BAB 4DAPATAN KAJIAN

29
BAB 1 PENGENALAN Universiti merupakan sebuah institusi yang penting dalam negara untuk melahirkan bakal generasi yang bermakna untuk masa depan bangsa. Dalam usaha melahirkan bakal graduan yang memenuhi kriteria-kriteria yang bermakna, kita perlu melahirkan satu persekitaran kampus yang selamat dan sejahtera bagi menjamin kelahiran generasi yang berkualiti dan berdaya saing. Universiti atau kampus yang selamat ialah tempat dimana pelajar-pelajar dapat belajar dan pensyarah dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap pelajar. Secara amnya, Konsep Kampus Selamat boleh didefinisikan sebagai pembentukan persekitaran kampus, dewan kuliah dan dewan- dewan penginapan pelajar yang selamat dan aman sejahtera, iaitu bebas daripada sebarang bentuk pelakuan jenayah atau sebarang ancaman dalam kalangan pelajar mahupun orang luar, melalui prinsip rekabentuk dan faktor persekitaran kampus yang selamat dan pembangunan komuniti kampus melalui kegiatan sosial dan kemasyarakatan. State of California dalam artikelnya "The Safe School Challenge" mentakrifkan sekolah yang selamat sebagai tempat yang aman di mana pelajar-pelajar dan guru bebas untuk belajar dan mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal dan psikologikal. Kunci kampus yang selamat adalah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan. 1 | Page

Transcript of BAB 4DAPATAN KAJIAN

BAB 1

PENGENALAN

Universiti merupakan sebuah institusi yang penting dalam negara untuk

melahirkan bakal generasi yang bermakna untuk masa depan bangsa.

Dalam usaha melahirkan bakal graduan yang memenuhi kriteria-kriteria

yang bermakna, kita perlu melahirkan satu persekitaran kampus yang

selamat dan sejahtera bagi menjamin kelahiran generasi yang berkualiti

dan berdaya saing. Universiti atau kampus yang selamat ialah tempat

dimana pelajar-pelajar dapat belajar dan pensyarah dapat mengajar dalam

suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia

juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan

penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap pelajar.

Secara amnya, Konsep Kampus Selamat boleh didefinisikan‘ ’sebagai pembentukan persekitaran kampus, dewan kuliah dan dewan-

dewan penginapan pelajar yang selamat dan aman sejahtera, iaitu bebas

daripada sebarang bentuk pelakuan jenayah atau sebarang ancaman

dalam kalangan pelajar mahupun orang luar, melalui prinsip rekabentuk

dan faktor persekitaran kampus yang selamat dan pembangunan komuniti

kampus melalui kegiatan sosial dan kemasyarakatan.

State of California dalam artikelnya "The Safe School

Challenge" mentakrifkan sekolah yang selamat sebagai tempat yang

aman di mana pelajar-pelajar dan guru bebas untuk belajar dan

mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal dan psikologikal. Kunci

kampus yang selamat adalah wujudnya suasana yang mementingkan

ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya

satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan

ia hendaklah adil serta berterusan.

1 | P a g e

1.1Penyataan masalah

Dalam kajian ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan lokasi

kajian yang dilakukan di mana terdapat beberapa masalah yang dapat

dilihat. Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara

yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga

merupakan satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus

kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Kampus UUM

terletak di Sintok Kedah iaitu di Utara negeri Kedah Darul Aman

berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand di Lebuh Raya Utara-

Selatan. Pada masa kini UUM mempunyai pelajar seramai lebih kurang

30,670 orang pelajar. UUM juga mempunyai sebanyak 15 buah Dewan

Penginapan pelajar (DPP).

Pernyataan masalah yang pertama ialah dari segi kefahaman pelajar

tentang konsep kampus selamat. Daripada apa yang diperhatikan, masih

terdapat komuniti kampus yang kurang memahami tentang pelaksanaan

konsep kampus selamat. Fahaman pelajar yang kurang mengenai

konsep ini menyebabkan mereka memandang enteng terhadap isu

keselamatan di kampus.

Pernyataan masalah yang kedua adalah dari segi sejauhmana aspek-

aspek perlaksanaan kampus selamat di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Aspek-aspek ini yang menjadi isu utama dalam perlaksanaan konsep

kampus selamat dimana ini yang akan mempengaruhi sebahagian besar

kejayaan konsep ini dilaksanakan kepada kawasan Universiti. Aspek

keselamatan yang sempurna menjamin kejayaan perlaksanaan konsep

kampus selamat yang sempurna.

