Unit 6 Bermasalah Pendengaran

download Unit 6 Bermasalah Pendengaran

of 17

Transcript of Unit 6 Bermasalah Pendengaran

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    1/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 61

    UNIT PELAJARAN 6

    KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

    1. Menyatakan definisi kanak-kanak bermasalah pendengaran2. Mengenalpasti jenis dan tahap pendengaran.3. Menjelaskan jenis-jenis kaedah komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

    kanak-kanak bermasalah pendengaran.

    PENGENALAN

    Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami cacat pendengaran lebih bernasib malang

    berbanding mereka yang mengalami kecacatan lain. Ini kerana kecacatan yang di alami mereka

    tidak kelihatan dan fizikal luaran normal seperti insan biasa. Oleh itu, orang ramai tidak nampak

    sebarang kekurangan yang dialami dan menganggap mereka adalah normal seperti orang lain.

    Pandangan ini sebenarnya amat bertentangan kerana kecacatan yang mereka alami lebih teruk

    berbanding dengan yang kategori kecacatan lain. Ianya diperkukuhkan lagi dengan pendapat

    Hellen Keller di dalam autobiografinya seseorang yang buta dan pekak, dia lebih rela memilih

    sebagai seorang yang buta berbanding menjadi pekak. Semenjak lahir lagi, salah satu cara kitabelajar mengenal alam sekeliling ialah melalui pendengaran. Banyak perkara yang mereka

    tertinggal berbanding kanak-kanak biasa. Mereka tidak dapat mendengar bunyi kuat dan

    rendah, pujukan ibu, tangisan dan lain-lain dari sejak lahir lagi. Ketika berusia 1 ke 2 tahun,

    kanak-kanak akan mula bercakap dan membentuk bahasanya sendiri. Hal ini sukar untuk

    dilaksanakan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kerana tidak dapat

    mendengar apa yang berlaku disekelilingnya.

    Perkembangan bahasa dan pertuturannya akan terbantut dan lambat kesan daripada

    kehilangan pendengaran. Kelambatan mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial

    mereka. Secara tidak langsung, mereka mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu pendengaran,

    bertutur dan terencat akal. Kebanyakkan mereka tidak dapat bertutur kerana tidak dapatmendengar bahasa yang selalu digunakan dalam kehidupan. Akibatnya, mereka juga akan

    mengalami masalah perkembangan sosial kerana malu dengan kekurangan yang dimiliki itu. Di

    Malaysia kanak-kanak yang mengalami masalah yang berada di sekolah-sekolah Kementerian

    Pelajaran seramai 7388 orang yang merangkumi di program sekolah pendidikan khas dan

    program intergrasi (Jabatan Pendidikan Khas, 2005)

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    2/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 62

    DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

    Menurut Kamus Dewan terbitan DBP pekak didefinisikan sebagai tidak dapat mendengarlangsung atau tidak dapat mendengar dengan baik. Dalam budaya orang pekak, istilah pekakadalah digalakkan untuk digunakan kerana ia merupakan satu lambang identiti yang positifkepada komuniti orang pekak. Istilah pekak dalam huruf kecil adalah merujuk kepadakekurangupayaan pendengaran. Istilah pekak dalam huruf besar merujuk kepada budaya orangpekak. Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) Kanak-kanak pekak sebagai seorangyang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaransepara. Kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak dapat bertindak balas terhadap bunyi-bunyi disekelilingnya. Menurut Cruiskshank (1975) kanak-kanak kurang upaya pendengaran merujukkepada kebolehan kanak-kanak itu mengguna deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami.Bagi Smith, Finn dan Dowdy (1993) mendefinisikan bermasalah pendengaran berdasarkandarjah kepekakan iaitu pekak dan kurang pendengaran.

    ANATOMI DAN FISIOLOGI PENDENGARAN

    Gangguan pendengaran adalah sebuah kecacatan yang sememangnya sudah diketahui umumseluruh dunia. Namun hanya segelintir dari mereka sahaja yang cuba mengambil tahu akananatomi dan fisiologi telinga itu sendiri, adalah dengan mengetahui anatomi telinga danfisiologinya kita dapat mengetahui lebih mendalam berkaitan mekanisme pergerakan bunyiyang dihasilkan di dalam telinga. Selain itu, kita juga dapat mengetahui kedudukan masalahyang terjadi kepada telinga kita sekiranya kita disahkan menghadapi gangguan pendengaran.Oleh yang demikian, anatomi telinga ini adalah sangat penting untuk dipelopori lebih-lebih lagikepada mereka yang akan terlibat langsung dengan telinga dan masalah pendengaran. Didalam konteks pendidikan khas pula, guru-guru yang akan terlibat dengan kanak-kanakmasalah pendengaran ini perlu mendalami bahagian anatomi dan fisiologi ini, hal ini keranadengan mengetahui mekanisme pendengaran ini, guru pendidikan khas ini akan lebih peka

    akan masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan.

