Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

download Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

of 23

Transcript of Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    1/23

    TZ10103

    U M S

    TOPIK 7 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI -

    SEKOLAH

    ____________________________________________________

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

    PENGENALAN

    Pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hokum-hukum pembelajaran yang dihasilkan

    kepada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru an

    memahami pelbagi cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan

    hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan

    berkesan.

    7.1 TEORI PEMBELAJARAN MAZHAB BEHAVIORIS

    Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori

    pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalahberkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebenyakan teori pembelajaran mereka adalah

    dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan

    burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan

    rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka,

    tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa

    perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah suatu proses pembelajaran, demi

    membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai

    Teori Rangsangan Gerk Balas.

    1. Menjelaskan teori, model pembelajaran yang dijadikan panduan para guru untuk

    mengetahui tahap-tahap pembelajaran murid.

    2. Mengetahui amalan pedagogi dari aspek prinsip dan cara pelaksanaan.

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    2/23

    TZ10103

    U M S

    7.2 TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

    Teori Pelaziman Klasik juga dikenali sebagai pelaziman gentian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas / responden atau Teori R-G. Pembelajaran melalui pelaziman ini

    adalah pertama kali dikaji oleh seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Di dalam kajian-kajian

    mengenai system pencernaan haiwan sebelumnya, Pavlov telah mendapati bahwa rembesan air

    liur dan jus gastric anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi

    juga apabila makanan yang dikesannya. Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus

    gastric berlaku semasa makanan berada dalam mulut anjing adalah sesuatu jenis gerak balas

    (response) yang tidak perlu dipelajari. Ahli psikologi memberi namanya sebagai gerak balas tak

    terlazim (inconditioned response); tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makan

    dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari. Oleh itu, fenomena ini dipanggil sebagai gerak balas

    terlazim (conditioned response), manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagairangsangan terlazim (conditioned stimulus). Secara ringkasnya, Model Pelaziman Klasik Pavlov

    adalah diilustrasikan seperti Rajah 7.1 berikut:

    Rajah 7.1 : Teori Pelaziman Klasik Pavlov

    Rangsangan Tak Terlazim : makanan Gerak Balas Tak Terlazim

    (Unconditioned Stimulus, UCS) rembesan air liur dikesan,

    (Unconditioned Response, UCR)

    Rangsangan Terlazim : bunyi loceng Gerak Balas tiada kaitan dengan(Conditioned Stimulus, CS) tindak balas tak terlazim, misalnya

    Perhatian anjing sahaja.

    Rangsangan Terlazim Rangsangan Tak Terlazim Gerak Balas Tak Terlazim

    (CS: bunyi loceng) (UCS: makanan) (UCR: rembesan air liur dikesan)

    Rangsangan Terlazim (Perkaitan Baru) Gerak Balas

    Terlazim

    (CS: bunyi loceng mengganti makanan) (CR = UCR : rembesan

    air liur dikesan )

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    3/23

    TZ10103

    U M S

    7.3 TEORI KONTRUKTIVISME

    Konstruktivisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Constructivism yang membawamaksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran, Teori Konstruktivisme menganggap

    bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda

    berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibina berdasarkan gabungn hasil kajin ahli

    psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Teori

    Konstruktivisme mempunyai erti yang serupa dengan Teori Konstruktivisme Kognitif atau

    Konstruktivisme. Mengikut Von Glaserfeld, konsep konstruktivisme berasaskan andaian-andaian

    berikut:

    Ilmu pengetahuan adalah dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri.

    Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya. Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pegalaman individu.

    Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piage dan teori zon

    perkebangan proksimal (Zone of Proximal development, ZPD) Vygotsky. Di bawah konteks

    konstruktivisme, pandangan Piaget terhadap sumber ilmu pengetahuan adalah proaktif, manakala

    Vygotsky merupakan penyokong konstruktivisme yang bersifat kolektif.. menurut beliau, idea

    zon perkembangan proksimal (ZPD) ialah prestasi pelajar, di bawah bantuan orang dewasa atau

    kerjasama rakannya, menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada

    kebolehan diri sendiri, dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang berbeza.