2 | P a g e

JANTINA

UMUR

BANGSA

KOLEJ

TARAF PENDIDIKAN

KAMPUS SELAMAT

1.2Objektif kajian

Objektif khusus kajian ini adalah:

1.2.1 Mengenalpasti sejauhmana kefahaman pelajar terhadap konsep

kampus selamat di Universiti Utara Malaysia.

1.2.2 Mengenalpasti samaada pelaksanaan konsep kampus selamat ini

telah dijalankan di Universiti Utara Malaysia.

1.2.3 Mengenalpasti sejauhmana faktor-faktor atau aspek-aspek

keselamatan konsep kampus selamat menjamin perlaksanaan yang

berkesan.

1.2.4 Mengenalpasti cadangan dan langkah terbaik untuk memperbaiki

dan menjayakan konsep ini dengan baik.

1.3 Kerangka kajian

Tujuan kerangka kajian dibina adalah untuk melihat hubungan antara

pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Rajah di bawah

menerangkan kerangka kajian yang digunakan dalam kajian ini.

3 | P a g e

PEMBOLEHUBAH BEBASPEMBOLEHUBAH TERIKAT

1.4 Hipotesis masalah

Hoa : Tidak terdapat hubungan diantara kefahaman pelajar dengan

konsep kampus selamat.

H1a : Terdapat hubungan di antara kefahaman pelajar dengan konsep

kampus selamat.

Hob : Tidak terdapat hubungan di antara sejauhmana pelaksanaan

dengan konsep kampus selamat.

H1b : Terdapat hubungan di antara sejauhmana pelaksanaan dengan

konsep kampus selamat.

Hoc : Tidak terdapat hubungan di antara aspek keselamatan dengan

konsep kampus selamat.

H1c : Terdapat hubungan di antara aspek keselamatan dengan konsep

kampus selamat.

1.5 Kepentingan Kajian

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, ia sedikit sebanyak telah

memberi pendedahan mengenai konsep kampus selamat kepada warga

Universiti Utara Malaysia (UUM) khususnya kepada para pelajar. Dengan

mengenalpasti apakah punca dan permasalahan yang wujud dalam

mendedahkan konsep ini kepada pelajar, maka mereka akan lebih peka

mengenai keselamatan mereka di dalam kampus. Selain itu, pihak

universiti sendiri juga akan memberikan pendedahan yang lebih kepada

pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia mengenai konsep ini, pelbagai

4 | P a g e

masalah yang bakal timbul mungkin dapat dicegah dengan adanya

pendedahan yang lebih lanjut mengenai konsep kampus selamat ini.

Kepentingan kajian ini juga antara lainnya adalah untuk

mengenalpasti sejauhmana konsep ini telah dijalankan di Universiti Utara

Malaysia. Konsep kampus selamat walaupun pada dasarnya telah

dijalankan di universiti-universiti di Malaysia, tetapi pendedahan serta

maklumat lanjut mengenai konsep ini kurang didedahkan kepada umum.

Dengan adanya kajian ini, maklumat lanjut mengenai pelaksanaannya di

Universiti Utara Malaysia dapat dikaji.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan bagi memberi pengetahuan asas

kepada mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia serterusnya untuk kajian-

kajian yang akan datang mengenai konsep ini pada masa hadapan

mengenai konsep pelaksanaan konsep kampus selamat dalam negara.

Kajian ini juga memberi kepentingan sebagai satu alat untuk

mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam konsep kampus

selamat dan mengambil langkah terbaik untuk menangani masalah

tersebut.

1.6 Definisi Konsep dan Operasi

Dalam usaha menterjemahkan konsep kampus selamat ini, ia memerlukan

pemahaman serta penelitian yang penuh terhadap pembinaan kefahaman

mengenai pelaksanaan konsep ini. Beberapa definisi serta konsep penting

didapati mempunyai perkaitan penting dengan konteks kajian ini. Ia

meliputi tentang penjelasan mengenai kampus, keselamatan serta konsep

persekitaran.

1.6.1 Kampus

5 | P a g e

Perkataan kampus berasal daripada perkataan campo yang berasal‘ ’ “ ”daripada bahasa Itali yang bermaksud menggambarkan tentang sesuatu

bentuk kawasan awam, ruang yang terbuka atau medan yang terletak di

tengah dan menjadi simbol kepada sebuah universiti (Moore Ruble Yudell,

1997). Secara jelasnya, kampus menunjukkan tentang keseluruhan

kawasan universiti meliputi bangunan serta elemen fizikal yang ada

didalamnya.

