pembungkusan, logistik, bahan mentah dan juga nilai rohani ataupun hubungan dalaman dalam diri seseorang pekerja. Kini konsep halalan tayyiban lebih tertumpu di dalam industri makanan khususnya dalam industri kecil sederahana (IKS). Pekerja merupakan salah satu aspek yang penting dalam konsep halalan tayyiban itu sendiri. Hal ini kerana, setiap produk yang dihasilkan oleh seseorang pekerja Muslim itu mampu mempengaruhi status halal dan tayyiban produk tersebut. Kecuaian, kesilapan dan sikap mengambil mudah terhadap konsep halalan tayyiban itu boleh membawa implikasi negatif bukan sahaja terhadap produk dan perkhidmatan malah juga terhadap identiti halal itu sendiri. Namun begitu, adakah pekerja Muslim di IKS sektor makanan benar memahami konsep halalan tayyiban yang telah diperkenalkan? Adakah faktor kurangnya maklumat dan penerangan mengenai konsep halalan tayyiban dalam kalangan pekerja Muslim di IKS menjadi punca kepada kurangnya kefahaman terhadap konsep halalan tayyiban? Bagaimanakah penerimaan konsep halalan tayyiban dalam IKS sektor makanan di Pulau Pinang dimana kerajaan negeri komited dalam menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah pengkalan hab halal di Malaysia? Oleh yang demikian, objektif kajian ini ialah mengenalpasti asas-asas dan elemen kefahaman konsep halalan tayyiban, menganalisis kefahaman terhadap konsep halalan tayyiban dan merumuskan konsep halalan tayyiban dalam kalangan pekerja Muslim IKS di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Penganalisisan data kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif, analisis statistik inferens dan analisis kandungan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman terhadap konsep halalan tayyiban dalam kalangan perkeja Muslim di Pulau Pinang berada di tahap sederhana. Hal ini didapati bahawa pekerja Muslim di IKS kurang diberi pendedahan mengenai keutamaan dan kepentingan konsep halalan tayyiban khususnya daripada aspek peribadi pekerja itu sendiri. Kesimpulannya, pihak IKS perlu menitikberatkan konsep ini dengan memberi pendedahan yang lebih luas terhadap konsep halalan tayyiban dalam kalangan pekerja Muslim.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2017

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

46

Aplikasi Hisbat dalam

Pengurusan Alam Sekitar

Siti Fatimah Binti

Abdullah Halim

2017 Disertasi Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

BL205.M059.F253 2017

Dewasa ini, isu alam sekitar merupakan masalah global dan universal yang sering dibincangkan. Fakta yang menyatakan penyebab kepada berlakunya masalah alam sekitar adalah berpunca daripada aktiviti antropogenik atau aktiviti manusia. Hisbat merupakan antara kaedah yang boleh diaplikasikan dalam mengawal permasalahan alam sekitar yang timbul berpunca daripada aktiviti manusia ini. Hisbat juga dilihat penting dilaksanakan dalam pengurusan alam sekitar kerana fungsi hisbat adalah untuk meninjau dan mengawasi setiap aktiviti pengurusan termasuklah pengurusan alam sekitar. Persoalannya, apakah kaedah yang terkandung dalam pengurusan alam sekitar? Apakah kaedah pengurusan alam sekitar yang sesuai bagi mengatasi isu alam sekitar daripada berlaku berterusan? Bagi menjawab persoalan ini tiga objektif utama telah dibina. Objektif pertama, mengenal pasti asas-asas dalam hisbat dan pengurusan alam sekitar. Objektif kedua, menganalisis aplikasi hisbat dalam pengurusan alam sekitar. Objektif ketiga, mencadangkan aplikasi hisbat dalam pengurusan alam sekitar. Kesemua objektif kajian dicapai dengan menggunakan sumber data sekunder yang diperolehi menerusi kajian dokumen. Data pula dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan perlunya pemahaman, penghayatan dan pengaplikasian hisbat dalam pengurusan alam sekitar bagi menghasilkan pengurusan alam sekitar yang sistematik dan berkesan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Perwatakan Pelaku

Pembangunan Berteraskan Islam (PBI): Tumpuan Khusus

Terhadap Perwatakan

Khalifah Umar Abdul Aziz

Nurshahirah Binti Ahmad

Zapri 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri

Bin Hanapi

HD72.M023.N974 2018

Manusia merupakan pelaku pembangunan, baik dari sudut Pembangunan Lazim (PL) mahupun dari sudut Pembangunan Berteraskan Islam (PBI). Walau bagaimanapun, PL dan PBI terhasil daripada epistemologi dan tasawur yang berbeza menyebabkan pelaku pembangunan dalam PL dan PBI turut mempunyai perwatakan yang berbeza. Perwatakan PL lebih tertumpu kepada perwatakan sebagai pengeluar dan pengguna ekonomi, manakala, perwatakan pelaku PBI adalah sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Namun demikian, perwatakan pelaku pembangunan di negara-negara Islam dilihat semakin membimbangkan. Hal ini terbukti berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah yang memperlihatkan negara-negara Islam berada pada kedudukan tertinggi indeks. Jika diimbas daripada sejarah lampau, isu yang berlaku pada negara Islam tersebut pernah diselesaikan sewaktu pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam tempoh yang sangat singkat iaitu 29 bulan. Maka, kajian ini bertujuan mengkaji perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai seorang pelaku pembangunan yang berjaya melakukan reformasi semasa pemerintahan Bani Umayyah. Persoalannya, apakah sirah-sirah perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai pelaku PBI? Bagaimanakah perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz berhubung akhlak dengan Allah SWT, akhlak dengan diri sendiri dan akhlak dengan manusia lain serta sumber alam? Apakah perwatakan pelaku PBI berdasarkan perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz? Oleh sebab itu, kajian ini cuba mengkaji perwatakan pelaku PBI, khusus terhadap perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti sirah-sirah yang berkaitan perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai pelaku PBI. Kedua, menganalisis sirah yang berkaitan perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai pelaku PBI berdasarkan perwatakan pelaku PBI. Ketiga, merumuskan perwatakan pelaku PBI berdasarkan perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz. Objektif-objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk penjelasan. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh melalui kajian dokumen. Data sekunder yang diperoleh kemudianya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz berhubung akhlak dengan Allah SWT adalah seperti berdoa, menghayati ayat-ayat Allah SWT dan takut kepada Allah SWT. Sementara itu, perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz berhubung akhlak dengan diri sendiri adalah seperti bersederhana dalam kehidupan, sabar, warak dan zuhud. Seterusnya, perwatakan Khalifah Umar Abdul Aziz berhubung akhlak dengan manusia lain dan sumber alam adalah seperti ihsan terhadap binatang, meringankan beban kaum muslimin dan tawaduk. Selain itu, kajian ini merumuskan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan tokoh yang mempunyai perwatakan sebagai pelaku PBI.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2

Teras Strategik Rancangan

Malaysia Kesebelas(2016-2020): Analisis Berdasarkan

Tasawur Pembangunan

Berteraskan Islam

Zaifah Hanim Binti

Zakaria 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

HD72.M024.Z21 2018

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) penting sebagai kerangka pembangunan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sasaran pertumbuhan negara bukan sahaja diukur berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan per kapita tetapi mengambil kira pendapatan isi rumah dan Indeks Kesejahteraan Rakyat. RMK11 merupakan perintis kepada rancangan pembangunan yang akan datang terutamanya Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang baru dirangka. Oleh itu, teras strategik RMK11 dirangka dan dilaksanakan dengan memberikan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat. Persoalannya, apakah tasawur teras strategik RMK11? Adakah dicorakkan oleh tasawur pembangunan berteraskan Islam (PBI) dan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan? Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini berhasrat menganalisis teras strategik RMK11 dari perspektif tasawur PBI melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti asas teras strategik RMK11. Kedua, menganalisis teras strategik RMK11 berdasarkan tasawur PBI. Ketiga, merumuskan tasawur yang mencorakkan teras strategik RMK11. Ketiga-tiga objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kajian dokumen dan dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Analisis dilakukan berdasarkan tiga aspek tasawur PBI iaitu sumber, elemen asas serta tempoh masa dan matlamat akhir. Didapati bahawa terdapat dua prinsip utama dalam tasawur teras strategik RMK11. Pertama, prinsip tauhid yang berfungsi menentukan wujudnya hubungarn manusia dengan Allah SWT sebagai makhluk dan Pencipta serta hubungan manusia dengan manusia dan alam sebagai makhluk. Kedua, prinsip khalifah yang menekankan bahawa manusia merupakan pelaku pembangunan yang bertanggungjawab sebagai khalifah. Secara keseluruhannya, analisis terhadap penemuan ini telah membawa kepada rumusan bahawa prinsip tauhid dan khalifah memainkan peranan penting sebagai acuan kepada perancangan pembangunan negara bagi mencapai keseimbangan pembangunan di dunia dan di akhirat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Dari KUISAS ke USAS: Satu Kajian dari Perspektif

Ekonomi Politik Islam

Siti Aishah Binti

Zainudin 2018 Disertasi

Sarjana

Prof. Dr. Mohd Sakri

@Shukri Bin Salleh

JC49.M025.AI299 2018

Naik taraf dari Kolej Universiti Sultan Azlan Shah Ke Universiti Sultan Azlan Shah merupakan pertama kali dalam sejarah politik apabila naik tarafnya yang menerima kelulusan serta merta oleh Perdana Menteri Malaysia semasa dalam tempoh berkempen di Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar. Naik taraf ini menjadi pertikaian kepada masyarakat oleh sebab mereka menganggap bahawa naik taraf ini adalah permainan politik dalam meraih undi. Mereka membuat spekulasi bahawa KUISAS sendiri masih belum memiliki syarat yang cukup untuk dinaik taraf sebagai sebuah universiti berbandi kolej universiti lain yang lebih lama memohon untuk dinaik taraf. Kenapakah timbul persoalan ini? Adakah KUISAS telah memenuhi syarat naik taraf yang ditetapkan oleh KPT? Adakah politik merupakan kuasa besar yang membantu dalam mendapat kelulusan yang begitu cepat? Disertasi ini mengkaji naik taraf KUISAS kepada USAS dari perspektif ekonomi politik Islam. Terdapat tiga objektif dalam disertasi ini. Pertama, mengenalpasti kriteria naik taraf KUISAS kepada USAS berdasarkan syarat KPT. Kedua, menganalisis naik taraf KUISAS kepada USAS dari sudut ekonomi dan politik Islam. Ketiga, merumuskan naik taraf ini dari sudut ekonomi politik Islam. Disertasi ini menggunakan reka bentuk kajian penerokaan dengan menggunakan data primer dan data sekunder. Data-data dianalisis menggunakan kaedah analisis tekstual. Analisis ini memperoleh empat perkara. Pertama, kelayakan KUISAS untuk dinaik taraf sebagai sebuah universiti. Kedua, Politik di USAS. Ketiga, Ekonomi USAS dan keempat rumusan naik taraf KUISAS kepada USAS dari perspektif ekonomi politik Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4

Fiqh Keutamaan untuk Pemberat

dalam Indeks Pembangunan

Berteraskan Islam

Mohd Farizan Bin

Ghazali 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Azreen Hamiza

Binti Abdul Aziz

HD101.M026.F228 2018

Peningkatan harta yang tidak dituntut amat membimbangkan dari semasa ke semasa yang menjadikan nilai aset beku atau harta pusaka tinggi di Malaysia. Masalah ini amat merisaukan dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini perlu dititik beratkan oleh semua pihak yang terlibat. Perancangan pembahagian harta semasa hidup adalah aspek utama yang harus dipraktikkan dengan lebih meluas. Perancangan pembahagian harta mampu menjaga kepentingan pemilik dan bakal penerima harta sama ada semasa hidup mahupun selepas kematian. Perancangan harta harus dipraktikkan bagi mengelakkannya menjadi aset beku dan tidak dapat digunakan bersama. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengupas pengurusan hartanah yang tidak dituntut. Kajian ini dibahagikan kepada tiga objektif utama. Pertama, mengenalpasti pengurusan harta yang tidak dituntut dalam Islam. Kedua, menganalisis pengurusan harta yang tidak dituntut di PTG Balik Pulau. Ketiga, merumus pengurusan dalam Islam bagi harta yang tidak dituntut. Persoalannya, apakah rumusan terhadap keseluruhan proses pengurusan harta yang tidak dituntut di PTG Balik Pulau. Data skunder dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan temu bual mendalam melalui kajian deskriptif terhadap pengurusan harta yang tidak dituntut dalam pengurusan harta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa elemen dan cabaran dalam pengurusan harta. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu institusi berkaitan dan pihak yang terlibat dalam memantapkan pengurusan harta yang tidak dituntut dan bagaimana untuk menggunakan pengurusan harta yang holistik dalam menguruskan PHYTD.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Kaedah Pengurusan Ilmu

Berteraskan Kitab Ta'lim Al-

Muta'allim

Ahmad Faiz Bin

Omar 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila Azni Binti Ahmad

HD28.M027.F175 2018

Pengurusan ilmu atau knowledge management pada masa kini dilihat semakin dominan digunakan oleh pelbagai institusi terbesar dunia dalam usaha meningkatkan produktiviti dan keuntungan. Pengurusan ilmu juga dilihat lebih efektif menggantikan TQM yang telah lama digunakan sebagai alternatif kaedah pengurusan institusi berdasarkan pengamatan dunia terhadap peningkatan keuntungan institusi yang menggunakan kaedah pengurusan ilmu sekitar pertengahan tahun 1990 termasuk institusi berteraskan Islam. Namun begitu, melihatkan wacana yang dibawa, asas falsafah pengurusan ilmu yang sedia wujud memperlihatkan pengurusan ilmu dijadikan sebagai alat mencari keuntungan dunia semata-mata. Sedangkan ilmu itu sendiri dalam Islam lebih tinggi martabatnya berbanding menjadi sebagai alat untuk mencapai matlamat keduniaan semata-mata. Pengeksploitasian ilmu sebagai alat untuk tujuan pembangunan ekonomi sosial sebagai misi utama institusi menjadi percanggahan yang terang kontradiksi dalam cabang falsafah ilmu Islam. Maka, institusi berteraskan Islam yang menggunakan kaedah pengurusan ilmu ini juga perlu membuat penilaian semula terhadap matlamat kaedah yang diguna pakai. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti dan menganalisis asas-asas kaedah pengurusan ilmu dalam Kitab Ta‘lim al-Muta‘allim. Seterusnya kajian ini merumuskan kaedah pengurusan ilmu berteraskan Islam berdasarkan Kitab Ta‘lim al-Muta‘allim. Bagi mencapai objektif yang dikemukakan, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan meletakkan reka bentuk interpretif jenis penerokaan sebagai reka bentuk kajian. Seterusnya kajian ini menggunakan kajian dokumen sebagai sumber data dan kaedah analisis kandungan kualitatif sebagai kaedah penganalisisan. Hasil kajian ini mendapati Kitab Ta‘lim al-Muta‘allim ada membincangkan asas-asas kaedah pengurusan ilmu dengan menumpukan empat penekanan kaedah pengurusan ilmu dan enam ciri pihak yang terlibat dalam kaedah pengurusan ilmu. Selain itu, kitab ini juga membincangkan dua proses kaedah pengurusan ilmu serta satu medium kaedah pengurusan ilmu yang menekankan aspek talaqqi dalam penerimaan dan pemindahan ilmu. Kesimpulannya, kajian terhadap kaedah pengurusan ilmu berteraskan Islam berdasarkan Kitab Ta‘lim al-Muta‘allim boleh dijadikan asas kepada pembentukan kaedah pengurusan ilmu yang lebih sesuai digunakan dalam kalangan institusi berteraskan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6

Kriteria Penilaian Tasawur Pemilikan

Tanah: Kajian Kes ke Atas

Pemilik Tanah Lot 10019,

Bandar Jelutonh, Daerah Timur Laut, Pulau

Pinang.

