Bantuan masuk universiti RM1,000 - Selangorkini

23
PP 19570/07/2020 (035196) PERCUMA 4 - 10 Mac 2021, 20 - 26 Rejab 1442 MUKA 17 MUKA 4 MUKA 3 Usahawan tudung ungguli 11.11 Shopee Hampir 5,000 sertai saringan percuma setakat 1 Mac Pelaburan tertinggi tiga tahun berturut-turut Utamakan peserta skim Peduli Sihat dapat vaksin MUKA 2 SHAH ALAM - Anak Selangor yang ditawar masuk ke institut pengajian tinggi (IPT) dipelawa memohon Ha- diah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT). Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata pelajar daripada keluarga berpendapatan bawah RM5,000 ditawar insentif berjumlah RM1,000 seorang. “Setiap tahun, Kerajaan Negeri me- nawarkan insentif yang dinamakan HPIPT ini bagi meringankan beban persediaan belajar," katanya di Facebook pada 2 Mac. Permohonan boleh dibuat sekarang sehingga 31 Mac menerusi laman se- sawang hpipt.selangor.gov.my Pemohon mestilah pelajar tahun per- tama pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda, diploma atau sijil kema- hiran tahap empat di IPT awam dan swasta. Mereka juga mestilah warganegara dan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pemastautin lebih setahun di negeri ini juga layak memohon. Dokumen sokongan perlu dihantar ke urus setia HPIPT di alamat: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam. Untuk pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi urus setia di talian 03-5544 7385 atau 03-5521 2306. BERSAMBUNG MUKA 20 Bantuan masuk universiti RM1,000 Pakej Kita Selangor berjaya tangani wabak Covid-19 Lebih 100,000 dapat manfaat RM24.7 juta Muka 10 - 15 ISTIMEWA Hari Wanita OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN SHAH ALAM - Seramai 108,545 penduduk negeri ini menerima manfaat Pakej Kita Se- langor melibatkan peruntukan berjumlah RM24.7 juta, kata Dato' Menteri Besar. Dato' Seri Amirudin Shari berkata mereka menikmati pelbagai manfaat enam daripada 20 inisiatif termasuk bantuan makanan untuk petugas hadapan dan pelupusan pinjaman Yayasan Selangor. "Selain itu, peserta Skim Smart Sewa menikmati penangguhan sewa tiga bulan dan pengecualian serta penangguhan sewa penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya. Beliau memaklumkan kemajuan Pakej Kita Selangor, yang diumum pada 20 Januari, se- lepas melawat Pusat Operasi C5i Smart Sela- ngor (SSOC) di sini yang memantau perkem- bangan pakej tersebut. SSOC dan Pusat Kecemerlangan Smart Se- langor (CoE2) dibangunkan dengan kos ke- seluruhan RM7.5 juta bagi mengurus perkem- bangan semasa kes Covid-19. Kedua-duanya diumumkan dalam pakej berkenaan. Setelah sebulan, enam inisiatif telah ber- jaya disempurnakan, antaranya pelupusan pinjaman pelajar sebanyak RM7.7 juta dan bantuan makanan RM1.6 juta selama dua minggu untuk petugas barisan hadapan. Bantuan banjir ketika wabak di tiga negeri Pantai Timur berjumlah RM2 juta juga sudah disalurkan ke akaun Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 25 Januari. Kerajaan Negeri juga memberi penge- cualian bagi Januari dan penangguhan ba- yaran dua bulan berikutnya kepada 2,365 penyewa rumah PPR dan rumah majlis de- ngan kesan kewangan RM1.1 juta. Sementara 450 peserta Skim Smart Sewa dibenarkan menangguhkan bayaran selama tiga bulan bermula Januari dengan kesan ke- wangan RM630,050. BERSAMBUNG MUKA 4 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berbual dengan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia, Gombak pada 1 Mac 2021. Beliau turut menyerahkan kit penjagaan diri yang mengandungi pelitup muka boleh guna semula dan cecair pembasmi kuman ke sekolah itu. BERITA LANJUT MUKA 5. Foto Nazir Asri

Transcript of Bantuan masuk universiti RM1,000 - Selangorkini

PP 19570/07/2020 (035196) PERCUMA 4 - 10 Mac 2021, 20 - 26 Rejab 1442

MUKA 17MUKA 4MUKA 3

Usahawan tudung ungguli 11.11 Shopee

Hampir 5,000 sertai saringan percuma setakat 1 Mac

Pelaburan tertinggi tiga tahun berturut-turut

Utamakan peserta skimPeduli Sihat dapat vaksin

MUKA 2

SHAH ALAM - Anak Selangor yang ditawar masuk ke institut pengajian tinggi (IPT) dipelawa memohon Ha- diah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru-din Shari berkata pelajar daripada keluarga berpendapatan bawah RM5,000 ditawar insentif berjumlah RM1,000 seorang.

“Setiap tahun, Kerajaan Negeri me- nawarkan insentif yang dinamakan HPIPT

ini bagi meringankan beban persediaan belajar," katanya di Facebook pada 2 Mac.

Permohonan boleh dibuat sekarang sehingga 31 Mac menerusi laman se-sawang hpipt.selangor.gov.my

Pemohon mestilah pelajar tahun per-tama pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda, diploma atau sijil kema-hiran tahap empat di IPT awam dan swasta.

Mereka juga mestilah warganegara dan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). Pemastautin lebih setahun di negeri ini juga layak memohon.

Dokumen sokongan perlu dihantar ke urus setia HPIPT di alamat: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam.

Untuk pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi urus setia di talian 03-5544 7385 atau 03-5521 2306.

BERSAMBUNG MUKA 20

Bantuan masuk universiti RM1,000

Pakej Kita Selangor berjaya tangani wabak Covid-19

Lebih 100,000 dapat manfaat RM24.7 juta

Muka 10 - 15

ISTIMEWAHari Wanita

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

SHAH ALAM - Seramai 108,545 penduduk negeri ini menerima manfaat Pakej Kita Se-langor melibatkan peruntukan berjumlah RM24.7 juta, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata mereka menikmati pelbagai manfaat enam daripada 20 inisiatif termasuk bantuan makanan untuk petugas hadapan dan pelupusan pinjaman Yayasan Selangor.

"Selain itu, peserta Skim Smart Sewa menikmati penangguhan sewa tiga bulan dan pengecualian serta penangguhan sewa penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.

Beliau memaklumkan kemajuan Pakej Kita Selangor, yang diumum pada 20 Januari, se-lepas melawat Pusat Operasi C5i Smart Sela- ngor (SSOC) di sini yang memantau perkem-bangan pakej tersebut.

SSOC dan Pusat Kecemerlangan Smart Se-langor (CoE2) dibangunkan dengan kos ke- seluruhan RM7.5 juta bagi mengurus perkem-bangan semasa kes Covid-19. Kedua-duanya diumumkan dalam pakej berkenaan.

Setelah sebulan, enam inisiatif telah ber-jaya disempurnakan, antaranya pelupusan pinjaman pelajar sebanyak RM7.7 juta dan bantuan makanan RM1.6 juta selama dua minggu untuk petugas barisan hadapan.

Bantuan banjir ketika wabak di tiga negeri Pantai Timur berjumlah RM2 juta juga sudah disalurkan ke akaun Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 25 Januari.

Kerajaan Negeri juga memberi penge-cualian bagi Januari dan penangguhan ba-yaran dua bulan berikutnya kepada 2,365 penyewa rumah PPR dan rumah majlis de-ngan kesan kewangan RM1.1 juta.

Sementara 450 peserta Skim Smart Sewa dibenarkan menangguhkan bayaran selama tiga bulan bermula Januari dengan kesan ke-wangan RM630,050.

BERSAMBUNG MUKA 4

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berbual dengan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia, Gombak pada 1 Mac 2021. Beliau turut menyerahkan kit penjagaan diri yang mengandungi pelitup muka boleh guna semula dan cecair pembasmi kuman ke sekolah itu. BERITA LANJUT MUKA 5. Foto Nazir Asri

2Utama

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

KLANG - Hampir 4,000 sampel ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) diambil meneru-si beberapa program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Negeri sejak 8 Februari lalu.

Koordinator Klinik Selcare Abdul Hadri Hakimi Abdul Rahman berkata bilangan itu meliputi penduduk se-tempat, warga emas dari 26 pusat penjagaan dan hemodialisis serta pekerja industri.

“Setakat ini, sambutan terha-dap saringan bersasar yang dijalankan

sekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Sabak Bernam pada tahap memuas-kan.

“Namun, bilangan ini boleh diper- tingkat lagi selaras sasaran 50,000

yang ditetapkan Kerajaan Ne-geri,” katanya dalam program di Majlis Perbandaran Klang (MPK) Pendamar Indah 2 di sini pada 27 Februari.

Program sama turut ber-langsung di Majlis Bandaraya

Shah Alam Seksyen 28, Shah Alam pada hari sama.

Abdul Hadri berkata peranan pelbagai

agensi penting bagi meluaskan hebahan program itu seterusnya meningkatkan kepekaan masyarakat.

“Selain media arus perdana dan media sosial, wakil rakyat juga perlu memberi maklumat meluas dan elak saat akhir,” katanya.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta untuk mengadakan saringan ber-sasar percuma bagi membendung pere-bakan wabak.

Sebelum ini, program sama dibuat di Seksyen 7 dan Seksyen 25, Shah Alam; Pan-damaran Jaya, Klang; PJS 6, Petaling Jaya dan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam.

4,000 ujian Covid-19 sejak 8 Februari

SHAH ALAM - Sebanyak 39 kes posi-tif Covid-19 dikesan sepanjang dua hari program Saringan Komuniti pada 27 dan 28 Februari lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru-din Shari berkata seramai 1,283 individu menyertai saringan bersasar secara per-cuma membabitkan empat lokasi.

“Daripada jumlah itu, 39 individu dike-san positif. Ujian percuma ini akan diterus-kan minggu ini,” katanya pada 1 Mac.

Pada 27 Februari, saringan diadakan

di Dewan Serbaguna Pendamar Indah 2, Pelabuhan Klang dan Dewan Kenanga, Seksyen 28, Shah Alam.

Keesokannya, program sama di Ta-man Puchong Indah mensasar penduduk Kampung Sri Langkas, Taman Dahlia, Ta-man Puchong Perdana, Puchong Permata 2 dan Kampung Seri Andalas.

Program itu juga dibuat di Dewan Seksyen 19 dan Seksyen 7 Shah Alam; De-wan Serbaguna Pandamaran Jaya, Klang; Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya; Sta-

dium Sungai Besar, Sabak Bernam.Menerusi Pakej Kita Selangor, Kerajaan

Negeri menyediakan peruntukan RM6 juta untuk menjayakan saringan tersebut ber-tujuan membendung penularan wabak.

Program itu dijangka memanfaatkan 50,000 rakyat dengan tumpuan kepada golongan sasar seperti warga emas te- rutama di pusat penjagaan dan hemodi-alisis seluruh negeri termasuk kumpulan berpendapatan rendah serta mahasiswa anak Selangor.

Saringan percuma dua hari kesan 39 kes

GOMBAK - Golongan antivaksin diminta berhenti menyebar maklumat mengelirukan yang boleh mencetuskan ketakutan orang ra-mai terhadap vaksin Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata suntikan terhadap rakyat beber-apa negara terbukti berkesan apabila jang- kitan wabak dapat ditangani.

“Jangan sebarkan ketakutan kerana apa yang dapat kita lihat trend seluruh dunia mi- salnya China dan Eropah serta banyak nega-ra lain, mereka dapat kawal kes apabila mula memvaksin masyarakat.

“Justeru, ujian dan penyelidikan empiri-kal membuktikan bahawa vaksin ini berke-san serta boleh melindungi diri daripada Covid-19,” katanya pada 1 Mac.

Amirudin menjelaskan vaksin Pfizer-Bi-oNTech yang tiba di Malaysia baru-baru ini melalui sekurang-kurangnya tiga ujian klini-kal sebelum mendapat kelulusan kerajaan.

“Malah, jika dilihat daripada pengalaman Turki, hampir 100 peratus laporan (keberke-sanan) vaksin Sinovac, jadi kita sedang teliti keadaan ini,” katanya lagi.

Hentikan sebar maklumat keliru

PETALING - Orang ramai diseru memanfaatkan program Saringan Komuniti bagi menjayakan matlamat mencapai kadar jangkitan Covid-19 bawah paras lima peratus di Selangor.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud mengakui bilangan individu yang menyertai saringan bersasar itu agak berku-rangan kebelakangan ini sekalipun kemuda-han itu diberi percuma.

“Kalau dulu, semua tanya di mana lokasi saringan yang akan dianjur tetapi sekarang mungkin kesan keyakinan masyarakat de-ngan adanya vaksin.

“Mereka perlu tahu untuk permulaan, vak-sin diberi kepada petugas hadapan seterusn-ya warga emas sebelum orang awam dalam tempoh lima hingga enam bulan lagi,” kata- nya pada 28 Februari.

Sasar jangkitan bawah lima peratus

SHAH ALAM - Enam hospital di Selangor dipilih sebagai pusat simpanan vaksin (PSV) Covid-19 untuk diagih ke pusat kesihatan terpilih bagi proses suntikan.

Hospital berkenaan ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Am-pang dan Hospital Tanjong Karang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata pemilihan dibuat selepas mengambil kira kemudahan dan bekalan elektrik mencuku-pi bagi memastikan vaksin dalam keadaan baik.

“Kita menggunakan sistem suis automatik dengan sebuah penjana kuasa berfungsi mem-bekalkan sumber elektrik jika tempat tersebut mengalami gangguan bekalan,” kata Dato’ In-dera Dr Sha’ari Ngadiman.

Enam hospital simpan vaksin

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PUCHONG - Individu berdaftar bawah Skim Insurans Peduli Sihat antara yang diberi keutamaan menerima suntikan vaksin yang dibeli Kerajaan Negeri, kata EXCO kesihatan awam

Justeru, Dr Siti Mariah Mahmud menyeru rakyat khususnya kelompok berpendapatan rendah (B40) mendaf-

tar skim berkenaan bagi memudahkan penyediaan vaksin.

"Kalau tidak daftar, kita tidak tahu jumlah vaksin untuk disiapkan. Sebab itu, kita perlu-kan data lengkap kerana ia melibatkan pen-gangkutan selain mengelak pembaziran.

"Memang mereka boleh pilih untuk menerima vaksin kerajaan pusat atau Kerajaan Negeri kerana apa yang paling penting kita mahu memastikan tiada sia-

pa tercicir," katanya pada 28 Februari.Dr Siti Mariah berkata pihaknya juga

akan mengumpul data penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk mendapat suntikan awal.

Menurutnya, pertimbangan turut diberi kepada warga emas di pusat pen-jagaan berikutan golongan itu berisiko tinggi terkena jangkitan Covid-19.

Utama peserta Skim Peduli Sihat

Dr Siti Mariah meninjau program Saringan Komuniti di Dewan MBSJ Puchong Indah, Puchong pada 28 Februari

Diperluas kepada warga emas

Utama3SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menegaskan perbuatan menolak suntikan vaksin Covid-19 tidak bertanggungjawab dan dilarang hukum syarak.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah sikap sedemikian bukan sahaja memudaratkan diri sendiri bahkan men-jejaskan seluruh masyarakat jika sebaha-gian besar tidak dilindungi vaksin.

“Justeru, imuniti kelompok perlu diuta-makan dan ia hanya boleh dicapai jika seluruh masyarakat mempunyai imuni-sasi yang tinggi.

“Ini bertepatan dengan prinsip Islam yang mementingkan pencegahan dari-pada sebarang kemudaratan,” titah ba- ginda menerusi Facebook Selangor Royal Office pada 26 Februari.

Sultan Selangor bertitah demikian

dengan berkongsi khutbah Jumaat ber-tajuk ‘Vaksin Covid-19: Mencegah Kemu-daratan’ dan meminta umat Islam meng-hayati dari sudut akidah.

“Allah pasti menurunkan penawar bagi semua penyakit termasuk Covid-19. Inilah pegangan akidah sejati yang meng-himpunkan usaha, doa serta tawakal,” menurut khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sultan: Tolak vaksin bertentangan syarak

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Seramai 66,690 petugas barisan hadapan di Selangor menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi fasa per-tama bermula 25 Februari, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata suntikan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat ne-geri membabitkan 44 daripada 70 pusat pemberian vaksin (PPV) meliputi petu-gas kesihatan dan anggota keselamatan.