Dalam konteks yang lebih luas, kampus dijelaskan sebagai suatu

persekitaran yang mampu merangsang pengajaran, pembelajaran,

‘introspection’ dan pemikiran kreatif. Ia bukan hanya sekadar koleksi

kemudahan pendidikan malahan lebih daripada itusecara intelektualnya

dapat membina semangat dan secara estetiknya menyeronokkan kepada

pelajar. (Castaldi, Basil, 1977).

1.6.2 Keselamatan

Keselamatan merupakan perihal mengenai selamat, kesejahteraan dan

keamanan menurut Rahman (2000) dan Wirdawati (2007). Keselamatan

juga boleh didefinisikan sebagai keadaan terlindung daripada sebarang

masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi,

pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau

kejadian yang tidak diinginkan. Keselamatan menurut kajian ini

mentakrifkan bahawa keselamatan sebagai satu persekitaran belajar yang

selamat dan bebas daripaad sebarang ancaman yang boleh

membahayakan pelajar dalam kampus. Ia juga merujuk kepada

perlaksaan yang telah dijalankan dalam kawasan universiti serta faktor-

faktor yang ada dalam kampus selamat itu sendiri.

1.6.3 Persekitaran

6 | P a g e

Persekitaran boleh dibahagikan kepada dua jenis persekitaran iaitu

persekitaran makro dan persekitaran mikro. Persekitaran makro merujuk

kepada persekitaran dalam ruang lingkup yang luas. Menurut kajian ini

persekitaran merujuk kepada persekitaran sekeliling seperti semak samun.

Persekitaran mikro pula merujuk kepada persekitaran dalam ruang

lingkup yang kecil seperti persekitaran seperti CCTV, lampu jalan dan

penghadap jalan.

1.7 Kesimpulan

Pada keseluruhannya, kajian ini adalah bagi mendedahkan ilmu mengenai

konsep kampus selamat di universiti Utara Malaysia kerana pendedahan

mengenai konsep ini adalah masih kurang dalam kalangan pelajar. Pada

bab ini, kami membincangkan bahawa pelajar di Universiti Utara

Malaysia memerlukan pendedahan yang lebih mengenai konsep Kampus

selamat bagi memberi mereka kepekaan yang lebih terhadap keselamatan

mereka di dalam kampus serta sejauhmana perlaksanaannya di Universiti

Utara Malaysia.

7 | P a g e

BAB DUA

ULASAN KARYA

2.1 Pengenalan

Bahagian ini akan membincangkan kajian-kajian lepas mengenai

sejauhmana pelaksanaan konsep Kampus Selamat dan kefahaman

pelajar serta faktor-faktor yang ada dalam konsep Kampus

Selamat. Secara tidak langsung kajian ini akan memperlihatkan

tiga dimensi yang akan dilihat dalam konsep kampus selamat

iaitu pelaksanaan, keselamatan dan faktor.

2.1.1 Pemahaman mengenai konsep kampus selamat

Menurut Chickering (1969), pembangunan diri individu yang berada di

institusi pengajian tinggi adalah dipengaruhi oleh persekitaran institusi

tersebut. Pembangunan diri individu dipengaruhi oleh persekitaran

kampus dan susun atur asrama serta banyak lagi.

8 | P a g e

Selain itu menurut Knirk (1979) pula, pelajar tidak boleh memahami

atau memproses maklumat dengan mudah jika persekitarannya tidak

selesa. Dalam konteks ini dapat kita kaitkan bagaimana jika pelajar yang

terdedah dengan persekitaran kampus yang kurang selesa dan selamat

akan mempengaruhi kefahaman mereka serta pembelajaran mereka. Oleh

yang demikian, perancangan kampus perlu mengambil kira aspek-aspek

keselesaan serta keselamatan kepada pelajar.

Ini bertepatan dengan teori Hierarki keperluan Maslow (1957)

dimana ia menyatakan bahawa terdapat lima keperluan asas manusia di

dalam kehidupan dimana salah satunya ialah keperluan keselamatan.

2.1.2 Pelaksanaan Konsep Kampus Selamat

Shamsiah, Shahrulbanun & Azaiah (2005) telah mengkaji pelaksanaan

konsep sekolah selamat di peringkat sekolah. Sekolah selamat yang

diketengahkan oleh penulis-penulis ini ialah berkaitan dengan pendedahan

awal kepada murid-murid, ibubapa, guru-guru, dan pihak yang

mempunyai kaitan dengan sekolah mengenai pentingnya keselamatan

murid di sekolah dari aspek persekitaran dan lokasi. Aspek-aspek

keselamatan di kawasan sekolah harus diambil berat dan dipertingkatkan

lagi dengan penglibatan serius daripada ibu bapa, guru-guru, masyarakat,

kerajaan dan juga badan bukan kerajaan. Langkah-langkah keselamatan

harus didedahkan kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan

mereka memahami, menghayati dan mengjadikannya amalan hidup

mereka.