Siti Noor Mawar Binti

Abdul Rahman

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Azreen Hamiza

Binti Abdul Aziz

HD101.M028.M462 2018

Pemilikan tanah di Daerah Timur Laut (DTL), Pulau Pinang di kalangan etnik Melayu Islam telah mengalami penyusutan kepada 0.56%. Penyusutan peratusan ini memberi petunjuk kepada masalah sosio ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di Pulau Pinang dalam pemilikan tanah dan hartanah. Pemilikan tanah di Pulau Pinang secara amnya dikategorikan sebagai tanah milik kerajaan, tanah wakaf dan tanah milik persendirian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Kriteria Penilaian Tasawur Pemilikan Tanah (KP TPT) dan menganalisis tasawur pemilik tanah berdasarkan kriteria penilaian tersebut. Melalui penilaian ini rumusan akan dibuat terhadap Tasawur Pemilikan Tanah. Kaedah kajian kes digunakan. Hasil dapatan daripada temu bual separa berstruktur dianalisis menggunakan analisis kandungan. Berdasarkan analisis, KP TPT yang dikenal pasti ialah matlamat, peranan, ilmu dan akhlak. Kajian ini mendapati pemilik tanah mempunyai matlamat untuk kepentingan ummat. Pemilik tanah juga didapati mempunyai asas ilmu fardhu ain tetapi kekurangan dalam ilmu sejarah pemilikan dan ilmu teknikal perundangan tanah. Pemilik tanah mempercayai peranan yang boleh dimainkan oleh wakaf dan masjid tetapi kurang percaya kepada peranan Majlis Agama Islam, pejabat tanah dan syarikat korporat hartanah tertentu. Akhlak diri yang baik juga ditunjukkan terhadap keluarga dan masyarakat. Implikasi kajian ini dapat diaplikasikan dalam usaha untuk meningkatkan kembali peratusan pemilikan tanah melalui kerjasama pintar yang dicadangkan dalam kajian ini.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Amalan Kerohanian

Pelaku Pembangunan

Berteraskan Islam (PBI):

Analisis Berdasarkan

Sejarah Sultan Muhammad Al-

Fatih

Munirah Binti Azmi 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

BP50.M029.M966 2018

Penelitian terhadap sorotan karya dan kajian lepas mendapati kerohanian memberi impak kepada diri dan amalan pelaku pembangunan berteraskan Islam (PBI) sama ada melalui pendidikan atau kerjaya yang dilakukan. Aspek fizikal dan rohani perlu diterapkan dalam menjalankan sesuatu pembangunan dan secara tidak langsung pegangan agama dalam setiap diri individu tidak diketepikan. Terdapat pembangunan yang berjaya dijalankan walaupun menitik beratkan kedua-dua aspek ini dan salah satu pelaku PBI yang berjaya membuktikannya adalah Sultan Muhammad al-Fatih. Tiga objektif telah dibina dalam kajian ini iaitu mengenal pasti amalan kerohanian pelaku PBI, menganalisis amalan kerohanian Sultan Muhammad al-Fatih selaku pelaku PBI dan merumuskan amalan kerohanian Sultan Muhammad al-Fatih untuk pelaku PBI. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk pentafsiran (interpretive research) yang menggunakan kajian dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil dapatan kajian mendapati amalan kerohanian berperanan penting dalam mendidik dan membentuk diri pelaku PBI. Amalan kerohanian yang ditemui daripada sejarah Sultan Muhammad al-Fatih dibahagikan kepada dua bentuk iaitu amalan kerohanian asas dan amalan kerohanian utama. Pelaku PBI masa ini boleh mengaplikasikan amalan kerohanian yang diamalkan oleh Sultan Muhammad al-Fatih dan pendekatan baginda dalam memelihara amalan kerohanian tersebut.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8

Aplikasi Zuhud dalam

Pembangunan Lestari Islam

Siti Nur Aafifah

Binti Hashim

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

BJ1188.M030.AA111 2018

Kelestarian merupakan isu yang semakin mendapat perhatian kerana dianggap sebagai pembangunan yang lengkap. Namun, pembangunan lestari yang dilaksanakan sehingga kini dikatakan masih tidak dapat menyelesaikan masalah kesan pembangunan. Mengambil kira isu ini, pembentukan konsep pembangunan lestari Islam tidak lengkap jika hanya menumpukan kepada pembangunan sosial, ekonomi dan alam sekitar semata-mata. Malah, pembangunan rohani juga penting untuk dibangunkan seiringan bagi mencapai matlamat pembangunan lestari Islam secara holistik. Selain itu, dasar pembangunan lestari Islam mestilah berpaksikan kepada tasawur dan epistemologi Islam dengan meletakkan matlamat utama pembangunan adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Salah satu kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mencapai tujuan ini ialah melalui zuhud. Oleh itu, kajian ini telah menetapkan tiga objektif untuk dicapai bagi tujuan berikut. Mengenal pasti kerangka pembangunan lestari Islam, menganalisis aplikasi zuhud untuk pembangunan lestari Islam dan akhirnya merumuskan aplikasi zuhud dalam pembangunan lestari Islam. Dalam konteks ini, zuhud melibatkan disiplin diri dalam pelaksanaan pembangunan lestari Islam. Walau bagaimanapun, apakah ciri-ciri zuhud dan bagaimanakah ciri-ciri ini dapat diaplikasi dalam pembangunan lestari Islam. Hasil penelitian terhadap dokumen-dokumen berkaitan zuhud yang terdiri daripada sumber data sekunder mendapati terdapat enam ciri yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam pembangunan lestari Islam. Analisis kandungan terhadap dokumen berkaitan secara kualitatif menunjukkan ciri-ciri zuhud yang diaplikasikan terdiri daripada takwa, warak, rendah hati, qana‘at, bersederhana dan gaya hidup yang halal. Kesemua ciri tersebut perlu dilaksanakan seiring bagi mencapai matlamat pembangunan lestari Islam secara holistik sejurus mencapai keredhaan Allah SWT.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Pendekatan Al-Wasatiyyat

dalam Gagasan 1Malaysia: Kajian dari Perspektif

Ekonomi Politik Islam

Muhamad Hakimi Bin Abd Rani

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

HD72.M031.H155 2018

"Pendekatan al-wasatiyyat merupakan salah satu kaedah yang terdapat dalam epistemologi Islam. Perdana menteri telah mengisytiharkan gagasan 1Malaysia pada tanggal 3 April 2009. Tujuan gagasan 1Malaysia diperkenalkan ialah untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum dan meningkatkan pencapaian negara serta mencapai status negara maju menjelang tahun 2050. Perdana Menteri juga turut mengisytiharkan untuk mengaplipkasikan pendekatan al-wasatiyyat sebagai strategi pelaksanaan bagi mencapai objektif gagasan 1Malaysia. Pengaplikasian pendekatan al-wasatiyyat dalam gagasan 1Malaysia bertujuan untuk membawa keseimbangan terhadap perbuatan melampau dan fanatik dalam segenap aspek kehidupan. Selain itu, pengaplikasian pendekatan al-wasatiyyat dalam gagasan 1Malaysia telah memberikan dimensi baharu kepada landskap ekonomi politik di Malaysia. Dimensi baru tersebut ialah terbentuknya konsep ekonomi politik Islam. Namun, benarkah pengisytiharan pengaplikasian pendekatan al-wasatiyyat ini membawa kepada terlaksananya ekonomi politik Islam di Malaysia? Bagaimanakah pula pendekatan al-wasatiyyat ini boleh dilaksanakan dalam gagasan 1Malaysia sedangkan dasar pelaksanaan yang lain masih bercampur dengan sistem konvensional? Jika benar kerajaan melaksanakan pendekatan al-wasatiyyat dalam pentadbiran, apakah contoh dasar-dasar tersebut? Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, kajian ini menumpukan kepada tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti pendekatan al-wasatiyyat dalam gagasan1Malaysia; kedua, menganalisis pendekatan al-wasatiyyat dalam gagasan 1Malaysia dari perspektif EPI; dan ketiga, merumuskan bentuk ekonomi politik al-wasatiyyat dalam gagasan 1Malaysia. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini ialah data sekunder. Data sekunder diperoleh daripada kajian dokumen. Data tersebut kemudiannya telah dianalisis dengan menggunakan analisis tekstual. Hasil analisis tersebut mendapati bahawa sememangnya terdapat dasar kerajaan yang menerapkan pendekatan al-wasatiyyat sama ada dalam ekonomi dan politik. Pelaksanaan pendekatan al-wasatiyyat dalam gagasan 1Malaysia dapat dirumuskan kepada tiga perkara iaitu politik, ekonomi dan dasar pentadbiran. Bagi bahagian politik, para pemimpin telah mengamalkan pengagihan kuasa politik secara adil antara kaum. Selain itu, para pemimpin juga mengamalkan pendekatan permuafakatan untuk menyelesaikan sesuatu krisis. Pengagihan kuasa politik secara adil dan pendekatan permuafakatan untuk menyelesaikan krisis telah menjadi kunci utama untuk memajukan negara kerana masyarakat saling berkerjasama untuk memajukan negara. Seterusnya, dalam bahagian kedua iaitu ekonomi, pihak kerajaan telah berusaha untuk meneroka pasaran produk halal selepas menyedari potensi besar dalam pasaran tersebut. Hasilnya, Malaysia telah berjaya muncul selaku hub produk halal global. Keadaan ini telah meningkatkan ekonomi negara untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2050. Bagi perkara ketiga pula iaitu dasar pentadbiran, ia terlaksana melalui penerapan nilai-nilai murni dalam Teras Perpaduan dan nilai-nilai aspirasi dalam Nilai Aspirasi. Selain itu, Perdana Menteri telah mempromosikan pendekatan al-wasatiyyat pada peringkat global. Beliau berharap setiap konflik

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

antarabangsa dapat diselesaikan dengan menggunakan pendekatan al-wasatiyyat untuk mewujudkan keamanan global."

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10

Kaedah Pelaksanaan

Pembangunan Hartanah Wakaf

Produktif Selangor

Muhamad Hazrin Bin

Sayuti 2018 Disertasi

Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

HD72.M032.H431 2018

Hartanah wakaf di Malaysia masih mengalami masalah dalam mengoptimumkan manfaat terhadap penggunaannya. Sedangkan, wakaf berbentuk hartanah misalnya mampu menyumbang kepada kegiatan ekonomi dari segi pelaksanaan pembangunan hartanah kerana sifatnya yang dinamik yang mampu membawa perubahan kepada sosioekonomi. Oleh itu, takrifan seperti wakaf produktif adalah merupakan suatu kegiatan menyimpan dan melabur yang bergerak secara selari. Wakaf produktif juga mampu berperanan sebagai salah satu instrumen kewangan Islam dalam pemberdayaan ekonomi umat Islam khususnya. Pelaksanaan wakaf produktif juga mampu menambah aset-aset wakaf di samping memenuhi niat waqif. Memperkasakan instrumen wakaf adalah sangat signifikan dalam penambah baik terhadap pembangunan hartanah wakaf sedia ada mahu pun baharu. MAIN perlu sedar bahawa tugas utama sebagai mutawalli adalah memelihara harta wakaf, membangunkannya, mempersewakannya, menanami tanah-tanah pertanian dan mengembangkannya agar akhirnya dapat mengeluarkan hasil yang maksimum seperti hasil sewaan, hasil pertanian dan hasil perkebunan selari dengan hasrat dan niat waqif. Melihat kepada kepentingan yang timbul, institusi wakaf seperti MAIN, YWM dan JAWHAR merupakan institusi yang berperanan besar dalam memastikan pelaksanaan hartanah wakaf dapat diperkemaskan. Justeru, kajian ini cuba dilaksanakan untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan pembangunan hartanah wakaf produktif. Secara lebih fokus, kajian ini menumpukan kepada Perbadanan Wakaf Selangor sebagai institusi kajian. Untuk mencapai objektif tersebut kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk deskriptif. Data yang digunakan diperoleh daripada kajian dokumen dan temu bual mendalam serta dianalisis dengan kaedah Analisis Kandungan Tradisional. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelbagaian instrumen wakaf memberi impak positif kepada peningkatan dana wakaf. Selain itu, kerjasama yang dijalinkan oleh PWS dianggap berjaya dan hasil kejayaan tersebut PWS mampu manfaatkan hartanah wakaf yang sedia dengan lebih baik dengan melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Keterlibatan Wanita dalam

Gerakan Dakwah Menurut

Pemikiran Zaynab Al-Ghazaliy

Raja Husna Binti Raja

Aziz 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

HQ1101.M033.R161 2018

Fenomena perkembangan dan kemajuan gerakan dakwah dunia hari ini menjadi satu petanda bahawa dakwah mula diterima dengan baik oleh masyarakat. Bagi menjalankan aspirasi gerakan dakwah maka memerlukan aktivisme daripada semua pihak bagi memenuhi ruang-ruang gerak kerja dakwah. Termasuk juga galakan kepada penglibatan daripada kalangan wanita untuk menyumbang tenaga menyebarkan risalah dakwah Rasulullah SAW. Persoalannya, apakah bidang tugas yang dikhususkan kepada wanita dalam gerakan dakwah? Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh gerakan dakwah yang melibatkan wanita? Sejauh manakah pula sebenarnya kepentingan wanita untuk turut sama terlibat dalam aktivisme gerakan dakwah? Oleh itu, penumpuan khusus dilakukan terhadap pemikiran tokoh dakwah wanita Zaynab al-Ghazaliy bagi meneliti pandangan beliau yang telah terlibat secara langsung dalam perjuangan gerakan dakwah. Pemikiran Zaynab al-Ghazaliy ini dipilih kerana tokoh ini mempunyai sejarah dan sumbangan yang besar dalam kemajuan gerakan dakwah terutamanya yang melibatkan wanita Islam. Beliau juga merupakan pengasas penubuhan Jama‘at al-Umumiyyat al-Muslimat yang dibangunkan bertujuan menjaga kebajikan dan memberikan pendidikan kepada para wanita. Timbul persoalan, mengapakah Zaynab al-Ghazaliy terlibat dalam gerakan dakwah dan apakah menurut beliau penting bagi wanita terlibat sama memperjuangkan aspirasi dan agenda gerakan dakwah? Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut maka kajian ini dilakukan dengan menggunakan reka bentuk kajian naratif, data-data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah kajian dokumen dan kaedah analisis kandungan kualitatif. Pada hasil akhir kajian ini mendapati bahawa bidang tugas wanita dalam gerakan dakwah tertumpu untuk menyampaikan dakwah daripada wanita kepada wanita melalui sayap wanita gerakan dakwah. Menurut Zaynab al-Ghazaliy galakan untuk melibatkan wanita dalam menganggotai gerakan dakwah berdasarkan dua kepentingan iaitu yang pertama bertujuan untuk melaksanakan manhaj tarbiyyat rabbaniyat dan kedua adalah untuk menghidupkan amal jama‘iy berterusan. Menurut beliau ini penting bagi para wanita bersama-sama untuk berada dalam ruang lingkup persekitaran yang solehah (bi‘at solehah) dan agar warna dapat sentiasa memperingatkan untuk merefleksi diri akan matlamat dan tujuan kehidupan yang digariskan Allah SWT.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Pemasaran Perhubungan

