Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

download Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

of 19

Transcript of Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    1/19

    PENGENALAN

    Tahukah anda terdapat beberapa versi tentang asal usul permainan bola tampar?Ia dikatakan berasal dari Itali pada Zaman Pertengahan tetapi telahdiadaptasikan oleh orang Amerika lalu berkembang menjadi satu permainanpopular di Amerika Syarikat. Manakala di Malaysia, bola tampar diperkenalkanpada abad ke-20 menerusi seorang Inggeris yang bertugas di negara ini. Justeru,melalui topik ini, anda akan lebih mendalami dan memahami tentang undang-undang dan peraturan serta kemahiran asas permainan bola tampar. Strategi

    permainan adalah aspek penting yang perlu ditekankan di mana ia dapatmembantu anda mengetahui dan seterusnya mendalami sukan bola tampar.

    SEJARAH PERMAINAN

    Jika bola sepak berasal dari negara China, tahukah anda bola tampar berasal darinegara mana? Permainan ini mula diperkenalkan pada tahun 1893 di negara

    Jerman dan digelar sebagai Faust Ball. Pada tahun 1895 pula, William G. Morgantelah mengubah permainan ini lalu mencipta permainan bola tampar.

    7.1

    TTooppii

    77 Permainan

    Bola Tampar

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal pasti sejarah, perkembangan sukan bola tampar di Malaysia;

    2. Menerangkan visi, misi dan objektif Persatuan Bola Tampar Malaysia;

    3. Membezakan antara undang-undang dan peraturan permainan bolatampar; dan

    4. Mempraktikkan pengetahuan pengurusan, pengendalian danpengelolaan dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    2/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 141

    Perubahan telah berlaku dengan suatu permainan yang bernama Minton Ia dibawa ke negara Amerika Syarikat pada tahun 1895 oleh David McConnaughly Jr.Permainan Minton adalah serupa dengan permainan Morgan yang dipanggil

    Mintonette, kecuali ia menggunakan satu kayu pemukul atau bat untukmenghantar bola melintasi jaring.Versi sejarah yang paling popular pula mengatakan bahawa permainan bolatampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah jasmani YMCA diHolyoke, Massachusetts pada tahun 1895 (Rajah 7.1). Pada masa itu, jenispermainan rekreasi yang sesuai untuk lelaki berusia adalah terlalu sedikit, berat(strenuous), atau memerlukan terlalu banyak alatan dan ruang. Contohnya,permainan berpasukan seperti bola keranjang atau bola sepak adalah terlalu

    berat untuk golongan ini. Mereka memerlukan satu permainan yang tidak begitu

    kasar dan tidak menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menyegarkan badandan fikiran mereka.

    Sehubungan itu, Morgan cuba mengembangkan satu permainan rekreasi yangsesuai untuk warga yang berusia. Beliau menggunakan permainan tenis sebagaidasar untuk permainan baru ini. Ketinggian jaring dinaikkan ke 2 meter (6 kaki 6inci) dari lantai, bola yang telah dipam digunakan untuk menggantikan bolatenis kecil dan tangan digunakan untuk memukul bola menggantikan raket.Pada mulanya, tiub bola keranjang (bladder) digunakan sebagai bola tetapi iaterlalu ringan dan perlahan. Kemudian, ia digantikan dengan menggunakan bolakeranjang, namun bola tersebut pula terlalu besar dan berat. Akhirnya A.G.Spalding, sebuah syarikat pengeluar barangan sukan diminta membuat sebiji

    bola yang sesuai untuk permainan ini yang dinamakan Mintonettee sebelumnamanya ditukarkan kepada nama sekarang iaitu bola tampar.

    Rajah 7 1: Permainan sukan bola tampar awal 1918 di YMCA

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    3/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR142

    Permainan Mintonettee telah didemonstrasikan di gimnasium MaktabSpringfield (School of Christian Workers) pada Julai 1896. Morgan membawadua pasukan yang mengandungi lima pemain untuk setiap pasukan dan

    menunjukkan cara-cara untuk memainkan permainan Mintonettee. Pada masapermainan dimainkan, Alfred T. Halstead, seorang ahli fakulti maktab tersebutmemberi komen bahawa pemain-pemain tersebut kelihatan seperti sedangmenampar bola berulang-alik melintasi jaring dan memberi cadangan agarpermainan itu dipanggil bola tampar. Cadangan Halstead akhirnya diterimadan nama Mintonetteeditukar kepada bola tampar.