Sebagaimana kajian mengenai bandar selamat yang dilakukan oleh

Hanani Sidek (2011), kajian yang dilakukan keatas bandaraya Kuala

9 | P a g e

Lumpur mengkaji tentang pelaksanaannya serta persepsi orang ramai

mengenai pelaksanaan tersebut. Kajian mendapati pelbagai langkah wajar

berkenaan keselamatan penduduk disana perlu diperkasakan walaupun

penduduk di taman perumahan Wangsa Melati tersebut merasa selamat

dengan taman perumahan mereka. Daripada itu dapat kita kaitkan

bahawa kampus yang dianggap sebagai Bandar kecil adalah perlu‘ ’dengan pelaksanaan Kampus selamat sebagaimana Bandar Selamat.

Shuhana, Ahmad Bashri, Hasanuddin, Norsiah, Rozeyta & Masliyana

(2007) telah mengkaji berkaitan masalah serta isu yang berkaitan dengan

perancangan dan reka bentuk kampus universiti di Malaysia dengan

memberi penumpuan kepada keberkesanan perancangan dan reka bentuk

kampus yang memberi persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

Kajian yang dilakukan oleh mereka terbatas kepada institusi pengajian

tinggi di Malaysia. Kajian yang dilakukan mereka ini bertujuan untuk

mengenal pasti masalah serta persepsi pelajar universiti sebagai pengguna

utama kampus terhadap persekitaran kampus dari segi menyokong aktiviti

harian mereka.

2.1.3 Faktor-faktor Konsep Kampus Selamat

Walaupun tidak ada reka bentuk yang ideal bagi sesebuah kampus kolej,

sebagaimana menurut Castaldi, Basil (1977) beliau berpendapat bahawa

perancangan sesebuah kampus yang baik adalah apabila bangunan-

bangunan yang ada berkaitan di dalam kampus tersebut dikelompokkan

dalam satu kawasan yang umum. Dibawah konsep ini, kebanyakan dewan

kuliah (educational buliding) diletakkan di kawasan pusat dengan dikelilingi

oleh ‘circular peripheral driveway’.

Pelajar tidak hanya bergantung dan terhad di dalam kelas, dewan

atau auditorium semata-mata dan ia boleh dilakukan dimana-mana. Oleh

10 | P a g e

yang demikian, persekitaran kampus perlu mengikut perancangan dan

meyediakan tempat yang mengalakkan pembelajaran secata tidak formal

(Campus Design Guideline, 2001). Komuniti akademik perlu dilengkapi

dengan akses yang selesa dan selamat yang berhubung dengan semua

kemudahan warga kampus. Sebagaimana menurut Carney (2000), strategi

kearah mewujudkan persekitaran kampus yang selamat melibatkan aspek

fizikal dan psikologi dalam erti kata yang lain bebas daripada sebarang

gangguan fizikal dan perasaan selamat.

Kajian yang dilakukan oleh Mazdi Marzuki (....) terhadap

perancangan laluan pejalan kaki yang dijalankan di Universiti Perguruan

Sultan Idris (UPSI) mendapati bahawa pembangunan lestari di dalam

kampus adalah perlu bagi menjamin serta meningkatkan keselesaan serta

keselamatan warga kampus. Pembinaan laluan pejalan kaki boleh

mengurangkan risiko pejalan kaki terdedah dengan bahaya mereka yang

membawa kenderaan.

Menurut Ode Rapija, Beta Suryo Kusumo (2011), pencahayaan di

kawasan dewan kuliah Universitas Muhammadiyah Malang adalah berbeza

mengikut peringkat dimana setiap kawasan memerlukan keperluan

pencahayaan yang berbeza. Oleh yang demikian pecahayaan adalah

sangat penting terutamanya di kawasan-kawasan yang berisiko.

Berkaitan denga keselamatn pelajar di kolej kediaman pula, selaras

dengan pendapat Zainal Ariffin Ahmad (1996) dimana beliau telah

mengariskan bahawa salah satu fungsi utama kolej kediaman di universiti

yang dipantau oleh pihak pengurusan kolej iaitu memastikan keselamatan

pelajar dan kolej kediaman. Adalah menjadi tanggungjawap pihak

pengurusan untuk menjaga keselamatan para pelajar.