“Ahli Dewan Negeri, pegawai daerah serta datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan juga termasuk dalam senarai ini yang dijangka berakhir pada April atau Mei depan kerana mere-ka akan menguruskan pemberian vaksin pada fasa seterusnya,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga bercadang untuk memberi suntikan tersebut kepada guru memandangkan sesi persekolahan dibuka mulai 1 Mac.

Semua individu yang menerima vak-sin akan menerima suntikan berikutnya pada 18 Mac di hospital sama.

Setakat 1 Mac, seramai 700 petugas negeri ini sudah menerima suntikan dos pertama.

Pada 21 Februari, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapa-ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lum-pur (KLIA) dari Belgium.

Fasa pertama meliputi petugas ha-

dapan diikuti kumpulan berisiko tinggi, warga emas, kumpulan rentan, orang kelainan upaya dan dewasa 18 tahun ke atas.

Selangor menerima 78,000 dos vak-sin Covid-19 yang diagih secara berpe- ringkat mengikut kumpulan sasar atau berkepentingan.

Fasa pertama libatkan guru

70,000 petugas terima suntikan

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar menasiha-ti orang ramai supaya tidak ragu-ragu untuk menerima suntikan vaksin memandangkan ia selamat digunakan.

Tidak mengalami kesan sampingan atau alahan selepas mendapat suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata proses suntikan dos pertama ber-jalan lancar.

Beliau menyifatkannya sebagai pengala-man baharu dan menganggap tindakan itu penting bagi melindungi diri daripada jang- kitan Covid-19.

“Alhamdulillah, setakat ini tidak rasa apa-apa. Seramai 42 orang menerima suntikan kelompok pertama dan kami sudah melepa-si tempoh pemantauan.

“Mengikut jadual, kami akan terima sunti-kan kedua pada 18 Mac,” katanya ketika pro-gram Imunisasi Vaksin Covid-19 peringkat negeri di Hospital Shah Alam pada 25 Feb-ruari.

Turut disuntik, Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, EXCO Kesiha-tan Awam Dr Siti Mariah Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nor Azmie Diron dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dato’ Indera Dr Sha’ari Ngadiman.

“Saya percaya ini (vaksin) satu perkara yang diuji dengan baik dan berharap menja-di bukti keyakinan kepada orang ramai,” kata Amirudin lagi.

MB seru rakyat tidak ragu-ragu

SUBANG JAYA - Kerajaan Selangor mene-rima permintaan beberapa syarikat industri untuk mendapatkan bekalan vaksin bagi me-lindungi pekerja mereka daripada dijangkiti Covid-19.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mah-mud berkata pihaknya memberi keutamaan kepada syarikat yang membuat permohonan dan membayar vaksin tersebut.

“Syarikat industri ini minta kita dapat-kan vaksin dan sanggup bayar kos tersebut supaya mereka boleh memberi suntikan segera terhadap pekerja.

“Bagaimanapun, pada peringkat awal ada kawalan daripada kerajaan pusat kerana di-bimbangi bekalan tidak mencukupi,” katanya pada 28 Februari.

Sebanyak dua hingga lima juta dos vaksin Covid-19 yang dibeli Kerajaan Selangor di-jangka diperoleh pada Mei atau Jun depan.

Selain mengurangkan beban kerajaan persekutuan, langkah itu bertujuan memasti-kan bekalan mencukupi untuk penduduk ne-geri ini sekali gus menjamin kesihatan rakyat.

Dr Siti Mariah juga berharap program suntikan vaksin yang bermula di Selangor memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyertainya.

Katanya, langkah itu penting bagi mem-bendung penularan Covid-19 berikutan ne-geri ini menyumbang 33 peratus daripada keseluruhan kes dalam negara.

Industri sedia bayar,elak dijangkiti

Amirudin menerima suntikan vaksin di Hospital Shah Alam pada 25 Februari

SHAH ALAM - Selangor berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi yang dilulus-kan tiga tahun berturut-turut seba- nyak RM38.7 bilion daripada jumlah RM164 bilion bagi ta-hun 2020.

Walau ekonomi tidak me-nentu susulan penularan Covid-19, EXCO pelaburan menjelaskan RM18.4 bilion daripada jumlah itu datang daripada sektor pembuatan.

"Juara tiga tahun berturut-turut! Selangor mencatat jumlah pelaburan tertinggi yang diluluskan (RM38.7 bi- lion) dan juga dalam sektor pembuatan (RM18.4 bilion) bagi tahun 2020.

"Angka tiga tahun tersebut merupa-

kan angka yang paling tinggi dalam tem-poh 27 tahun lalu," kata Dato’ Teng Chang

Khim di Facebook pada 2 Mac.Beliau mengulas laporan Lem-baga Pembangunan Pelabu-

ran Malaysia (Mida) 2020 yang menunjukkan Sabah merekod pelaburan RM21 bilion, Sarawak (RM19.6 bi- lion), Kuala Lumpur (RM17.1

bilion) dan Pulau Pinang (RM16 bilion).

Lima negeri ini menyumbang 68.5 peratus jumlah pelaburan yang diluluskan.

Selangor juga berjaya menarik jum-lah pelaburan tertinggi dalam bidang pembuatan, diikuti Sarawak (RM15.7 bi- lion), Pulau Pinang (RM14.1 bilion), Sabah

(RM12.0 bilion) dan Johor (RM6.8 billion).Lima negeri ini menyumbang 73.4

peratus daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan bagi sektor pembuatan tahun lalu.

Pada 2019, Selangor mencatat nilai pelaburan RM47.8 bilion sekali gus menyumbang 23.7 peratus kepada Ke- luaran Dalam Negara Kasar.

Pelaburan RM164 bilion yang melibat-kan 4,599 projek dijangka dapat mewu-judkan 114,673 peluang pekerjaan baha-ru dalam pelbagai sektor ekonomi.

Daripada jumlah ini, pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang RM99.8 bilion atau 60.9 peratus, semen-tara pelaburan langsung asing (FDI) pula RM64.2 bilion (39.1 peratus).

Selangor rekod pelaburan tertinggi

4Utama

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila MustaphaAzwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha

Aras 11, Menara Bank Rakyat, No. 1, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

SUBANG JAYA - Seorang buruh binaan menempuh perjalanan sejauh 60 kilometer dari Rawang demi membawa anaknya menjal-ani saringan Covid-19 percuma di sini pada 28 Februari.

Abdul Hamid Abd Halim, 53, berbuat demikian kerana anak tunggalnya Nor Atika Abdul Ha-mid, 21, diwajib membuat ujian itu sebelum kembali ke asrama Seko-lah Menengah Islam Al-Haj Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

“Syukur kerana tiada bayaran dikenakan untuk saringan ini yang sedikit sebanyak menjimat-kan kos.

"Sudah tentu kalau buat di klinik swasta harganya mahal dan membebankan,” katanya pada program Saringan Komuniti di Dewan MPSJ Puchong Indah, Puchong.

Orang ramai yang menyertai

saringan sama di Stadium Mini Sungai Besar pada 25 Februari lalu turut memuji inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengawal penularan wabak.

“Inisiatif yang bagus kerana uji-an ini secara percuma berbanding saringan di klinik dikenakan ba-yaran. Kita bimbang sebab wa-bak Covid-19 ini tidak nampak,” kata pesara kerajaan, Mohd Ghaus Abd Manap, 63.

"Proses pengambilan sampel sedikit memedihkan tetapi tahap kesihatan lebih penting bagi me-mastikan saya tidak dijangkiti," kata pekerja kedai perabot, Alin-da Kadir, 35

“Saya antara 90 kakitangan yang diarahkan syarikat mengh-adiri saringan berperingkat hari ini bagi memastikan tahap kesihatan," kata pekerja kilang beras, Adira Is-mail, 30.

Buruh pandu 60km bawa anak jalani ujian

KLANG - Pasukan Petugas Operasi Pence-gahan Covid-19 telah mengenal pasti lebih banyak syarikat industri untuk mendaftar sistem Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS).

Pengurusnya Dr Ahmad Munawwar Hel-mi berkata tumpuan diberi kepada syarikat industri yang beroperasi di daerah berisiko tinggi seperti Petaling, Hulu Langat dan Klang.

Menurutnya, langkah itu bagi mengekang jangkitan Covid-19 di negeri ini yang majoritinya berpunca dari tempat kerja selain memastikan industri berjalan seperti biasa.

“Ketika ini, ada beberapa syarikat yang sedia bekerjasama dan mereka perlu men-gamalkan setiap komponen digariskan da-lam sistem ini melalui bimbingan.

Kenal pasti syarikat guna POIS

Abdul Hamid Alinda Kadir

DARI MUKA DEPAN

Amirudin berkata baki 14 inisiatif giat dilaksanakan agensi kerajaan berkaitan antaranya saringan bersasar dan bantuan pengangkutan bagi pesakit Covid-19 ber-isiko rendah.

Selain itu, beliau berkata Kerajaan Negeri juga menyediakan program Bakul Makanan, e-Dapur dan Skim Niaga Darul Ehsan untuk meringankan beban pen-duduk ketika pandemik.

Selain bantuan kepada barisan hada-pan, petani dan golongan berpendapatan rendah, Pakej Kita Selangor yang bernilai RM73.8 juta turut menyediakan program ekonomi dan pendidikan.

Sedia program Bakul Makanan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Penerima manfaat Sari- ngan Komuniti bersasar Covid-19 meningkat kepada 4,987 individu hasil program fasa pertama setakat 1 Mac.

Dalam laporan mingguan kemajuan 20 inisiatif Pakej Kita Selangor, Unit Peran-cang Ekonomi Negeri memaklumkan sar-ingan percuma yang menyasarkan 50,000 rakyat akan diteruskan pada 6 dan 7 Mac.

"Pada 6 Mac, saringan di Majlis Ban-daraya Shah Alam, Subang Perdana dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Seri Kem-bangan. Pada 7 Mac, saringan di Seksyen 2, Kota Damansara dan Seksyen 15, Shah Alam," kata laporan itu.

Selain itu, jumlah pengguna bas Smart Selangor di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Ser-dang meningkat kepada 9,247 orang ber-banding 6,909 sebelumnya.

Baru sebulan dibentang, enam inisia- tif Pakej Kita Selangor yang diumumkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada 20 Januari berjaya disele-saikan.

Berikut kemajuan lain dalam pakej berkenaan:

nJumlah keseluruhan kanak-kanak 12 pusat asuhan seramai 414 orang ter-diri dalam kalangan 316 keluarga

nSeramai 5,122 orang mendaftar Portal

Pusat Tuisyen Rakyat Selangor terma-suk 158 daripada negeri lain. Portal itu menerima tontontan tanpa daftar le-bih 30,203 setakat 1 Mac

nYayasan Hijrah Selangor menerima 97 permohonan skim pembiayaan Go Digital yang menggabungkan pendi- gitalan e-Pembekal Runcit dan Mikro serta e-Dapur Selangor sehingga 26 Februari

n10 permohonan skim Niaga Darul Eh-san (NaDi) diluluskan membabitkan pembiayaan RM42,000 pada hujung Februari. Sebanyak 171 permohonan sedang diproses

nUnit Pengurusan Bencana, Bahagian

Korporat Setiausaha Kerajaan Ne-geri dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) beroperasi di Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) bagi meman-tau maklumat Covid-19

nPasukan Petugas Operasi Pencegahan Covid-19 (STFO) beroperasi di Pusat Kecemerlangan Smart Selangor (CoE2) bagi merangka strategi mengawal wa-bak

nKutipan Tabung Covid-19 kekal RM2.6 juta sehingga 1 Mac

nBantuan 150 tan baja kompos (tinja ayam) diserahkan kepada 200 peneri-ma di Hulu Langat melalui inisiatif Ban-tuan Warga Tani

Laporan mingguan kemajuan Pakej Kita Selangor

4,987 terima manfaat ujian Covid-19

Utama5SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

GOMBAK - Kerajaan Negeri meneliti keperluan menambah bekalan pelitup muka percuma kepada pelajar dan guru susulan pembukaan semula sesi perse-kolahan.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Pen-didikan Negeri Selangor dan bahagian pendidikan Jabatan Agama Islam Sela- ngor mengenai perkara itu.

“Sebelum ini, kita sudah edarkan lebih sejuta pelitup muka guna semula kepada

pelajar termasuk guru tetapi mungkin ha-bis digunakan semuanya.

“Jadi, saya akan lihat semula keperlu-an mencetak (pelitup muka) untuk kegu-naan mereka,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada 1 Mac.

Terdahulu, beliau melawat Sekolah Kebangsaan Gombak Setia di sini bagi meninjau perjalanan hari pertama pem-bukaan sesi pembelajaran.

Beliau turut mengedar kit pen-jagaan diri yang mengandungi pelitup muka guna semula dan cecair pembas-mi kuman.

Sempat beramah mesra, Amirudin juga menasihati pelajar supaya mematuhi tatacara operasi piawai dan menjaga kes-elamatan diri berikutan wabak Covid-19 belum berakhir.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor meng-umumkan pemberian khas satu juta pelitup muka boleh guna semula se-cara percuma kepada pelajar dan guru seluruh negeri.

Usaha itu bagi mengurangkan be-ban kewangan ibu bapa berpendapatan rendah untuk anak-anak ke sekolah bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Lebih sejuta sudah edar

Pertimbang tambah pelitup muka percuma

PETALING JAYA - Kira-kira 2,000 pang-sapuri di negeri ini masih belum menyer-tai program Migrasi Air Selangor untuk menukar meter pukal kepada individu.

Pembantu Naib Presiden II Seksyen Mi-grasinya berkata program yang diwajib-kan sejak 2014 membabitkan pangsapuri kos rendah, kondominium dan kuarters kerajaan.

“Pemilik yang gagal berbuat demiki-

an boleh didenda sehingga RM10,000 mengikut Akta Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pe-masangan Paip) 2014,” kata R Krishna-moorthi pada 3 Mac.

Beliau yang ditemui selepas menin-jau pemasangan meter individu di Pang-sapuri Damansara Bistari di sini menam-bah hanya 1,000 kediaman bertingkat menyertai program migrasi sejak 2008.

Sementara itu, katanya, penukaran meter individu membolehkan pengguna menikmati tarif air lebih rendah mengi-kut penggunaan iaitu 57 sen bagi setiap meter padu.

“Caj tersebut untuk penggunaan dari kosong hingga 20 meter padu manaka-la RM1.03 bagi 20 hingga 35 meter padu dan selebihnya dicaj RM2,” jelas Krishna-moorthi.

Ribuan pangsapuri masih guna meter pukal

SHAH ALAM - Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) akan mendapatkan data daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini bagi membantu peniaga menerima man-faat skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) dan Go Digital.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata langkah berkenaan mampu melahirkan lebih ramai peniaga sekali gus merancakkan sektor ekonomi.

“Kita akan turun padang dan uar-uarkan perkara ini. Selain bantuan modal, mas-yarakat perlu tahu mereka akan dibantu dari segi kemahiran serta asas perniagaan dalam talian.

“Setakat ini, hampir 1,000 permohonan diterima untuk kedua-dua skim. Pemohon yang layak akan terima bantuan dalam tempoh seminggu,” katanya pada 23 Feb-ruari.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, NaDi melalui peruntukan awal RM10 juta membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000.

Seramai 3,000 penerima disasar untuk terus berniaga menggunakan lesen pen-jaja sementara manakala skim Go Digital menyasarkan 3,000 usahawan sedia ada menerusi pinjaman pembelian alat tele-komunikasi.

Guna data PBT bantu peniaga

SHAH ALAM - Seramai 53.2 juta pengguna Bas Smart Selangor memanfaatkan kemu-dahan itu sejak diperkenal pada 1 Julai 2015, kata EXCO pengangkutan.

Ng Sze Han berkata angka itu menun-jukkan inisiatif Kerajaan Negeri menye-diakan perkhidmatan bas percuma disam-but baik.

“Setakat ini, sebanyak 136 Bas Smart Selangor di 43 laluan di seluruh 12 pihak berkuasa tempatan negeri ini.

“Malah, perkhidmatan bas ini kekal diberi percuma kepada warganegara manakala caj RM0.90 bagi warga asing mu-lai 15 Mac,” katanya pada 1 Mac.

Beliau turut menggalakkan pengguna Bas Smart Selangor memuat turun aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat) untuk menggunakan sistem ‘Scan To Ride’ yang mula diperkenal bulan ini.

53 juta naik Bas Smart Selangor

KUALA LANGAT - Kira-kira 34 hektar ka-wasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan (HSKKLS) terbakar disyaki akibat perbuatan khianat daripada aktiviti pem-bakaran terbuka.