    7.1.1 Perkembangan di Malaysia

    Bagaimana pula asal usul permainan ini di Malaysia? Sukan ini sememangnya

    digemari oleh ramai golongan masyarakat. Bola tampar mula diperkenalkan diMalaysia pada awal abad ke-20 menerusi seorang berbangsa Inggeris yang

    bertugas di negara ini. Pada awalnya, ia agak sukar untuk menarik minat danpenglibatan rakyat tempatan untuk bermain bola tampar. Perkembangan sebenarsukan ini hanya berlaku selepas Perang Dunia Kedua, apabila penduduktempatan sudah mula menunjukkan minat walaupun kebanyakan daripadanyaadalah berbangsa Cina.

    Bola tampar dimainkan di pelbagai peringkat umur. Biasanya murid-murid muladidedahkan kepada permainan ini di peringkat sekolah menengah lagi. Dengan

    meningkatnya penglibatan murid-murid sekolah dalam permainan ini, MSSMtelah mengadakan pertandingan antara sekolah dan negeri. Selain itu, terdapat

    juga pertandingan antara kelab, jabatan kerajaan dan jabatan bukan kerajaanyang dianjurkan untuk sukan bola tampar ini.

    SEMAK KENDIRI 7.1

    1. Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola tampar.

    2. Jelaskan bagaimana permainan ini diperkenalkan di Malaysia.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    4/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 143

    7.1.2 Persatuan Bola Tampar Malaysia

    Berikut merupakan visi dan misi Persatuan Bola Tampar Malaysia.

    Rajah 7 2: Logo Persatuan Bola Tampar MalaysiaVisi(a) Untuk menjadi lebih proaktif dalam penganjuran dan pengurusan dalam

    pertandingan bola tampar kebangsaan dan antarabangsa.

    (b) Untuk menjadi sukan pertama yang wajib dalam pertandingan diperingkat negeri.

    MisiUntuk menjadikan permainan bola tampar sebagai sukan yang digemari diseluruh Malaysia.

    Objektif(a) Memperbaiki dan meningkatkan pengurusan MAVA secara profesional.

    (b) Memperkuat dan meningkatkan kerjasama serta hubungan antara semuapersatuan-persatuan gabungan MAVA dan sekutunya.

    (c) Meningkatkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negara, Majlis OlimpikMalaysia, Majlis Sukan-Sukan Sekolah, Kementerian Belia dan Sukan serta

    pihak penganjur dan media.

    (d) Mempromosikan lebih banyak aktiviti bola tampar dari peringkat asasdengan harapan dapat melahirkan lebih ramai generasi baru dalam sukanini.

    (e) Meningkatkan mutu kerja dan tanggungjawab semua kakitangan agarlebih aktif dan profesional.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    5/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR144

    PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

    Pengetahuan dan kefahaman anda mengenai peraturan-peraturan asas bolatampar adalah penting untuk memenuhi kepuasan dan keseronokan pemain.Pengetahuan ini juga adalah amat penting untuk guru dan jurulatih permainan

    bola tampar.

    7.2.1 Susunan Giliran (Rotation Order)

    Susunan giliran untuk setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan permainanharuslah kekal di sepanjang set permainan. Enam pemain setiap pasukan mesti

    berada di dalam gelanggang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3. Dari jumlah

    ini, tiga pemain berada di sepanjang jaring yang dikenali sebagai pemain hadapan.Mereka terdiri daripada pemain kiri yang menduduki posisi 4, pemain tengah diposisi 3, dan pemain kanan di posisi 2. Tiga pemain belakang pula terdiri daripadapemain kiri yang menduduki posisi 5, pemain tengah pada posisi 6, manakalapemain kanan di posisi 1 seperti Rajah 7.3 berikut.

    Rajah 7 3:Susunan giliran pemainSelepas servis dilakukan, pemain-pemain dibenarkan bergerak bebas di dalam

    gelanggang sendiri dan di zon bebas. Apabila pasukan yang menerima servistelah membuat servis, pemain-pemainnya haruslah berputar mengikut arah jamke posisi seterusnya, iaitu pemain di posisi 2 akan bergerak ke posisi 1 untukmenjadi pemain yang akan membuat servis selepas itu dan pemain di posisi 1akan bergerak ke posisi 6 sehinggalah seterusnya semua pemain bertukar posisi.