2.2 Kesimpulan

11 | P a g e

Berdasarkan kajian lepas yang telah dijalankan sememangnya

terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi keselamatan di

kampus. Hasil daripada kajian yang juga menunjukkan bahawa

faktor-faktor yang mempengaruhi Kampus Selamat akan

berlandaskan kepada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas

dan pembolehubah bersandar.

BAB TIGA

METHOD KAJIAN

Dalam bab ini, reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel

kajian, alat pengukuran yang digunakan dan proses dalam

mengumpulkan data akan dibincangkan. Terdapat beberapa kaedah

12 | P a g e

atau method kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini iaitu

pengunaan borang kaji selidik dan bahan perpustakaan, untuk

mendapatkan maklumat daripada pelajar.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah bersifat kuantitatif dan bersifat tinjauan

kerana menggunakan soal selidik untuk mengkaji pelaksanaan

konsep kampus selamat dalam di Universiti Utara Malaysia.

Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan

maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian ialah borang

soal selidik. Maklumat yang di kumpul dalam borang soal

selidik ini adalah dari aspek yang berkaitan dengan

demografi, kefahaman pelajar terhadap konsep kampus selamat,

pelaksanaan konsep kampus selamat, faktor-faktor asas

pelaksanaan konsep kampus selamat serta cadangan dan langkah

penambahbaikan bagi pelaksanaan konsep kampus selamat.

Kami juga turut melakukan rujukan di Perpustakaan untuk

mendapatkan maklumat. Perpustakaan yang menjadi sumber rujukan

adalah Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Antara

bahan yang menjadi rujukan adalah seperti artikel-artikel, jurnal-jurnal,

surat khabar dan buku yang berkaitan dengan pelaksanaan konsep

kampus selamat ini.

13 | P a g e

3.2 Lokasi Kajian

Kawasan kajian yang dipilih untuk kajian ialah Universiti

Utara Malaysia.

3.3 Sampel Kajian

Populasi kajian yang kami jalankan ialah dalam kalangan

pelajar Universiti Utara Malaysia iaitu seramai 34,000 orang.

Daripada jumlah itu, kami hanya memilih 30 orang responden

yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

3.4 Alat Ukuran

Kaedah untuk mengumpul data adalah melalui soal selidik. Soal

selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk

tulisan. Soal selidik digunakan kerana ia merupakan kaedah

yang mudah kerana boleh mencapai responden yang berada di

lokasi yang jauh, kos pengendalian yang rendah dan menjimatkan

masa. Kami menggunakan soal selidik secara langsung dengan

menghantar soal selidik ke lokasi responden dan menerangkan

tujuan kajian dijalankan.

3.5 Proses Pengumpulan Data

14 | P a g e

Soal selidik yang dibentuk ialah secara kendali sendiri (self-

administered). Para responden akan diedarkan soalan selidik

ini secara langsung dan juga akan diberi masa dalam sekitar 5

sehingga 10 minit untuk menjawab semua soalan di dalam soal

selidik yang diberikan.

Para responden akan diberi bantuan dan tunjuk ajar oleh

penyelidik bagi membantu memudahkan urusan mereka untuk

memahami seterusnya menjawab soal selidik tersebut. Selepas

itu, penyelidik akan mengutip kembali borang soal selidik bagi

memulakan proses pengumpulan data.

3.6 Analisis data

Analisis data merupakan kemahiran dalam menganalisis data

menggunakan teknik-teknik berstatistik. Analisis data juga

merupakan tatacara, teknik mahupun kaedah yang digunakan untuk

tujuan memahami sesuatu data dan maklumat, membuat penelitian,

meringkas dan membuat analisis bagi memerihalkan berbagai jenis

data. Peranan utamanya adalah supaya sesuatu data mudah untuk

difahami oleh orang ramai. Data bagi kaedah penyelidikan ini,

data akan dianalisis dengan menggunakan pakej komputer Statistical

Package For Sciences (SPSS) Windows versi 20.

15 | P a g e

3.7 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati bahawa pengukuran

kajian yang dilakukan adalah bersesuaian dalam mencapai

objektif kajian. Keberkesanan item-item untuk menguji

kebolehpercayaan juga adalah tinggi. Dengan ini ianya

memudahkan lagi penyelidik menjalankan kajiannya.

BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan16 | P a g e

Dapatan kajian menerangkan tentang latar belakang responden di mana

maklumat biografi dinyatakan secara lebih terperinci di samping

membincangkan hasil dari dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas

responden sebelum ini di mana hasil perbincangan ini akan menjawab

segala objektif yang telah dinyatakan.