EXCO Alam Sekitar, Hee Loy Sian ber-kata kebakaran itu meliputi 0.45 peratus daripada 7,416 hektar keseluruhan ka-wasan hutan.

Menurut Loy Sian kebakaran itu men-gakibatkan tumbuhan daripada spesies

mahang, sendayan serta tanaman kontan milik petani musnah.

“Pada awalnya, Jabatan Perhutanan Negeri mula mengesan titik panas di HS-KKLS pada 27 Januari lalu akibat aktiviti pembakaran terbuka.

“Kemudian, pada 22 Februari, tujuh lagi titik panas dikesan. Namun sehingga hari ini, sudah terdapat 16 titik panas aki-bat daripada pembakaran hutan berke-naan,” katanya selepas meninjau lokasi

kebakaran pada 2 Mac.Loy Sian berkata seramai 130 petugas

kini berada di lokasi bagi memadamkan kebakaran yang dijangka selesai dalam tempoh enam minggu.

“Antara agensi terlibat ialah Jabatan Perhutanan Negeri, bomba, unit pengu-rusan bencana, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Jabatan Mineral dan Geosains Se-langor,” katanya lagi.

34 hektar hutan simpan terbakar angkara khianatLoy Sian meninjau kerja mengawal kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Kuala Langat pada 2 Mac

6Utama

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah disaran lebih kreatif dengan mempelbagai program pencegahan dan pemulihan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mereka perlu merangka modul baharu dan bekerjasama dengan pihak berkua-sa untuk menjayakan program mendidik remaja termasuk pelajar supaya men-jauhi dadah.

“Semua pihak perlu memainkan pe-ranan dengan membantu kepimpinan setempat merancang, menggerak dan memperkasa aktiviti kemasyarakatan," kata Dato’ Menteri Besar.

Teks ucapan Amirudin sempena maj-lis penutup sambutan Bulan Antidadah peringkat negeri dibaca Setiausaha Ke-hormat Persatuan Mencegah Dadah (Pe-

madam) Selangor Daing Muhammad Re-duan Bachok pada 25 Februari.

Amirudin berkata keazaman Ke- rajaan Negeri untuk mencegah pen- yalahgunaan dadah dizahirkan menerusi penubuhan Skuad Penerangan Komuniti (Speak).

“Saya berharap Pemadam dan Speak Negeri Selangor akan terus menjadi or-ganisasi yang mampu memberi contoh dan terus melakukan usaha ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Daing berkata Speak akan mempergiat program pencegahan dadah membabitkan 22 parlimen di Se-langor.

Katanya, badan bukan kerajaan itu menerima sumbangan RM1 juta yang disalur Kerajaan Negeri pada tahun ini.

“Saya yakin dengan semangat dan tekad tinggi, istiqamah dan keazaman yang jitu, gerakan secara menyeluruh dan bersepadu, kita mampu menggeng-gam kejayaan,” katanya.

MB: Kreatif didik remaja cegah dadah

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Program Rentak Selangor yang menampilkan pelbagai persemba- han seni dan budaya masyarakat negeri ini meraih 62,000 tontonan ketika ditayang se-cara langsung di Facebook pada 28 Februari.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Bor-han Aman Shah berkata jumlah itu di-sifatkan sebagai luar biasa berikutan ia julung kali dianjur dalam format baharu melalui media sosial.

“Program berjalan sempurna seiring

usaha Kerajaan Negeri untuk meneroka inisiatif pendigitalan yang mampu mem-beri manfaat kepada rakyat khususnya generasi akan datang.

“Usaha ini dijalankan bagi membantu mempromosi kepelbagaian seni dan bu-daya Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Program lebih sejam itu menyajikan persembahan kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asal antaranya seni muzik ce-mpuling, angklong, gordang sembilan serta tarian singa.

Wakil rakyat Tanjung Sepat yakin pro-gram sedemikian turut membantu artis budaya di negeri ini selain mendedah-kan generasi muda kepada peradaban dan warisan.

Rentak Selangor diperkenal sejak 2016 bagi menyemarak seni, budaya dan warisan dengan menyediakan landasan persembahan.

Ia turut menyediakan ruang kepada tokoh warisan budaya dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti di Sela- ngor untuk berkongsi ilmu.

60,000 tonton acara persembahan tradisi

KUALA LANGAT - Minat terhadap seni mu-zik cempuling harus dipupuk seawal usia kanak-kanak demi memelihara warisan itu daripada pupus.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah berkata budaya itu perlu dipeliha-ra dan dihayati dalam kalangan generasi muda.

“Saya nasihatkan ahli keluarga menyokong dan beri galakan kepada anak mereka untuk menghayati nilai seni muzik tradisional se- perti cempuling.

“Malah, konsep cempuling juga bagus yang berunsur nasihat dan menyebarkan dakwah,” katanya dalam program Jelajah Rentak Selangor siri pertama di Kampung Sungai Lang Tengah pada 20 Februari.

Beliau juga berharap semua kaum bermi-nat untuk belajar cempuling sekalipun seni itu berasal dari masyarakat Jawa.

Borhan turut memuji persembahan kum-pulan kanak-kanak peringkat Kampung Sun-gai Lang Tengah yang mampu menjadi pela-pis cempuling.

Pupuk minat muzik cempuling

SHAH ALAM - Kumpulan Perangsang Sela- ngor Berhad (KPS) mencatat perolehan ber-jumlah RM1.1 bilion pada tahun kewangan 2020, pencapaian baharu syarikat itu.

Prestasi kewangan tersebut 24 peratus lebih tinggi berbanding hasil RM8.66.9 juta yang dicatat pada tahun kewangan 2019.

Perolehan suku keempat berakhir 31 Di- sember meningkat kepada RM318.6 juta ber-banding RM297.2 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Ia menunjukkan kejayaan syarikat mengimbangi keputusan taktikal untuk membangunkan daya tahan operasi serta kewangan di samping kekal fokus matlamat jangka panjang,” kata kenyataan pada 28 Februari.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif KPS Ahmad Fariz Hassan berkata faktor vak-sin Covid-19 dijangka mendorong kebang- kitan ekonomi global apabila banyak syari-kat mula menyesuaikan operasi dengan nor-ma baharu.

“Justeru tumpuan syarikat adalah kepada pemulihan serta menyusun strategi untuk berkembang dengan memanfaatkan kemu-ngkinan baharu untuk memastikan kum-pulan terus memperkukuh prospek untuk meningkatkan keuntungan,”katanya.

Catat perolehan lebih RM1 bilion

Rentak Selangor semarak seni budaya

Borhan (tengah) bersama penggiat budaya pada penggambaran program Rentak Selangor 2021 sebelum disiarkan secara langsung di Facebook pada 28 Februari

Saya berharap Pemadam dan Speak Negeri Selangor akan terus menjadi organisasi yang mampu memberi contoh dan terus melakukan usaha iniAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Utama7SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

HULU LANGAT - Baja kompos percuma untuk petani di Selangor ditambah ke-pada 500 tan pada tahun ini berbanding 200 tan pada tahun sebelumnya, kata EXCO pemodenan pertanian dan indus-tri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata tambahan dilakukan selepas pihaknya mendapati baja yang bersifat lebih mesra alam itu

terbukti menghasilkan tanaman berkua- liti tinggi.

“Sebelum ini, kita serahkan baja kom-pos keluaran Perbadanan Kemajuan Per-tanian Selangor (PKPS) kepada petani di Tanjung Karang, dan hasilnya amat baik.

“Pada masa sama, penggunaan baja daripada najis ayam boleh digunakan untuk semua jenis tanaman termasuk durian, nenas dan cili,” katanya selepas menyerahkan 6,400 kg baja kompos per-

cuma di pasar lama Pekan Beranang pada 25 Februari.

Ir Izham berkata seramai 40 petani membabitkan pertanian berskala kecil dan besar di Hulu Langat akan mener-ima bantuan yang dihantar terus ke ru-mah atau ladang mereka.

“Selepas Hulu Langat, bantuan ini akan dibawa ke daerah lain. Sasaran kita lebih ramai petani di Selangor mendapat man-faatnya,” katanya.

Peningkatan 300 tan berbanding tahun lalu

Jumlah baja kompos percuma ditambah

Ir Izham (dua, kanan) menyerahkan plak simbolik sumbangan baja kompos di pasar lama pekan Beranang pada 25 Februari

HULU LANGAT - Petani sekitar pekan Be-ranang menyambut baik sumbangan baja kompos bagi menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.

Pengusaha makanan ter-nakan ruminan Mazlina Ka-maruzaman, 54, berkata baja itu membolehkan tanaman rumput gajah yang diusahakan-nya menjadi lebih besar dan sihat.

“Semoga tanaman saya seluas lima

ekar menjadi lebih subur, terima kasih Kerajaan Negeri kerana tidak melupa-

kan warga tani di Beranang,” ka-tanya yang menerima lima

beg baja kompos.Shahril Anuar Moha-

mad, 47, pula berkata bantuan itu meringankan

beban petani ketika berde-pan pandemik Covid-19.

"Baja yang mencecah ratusan ring-

git ini lebih selamat dan sesuai dengan pelbagai jenis tanaman," ka-

tanya pengusaha tana-man pisang.

Mereka antara 40 warga tani di daerah itu yang menerima sumbangan baja kom-

pos seberat 6,400kg daripada Kerajaan Sela-

ngor pada 25 Februari.

Pekebun gembira tanaman berkualiti

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menubuh-kan anak syarikat Bingkisan Mesra Sdn Bhd (Bingkisan Mesra) bagi melancarkan usaha menyalur bantuan kepada pen-duduk bandar.

EXCO kesejahteraan bandar berkata sebanyak RM2.35 juta diperuntuk dengan memfokus tiga golongan sasar iaitu me- reka yang terjejas akibat wabak, bencana dan miskin.

“Syarikat ini diberi tanggungjawab mengagih bahan mentah seperti tepung,

gula dan pelbagai lagi selain bantuan dapur berpusat di lokasi terpilih.

“Kita tidak tetapkan jumlah sumba- ngan atau penerima, semuanya akan dinilai mengikut keperluan semasa,” kata Rodziah Ismail pada 28 Februari.

Pada 18 Februari, Kerajaan Selangor menyalur bantuan berjumlah RM4.35 juta untuk menjayakan program Bakul Makanan kepada golongan terjejas.

Sejumlah RM1 juta masing-masing diperuntuk kepada Perumahan dan Har-

tanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) serta Yayasan Food Bank Malaysia untuk men-jayakan inisiatif itu.

PHSSB memfokus usaha memban-tu 2,362 penghuni Projek Perumahan Rakyat manakala seramai 6,233 pemandu teksi dan 1,601 pemandu bas sekolah da-lam tanggungjawab Yayasan Food Bank.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengu-mumkan bantuan makanan kepada 8,432 pemandu lori KDEB Waste Management dan 6,000 ketua rumah Orang Asal.

Tubuh Bingkisan Mesra bantu warga bandar

HULU LANGAT - EXCO pemodenan perta-nian dan industri asas tani menyeru warga tani di negeri ini segera mendaftar dengan jabatan berkaitan bagi memudahkan pro-ses penyaluran bantuan.

Golongan yang bergiat dalam sektor per-tanian, nelayan, penternakan dan akuakul-tur boleh berbuat demikian di Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan mahupun pejabatnya di di Shah Alam.

Ir Izham Hashim berkata Kerajaan Negeri menyediakan banyak bantuan tetapi mak-lumat sebahagian warga tani tiada dalam mana-mana agensi berkaitan.

“Oleh itu, saya gesa supaya semua warga tani di negeri ini segera berdaftar, tidak ki-sah sama ada anda usahawan tani kecil-ke-cilan ataupun berskala besar,” katanya pada 25 Februari.

Menjelaskan hanya 20,000 individu yang mendaftar sedangkan Selangor ada lebih 50,000 warga tani, beliau berkata urusan itu digiatkan dengan melantik ketua kampung dan ahli majlis untuk mencari mereka.

“Data yang dikumpul juga berguna un-tuk Kerajaan Negeri memperkasa penge- luaran makanan iaitu hasilnya dikeluarkan oleh warga tani kita sendiri,” katanya.

Warga tani diseru daftar segera

SHAH ALAM - Se-banyak 2,186 per-mohonan bantuan khas anak kelainan upaya (OKU) diterima Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) se-jak dibuka pada 15 Februari.

Pengurus Besarnya Gan Pei Nei berkata permohonan Anak Istimewa Selangor (AnIS) akan ditutup sebaik peruntukan berjumlah RM500,000 habis disalurkan.

Beliau menjelaskan pemohon mestilah be-rusia 18 tahun ke bawah, ibu bapa berasal dari Selangor atau menetap sekurang-kurang- nya 10 tahun di negeri ini.

“Pemohon yang ingin mendapatkan ban-tuan juga perlu mempunyai kad OKU atau surat pengesahan doktor,” katanya ketika di-hubungi.

Penerima AnIS layak menerima bayaran ke-las terapi, mesin perubatan, sumbangan ke- rusi roda, katil, ubat dan makanan tambahan bergantung kepada keperluan.

Inisiatif sekali bayar dengan had maksi-mum sehingga RM5,000 untuk satu keluar-ga boleh dimohon melalui laman sesawang www.anis.yawas.com

Cara permohonan seperti berikut:

nPendaftaran secara dalam taliannHantar dokumen diperlukannSemak status kelulusannManfaat disalur kepada yang berjaya

2,186 sudah mohon bantuan anak OKU

8Nasional

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan warga seko-lah supaya mengamal norma baharu sepanjang sesi perse-kolahan bermula pada 1 Mac.

Guru dan murid perlu mematuhi lapan perkara bagi mencegah perebakan Covid-19 iaitu:nSaringan kesihatan di pin-

tu masuknKerap cuci tangan dengan

air dan sabun serta cecair pencuci tangan

nPatuh jarak fizikalnAmalan etika batuk dan

bersin yang betulnTiada perhimpunannBersihkan permukaan

yang kerap disentuhnBuka tingkap dan pintu

bagi pengudaraan yang baik

nPastikan tandas bersihSesi persekolahan murid

prasekolah, tahun satu dan dua bermula 1 Mac, diikuti

Lapan panduan untuk guru, murid

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Kerajaan persekutuan diminta mengkaji semula cadangan untuk menguat kuasa kompaun RM10,000 terhadap individu yang melanggar tatacara operasi piawai (SOP).

Datuk Seri Anwar Ibra-him menyifatkan tindakan itu membebankan rakyat memandangkan golongan berkenaan dikenakan denda maksimum jika melakukan ke- salahan.

“Berbanding orang besar, atasan

dan berdarjat tinggi. Berapa ramai su-dah terbukti melanggar (SOP) tetapi mereka tidak dikenakan (maksimum)

dan jika didenda masing-masing boleh buat rundingan.

“Saya tidak mengerti ke-napa kerajaan bersikap angkuh tak pedulikan rakyat," kata ketua pem-bangkang pada 26 Feb-ruari .

Presiden Parti Keadilan Rakyat juga menegaskan

beliau tidak memandang rin-gan isu pelanggaran SOP tetapi

tidak bersetuju dengan pendekatan

sedemikian yang dianggapnya men- dera rakyat.

Sebaliknya, beliau meminta Pu-trajaya lebih fokus kepada usaha menyelesaikan masalah pengangguran, kemiskinan dan perumahan rakyat ber-banding meningkatkan jumlah denda.

Pada 25 Februari, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 diwartakan untuk dikuat kuasa mulai 11 Mac.

Ia menetapkan individu yang me-langgar SOP boleh dikompaun sehing-ga RM10,000 manakala bagi syarikat atau pertubuhan dikenakan kompaun maksimum RM50,000.

Fokus isu kemiskinan, pengangguran

Kaji semula denda RM10,000 ingkar SOP

SHAH ALAM - Kerajaan persekutuan di-minta telus dalam menguruskan isu ber-kaitan vaksin termasuk memberi penjela-san berkaitan kos pembelian berjumlah RM2.05 bilion.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu mengetahui keseluruhan proses bagi memastikan tiada kebocoran dana atau kemungkinan pihak tertentu beroleh keuntungan.

“Harus jelaskan secara menyeluruh

rancangan mereka. Siapa yang akan te-rima (vaksin), bila terima, apa kandungan serta kesan penggunaannya.

“Setakat ini, kita tidak diberi sebarang jaminan. Menteri yang bertanggung-jawab hanya minta ‘percayakan kami’ sa-haja,” kata ketua pembangkang pada 26 Februari.