    Ringkas kata, perbezaan perkembangan peringkat potensi individu ini adalah di dalamlingkungan zon perkembangan proksimal (ZPD) tersebut.

    Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling

    pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di

    bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya

    secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada

    supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman

    terhadap maklumat baru.

    Di samping proses kognitif, Teori Konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses

    metakognitif, iaitu operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran kemahiran serat proses

    kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, terutamanya operasi

    merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Ini bermakna, untuk mencapai keberkesananan

    pembelajaran, pelajar perlu merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran

    yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Yang penting

    sekali, pelajar perlu menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru dalam proses

    pembelajarannya.

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    4/23

    TZ10103

    U M S

    Ringkas kata, individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaran ilmu pengetahuan

    berlandaskan konstruktivisme dan bukan menerimanya secara pasif. Proses ilmu konstruktivisme

    mengandungi cirri perkembangan serta evolusi; ia bukan tetap tetapi sering mengalamiperubahan. Di bawah konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan

    kebenaran. Sebaliknya ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang

    dialami oleh seseorang individu. Oleh itu, di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan

    mengikut konstruktivisme, yang diperolehi oleh setiap orang individu adalah tidak serupa.

    7.3.1 Implikasi Teori Konstruktvisme Dalam Pengajaran Pembelajaran

    Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang dibincangkan, maka diturunkan beberapa prinsip

    pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan daripada seperti berikut:

    Di dalam pengajaran dan pembelajaran di bawah Teori Konstruktivisme, peranan gurumerupakan penolong, pemudah cara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan

    peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.

    Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secarakoperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar tradisi, seperti syarahan,

    menghafal dan mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi.

    Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah factor penting yang mempengaruhi prosespembentukan ilmu.

    Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan di dalam bidangkonstruktivisme.

    Penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan. Bentuk dan alat penilaian terhadappembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid bersama-sama.

    7.4 MODEL PENGAJARAN

    Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan,

    penilaian danmaklum balas. Pada masa sekarang, beberapa model pengajaran yang berlandaskanproses pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik dengan tujuan untuk

    menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Fungsi utama model pengajaran yang dibina

    oleh pakar-pakar pendidikan ialah :

    Memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang langkah-langkahmengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta melaksanakan

    proses pengajaran.

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    5/23

    TZ10103

    U M S

    Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam prosespengajaran sebagai rujukan; dan

    Sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untukproses pengajaran yang selanjutnya.Oleh kerana pengajaran yang berkaitan rapat dengan pembelajaran banyak teori pembelajaran

    telah diubahsuai menjadi model pengajaran masing-masing.

    7.5 MODEL EKSPOSITORI

    Perkara ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran

    ekspositori merpakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung

    kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian

    pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam

    model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan

    teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku

    rekod mereka.

    Hasil Pembelajaran

    Misalnya, guru boleh menggunakan model ini menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau

    teorem matematik. Cara-cara penyampaiannya dengan menggunakan model ekspositori adalah

    dihuraikan seperti berikut:

    Menerng, menginterpretasi dan menguraikan idea dan konsep daripada buku teks. Menerang sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk-bentuk

    geometri.

    Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiranyang telah dipelajari.

    Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

    Pengenalan dan

    penerangan isi

    pelajaran

    Murid-murid

    mendengar

    penerangan

    Murid-murid

    mengingat dan

    merekod isi

    penting

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    6/23

    TZ10103

    U M S

    7.5.1 Implikasi Pengajaran Model Ekspositori

    Kebaikan menggunakan model ekspositori ialah guru dapat menjimatkan masa ketika

    menyampaikan pelajaran dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua makluat

    tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan

    mendengar sahaja. Sebagaimana yang dinyatakan, kaedah ekspositori hanya sesuai digunakan

    untuk menyampaikan pelajaran dala peringkat perkembangan sahaja. Jika kaedah ini digunakan

    untuk keseluruhan waktu mengajar, kaedah ini akan menjadi kaedah syarahan yang dianggap

    kurang berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

    Di antara kaedah-kaedah mengajar, kaedah ekspositori merupakan salah satu kaedah

    yang paling berkesan dalam penyampaian kemahiran, konsep dan prinsip matematik, sains dan

    sebagainya. Kaedah ekspositori ini adalah serupa dengan teori pembelajaran Ausebel yang

    menggunakan Pengelola Awal untuk memperkenalkan suatu pelajaran baru.