    Sekiranya berlaku sesuatu kesalahan posisi atau kesalahan giliran, kesalahan ituakan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan mestilahdiperbetulkan dengan segera.

    7.2

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    6/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 145

    7.2.2 Bola Dalam

    Istilah bola dalam digunakan apabila bola menyentuh lantai gelanggangpermainan, termasuk garisan sempadannya.

    7.2.3 Bola Keluar

    Istilah bola keluardikira apabila:(a) Bola yang menyentuh lantai gelanggang berada di luar garisan sempadan

    gelanggang.

    (b) Bola menyentuh sesuatu benda di luar gelanggang seperti siling atau orangyang berada di luar gelanggang permainan.

    (c) Bola menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luarantena penjalur tepi.

    (d) Bola berjaya melintasi satah tegak jaring dengan keseluruhan atausebahagian bola berada di luar ruang lintasan.

    Rajah 7 4: Posisi bersedia untuk menerima hantaran bola daripada pihak lawan

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    7/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR146

    Rajah 7 5: Cara-cara menghalang bola yang direjam

    7.2.4 Sentuhan Serentak

    Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola pada masa yang sama. Apabila duaahli daripada pasukan yang sama menyentuh bola secara serentak, ia akandiambil kira sebagai dua pukulan kecuali semasa menghadang. Seandainya tigapemain daripada pasukan yang sama menyentuh bola dengan serentak, ia jugaakan diambil kira sebagai tiga pukulan. Namun demikian, jika dua atau tiga

    pemain daripada pasukan yang sama menghulurkan tangan untuk memukulbola tetapi hanya seorang sahaja yang menyentuhnya, maka ia hanya dikirasebagai satu pukulan.

    Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan bolamasih kekal di dalam gelanggang, pasukan yang menerima bola masih berhakmembuat tiga pukulan lagi. Jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawanmengakibatkan bola pegang (held ball), maka ia dikenali sebagai kesalahanserentak dan permainan akan dimainkan semula.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    8/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 147

    Rajah 7 6:Dua orang pemain membuat percubaanuntuk menyambut bola

    7.2.5 Kesalahan Semasa Bermain Bola

    Anda tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara berikut:

    (a) Pasukan yang menerima servis tidak boleh melakukan lebih daripada tigasentuhan. Contohnya, pasukan tersebut memukul bola sebanyak empat

    kali sebelum bola dikembalikan kepada pihak lawan.

    (b) Pukulan yang dilarang (irregular hit) ialah apabila bola menyentuhbahagian bawah lutut seorang pemain.

    (c) Pukulan yang dibantu (assisted hit) iaitu pemain yang menerima bantuandaripada rakannya atau sebarang objek supaya dapat mencapai bola dalamkawasan gelanggang.

    (d) Bola pegang (held ball) iaitu apabila pemain tidak memukul bola denganbetul. Contohnya, bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar.

    (e) Dua sentuhan (double contact) iaitu pemain memukul bola dua kaliberturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secaraberturutan.

    7.2.6 Kesalahan Pemain di Jaring

    Anda tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara berikut:

    (a) Menyentuh bola atau pihak lawannya di dalam kawasan lawan sebelumatau semasa pukulan dilakukan oleh pihak lawannya.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    9/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR148

    (b) Masuk ke dalam kawasan pihak lawan di bawah jaring dan mengganggupihak lawan bermain.

    (c) Masuk gelanggang lawan, sama ada secara sengaja ataupun tidak.

    (d) Menyentuh jaring.

    7.2.7 Servis Pertama bagi Sesuatu Set

    Pasukan yang akan memulakan servis akan ditentukan oleh lambungan duitsyiling. Set-set lain pula akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidakmelakukan servis dalam set yang sebelumnya.

    (a) Melakukan ServisApabila anda hendak melakukan servis, anda mesti memukul bola dalammasa 5 saat selepas pengadil meniupkan wisel. Servis yang dilakukansebelum tiupan wisel pengadil akan dibatalkan dan akan diulangi semula.Bola dipukul dengan menggunakan sebelah tangan atau sebarang bahagianpada lengan selepas bola dilambungkan dan sebelum bola itu menyentuhpermukaan bermain.