Pelanggan Berteraskan

Islam di Amanah Raya Berhad

Cawangan Pulau Pinang

Hakimi Bin Mat Salim 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Murni Binti

Yusoff

HB238.M034.H155 2018

Pemasaran Perhubungan Pelanggan (PPP) memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelangsungan pelanggan bagi sesuatu institusi. Institusi-institusi berasaskan perkhidmatan atau penjualan barangan mengaplikasikan PPP bagi mendapatkan pelanggan seterusnya menjana keuntungan. Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai sebuah syarikat pengamanahan yang memberikan perkhidmatan pengurusan harta Islam dan bukan Islam yang menggunakan konsep PPP. Memandangkan majoriti pekerja yang terlibat di ARB khususnya di Cawangan Pulau Pinang (ARBPP) adalah beragama Islam, maka menjadi keperluan untuk menggunakan pendekatan berteraskan Islam ketika berurusan dengan pelanggan. Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk melihat secara mendalam PPP berteraskan Islam (PPPBI). Terdapat tiga objektif utama penyelidikan ini. Objektif pertama adalah mengenalpasti PPP yang diamalkan di ARBPP. Objektif kedua adalah menganalisis PPP di ARBPP melalui konsep PPPBI. Objektif ketiga pula adalah merumuskan PPP yang diamalkan di ARBPP melalui konsep PPPBI. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan reka bentuk penerokaan. Objektif pertama dicapai melalui kajian dokumen ARB dan temu bual bersama dua orang pegawai ARBPP. Dalam mencapai objektif kedua pula, pengkaji telah meneliti dan menggunakan Pemasaran Perhubungan berteraskan Islam (PPBI) yang telah dikemukakan oleh kajian terdahulu. Objektif ketiga dicapai melalui rumusan yang dibuat keatas PPP yang diamalkan di ARBPP melalui konsep PPPBI. Data primer dan sekunder diperoleh melalui kajian dokumen serta temubual mendalam bersama pegawai di ARBPP dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kandungan kualitatif. Dapatan pertama kajian ini menunjukkan PPP yang diamalkan di ARBPP adalah bersumberkan kod etika perniagaan, prosedur kualiti, arahan syarikat, dan manual perkhidmatan pelanggan. ARBPP juga menggariskan lima asas-asas PPP iaitu ilmu, integriti, bangga, kerja berpasukan, dan kecemerlangan khidmat pelanggan. Kedua, konsep PPPBI terbentuk daripada gabungan konsep Tauhid dan empat prinsip utama iaitu prinsip khilafat, persaudaraaan, keadilan serta akhlak. Kajian ini juga memberikan tumpuan kepada prinsip akhlak dengan memberikan penjelasan berkenaan akhlak Islam dalam PPPBI. Implikasi kajian ini dapat memberikan panduan bagi pelaksanaan PPPBI kepada ARBPP seterusnya menjadi asas untuk pelaksanaannya di institusi-institusi yang lain. Kajian ini seiring dengan hasrat dan aspirasi Malaysia yang berusaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam aktiviti perkhidmatan secara umum dan pemasaran secara khusus.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

13

Pengurusan Tuntutan Harta

Pusaka di Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Nor Fahani Bt Md Kamal

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

HD101.M035.F157 2018

"Kajian ini bertujuan ingin menganalisis pengurusan dan permasalahan yang wujud di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Harta yang ditinggalkan oleh pemilik harta akan menjadi hak milik ahli waris yang terdekat setelah harta si mati bersih daripada hutang. JKSNPP merupakan satu agensi yang menguruskan perkara berkaitan dengan harta pusaka. Namun didapati terdapat kes di JKSNPP yang menunjukkan pengagihan harta pusaka tidak dapat dilakukan kepada waris yang berhak. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menghalang pembahagian dilakukan kepada waris-waris yang berhak? Apakah faktor-faktor penghalang dalam kes-kes yang terdapat di JKSNPP? Bagi menjawab persoalanpersoalan ini, temu bual separa berstruktur dijalankan dengan Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah, Negeri Pulau Pinang dan kemudian dianalisis menggunakan analisis kandungan. Kajian ini mempunyai tiga objektif yang telah ditetapkan iaitu, pertama mengenal pasti tuntutan harta pusaka di JKSNPP. Objektif kedua, menganalisis kaedah pengurusan harta pusaka di JKSNPP. Objektif ketiga, mencadangkan penambahbaikan pengurusan harta pusaka supaya dapat dilaksanakan dengan baik. Hasil analisis yang dilakukan mendapati bahawa masyarakat kurang mempunyai kecenderungan dalam membuat pengurusan awal pengagihan harta pusaka secara teliti dan terperinci. Perkara ini terjadi disebabkan pihak waris bergantung sepenuhnya kepada agensi yang terlibat dalam menguruskan perkara berkaitan pembahagian harta pusaka iaitu pembahagian secara faraid. Bagi mengurangkan faktor-faktor ini, pengkaji mencadangkan agar perancangan pengagihan harta pusaka secara serius perlu dilakukan semasa hidup seperti pemberian hibah atau wasiat perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah, kelewatan, pertelingkahan ahli waris dalam pembahagian harta pusaka atau membawa kepada pembekuan harta."

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

14

Kaizen in Lean Manufacturing

System: Analysis from Islamic

Episemological Perspective

Mohd Sadiq Bin

Mohd Mokhtar

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

BP171.M036.SA125 2018

Disertasi ini bertajuk analisis Kaizen dalam amalan pengilangan Lean berdasarkan perspektif epistemologi Islam. Disertasi ini memfokuskan tentang perbincangan berkenaan dengan Kaizen dari perspektif epistemologi Islam dimana mempunyai objektif mengenalpasti perbincangan tentang Kaizen, menganalisi Kaizen berdasarkan epistemologi Islam dan merumuskan Kaizen dari perspektif epistemologi Islam. Sistem pengilangan Lean telah mendapat perhatian kebanyakan negara di dunia termasuk negara majoriti Islam seperti Malaysia. Kaizen merupakan elemen yang penting di dalam sistem pengilangan Lean. Pembangunan konsep Kaizen adalah berasaskan pemikiran dan pemerhatian pakar dan sarjana Jepun dan berasal dari Zen Buddhism. Persoalan kini, apakah bentuk dan pandangan para pengkaji Islam berkenaan dengan Kaizen. Kajian ini mendapati terdapat tiga pandangan berbeza berkenaan dengan Kaizen iaitu pengkaji yang menerima sepenuhnya konsep Kaizen dari Jepun, pengkaji yang mengintegrasi konsep Kaizen dengan nilai dan kerangka Islam dan yang menolak konsep Kaizen dengan mengantikannya dengan konsep ihsan. Kajian kualitatif analisis kandungan ini mendapati dari perspektif epistemologi Islam, konsep Kaizen mempunyai kritikan tertentu berkenaan dengan sumber ilmu dalam pembangunan konsep Kaizen, matlamat akhir konsep Kaizen serta acuan dalam pembangunan konsep Kaizen. Oleh itu, kesesuaian konsep Kaizen diimplementasi ke atas individu Muslim boleh dipertikaikan. Di samping itu juga, kajian ini telah menganalisis konsep Kaizen daripada Al Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW dan mendapati bahawa konsep ihsan merupakan konsep penambahbaikan berterusan dalam Islam dan lebih sesuai untuk diimplementasi terhadap individu Muslim kerana ianya merangkumi aspek dunia dan akhirat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

15

Amalan Hisbat Kendiri dalam Pengurusan

Insan Institusi Pembangunan

Berteraskan Islam

Afifi Farhana Binti Mhd

Poad

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

BJ1188.M037.AF257 2018

"Pengawasan Islam merangkumi pengawasan luaran dan dalaman yang juga merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan insan bagi memastikan segala urusan berjalan dalam lingkungan syariat Islam untuk mencapai matlamat institusi pembangunan berteraskan Islam. Namun begitu, pengawasan tidak cukup jika hanya semata-mata berlandaskan pengawasan luaran sahaja. Hal ini disebabkan, pengawasan dalaman atau hisbat kendiri yang menentukan seseorang untuk melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab menurut syariat atau sebaliknya. Persoalannya, apakah amalan hisbat kendiri dalam pengurusan insan di sesebuah institusi pembangunan berteraskan Islam? Bagaimanakah ia berperanan dalam menepis segala masalah dalam sesebuah institusi pembangunan berteraskan Islam? Berdasarkan persoalan yang dikemukakan ini, maka kajian ini dilakukan dengan tiga objektif khusus. Pertama, untuk mengenal pasti amalan hisbat kendiri dalam pengurusan insan. Kedua, menganalisis amalan hisbat kendiri dalam pengurusan insan institusi pembangunan berteraskan Islam dan ketiga, merumuskan amalan hisbat kendiri dalam pengurusan insan di institusi pembangunan berteraskan Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian berbentuk deskriptif dilakukan dengan menggunakan kajian dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil daripada pengumpulan data yang dilakukan, kajian ini dapat mengenal pasti prinsip amalan hisbat kendiri yang terdiri daripada pengawasan Allah SWT, pembalasan setimpal, kewajipan melaksanakan tanggungjawab dan amanah serta kewajipan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seterusnya, kajian ini dapat mengenal pasti proses pembentukan amalan hisbat kendiri yang terdiri dari tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa penganalisisan dan fasa penilaian diri. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa terdapat tiga elemen amalan hisbat kendiri yang terdiri daripada elemen tawhidi, itqan dan ihsan. Bagi melaksanakan amalan hisbat kendiri, kajian ini mengemukakan enam kaedah yang dapat diaplikasikan untuk menerapkan amalan tersebut. Ia terdiri daripada nasihat, tazkirah, irsyad, islah, qiyadah dan qudwah. Melalui kajian yang telah dijalankan didapati bahawa amalan hisbat kendiri mempunyai kepentingan yang tersendiri dan merupakan salah satu bentuk pengawasan dalaman yang penting dalam pengurusan insan di sesebuah institusi pembangunan berteraskan Islam."

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

16

Tasawur Perbandaran Berteraskan Islam dalam

Kitab Muqaddimah Ibn

Khaldun

Hanis Ayuni Binti

Hasnan 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

HB1.M038.H239 2018

Perbandaran lazim dan perbandaran berteraskan Islam merupakan dua perbandaran yang berbeza. Kedua-duanya dibentuk oleh tasawur tersendiri. Perbandaran lazim merupakan perbandaran yang dibentuk oleh tasawur lazim atau tasawur yang bercampur-aduk antara tasawur Islam dengan tasawur lazim, manakala perbandaran berteraskan Islam dibentuk oleh tasawur Islam yang bersumberkan epistemologi Islam iaitu al-Qur’an dan hadith. Memandangkan masih belum banyak kajian tentang tasawur perbandaran berteraskan Islam, kebanyakan perbandaran mengguna pakai tasawur yang bersifat campur aduk. Kitab Muqaddimat karangan Ibn Khaldun sebagai rujukan utama dalam membincangkan pelbagai aspek sosiologi termasuklah perbandaran berteraskan Islam. Persoalannya, bagaimanakah Ibn Khaldun membincangkan tentang perbandaran berteraskan Islam? Bolehkah sesuatu perbandaran itu dikatakan sebagai perbandaran berteraskan Islam jika ia dibentuk oleh tasawur yang bersifat bercampur-aduk? Berdasarkan persoalan inilah, maka kajian ini dilakukan bagi mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti tasawur perbandaran berteraskan Islam berdasarkan Kitab Muqaddimat Ibn Khaldun. Kedua, menganalisis tasawur perbandaran berteraskan Islam menurut Ibn Khaldun dalam Kitab Muqaddimat Ibn Khaldun. Ketiga, merumuskan tasawur perbandaran berteraskan Islam berdasarkan Kitab Muqaddimat Ibn Khaldun. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian ini dilakukan berdasarkan Kitab Muqaddimat Ibn Khaldun karangan Ibn Khaldun sendiri yang membincangkan tentang perbandaran beteraskan Islam. Kajian berbentuk penjelasan ini menggunakan kaedah kajian dokumen bagi mengumpulkan data sekunder. Data yang terkumpul ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan, tasawur Islam terdiri daripada tiga elemen utama, iaitu Allah SWT sebagai Pencipta, manusia sebagai makhluk Allah SWT, dan sumber alam juga sebagai makhluk Allah SWT. Tiga elemen ini digunakan untuk menganalisis tasawur perbandaran berteraskan Islam berdasarkan Kitab Muqaddimat Ibn Khaldun. Hasilnya mendapati tasawur perbandaran berteraskan Islam berdasarkan Kitab Muqaddimat Ibn Khaldun mempunyai tiga elemen utama. Pertama, bandar membawa mesej peringatan melalui perkuburan; kedua, ukhwah dan integrasi sosial; dan ketiga, pembangunan yang seimbang antara manusia dengan alam sekitar. Hasil kajian ini memberi implikasi terhadap tasawur perbandaran Islam sedia ada serta memberi kesan terhadap perancangan dan pembinaan berteraskan Islam bagi negara Muslim seperti Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

17

Budaya Kerja Berteraskan Islam dalam

Syarikat GISB Holdings SDN

BHD

Nadia Fariza Binti Muhammad

Rafiz

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Murni Binti

Yusoff

HD4861.M039.N136 2018

"Syarikat korporat Islam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) merupakan syarikat yang berasal daripada penubuhan awal gerakan Islam al-Arqam yang ditubuhkan pada tahun 1968 Masihi. Pelbagai isu timbul mengatakan ajaran aqidah dan syariah yang dilaksanakan al-Arqam bertentangan dengan Islam serta menambah kekeliruan masyarakat. Akhirnya pertubuhan al-Arqam telah diwartakan haram pada 1994 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Selepas pewartaan tersebut, segala buku penulisan, ideologi, falsafah, visi, misi, gambar, rakaman, cetakan-cetakan yang berkaitan juga diharamkan. Para pimpinan atasan ditahan, tempat-tempat mereka ditutup, aktiviti kegiatan ekonomi juga diharamkan. Perkara ini berulang walaupun telah berdaftar sebagai nama pertubuhan baru iaitu Syarikat Rufaqa‟ seterusnya Global Ikhwan dengan fokus pembawaan berbeza berbanding al-Arqam dahulu. Walaupun telah bertukar nama dan kaedah pembawaannya yang berbeza, masih terdapat mentaliti masyarakat luar yang memberi pandangan negatif terhadap mereka sedangkan pegangan ajaran al-Arqam dahulu tidak lagi diamalkan malah syarikat GISBH lebih berkembang di seluruh dunia. Persoalannya, bagaimanakah syarikat GISBH bertahan dalam menghadapi pelbagai mentaliti masyarakat umum sejak diwartakan pengharamannya daripada pertubuhan al-Arqam? Apakah kerana mengamalkan budaya kerja Islam dalam pekerja GISBH menyebabkan mereka berkembang maju? Berdasarkan isu tersebut, kajian ini dilakukan bagi mencapai tiga objektif iaitu pertama mengenal pasti konsep Budaya Kerja Berteraskan Islam (BKBI); kedua, menganalisis budaya kerja dalam syarikat GISBH daripada konsep BKBI; dan ketiga, merumuskan budaya kerja dalam syarikat GISBH daripada konsep BKBI. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini, kajian berbentuk naratif dipilih. Disebabkan syarikat GISBH ini agak tertutup selepas terlibat dengan isu-isu tersebut, penyelidik menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur, komunikasi peribadi dan triangulasi bagi pengumpulan data primer manakala data sekunder dikumpul melalui kajian dokumen. Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini mendapati BKBI dalam syarikat GISBH meliputi matlamat utama dalam mencapai redha Allah SWT dan perlaksanaan amalan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Terdapat empat bentuk BKBI yang sesuai diaplikasikan dalam syarikat GISBH pada masa kini iaitu pertama, budaya kekuatan hubungan dengan Allah SWT seperti budaya yang berasaskan solat, budaya sentiasa muhasabah diri. Kedua, budaya menjaga hubungan sesama manusia. Ketiga, budaya berdikari mengikut cara Islam yang tulen seperti mampu mengeluarkan produk makanan halal sendiri, mempunyai “bank‟ Islam sendiri tanpa ada peminjaman daripada syarikat bank. Keempat, budaya bekerja bersungguh-sungguh dan serba boleh seperti yang dituntut dalam Islam."