    Secara umumnya bahagian telinga terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu telingaluar, telinga tengah dan telinga dalam, setiap bahagian ini mempunyai komponen tersendiri dansetiap komponen mempunyai fungsi dan tugas tersendiri yang penting dan saling berkait.Setiap bahagian telinga ini memberikan penanda aras masalah pendengaran yang dihidapi olehpesakit tersebut, sebagai contoh, pesakit yang menghidapi maslah pada telinga dalamdikategorikan sebagai masalah pendengaran sensorineural, dengan mengetahui kedudukantelinga guru pendidikan khas akan lebih mudah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yangperlu digunakan pada murid pendidikan khas tersebut. Dari situ kita dapat melihat akankepentingan mengetahui kedudkan telinga serta fungsi komponen telinga itu sendiri yangamana akan banyak membantu guru untuk lebih mnegetahui masalah yang dihadapi oleh

    pelajar tersebut.

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    3/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 63

    Rajah 6.1 Anotomi Telinga

    JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN

    Pertuturan, bunyi dan sebagainya. Masalah ini dikelaskan mengikut masalah iaitu masalahpendengaran ringan, sederhana dan teruk. Individu yang menghadapi masalah pendengaran inisukar untuk memproses maklumat linguistik melalui deria pendengaran dengan atau tanpa alatbantu dengar. Kecacatan pendengaran bukan sahaja menggugat perkembangan pertuturanbahasa tetapi juga perkembangan sosial seseorang individu itu yang mana golongan initerpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Bagi merekayang masih mempunyai saki baki pendengaran pula, mereka adalah mempunyai potensi untukmemaksimumkan sebaik mungkin pendengaran yang masih terdapat pada mereka agar dapatmembantu dalam perkembangan dan pemerolehan bahasa mereka. Kemajuan teknologi padahari ini telah banyak membantu dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, kewujudan danpenciptaan alat bantu dengar pada hari ini telah banyak membantu golongan bermasalahpendengaran untuk menjalani kehidupan seharian khususnya bagi tujuan berkomunikasi dalammasyarakat agar mereka menjalani kehidupan seperti insan normal walaupun terdapat sedikitkekurangan pada mereka.

    Jenis Konduktif

    Bunyi tidak dapat diproses melalui telinga luar ke telinga tengah, bunyi masih boleh dihantar keotak melalui tulang mastoid serta bunyi ini tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telingadalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyimenjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan pendengaran jenis konduktif selalunya bolehdipulihkan secara perubatan atau pembedahan. Namun telinga dalam masih dapat berfungsidengan baik dalam memproses dan menghantar bunyi ke saraf pendengaran pada otak.kehilangan pendengaran jenis konduktif ini dikategorikan sebagai kehilangan pendengaranringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dansuara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid. Tahap kehilangan pendengaran ini tidak

    melebihi 60 dBHL iaitu kebolehan mendengar hanya setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya.Pesakit masih boleh memahami perbualan tapi bermasalah untuk mendengar suara yangperlahan yang memerlukan meraka menggunakan alat bantu pendengaran dan juga terapipertuturan.

    Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahitelinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalanganiaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyiletupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu faktor jangkitan

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    4/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 64

    turut mempengaruhi masalah pendengaran konduktif ini seperti jangkitan kronik yang berlakuterhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan OtitisMedia. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan swimmers ear yangbiasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga. OtitisMedia pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak,tonsillitis dan jangkitan di hidung dan tekak. Selain itu, Otosklerosis (ketumbuhan tetulang halus

    pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus padadinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulangstapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhantetulang di sekelilingnya.

    Pada peringkat awal kehilangan pendengaran mungkin kurang tetapi akan menjadisemakin teruk dan akhirnya penyakit ini boleh merebak ke telinga dalam dan menyebabkankehilangan pendengaran konduktif kepada pekak bercampur yang mana berlaku lebih kerappada kaum wanita yang mengandung kerana mereka mungkin jadi penyumbang. Otistis Mediadan Otoslerosis adalah penyebab utama kehilangan pendengaran konduktif ini. Kekuatan bunyidi setiap frekuensi berkurangan tetapi kehilangan pendengaran tidak melebihi 60dB di semuafrekuensi. Kebiasaannya ujian pendengaran menunjukkan terdapat perbezaan kehilangan

    pendengaran di antara ujian melalui tulang dengan ujian melalui udara.