    Seandainya bola yang telah dilambungkan oleh pemain yang membuatservis mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai satu percubaan servis.Selepas sesuatu percubaan servis, pengadil harus membenarkan servis

    diulangi semula dan pemain yang membuat servis mesti melakukannyadalam masa 3 saat. Hanya satu percubaan servis sahaja dibenarkan bagisetiap servis.

    Semasa anda melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat,anda tidak boleh menyentuh gelanggang, termasuk garisan belakang ataulantai di luar zon servis. Selepas pukulannya berjaya dilakukan, barulahanda boleh memijak atau mendarat di luar zon servis atau di dalamgelanggang.

    (b) Kesalahan ServisKesalahan-kesalahan berikut akan mengakibatkan berlakunya pertukaranservis kepada pihak lawan, sekiranya pemain yang membuat servis:

    (i) Melanggar susunan atau aturan servis;

    (ii) Tidak melakukan servis dengan betul; dan

    (iii) Melanggar peraturan percubaan servis.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    10/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 149

    Selepas servis dilakukan, adalah satu kesalahan (kecuali jika terdapat pemainberada dalam posisi salah) sekiranya bola:

    (a) Menyentuh pemain daripada pasukan yang membuat servis atau gagal

    melintasi satah tegak jaring (vertical plane of the net);

    (b) Keluar; dan

    (c) Melalui di atas satu pertahanan individu atau berkumpulan (an individualor collective screen).

    7.2.8 Kesalahan Pukulan Serangan

    Beberapa contoh kesalahan pukulan serangan (attach hit faults) yang sering

    dilakukan oleh pemain ialah:(a) Pemain memukul bola daripada pihak lawan (the playing space of the

    opposing team);

    (b) Pemain memukul bola keluar;

    (c) Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depandan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulandibuat; dan

    (d) Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawanapabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras atas

    jaring (above the top of the net).

    7.2.9 Kesalahan Menghadang(Blocking Faults)

    Antara kesalahan menghadang adalah seperti berikut:

    (a) Penghadang menyentuh bola dalam kawasan lawan sama ada sebelumatau serentak dengan pukulan serangan lawan.

    (b) Bola menyentuh penghadang pada sebarang bahagian bawah lututnya.

    (c) Sebagai pemain barisan belakang, dia melengkapkan satu hadangan ataumenyertai sesuatu hadangan yang lengkap.

    (d) Pemain menghadang bola di dalam kawasan lawan dari luar antena.

    (e) Pemain menghadang bola servis pihak lawan.

    (f) Bola dihantar keluar melalui hadangan.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    11/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR150

    7.2.10 Gangguan Biasa dalam Permainan

    Gangguan atau pemberhentian sementara yang biasa berlaku dalam permainan

    bola tampar merujuk kepada masa berhenti (time-out) dan penggantian pemain(player substitution).

    Tempoh masa bagi sesuatu masa berhenti ialah 30 saat. Setiap pasukan berhakmeminta untuk berhenti tidak lebih daripada dua kali untuk setiap set. Padamasa waktu berhenti, pemain-pemain yang sedang bermain mestilah pergi kezon bebas yang berhampiran dengan bangku pasukan mereka.

    Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set. Pada ketikapermintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk masuk atau berdiri

    berhampiran dengan jurulatih. Jika tidak, penggantian itu tidak akan dibenarkandan pasukan tersebut akan dikenakan denda kerana lewat membuatpenggantian. Selain itu, penggantian mesti dilakukan dalam zon penggantian.

    7.2.11 Jarak Waktu (Intervals)

    Semua jarak waktu antara set termasuk antara set keempat dengan set kelimaadalah selama 3 minit. Dalam tempoh masa itu, pertukaran gelanggang danpendaftaran pasukan-pasukan pada borang skor boleh dilakukan.

    UNDANG-UNDANG AM

    Perlawanan atau permainan rasmi bola tampar dimainkan oleh dua pasukan danmemerlukan sebiji bola serta sebuah gelanggang yang dibahagikan kepada dua

    bahagian oleh jaring. Setiap pasukan terdiri daripada enam orang pemain yangmempunyai kemahiran asas untuk menampar bola melepasi jaring supayapasukan lawan tidak dapat menyambut pukulan bola tersebut. Setiap pasukandibenarkan menampar bola sebanyak tiga kali sebelum dihantar ke pasukanlawan. Namun begitu, bola juga boleh ditampar sekali atau dua kali sahaja untukmelepasi jaring.