4.2 Demografi

4.2.1 Jantina.

Jadual 4.1 menunjukkan taburan jantina dalam kalangan 30 responden.

Jadual 4.1

Kekerapan Responden Mengikut Jantina(n=30)

Jantina Kekerapan Peratusan(%)Lelaki 15 50.0

Perempuan 15 50.0Jumlah 30 100.0

Jadual 4.1, menunjukkan semua borang soal selidik telah

dijawab dan tidak ada yang hilang. Daripada 30 responden,

jantina bagi lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 15 orang

(50%) bagi responden lelaki dan 15 orang bagi responden (50%)

bagi responden perempuan.

4.2.2 Umur

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden dari segi umur. Kebanyakan

responden iaitu seramai 63.3 peratus atau 19 orang berumur 22 tahun.

Kedua tertinggi adalah responden yang berumur 20 dan 21 tahun iaitu

17 | P a g e

masing-masing sebanyak 13.3 peratus atau 4 orang responden. Diikuti

dengan umur 23 tahun iaitu sebanyak 6.7 peratus atau 2 orang

responden. Manakala nilai yang paling minimum iaitu 3.3 peratus atau

seorang orang responden adalah berumur 19 tahun.

Jadual 4.2

Kekerapan Responden Mengikut Umur(n=30)

Umur (Tahun) Kekerapan Peratus 19 1 3.320 4 13.321 4 13.322 19 63.323 2 6.7Jumlah 30 100.0

4.2.3 Bangsa

Jadual 4.3 menunjukkan taburan bangsa dalam kalangan 30

responden. Dalam jadual tersebut, terdapat 9 orang merupakan

bangsa Melayu (30%), jumlah responden berbagsa Cina dan India

juga adalah sama iaitu masing-masing seramai 9 orang (30%)

dan hanya 3 orang (10.0%) sahaja daripada lain-lain bangsa

Jadual 4.3

Kekerapan Responden Mengikut Bangsa(n=30)

Bangsa Kekerapan Peratus Melayu 9 30.0Cina 9 30.0India 9 30.0Lain-lain 3 10.0Jumlah 30 100.0

4.2.4 Kolej

18 | P a g e

Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan responden berdasarkan

kepada kolej. Kebanyakan responden iaitu seramai 60 peratus atau 18

orang adalah dari COLGIS, diikuti responden dari COB iatu seramai 26.7

peratus atau 8 orang dan akhir yang paling sedikit adalah dari CAS iaitu

seramai 13.3 peratus bersamaan dengan 4 orang.

Jadual 4.4

Kekerapan Responden Mengikut Kolej(n=30)

Kolej Kekerapan Peratus CAS 4 13.3COB 8 26.7COLGIS 18 60.0Jumlah 30 100.0

4.3 Tahap kefahaman

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden

terhadap konsep kampus selamat berada pada tahap sederhana iaitu

sebanyak 50 peratus. Ini menunjukkan bahawa responden mampu

memahami konsep kampus selamat ini apabila penyelidik menerangkan

sedikit sebanyak tentang konsep kampus selamat kepada mereka dengan

menggunakan istilah yang lebih mudah.

4.4 Tahap pelaksanaan

Jadual 4.5

Jadual tahap pelaksanaan(n=30)

Kesahan Kekerapan Peratus 1.00 4 13.32.00 20 66.73.00 6 20.0Jumlah 30 100.0

19 | P a g e

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa

pelaksanaan konsep kampus selamat di Universiti Utara Malaysia (UUM)

berada pada tahap sederhana iaitu sebanyak 66.7 peratus. Ini bermakna

ciri-ciri keselamatan di UUM masih belum dilaksanakan secara

sepenuhnya contohnya pemasangan CCTV masih belum dilakukan di

perhentian-perhentian bas dan di Dewan Penginapan Pelajar (DPP).

4.5 Faktor-faktor pelaksanaan konsep Kampus Selamat

Jadual 4.6

tahap CCTV(n=30)

Kesahan Kekerapan Peratus 2.00 10 33.33.00 20 66.7Jumlah 30 100.0

Meneliti kepada faktor CCTV menunjukkan bahawa tahap CCTV

berdasarkan pandangan pelajar yang bertugas adalah sebanyak 20

orang atau (66.7 peratus) responden memberikan skor jawapan

yang tinggi dan 10 orang atau (33.3 peratus) responden

memberikan skor yang sederhana.