Presiden Parti Keadilan Rakyat juga men-ganggap Putrajaya tidak memiliki peran-cangan yang jelas dan lambat mendapat-

kan vaksin berbanding negara lain. Menjadikan Indonesia sebagai contoh,

Anwar berkata republik itu memulakan suntikan seawal Januari termasuk me-mastikan semua 18 juta petugas hadapan disuntik sebelum April.

“Jadi harus ada rencana yang jelas bu-kan sahaja terhadap suntikan malah ke- sannya. Kita harus bersedia dari sekarang, buat pengubahsuaian. Kena sedia wabak lain yang akan datang,” katanya.

Vaksin: Putrajaya tiada perancangan jelas

KUALA LUMPUR - Mereka yang gagal hadir janji temu untuk mengambil sunti-kan vaksin Covid-19 tanpa alasan munasa-bah, boleh dikenakan tindakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini bagi mengelak ber-lakunya pembaziran memandangkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang dicairkan, tidak boleh disimpan untuk penggunaan pada hari lain ekoran jangka hayatnya tidak lebih enam jam.

“Kalau hari pembedahan pun, 15 peratus kes tidak hadir ketika pembedahan. Ketida-khadiran, termasuklah untuk pengambilan vaksin yang dijadualkan itu adalah ‘waste of resources and manpower’ (pembaziran sumber dan tenaga kerja) sebab kita dah siapkan semua.

“Tindakan boleh diambil kalau tidak ha-dir. Seperti mana di negara lain kalau me- reka ‘cut queue’ (memotong giliran) untuk dapatkan vaksin (juga) boleh didenda. Buat masa ini kita belum fikirkan apa jenis tin-dakan. Kita belum tahu lagi tetapi sesuatu boleh dilakukan,” katanya pada 26 Februari.

Katanya, mereka yang tidak dapat had-ir pada janji temu, terutamanya bagi dos kedua, seharusnya memaklumkan seku-rang-kurangnya tiga hari awal agar pen-jadualan tarikh baharu dapat dilakukan. – BERNAMA

Tindakan jika tidak ambil suntikan

tahun tiga, empat, lima dan enam pada 8 Mac.Sekolah menengah pula pada 4 April bagi

sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Tereng-ganu manakala negeri lain pada 5 April.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jam-inan kompaun maksimum RM10,000 bagi mereka yang melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan digunakan mengikut budi bicara dan tidak akan menga-niaya rakyat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kompaun maksimum itu adalah untuk mereka yang melakukan kesalahan berulang kali dan kat-egori kesalahan ingkar yang berat.

"Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara) juga dah beritahu kalau setakat tidak pakai mask (pelitup muka), tiada penjarakan fizikal itu tidak akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000, rakyat perlu memberikan keper-cayaan bahawa PDRM akan menggunakan akta tersebut untuk menjaga rakyat, bukan untuk menganiaya, " katanya pada 2 Mac.

Pada 25 Februari lalu, dilaporkan indivi-du yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 akan berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac ini.

Mengulas lebih terperinci mengenai per-kara berkenaan, Ismail Sabri berkata, selain kesalahan berulang, pemilik pusat hiburan dan pengunjung premis itu yang masih de-gil melakukan kesalahan itu adalah antara golongan yang akan dikenakan kompaun maksimum itu. - BERNAMA

Kompaun ikut budi bicara

Nasional9SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19.

Syarikat penerbangan itu menjelaskan

kad kesihatan itu akan menyepadu de- ngan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengang-kutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang mem-buat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.

“Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang akhirnya meman-faatkan pilihan teknologi tanpa sentuh sepanjang proses perjalanan.

“Penumpang boleh membuat janji temu secara mudah dengan pihak pe-rubatan diperakui yang mengambil ba-hagian, untuk melakukan ujian Covid-19 RT-PCR atau melampirkan sijil vaksinasi Covid-19 mereka di telefon bimbit, men-jadikan proses keperluan perjalanan le-bih lancar,” menurutnya pada 24 Februari.

Pas kesihatan itu juga akan menge-sahkan ujian Covid-19 atau keperluan vaksinasi, dan kemudian berkongsi status “OK to Travel’ penumpang dengan pihak berkuasa yang berkaitan. - BERNAMA

Rancang perkenal pas kesihatan digital

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan lebih baik iaitu 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun ke-wangan berakhir 31 Disember 2020 berban- ding 3.05 peratus pada 2019, kepada kira-kira sembilan juta pendeposit.

Menurut kenyataan badan pengurusan haji, simpanan dan pelaburan itu, agihan keuntungan bagi 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata prestasi kewangan TH pada 2020 kekal positif meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung 2019 akibat pan-demik Covid-19.

“Alhamdulillah, pendeposit TH dapat me-nikmati keuntungan yang lebih baik bagi 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lepas.

“Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan,” katanya pada 2 Mac.- BERNAMA

TH agih untung bersih 3.1 peratus

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM - Kerajaan tiada keyakinan mengadakan sidang Dewan Rakyat seba-liknya menyogok atau mengugut wakil rakyat pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yas-sin juga tidak mengeluarkan kenyataan bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitah-kan sidang itu boleh berlangsung ketika darurat.

"Selama ini, mereka hebahkan kepada rakyat bahawa tuanku perkenan (sidang Dewan Rakyat digantung ketika darurat) dan oleh demikian jangan dipersoalkan. Saya hendak tanya perdana menteri, tuanku Agong telah perkenan maknanya mera-sakan perlu diadakan sidang parlimen.

"Ternyata kerajaan PN dan perdana menteri tidak mempunyai keyakinan mereka dapat membawa (mengadakan sidang Dewan Rakyat) sehingga mampu membeli beberapa wakil rakyat. Kera-na apa? kerana sogokan termasuk pro-

jek-projek," katanya pada 1 Mac.Terdahulu, BERNAMA melaporkan

tarikh 8 Mac untuk persidangan Dewan Rakyat seperti dilaporkan beberapa me-dia adalah tarikh takwim asal yang tidak lagi terpakai setelah Ordinan Darurat dikuat kuasa, kata Timbalan Yang Diper-tua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau berkata hanya Yang di-Per-tuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang seperti diperuntukkan menerusi Sekysen 12(1)(b) iaitu “YDPA (Yang di-Pertuan Agong) boleh prorog, bubar dan panggil Parli-men pada yang tarikh difikirkan perlu oleh YDPA.”

Pada 24 Februari lalu, Istana Negara dalam kenyataan menyebut Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan ba-hawa Parlimen boleh bersidang sema-sa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu termaktub dalam subpereng-

gan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kua-sa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan di- bubarkan pada suatu tarikh sebagaima-na difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Sogok, ugut wakil rakyat pembangkang

Tidak yakin adakan sidang Dewan Rakyat

SHAH ALAM - Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar status ke-pada Perintah Kawalan Pergerakan Ber-syarat (PKPB) berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal di bawah PKPB.

“Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pa-hang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya pada 2 Mac.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri kecuali Sabah manakala larangan merentas ne-

geri dikekalkan. “Berhubung Sabah, kerajaan negeri

sebenarnya memohon supaya sekatan daerah di negeri itu dikekalkan untuk tempoh dua minggu.

“Kita faham Sabah negeri yang besar yang mana satu daerah mereka sebe-narnya lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung,” katanya.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur mulai 5 Mac

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan seramai 27,000 nama pegawai dan anggota di lima kontinjen polis negeri untuk menerima suntikan vaksin da-lam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM menyasarkan lebih 50 peratus pegawai dan anggotanya untuk diberi suntikan vaksin secara berperingkat.

Beliau berkata bagaimanapun, sembilan kontinjen polis negeri masih lagi menunggu senarai nama.

“Saya tiada jumlah tepat senarai nama penerima vaksin tetapi ribuan pegawai dan anggota polis akan diberi vaksin pada fasa pertama ini,” katanya kepada pemberita sele-pas menerima dos pertama suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pada 2 Mac.

Turut menerima suntikan itu ialah Pen- garah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din, Pengarah Jabatan Logistik dan Tek- nologi Bukit Aman Datuk Seri Mazlan Lazim serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim. - BERNAMA

27,000 anggota polis terima vaksin

10Fokus

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

Pembabitan meluas g o l o n g a n wa n i t a m e n e r u s i b i d a n g pentadbiran dalam

pelbagai peringkat di negeri ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Selangor memartabatkan peranan mereka.

Pada masa ini sahaja, 20 peratus ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor dianggotai wanita, Ahli Dewan Negeri (23 peratus) dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (27 peratus).

Meski ada jurang kecil, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan K e u s a h a w a n a n percaya peranan wanita sentiasa dipertingkat dari semasa ke semasa.

Penubuhan Institut Wanita Berdaya (IWB), sebuah badan pemikir yang merangka dan memantau dasar bagi menjuarai hal ehwal berkaitan wanita, membuktikan hal itu.

"IWB mengadakan kursus untuk penjawat awam negeri memahami isu berkaitan gender, keadilan dan kesaksamaan," katanya Rodziah Ismail kepada Selangor Journal.

Beliau menegaskan Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh memperbaiki kualiti hidup wanita dalam semua aspek. Ia terbukti menerusi pelbagai gerak kerja dan penyaluran bantuan.

Ini terpapar melalui penglibatan mereka dalam sektor ekonomi. Bilangannya kian bertambah, bahkan ada kira-kira 20,000 usahawan wanita daripada 100,000 pengusaha dan syarikat di negeri ini.

Program berteras ekonomi dan kebajikan juga menekankan peranan golongan itu antaranya Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

Malah sejak tiga tahun lalu, tumpuan diberi kepada segmen

Negeri pertama terap pengarusperdanaan gender

Lonjak martabat wanitaSempena Hari Wanita pada

8 Mac, wartawan Selangor Journal SHERILYN PANG me-nemu bual dua EXCO Selangor iaitu Rodziah Ismail dan Dr Siti Mariah Mahmud berkaitan pelbagai isu membabitkan golongan itu.

Wartawan AMIN RIDZUAN ISHAK mengolah semula pan-dangan mereka.

makanan dan minuman kerana majoriti wanita menceburi bidang perniagaan tersebut.

Rodziah juga meneliti pembabitan wanita dalam bidang seni dan kraftangan serta membantu mereka menjalinkan kerjasama dengan jabatan kerajaan juga badan bukan kerajaan.

"Kita berusaha untuk meningkatkan pembabitan wanita dalam semua sektor,” tegas pemimpin wanita itu.

Rodziah juga teruja dengan rancangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk membangunkan bandar mesra wanita sekali gus membantu kaum hawa dalam pemilikan rumah.

M e m e g a n g p o r t f o l i o perumahan sejak Oktober tahun lalu, beliau turut berhasrat mengurangkan kadar kemiskinan selain meningkatkan pemilikan kediaman kepada wanita.

"Pasukan saya dan Lembaga Perumahan

dan Hartanah Selangor akan merangka dasar baharu rumah mampu milik di Selangor.

"Dasar Rumah Selangorku 2.0 akan

diperbaiki. Saya sedang meneliti aspek berkaitan

keperluan golongan wanita. Dasar itu bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini," kata Rodziah.

Sementara itu, kemerosotan tahap kesaksamaan gender kepada 70.9 peratus di peringkat kebangsaan diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun lalu mendapat perhatian Kerajaan Selangor dan merangka pelbagai strategi untuk mengatasinya.

EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata sejumlah RM71.3 juta disalur Kerajaan Negeri pada tahun ini untuk melaksanakan pelbagai program kebajikan dan pembangunan supaya mereka lebih berdaya saing.

Sebagai permulaan, entiti baharu akan dilancarkan dalam sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri pada 8 Mac yang turut menyaksikan pelancaran pra Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) Hibrid 2021.

HaSSel adalah platform usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) wanita di negeri

ini untuk memperkenal produk mereka.

“Dalam ekspo itu akan dirasmikan dua entiti baharu di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita bagi memacu pembangunan wanita selari dengan kemajuan negeri ini,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Selangor Journal.

Tujuh sasaran

Selangor memperkasakan kaum hawa berdasarkan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017-2020 yang menggariskan lima penumpuan serta tujuh sasaran.

Objektif digariskan termasuk mempromosi sensitivit i g e n d e r, m e l o n j a k status sosioekonomi, m e n i n g k a t k a n p e r w a k i l a n dan pembuat d a s a r d a l a m kalangan wanita, m e m p e r b a i k i kes ihatan ser ta memastikan mereka bebas daripada cengkaman keganasan dan ketakutan.

Hasilnya, kata Dr Siti Mariah, Selangor menjadi negeri pertama menerapkan pengarusperdanaan gender, usaha yang mengangkat martabat wanita sebagai keutamaan.

Pengarusperdanaan gender menyokong dan menggalakkan lebih ramai wanita libatkan diri dalam semua bidang ke arah membina kemajuan Selangor.

Pada masa ini, usaha

pengarusperdanaan gender dilaksanakan tiga jawatankuasa iaitu perumahan, kesejahteraan bandar dan pembangunan usahawan; kesihatan awam, perpaduan, pembangunan wanita dan keluarga serta pembangunan modal insan serta belia dan sukan.

“Oleh itu, audit pembangunan kapasiti dan gender akan dilaksanakan manakala Pelan Tindakan Gender dijadikan panduan menentukan hasilnya bagi setiap jabatan.

“Pengarusperdanaan gender akan memastikan pelaksanaan projek, program dan aktiviti berdasarkan kanta gender dan inklusif untuk semua masyarakat

di Selangor,” katanya.K e b a j i k a n d a n pemerkasaan wanita

turut diterjemah menerusi inisiatif seperti Kad Kasih Ibu Smart Selangor, Institut Wanita

Berdaya dan Pusat Wanita Berdaya yang

diwujudkan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan

Negeri.Kerajaan Selangor turut

memperkenalkan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) sejak 2019 bagi mencapai sasaran 30 peratus pembuat dasar dalam kalangan wanita dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun.

“Peserta akan bekerjasama dengan ahli parlimen dan Ahli Dewan Negeri wanita untuk menggilap bakat kepimpinan,” katanya yang menjelaskan setakat

ini seramai 200 orang menyertai akademi berkenaan.

Selangor juga mengambil inisiatif program pembelajaran sepanjang hayat dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan terbuka kepada pelajar AKW yang pengajian mereka ditanggung Kerajaan Negeri.

Ia membantu golongan wanita tercicir menyambung pengajian disebabkan faktor ekonomi dan memberi peluang kedua bagi meningkatkan tahap akademik.

“Senarai penerima biasiswa OUM yang pertama akan diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari pada pada 8 Mac depan,” kata Dr Siti Mariah.

Tingkat pendapatan

Menjana pendapatan golongan wanita menerusi kemahiran turut menjadi fokus antaranya memperkenal Tanjung Suri yang mengetengahkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran luar negara.

Antara lokasi penjualan produknya adalah Isetan, KLCC yang mendapat sambutan menggalakkan.

Setakat ini, 10 jenis produk dikeluarkan 10 jurulatih tempatan dan dihasilkan 100 suri rumah dari keluarga berpendapatan rendah yang bekerja dari rumah.

“Jurulatih dalam kalangan mereka yang berkemahiran manakala peserta pula dari Pusat Wanita Berdaya yang terbaik dan sanggup menjadi perintis projek itu,” katanya.

InformasiTerkinidi jari anda

entingnya peranan wanita telah menjadi salah satu wacana utama di dalam pemikiran politik moden.

Jalan panjang perjuangan wanita telah bermula seawal 1903 dengan penubuhan Women’s Social and Political Union di Britain.

Perjuangan mereka telah diperakui apabila wanita berjaya diberikan hak untuk mengundi pada 1928 dan kesetaraan hak bekerja dengan Akta Diskriminasi 1975. Namun, perjuangan pengarusperdanaan gender dan kesenjangan bayaran upah (gender pay gap) masih belum tamat dan dan wajar terus disokong sehingga kini.

Sederetan nama-nama tokoh wanita terbilang seperti Raden Adjeng Kartini, Emmeline Pankhurst, Dr Salma Ismail, Sybil Kathigasu dan Malala Yousafzai merupakan nama-nama besar yang mencorak kesedaran tentang peranan dan kuasa wanita. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia wanita yang pertama.

Sewaktu gelombang anti-establishment terus melaju di merata dunia, dengan contoh terbaharu yang dapat kita lihat adalah di Amerika Syarikat melalui gerakan #BuildBackBetter mahupun di negara-negara jiran yang mengalami krisis legitimasi—ternyata keinginan mencabar status quo semakin tidak dapat dibendung.