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

18

Fiqh Keutamaan untuk Pemberat

dalam Indeks Pembangunan

Berteraskan Islam

Nur Inani Binti Ismail 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

HD72.M040.IN35 2018

"Indeks pembangunan berteraskan Islam (IPbI) berfungsi untuk mengukur pembangunan negara majoriti Muslim. IPbI biasanya mengukur pembangunan menggunakan pemberat secara sama rata, kebanyakannya diadaptasi daripada indeks pembangunan lazim (IPL). Penggunaan kaedah dengan pemberat secara sama rata boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pengukuran pembangunan berdasarkan perspektif Islam. Malah, pemberat sama rata telah dikritik oleh ramai pengkaji Barat. Sebagai ganti, mereka mencadangkan penggunaan pemberat secara tidak sama rata dengan memberikan keutamaan terhadap pengukuran tertentu dalam indeks pembangunan. Berdasarkan hal ini apakah pemberat yang sesuai untuk digunakan dalam IPbI? Berdasarkan sorotan terhadap karya yang berkaitan, fiqh keutamaan (fiqh awlawiyyat) dilihat sesuai untuk digunakan dalam IPbI. Oleh itu, kajian ini menggunakan fiqh keutamaan sebagai penentu keutamaan dengan tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti elemen dan ciri fiqh keutamaan yang berkaitan dengan IPbI. Kedua, menganalisis fiqh keutamaan untuk pemberat IPbI. Ketiga, merumuskan pemberat IPbI berdasarkan fiqh keutamaan. Ketiga-tiga objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk grounded theory menggunakan datadata sekunder. Hasil kajian mendapati terdapat dua elemen iaitu adil dan utama serta enam ciri dalam fiqh keutamaan yang sesuai untuk IPbI iaitu mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, mengutamakan ilmu fardu ain berbanding fardu kifayah, mengutamakan ibadah fardu berbanding sunat, mengutamakan amal batin berbanding zahir, mengutamakan hak jemaah berbanding individu dan keutamaan berubah mengikut situasi dan keadaan. Skala pemberat yang boleh digunakan untuk pemberat merupakan daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Daruriyyat diutamakan berbanding hajiyyat dan hajiyyat diutamakan berbanding tahsiniyyat."

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

19

Growdfunding dalam

Pembiayaan Pembangunan

Wakaf: Kebolehan

Pelaksannannya di Majlis Agama

Islam Negeri Pulau Pinang

(MAINPP)

Mohd Fadhil Bin

Abdul Karim

2018 Disertasi Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

HD72.M041.F144 2018

Kajian ini berkaitan tentang penambahan instrumen pengumpulan dana wakaf pembangunan melalui crowdfunding di MAINPP selari dengan tujuan pembangunan wakaf khususnya di Pulau Pinang yang dapat memberi kemudahan kepada masyarakat terutamanya orang Islam. Masalah kekurangan dana menjadi punca utama pembangunan wakaf di Pulau Pinang menjadi perlahan. Keadaan ini menyebabkan MAINPP perlu untuk menjadi sebuah badan yang lebih kreatif dan inovatif dalam menjana pendapatan khususnya bagi tujuan pembangunan wakaf di Pulau Pinang. Pengkaji telah mengenalpasti konsep crowdfunding dan menganalisis kebolehan pelaksanaannya di MAINPP seterusnya merumuskan kaedah crowdfunding dalam pembiayaan pembangunan wakaf di MAINPP. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif berbentuk penerokaan. Data yang digunakan diperolehi daripada kajian dokumen dan temu bual separa berstruktur yang diperolehi daripada ahli akademik, pengamal wakaf serta pihak yang terlibat dalam pembangunan platform crowdfunding bagi tujuan wakaf. Data kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati bahawa perlunya penambahan instrumen pengumpulan dana wakaf melalui pelaksanaan platform crowdfunding agar dapat memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berwakaf dan seterusnya mempercepatkan pengumpulan dana bagi aktiviti pembangunan wakaf yang dijalankan oleh MAINPP.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

20

Unsur Komunikasi

Kepengurusan Berdasarkan Al-

Qur'an

Nuur Husna Binti

Khalid 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HQ2035.M042.H971 2018

Komunikasi adalah nadi dalam sesebuah kepengurusan malah proses komunikasi sebenarnya sangat sebati dengan kepengurusan khususnya serta proses kehidupan manusia hari ini amnya. Menerusi komunikasi kepengurusan berasaskan lazim beberapa pendekatan komunikasi kepengurusan telah diterapkan dan dipraktikkan seperti komunikasi ke atas, komunikasi ke bawah serta komunikasi mendatar. Namun begitu lambakan isu komunikasi kepengurusan yang ada menunjukkan pendekatan ini masih belum mampu mencorakkan komunikasi kepengurusan yang baik. Maka timbul persoalan, sekiranya komunikasi tidak dicorakkan dengan baik, bagaimana mungkin kehidupan seorang pengurus Muslim khususnya yang mendokong amanah kekhalifahan dan kehambaan mampu merealisasikan amanahnya kepengurusannya dengan baik? Lantas, bagaimana komunikasi kepengurusan yang baik perlu diuruskan? Dan apakah nilai Islam yang harus diterapkan dalam kepengurusan bagi mempraktikan komunikasi kepengurusan yang mampu memberi kesan baik kepada kepengurusan? Berdasarkan permasalahan inilah kajian ini akan dilakukan dan tiga objektif khusus kajian telah ditetapkan. Tiga objektif utama diketengahkan adalah pertama, mengenal pasti ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan komunikasi kepengurusan; kedua, menganalisis unsur-unsur komunikasi kepengurusan berdasarkan sebilangan ayat dalam al-Qur’an; dan ketiga, mengemukakan unsur komunikasi kepengurusan berdasarkan al-Qur’an. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif kajian tersebut, kajian ini akan menggunakan reka bentuk, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data tafsir al-Mawdu’iy bagi data berbentuk ayat-ayat al-Qur’an yang dikenal pasti dan menggunakan kaedah analisis kandungan klasikal bagi data selain bentuk teks al-Qur’an. Hasilnya mendapati terdapat 10 unsur komunikasi kepengurusan berdasarkan al-Quran iaitu unsur prinsip, seni, matlamat, niat, pengarahan, pelaksanaan, pengorganisasian, pengarahan, pengawalan, dan penilaian. Seterusnya, setelah dianalisiskan didapati 22 ciri komunikasi kepengurusan menepati unsur-unsur tersebut. Ciri tersebut adalah kebenaran, amar makruf nahi mungkar, menyampaikan, menerima, redha Allah, ikhlas, tulus, mendengar pandangan, kepakaran, kerja kolektif, ‘ubudiyyat, yakin, tawakal, amanah, kejelasan, sangka baik, keteladanan, kebijaksanaan, keadilan, doa, dan muraqabat dan muhasabat. Oleh itu, dapatan unsur serta ciri ini menjadi panduan dalam menjalani komunikasi kepengurusan yang berkesan bahkan ia adalah berdasarkan al-Qur’an.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

21

Pemasaran Politik dari

Perspektif Islam: Satu Kajian Konseptual

Khairul Azlee Bin

Mohd Yunus

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

JC49.M043.K45 2018

"Pemasaran politik digunakan dalam kalangan calon dan parti politik untuk menyampaikan produk politik mereka seperti ideologi, manifesto dan imej politik. Dengan bidang ini juga, mereka merancang strategi untuk mampu mendapatkan sokongan masyarakat melalui proses komunikasi. Proses komunikasi ini boleh berlaku dalam bentuk kempen ceramah dan pengucapan awam atau melalui media massa dan media sosial. Pemasaran politik juga dapat dijalankan sama ada sewaktu musim pilihan raya atau di luar musim pilihan raya. Tujuannya adalah untuk meraih sokongan pengundi. Bagi mencapai tujuan tersebut ahli politik Islam adakalanya menggunakan kaedah-kaedah lazim. Sebagai contoh membina persepsi negatif terhadap calon parti lawan. Apakah hal ini diperbolehkan dalam Islam? Benarkah sudah terdapat model pemasaran politik berasaskan Islam? Atas persoalan-persoalan tersebut maka kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep pemasaran politik dari perspektif Islam. Kedua menganalisis konsep pemasaran politik dari perspektif Islam. Ketiga merumuskan konsep pemasaran politik dari perspektif Islam. Bagi mencapai objektif-objektif ini, maka kajian ini dilakukan dengan menggunakan kajian dokumen untuk mendapatkan data-data sekunder. Data-data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya didapati bahawa pemasaran politik dari perspektif lazim cenderung untuk menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara bagi meraih sokongan politik, manakala pemasaran politik dari perspektif Islam pula adalah cenderung untuk menggunakan matlamat tidak menghalalkan cara. Dari kedua-kedua perspektif ini, bagi membina pemasaran politik berasaskan Islam, maka pemasaran politik dari perspektif Islam adalah lebih sesuai digunakan dalam kajian ini. Dari sini, terbentuk dua aspek dalam konsep pemasaran politik dari perspektif Islam. Pertama, prinsip, dan keduanya, adalah elemen. Prinsip utama dalam pemasaran politik Islam adalah amar makruf nahi mungkar. Manakala bagi elemen pula terdapat lima perkara. Pertama; imej mulia, kedua; publisiti berhemat, ketiga; komunikasi harmoni, keempat; pelaku politik Islam, dan kelima; pemikiran Islam."

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

22

Pemantauan Produk ASB oleh Panel Penasihat Syariah (PPS) di

Permodalan Nasional Berhad

(PNB) dari Perspektif Hisbat

Asma Binti Adnan 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

HB1.M044.AS836 2018

Pertembungan pendapat yang melibatkan Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Negeri-Negeri dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menggambarkan perbezaan yang ketara berkaitan pelaburan produk Amanah Saham Bumiputera (ASB). Justeru, kajian berkaitan produk ASB perlu dilihat semula dalam aspek pemantauan demi memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi kehendak syarak. Panel Penasihat Syariah (PPS) memainkan peranan penting dalam pemantauan produk ASB kerana ia merupakan badan yang berautoriti dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Sungguhpun begitu, hisbat yang diperkenalkan Islam menjadikan pengawasan wujud dalam semua dimensi kehidupan. Hal ini menjadikan keselarian antara pemantauan produk ASB dengan konsep hisbat diteliti agar misi amar ma’ruf nahi mungkar tercapai bersesuaian dengan bidang muamalah yang menjadi tonggak utama dalam perkembangan ekonomi. Persoalannya, apakah asas-asas yang menjadi teras dalam melaksanakan pemantauan produk ASB? Bagaimanakah konsep hisbat dapat diterapkan khususnya dalam aspek pemantauan produk ASB? Adakah langkah-langkah pemantauan yang dilaksanakan oleh PPS di PNB ke atas produk ASB dilihat selari dengan hisbat yang dikemukakan oleh Islam? Bagi menjawab persoalan ini, tiga objektif dikemukakan. Objektif pertama ialah mengenal pasti asas-asas pemantauan produk ASB oleh Panel Penasihat Syariah (PPS) di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kedua adalah menganalisis pemantauan produk ASB oleh PPS di PNB dari perspektif hisbat. Objektif terakhir pula adalah merumuskan pemantauan produk ASB oleh PPS di PNB dari perspektif hisbat. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, disertasi ini meneliti sumber primer yang diperoleh menerusi temu bual semi berstruktur manakala sumber sekunder didapati daripada kajian dokumen. Berikutnya, analisis kandungan kualitatif digunakan sebagai kaedah analisis kandungan dalam kajian ini. Hasilnya, matlamat pemantauan produk ASB bertujuan memastikan keperluan umum umat Islam tercapai sekali gus meningkatkan nilai halal dalam sesuatu produk. Terdapat empat elemen dalam pemantauan produk ASB yang dikemukakan iaitu produk ASB, pelabur, pelaburan dan PPS. Kajian ini mendapati prinsip yang digunakan dalam pemantauan produk ASB mencakupi prinsip maqasid syari’at dan siasat syar’iyyat. Peranan dalam membuat pemantauan produk ASB bukan hanya dilaksanakan oleh PPS di PNB akan tetapi turut dibantu oleh Secretariat Shariah Compliance dan pengurusan PNB sendiri. Proses dalam pemantauan produk ASB juga mengambil kira proses sebelum, semasa dan selepas yang diperkenalkan oleh PPS di PNB. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan pemantauan produk ASB oleh PPS di PNB dilihat selari dan menyerupai konsep hisbat. Walaupun begitu, pengkaji mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam tentang ini dengan menumpukan kepada komponen falsafah, mekanisme dan lain-lain.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

