PANDUAN BIG

26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa mulai November 2010

Transcript of PANDUAN BIG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa mulai November 2010

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2

2. Falsafah Pendidikan Guru 2

3. Pengenalan Program Bina Insan Guru Semester 4 3

4. Matlamat dan Objektif Program BIG 3

5. Objektif Buku Panduan dan Modul Pelaksanaan BIG 5

6. Garis Panduan Pelaksanaan Ceramah/Bengkel 6

7. Maklumat Pelaksanaan Ceramah/Bengkel 6

8. Panduan Aktiviti Kemasyarakatan 10

9. Peraturan dan Arahan Tetap Program BIG Semester 4 16

10. Panel Penggubal dan Pemurnian Modul BIG Semester 4 18

- 1 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat, dan Negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan

- 2 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan

berdisiplin.

- 3 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 4

Program Bina Insan Guru Semester 4 mencakupi satu aktiviti ceramah, bengkel dan satu

aktiviti khidmat masyarakat. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan kefahaman

yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah

dengan komuniti serta akauntabiliti profesionalisma guru ke arah meningkatkan kualiti

pendidikan.

Aktiviti ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat

kemasyarakatan. Bakal-bakal guru dilatih supaya berupaya berfikir secara positif dan

meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Mereka didedahkan dengan kepentingan semangat

berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara.

Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan

kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Mereka perlu dilatih supaya berfikir secara

reflektif dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil

tindakan penambahbaikan secara berterusan dalam kehidupan seharian.

- 4 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai

kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi

serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan

sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan

adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG bermula dengan

Perkhemahan I (4 hari 3 malam) yang dilaksanakan pada awal semester pertama dan diikuti

dengan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh pengajian mereka di

Institut Pendidikan Guru. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan memberipendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain

utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan II, ceramah, seminar, bengkel dan

khidmat masyarakat ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan

persekitaran yang berbeza.

2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau

aktiviti

3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

- 5 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina

pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan

berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah.

7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan

sosial.

8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan

tugas secara berkumpulan.

9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan

kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

3. OBJEKTIF BUKU PANDUAN DAN MODUL PELAKSANAAN BIG

Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

- 6 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

i. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG di semua institut

perguruan guru,

ii. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG di

semua institut pendidikan guru, dan

iii. Memastikan pelaksanaan BIG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil

pembelajaran yang ditetapkan.

.

4. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CERAMAH/ BENGKEL

- 7 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

1. Pengendalian ceramah/bengkel dilaksanakan di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal

Pelajar (HEP) IPG.

2. Tugasan ceramah/bengkel ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 4 jam .

3. Pelaksanaan ini mengambil kira kesesuaian tempat dan kemampuan kewangan semasa pihak

institut berkenaan.

4. Pengisian ceramah/bengkel hendaklah melibatkan gabungan ketiga-tiga tajuk yang

diberikan berkaitan dengan tema-tema berkenaan.

5. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/

bengkel yang dilaksanakan. Panjang laporan adalah antara 350-500 patah perkataan

untuk dibentangkan dalam sesi pembentangan.

6. Laporan hendaklah berbentuk refleksi kendiri ( Kepentingan kepada diri, kerjaya ,

organisasi dan komuniti )

7. Laporan ini hendaklah dihantar kepada Tutor Kumpulan selepas aktiviti

dilaksanakan.

5. MAKLUMAT PELAKSANAAN CERAMAH/BENGKEL

5.1 KANDUNGAN TAJUK

- 8 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Tajuk 1: Pembinaan Insan Guru yang Seimbang 1.1 Guru sebagai insan mulia.

1.2 Kualiti peribadi dan professionalisma seorang guru.

1.3 Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.

TAJUK 2: Guru dan Hubungan Komuniti2.1 Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan.

2.2 Guru sebagai agen perubahan masyarakat.

2.3 Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan.

TAJUK 3: Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme3.1 Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia.

3.2 Guru reflektif menjana keberkesanan tugas.

3.3 Etika dan moral professional.

3.4 Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada peranan dan

tanggungjawab guru.