Inilah yang cuba dibawa tema global #ChooseToChallenge ataupun ‘Wanita Waja: Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’ sempena Hari Wanita Sedunia 2021.

Peranan wanita

Pemerkasaan wanita dalam segala aspek, terutamanya ekonomi dan politik, bukan lagi suatu pilihan tetapi suatu perkara asas yang harus menjadi garis ukur pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Kemajuan sesebuah negara tidak harus diukur secara angka FDI ataupun perniagaan sahaja.

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

P

Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) pada 7 Disember 2020 menyatakan betapa tahap pendidikan wanita sangat mengagumkan melebihi lelaki di Malaysia sebanyak 5.3 peratus Namun, peluang dan penglibatan ekonomi wanita adalah 38 peratus kurang daripada lelaki. Penglibatan wanita dalam pembinaan negara serta politik pula hanya 10.8 peratus berbanding lelaki.

Jika kita melihat kepada impak pandemik Covid-19 pula, UNICEF dalam analisanya ‘Families on the Edge, Issue 3’, melaporkan 64 peratus isi rumah berpendapatan rendah yang diketuai wanita mengalami kesukaran membeli makanan asas berbanding biasa,

pada kadar 57 peratus.Ketidakseimbangan antara keupayaan

wanita dan peluang ekonomi serta politik yang ditawarkan sudah pasti memberi dampak kepada situasi kewangan mereka.

Justeru, Kerajaan Negeri mengumumkan penambahan 5,000 penerima Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) yang memberikan mereka RM2,400 setahun untuk menampung keperluan asas keluarga.

Penglibatan dan sumbangan wanita dalam perniagaan, pendidikan, sukan, seni, pentadbiran adalah luar biasa dan wajar terus diperakui.

Selangor telah membuktikan peranan

wanita sama penting dan diiktiraf dengan mengemudi nakhoda pentadbiran Kerajaan Negeri dengan beberapa portfolio serta pengurusan beberapa PBT, agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri seperti MBSJ, MBI dan PKNS. Malah, Selangor pernah mempunyai Speaker Dewan wanita pertama di Malaysia.

Selangor akan terus mengorak langkah memperjuang agenda Pengarusperdanaan Gender dan memastikan akses, peluang serta harapan para wanita terbela di Negeri Merah Kuning ini.

Itulah sebabnya setiap lapisan masyarakat di Selangor, sama ada komuniti perniagaan, pentadbiran kerajaan, ataupun institusi keluarga, harus bekerja sebagai satu pasukan untuk memecahkan artificial ceiling yang menyekat kemaraan wanita supaya kita menggembleng tenaga agar potensi sebenar kita secara kolektif dapat direalisasikan.

Hari ini 8 Mac 2021, marilah kita bersama-sama seluruh dunia meraikan Hari Wanita Sedunia--hari bagi mengingati dan mengiktiraf peranan wanita yang signifkan dalam pembangunan bangsa dan negara kita.

Selamat Hari Wanita!

Pemerkasaan wanitadalam segala aspek,

terutamanya ekonomi dan politik, bukan lagi suatu

pilihan tetapi suatu perkara asas yang harus menjadi garis ukur pembangunan

sesebuah bangsa dan negara

Perkasa dalam segala bidang

PERUTUSAN HARI WANITA 2021

12&13SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

Bukan sahaja menghayun buaian, wanita kini menyumbang jasa dalam kepemimpinan dan pentadbiran bagi memacu pembangunan, pendidikan dan kebajikan di Selangor.

Mereka diberi peranan lebih penting dan menonjol dalam usaha Kerajaan Negeri mencapai matlamat

30 peratus penyertaan wanita di peringkat membuat keputusan utama.

Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia setiap 8 Mac, SelangorKini merakam sebahagian kecil pemimpin

Selangor di pelbagai peringkat. Tidak dilupakan, wanita yang bergelut dalam ragam kerjaya masing-masing.

Datin Seri Masdiana Muhamad memakaikan pelitup muka Kita

Selangor kepada kanak-kanak di taska Pusat Cakna Anak di Jabatan

Kesihatan Negeri Selangor, Shah Alam pada 17 November 2020.

Sebagai isteri Dato' Menteri Besar, beliau aktif dalam pelbagai

program kebajikan di negeri ini

EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan

Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail menyantuni

kanak-kanak ketika perasmian Hari Potensi

Kanak-kanak di Banting, Kuala Langat pada

14 Julai 2019

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (dua, kanan) meninjau produk kerja tangan suri rumah dalam usaha memberdayakan kaum Hawa ketika prapelancaran Tanjung Suri di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur pada 8 September 2020Ketua Pegawai Eksekutif

Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Norita Mohd Sidek dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Datuk Alias Salim menunjukkan dokumen Ikrar Bebas Rasuah di Shah Alam. Dilantik pada 1 Ogos 2020, Norita menerajui syarikat penting itu yang memiliki 18 anak syarikat, termasuk Media Selangor Sdn Bhd

Datuk Bandar Noraini Roslan meninjau Pusat Penjaja Dataran Puchong Prima, Subang Jaya pada 17 Januari 2021. Beliau antara wanita awal menyandang jawatan yang dipertua pihak berkuasa tempatan di Selangor. Bawah kepemimpinannya,

Subang Jaya dinaik taraf sebagai majlis bandar raya pada 20 Oktober

2020

Siti Zubaidah Abd Jabar menyarungkan jersi kepada anak kelainan upaya di Rumah Kasih Pertiwi, Sungai Buloh pada 20 Mac 2016. Berkhidmat sejak 32 tahun lalu, beliau dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 2 Disember 2020

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad menyusun buku pada 10 Februari 2020. Memimpin badan itu sejak 18 September 2008, beliau memajukan lagi perpustakaan berkenaan dalam aspek teknologi termasuk menyediakan teater enam dimensi

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif

Yayasan Hijrah Selangor Normaiza Yahya (tengah)

melawat kedai runcit Sitaz Trading & Servis, Sabak Bernam pada 21

Disember 2020. Yayasan tersebut ditugaskan

membantu usahawan mengembangkan

perniagaan

Anggota bomba Siti Asmah Jamion, 40, mengangkat hos di balai Zon 3 Pelabuhan Klang,

Klang pada 2 Mac 2021. Berkhidmat sejak lapan tahun lalu, beliau turut terlibat dalam operasi mencari

helikopter terhempas membabitkan tokoh politik Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis di Hulu Langat pada 2015

Beraksi dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Ipoh, Perak pada 16 September 2018, atlet Selangor Syafiqah Jafri, 20, terpilih sebagai pelapis pasukan sepak takraw wanita Malaysia. Sebagai tekong, beliau membawa pasukannya menang pingat perak dalam acara tersebut

Pemandu Zubaidah Riduan, 44, mengendalikan lori sampah di

Taman Rahmat Jaya, Gombak pada 2 Mac 2021. Anak pemandu bas

itu berkhidmat di syarikat KDEB Waste Management

sejak tujuh tahun laluPembantu penguat kuasa Azilah Mohd Ali, 51, mengibar bendera Majlis Bandaraya Shah Alam ketika mendaki ke Everest Base Camp, Nepal pada 2017. Beliau mengambil masa 10 hari untuk naik dan turun gunung tersebut

14ADN

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

SHAH ALAM - Peserta Pusat Wanita Berdaya (PWB) digalak memanfaatkan kemahiran untuk menambah pendapatan, kata Ahli Dewan Negeri Rawang.

Chua Wei Kiat berkata mereka berpotensi memajukan diri jika bijak menggunakan peluang dan pengetahuan yang dipelajari dari program anjuran badan tersebut.

“Wanita PWB antara golongan beruntung kerana Kerajaan Ne-geri menyediakan pelbagai bi-dang kemahiran untuk menjana pendapatan.

“Bagaimanapun, saya menasi-hati wanita guna peluang ini se-baik-baiknya dan tidak belajar separuh jalan sahaja,” katanya pada 25 Februari.

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menjadi pusat khidmat per-tama di negeri ini melancarkan aplikasi se-bagai pemudah cara untuk urusan penduduk setempat.

Wakil rakyatnya Rodziah Ismail berkata sistem N41 yang diwujudkan awal Februari memudahkan penduduk melapor masalah, memohon bantuan atau mendaftar skim Kerajaan Selangor.

“Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi di telefon dan mengisi maklumat peribadi,” katanya dalam program Kembali ke Sekolah anjuran DUN Batu Tiga pada 23 Februari.

Rodziah yang juga EXCO Kerajaan Ne-geri menjelaskan aplikasi itu memudahkan pihaknya memantau perkembangan DUN selain memastikan rakyat bermasalah terus dibantu.

Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play.

Mudahkan penduduk DUN Batu Tiga

Aplikasi mohonbantuan dilancar

Rodziah menunjukkan

aplikasi N41 sebagai

medium membantu penduduk

Peluang wanita jana pendapatan

Wei Kiat turut menggalakkan pada setiap wanita menggunakan media sosial untuk memasarkan hasil jualan mereka.

Pada 21 Februari lalu PWB Ra-

wang menganjurkan program bela-jar membuat kek kukus membabit-kan penyertaan 30 peserta yang juga bersiaran secara langsung menerusi Facebook mereka.

SHAH ALAM - Seramai 1,400 penduduk sekitar Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Bukit Me- lawati bakal menerima bantuan makanan bagi mendepani Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Wakil rakyatnya berkata bantu-an secara berfasa meliputi keluar-ga berpendapatan rendah, orang kelainan upaya dan warga emas yang terjejas susulan Covid-19.

Juwairiya Zulkifli berkata sum-bangan diagih mengikut keper- luan merangkumi beras, minyak masak, kicap, kopi, sardin dan ayam segar serta pelitup muka.

“Seramai 750 penduduk me-

nerima sumbangan dan baki akan diselesaikan secara berperingkat. Kita harap bantuan ini meringan-kan beban mereka sepanjang PKP,” katanya pada 24 Februari.

Pada 20 Januari, Kerajaan Ne-geri memperuntuk RM100,000 kepada setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen negeri ini bagi melaksanakan program Mes-ra Rakyat.

Program sebahagian Pakej Kita Selangor meliputi perolehan bekalan asas seperti beras, mi-nyak masak, tepung dan makanan dalam tin boleh dilaksanakan se-cara terus.

OKU antara dapatagihan makanan

Wei Kiat bersama peserta program belajar membuat kek kukus pada 21 Februari

Selamat Hari Wanita

S e m p e n a Hari Wani-ta saya me- nyeru wanita mempersiapkan diri dengan pelbagai ke-mahiran yang dapat menjadi nilai tambah. Kita sebagai wanita harus selalu siap den-gan pesona untuk menjadi inspirasi kepada keluarga dan komuniti

Rozana Zainal AbidinAhli Dewan Negeri Permatang

Wanita memegang peranan yang san-gat penting dalam istana keluarga. Dialah ibu, dia-lah isteri dan dia juga anak kepada kedua ibu bapanya. Dengan memahami setiap peranan tersebut, maka diterjemahkan pula dalam bentuk tanggungjawabnya terhadap ke-hidupan berkeluarga, Insya-Allah akan beroleh keluarga bahagia yang sangat di dambakan oleh setiap wanita

Datin Seri Masdiana MuhamadYang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis)

Dalam men-yambut Hari Wanita, gu-nakanlah su-ara anda untuk memperjuangkan hak-hak masyarakat tidak kira latar belakang, kaum dan agama. Sedarilah kekuatan dan kelebihan wanita untuk menyempurnakan masyarakat yang tercinta. Selamat Hari Wanita!

Michelle Ng Mei SzeAhli Dewan Negeri Subang Jaya

Biarpun j u r a n g g e n d e r dalam po- litik dan eko-nomi masih keta- ra, namun wanita di Malaysia mengorak langkah memimpin organisasi di segenap peringkat. Syabas Wanita! Terus memi-lih untuk mencabar demi masa depan yang lebih baik. Selamat Hari Wanita

Juwairiya ZulkifliAhli Dewan Negeri Bukit Melawati

15SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

Album InformasiTerkinidi jari anda

Melawat Pusat Saringan Covid-19 peringkat DUN Bukit Lanjan di Damansara Damai, Petaling Jaya

ADN BUKIT LANJANElizabeth Wong Keat Ping

ADN KAMPUNG TUNKULim Yi Wei

Melancarkan inisiatif mengumpul bekas makanan terpakai di stesen minyak Shell Sea Park, Petaling Jaya

Mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor

ADN BUKIT MELAWATIJuwairiya Zulkifli

Lee Kee HiongMenyerahkan sumbangan Kembali ke Sekolah di Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

ADN KUALA KUBU BAHARU

Mendengar masalah yang disampaikan wakil penduduk SS18/5, Subang JayaMichelle Ng Mei Sze

ADN SUBANG JAYA

Menyalurkan barangan asas kepada penduduk di Taman Chempaka, Petaling JayaJamaliah Jamaluddin

ADN BANDAR UTAMA

Menyumbangkan kerusi roda kepada warga emas di Kampung Parit Serong, Kuala SelangorRozana Zainal Abidin

ADN PERMATANG

Meneliti penerangan anggota bomba berkaitan kebakaran hutan di Cheras Perdana, Hulu LangatADN BALAKONG

Wong Siew Ki

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

Oleh LOKMAN HAKIMIlustrasi MATAROJIT

Kuota internet untuk bulan ini sudah habis. Tiada Google Meet dapat dilangsungkan. Kerja tergendala.

Pagi ini, jam dinding dan jam tanganku menanggalkan jarumnya lalu berlari keluar dari bingkainya. Aku tidak sempat mengejarnya. Aku buntu melihat kejadian seumpama itu berlaku pantas.

Di bilik sebelah, Mama dan Adif sekadar merenung laptop lusuh yang sudah padam. Kenapa, Mama? Laptop rosak. Usianya sudah lapan tahun. Hantar ke kedai pun tak guna – ia sudah ditinggalkan waktu. Setiap perisian di pasaran sudah tidak sepadan dengan kemampuannya, jawab Mama, dengan muka bermekapkan kepenatan.

Aku bagitahu Mama, jam-jam di dalam rumah ini sudah tertanggal jarumnya. Mama dan Adif terpegun mendengar berita itu. Aku tunjuk setiap bingkai jam yang kosong. Tiada jarum, tiada angka, dan tiada papan. Aku kata, mungkin kiamat sudah

hampir. Mama tak setuju. Kiamat itu hanya Allah SWT yang tahu. Kita jangan memandai-mandai atau bergurau mengenainya, tazkirah ringkas Mama menyusul. Lebih-lebih lagi, kejadian jam menanggalkan jarumnya itu bukan tanda-tanda kiamat. Usah mengarut.

Adif pula anak pintar yang sudah faham erti tahun yang menghilang. Pendidikan sudah dicutikan, ujarku. Menteri Pendidikan sudah ditipu jam demi jam yang kononnya menyimpan nilai ilmu. Diseragamkan tika kuota internet ibarat muka laut yang kadang bergelora, kadang tenang.

Boleh kita jalan-jalan? Tanya Adif. Mestilah tidak boleh. Wabak sedang mengganas. Prosedur operasi standard juga boleh tahan bergelora perubahannya. Seganas mutasi wabak. Kataku, boleh sahaja nak jalan-jalan cuma harus bersyarat. Jalan-jalan di halaman rumah. Oh ya, kalau hendak jalan-jalan ke taman, haruslah pakai baju sukan lengkap dengan kasutnya. Barulah boleh jalan-jalan tanpa pakai pelitup muka. Lagipun memakai pelitup muka ketika bersukan itu lebih memudaratkan. Peluh yang membasahi pelitup muka boleh meningkatkan kadar jangkitan.

Bocor

tak ada auroramalam disebat hujanmengasak bumbung tuaberselang deraumimpi yang garingkembali lemaugegas kami menadahjernih lelehan darah

mengapa berpinak waktukian banyak ditakunghingga habis bekas ibu

dan mengapa ia sama tirisseperti kocekku?

tidur kami tergigiljika esok matahari terjegilakan kupinta kepingan kulitnyabuat merawat luka atap, atautika menunggu saku buntingbisakah mandulkan hujan?

Siti Alimah

Penjarakan sosial dan bla, bla, bla… Adif jemu mendengarnya lalu berlari ke ruang tamu menghadap televisyen. Netflix juga sudah kaput, pastilah sebab kuota internet yang bermasalah. Mujur ada Astro. Ah, cuaca cerah di luar, tanpa sebarang tanda hujan. Mama kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku setuju. Aku harus setuju walau apa sekalipun Mama kata. Andai nadanya tidak serius, barulah memilih untuk tidak bersetuju.