Jadual 4.7

tahap keselamatan(n=30)

Kesahan Kekerapan Peratus 1.00 4 13.32.00 6 20.03.00 20 66.7Jumlah 30 100.0

20 | P a g e

Berdasarkan jadual 4.7, faktor keselamatan pula sebanyak 4

orang atau (13.3 peratus) responden memberikan skor yang

rendah, 6 orang atau (20.0 peratus) responden memberikan yang

sederhana manakala 20 orang responden (66.7 peratus)

memberikan skor yang tinggi. Secara keseluruhan, tahap

keselamatan ini adalah di tahap yang tinggi.

Jadual 4.8

tahap pencahayaan(n=30)

Kesahan Kekerapan Peratus 1.00 3 10.02.00 13 43.33.00 14 46.7Jumlah 30 100.0

Berdasarkan jadual 4.8, faktor pencahayaan pula menunjukkan

sebanyak 3 orang atau (10.0 peratus) responden memberikan skor

yang rendah, 13 orang atau (43.3 peratus) responden

memberikan yang sederhana manakala 14 orang responden (46.7

peratus) memberikan skor yang tinggi. Secara keseluruhan,

tahap pencahayaan ini adalah di tahap yang tinggi.

Jadual 4.9

tahap persekitaran(n=30)

Kesahan Kekerapan Peratus 1.00 3 10.0

21 | P a g e

2.00 14 46.73.00 13 43.3Jumlah 30 100.0

Bagi tahap persekitaran pula, sebanyak 3 orang responden (10.0

peratus) memberikan skor yang rendah, 14 orang (46.7 peratus)

memberikan skor yang sederhana manakala 13 orang (43.3

peratus) memberikan skor yang tinggi. Secara keseluruhannya,

tahap persekitaran adalah di tahap sederhana.

4.6 Langkah-langkah dan cadangan penambahbaikan

Berdasarkan kepada hasil kajian menunjukkkan bahawa cadangan

yang paling utama adalah memperbanyakkan program pendedahan

mengenai konsep kampus selamat iaitu sebanyak 80.0 peratus.

Cadangan yang kedua tertinggi adalah petugas keselamatan

ditempatkan di kawasan DPP pada waktu malam dan pelaksanaan

penyediaan rel penghadang dengan peratusan sebanyak 76.7

peratus. Cadangan ketiga tertinggi adalah penubuhan

jawatankuasa khas di setiap DPP iaitu sebanyak 63.3 peratus.

Cadangan yang terendah adalah menyediakan laman web program

kampus selamat iaitu sebanyak 53.3 peratus.

4.7 Ujian Hipotesis

22 | P a g e

4.7.1 H1: Terdapat hubungan di antara kefahaman pelajar dengankonsep kampus selamat.

Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

kefahaman dengan konsep kampus selamat apabila nilai korelasi

menunjukkan r= .648, p< .01. Ini bermakna hipotesis di atas yang

dibentuk dalam kajian ini diterima. Ini bermakna semakin meningkat

tahap keselamatan di kawasan Universiti Utara Malaysia maka semakin

meningkat tahap keselamatan kampus (kampus selamat) diperlukan

pelajar. Lihat jadual 4.10

Jadual 4.10

Korelasi antara tahap kefahaman dan kampus selamat(n=30)

Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Bersandar

Tahap kefahaman Kampus selamat.648**

*p<.05

4.7.2 H2: Terdapat hubungan di antara sejauhmana pelaksanaan

dengan konsep kampus selamat

Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

pelaksanaan dengan konsep kampus selamat apabila nilai korelasi

menunjukkan r=.614, p<.01. Ini bermakna hipotesis di atas yang dibentuk

dalam kajian ini diterima. Ini bermakna semakin meningkat tahap

pelaksanaan di kawasan Universiti Utara Malaysia maka semakin

meningkat tahap keselamatan kampus (kampus selamat). Lihat jadual 4.11

Jadual 4.11

Korelasi antara tahap pelaksanaan dan kampus selamat

23 | P a g e

(n=30)

Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Bersandar

Tahap pelaksanaan Kampus selamat.614**

*p<.05

4.7.3 H3: Terdapat hubungan di antara aspek keselamatan dengan

konsep kampus selamat.

Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara

aspek keselamatan dengan konsep kampus selamat apabila nilai korelasi

menunjukkan r=.901, p<.01. Ini bermakna hipotesis di atas yang dibentuk

dalam kajian ini diterima. Ini bermakna semakin meningkat tahap

keselamatan di kawasan Universiti Utara Malaysia maka semakin

meningkat tahap keselamatan kampus (kampus selamat) secara

keseluruhan. Lihat jadual 4.12

Jadual 4.12

Korelasi antara tahap pelaksanaan dan kampus selamat(n=30)

Pemboleh ubah Bebas Pemboleh ubah Bersandar

Tahap keselamatan Kampus selamat.901**

*p<.05

4.8 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang hasil kajian yang

diperolehi melalui kajian yang dijalankan. Hasil kajian mungkin dapat

memberi implikasi yang bernilai kepada pihak-pihak tertentu yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam konsep Kampus Selamat.