    7.3

    SEMAK KENDIRI 7.2

    1. Terangkan secara ringkas peraturan-peraturan permainan bolatampar.

    2. Jelaskan apa yang dimaksudkan sebagai gangguan biasa dalampermainan.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    12/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 151

    7.3.1 Kedudukan Pemain

    Pemain-pemain hendaklah berada pada kedudukan iaitu tiga orang di barisan

    hadapan dan tiga orang di barisan belakang (rujuk Rajah 7.7). Pemain di barisanhadapan tidak dibenarkan menyambut atau merejam bola di hadapan jaringuntuk tujuan pertahanan. Walau bagaimanapun, pemain barisan belakang bolehmembuat rejaman pada jarak sejauh 3.05 m dari jaring di garisan serangan.

    Rajah 7 7: Kedudukan pemain-pemain di dalam gelanggang

    7.3.2 Putaran atau Edaran

    Setiap pemain boleh membuat servis beberapa kali berturut-turut sehingga

    pasukannya melakukan kesalahan atau permainan tamat. Apabila pasukan yangmembuat servis telah melakukan kesalahan, bola akan diberikan kepadapasukan lawan. Pasukan lawan hendaklah beralih ke kedudukan seterusnyamengikut putaran arah jam sebelum membuat servis. Pemain yang bergerak darikedudukan hadapan kanan ke kedudukan belakang kanan akan membuat servis.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    13/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR152

    7.3.3 Bermain di Jaring

    Apabila anda bermain di jaring, anda boleh melompat setinggi yang boleh tetapi

    tidak boleh menyentuh bola yang masih berada di kawasan lawan iaitu semasalawan sedang membuat serangan. Anda hanya boleh mengangkat tangansehingga ke sebelah jaring pasukan lawan untuk cuba memintas bola selepaspemain daripada pasukan lawan telah membuat serangan lengkap.

    Anda boleh menyentuh garisan tengah tetapi tidak boleh menyentuh lantai disebelah garisan tengah yang lain iaitu kawasan pasukan lawan semasapermainan sedang dijalankan. Selain itu, anda juga boleh berada di bawah jaringuntuk menyambut bola.

    7.3.4 Pemain Gantian

    Seorang pemain simpanan boleh menggantikan setiap pemain dalampasukannya tetapi dia mesti mengambil kedudukan pemain yang digantinya.

    Jika pemain pengganti itu masuk ke gelanggang sekali lagi, dia mestimenggantikan pemain yang digantikannya tadi. Pemain-pemain yang memasukigelanggang pada permulaan permainan dikirakan sebagai telah memasukigelanggang sekali. Anda tidak dibenarkan memasuki gelanggang untukmengambil bahagian dalam satu permainan lebih daripada tiga kali. Satupasukan tidak boleh mengadakan lebih daripada dua penggantian dalam setiapset permainan.

    7.3.5 Peralatan(a) Gelanggang

    Bola tampar dimainkan di atas satu gelanggang yang berukuran 18.29 x9.14m termasuk garisan tepi selebar 5sm. Satu lagi garisan lebar 5sm,dipanggil garisan tengah membahagikan gelanggang kepada dua

    bahagian yang sama besar. Setiap kawasan ini mengandungi satu garisan

    5sm lebar yang selari dan sejauh 3.05m dari garisan tengah. Garisan inidipanggil garisan merejam di belakang gelanggang (lihat Rajah 7.8).

    Gelanggang mestilah bebas daripada sebarang halangan dan seharusnyaterdapat kawasan lapang sekurang-kurangnya 18.3m dari garisan tepi kesuatu dinding atau halangan. Kawasan servis untuk kedua-dua belahgelanggang ialah garisan di bahagian belakang gelanggang dan dalamlingkungan 3.05m dari garisan tepi.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    14/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 153

    Jaring selebar 0.91 dan 9.75m panjang biasanya digunakan dalampermainan bola tampar. Untuk pemain pasukan lelaki, jaring akandipasang setinggi 2.44m dari bahagian atas jaring ke lantai. Bagi pasukan

    perempuan pula, jaring dipasang setinggi 2.24m.