Hari ini kita berhenti dengan pendigitalan, fikirku. Bercuti. Cuti tanpa menge-melkan notis. Cuti kecemasan. Jam sudah melarikan diri. Kami harus mendapatkannya kembali kerana sistem sedia ada masih bergantung pada jam. Sistem pengupahan pekerja. 8 hingga 5 atau potong gaji. Kecekapan melaksanakan tugasan tiada dalam sistem berasaskan jam, kau tahu?

Adif sahut dari ruang tamu, Just let it be lah, Papa! Biarlah jam tu nak pergi mana pun! Lalu aku membentak dalam hati, eh, anak aku sudah biadap, mana dia belajar kebiadapan begini? Aku teringat setahun dua ini pendidikan Adif berada dalam huru-hara. Mana dia mahu belajar? Aku sendiri sibuk dengan kerja. PKP, PKPB, PKPD dan segala bentuk P boleh muncul tetapi kerjaku tetap di situ – konvensional (tiada huruf ‘P’ dalam ‘konvensional’ – ingat itu). Harus ke pejabat walau esok kiamat sekalipun.

Ah, jika lihat jadual yang ditentukan Kementerian Pendidikan, fokus utama adalah jumlah jam untuk setiap subjek harus cukup. Aku jatuh simpati pada Adif, guru-gurunya, Mama dan juga pada diriku sendiri.

Jadi itulah hikmah jam melarikan diri. Ia mahu kita belajar meninggalkan sistem sedia

ada. Covid-19 itu sudah menjadi seorang guru yang tidak peduli pelajar ikut pengajarannya atau tidak. Kalau bebal mengenal Covid-19, hadaplah sistem lapuk yang membunuh teruk macam wabak. Covid-19 akan terus membaham mana-mana orang yang tak mampu beradaptasi dengan perubahan.

Aku kata – jam harus dicari. Kawasan tempat kita menginap tak dapat dengar azan. Mana boleh tahu masuk waktu Maghrib bila, waktu Isyak bila kalau tak ada jam. Lalu Mama tuding pada pergelangan tangan aku. Ah, gelang kuarantin. Aku lupa. Kami sekeluarga harus berkurung untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi. Tenang, tiada gejala setakat ini. Kalau sekadar keluar di kawasan taman ini, pakai jaket atau baju lengan panjang, pasti orang tak ambil peduli sangat.

Adif: Come on Papa, don’t be a dick. Tangan rasa ringan. Cili dalam peti sejuk bagai memanggil-manggil. Calit ke mulut Adif, bisik cili dalam imaginasiku.

Di mana silapnya? Aku tak rasa aku mencarut depan anak. Mamanya aku tak tahulah. Kadang-kadang speaking juga bila membebel. Salah Youtube agaknya. Tidak-tidak. Jam menanggalkan jarumnya lalu menghitung kamu. Setelah Adif belajar mencarut dari Youtube atau TikTok. Setelah aku tak tahu nak tuntut hak selaku pekerja yang waktu bersama keluarganya sudah dirampas tugasan kerja hakiki atas nama Bekerja Dari Rumah. Setelah Mama terpaksa menjadi cikgu mengajar Adif menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan guru melalui deretan whatsapp dan e-mel.

Bertempik-tempik. Pastilah jam menanggalkan jarumnya lalu menghitung kamu, kita dan semua yang bergantung pada sifat kuantitatif pada waktu. Aku bertempik pada Adif supaya dia tidak biadap. Adif juga bertempik tatkala ibu memaksanya menyiapkan kerja sekolah.

Langit gelap. Bintang-gemintang tidak kelihatan. Kegelapan merayap dari luar lalu meresap ke dalam.

Jam menanggalkan jarumnya lalu menghitung…

17SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

Oleh NAZLI IBRAHIMFoto HAFIZ OTHMAN

Meninggalkan gaji besar dalam industri petroleum, impian Salehah Ismail, 48, memiliki perniagaan sendiri akhirnya tercapai selepas menjual tudung secara

'suka-suka' dalam talian.Segalanya bermula pada Ogos 2016. Salehah

melabur hampir RM200,000 wang simpanan 30 tahun bekerja sebagai perunding teknologi maklumat. Beliau membuka perniagaan butik Bokitta Yasmeen di Kota Damansara.

Namun, berniaga tidak semudah yang disangka. Salehah menghadapi tekanan apabila hasil jualan bulanannya tidak mampu menampung kos operasi.

Salehah menanggung kerugian mencecah RM30,000 sebulan. Ikut hati, sudah lama perniagaan itu berkubur tapi suami sentiasa memberi semangat untuk Salehah terus melangkah.

Tambah merumitkan, syarikat induk pengeluar tudung berpangkalan di Lubnan juga mengeluarkan corak terbaharu setiap bulan. Sebagai pengedar, Salehah tiada pilihan lain dan menerima stok baharu mengikut kuota seperti yang disyaratkan.

Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan jualan. Bukan sahaja menerusi dalam talian tetapi beliau memberanikan diri menyertai acara besar demi mengurangkan kerugian ditanggung.

" K e a d a a n i n i menyebabkan saya semakin tertekan kerana stok tudung semakin banyak tidak terjual.

Setiap kali datang ke butik, kepala pening bila tengok banyak stok tudung baharu dihantar oleh ibu pejabat Bokitta," katanya kepada SelangorKini baru-baru ini.

Salehah tahu, keadaan ini tidak boleh dibiar berlanjutan. Sampai bila terpaksa mengeluarkan modal tambahan? Lambat laun wang simpanan pasti habis jua.

Kembang pasaran

Selepas mendapat nasihat rakan yang juga ahli perniagaan berpengalaman, Salehah tekad membuka cawangan baharu. Risiko tidak lagi dipeduli. Ini pertaruhan besar.

Pada 2017, Salehah membuka cawangan Bokitta Yasmen di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ternyata keputusan itu tepat. Jualan tudung di sana mampu menampung kos operasi, juga ada sedikit keuntungan.

Pada 2018 beliau membuka satu lagi cawangan di Cyberjaya sebelum membuka cawangan keempat di

Alor Star setahun kemudian.Bokitta merupakan jenama tudung

antarabangsa terkenal di banyak negara antaranya di Asia Barat dan Asia Tenggara

berikutan keistimewaan rekaannya yang

boleh dipakai t anpa pe r l u

digosok serta tidak menggunakan pin serta bercorak eksklusif yang

menarik sehingga mampu mengumpul pengikut setia jenama ini.

Seiring pembukaan empat cawangan yang dimiliki, jualan juga

meningkat hingga memberi pulangan

lumayan."Biasanya sebulan boleh dapat lebih RM50,000 tetapi

jika ada pelancaran corak baharu jualan boleh melebihi RM70,000 sebulan," kata Salehah.

Selain jualan empat butik, Salehah turut memasarkan tudung ke platform seperti Lazada dan Shopee.

Untung berganda

Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 juga tidak kurang hebatnya sehingga jualan Salehah jatuh sebanyak 40 peratus kerana premis tidak beroperasi.

Jika sebelum itu butik Bokitta Yasmeen mampu menjual kira-kira 5,000 tudung sebulan namun hanya kira-kira 3,000 helai terjual sejak PKP bermula.

Nasibnya agak baik selepas menyertai Selangor e-bazar 11.11 Jualan Mega bersama Lazada dan Shopee anjuran Kerajaan Negeri pada November 2020.

Hasilnya, Bokitta Yasmeen menjadi antara empat perniagaan yang mencatatkan jualan tertinggi dalam acara jualan itu oleh Majlis Teknologi Maklumat dan E-dagang Selangor (Sitec).

"Dalam sehari itu, nilai jualan produk saya mencecah RM30,000 dan jumlah ini dianggap tinggi ketika era pandemik.

"Kalau butik dibenarkan berniaga tentu jualan lebih tinggi tetapi nak buat macam mana, arahan kerajaan perlu dipatuhi untuk mengawal wabak daripada terus menular," katanya.

Salehah berkata Selangor E-bazar 11.11 Jualan Mega bersama Lazada dan Shopee memainkan peranan besar dalam membantu beliau mengharungi saat sukar era pandemik Covid-19 .

Beliau berharap program Selangor E-Bazar Jualan Mega dianjurkan lagi pada masa akan datang. Salehah juga merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka beberapa cawangan di seluruh negara.

Berani buka empat cawangan dalam rugi

Tampung risiko

18PBT

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyalur bantuan kewangan RM249,000 kepada 83 sekolah dalam ka-wasan pentadbirannya.

Mengikut Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awamnya, sumbangan diagih kepada pelajar yang terjejas akibat pande-mik Covid-19 dan golongan kurang berke-mampuan.

“Bantuan diberi kepada pelajar yang dipi-lih oleh pihak sekolah mengikut keutamaan kategori pendapatan isi rumah B40 terma-suk fakir miskin dan orang kelainan upaya (OKU).

“Kami harap sumbangan ini meringan- kan beban keluarga pelajar untuk membuat persiapan kelengkapan kembali ke sekolah,” kata MBSA pada 1 Mac.

RM249,000 bantu pelajar susah

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Sebuah kilang di Banting didenda RM120,000 selepas didapati menjalankan aktiviti kitar semula plastik tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor berkata hukuman itu juga membabitkan kesalahan tidak menge-mukakan punca pencemaran sisa bua-ngan kepada ketua pengarah JAS selain gagal memasang alat kawalan pencema-

ran udara.Nor Aziah Jaafar berkata kilang itu

bersama pengarah syarikat berdepan lapan pertuduhan antaranya Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ; Peraturan 4(1)(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindus-trian) 2009 dan Peraturan 5(1)(b), Per- aturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

“Hukuman berkenaan dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Tengku Shahni-zam Tuan Lah selepas pengarahnya

mengaku bersalah. Kesalahan ini dike-san pada 2018,” katanya pada 25 Feb- ruari.

Nor Aziah Jaafar menegaskan JAS Se-langor tidak berkompromi dengan pen-jenayah alam sekitar di samping akan mengenakan tindakan tegas.

Orang awam yang ada maklumat berhubung aktiviti pencemaran boleh laporkan menerusi talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di eaduan.doe.gov.my

Tidak kompromi dengan pesalah alam sekitar

Kilang kitar semula didenda RM120,000

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengedar 'Poon Choi' kepada 100 penerima terdiri daripada golongan ber-pendapatan rendah (B40) sempena sambu-tan Tahun Baharu Cina.

Timbalan pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya berkata em-pat penerima bagi setiap zon dikenal pasti melalui ahli majlis MBSJ merangkap pengeru-si Majlis Persatuan Penduduk (MPP) zon ma-sing-masing.

"Bagi memastikan proses edaran ini mengi-kut tatacara operasi piawai (SOP) penjarakan yang ditetapkan, edaran dijalankan melalui penghantaran terus ke rumah menggunakan perkhidmatan e-panggilan," kata Azfarizal Abdul Rashid dalam kenyataan pada 1 Mac.

Menurutnya, setiap penerima diberikan set ‘Poon Choi’ bernilai RM200 beserta Ang Pow bernilai RM68.

‘Poon Choi’ merupakan hidangan tradisi kaum Cina terdiri pelbagai jenis makanan dalam satu dulang yang melambangkan ke-makmuran untuk dinikmati seisi keluarga.

Pelepasan penghantaran itu disempur-nakan Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan pada 26 Januari di Arena MBSJ sambil disaksikan Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Edar 'Poon Choi' guna e-panggilan

MBSJ menggunakan khidmat e-panggilan untuk menghantar 'Poon Choi' kepada 100 penerima

SHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Se-langor (MDHS) mengeluarkan notis atas pelbagai kesalahan terhadap tiga premis dalam operasi berasingan ba-ru-baru ini.

Tindakan pertama dikenakan ke atas premis membuat dan mencetak kotak di kawasan Industri MIEL, Batang Kali yang melepaskan sisa buangan ber-warna ungu ke longkang seliaannya dan Sungai Batang Kali.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) menge-

luarkan notis dan mengambil sampel bahan buangan terjadual untuk siasa-tan selanjutnya,” kata Bahagian Korpo-rat majlis itu pada 23 Februari.

Mengikut MDHS, sebuah lagi premis di lokasi sama diberi notis tutup dua minggu kerana menjalankan aktiviti ki-tar semula plastik bagi menghasilkan damar atau palet tanpa kebenaran.

“Terdapat risiko pelepasan sisa buangan berikutan sistem kolam rawatan yang terlalu kompleks dan

tidak digunakan lagi serta menyebab-kan pelepasan ke Sungai Batang Kali,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut notis kacau ganggu dan kompaun kesalahan tambahan bangunan turut dikeluarkan terhadap premis memproses bahan besi di Sungai Choh, Serendah.

MDHS menjelaskan JAS turut mengeluarkan 10 kompaun atas pel-bagai kesalahan termasuk pengurusan sisa bahan berjadual tidak sempurna.

Tiga premis langgar syarat diserbu

SHAH ALAM - Penduduk sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Lan-gat (MPKL) diminta mengisi borang kaji se-lidik perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata orang ramai diminta memberi maklum ba-las terhadap empat soalan yang dijalankan dalam talian.

"Soal selidik itu bertujuan mendapatkan maklumat diperlukan bagi menilai keberke-sanan KDEB Waste Management Sdn Bhd dalam memberi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di taman perumahan,” katanya pada 22 Februari.

Borang kaji selidik boleh diisi melalui pau-tan dalam Facebook MPKL.

MPKL selidik khidmat kutip sisa

KLANG - Pusat kitar semula bakal dibina di Jalan Dato Dagang 31 di sini bagi mengatasi masalah lambakan sampah di Dewan Unda- ngan Negeri (DUN) Sentosa.

Wakil rakyatnya Dr Gunaraj George berkata tindakan itu berikutan jumlah pembuangan sampah di sekitar kawasan tersebut mening-kat saban tahun.

“Antara usaha lain yang akan dilaksanakan ialah semua pusat komersial dan kediaman dikehendaki menyediakan tong sampah ma-sing-masing.

“Tidak ketinggalan, kita juga akan memas-tikan premis terbiar seperti rumah kosong tidak dijadikan sasaran lokasi pembuangan sampah haram,” katanya pada 22 Februari.

Dr Gunaraj berkata usaha itu mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan KDEB Waste Management (KDEBWM).

“Program ini tidak akan berjaya sekiranya hanya saya dan agensi yang terlibat melaku-kannya, oleh itu kerjasama daripada persa- tuan penduduk amat diperlukan,” katanya.

Bina pusat atasi lambakan sampah

19SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

PBTInformasiTerkinidi jari anda

KENYATAAN TENDER

KERAJAAN NEGERI SELANGORJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

14cm X 4cols

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor dan perunding yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunaan Industri Pembinaan dan Pusat Khidmat Kontraktor/Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/perkhidmatan berikut :

TARAF

Bhg. Ukur Bahan dan

Kontrak, JPS Negeri Selangor

JPS/N/SEL/SG/05/2021

KERJA-KERJAMENAIKTARAF BAN DANMENGUKUHKAN TEBING

SUNGAI LANGAT DIMUKIM DENGKIL,

DAERAHSEPANG, SELANGOR

DARUL EHSAN.

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan.

Gred : G7Kategori : CEPengkhususan: CE21 & CE36

Kontraktor hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS)

Kaunter Bhg. UkurBahan & Kontrak

JPS Selangor,Tingkat 5, Blok

Podium Selatan,Bangunan SultanSalahuddin Abdul

Aziz Shah,40626 Shah Alam,

Selangor.

16HB MAC 2021hingga

06HB APRIL 2021

RM 820.00Pengarah Jabatan

Pengairan Dan Saliran Negeri

Selangor(Kiriman Wang/

Bank Deraf/Wang Pos)

Peti Tender.Bhg. Ukur Bahan

& KontrakJPS Selangor,

Tkt. 5, Blok Podium Selatan,

BangunanSultan SalahuddinAbdul Aziz Shah,

40626 Shah Alam, Selangor

07HB APRIL 2021 (RABU)

Jam 12.00 tengahari

SYARAT PENDAFTARAN

TEMPAT & TARIKHDOKUMEN MULAI

DIJUALNOMBOR TENDER

TAJUK PROJEKPEJABAT YANG

MEMANGGILTAWARAN

HARGA DOKUMEN

& BAYARAN ATAS NAMA

TEMPAT, TARIKH &

WAKTU TENDER TUTUP

TARAF

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan pada waktu 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan semasa proses pembelian dokumen tender.Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa SIJIL ASAL PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAAN INDUSTRI PEMBINAAN, PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR/KEMENTERIAN KEWANGAN DAN PENDAFTARAN UPENS SERTA SIJIL TARAF BUMIPUTERA PKK jika berkenaan dan satu SALINAN bagi sijil-sijil berkenaan semasamembeli dokumen tender.