    Jenis Sensorineural

    Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak.Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahamipertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantudengan alat bantu pendengaran . Melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk (profound) keranatidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyiyang kuat sahaja seperti bunyi mercun. Ciri-ciri bagi yang mengalami kepekakan sensori neuralpula adalah seperti keupayaan mendengar bunyi 70 dB ke atas. Pada tahap ini kanak-kanaksukar untuk memperolehi pertuturan. Bagi tahap teruk (70 dB -90 dB), tanpa amplikasi, merekaboleh mendengar bunyi kuat alam jarak 1 kaki dari telinga. Apabila menggunakan amlpikasikanak-kanak ini sepatutnya boleh mengecam bunyi persekitaran dan mengecam semua bunyipertuturan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mendengar yang amat teruk(melebihi 90 dB), mereka mengalami kesukaran untuk mendengar dan bertutur. Masalah initidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi terkini seperti ABD berkuasa tinggi dan pacakankoklea. Selain itu mereka juga memerlukan terapi pertuturan.

    Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku semasa di dalam kandunganatas sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu yangmengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Pengambilan dadah yangmengandungi seperti alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan

    ubat-ubatan seperti pill Thallidomide). Kedua, semasa kelahiran seperti anoxia (kekuranganoksigen) dan jaundice (demam kuning). Ketiga, selepas lahir akibat daripada kemalangan yangteruk menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam yang teruk disebabkan selaput yangmeliputi otak dan tulang belakang) seperti meningococcal merosakkan koklea dan sarafpendengaran, bunyi bising yang sangat teruk dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic/bahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotik, kehilangan pendengaran disebabkanketuaan dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (berdesing). Keempat,disebabkan keturunan kerana jika ibubapa membawa gen dominan (pekak), risiko untuk

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    5/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 65

    mempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala pembawa gen resesif adalah25%. Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural ialah 71 dB ke atas iaitu terukdan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam ujian (tulang dan udara) ia tidak menunjukkanbanyak perbezaan kerana saraf pendengarannya tidak berfungsi.

    Jenis Campuran

    Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalahpendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama.Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyaimampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.

    Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah berserta masalah di telinga dalamdisebut sebagai masalah pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalamkedua-dua ujian (bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaranmelalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada kedua-duanya.

    TAHAP KEPEKAKAN

    Dalam bidang perubatan dan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran dikategorikanmengikut tahap kehilangan pendengaran mereka. Terdapat berbagai-bagai darjah atauperingkat cacat pendengaran iaitu dari peringkat yang sedikit kepada peringkat sangat teruk.Untuk mengetahui darjah pendengaran, sejenis alat mengukur yang dipanggil audiometerdigunakan. Ukuran kehilangan pendengaran ditentukan mengikut keupayaan individumendengar kekuatan bunyi yang diukur mengikut ukuran unit desibel menurut Williams (1991)dalam Safani Bari (1993). Jika lebih teruk peringkat cacat pendengaran seseorang, maka akan

    1. Senaraikan 5 ciri utama kanak-kanak bermasalah pendengaran jenis konduktif

    a. __________________________________

    b. __________________________________

    c. __________________________________

    d. __________________________________

    e. __________________________________

    2. Nyatakan 5 ciri bahasa kanak-kanak bermasalah pendengarana. __________________________________________

    b. __________________________________________

    c. __________________________________________

    d. __________________________________________

    e. __________________________________________

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    6/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 66

    lebih tinggi lagi nilai desibelnya (dB). Walau bagaimanapun, tahap ukuran bunyi yangdigunakan di beberapa negara mempunyai sedikit perbezaan kerana kategori kehilanganpendengaran diukur mengikut kekuatan bunyi pertuturan purata sesuatu bangsa. Kehilanganpendengaran bukan sahaja diukur mengikut tahap kekuatan bunyi dalam desibel tetapi jugakekuatan bunyi diambil kira dari tahap frekuesinya. Frekuensi merupakan kadar getarangelombang bunyi yang dihasilkan dan kadar getaran gelombang bunyi ini diukur dalam ukuran

    Hertz menurut Williams (1991) dalam Safani Bari (1993). Menurut Hallahan dan Kaufman(1991) mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang tidakdapat mendengar pada satu-satu tahap intensiti (kekuatan bunyi). Sensitiviti pendengaranadalah diukur di dalam unit desibel. Nilai 10 dB ialah kekuatan bunyi yang amat perlahan dapatdikesan oleh pendengaran orang yang mempunyai pendengaran normal

    TAHAP PEKAK DAN KESAN TERHADAP PERTUTURAN DAN BAHASA

    KATEGORI DAN

    TAHAP KEPEKAKAN

    KESAN MASALAH PENDENGARAN KEPADA

    PERTUTURAN DAN BAHASA

    Minimal (borderline)16-25 dB

    Mengalami masalah untuk mendengar bunyi yangjauh, lemah, perlahan dan sayup-sayup.

    Murid akan kehilangan 10% pertuturan yang diujaroleh guru apabila melebihi jarak 3 kaki darinya,

    Bermasalah mendengar ditempat yang bising.

    Memerlukan tempat pembelajaran yang sesuai danbimbingan serta perhatian dalam perkembanganbahasa dan pertuturan.