    Rajah 7 8:Saiz dan ukuran sebuah gelanggang bola tampar(b) Bola

    Bola yang digunakan haruslah berwarna cerah yang seragam. Biasanya,

    bola yang digunakan mempunyai ukur lilit sepanjang 64-66sm dan beratantara 255-284g. Bola ini terdiri daripada 12 keping kulit yang tidak terlalulembut tetapi bola yang diperbuat daripada getah adalah lebih praktikaluntuk dimainkan di atas lantai yang kasar (lihat Rajah 7.9).

    Rajah 7 9: Bola tampar

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    15/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR154

    (c) JaringLebar jaring yang digunakan selalunya berukuran 1m lebar dan panjangsekurang-kurangnya 9.5m. Jaringan selebar 10sm dan tebal berganda

    sebanyak 5m yang menggunakan bahan kanvas atau linen yang lebardirentasi di bahagian atas jaring. Satu kabel yang boleh diregangkandiletakkan di bahagian atas jaring dan dimasukkan ke dalam kanvas.Tinggi jaring di bahagian tengah hendaklah 2.43m untuk lelaki dan 2.24m

    bagi wanita. Tinggi jaring untuk perlawanan murid sekolah menengah,rendah dan kanak-kanak adalah terpulang kepada budi bicara persatuan

    bola tampar setempat.

    7.3.6 LiberoSetiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain libero dalampasukan yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan.Pemain libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dandigantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.Pemain libero ini tidak boleh membuat servis, menghadang dan menyerangdengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada dizon depan untuk serangan (lihat contoh di Rajah 7.10).

    Rajah 7 10: Contoh permain libero sedang beraksi

    7.3.7 Pelanggaran Undang-undang dan Penalti

    Pelanggaran undang-undang tertentu boleh didenda dengan memberi satu matakepada pasukan lawan. Antara pelanggaran undang-undang adalah seperti

    berikut:

    (a) Melanggar peraturan melakukan servis.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    16/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 155

    (b) Anda tidak berada pada tertib putaran ketika bola itu disentuh.

    (c) Pemain-pemain daripada pasukan membuat servis cuba menghalangpandangan pasukan penerima semasa servis.

    (d) Anda membuat servis bukan pada giliran anda.

    (e) Pemain baris belakang cuba membuat halangan pada jaring.

    (f) Pemain di bahagian belakang gelanggang memasuki kawasan merejamgelanggang hadapan untuk membuat rejaman (spike).

    (g) Pemain gantian memasuki semula gelanggang untuk meneruskanperlawanan tetapi pada tempat selain daripada tempat pemain yangdigantikan olehnya sebelumnya.

    Melibatkan penggantian dan masa berhenti:(a) Pemain gantian tidak melaporkan diri kepada pencatat masa.

    (b) Pemain memasuki gelanggang perlawanan lebih daripada tiga kali.

    (c) Pasukan mengambil lebih daripada dua masa berhenti yang dibenarkan.

    Melibatkan kelakuan:

    (a) Cuba mengalihkan atau mengganggu perhatian pihak lawan denganmenjerit atau menghentakkan kaki.

    (b) Pemain, pemain gantian, jurulatih atau pengurus mengeluarkan kata-katakesat, menghina dan kurang sopan terhadap pasukan lawan.

    (c) Pemain gantian, jurulatih atau wakil pasukan memasuki gelanggang ketikaperlawanan sedang berlangsung.

    (d) Pemain, pemain gantian, jurulatih atau pengurus cuba menangguhkanperlawanan.

    Situasi yang menyebabkan perlawanan dimulakan semula:

    (a) Apabila pengawai tersilap membunyikan wisel dan menghentikan

    perlawanan.

    (b) Apabila objek asing termasuk ke dalam gelanggang semasa bermain.

    (c) Apabila kemalangan berlaku semasa perlawanan dan pegawai merasakanadalah lebih baik menghentikan permainan atas sebab-sebab keselamatan.