5.2 MASA : 4 Jam

- 9 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

(2 Jam ceramah , 1 Jam bengkel, 1 Jam sesi pembentangan laporan refleksi)

5.3 TEMPAT : Dewan/Bilik Syarahan5.4 BILANGAN PESERTA : Semua peserta PGSR

5.5 SUMBER/ PERALATAN1. LCD

2. Kertas ( A4 dan mahjong )

3. Komputer riba

4. Papan putih

5. Pemadam papan putih

5.6 HASIL PEMBELAJARAN DAN INDIKATOR PRESTASI

Hasil Pembelajaran Indikator Presatasi

1. Memahami konsep pembinaan insan yang seimbang meliputi aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah keguruan.

1.1 Menjelaskan konsep pembinaan insan guru yangseimbang.

1.2 Menganalisis kepentingan ilmu dan kemahirandalam pembinaan insan guru.

1.3 Menjelaskan ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorang guru.

- 10 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Hasil Pembelajaran Indikator Presatasi

2. Memahami peranan guru sebagai agenperubahan, membina hubungan komuniti dan memberikan perkhidmatan pendidikan secara adildan saksama.

2.1 Menjelaskan peranan guru sebagai agen perubahan dalam masyarakat.

2.2 Merancang strategi membina hubungan sekolahdan komuniti.

2.3 Menjelaskan peranan guru dalam merealisasikan konsep pendemokrasian pendidikan dan cabaran-cabaran yang dihadapi.

3. Memahami akauntabiliti dan komitmen guru dalam konteks pelaksanaan tugas, kualiti perkhidmatan serta etika dan moral professional.

3.1 Menjelaskan akauntabiliti dan komitmen guru dalam memberikan perkhidmatan berkualiti.

3.2 Menganalisis peranan guru dalam melaksanakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara.

3.3 Menjelaskan kepentingan mengahayati dan mengamalkan nilai dan etika keguruan.

3.4 Kebolehan menggunakan pemikiran reflektif dalam meningkatkan keberkesanan diri.

6. PROSEDUR PELAKSANAAN

- 11 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah / Masa Isi Kandungan Strategi Pelaksanaan Fokus HasilPembelajaran

2. Sesi penyampaian input berkaitan tajuk yang telah ditentukan.

(120 minit)

2.1 Isi kandungan berkaitan tajuk yang ditetapkan.

Syarahan/ kuliah menggunakan bahan-bahansokongan tertentu.

Membina kefahaman dan penghayatan peserta terhadap kandungan ceramah/ syarahan.

3. Aktiviti peserta secara berkumpulan atau bersendirianmenyiapkan laporan refleksi

( 60 minit )

3.1 Berdasarkan tugasan yang dikemukakan kepada peserta berkaitan tajuk-tajukdalam ceramah/syarahan.

Peserta menyiapkan laporan 3.1 Memberikan

taklimat tugasan kepada setiap peserta.

3.3 Peserta secara individu atau kumpulan menyiapkan laporan refleksi hasil ceramah/ syarahan

Mengintegrasi pengetahuan sedia peserta dan pembelajaran baru berkaitan tajuk ceramah/syarahan.Memantapkan penguasaan kandungantajuk ceramah/ syarahan.

4.Pembentangan/ Soal

4.1 Penjelasan terperinciisi kandungan ceramah/

4.1Peserta membentangkan laporan

Merangsang pemikirandan refleksi peserta

- 12 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah / Masa Isi Kandungan Strategi Pelaksanaan Fokus HasilPembelajaran

jawab/ Rumusan

( 60 minit )

syarahan berdasarkan perspektif peserta.

4.2 Rumusan penceramah berkaitan ceramah/ syarahan dan membuat penilaian terhadap peserta.

refleksi masing-masing yang telah disiapkan

4.2 Penceramah membuat rumusan berkaitan ceramah yang telah dijalankan dan memberi penilaian hasil laporan berkenaan.

terhadap tajuk seminar ceramah /syarahan.

7. PANDUAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.

8. TUGASAN PELAJAR

Peserta dikehendaki mengikuti program sehingga selesai danmenyediakan satu laporan reflektif berkaitan aktiviti yang telah diikuti berdasarkan panduan yang telah ditetapkan. Laporan ini perlu disediakan secara individu.

9. AKTIVITI KEMASYARAKATAN9.1 Pengenalan

- 13 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Aktiviti khidmat masyarakat ini direncanakan dalam program Bina Insan Guru ( BIG )Semester 4 dengan tujuan semua pelajar dapat menjiwai dan merasai kesempitankehidupan di kawasan yang dipilih untuk aktiviti ini. Kesempitan dan kekangankehidupan akan memberi pendidikan secara langsung kepada bakal pendidik, seterusnyamempengaruhi pelatih membuat keputusan dalam dunia pendidikan. 9.2 Jenis Khidmat Kemasyarakatan.9.2.1 khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas)9.2.1 bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)9.2.3 gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat

komuniti, dan khidmat kebajikan).

9.3 Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti.9.3.1 kelas tambahan9.3.2 klinik subjek/ bimbingan pembelajaran.9.3.3 kem motivasi dan kerjaya9.3.4 kempen kesedaran pendidikan.

Program Khidmat Masyarakat

Tema1. Jenis Khidmat Kemasyarakatan.2. Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti.

Tajuk 1. Khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital,

- 14 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Khidmat Masyarakat

rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas)2. Bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam)3. Gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat,

pusat-pusat komuniti, dan khidmat kebajikan).4. Kelas tambahan5. Klinik subjek/ bimbingan pembelajaran.6. Kem motivasi dan kerjaya7. kempen kesedaran pendidikan.

Masa / Tempat 1. 6 jam 2. Kawasan yang difikirkan sesuai oleh pihak HEP

Bilangan Peserta 1. Semua pelajar PGSR

Sumber / Peralatan

1. LCD2. Kertas ( A4 dan mahjong )3. Komputer riba4. Papan putih 5. Pemadam papan putih6. Peralatan gotong royong / peralatan yang akan digunakan

mengikut kesesuaian program.7. Kain rentang program.

Hasil Pembelajaran dan Indikator Prestasi

Hasil PembelajaranIndikator Presatasi

- 15 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Khidmat Masyarakat

1. Berjiwa merdeka dan perkasa.

1.1 Membina kemahiran pengurusan diri dankumpulan.

1.2 Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

2. Kerohanian dan akhlak keguruan.

2.1. Memahami konsep nilai dan etika keguruan.

2.2. Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

2.3. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

3. Berilmu, beramal dan berbakti.

3.1 Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab.

3.2 Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

4. Berakauntabiliti dan amanah.

4.1. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

4.2. Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti persekitaran.

4.3. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan.

- 16 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Khidmat Masyarakat

4.4. Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan.

5. Kreatif dan inovatif

5.1. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

5.2. Berupaya berfikir secara kritikal, analitikal dan kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

5.3. Berupaya berfikir secara reflektif dalam nilai kelemahan dan kekuatan diri untuk melakukan penambahbaikan.

Plan Kontigensi Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.

- 17 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah /Masa Isi Kandungan Strategi Pelaksanaan Fokus HasilPembelajaran

1. Persediaan Perancangan( 2 Jam )

Perancangan Persediaan Perancangan- Bentuk JK Kerja dan

spesifikasi tugas.- Memberi penjelasan,

kefahaman tentang tujuanprogram.

- Membina plan kerja.- Menyediakan proposal

program.- Menentukan lokasi

program.

- Dapat menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik ( strategic planning management )

- Dapat mengaplikasikan analisa SWOT / 4WIH untuk menjana strategi.

- Melatih diri membuatrundingcara secara profesional

- Dapat menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusansecara musyawarah.

Hala tuju program - Mendapatkan mandat / maklumat program daripada pihak HEP dan pihak-pihak berkaitan.