    Mild

    26-40dB

    Pada peringkat 30 dB individu boleh kehilangan 25-40% pertuturan yang didengari.

    Tahap kesukaran mendengar murid di dalam kelasbergantung kepada faktor seperti jarak denganguru, kebisingan kelas dan tahap kepekakan.

    Tanpa memakai amplifier, murid boleh kehilangansehingga 50% daripada perbincagan kelas apabilatahap kepekakan mencecah 35-40 dB.

    Moderate41-55 B

    Tahap pendengaran efektif apabila berada dalamlinkungan perbualan 3 - 5 kaki sahaja (bersemuka)dengan sokongan struktur dan perbendaharaanyang terkawal.

    Tanpa memakai amplifier, murid pada tahapkepekakan 40dB kehilangan kobolehan pertuturansebanyak 50% - 75% dan 80% - 100% apabilatahap kepekakan pada 50 dB.

    Perbendaharaan kata kurang dan pertuturan yangkurang sempurna.

    Memerlukan pendidikan khas, penekanan kepadaperkembangan bahasa lisan, membaca dan bahasapenulisan

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    7/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 67

    Perkembangan auditori dan terapi pertuturan perlu diberipenekanan.

    Moderate to severe56-70 dB

    Murid memerlukan bunyi yang kuat untuk mendengarapabila tidak memakai amplifier.

    Pada tahap 55dB mereka boleh kehilangan 100% untukmendengar dalam pertuturan komunikasi.

    Lambat dalam perkembangan bahasa, sintaksis bahasadan kebolehan dalam pertuturan. Perlu bimbingan khasdalam meningkatkan kemahiran berbahasa terutamanyayang melibatkan bahasa yang berkaitan subjek akedemik,perbendaharaan, tatabahasa, menulis dan membaca.

    Perlu memakai amplifier setiap masa.

    Severe

    71-90 dB

    Dapat mendengar suara yang kuat dengan jarak 1 kakidari telinga.

    Pemakaian amplifier yang optima dapat membantu muridpada tahapkepekakannya 90 dB mengenalpasti bunyipersekitarannya dan mengesan semua bunyi pertuturan.

    Memerlukan bimbingan khas sepenuh masa denganmemberi penekanan kepada auditori, kemahiranberbahasa dan bacaan bibir.

    Profound

    91 dB

    Lebih dapat mengesan getaran daripada nada ton.

    Kebanyakan mereka lebih bergantung kepada deriapenglihatan daripada deria pendengaran

    Pemakaian implan koklea dan vibrotactile aid dapatmembantu murid yang bermasalah pendengaran padatahap ini.

    Memerlukan pendidikan khas dengan penekanan kepadakemahiran berbahasa dan bidang akademik.

    MASALAH KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

    Kanak-kanak cacat pendengran ini sudah pasti tidak dapat mendengar seperti insan normalyang lain. Apabila mereka tidak dapat mendengar, maka perbendaharaan kata yang digunakanorang biasa untuk berkomunikasi juga tidak dapat dikuasai oleh mereka. Ia akan menjejaskanperkembangan bahasa dan pertuturan mereka. Mereka bukan sahaja mengalami masalah

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    8/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 68

    gangguan alat suara rosak tetapi bahasa yang dipertuturkan tidak sama dengan yangdigunakan oleh orang biasa. Oleh itu, mereka biasanya lebih senang menggunakan isyarattangan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Walaubagaimanapun ia kadangkalamenimbulkan masalah kerana tidak semua orang faham isyarat tangan (simbol-simbol) yangdigunakan. Maka selain kod tangan, mereka juga perlu di ajar bertutur agar dapatmenggunakan kedua-dua cara berkomunikasi iaitu lisan dan isyarat tangan. Kaedah ini dikenali

    sebagai komunikasi menyeluruh.

    PENGESANAN AWAL MASALAH PENDENGARAN

    Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk mengesan kecacatan pendengaran pada

    peringkat bayi dan kanak-kanak. Cara-cara tersebut ialah :

    a. Ujian tarikan (distract ion test)

    Kanak-kanak akan didedahkan dengan bunyi-bunyi tanpa pengetahuan atau penglihatanmereka. Kemudian akan diperhatikan samada mereka menunjukkan apa-apa gerak balasterhadap bunyi-bunyi yang diperkenalkan itu. Sungguhpun kanak-kanak yang berumur kurangdari lima bulan tidak begitu berkebolehan lagi untuk memalingkan kepala mereka untuk mencarisumber bunyi yang didedahkan kepada mereka, mereka akan menunjukkan gerak balasdengan menggerak-gerakkan mata, tangan dan kaki mereka.

    b. Ujian pertuturan (speech test)

    Ujian ini bertujuan untuk memerhati samada kanak-kanak boleh memahami apa yang dituturkandan seterusnya menunjukkann gerak balas terhadap apa yang disuruh buat. Selalunya ujian inidigunakan pada kanak-kanak yang berumur lebih dari 12 bulan. Kebanyakan kanak-kanak telah

    boleh memahami arahan-arahan yang mudah seperti mana ibu atau mana bola apabilamencapai umur 12 hingga 18 bulan. Oleh itu ujian ini bersama-sama ujian tarikan bolehdigunakan sebaik sahaja kanak-kanak telah boleh memahami beberapa patah perkataan.