    (d) Apabila pemain daripada kedua-dua pasukan melakukan kesalahanserentak.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    17/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR156

    PENGURUSAN PERTANDINGAN

    Sistem pertandingan merupakan perkara wajib yang perlu anda fikirkan sebagaipengelola pertandingan sebelum menganjurkan pertandingan. Terdapat pelbagaifaktor yang perlu difikirkan sebelum memilih sistem pertandingan. Antaranyaialah objektif pertandingan, masa yang diperuntukkan untuk menghabiskankejohanan dan jumlah peserta yang mengambil bahagian.

    7.4.1 Tujuan Pertandingan

    Pertandingan merupakan satu pelan permainan yang dirancang bertujuanuntuk memilih pemenang yang merupakan pasukan terbaik dalam permainan.

    Di samping itu, pertandingan juga membolehkan individu atau pasukanmembina semangat kesukanan. Terdapat pelbagai cara untuk melaksanakanpertandingan iaitu:

    (a) Melawan pencapaian individu atau pasukan dari segi skor atau skor puratacontohnya olahraga, menembak, terjun renang dan lain-lain.

    (b) Melawan individu atau pasukan secara terus contohnya badminton, bolasepak, bola tampar, tenis dan lain-lain.

    Setiap kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara

    yang sama. Terdapat pelbagai sistem yang boleh digunakan dalammengelolakan kejohanan atau pertandingan. Selain itu, terdapat beberapa faktoryang perlu diberi perhatian sebelum sesuatu kejohanan atau pertandingandianjurkan. Antaranya ialah:

    (a) Jenis pertandingan;

    (b) Masa yang diperlukan;

    (c) Peralatan, gelanggang dan kemudahan yang ada;

    (d) Agihan perlawanan yang adil;

    (e) Jumlah pegawai dan petugas-petugas yang mencukupi;

    (f) Sumber kewangan;

    (g) Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan pertandingan; dan

    (h) Penentuan pemenang dan pemain yang sah.

    7.4

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    18/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR 157

    7.4.2 Sistem Pertandingan

    Terdapat beberapa sistem yang digunakan pada masa kini. Antaranya

    dibincangkan seterusnya:

    (a) Sistem LigaPertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan yang maksimumuntuk setiap pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertandingdengan setiap ahli dalam kumpulan pertandingan. Sistem liga inidianggap lebih adil kepada pasukan yang bertanding dan dapatmenghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem liga sesuai untukpertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan yang tidak

    begitu banyak kerana ia memerlukan tempoh kejohanan yang panjang.

    (b) Pertandingan Kalah MatiSistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah.Proses pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapatseorang atau satu peserta atau satu pasukan yang tinggal. Peserta ataupasukan yang tinggal diisytihar sebagai pemenang. Terdapat dua variasipertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali.Sistem ini biasa digunakan dalam keadaan:

    (i) Masa yang diperuntukan untuk pertandingan adalah singkat

    (ii) Peruntukan kewangan yang disediakan untuk pertandingan adalahterhad

    (iii) Penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya

    (iv) Bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad

    (c) BaiBilangan peserta yang mendapat bai boleh dikira dengan formula gandaankuasa bagi angka 2. Bilangan penyertaan ialah 14 angka ganda dua yangterdekat iaitu 2(4) = 16.

    Jadi bilangan bai = 16 - 14= 2

    Dua peserta yang mendapat bai akan diagihkan kepada dua kumpulan atasdan kumpulan bawah. Sekiranya dua bai yang diperuntukan, bai akandiberi kepada peserta pilihan pertama dan kedua.

  • 8/14/2019 Topik 7 Permainan Bola Tampar.pdf

    19/19

    TOPIK 7 PERMAINAN BOLA TAMPAR158

    Pengetahuan berkenaan sistem, taktik dan strategi boleh didapati melaluipengalaman, pembacaan dan perbincangan.

    Pengetahuan dan kefahaman mengenai peraturan-peraturan asas bolatampar bukan sahaja penting untuk memenuhi kepuasan dan keseronokanpemain, malah penting untuk guru dan jurulatih permainan bola tampar.

    Teng, B. T. (2001). Panduan pengajian kemahiran asas permainan. KualaLumpur: Longman.

    USA Volleyball (2009). Volleyball systems & strategies. Champaign, IL: HumanKinetics.

    Wee, E. H. (1995). Pengajaran jasmani dan kesihatan (Ed. ke-2). Shah Alam: FajarBakti