Sebagai usaha membendung dan mencegah wabak COVID-19, taklimat dan lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN untuk pembelian tender. Walau bagaimanapun pihak kontraktor yang berminat boleh melawat sendiri ke tapak dengan koordinat seperti di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan mengetahui keadaan/maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran

tender. Sekiranya kontraktor mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah amat ditekankan.

Taklimat dan Lawatan Tapak : TIADAKoordinat Tapak : 2.86765,101.68154

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Pengguna Bas Smart Se-langor wajib menggunakan ‘Scan To Ride’ yang perlu dimuat turun menerusi ap-likasi Citizen E-Payment Platform (CEPat).

EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han berkata sistem itu membolehkan mereka membayar tambang dengan mengimbas kod QR di pintu masuk dan keluar bas.

“Sistem ini diperkenal sejajar hasrat Kerajaan Negeri dalam menggalakkan penggunaan teknologi digital dan ba-yaran tanpa tunai selaras menjayakan visi Smart Selangor menjelang 2025.

“Bagaimanapun, pengguna bas war-ganegara berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak pula tidak diwajibkan mem-punyai aplikasi ini sebaliknya mereka ha-nya perlu membawa kad pengenalan sa-

haja,” katanya ketika melancarkan ‘Scan To Ride’ Perkhidmatan Bas Smart Sela- ngor pada 1 Mac.

Beliau berkata warga asing dikenakan bayaran 90 sen setiap perjalanan mulai 15 Mac manakala warga Malaysia kekal percuma.

“Sistem ‘Scan To Ride’ ini juga digu-nakan untuk selenggara dan tambah baik jumlah laluan Bas Smart Selangor pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Smart Sela- ngor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berkata setakat Disember tahun lalu ter-dapat 11,000 pengguna memuat turun aplikasi CEPat.

“Kita menyasarkan lebih 200,000 pengguna bakal mengguna aplikasi ini. SSDU juga akan berusaha untuk tambah baik dengan beberapa perkhidmatan lain akan datang,” katanya.

Warga asing kena caj 90 sen

Wajib guna ‘Scan To Ride’

Sze Han mengim-bas kod QR ‘Scan To Ride’ untuk menaiki Bas Smart Selangor. Turut serta Datuk Bandar Shah Alam, Dato Haris Kasim dan Dr Fahmi

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meluluskan permohonan 11 permit penjaja sementara di pinggir jalan Batu 18, Hulu Langat.

Pegawai perhubungan awamnya ber-kata kelulusan itu bertujuan membantu penduduk yang terjejas akibat pelaksa-naan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain mengawal kegiatan itu.

Kamarul Izlan Sulaiman turut menjelas-kan sewa bulanan RM150 dikenakan ke-pada penjaja meliputi caj kutipan sampah

(RM90) dan permit perniagaan (RM60).“Perkara ini selaras dengan hasrat Ke-

rajaan Selangor untuk memberi kelulusan kepada permohonan peniaga kecil yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Selaras Undang-Undang Kecil Penjaja 2007 (MPKj), semua jenis perniagaan di-jalankan dalam kawasan MPKj perlu dilesen-kan atau dipermitkan sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya pada 25 Februari.

Terdahulu, peniaga di kawasan berke-naan merungut apabila dikenakan ba-

yaran RM150 sebulan berikutan keun-tungan ketika tempoh PKP kurang memuaskan.

Sementara itu, Kamarul Izlan berkata hampir 20 binaan tanpa kelulusan terma-suk aktiviti perniagaan dikesan beroperasi di kawasan itu berdasarkan bancian pada 25 November lalu.

“Justeru, kami (MPKj) mengambil ini-siatif memberi permit bagi aktiviti penja-jaan di kawasan itu dengan kadar yuran ditetapkan," katanya.

Pemberian permit sementara diteruskan

KLANG - Peniaga yang gagal menyediakan tong sampah di premis masing-masing boleh dikompaun sehingga RM1,000, tegas Majlis Perbandaran Klang.

Pengarah perkhidmatan persekitarannya berkata tindakan itu berikutan segelintir pe-niaga tidak mengikut arahan hingga menye-babkan premis kotor.

Menurut Zaireezal Ahmad Zainud-din, arahan itu juga sebahagian syarat ketika pe-niaga memohon atau memperba-harui lesen.

“ S e p a t u t -nya perkara ini tidak berlaku, justeru kita akan pantau dari semasa ke semasa selain melaksana penguatkua-saan,” katanya menambah kesalahan disabit mengikut Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, wakil rakyat Sentosa Dr Gunaraj George memaklumkan notis pemberitahuan untuk menyediakan tong sampah dihantar kepada peniaga pada 18 Februari lalu.

Jelasnya, peniaga perlu menyediakan tong bertutup dengan isi padu 240 liter da-lam tempoh tujuh hari selepas notis tersebut dihantar.

Denda jika gagal sedia tong sampah

20Pendidikan

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

SUBANG JAYA - Kaedah pemeriksaan mengejut ke rumah digunakan terhadap keluarga yang memohon komputer percuma bagi memastikan mereka benar-benar layak, kata Ahli Dewan Negeri Kinrara.

Menurut Ng Sze Han, kaedah itu dilak-sanakan setelah pihaknya menerima lebih 500 permohonan komputer percuma me-nerusi Program Cerdik Kinrara yang dilancar-kan sejak Januari.

“Disebabkan hanya ada 100 komputer buat masa ini, kami perlu memilih mereka yang benar-benar layak sahaja supaya tidak ada golongan kurang mampu diketepikan.

“Oleh itu, setelah permohonan diterima, kakitangan pusat khidmat saya membuat kunjungan mengejut ke rumah mereka seka-li gus dapat menilai dengan lebih dekat dan tepat sama ada penerima layak atau tidak,” katanya pada 28 Februari.

500 mohonkomputer percuma

SHAH ALAM - Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Batu Tiga memperuntuk lebih RM60,000 bagi membantu 514 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah sempena pembukaan sesi persekolahan.

Wakil rakyatnya Rodziah Ismail berkata bantuan meliputi wang tunai dan barangan persekolahan seperti tali pinggang, stoking dan 50 komputer riba.

“Kita harap bantuan ini meringankan be-ban keluarga memandangkan masih ramai yang terkesan akibat penularan Covid-19,” katanya pada program Kembali ke Sekolah DUN Batu Tiga pada 23 Februari.

Rodziah berkata sumbangan itu mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor, Pemerbadanan Menteri Be-sar dan individu perseorangan.

514 pelajar terima alatan sekolah

SHAH ALAM - Pelajar sekolah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) termasuk institusi swasta yang tidak mempunyai seragam dibe-narkan mengenakan pakaian bersesuaian dan sopan untuk ke sekolah.

Pengarahnya Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata keputusan dibuat susulan pertanyaan ibu bapa mengenai peraturan pemakaian se-ragam untuk sesi persekolahan yang dibuka mulai 1 Mac.

"Pelajar prasekolah, tahun satu serta dua akan menjadi kumpulan pertama hadir diiku-ti pelajar tahun tiga hingga enam pada 8 Mac.

“Pelajar maahad tahfiz dan pondok juga memulakan sesi persekolahan pada 1 Mac manakala pelajar tingkatan satu hingga enam pada 5 April,” katanya pada 25 Februari.

Keputusan itu selari dengan kelonggaran Ke-menterian Pendidikan Malaysia pada 24 Feb-ruari.

Jais benar murid berbaju biasa

SHAH ALAM - Sebanyak 657 taska di Selangor menerima kit pembasmi virus bagi memben- dung penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan pe- ngasuh.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata sejum-lah RM699,426 diperuntuk Ke- rajaan Negeri untuk membantu mereka mendepani wabak.

“Kita harap sumbangan ini membuat pengusaha taska le-bih bersedia untuk operasi dan terima kehadiran kanak-kanak walaupun dalam tempoh Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada 23 Februari.

Antara barangan tersebut ialah pelitup muka, pelindung muka, termometer, cecair pem-basmi kuman, apron dan sarung tangan.

Setakat 22 Februari, sebanyak 518 orang menerima kit itu. Ba- kinya diagih secara pandu lalu di pekarangan Foyer Jubli Perak, Bangunan Sultan Idris Shah.

657 taska terima kit basmi virus

Dr Siti Mariah (kiri) menyerahkan kit pembasmi virus kepada wakil taska di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 23 Februari

DARI MUKA DEPAN

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

GOMBAK - Dato' Menteri Besar men-cadangkan sistem sesi pembelaja-ran diperbaiki sebelum sesi penuh persekolahan bermula 4 April bagi mengelakkan kesesakan di luar se-kolah.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ibu bapa perlu diberi jadual tertentu untuk mengambil anak bagi mengu-rangkan risiko penularan Covid-19.

“Ada sekolah yang buat dua sesi tetapi bergantung pada kesesuaian, malah ia suatu proses pembelajaran yang baik dan kena tengok kapasiti

penuh pada tarikh berkenaan.“Bukan pelajar sahaja yang harus

diberi jadual tetapi ibu bapa juga. Mungkin mereka perlu mengikut jadual ini sehingga tahun hadapan,” katanya pada 1 Mac

Sekolah dibuka semula secara ber-peringkat mulai 1 Mac melibatkan murid prasekolah, tahun satu dan dua diikuti tahun tiga hingga enam bermula 8 Mac.

Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain pada 5 April.

Baiki sistem daftar, jadual ambil anak

Elak risiko penularan virus

Bukan pelajar sahaja yang harus diberi jadual tetapi ibu bapa juga. Mungkin mereka perlu mengikut jadual ini sehingga tahun hadapan

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Mulai Belanjawan Selangor 2020, ini-siatif itu ditambah baik dengan me- longgarkan syarat kelayakan, kini isi ru-mah berpendapatan bawah RM5,000 boleh memohon. Sebelum ini, syaratnya pendapatan bawah RM3,000.

Setakat 2019, seramai 71,446 maha-siswa menerima manfaat melalui inisiatif berkenaan yang diperkenalkan sejak 2008.

Dalam belanjawan tahun ini, ribuan pe-lajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dijangka menerima manfaat Ban- tuan Yuran Asas Universiti (Bayu).

Program itu memberi pelepasan yuran asas kepada siswa dua IPT itu yang dikelola oleh Kerajaan Negeri.

Syarat kelayakan dilonggar

21SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

Jika pendapatan tidak terjejas

SHAH ALAM - Orang ramai diingatkan tidak menggunakan orang tengah atau ejen bagi mendapatkan perkhidmatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ber-

kaitan urusan perkah-winan, cerai dan ru-

juk.Menurut agen-

si itu, pihaknya ti-dak pernah melan-t ik mana-mana

individu, syarikat atau firma yang me-

ngenakan bayaran bagi membantu orang awam.

Perkhidmatan berkenaan membabit-kan urusan pendaftaran kursus pra- perkahwinan, permohonan kebenaran berkahwin, janji temu Pejabat Agama Islam Daerah, urusan dengan Penolong Pendaftar Perkahwinan dan pengambi-lan dokumen pernikahan, perceraian ser-ta rujuk.

Jais menyeru orang ramai menghubu- ngi Bahagian Undang-Undang Keluarga Jais di talian 03-5514 3468/ 77 / 78 sekira-nya mempunyai kemusykilan berkaitan urusan perkahwinan.

Urusan Jais tidak guna orang tengahSHAH ALAM - Kuliah Kitab al-Mu-

wafaqat menjadi wadah kepada ma-syarakat memahami keindahan Islam melalui kerangka maqasid syariah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru-din Shari berkata program anjuran Ins- titut Darul Ehsan turut berperanan se-bagai penghubung masyarakat maj-muk di negara ini.

“Segala kerencaman dapat diatasi melalui beberapa prinsip asas seperti

pemeliharaan jiwa, akal, agama, harta dan keturunan yang merupakan nilai sejagat antara semua agama dan bu-daya.

“Perbahasan ilmu maqasid berfung-si melatari segala aspek kehidupan masyarakat, nescaya kita akan mampu mencapai masyarakat yang damai dan sejahtera,” katanya ketika melancarkan kuliah tersebut baru-baru ini.

Kitab agung al-Muwafaqat karya al-

Imam al-Shatibi dipilih memandangkan ia antara karya utama yang sarat perba-hasan maqasid syariah.

Sebanyak 16 siri kuliah dilaksana bermula akhir 2018 dengan penyerta-an 150 peserta dalam kalangan pela-jar, pendidik, ahli akademik dan orang awam.

Sesi seterusnya berlangsung pada 10 Mac ini dan boleh didaftar melalui pau-tan peserta.ideselangor.com/

Kuliah 16 siri didik masyarakat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Lestari atau i-Sinar bagi yang mempunyai sumber pendapatan wajib dizakat.

Mengikut Lembaga Zakat Selangor (LZS), pengelu-aran itu dilakukan atas dasar pilihan dan bukan-nya darurat serta tertakluk dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor.

"Oleh itu, setiap pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar wajib dizakat sekira-nya mencukupi syaratnya," kata LZS menerusi Facebook pada 1 Mac.

Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Se-langor 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP sebelum umur 55 tahun men-yatakan zakat wajib ke atas jumlah yang dike-luarkan.

Bagaimanapun, zakat tidak diwajibkan jika pengeluaran dibuat kerana sumber pendapa-tan terjejas.

Wang i-Sinar, i-Lestari wajib keluar zakat

SHAH ALAM - Program infaq Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) melalui Touch ‘n Go eWallet mengumpul RM9,000 setakat Februari.

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata sumban-gan melalui aplikasi itu menggal-akan urusan sedekah kepada Yide.

“Kaedah terbaharu ini secara tidak langsung membantu Yide lebih aktif melancarkan aktiviti kebajikan khususnya di Selan-gor,” katanya pada 24 Februari.

Inisiatif sumbangan menerusi aplikasi berkenaan bagi meng-galakkan penggunaan transaksi tanpa tunai sejak mula diperke-nalkan pada 16 Ogos tahun lalu.

Kemudahan disediakan juga

lebih efisien dan mengikut keadaan semasa serta tiada caj perkhidmatan dikenakan kepa-da pendema bagi Tabung Infaq Dana Yide.

Malah Touch ‘n Go eWallet turut digunakan di ibu pejabat Yide dan enam cawangan Pusat Dialisis Ma-jlis Agama Islam Selangor.

Orang ramai yang ingin menyumbang per lu per lu mengimbas kod QR di laman ses-awang yide.com.my/2020/09/08/touchngo-e-wallet/

Pada November lalu, Yide turut melancarkan kempen in-faq melalui laman e-dagang ter-kemuka Shopee yang mencecah kutipan RM2,000 setakat 4 Feb-ruari.

Kempen sedekah Yide cecah RM9,000

4 - 10 MAC 202120 - 26 REJAB 1442

04 Khamis 6:06 6:16 7:22 1:28 4:42 7:29 8:3805 Jumaat 6:06 6:16 7:21 1:28 4:41 7:28 8:3806 Sabtu 6:06 6:16 7:21 1:28 4:40 7:28 8:3707 Ahad 6:05 6:15 7:21 1:27 4:40 7:28 8:3708 Isnin 6:05 6:15 7:20 1:27 4:39 7:28 8:3709 Selasa 6:05 6:15 7:20 1:27 4:38 7:28 8:3710 Rabu 6:04 6:14 7:20 1:27 4:38 7:28 8:37

04 Khamis 6:08 6:18 7:23 1:30 4:44 7:31 8:4005 Jumaat 6:08 6:18 7:23 1:30 4:43 7:31 8:4006 Sabtu 6:08 6:18 7:23 1:30 4:43 7:30 8:3907 Ahad 6:07 6:17 7:22 1:29 4:42 7:30 8:3908 Isnin 6:07 6:17 7:22 1:29 4:41 7:30 8:3909 Selasa 6:07 6:17 7:22 1:29 4:41 7:30 8:3910 Rabu 6:06 6:16 7:21 1:29 4:40 7:30 8:39

04 Khamis 6:06 6:16 7:22 1:28 4:42 7:29 8:3805 Jumaat 6:06 6:16 7:22 1:28 4:41 7:29 8:3806 Sabtu 6:06 6:16 7:22 1:28 4:40 7:29 8:3807 Ahad 6:05 6:15 7:22 1:28 4:40 7:29 8:3808 Isnin 6:05 6:15 7:21 1:27 4:39 7:29 8:3809 Selasa 6:05 6:15 7:21 1:27 4:38 7:29 8:3710 Rabu 6:04 6:14 7:21 1:27 4:38 7:28 8:37

Edry (tengah) membantu menyediakan pek makanan kepada calon SPM pada 24 Februari

22Kebajikan

SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

PETALING JAYA - Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) akan melancarkan program Nur Pekawanis bagi mengasah kemahiran ibu tunggal bagi menjana pendapatan.