    Kadang-kadang kecacatan pendengaran pada kanak-kanak tidak diketahui oleh ibubapa

    sehinggalah mereka bersekolah. Pada peringkat ini pun kadang-kadang guru tidak

    menyedarinya. Guru mungkin menyalah anggap kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam

    pelajaran yang disebabkan kecacatan pendengaran sebagai kanak-kanak lembam, terencat

    akal atau tidak berminat dalam pelajaran. Oleh itu penting bagi seseorang guru itu mengenal

    beberapa tingkah laku yang menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak itu mempunyai

    masalah pendengaran.

    Apakah ujian pengesanan pendengaran yang boleh dilakukan oleh ibu bapadi rumah?

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    9/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 69

    MASALAH KOMUNIKASI MURID BERMASALAH

    PENDENGARAN

    Masalah komunikasi berpunca daripada individu yang mempunyai struktur yang cacatuntuk menghasilkan pertuturan yang normal. Ini kerana adanya kerosakan pada

    neurologikal, yang tidak membolehkan mereka untuk berkomunikasi dengan cekap. Komunikasijuga dipengaruhi oleh emosi. Individu yang mempunyai masalah komunikasi juga sukar untukmemahami dan mempelajari sesuatu.

    Kriteria mengenalpasti masalah komunikasi individu yang mempunyai masalah komunikasi

    dapat dikenalpasti apabila individu tersebut:-

    a. Menghasilkan bunyi yang ganjil dengan pergerakan bibir atau hidung.b. Berulangkali menyoal orang yang tidak dikenali.c. Mempunyai tahap kebolehan memahami hasrat hati pada orang yang tidak dikenali.

    d. Merosakkan mekanisme pertuturan contohnya, dengan menjerit tanpa intonasi.e. Sering mengelak untuk berkomunikasi dengan orang lainf. Mempunyai perlakuan yang berbeza dengan majoriti ahli dalam komuniti.g. Mempunyai tahap komunikasi yang tidak mengikut tahap umur contohnya,

    kanak-kanak yang berumur 6 tahun bertutur seperti anak yang berumur 4 tahun.

    PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA BAGI MURID BERMASALAHPENDENGARAN DI MALAYSIA

    a. Komunikasi Seluruh

    Komunikasi seluruh adalah tatacara pemikiran yang boleh melibatkan orang lain secara

    keseluruhan yang dengan menggunakan alat komunikasi iaitu lisan, bahasa isyarat, pertuturan

    kiu, bacaan bibir dan sebagainya. Pertukaran idea , pendapat , maklumat , hubungan dan

    sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara personal atau tidak personal

    melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Komunikasiitu mengandungi sekumpulan isyarat (signal) yang memberi petunjuk atau melambangkan

    sesuatu mesej. Isyarat ini boleh berbentuk perkataan atau tidak , yang penting mesej dapat

    disampaikan. Komunikasi melibatkan dimensi-dimensi hubungan (contact). Komunikasi

    memerlukan hubungan antara medium-medium asas seperti hubungan mata atau pergerakan

    tangan dan juga mesti diwujudkan di mana sesuatu pihak itu bersedia untuk menjalankan

    perhubungan dengan pihak lain.Komunikasi dari segi bahasa pula melibatkan penulis dan

    pembaca (writer-reader). Kedua-dua komunikasi ini menggunakan kod channel di mana penutur

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    10/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 70

    dan penulis dikenali sebagai encoder yang mana mereka ini adalah sumber. Pendengar dan

    pembaca pula merupakan sasaran dan dikenali sebagai decorder.

    a.Bahasa Isyarat Isyarat Naratif (direka setempat)

    ASL Komunikasi Seluruh KTMB

    b.Pertuturan Kiuc.Ejaan Jarid.Bacaan Bibire.Mimik Mukaf.Bahasa Melalu Penulisanan

    b. Bahasa Isyarat

    Bahasa yang digunakan oleh mereka yang bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi

    sesama mereka dan orang ramai. Ia merupakan bahasa pertama bagi orang pekak yang

    dibentuk oleh orang pekak sendiri untuk berkomunikasi. Ia merupakan satu sistem komunikasi

    visual dan pergerakkan tangan. Bahasa isyarat di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu isyarat

    natif, bahasa isyarat Amerika (ASL), dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu

    (KTBM).