23

Pembangunan Komuniti

Berteraskan Islam

Nur Azemah Binti Md Yusuf

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

HD72.M045.AZ993 2018

Pembangunan komuniti merupakan pembangunan yang mempunyai falsafah, prinsip dan sumber yang berbeza dengan pembangunan komuniti berteraskan Islam. Hal ini kerana, sumber pembangunan itu sendiri sudah menunjukkan perbezaan yang ketara. Pembangunan komuniti lazim bersumberkan pemikiran lazim manakala pembangunan komuniti berteraskan Islam bersumberkan tasawur dan epistemologi Islam. Namun begitu, pembangunan komuniti berteraskan Islam masih lagi belum dibincangkan lagi secara terperinci. Berdasarkan masalah ini, terdapat tiga objektif kajian yang cuba dicapai. Pertama mengenal pasti konsep pembangunan komuniti. Kedua, menganalisis konsep pembangunan komuniti berteraskan Islam. Akhirnya merumuskan konsep pembangunan komuniti berteraskan Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan data sekunder. Data sekunder dikumpul menggunakan kaedah kajian dokumen. Kesemua data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil pengumpulan data-data ini, kajian dapat mengenal pasti terdapat enam elemen dalam pembentukan konsep pembangunan komuniti berteraskan Islam iaitu hubungan manusia dengan Tuhannya sebagai Pencipta, hubungan manusia sesama manusia sebagai makhluk (hablumminallah), hubungan manusia dengan manusia (hablumminannas), hubungan manusia dengan sumber alam, perwakilan kuasa dan konsep Islam, konsep keterlibatan dan Islam dan konsep potensi dan Islam. Implikasi kajian ini dapat diterapkan dalam melanjutkan kefahaman dalam konsep pembangunan komuniti berteraskan Islam dan dapat diusulkan dalam strategi pembangunan sesebuah negara.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

24

Instrumen Kelestarian Faraid dari

Perspektif Pakar

Furnama Sari 2018 Disertasi

Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

HB1.M046.F987 2018

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti instrumen kelestarian dalam faraid. Kelestarian faraid merupakan suatu usaha dalam mengekalkan harta pusaka daripada diagih-agihkan kepada para waris yang akhirnya akan terbahagi kepada bahagian-bahagian yang kecil dan akan luput kerana habis dijual oleh ahli waris. Hal ini akan tidak menepati dengan tujuan kelestarian faraid tersebut. Di mana tujuan melestarian harta pusaka ialah untuk mengembangkan dan memakmurkan lagi harta tersebut pada tempoh masa yang panjang dan manfaatnya akan kembali kepada ahli waris. Persoalannya, apakah instrumen yang boleh diguna pakai bagi mengekalkan harta pusaka? Bagaimanakah harta pusaka dapat dilestarikan melalui instrumen tersebut? Bagi menjawab persoalan ini, kajian ini akan menetapkan tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti konsep kelestarian. Kedua, menganalisis instrumen kelestarian faraid. Ketiga, merumuskan instrumen kelestarian faraid. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini maka kajian kualitatif teori bersebab (grounded theory) telah dijalankan dalam dua bentuk. Pertama, pengumpulan data primer kepada instrumen sesi temu bual yang melibatkan enam orang informan bagi menjawab ketiga-tiga objektif ini. Kedua, pengumpulan data sekunder yang dianalisis dengan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga instrumen dalam melestarikan harta pusaka iaitu wakaf, musyarakat dan ijarat. Instrumen wakaf melibatkan kaedah waqaf dhurri, instrumen musyarakat melibatkan kaedah syarikat dan instrumen ijarat dengan kaedah ijarat. Dengan menggunakan ketiga-tiga instrumen ini maka harta pusaka dapat dimanfaatkan bagi waktu yang panjang.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

25

Amalan Pelaku Pembangunan

Berteraskan Islam; Kajian di Komuniti Islam

Ban Hua, Hatyai, Thailand

Rabiatul' Adawiyah

Binti Usman Hasan

2018 Disertasi Sarjana

Dr. Mohd Shukri Bin

Hanapi

HD72.M047.R116 2018

Ban Nua merupakan sebuah perkampungan kecil yang mengamalkan budaya dan nilai-nilai Islam yang terletak di pinggir Hatyai, Thailand. Majoriti penduduknya iaitu sebanyak 95 peratus adalah beragama Islam. Di sekelilingnya pula terdapat majoriti penganut agama Buddha. Walaupun pelaku pembangunan Komuniti Islam Ban Nua (KIBN) dikelilingi dengan persekitaran golongan bukan Islam ditambah pula dengan pemerintahan orang bukan Islam, namun pelaku pembangunan di Ban Nua telah berjaya membangunkan perkampungan mereka secara berdikari dengan menggunakan pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up), iaitu bermula dari peringkat akar-umbi (grassroots). Selain itu, pengetahuan masyarakat tempatan serta amalan kepercayaan terhadap agama tidak menjadi penghalang bagi pelaku pembangunan KIBN melaksanakan dan mengamalkan pembangunan dalam komuniti mereka. Buktinya, terdapat pelbagai kejayaan pembangunan yang telah dikecapi oleh pelaku pembangunan KIBN, misalnya dengan terbinanya masjid, sekolah, koperasi, Baitul Zakat, klinik, perpustakaan, perkhidmatan homestay (inap desa), perniagaan hartanah dan sebagainya.. Persoalannya, apakah amalan pelaku pembangunan KIBN sehingga mampu mengekalkan pembangunan mereka? Apakah falsafah dan acuan pembangunan KIBN untuk membentuk amalan pelaku pembangunan? Dengan tumpuan khusus terhadap amalan pelaku pembangunan di KIBN, kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti amalan pelaku pembangunan KIBN; kedua, menganalisis amalan pelaku pembangunan KIBN berdasarkan amalan pelaku PBI; dan ketiga, merumuskan keselarian antara amalan pelaku pembangunan Ban Nua merupakan sebuah perkampungan kecil yang mengamalkan budaya dan nilai-nilai Islam yang terletak di pinggir Hatyai, Thailand. Majoriti penduduknya iaitu sebanyak 95 peratus adalah beragama Islam. Di sekelilingnya pula terdapat majoriti penganut agama Buddha. Walaupun pelaku pembangunan Komuniti Islam Ban Nua (KIBN) dikelilingi dengan persekitaran golongan bukan Islam ditambah pula dengan pemerintahan orang bukan Islam, namun pelaku pembangunan di Ban Nua telah berjaya membangunkan perkampungan mereka secara berdikari dengan menggunakan pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up), iaitu bermula dari peringkat akar-umbi (grassroots). Selain itu, pengetahuan masyarakat tempatan serta amalan kepercayaan terhadap agama tidak menjadi penghalang bagi pelaku pembangunan KIBN melaksanakan dan mengamalkan pembangunan dalam komuniti mereka. Buktinya, terdapat pelbagai kejayaan pembangunan yang telah dikecapi oleh pelaku pembangunan KIBN, misalnya dengan terbinanya masjid, sekolah, koperasi, Baitul Zakat, klinik, perpustakaan, perkhidmatan homestay (inap desa), perniagaan hartanah dan sebagainya.. Persoalannya, apakah amalan pelaku pembangunan KIBN sehingga mampu mengekalkan pembangunan mereka? Apakah falsafah dan acuan pembangunan KIBN untuk membentuk amalan pelaku pembangunan? Dengan tumpuan khusus terhadap amalan pelaku pembangunan di KIBN, kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti amalan

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2018

pelaku pembangunan KIBN; kedua, menganalisis amalan pelaku pembangunan KIBN berdasarkan amalan pelaku PBI; dan ketiga, merumuskan keselarian antara amalan pelaku pembangunan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

1

Amalan Hisbat Kendiri dalam

Kalangan Kakitangan Zakat Pulau

Pinang

Nur Atikah Binti Mohd Khairuddin

2019 Disertasi Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

BJ1188.M001.AT872 2019

Institusi-institusi pembangunan berteraskan Islam dilihat semakin membangun memperjuangkan Islam mengikut kecenderungan bidang masing-masing. Kakitangannya juga turut sama membantu dalam merealisasikan perjuangan di institusi-institusi tersebut. Namun tidak dinafikan juga bahawa mutakhir ini terdapat beberapa isu yang melibatkan perilaku negatif oleh kakitangan dalam institusi pembangunan berteraskan Islam. Persoalannya, adakah sisi kerohanian kakitangan ini juga turut sama seiring dengan berkembangnya institusi pembangunan berteraskan Islam? Adakah wujud pengawasan dalaman dalam diri setiap kakitangan di institusi pembangunan berteraskan Islam bagi kerohanian? Kajian ini memberi fokus terhadap kakitangan di Zakat Pulau Pinang (ZPP) berikutan ia merupakan salah satu institusi pembangunan berteraskan Islam yang berperanan penting sebagai institusi sosioekonomi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat untuk kesejahteraan umat Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan amalan hisbat kendiri dalam kalangan kakitangan ZPP. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian bukan eksperimental dan menggunakan data sumber sekunder dan primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian dokumen manakala data primer dikumpul melalui edaran borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens melalui IBM SPSS. Dapatan kajian merumuskan amalan hisbat kendiri dalam kalangan kakitangan ZPP. Tahap amalan hisbat kendiri dalam kalangan kakitangan ZPP mempunyai tafsiran persepsi baik kerana setiap dimensi hisbat kendiri mencatat purata skor min melebihi 4.00. Dimensi yang mempunyai purata skor min paling tinggi ialah dimensi amalan hisbat kendiri. Selain itu, terdapat hubungan kuat, positif dan signifikan antara dimensi-dimensi amalan hisbat kendiri. Analisis perbezaan demografi jantina, umur, tahap pendidikan dan tahap pendapatan pula ternyata tidak mempengaruhi amalan hisbat kendiri oleh kakitangan ZPP. Implikasi kajian ini telah menunjukkan amalan hisbat kendiri sebagai bentuk modul pengawasan kendiri. Kajian ini mencadangkan agar institusi perlu menitikberatkan faktor-faktor luaran yang dapat mempengaruhi amalan hisbat kendiri dalam kalangan kakitangan ZPP dan menjadikan ia sebagai penambahbaikan suatu ruang penilaian amalan hisbat kendiri sebagai salah satu piawaian kenaikan gaji atau pangkat.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

2

Kaedah Kerjasama Parti Politik Melayu Islam (PAS-UMNO) di

Malaysia dengan Rujukan Khusus

Kitab Fiqh Al-Ikhtilaf

Habibah Binti Ilias 2019 Disertasi

Sarjana

Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi

JA71.M002.H116 2019

Seperti tidak pernah terlintas dalam pemikiran masyarakat awam bahawa parti politik Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) akan bekerjasama setelah berkonflik hampir 60 tahun. Jika disoroti kembali sejarah konflik yang berlaku sebelum ini antara kedua-dua parti, ia bukanlah di tahap biasa, tetapi boleh berlaku sehingga pertumpahan darah seperti yang berlaku di Memali dan sebagainya. Ura-ura PAS dan UMNO akan bekerjasama bermula sebelum Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14). Malah, bukan setakat kerjasama, tetapi juga ada yang menjelaskan mereka akan bergabung dalam satu pakatan politik. Apakah yang membolehkan kerjasama ini boleh direalisasikan? Bagaimana PAS dan UMNO menguruskan kerjasama tersebut agar terus lestari? Berdasarkan persoalan-persoalan tersebut, maka pengkaji berhasrat menyelidik tiga objektif kajian tersebut. Pertama, mengenal pasti kaedah kerjasama parti politik Melayu Islam (PAS-UMNO); kedua, menganalisis kaedah kerjasama parti politik Melayu Islam (PAS-UMNO) di Malaysia rujukan khusus Kitab Fiqh al-Ikhtilaf; dan ketiga, merumuskan kaedah kerjasama parti politik Islam berdasarkan Kitab Fiqh al-Ikhtilaf yang sesuai dipraktikkan oleh parti politik Melayu Islam di Malaysia. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur bagi mengumpulkan data primer dan kajian dokumen untuk mengumpulkan data sekunder. Data-data yang dikumpulkan ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya didapati bahawa kaedah menguruskan konflik sehingga boleh menemukan titik kerjasama anatara PAS dan UMNO yang dilakukan pada masa kini adalah terkait dengan sembilan pendekatan tersebut ialah perbezaan adalah masalah cabang yang ada kemestian, rahmat dan kebebasan, mengambil jalan pertengahan, mengutamakan muhkamat bukan mustayabihat, membatasi pengertian dan istilah, mengkaji perbezaan pendapat para ulama‟, kerjasama dalam masalah yang dihadapi ummah, toleransi dalam masalah yang diperselisihkan dan tidak memaksa dan tidak menolak masalah-masalah ijtihadiah.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

3

Kesejahteraan Warga Emas

dari Perspektif Islam;

Pendekatan Madrasah Darul

Aman

Nur Ain binti

Mahidin 2019 Disertasi

Sarjana

Dr Wan Nor

Haniza Wan

Hasan

HV1450.M003.AI295 2019

Warga emas lazimnya dikaitkan dengan peningkatan jangka hayat dan penurunan kesuburan sehingga menyebabkan penuaan penduduk. Isu penuaan penduduk mendapat perhatian pelbagai pihak memandangkan golongan warga emas mudah terdedah kepada masalah kesihatan dan emosi yang menyumbang kepada ketidaksejahteraan golongan ini. Tahap kesejahteraan yang optimum dalam kalangan warga emas boleh diperoleh melalui penuaan berjaya. Salah satu kaedahnya ialah dengan melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian. Melihat kepada situasi ini, ramai warga emas cenderung memilih institusi pondok sebagai tempat untuk memenuhi keperluan kehidupan sementara menghabiskan masa tua mereka. Salah satu institusi pondok yang menyediakan kemudahan ini ialah Madrasah Darul Amal. Walaupun dalam keadaan tidak mempunyai sistem pengurusan serta organisasi yang lengkap berbanding pondok-pondok yang lain, Madrasah Darul Amal sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan warga emas dan berkembang dengan pesat. Oleh itu kajian ini berhasrat untuk meneliti lebih lanjut pendekatan yang digunakan oleh Madrasah Darul Amal dalam memacu kesejahteraan warga emas perspektif Islam sehingga mendapat sambutan. Tiga objektif dibentuk bagi memenuhi hasrat ini. Pertama, mengenal pasti aspek kesejahteraan warga emas oleh Madrasah Darul Amal. Kedua, menganalisis kesejahteraan warga emas perspektif Islam oleh Madrasah Darul Amal. Ketiga, merumuskan pendekatan Madrasah Darul Amal bagi kesejahteraan warga emas perspektif Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan sumber data primer diperolehi daripada temu bual informan warga emas seramai lapan belas orang dan Mudir Madrasah Darul Amal. Dapatan kajian mendapati kesejahteraan warga emas dari perspektif Islam melibatkan hubungan kekeluargaan, kasih sayang dan tautan hati dan tidak terhad kepada kesejahteraan dalam bentuk kesihatan, fizikal dan sosial seperti yang ditanggap dalam konsep penuaan berjaya. Hasil kajian ini diharapkan dapat memanfaatkan sebagai panduan kepada pelbagai dalam menjaga kesejahteraan warga emas dari perspektif Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