- Ketua Jabatan HEP- Ketua Unit BK-HEP- Pensyarah Tutor- Pihak atau agensi

yang berkaitan dengan program.

Analisa Persekitaran

- Tinjauan lokasi- Analisa SWOT atau 4W1H

Isu dan matlamat program

- Bergantungan kepada lokasi dan sasaran di mana program ini akan dilaksanakan.

- 18 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah /Masa Isi Kandungan Strategi Pelaksanaan Fokus HasilPembelajaran

Contoh:-- Program yang melibatkan

Rumah Anak Yatim, agensiyang terlibat seperti Jbtn. Kebajikan Masyarakat Negeri, ADUN,JKKK dan lain-lain.

Menyediakan Plan Tindakan Program

- Menyediakan kertas cadangan yang lengkap

- Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja.

- Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat.

- Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat.

5. Semasa dan Selepas Program dilaksanakan(4 Jam)

Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi

- Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan.

- Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika

- Dapat mengetahui prinsinp penggunaan ruang dan tanggungjawab.

- Mendalami jiwa masyarakat yang

- 19 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah /Masa Isi Kandungan Strategi Pelaksanaan Fokus HasilPembelajaran

kerja yang telah ditetapkan

berlaku sesuatu masalah .

- Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa.

- Membantu JK-JK lain melicinkan program.

- Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual.

pelbagai dalam proses menyesuaikan diri di alam pendidikan.

Membuat penilaian program dan membuat refleksi.

- Mesyuarat akhir / postmortem.

- Menyediakan laporan reflektif untuk dihantarkepada tutor.

- Mengembalikan semua barang dan peralatan pinjaman.

- Menghantar surat penghargaan terima kasihkepada agensi luar yang terlibat.

-

- Dapat menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusansecara musyawarah.

- Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG SEMESTER 4

- 20 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Peraturan dan arahan tetap program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan

dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar,

berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara

menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG.

2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat

menghormati antara satu sama lain.

3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku

yang terpuji sepanjang perkhemahan .

4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak

perkhemahan apabila masuk waktu solat.

5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program /

aktiviti yang dilaksanakan.

6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan.

(Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.

- 21 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga

kebersihan kawasan.

9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap

mesra alam sekitar.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga

sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan

perempuan sepanjang aktiviti adalah ditegah.

12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan

tuntutan agama )..

13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti .

14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

15. Peserta dilarang menganggu dan merosakkan flora dan fauna atau merosakkan

habitatnya.

16. Peserta dilarang keluar dari lokasi aktiviti kecuali dengan kebenaran.

17. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta

persendirian.

18. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan

pengawasan jurulatih / fasilitator.

- 22 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

19. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

20. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan

sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

21. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh

Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.

PERINGATAN

Semua petugas yang dilantik / tutor diminta berada di lokasi dari mula sehingga tamat aktiviti .

Mentor / tutor diminta bersama pelajar pada setiap aktiviti yang dijalankan.

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN

- 23 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

MODUL PRORAM BINA INSAN GURU ( BIG ) SEMESTER 4PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PGSR )

NOVEMBER 2010

Nama Jabatan / Institut

1. Haji Aleas bin Md Isa(Penyelaras)

Penolong PengarahPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pelajaran MalaysiaAras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200Jalan Persiaran Apec Cyber 6, 63000 Cyberjaya

2. Encik Ahmad Sukri bin Mustaffa Pensyarah/Fasilitator BIGInstitut Pendidikan GuruKampus DarulamanBandar Darulaman06000 Jitra, Kedah

3. Encik Mohamad Hafedz bin Salleh Pensyarah/Fasilitator BIGInstitut Pendidikan GuruKampus DarulamanBandar Darulaman06000 Jitra, Kedah

4. Haji Norhizan bin Zainol Pensyarah/ Fasilitator BIGInstitut Pendidikan GuruKampus Temenggong IbrahimJalan Datin Halimah

- 24 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

80350 Johor Bahru

- 25 -