    Isyarat natif adalah bersifat semula jadi. Isyaratnya berbentuk setempat danpenyebarannya tidak luas kerana isyarat yang dibentuk berdasarkan penciptaan sendiriatau berdasarkan kepada ahli keluarga yang pekak, rakan-rakan yang pekak dan tidakpekak serta ahli masyarakat yang melingkungi hidup mereka. Bahasa isyarat iniberdasarkan sempadan negara.

    Bahasa isyarat Amerika (ASL)adalah bahasa isyarat yang berasal dari Amerika dandiperkenalkan oleh sukarelawan dari barat ketika mengajar kanak-kanak pekak diMalaysia. Bahasa isyarat ini dominan dalam pengajaran Bahasa Inggeris.

    Kom unikasi Menyeluruh K od Tangan Bahasa Melayu (KTBM) adalah:-Bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota badan termasuk mimik muka semasaberkomunikasi. KTBM menyerupai struktur bahasa Melayu yang berasaskan tatabahasaMelayu sama ada dari segi penulisan atau komunikasi. Ayat-ayat yang menggunakan KTBMapabila dipertuturkan dalam bentuk tulisan tidak mempunyai perbezaan dari segi semantik atautatabahasa Melayu. KTBM mempunyai aturan dan keseragaman untuk tujuan pembakuanbahasa isyarat.

    c. Ejaan Jari

    Ejaan Jari (Fingerspelling) merupakan bahagian mustahak dalam komunikasi orang-orang

    berkeperluan khas bermasalah pendengaran yang digunakan untuk mengeja nama khas dan

    mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    11/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 71

    Pengejaan jari memerlukan penguasaan abjad kerana setiap perkataan atau kosa kata yang

    hendak diperkatakan perlu dieja dengan cekap agar komunikasi berkesan berlaku. Ejaan jari

    digunakan untuk mengeja nama orang, tempat, dan lain-lain. Ejaan jari ini amat penting apabila

    perkataan yang hendak diperkatakan itu tidak dapat dikodkan atau diisyaratkan.

    Ejaan jari mempunyai 3 aspek penting

    Penyampaian Ejaan Jari iaitu (Expressive Fingerspelling) ialah penggunaan pergerakan fizikal

    bagi menyampaikan maklumat melalui huruf-huruf gerakan tangan.

    Penerimaan Ejaan Jari iaitu (Reseptive Fingerspelling) ialah penggunaan gerakan pandangan

    mata bagi menerima maklumat melalui huruf-huruf gerakan jari.

    Aspek ketiga Ejaan Jari, iaitu mestilah diingatkan selalu yang Ejaan Jari ini digunakan bagi

    tambahan kepada pertuturan dan bacaan bibir. Oleh yang demikian kita mestilah selalu bertutur

    atau menggerakkan bibir menyebut tiap-tiap perkataan serentak dengan Ejaan Jari dan Kod

    Tangan.

    d. Pertuturan Kiu

    Pertuturan kiu terdiri daripada bahasa pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan iaitu petunjukyang ditunjukkan oleh seseorang penutur supaya setiap suku kata yang dituturkan itu boleh

    dicam dengan jelas memalui penglihatan dan juga melalui pendengaran. Oleh yang demikian,

    setiap perkataan pertuturan kiu yang ditutur boleh dilihat dengan nyata oleh mereka yang hanya

    mampu mendengar secara kabur, serta didengar dan dilihat secara serentak oleh mereka yang

    sempurna deria.

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    12/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 72

    Kiu tangan dalam pertutuan kiu tidak direka oleh Dr. R. Orin Cornett, dari Kolej Galludet,

    Washington, DC, dan ditunjuk buat julung kalinya oleh beliau pada tahun 1967. Prinsip-prinsip

    tersebut diaplikasikan terhadap Bahasa Melayu. Setiap kiu tangan terdiri daripada suatu bentuk

    tangan yang diletakkan pada posisi tangan yang khas. Hanya 8 bentuk tangan digunakan, iaitu:

    Dalam pertuturan kiu, setiap suku kata yang ditutur boleh dicam dengan jelas melalui

    corak visual yang terdiri daripada pergerakan bibir yang dilihat ketika suku kata itu ditutur dan

    kiu tangannya yang diiringi secara serentak. Mengapakah pergerakan bibir tidak boleh

    digunakan secara sendirian (seperti dalam bacaan bibir) untuk mengecam setiap suku kata.