4

Faktor-faktor Mempengaruhi

Pemilihan Produk Kosmetik

Halal dalam Kalangan Staf

Institusi Islam di Pulau Pinang

Farah Nabila Binti

Azizan 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

HB801.M004.F219 2019

Industri produk halal di Malaysia telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan kebanyakan pengguna terutamanya beragama Islam sedarkan kepentingan memilih produk yang halal. Namun begitu, permintaan produk kosmetik halal semakin meningkat. Jadi, timbul persoalan apakah yang menjadi faktor pemilihan produk kosmetik halal kepada pengguna? Oleh itu, kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi pemilihan produk kosmetik halal dalam kalangan staf institusi Islam. Kedua, menganalisis faktor-faktor mempengaruhi pemilihan produk kosmetik halal dalam kalangan staf institusi Islam. Ketiga, merumuskan faktor-faktor mempengaruhi pemilihan produk kosmetik halal dalam kalangan staf institusi Islam. Kajian ini menggunakan kedua-dua jenis data iaitu data sekunder dan data primer. Data sekunder dikumpul melalui kajian dokumen, manakala data primer ini dikumpul melalui pengedaran borang kaji selidik. Data diperolehi daripada 175 orang responden dan kemudiannya dianalisis melalui kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens melalui perisian IBM SPSS versi 24.0. Dapatan kajian ini adalah faktor intrinsik merupakan faktor yang positif dan signifikan terhadap pemilihan produk kosmetik halal dalam kalangan staf institusi Islam. Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi memperkembangkan lagi PKH di pasaran terutamanya kepada pengguna Muslim.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

5

Pengurusan Tanah dalam

Sistem Doi Moi di Vietnam: Satu

Kajian Perbandingan

dengan Pengurusan Tanah dalam

Islam

Nur Shafiqah Umaira Mairose

2019 Disertasi Sarjana

Profesor Dr Muhammad

Syukri Salleh

HD101.M005.SH525 2019

Sejak 1986, Vietnam telah memperkenalkan satu sistem reformasi ekonomi yang dikenali sebagai sistem Doi Moi. Sistem Doi Moi ini bertujuan untuk memperbaharui sistem ekonomi di Vietnam yang rosak akibat peperangan Vietnam. Antara perkara yang terlibat dalam pembaharuan sistem ekonomi ini adalah tentang pengurusan tanah. Kajian ini berhasrat untuk melihat perbandingan antara pengurusan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam dengan pengurusan tanah dalam Islam. Secara umumnya, kajian ini memfokuskan kepada pemilikan tanah dan pengagihan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam dan Islam. Secara khusus, kajian ini mempunyai empat objektif utama. Pertama, mengenal pasti pengurusan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam. Kedua, mengenal pasti pengurusan tanah dalam Islam. Ketiga, menganalisis perbezaan pengurusan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam dengan pengurusan tanah dalam Islam. Keempat, merumuskan perbezaan pengurusan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam dengan pengurusan tanah dalam Islam. Objektif-objektif kajian ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk interpretatif. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperolehi melalui kajian dokumen. Data sekunder yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan antara pemilikan tanah dan pengagihan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam dengan pemilikan tanah dan pengagihan tanah dalam Islam. Kajian ini hanya dibataskan kepada analisis-analisis perbezaan antara pemilikan tanah dan pengagihan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam dengan pemilikan tanah dan pengagihan tanah dalam Islam di peringkat operasional sahaja. Perbezaan antara pemilikan tanah dan pengagihan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam dengan pemilikan tanah dan pengagihan tanah dalam Islam di peringkat operasional ini boleh menjadi asas kepada kajian-kajian pada masa hadapan untuk melihat apakah bentuk pemilikan tanah dan pengagihan tanah dalam sistem Doi Moi di Vietnam jika dilihat dari aspek tasawur dan epistemologi.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

6

Kemelut dalam Faraid: Satu

Analisis Kajian Keluarga Hajah

Aminah Binti Haji Mohd Hashim

Khadijah Binti Mohd 2019 Disertasi

Sarjana

Profesor Madya

Dr. Zakaria Bahari

HD49.M006.K45 2019

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kemelut dalam faraid dengan menganalisis punca-punca dan isu-isu faraid yang melibatkan secara khusus kajian dalam Keluarga Hajah Aminah Binti Haji Mohd Hashim. Terdapat tiga objektif kajian yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu mengenal pasti kemelut faraid, menganalisis punca berlakunya kemelut faraid dan merumuskan kemelut faraid yang berlaku dalam keluarga Hajah Aminah Binti Haji Mohd Hashim. Melalui tiga objektif ini, maka terbentuk persoalan-persoalan yang berkaitan kemelut faraid ini iaitu apakah kemelut faraid yang berlaku dalam kalangan ahli waris, bagaimanakah punca-punca kemelut faraid ini berlaku, bagaimanakah isu-isu kemelut faraid yang menjadi cabaran dalam kalangan ahli waris, bagaimanakah kemelut faraid ini ditangani dan apakah kaedah terbaik untuk mengatasi kemelut faraid yang berlaku dalam keluarga Hajah Aminah Binti Haji Mohd Hashim. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan penjelasan dengan data sekunder melalui kajian dokumen dan data primer melalui temu bual bersama lapan orang informan yang berkelayakan bagi menjawab semua persoalan kajian yang telah ditimbulkan. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian ini menyatakan bahawa kemelut faraid yang berlaku adalah berpunca daripada ahli waris sendiri dan tidak dapat dikaitkan dengan sistem pentadbiran undang-undang faraid yang sedia ada. Oleh itu, kemelut faraid ini cuba ditangani dengan memberi kefahaman kepada setiap ahli waris tentang ilmu faraid dan menggunakan kaedah muamalat yang sesuai sebagai cara pembahagian harta yang ditinggalkan oleh Hajah Aminah Binti Mohd Hashim. Dapatan ini diharap dapat memberi pendedahan buat setiap keluarga khususnya dan kepada masyarakat Islam secara umumnya bahawa pentingnya segala urusan perlaksanaan permohonan harta faraid dilakukan tanpa berlaku pertangguhan supaya harta yang ditinggalkan dapat memberi manfaat kepada semua ahli waris yang ditinggalkan

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

7

Reka Bentuk Semula

Pembelajaran yang

Dipertingkatkan Melalui

Teknologi dalam Ijazah Sarjana

Muda Tahfiz dan Qiraat

Malyanah Solehah

binti Mohamad

Shukor

2019 Disertasi Sarjana

Dr. Shahir Akram bin

Hassan

LB1025.M007.M262 2019

Budaya pembelajaran baharu semakin meningkat di institusi pengajian tinggi yang turut dipengaruhi dalam pembelajaran bidang tahfiz dan qiraat. Dalam Dasar e- Pembelajaran Negara (DePAN) yang dilancarkan pada 16 April 2011 bertujuan memperkasa pembelajaran yang dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara elemen bersepadu pengajian tinggi adalah dengan melaksanakan 70 peratus kursus yang ditawarkan daripada mod pembelajaran secara dalam talian menjelang tahun 2025. Kursus Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat juga tidak terlepas dari memenuhi cabaran tersebut. Kajian ini berkaitan reka bentuk semula pembelajaran yang dipertingkatkan melalui teknologi (technology-enhanced learning) ini dilihat kepada tiga buah institusi yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat iaitu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Objektif pertama kajian, mengenal pasti reka bentuk semula pembelajaran yang dipertingkatkan melalui teknologi dalam Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat. Kedua, mengenal pasti amalan pembelajaran yang dipertingkatkan melalui teknologi dalam Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat. Ketiga, menganalisis reka bentuk semula Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat dalam pembelajaran yang dipertingkatkan melalui teknologi. Keempat, merumuskan reka bentuk semula pembelajaran yang dipertingkatkan melalui teknologi dalam Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat. Bagi mencapai empat objektif tersebut, kajian kualitatif ini dilakukan melalui sumber data sekunder serta dianalisis kandungan kualitatif secara manual. Pengumpulan data primer pula melalui temu bual mendalam bersama empat orang informan. Hasil kajian menemui tiga pendekatan pembelajaran, lima ciri-ciri pembelajaran juga fungsi kaedah pelaksanaan. Implikasi kajian ini dapat diperolehi manfaat secara menyeluruh dan tidak tertumpu kepada kursus bidang tahfiz dan qiraat sahaja. Kajian ini diharap dapat menjadikan satu ilmu yang boleh diketengahkan dalam pembelajaran bidang tahfiz dan qiraat melalui teknologi pembelajaran yang dilaksanakan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

8

Imej Zakat Pulau Pinang

Berdasarkan Persepsi Muzakki

Mohammad Hafiz Bin Ahmad

2019 Disertasi Sarjana

Profesor Dr.

Muhammad Syukri Bin

Salleh

BP174.M008.H139 2019

Imej dan reputasi dianggap sebagai faktor penting dalam penilaian sesebuah organisasi. Ia merupakan persepsi yang kuat dalam pemikiran seseorang ketika mendengar nama organisasi tersebut. Oleh yang demikian, institusi zakat tidak terkecuali dalam memastikan imej dan reputasinya yang sentiasa berada dalam keadaan baik. Di Pulau Pinang, zakat diuruskan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP). ZPP merupakan anak syarikat korporat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang menguruskan zakat dengan cara profesional. Namun, terdapat isu berbangkit oleh sesetengah pihak yang menyatakan institusi zakat gagal menguruskan zakat dengan cekap. Oleh yang demikian secara tidak langsung akan mencalarkan imej institusi zakat yang menguruskan zakat secara profesional. Rentetan daripada perkara tersebut timbul beberapa persoalan. Adakah berdasarkan isu-isu ini menyebabkan persepsi muzakki terhadap imej ZPP berada dalam keadaan kurang baik? Adakah persepsi ini akan memberikan kesan kepada imej ZPP? Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi imej ZPP daripada pandangan muzakki yang membayar zakat kepada ZPP. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi muzakki, menganalisis persepsi muzakki dan merumuskan persepsi muzakki yang membentuk imej ZPP. Sampel kajian adalah seramai 350 orang muzakki yang telah disenarai oleh ZPP. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Terdapat dua dapatan utama dalam kajian ini. Pertama, dimensi intrinsik yang terdiri daripada faktor kesedaran dan pengetahuan serta faktor keyakinan mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap persepsi imej ZPP daripada pandangan muzakki. Dapatan kedua, terdapat dua faktor dalam dimensi ekstrinsik iaitu pertama; faktor prestasi dan kualiti perkhidmatan dan kedua; faktor sokongan dan kualiti. Hasil dapatan menunjukkan kedua-dua faktor ektrinsik menunjukkan hubungan yang signifikan berbanding faktor kerelevenan. Kesimpulannya, hasil keseluruhan disertasi mendapati persepsi muzakki terhadap imej ZPP adalah pada tahap yang baik.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

9

Faktor-faktor Penerimaan

Pelaburan Unit Amanah Islam

sebagai Persediaan

Persaraan dalam Kalangan

Pekerja Muslim di Pulau Pinang

Muhammad Ridzuan

Bin Azahari 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Azreen Hamiza

Binti Abdul Aziz

HD39.M009.R547 2019

Jangka hayat kelahiran di Malaysia menunjukkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini menyebabkan persediaan persaraan perlu dititikberatkan sejak awal untuk memastikan wang bagi tujuan persaraan mencukupi untuk menampung kehidupan semasa fasa persaraan. Permasalahan ini mengakibatkan kualiti hidup selepas persaraan akan berada pada tahap rendah berbanding kualiti hidup sebelum persaraan. Persoalannya, adakah faktor intrinsik, ekstrinsik dan kepatuhan beragama yang mempengaruhi penerimaan pelaburan unit amanah Islam (UAI) sebagai persediaan persaraan? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti tahap penerimaan pelaburan UAI sebagai persediaan persaraan dalam kalangan pekerja Muslim. Kedua, menganalisis faktor-faktor penerimaan pelaburan UAI sebagai persediaan persaraan dalam kalangan pekerja Muslim di Pulau Pinang. Ketiga, merumuskan faktor-faktor penerimaan pelaburan UAI sebagai persediaan persaraan dalam kalangan pekerja Muslim di Pulau Pinang. Ketiga-tiga objektif kajian tersebut dicapai menggunakan reka bentuk kajian deskriptif. Data dalam kajian ini dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik. Data diperolehi daripada 300 orang responden dan kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens dengan bantuan perisian statistik IBM SPSS versi 22.0. Terdapat tiga penemuan utama kajian, iaitu pertama analisis perbezaan demografi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan yang mempengaruhi penerimaan pelaburan UAI sebagai persediaan persaraaan. Kedua, analisis regresi berganda mendapati bahawa faktor kefahaman pelaburan UAI, pemasaran pelaburan UAI, iman dan kepercayaan dan perlakuan ibadah wajib mempengaruhi penerimaan pelaburan UAI sebagai persediaan persaraan manakala faktor perkhidmatan pelaburan UAI dan perlakuan ibadah sunat tidak mempunyai hubungan signifikan mempengaruhi penerimaan pelaburan UAI sebagai persediaan persaraan. Ketiga, faktor paling dominan yang mempengaruhi penerimaan pelaburan UAI sebagai persediaan persaraan dalam kalangan pekerja Muslim di Pulau Pinang adalah faktor intrinsik. Secara keseluruhan dapatan kajian ini mampu dijadikan panduan oleh pihak pengurusan UAI untuk merencana aktiviti promosi bagi meningkatkan tabungan persaraan dan secara tidak langsung menyumbang dalam aspek kajian penerimaan pelaburan UAI sebagai persediaan persaraan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

10

Penerapan Integriti dalam

Program Latihan di Institusi

Latihan Islam Malaysia

Siti Aishah Binti

Othman 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Azrin Binti

Ibrahim

HD56.M010.AI299 2019

Integriti merupakan suatu perkara yang ditekankan oleh kebanyakan pihak sama ada dalam Malaysia mahupun di luar negara. Di Malaysia khasnya, banyak usaha yang telah dilaksanakan demi memperkasakan dan meningkatkan integriti khususnya dalam pentadbiran. Buktinya, Institusi Pembangunan berteraskan Islam juga dilihat tidak berkecuali malah sepatutnya lebih terkehadapan. Oleh itu, institusi pembangunan Islam telah mengambil inisiatif kerajaan bagi mewujudkan tenaga kerja yang berintegriti sesuai dengan pendekatan yang dibawa oleh Pelan Integriti Negara (PIN) untuk membentuk masyarakat beragama, beretika dan bermoral. Sehubungan dengan itu, kebanyakannya program latihan yang menerapkan integriti dalam institusi pembangunan Islam dilihat sangat penting. Kajian menunjukkan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) lebih dominan dalam menyediakan latihan kepada pegawai hal ehwal Islam dan kakitangan kerajaan yang berminat. Timbul persoalan adakah ILIM memberi penekanan terhadap aspek integriti dalam latihan-latihan yang ditawarkan? Jika ia bagaimanakah ILIM menerapkan integriti dalam program latihan yang disediakan? Disertasi ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti program-program latihan di ILIM. Kedua, menganalisis penerapan integriti dalam program latihan di ILIM. Ketiga, merumuskan penerapan integriti dalam program latihan di ILIM. Kajian ini merupakan kajian kualitatif bersumberkan kaedah temubual sebagai data primer dan kajian dokumen sebagai data sekunder. Dapatan kajian ini mendapati terdapat sebahagian program dari keseluruhannya mempunyai integriti secara langsung dan tidak langsung. Daripada sejumlah 156 program latihan yang ditawarkan di ILIM didapati bahawa kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) merupakan program yang menerapkan Integriti kepada semua para peserta menerusi kuliah, latihan dalam kumpulan, pembentangan, lawatan, ceramah dari badan-badan kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Institut Integriti Malaysia (IIM) dan sebagainya. Pelbagai variasi ILIM dalam mengetegahkan penerapan integriti kepada para peserta antaranya, dengan mengadakan program secara teori dan praktikal. Ini adalah bersesuaian dengan misi ILIM iaitu “Beriltizam Membangun Kompetensi dan Kepakaran Berteraskan Islam” yang membawa maksud untuk memupuk kecekapan dalam pengkhususan berdasarkan Islam. Natijahnya, kajian ini mendapati dapat mengenalpasti dan merumuskan secara keseluruhan penerapan integriti dalam program-program latihan di ILIM.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