Yang Dipertuanya berkata program yang dijadual bermula Mac menawarkan kema-hiran menjahit, penyediaan makanan sejuk beku, urutan spa dan solekan

“Peserta akan dilatih dari awal sehingga mereka mampu menjana ekonomi sendi-ri. Kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri menerusi agenda pendigitalan,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad pada 21 Februari.

Beliau juga berharap mereka kemudian menjadi ikon dan berpotensi sebagai tena-ga pengajar kepada peserta lain pada masa depan.

SHAH ALAM - Seramai 689 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menerima pek makanan.

Wakil rakyatnya Edry Faizal Eddy Yusof berkata ia membabitkan 419 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil dan 270 lagi dari SMK Dusun Nanding, Hulu Langat.

“Sumbangan ini bertujuan memberi semangat kepada calon SPM untuk menjawab peperiksaan selain tidak mahu mereka kelaparan.

“Saya berharap makanan yang disediakan pasu-kan Gerak 23 DUN Dusun Tua membantu mereka lebih fokus dan semoga berjaya menduduki SPM,” katanya.

Edry berkata sebanyak RM6,000 diperuntuk ke-pada kedua-dua sekolah itu dengan harapan ia mampu meringankan beban keluarga calon.

Pelajar B40 dapat tablet percumaPETALING JAYA - Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) di Dewan Un-dangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima bantuan tablet bagi kemudahan sesi pem-belajaran dalam talian.

Ahli Dewan Negerinya Halimey Abu Bakar berkata sumbangan itu ekoran ada ibu bapa terpaksa menggadai harta ter-masuk barang kemas dan motosikal sema-ta-mata membeli gajet.

“Walaupun sesi persekolahan sudah di- buka namun ia tidak menyeluruh. Kita masih teruskan pemberian tablet dan se-takat ini 15 pelajar menerimanya mem-babitkan peruntukan RM20,000,” katanya selepas menyerahkan baucar Jom Kembali ke Sekolah pada 26 Februari.

Seramai 500 pelajar menerima sumba- ngan berkenaan membabitkan pakaian dan sekolah serta alat tulis.

994 kes pembakaran terbukaSHAH ALAM - Sebanyak 994 kes pemba-karan terbuka melibatkan kawasan seluas 8,140 hektar direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sejak Januari lepas hingga 25 Februari.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata daripada jumlah itu 75 kes melibatkan pembakaran terbuka di kawa-san kebun dan ladang, hutan (230 kes), belukar dan lalang (464 kes) serta tempat pembuangan sampah haram (225 kes).

“Disebabkan sekarang ini cuaca agak panas dan kering, ada juga kes pemba-karan terbuka berlaku di lokasi sama se-banyak tiga hingga empat kali contohnya di pinggir hutan,” katanya pada 26 Februari. – BERNAMA

Latih ibu tunggal jana pendapatan

689 calon SPM terima pek makanan

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SUBANG JAYA - Jabatan Perumahan Negara (JPN) digesa menyelesaikan tung-gakan bil air Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 berjumlah lebih RM100,000 supaya kemudahan itu disam-bung semula.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia Halimey Abu Bakar berkata hampir pen-duduk 5,000 di situ berdepan masalah air sekalipun bil dibayar terus kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Tunggakan ini adalah dari meter pukal yang digunakan untuk kemudahan awam seperti surau dan dewan. Pengurusan me-nerusi JPN bertanggungjawab membayar bil ini.

“Difahamkan, pengurusan kawasan ini menerima lima notis bayaran tetapi tidak diendahkan hingga akhirnya bekalan air dipotong jam 1 pagi tanpa makluman awal,” katanya ketika melawat PPR itu pada 24 Februari.

Bagi membantu penduduk, Halimey

Wakil rakyat risau bekalan putus

Gesa jabatan perumahan lunas bil air PPR

Halimey (kanan) membantu mengagihkan air kepada penduduk PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya pada 24 Februari

mengambil inisiatif meminta bantuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya menghan-tar lima tangki air pada hari berkenaan.

“Saya akan berjumpa dan mendesak

pihak JPN serta Kementerian Peruma-han dan Kerajaan Tempatan berhubung masalah ini demi memastikan ia tidak akan berulang,” katanya.

PETALING - Program Peti Kin-rara yang bertujuan mengum-pul barangan keperluan harian daripada orang ramai mendapat sambutan sejak dilancarkan Di- sember tahun lalu.

Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han berkata perkembangan itu dianggap positif berikutan bilangan orang awam yang membantu meningkat.

“Tidak sangka, almari di hadapan pusat khidmat dipenuhi barangan hasil sumbangan orang ramai. Mereka beri makanan dan barangan keperluan harian seperti lampin pakai buang dan pad wanita.

“Ini sesuatu yang baik kerana lebih ramai keluarga memerlukan dapat dibantu. Terima kasih semua,” ka-

tanya pada 28 Februari.Pada masa sama, EXCO Kerajaan Ne-

geri itu berkata pihaknya bersedia mem-bantu mana-mana persatuan bukan kerajaan atau pusat khidmat lain untuk menganjurkan program seumpama itu.

“Sekiranya tiada duit, mereka boleh ambil saja barangan dari almari Peti Kin-rara tanpa bayaran, maka kita meng-galakkan lebih banyak penganjur adakan program sebegini,” katanya.

Sumbangan Peti Kinrara bertambah

23SelangorKini 4 - 10 Mac 2021

SukanInformasiTerkinidi jari anda

3 col x 9 cm

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (201401006213)

KENYATAAN TENDER

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

PN0000006277

PN0000006222

PN0000006223

PROPOSED REFURBISHMENT AND REHABILITATION WORKS AT REVERSE PUMPING STATION (RPS) AND SUNGAI TINGGI DAM

PACKAGE 1 - CONDITIONAL ASSESSMENT FOR WATER TREATMENT PLANTS FOR YEAR 2021

PACKAGE 2 - CONDITIONAL ASSESSMENT FOR WATER TREATMENT PLANTS FOR YEAR 2021

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/vendor/tender-lists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/vendor dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

Wakil rakyat risau bekalan putus

Gesa jabatan perumahan lunas bil air PPR

OLEH AFIX REDZUAN

Di sebalik kemelut pandemik, penjaring terbanyak kategori wanita Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) musim 2019

sentiasa memastikan tahap kecergasan-nya kekal berada pada tahap terbaik.

Malah, Fatin Shahida Azmi, 30, yang mewakili Selangor sejak 2019 tidak sa-bar-sabar menanti kedatangan Ogos, bulan kejohanan itu dijadual bermula.

Bahkan, anak kelima dari tujuh be-radik memasang tekad untuk menjuarai kejohanan itu, sesuatu yang belum dikecapinya. Beliau yang juga pemain kebangsaan sejak 2012 turut mengintai aksi peringkat antarabangsa.

“Sasaran saya tahun ini, pastinya ma-hukan kejuaraan MPFL yang akan ber-mula Ogos nanti. Kejohanan besar (pasu-kan kebangsaan) setakat ini mungkin Sukan Sea di Vietnam,” katanya.

Meski latihan banyak terjejas akibat penularan Covid-19, penguat kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengamalkan disiplin latihan ketat sepanjang pelaksanaan Perintah Ka-walan Pergerakan.

“Alhamdulillah, persediaan untuk kecergasan setakat ini berjalan lancar. Selagi kudrat saya masih diperlukan, keinginan untuk melakar lebih kejayaan semakin membara,” katanya.

Untuk itu, beliau yang berkhidmat di MBSJ selama 11 tahun perlu bijak mem-bahagikan masa antara kerjaya dan lati-han sukan.

“Kalau dipanggil untuk menyertai lati-han secara kompetitif dari pasukan ne- geri, kelab atau kebangsaan majikan saya akan memberi pelepasan untuk menyer-tainya bersama pasukan,” katanya.

Fatin Shahida mula bermain futsal pada usia 18 tahun dengan menyertai pelbagai kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) dan Majlis Kebaji- kan dan Sukan Anggota-anggota Ker-ajaan Malaysia (Maksak).

Gadis kelahi-ran Johor mula mewakili negara dalam Kejohanan Futsal Dunia di Portugal pada 2012.

Beliau yang si-nonim dengan jersi nombor 10 pernah mewakili beberapa pasukan antaranya Terengganu dan Felda United. Malah, Fatin Shahida yang juga pernah mewakili Terengganu dalam acara badminton antara 2004 hingga 2008.

Namun, kejayaan yang dilakarnya tidak semudah bola bergolek di gelanggang futsal. Pada awal penglibatannya, Fatin Shahida kerap menerima bayaran rendah, tidak setimpal dengan kemahirannya.

Bagaimanapun, beliau menukar keke-

cewaan sebagai kepalan azam dan te-rus mengasah kemahirannya hingga akhirnya berpeluang menyarung jersi negara.

“Boleh dikatakan apa yang diberi tidak berbaloi dengan apa yang saya lakukan sebelum ni. Tapi disebabkan ini juga la ia menjadi satu cabaran buat saya bangkit kerana minat terhadap sukan mengatasi segalanya,” katanya.

Harapan

Selain itu, Fatin Shahida yakin peng-libatan lebih wanita dalam sukan itu kebelakangan ini – bukan lagi dilihat suatu kejanggalan – bakal melahirkan lebih ramai pemain berbakat, seterus- nya mengharumkan nama negara.

“Pada saya, kaum wanita suatu ke-tika dahulu tidak diberi perhatian

atau pendedahan. Disebabkan itu juga kita ketinggalan di be-lakang negara-negara Asean mahupun Asia,” katanya.

Namun, Fatin Shahida gembira berikutan semakin ramai wanita terutama golo-

ngan muda beraksi dalam bola sepak mahupun futsal.Beliau berharap bakat baha-

ru dicungkil segenap peringkat melalui penganjuran kejohanan besar khusus untuk wanita bagi memastikan mereka kekal aktif dalam sukan itu.

“Kini bola sepak dan futsal wanita, ramai yang ‘pandang’. Saya berharap pihak berwajib terus menaikkan sukan ini kerana kita mampu bersaing pada pe- ringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau juga menasihati wa nita yang mahu mence-

buri sukan itu secara se- rius mencari jurulatih

bertauliah untuk mem-bimbing mereka.

Diterbitkan oleh Media Selangor Sdn Bhd (sebelumnya dikenali Communication Corporation Sdn Bhd), Aras 11, Menara Bank Rakyat, No. 1, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.Dicetak oleh Print Towers Sdn Bhd, Balai Berita Shah Alam, No.16, Jalan Astaka U8/88, Seksyen U8, Taman Industri Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Banyak manfaatPakej Kita Selangor

Maklumat lanjut, rujuk

Tekad asah bakatpemain mudaKUALA LUMPUR - Selangor FC 2 berhasrat untuk meneruskan ‘legasi’ mereka dalam me- ngasah bakat pemain muda di samping mening-katkan prestasi pemain sedia ada untuk berbak-ti kepada skuad utama ‘The Red Giants’.

Ketua jurulatihnya, Michael Feichtenbein-er berkata beliau cukup berpuas hati apabi-la melihat beberapa pemain pada musim lalu terdiri daripada Aliff Haiqal, Zikri Khalili, Danial Asri, Sharul Nazeem Zulpakar dan penjaga gol muda, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bakal di-naikkan pangkat ke skuad utama, Selangor FC.

“Fokus utama kami masih kekal seperti mu-sim lalu iaitu membentuk bakat muda Sela- ngor agar mereka bersedia untuk beraksi dengan pasukan utama dengan enam pemain telah diserap masuk ke Selangor FC pada mu-sim ini.

“Saya harap dapat meneruskan legasi ini dan gembira kerana apa kami rancang buat masa ini, berjalan seperti yang kami mahukan dan harap musim 2022, kami akan melihat lebih ra-mai bintang muda mampu dihasilkan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada 26 Februari. – BERNAMA

Harap boleh mula latihan berkumpulanSHAH ALAM - Majlis Sukan Negeri (MSN) ber-harap atlet dibenar menjalankan latihan sukan sentuhan atau berkumpulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 4 Mac.

Pengarah eksekutifnya berkata Majlis Kese-lamatan Negara (MKN) wajar mempertimbang-kan perkara itu kerana hampir dua bulan atlet menjalani latihan bersendirian.

“Sudah tentu kita harap ada perubahan sele-pas PKP tamat sebab ketika ini latihan lebih ter-tumpu kepada mengekalkan kecergasan atau stamina.

“Tempoh lama tanpa latihan khusus boleh menjejaskan atlet dalam semua aspek, me-mang mereka berlatih sendiri tetapi ia jauh berbeza kalau dilakukan berkumpulan,” kata Mohamad Nizam Marjugi pada 28 Februari.

Pada 9 Februari MKN membenarkan pasu-kan Liga Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malay-sia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) memu-lakan latihan namun pemain perlu mematuhi kuarantin di kem atau kediaman ditetapkan pasukan.

Dua hari kemudian MKN membenarkan su-kan seperti tenis, badminton dan ping pong melibatkan acara perseorangan manakala latihan kemahiran atlet bola sepak, bola ke- ranjang, hoki dan sepak takraw dibenar tanpa melibatkan sentuhan fizikal.

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri men-ganjurkan kejohanan catur maya den-gan menawarkan hadiah keseluruhan RM33,960.

EXCO sukan memaklumkan Grand Prix Selangor Xtiv Virtual Chess 2021 siri pertama mempertanding kategori wanita, bawah 12 tahun, terbuka dan bawah 18 tahun bermula pada 10 dan 11 April

“Terdapat empat siri Grand Prix plus 1 dan Siri Grand Final. Ini masanya untuk serlahkan bakat anda dalam dunia catur,” kata Mohd Khairuddin Othman pada 28 Februari.

Kejohanan tersebut mendapat ker-jasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Sela- ngor dan Persekutuan Catur Malaysia.

Mereka yang berminat diminta meng- hubungi Najib Abdul Wahab 016-338 2542 dan Iwan Schani Ibnu (017-564 5183).

Pendaftaran juga boleh dibuat melalui [email protected] / [email protected] sebe-lum tarikh tutup pada 29 Mac.

Kejohanan catur maya antara pro-gram baharu Selangor Xtiv Virtual 2021. Dua lagi program yang turut di-anjur adalah Selangor Xtiv Virtual Ride dan Selangor Xtiv Virtual Jump Rope

Empat kategori dipertanding

Kejohanan catur maya tawar RM33,960

Challenge.Program yang menawarkan hadiah

terkumpul bernilai RM411,680 turut meneruskan acara Selangor Xtiv Vir-

tual Esports, Selangor Xtiv Virtual Mar-athon, Selangor Martial Art Xtiv Vir-tual dan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking.

SHAH ALAM - Selangor FC melancar-kan jersi tempat lawan untuk kegunaan saingan musim 2021 dengan konsep warna mirip zaman 1980-an.

Pelancaran jersi kedua berwarna biru gelap dengan corak biru neon dib-uat tidak lama selepas jersi tuan rumah bagi musim ini dilancarkan pada 1 Feb-ruari lalu.

Mengikut laman sesawang pasukan itu, biru gelap lambang kesepaduan penduduk Selangor kepada Red Giants manakala biru neon simbolik kepada pembaharuan untuk masa depan.

“Selain itu, jersi ini juga dipadankan dengan motif peta negeri Selangor yang menekankan reka bentuk sembilan daerah dalam negeri ini yang merupa-

kan tulang belakang pasukan ini. “Warna merah kuning juga dicetak

dan disematkan dengan jelas pada ba-hagian belakang kolar jersi ini,” kata ke- nyataan laman sesawang itu.

Biru gelap sering menjadi warna jersi tempat lawan sekitar 1980-an, kali tera-khir pada musim 2018. Konsep itu ber-beza dengan jersi tuan rumah yang be-runsur retro.

Pada era 1980-an, Selangor men-julang Piala Malaysia sebanyak empat kali iaitu 1981, 1982, 1984 dan 1986.

Jersi itu boleh dibeli di SelangorFC.com pada harga RM109 untuk edisi pe-main. Pemegang Red Giants Team Card 2021 layak menerima diskaun 10 peratus untuk setiap pembelian pada tahun ini.

Selangor FC lancar jersi ikonik zaman 80-an