    Dalam kaedah bacaan bibir, kebanyakan suku kata kelihatan serupa walaupun ia berbunyi amat

    berbeza. Perhatikan diri anda semasa menyebut suku kata berikut di hadapan cermin: /ma/,

    /ba/, /pa/. Dalam setiap keadaan, kedua-dua bibir anda bermula dengan dietapkan. Kemudian

    ia dibuka apabila suku kata tersebut dituturkan. Anda tidak akan dapat mengecam setiap satu

    daripada suku kata itu dengan hanya melihat pada mulut, iaitu seperti yang berlaku didalam

    bacaan bibir. Walau bagaimanapun, dalam Pertuturan Kiu rupanya begini:

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    13/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 73

    Posisi tangan memudahkan kita melihat perbezaan diantara vokal-vokal yang kelihatan

    serupa dalam kaedah bacaan bibir. Kiu tangan membantu mengatasi kesulitan-kesulitan yang

    dihadapi semasa membaca bibir dengan menjadikan suku kata-suku kata yang berbunyi

    berbeza juga kelihatan berbeza diantara satu sama lain. Sebaliknya, semua suku kata yang

    berbunyi sama akan kelihatan sama. Dengan cara ini, semua perkataan yang ditutur boleh

    dicam dengan jelas melalui penglihatan apabila pertutuan kiu digunakan. Ini memungkinkan

    kanak-kanak pekak membaca dengan jelas apa yang sedang dituturkan kepada mereka

    walaupun mereka mungkin tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dituturkan kepada

    mereka iaitu mereka akan betul-betul akan dapat membaca apa yang dikatakan oleh penutur

    melalui bacaan bibir.

    Sudah tentunya perkataan-perkataan pertuturan boleh dinampakkan dalam bentuk

    tulisan. Namun, penulisan adalah sesuai mudah digunakan mahupun boleh dilaksanakan bagi

    tujuan-tujuan komunikasi secara bersemuka dengan kanak-kanak pekak yang terlalu kecil. Oleh

    yang demikian, selain daripada mengguna pen dan kertas bagi tujuan ini, tangan telah

    digunakan dengan pelbagai cara untuk melambangkan perkataan-perkataan yang ditutur.

    Sebagai tambahan kepada Pertuturan Kiu, isyarat-isyarat dan kaedah ejaan jari juga

    mempergunakan tangan untuk mewakili perkataan-perkataan yang disebut. Ketiga-tiga cara

    untuk mewakili perkataan secara visual dengan tangan ini adalah bersamaan dengan tiga

    bentuk dimana perkataan pertuturan lazim diwakili di dalam penulisan iaitu penulisan silabik,

    penulisan ideograf dan penulisan menurut abjad.

    Walaupun kebanyakan bahasa biasanya hanya menggunakan salah satu daripada

    bentuk-bentuk penulisan ini, ketiga-tiga bentuk ini boleh digunakan di dalam penulisan bahasaJepun.

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    14/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 74

    Kanak-kanak yang berpendengaran normal berupaya mempelajari bahasa pertama

    mereka dengan mendengar perkataan-perkataan pertuturan. Kanak-kanak pekak, yang tidak

    boleh mendengar perkataan-perkataan pertuturan dengan cukup jelas untuk menguasai bahasa

    pertama mereka melalui cara yang sama dengan kanak-kanak yang boleh mendengar, perlu

    melihat dengan ketara bahasa yang diperkatakan kepada mereka. Oleh kerana perkataan-

    perkataan yang ditulis tidak sesuai untuk tujuan komunikasi dengan kanak-kanak terlalu kecil,

    maka perkataan-perkataan dalam bentuk tangan iaitu perkataan-perkataan isyarat, perkataan-

    perkataan kiu dan perkataan ejaan jari biasanya diguna dalam intervensi bahasa awal dengan

    kanak-kanak pekak.

    e. Bacaan Bibir

    Bacaan bibir adalah kebolehan memahami apa yang dikata dengan melihat bibir. Ia juga

    dikenali sebagai lip reading/speech reading. Kaedah bacaan bibir amat berkesan sekiranya

    kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai tahap pendengaran yang sederhana atau

    rendah iaitu 30 dB 70 dB. Latihan pendengaran mampu menambahkan kebolehan bacaan

    bibir. Kaedah bacaan bibir menekankan kepada penggunaan penglihatan sepenuhnya. Oleh

    sebab itu, kaedah ini mengkehendaki pelajar sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat.

    Dalam situasi ini, penutur dikehendaki berada dalam keadaan yang terang dan mudah serta

    jelas untuk dilihat.

    Menunjukkan bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.

    Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Bibir berfungsidalam dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar dari rongga mulut. Gusi pula adalah

    alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung dan

    berperanan sebagai daerah artikulasi iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam

    pengeluaran bunyi seperti (t) , (d) , (l) dan sebagainya dengan bantiuan hujung lidah yang

    berfungsi membuat penyekatan.