11

Strategi Politik Dakwah Parti

Islam Se-Malaysia:

Analisis terhadap Konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Khaidir Bin Bachok 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

JC49.M011.K45 2019

Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) diperkenalkan oleh Parti Islam Se- Malaysia (PAS) sebagai pendekatan baharu dalam menggerakkan partinya. Pendekatan ini pada mulanya ditentang oleh sesetengah daripada ahlinya. Penentangan ini dirasakan adalah disebabkan oleh ketidakfahaman ahli terhadap konsepnya. Pendekatan ini telah merubah pelaksanaan gerak kerja PAS daripada bersifat provokatif kepada bersifat harmoni. Persoalannya, bagaimanakah BPMS ini boleh mengubah gerak kerja parti politiknya sehingga hampir 360 darjah? Kajian ini bermatlamat untuk meneliti pendekatan sebenar BPMS serta pengaplikasiannya. Dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif berbentuk penjelasan dan kaedah kajian dokumen untuk mendapatkan data-data sekunder dan menganalisisnya dengan menggunakan analisis kandungan kualitatif, maka hasilnya didapati bahawa pendekatan BPMS ini adalah salah satu strategi politik dakwah dalam Parti Islam Se-Malaysia.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

12

Etika Perniagaan Atas Talian:

Analisis terhadap Usahawan Muslim di

Bandar Baru Bangi, Selangor

Nurhassan Ismail bin Mohd Ali

2019 Disertasi Sarjana

Dr. Shahir Akram

Bin Hassan

HF5387.M012.N974 2019

Usahawan Muslim penting kerana sumbangannya bukan sahaja untuk kemajuan diri sendiri, malah untuk agama, masyarakat dan menaikkan ekonomi negara. Selaras dengan perkembangan revolusi industri ke-4, perniagaan secara atas talian menjadi fenomena dalam kalangan pembeli khususnya di Malaysia. Urusan harian usahawan Muslim dan pembeli dipermudahkan dengan adanya internet. Dengan perniagaan atas talian, usahawan Muslim boleh menjadikan situasi ini sebagai satu peluang untuk menambah pendapatan. Berbanding perniagaan secara bersemuka yang selamat apabila pembeli akan berhadapan dengan usahawan di kedai yang secara fizikal dan barangan yang dibeli dapat dipilih, manakala, perniagaan atas talian sebaliknya berlangsung tanpa bersemuka dengan usahawan tidak mempunyai permis dan barang hanya berpandu pada gambar, maka, ruang untuk penipuan dan eksploitasi tinggi. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti etika perniagaan Islam dalam perniagaan atas talian atas. Kedua, menganalisis etika perniagaan Islam yang diamalkan usahawan Muslim dalam mengendalikan perniagaan atas talian. Ketiga, merumuskan etika perniagaan Islam dalam perniagaan atas talian yang boleh diamalkan oleh usahawan Muslim menurut perspektif Islam. Untuk mencapai objektif tersebut, kaedah kualitatif digunakan yang mana reka bentuk interpretif berbentuk penerokaan. Data yang digunakan diperoleh daripada kajian dokumen dan temu bual separa berstruktur serta dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa etika perniagaan Islam seperti amanah, ihsan, jujur, patuh pada agama perlu menjadi asas dan perlu dimiliki oleh usahawan Muslim yang menjalankan perniagaan atas talian supaya memperkukuhkan lagi etika sekaligus menjamin hak pengguna dan usahawan Muslim.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

13

An Analysis of Tabarru' in

Takaful Marketing

Communications

Mohammad Bin

Abdullah 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Murni Binti

Yusoff

HG8011.M013.M697 2019

Tabarru’ adalah salah satu elemen teras dalam Takaful yang menjadikan Takaful sebagai patuh Syariah. Elemen ini sangat penting dalam membezakan Takaful dan insurans konvensional melalui konsep Tabarru’. Walau bagaimanapun, sejak dahulu sehingga kini, terdapat beberapa penyelidikan yang mendedahkan bahawa tahap kesedaran dan kefahaman tentang Takaful khususnya Tabarru’ dalam kalangan masyarakat masih rendah. Ini membawa kepada beberapa persoalan mengenai komunikasi pemasaran dalam Takaful yang dikendalikan oleh syarikat Takaful. Bagaimana Tabarru’ disebarkan melalui komunikasi pemasaran Takaful? Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti komunikasi pemasaran yang digunakan dalam Takaful, menganalisa Tabarru’ dalam komunikasi pemasaran yang digunakan dalam Takaful dan mengusulkan cadangan terhadap Tabarru’ dalam komunikasi pemasaran Takaful. Dalam kajian ini, data sekunder digunakan dalam kaedah pengumpulan data. Manakala kaedah analisis data menggunakan analisis kandungan kualitatif dalam menganalisis data sekunder. Kajian ini mendedahkan bahawa Tabarru’ adalah penting dalam komunikasi pemasaran Takaful kerana Tabarru’ adalah elemen asas yang berkait rapat dengan Takaful yang dapat menyedarkan orang ramai tentang kepentingan Takaful. Ia juga dapat membantu orang ramai memahami Takaful dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, komunikasi pemasaran dalam Takaful dianggap tidak berkesan dalam memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai konsep Tabarru’ dalam Takaful. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa saranan yang dicadangkan kepada pengendali Takaful dan orang awam mengenai Tabarru’ dalam komunikasi pemasaran Takaful. Cadangan kepada pengendali Takaful adalah untuk menggunakan sepenuhnya promosi melalui media massa secara efektif dan komprehensif dalam mendidik masyarakat untuk memahami konsep Tabarru’ dalam Takaful. Selain itu, pengendali Takaful perlu memberi perhatian yang lebih kepada agen Takaful melalui penganjuran program-program atau modul yang membincangkan tentang Tabarru’ secara terperinci supaya dapat membantu agen-agen menyebarkan maklumat tentang Tabarru’ dengan lebih baik kepada masyarakat. Seterusnya, penekanan mengenai Tabarru’ dapat dilakukan melalui program-program pendidikan secara formal dan tidak formal di peringkat sekolah dan universiti. Manakala saranan kepada orang awam adalah dengan selalu menghadirkan diri ke program dialog, forum dan seumpamanya dalam memahami Tabarru’ dan Takaful. Pihak majikan juga disarankan supaya menganjurkan program latihan dan diskusi kepada pekerja-pekerja dalam memahami Takaful terutamanya Tabarru’.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

14 Konsep Institusi Kesihatan Mesra

Ibadah

Ismail Bin Ibrahim 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Azreen Hamiza

Binti Abdul Aziz

BP174.M014.IS83 2019

Perkembangan yang baik dalam sektor kesihatan masa kini dapat dilihat dengan lambakan penubuhan institusi kesihatan. Hal ini seiring dengan permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi mendapatkan rawatan kesihatan secara kondusif. Walaupun penubuhan institusi kesihatan bergerak dengan rancak, terdapat beberapa isu yang masih tidak dapat ditangani antaranya peratusan pesakit yang melakukan ibadah solat di institusi kesihatan diilihat semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor antaranya kurang kemudahan kepada pesakit untuk melakukan ibadah. Selain daripada itu, timbul juga isu kakitangan kesihatan yang kurang pengetahuan berkaitan rukhsah ibadah solat kepada mereka yang sakit. Maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat konsep institusi kesihatan mesra ibadah dengan menekankan prinsip, elemen dan matlamat yang perlu diterapkan dalam sesebuah institusi kesihatan mesra ibadah bagi memastikan masalah yang timbul dapat ditangani. Kajian ini berbentuk interpretif penerokaan dengan manggunakan instrument temu bual separa struktur dan kaedah dokumen untuk mengumpul data serta analisis kandungan tradisional sebagai kaedah penganalisis data. Hasil kajian mendapati terdapat tiga prinsip utama yang perlu ditekankan dalam sesebuah institusi kesihatan mesra ibadah iaitu prinsip fizikal, prinsip mental dan intelektual serta prinsip spiritual. Selain prinsip, elemen nilai, elemen kemahiran dan elemen kepimpinan juga perlu diterapkan dalam institusi kesihatan mesra ibadah. Kedua-dua aspek tersebut perlu bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama iaitu mardhatillah dengan menggunakan pendekatan qawaid fiqhiyyah dalam pelaksanaan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

15

Konsep Gaya Hidup Halal

dalam Pelancongan

Islam

Hdariyani Binti

Kampun 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Azreen Hamiza

Binti Abdul Aziz

BP188.M015.H431 2019

Pelancongan merupakan satu aktiviti keluar kawasan dari satu tempat ke tempat yang lain untuk tempoh yang tertentu. Aktiviti pelancongan dilihat semakin berkembang apabila pelancong dilihat semakin menjadikan aktiviti pelancongan sebagai sebahagian gaya hidup. Masyarakat Muslim juga tidak terkecuali daripada aktiviti pelancongan ini sehingga muncul beberapa istilah yang dapat mengaitkan Muslim dan pelancongan seperti halal tourism dan muslim friendly tourism. Permintaan daripada pelancong Muslim menyebabkan produk pelancongan menawarkan perkhidmatan bersesuaian dengan pelancong Muslim. Namun, sejauh mana pelancongan Islam ini memenuhi gaya hidup halal yang mematuhi syariah. Berdasarkan sorotan karya yang berkaitan, gaya hidup halal dalam pelancongan Islam dilihat hanya fokus kepada makanan yang halal, hotel yang patuh syariah, tempat yang dilawati serta aktiviti yang bersesuaian. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya hidup halal dalam pelancongan Islam berdasarkan kepada tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti ciri-ciri, elemen dan prinsip gaya hidup halal dalam pelancongan Islam. Kedua, menganalisis pelaksanaan konsep gaya hidup halal dalam pelancongan Islam. Ketiga, merumuskan konsep gaya hidup halal dalam pelancongan Islam. Ketiga-tiga objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif penerokaan yang berbentuk deksriptif menggunakan data primer dan sekunder. Data primer didapati daripada temu bual tiga orang informan manakala data sekunder daripada analisis kandungan dokumen. Dapatan daripada analisis ini mendapati bahawa terdapat lima ciri pelancongan Islam iaitu pelancongan jihad, kedua : pelancongan menuntut ilmu, ketiga : pelancongan mengambil iktibar, keempat : pelancongan untuk berdakwah dan kelima pelancongan untuk menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Elemen yang perlu ada dalam pelancongan Islam pula ialah rasa kehambaan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu, prinsip dalam pelancongan Islam perlulah tidak ke tempat yang mendatangkan mudharat dan tidak melancong ke tempat yang mendatangkan dosa. Namun, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan berkenaan menumpukan cara pelaksanaan pelancongan Islam kepada agensi -agensi pelancongan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

16

Tren Wacana Ahli Akademik

dalam Pembangunan

Lestari Islam dari Perspektif

Pembangunan Berteraskan

Islam

Muhammad Umar Bin Rozaidin

2019 Disertasi Sarjana

Dr. Wan Norhaniza Binti Wan

Hasan

LB5.M016.UM48 2019

Dunia Islam dilihat mula mengambil perhatian berkenaan isu pembangunan lestari sejak tahun 2002. Ahli akademik juga turut sama mengambil inisiatif dengan memperkenalkan alternatif kepada pembangunan lestari menerusi pembangunan lestari Islam bermula tahun 2000. Walaupun inisiatif telah diambil, namun apakah hala tuju wacana ahli akademik dalam pembangunan lestari Islam? Kemudian, apabila dilakukan pembangunan lestari secara Islam, tidakkah sepatutnya wacana pembangunan lestari Islam memenuhi elemen-elemen dalam pembangunan berteraskan Islam kerana pembangunan lestari Islam adalah termasuk daripada salah satu bidang dalam pembangunan berteraskan Islam? Dengan tumpuan khusus terhadap wacana ahli akademik dalam pembangunan lestari Islam berdasarkan perspektif pembangunan berteraskan Islam, kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti trend wacana pembangunan lestari Islam dalam kalangan ahli akademik; kedua, menganalisis trend wacana ahli akademik terhadap pembangunan lestari Islam dari perspektif pembangunan berteraskan Islam; ketiga, merumuskan trend wacana ahli akademik pembangunan lestari Islam berdasarkan perspektif pembangunan berteraskan Islam. Daripada ketiga-tiga objektif ini, dikenal pasti bahawa kajian ini berbentuk interpretif. Kajian berbentuk ini didapati memerlukan pengumpulan data primer dan data sekunder. Data primer dikumpulkan melalui temubual bersama pakar manakala data sekunder pula dikumpulkan melalui kajian dokumen. Kemudian, data-data yang terkumpul ini dianalisis menggunakan analisis kandungan klasik. Hasilnya didapati bahawa trend wacana ahli akademik dalam pembangunan lestari Islam mempunyai dua hala tuju iaitu ke arah penggunaan pendekatan akomodatif-modifikasi dan pembangunan lestari Islam dari perspektif pembangunan berteraskan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

17

Ekonomi Politik Pembangunan

Bandar Pelancongan

Islam di Bachok, Kelantan

Amalina Binti Musa 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

JF20.M017.AM482 2019

Pelancongan Islam menjadi tumpuan masyarakat dunia pada hari ini. Pelancongan Islam bermula apabila tempat yang menjadi tumpuan para pelancong mengamalkan konsep pelancongan Islam yang telah ditetapkan. Di Kelantan, kerajaan negeri telah memilih Bachok sebagai bandar pelancongan Islam berdasarkan slogannya iaitu Membangun Bersama Islam. Secara umumnya, pentadbiran di Kelantan mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu di bawah kepimpinan kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Keputusan PAS melaksanakan bandar pelancongan Islam adalah suatu yang memberikan manfaat kepada negeri kerana mengamalkan pelancongan berasaskan kepada syariah dan prinsip-prinsip agama Islam. Bandar pelancongan Islam yang dilaksanakan memerlukan sokongan dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Kajian ini dilakukan dengan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti ekonomi politik pembangunan Bachok. Kedua, menganalisis ekonomi politik pembangunan Bachok sebagai sebuah bandar pelancongan Islam. Ketiga, merumuskan pendekatan ekonomi politik pembangunan pelancongan Islam di Bachok. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua reka bentuk kajian iaitu pertama, kaedah kajian primer melalui kaedah temu bual dan kedua, kaedah kajian sekunder melalui kajian dokumen. Data-data yang dikumpul itu kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah kandungan kualitatif. Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan dua perkara. Pertama, dari sudut ekonomi, bandar pelancongan Islam di Bachok boleh dibangunkan dengan menyediakan kemudahan secara berperingkat. Kedua, dari sudut politik, dasar yang dibuat untuk pelancongan hendaklah disokong oleh perkara lain dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus memainkan peranan dalam dasar tersebut. Hasil daripada analisis, dapat dirumuskan bahawa interaksi antara ekonomi dan politik dalam perancangan sesebuah pembangunan negeri amat diperlukan untuk memajukan bandar Bachok sebagai bandar pelancongan Islam.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