24 | P a g e

Tahap keselamatan kampus di Universiti Utara Malaysia adalah

pada tahap sederhana. Dengan ini beberapa langkah dicadangkan bagi

mempertingkatkan lagi konsep Kampus Selamat ini. Pelajar perlu diberi

pendedahan yang khusus berkaitan konsep ini.

BAB LIMA

RUMUSAN DAN CADANGAN

25 | P a g e

5.1 Pengenalan

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa kajian yang

dibuat ini adalah satu kajian untuk mengenalpasti sejauhmana

konsep kampus selamat telah dilaksanakan di dalam kawasan

Universiti Utara Malaysia. Dalam bab ini, perbincangan

keseluruhan daripada kajian yang dibuat disamping merumus

keseluruhan kajian yang meliputi perbincangan, cadangan dan

juga kesimpulan sebagai penutup kepada laporan kajian yang

dilakukan.

5.2 Perbincangan

5.2.1 Demografi

Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang diperolehi

responden yang dikaji ialah terdiri daripada golongan

peringkat umur antara 19 tahun sehingga 23 tahun. Umur

responden yang paling tinggi ialah umur 22 tahun. Dari segi

bangsa pula majoritinya terdiri daripada bangsa melayu dan

kebanyakkannya berkelulusan akademik di peringkat Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia.

26 | P a g e

5.2.2 Tahap pelaksanaan, pemahaman dan faktor-faktor

mempengaruhi Konsep Kampus Selamat

Hasil keputusan dari kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan

konsep Kampus Selamat di Universiti Utara Malaysia masih lagi

samar-samar dan tidak diketengahkan. Hal ini, sesetengah

pelajar Universiti Utara Malaysia masih lagi tidak mengetahui

dan memahami maksud dan istilah konsep Kampus Selamat.

Berdasarkan kajian yang dilakukan keatas pelajar mengenai

faktor-faktor asas pelaksanaan konsep Kampus Selamat

menunjukkan bahawa faktor CCTV merupakan faktor yang paling

tinggi tahapnya. Oleh itu dapat dikatakan secara tidak

langsung faktor CCTV merupakan faktor utama yang dipersetujui

oleh semua responden bahawa perlunya dilaksanakan di kawasan

kampus. Faktor seterusnya yang menjadi pilihan responden untuk

dilaksanakan bagi menjamin keselamatan dalam kampus ialah

faktor keselamatan, pencahayaan dan persekitaran. Hal ini

disebabkan sekiranya faktor-faktor ini tidak dilaksanakan

maka, tahap keselamatan dalam kampus masih kekal di tahap

lama.

27 | P a g e

5.3 Cadangan

Beberapa cadangan boleh dilakukan untuk penambahbaikan dalam

kajian ini pada masa akan datang. Antaranya ialah dengan

mengedarkan lebih banyak borang soal selidik kepada pelajar-

pelajar Universiti Utara Malaysia dengan melibatkan sekali

pelajar-pelajar antarabangsa. Kajian mengenai Kampus Selamat

ini juga boleh diperluaskan kepada masyarakat luas amnya untuk

mengetahui pandangan dan mendapatkan keputusan yang pelbagai.

Selain itu, pihak universiti perlu memberi pendedahan

yang lebih kepada pelajar-pelajar mengenai konsep kampus

selamat ini sebagai satu persediaan menghadapi sebarang

kemungkinan yang berlaku. Pelaksanaan yang lebih menyeluruh

perlu diketengahkan juga oleh pihak pengurusan universiti.

5.4 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kajian ini telah mengenalpasti

pengetahuan dan pandangan pelajar Universiti Utara Malaysia

mengenai konsep Kampus Selamat berdasarkan kajian yang telah

dibuat ke atas Universiti. Kajian ini merangkumi aspek yang

berkaitan dengan keselamatan, pelaksanaan dan keselamatan

28 | P a g e

kampus yang akan memberikan pembelajaran dan suasana yang

selesa dan kondusif. Ianya adalah bertujuan untuk

mengenalpasti masalah serta perspepsi pelajar sebagai pengguna

utama kampus terhadap keselamatan di dalam kampus dari segi

menyokong aktiviti harian mereka

29 | P a g e