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    15/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 75

    f. Auditori Verbal

    Kaedah ini bertujuan mengajar pertuturan dengan menekankan kemahiran mendengar dari saki

    baki pendengaran secara lebih berkesan dengan dikuat melalui penggunaan alat bantuan

    pendengaran disamping menggunakan deria-deria lihat dan sentuh. Sebelum menentukan

    kaedah yang sesuai atau tidak kepada seorang pelajar itu, satu ujian diadakan untukmenentukan kehilangan pendengaran, dan adakah saki baki pendengarannya boleh

    digunakan.Setelah itu baharulah kemahiran-kemahiran mendiskriminasi bunyi seperti

    kemahiran mendengar bunyi, mengesan dan mengarah, mengajuk, mengenal dan

    membezakan bunyi-bunyi yang diperkenalkan dan diajar kepada kanak-kanak yang bermasalah

    pendengaran. Kaedah Auditori Oral mengajar kanak-kanak mengikut proses normal, iaitu

    menekankan proses mendengar serta bertutur. Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah

    pendengaran ringan akan mendapat manfaat mengunakan kaedah ini. Kecuali pelajar-pelajar

    yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir, dan teruk pula kadang-kadang mengalami

    masalah dan kesukaran mengikut kaedah ini.

    Kaedah oral auditori adalah menitikberatkan penggunaan saki baki pendengaran yangada pada mereka. Saki baki pendengaran yang ada pada mereka ini perlu dirangsang

    semaksima yang mungkin supaya pelajar ini dapat menggunakan pertuturan dan bacaan bibir

    semasa berada dalam situasi aktiviti berbahasa. Kaedah ini memerlukan guru pendidikan boleh

    mengendalikan dan mengenal setiap alat bantuan mengajar seperti Post Aural Aid (alat bantu

    belakang telinga), Body-Worm Aid (alat Bantu dipakai pada badan), In the Ear Aid(alat Bantu

    dalam telinga) dan Bone Conductor(konduktor tulang).

    RUMUSAN

    1. Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama dalamkalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembanganbahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencatperkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan.Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < tiga bulan) agar pemasanganalat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan.Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapioleh kanak-kanak.

    2. Secara umumnya bahagian telinga terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu telingaluar, telinga tengah dan telinga dalam, setiap bahagian ini mempunyai komponentersendiri dan setiap komponen mempunyai fungsi dan tugas tersendiri yang penting

    dan saling berkait.3. Ujian tarikan dan ujian pertuturan merupakan ujian awal untuk mengesan masalah

    pendengaran kanak-kanak.4. Kaedah mengajar bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung kepada

    tahap kepekakan dan jenis masalah pendengaran yang dialami.5. Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia

    (BIM) adalah medium penyampaian dan komunikasi yang kerap digunakan oleh gurudan murid-murid bermasalah pendengaran.

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    16/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 76

    RUJUKAN

    Abdullah Yusof (1992). Penguasaan bahasa kanak-kanak: Satu pemerhatian kes awal: Jurnal

    Dewan Bahasa. Kuala Lumpur. 942-954

    Abdullah Yusof (1994). Pembakuan bahasa isyarat dan aturannya. Jurnal Dewan Bahasa.

    Kuala Lumpur. 36 (6): 552-558

    Abdullah Yusof (1994). Komunikasi Seluruh Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT): Bahasa

    komunikasi pelajar pekak. Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur. 36 (6): 543-552.

    Abdul Rahim b. Razalli (2001). Kesilapan penggunan imbuhan mengikut aturan KTBM di

    kalangan pelajar bermasalah pendengaran di tiga buah sekolah menengah program

    percantuman di negeri Perak. Satu Kajian Kes. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Abdul Rahim b. Razalli (2010). Kesan Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Dalam

    Pengajaran Bahasa Melayu Murid Pekak. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    Abdul Aziz Talib (1989). Pengajaran dan pengujian bahasa perspektif untuk perguruan. Nurin

    Enterprise: Kuala Lumpur.

    Andrew Radford (Terjemahan) Noor Ein Mohd. Noor, Zaiton Ab. Rahman (1994). Tatabahasa

    Transformasi, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

    Dan Isaac Slobin (Terjemahan) Ton Ibrahim (1999). Ilmu psikolinguistik edisi ke 2, DewanBahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

    Danny D.Steinberg (Terjemahan) Azhar . Simin (1990). Psikolingustik; Bahasa akal Budi dan

    dunia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

    Goh Ong Sing & The Kean Hoe (1993). Bahasa tulisan pelajar pekak: Analisis struktur sintaksis

    ayat berdasarkan teori tatabahasa tranformasi generatif. Dewan Bahasa dan

    Pustaka:Kuala Lumpur.

    Madinah Mohd Yusof (2004). Keberkesanan Kod Tangan Bahasa Melayu terhadap ujian

    penulisan bahasa melayu pelajar bermasalah pendengaran. Kertas Projek Sarjana

    Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Marohaini Yusoff (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Dewan Bahasa dan

    Pustaka : Kuala Lumpur.

  • 5/28/2018 Unit 6 Bermasalah Pendengaran

    17/17

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 77