18 Hijau dalam Al-

Quran

Nurul Ilham Binti Abdul

Aziz 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Fadzila

Azni Binti Ahmad

BP100.M018.IL27 2019

Terdapat pelbagai ilmu yang dibincangkan dalam al-Qur‟an, antaranya berkenaan hukum-hakam, kisah-kisah para Nabi dan Rasul, kejadian alam semesta, dan kejadian manusia. Selain itu, terdapat juga perbincangan berkenaan warna dalam al-Qur‟an yang menjadi perhatian. Antara warna yang dibincangkan ialah putih, hijau, merah, dan hitam. Disertasi ini bertujuan memberi tumpuan terhadap ayat-ayat al-Qur‟an yang menyebut istilah Hijau. Mutakhir ini, istilah Hijau telah banyak diguna pakai dalam pelbagai bidang sebagai contoh; teknologi Hijau, sekolah Hijau, perniagaan Hijau, kewangan Hijau (sukuk Hijau), pendidikan Hijau, dan kejiranan Hijau. Timbul persoalan apakah penjelasan berkaitan istilah Hijau yang disebut di dalam al-Qur‟an? Atas dasar tersebut, objektif disertasi ini ialah ingin mengenal pasti ayat-ayat al-Qur‟an yang berkaitan istilah Hijau. Kedua, disertasi ini juga menganalisis ayat-ayat al-Qur‟an yang mengandungi istilah Hijau berdasarkan kitab Tafsir al-Mawdu‟iy. Objektif ketiga ialah merumuskan istilah Hijau di dalam al-Qur‟an. Disertasi ini menggunakan sumber utama iaitu kaedah analisis kandungan ke atas sumber utama yang diperoleh daripada sumber al-Qur‟an. Seterusnya, sumber kedua menggunakan rujukan daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar iaitu Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir fi Zhilalil Qur‟an,Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Thabari. Hasil penelitian ini mendapati terdapat sembilan ayat dalam al-Qur‟an yang menyebut istilah Hijau, lima istilah yang berasal daripada kata terbitan al-Akhdhar (yang hijau) iaitu khudrin (hijau), khadiran (hijau), mukhdharratan (yang dihijaukan), dan mudhammatan (hijau gelap). Boleh dirumuskan di sini bahawa penjelasan berkaitan Hijau dalam al-Qur‟an bukan hanya dari sudut makanan yang berupa tumbuh-tumbuhan semata-mata tetapi Hijau pada perkara lain yang dikaitkan dengan maksud spiritual iaitu yang bersifat ketuhanan dan perkara-perkara yang bersifat positif. Setiap perkara yang membawa unsur Hijau kepada perkara alam semula jadi menunjukkan sesuatu yang tumbuh segar dan positif. Namun perspektif Hijau daripada ciptaan manusia yang berbentuk hiasan di muka bumi ini membawa kepada pelbagai makna positif dan negatif tidak seperti yang disebut dalam al-Quran. Istilah Hijau dalam al-Qur‟an tidak mempunyai unsur yang membawa kepada perkara yang haram daripada segi mua’malah (pergaulan) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, istilah Hijau daripada perspektif al-Qur‟an menyatakan unsur-unsur yang merujuk kepada sesuatu perkara yang baik dan boleh dilihat serta diguna pakai istilah tersebut pada skop yang lebih luas.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

19

Kaedah Perlaksanaan Boikot: Kajian Berdasarkan

Sirah Rasulullah

Hana Syahirah

Binti Jamil Ikhthsar

2019 Disertasi Sarjana

Dr. Azreen Hamiza

Binti Abdul Aziz

BP50.M019.H233 2019

Pergerakan sosial merupakan satu pergerakan secara kolektif oleh sekumpulan individu atau organisasi yang membawa satu persepakatan tentang sesuatu isu sosial dan menginginkan perubahan sosial berlaku. Pergerakan sosial ini merangkumi tindakan boikot sebagai salah satu medium pergerakan sosial baharu. Pada kebiasaannya, pelaksanaan boikot ini dipengaruhi oleh tindakan berdasarkan emosi yang tidak stabil oleh sekelompok pihak. Kaedah pelaksanaan boikot yang sedia tidak konsisten, dilakukan berdasarkan persepsi serta tindakan tanpa hala tuju dan tidak fokus. Lantas, kaedah sedia ada ini tidak sesuai dengan ajaran Islam. Atas sebab tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pelaksanaan boikot dalam sirah Rasulullah SAW melalui tiga objektif. Pertama, mengenal pasti pelaksanaan boikot dalam sirah Rasulullah SAW. Kedua, menganalisis kaedah pelaksanaan boikot dalam sirah Rasulullah SAW. Ketiga, merumuskan kaedah pelaksanaan boikot dalam sirah Rasulullah SAW. Objektif-objektif ini dicapai melalui kajian kualitatif berbentuk naratif. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh melalui kajian dokumen. Data sekunder yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan tradisional. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pelaksanaan boikot berdasarkan sirah Rasulullah melibatkan empat elemen iaitu kepimpinan, akhlak, komunikasi dan keimanan sebagai elemen tambahan. Kajian ini akhirnya dapat membina satu model baharu yang memaparkan kaedah pelaksanaan boikot oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, Rasulullah SAW dijadikan contoh tauladan dalam semua aspek kehidupan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

20

Pengurusan Konflik

Pemerintah Turki dengan Parti

Politik Sekular: Kaedah Recep Tayyip Erdogen

Nur Izzati Binti Abdul

Rahim 2019 Disertasi

Sarjana

Dr. Mohd Syakir Bin

Mohd Rosdi

JQ1758.M020.IZ99 2019

Pelantikan Recep Tayyip Erdogan sebagai Perdana Menteri Turki kemudian dipilih sebagai Presiden Turki menerusi Pilihan Raya Umum telah mencetus konflik pemerintah tersebut dengan Parti Politik Sekular Turki. Selama 16 tahun Recep Tayyip Erdogan memegang tampuk pemerintahan negara Turki, konflik dengan Parti Politik Sekular berjaya diuruskan oleh beliau. Namun, benarkah pengurusan konflik oleh Recep Tayyip Erdogan tersebut membawa kepada penyelesaian terhadap konflik dengan Parti Politik Sekular? Bagaimana Recep Tayyip Erdogan menguruskan konflik-konflik tersebut? Jika benar Recep Tayyip Erdogan berjaya menguruskan konflik dengan Parti Politik Sekular, apakah kaedah pengurusan konflik yang diaplikasikan oleh beliau terhadap Parti Politik Sekular sepanjang pemerintahan di Turki? Bagi menjawab persoalan-persolan tersebut, kajian ini menumpukan kepada tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti konflik Recep Tayyip Erdogan dengan Parti Politik Sekular di Turki; kedua, menganalisisi pengurusan konflik pemerintahan Turki dengan Parti Politik Sekular berasaskan kaedah pengurusan konflik Recep Tayyip Erdogan; dan ketiga, merumuskan kaedah pengurusan konflik pemerintahan Turki oleh Recep Tayyip Erdogan dengan Parti Politik Sekular. Data-data dalam kajian ini dikumpulkan merangkumi data primer dan data sekunder. Data primer dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan data sekunder melalui kaedah dokumen. Pengumpulan data dalam kajian ini merangkumi data primer dan data sekunder. Hasilnya didapati bahawa sepanjang pemerintahan Recep Tayyip Erdogan di Turki, sememangnya ada kaedah pengurusan konflik oleh Recep Tayyip Erdogan terhadap konflik dengan Parti Politik Sekular Turki. Kaedah pengurusan oleh Recep Tayyip Erdogan terhadap konflik dengan Parti Politik Sekular Turki dapat dirumukan mempunyai lima kaedah pengurusan konflik. Pertama, referendum; kedua, kompromi; ketiga, keterbukaan; keempat, berstrategi; dan kelima, undian. Bagi kaedah referendum, Recep Tayyip Erdogan berhasil menggunakan kuasa rakyat untuk beliau melakukan perubahan dalam perlembagaan negara dan mengurangkan tekanan dari Parti Politik Sekular terhadap pemerintahannya di Turki. Seterusnya, kaedah yang kedua, iaitu kompromi, Recep Tayyip Erdogan berjaya menarik sokongan dan mengurangkan penggeseran konflik dengan Parti Politik Sekular Turki menerusi kaedah berkompromi dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan pihak lawan tersebut. Bagi kaedah yang ketiga,iaitu keterbukaan, Recep Tayyip Erdogan berhasil mebawa kembali dasar Islam ke Turki menerusi kaedah keterbukaan terhadap hak asasi manusia terutama dalam kebebasan beragama tanpa tekanan daripada Parti Politik Sekular. Seterusnya bagi kaedah yang keempat iaitu berstrategi, Recep Tayyip Erdogan bertindak secara berstrategi dalam pemerintahan bertujuan untuk mengelakkan wujudnya konflik yang lebih berisiko dengan Parti Politik Sekular Turki. Bagi kaedah yang kelima iaitu undian, Recep Tayyip Erdogan berhasil mengekalkan tampuk pemerintahannya menerusi kaedah undian dari rakyat yang mempunyai kuasa dalam

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

pemerintahan negara. Kelima-lima kaedah pengrurusan konflik oelh Recep Tayyib Erdogan ini berhasil mengurangkan dan menamatkan konflik dengan Parti Politik Sekular.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

21

Perlaksanaan Program

Pembangunan Ekonomi dan

Keusahawanan Asnaf Mualaf di Majlis Agama

Islam dan 'Adat Melayu Perak

(MAIPk)

Nor Azura Binti Mohd.

Rusti 2019 Disertasi

Sarjana

Prof. Madya

Dr. Zakaria

Bin Bahari

HD72.M021.AZ997 2019

Wang zakat yang telah dikutip dipertanggunjawabkan kepada agensi pengagihan zakat seperti Baitumal untuk menyalurkan semua agihan wang tersebut kepada lapan golongan yang layak menerimanya. Salah satu golongan tersebut termasuklah asnaf mualaf. Antara langkah yang telah diambil adalah mewujudkan perlaksanaan program pembangunan usahawan asnaf mualaf melalui bantuan modal perniagaan bagi melahirkan usahawan dari golongan asnaf ini merupakan satu pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak MAIPk. Baitumal memberi agihan zakat dalam bentuk modal untuk menjadikan asnaf sebagai usahawan dengan tujuan mereka keluar daripada kelompok kemiskinan dan mengharapkan supaya golongan asnaf ini mampu berdikari. Dengan pemberian bantuam modal ini, golongan asnaf dapat memanfaatkannya dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sehingga berjaya menjana pendapatan sendiri. Namun yang demikian, timbul beberapa isu yang mendorong kepada permasalahan yang berlaku di MAIPk iaitu pemberian zakat kepada perlaksanaan program pembangunan keusahawanan dan ekonomi kepada asnaf mualaf ini benar-benar terlaksana atau ia memerlukan penambahbaikan dari aspek pelaksaanannya. Antaranya berkaitan skim bantuan yang diterima oleh asnaf mualaf ini sudah memadai atau tidak, program yang disediakan mencapai objektif atau tidak, system agihan yang tidak jelas, bayaran tidak mencukupi dan lain-lain. Bagi menjawab persoalan kajian, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti perlaksanaan program pembangunan ekonomi dan keusahawanan asnaf mualaf di MAIPk. Kedua, menganalisi perlaksanaan program pembangunan ekonomi dan keusahawanan asnaf mualaf di MAIPk dan ketiga, merumuskan perlaksanaan program pembangunan ekonomi dan keusahawanan asnaf mualaf di MAIPk. Kajian ini menggunakan kedua-dua jenis data iaitu data sekunder dan data primer. Data sekunder dikumpulkan melalui kaedah dokumen, manakala data primer dikumpulkan melalui kaedah temu bual mendalam terhadap informan terdiri daripada pegawai MAIPk dan asnaf mualaf. Kesemua data yang dikumpulkan di analisis menggunakan analisisi kandungan kualititatif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini mampu menjadikan MAIPk menyediakan bantuan untuk asnaf maualaf sama ada dalam bentuk bantuan bulanan (sara hidup) mahupun bantuan modal untuk asnaf yang menceburi bidang latihan dan keusahawanan. Pihak MAIPk telah menyediakan kemudahan bantuan mengikut keperluan asnaf. Berdasarkan penelitian didapati bahawa asnaf maualaf juga berkeinginan untuk memajukan diri mereka dan berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2019

Bil Tajuk Nama Pengarang

Tahun Diserahkan Peringkat Nama

Penyelia Nombor Panggilan Abstrak

22

The Management of Waqf Properties:

Analising a Proper and

Practical Approach for Sole Trustee

Mohamed Tawfeek

Bin Hassan 2019 Disertasi

Sarjana

Prof. Dr. Mohd Sakri

@Shukri Bin Salleh

HD28.M022.T234 2019

In Malaysia, the State Islamic Religious Council is the sole trustee of all waqf properties. This paper attempts to explore the legal position of the sole trustee in managing waqf properties. The issue of legality over the position of the sole trustee whi8ch from time to time crops up is without doubt affecting the progress of waqf. This research also examines the issues and the ever-growing challenges faced by the sole trustee, and also to identify the initiatives and efforts relevant towards the betterment and improvement of the entity. Traditionally, waqf is seen to contribute largely to the religious affairs and welfare of the Muslim. However, in recent years waqf has grown to be an important product contributing towards the economy of the Muslims. Therefore, examining the entity that manages waqf, namely, the sole trustee is somewhat imperative to ensure its continuity and its efficacy which is turn will be beneficial to the Muslims at large. This research is based on library research and the researchers’ observation. It includes investigation into related documents, inter alia; Waqf Deeds, Federal Constitution of Malaysia 1957, National Land Cole 1965, Enactments, Fatwa(s), Agreements including journals and academic literatures. It also includes interviews with waqf experts and practitioners. Researchers’ observation includes extraction of experiences from being active participating lawyer in the development of waqf properties in Malaysia. This paper argues that sole trustee, as the name suggest, has been an exclusive setup in the past but the present state of waqfs’ progression, this exclusivity is definitely detrimental to its progress. However, good governance, well regulated management process coupled with participation of experts and professional are indeed a potent formula towards the success in the management of waqf properties. Thus the way forward for the sole trustee is to become and inclusive entity.