    7.6 MODEL INKUIRI

    Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau

    kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini

    memerlukan murid mengenal pasti solan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti

    kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. Soalan-

    solan berikut adalah contoh soalan bermasalah yang biasaya dikemukakan untuk diselesaikanmelalui kaedah inkuiri.

    Bagaimanakah pokok bernafas? Mengapakah buaya tidak boleh dikelaskan sebagai amfibia? Apakah faktor-faktor yang membawa kepada masalah pencemaran?

    Kaedah inkuiri ini boleh dikendalikan berdasrkan salah satu daripada tiga model berikut, iaitu:

    1. Model inkuiri sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip fenomena dan ciri-ciri unsur

    sains. Proses kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal selidik yang

    dihuraikan dalam Model Dewey seperti berikut:

    Rajah 7.3 Proses Penyelesaian Masalah

    Mengenal

    pasti

    masalah

    Mencari

    Maklumat

    Rumusan

    Membuat

    HipotesisMenguji

    Hipotesis

    Menilai

    dan

    Membuat

    Rumusan

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    7/23

    TZ10103

    U M S

    Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenalpasti aspek-aspek

    yang penting yang terkandung dalam masalah. Peingkat mencari maklumatmelibatkan aktiviti

    mengumpu bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Peringkatmenguji hipotesis merupakan proses perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala

    peringkat menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian yang telah digunakan

    dalam proes penyelesaian masalah.

    2. Model inkuiri sosialyang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan

    bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti

    pemerhatian, temubual atau soal selidik. Model inkuiri social menegaskan proses interaksi social.

    Model ini merangkumi enam langkah seperti berikut:

    Rajah 7.4 Model inkuiri social

    1.

    Pembentukan

    masalah oleh

    guru.

    2.

    Pembentukn

    hipotesisi oleh

    murid3.

    Memberi

    definisi kepada

    hipotesis

    4.

    Perbincangan

    kesahan

    hi otesis

    5.

    Mencari

    sokongan untuk

    hipotesisis

    6.

    Membuat

    kesimpulan

    atau rumusan

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    8/23

    TZ10103

    U M S

    3.Model inkuiri juris preduntialyang digunakan untuk mencari kebenarandan ketepatan isu-isu

    seperti Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera. Proses inkuiri ini adalah

    berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.

    Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu

    inkuiri terbibing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-

    murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat

    sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Dalam aktiviti inkuri terbuka, murid-murid tidak

    diberikan sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. Inkuiri jenis

    ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih timggi.

    4.Model inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskan andaian bahawastrategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaj selidik boleh juga

    digunakan sebagai model pengajaran salam matapelajaran sekolah, khasnya matapelajaran sains.

    Langkah-Langkah Model Inkuiri Suchman

    Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan. Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yan dikemukakan. Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data yang berkaitan. Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan membentuk

    teori yang berkaitan. Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau syarat yang

    berkaitan dengan teori yang dibentuk.

    Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses minkuiri yang dijalankandengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah didapati dahulu.

    Implikasi Model Inkuiri Suchman Dalam Proses Pengajaran

    Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakanbahan pelajaran yang sesuai.

    Merancangkan langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip ataupun teoridengan jelas dan terperinci.

    Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektifpelajaran.

    Menggalakakan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan gurumemainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan.

    Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasilinkuiri pelajar.

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    9/23

    TZ10103

    U M S

    7.7 MODEL INKUIRI- PENEMUAN

    Model inkuiri-penemuan sebenarnya terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan kaedahpenemuan. Namun konsep kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah berlainan, tetapi

    pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah

    sama. Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi

    semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah

    ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari cirri-ciri yang

    sama untuk membentuk satu generalisasi yang diharapkan. Rajah 7.5 berikut menunjukkan

    proses pembelajaran dengan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan.

    Rajah 7.5 Proses Pembelajaran Melalui Kaedah Inkuiri-Penemuan

    Langkah-langkah Pengajaran Melalui Kaedah Inkuiri Dan Penemuan

    Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah inkuiri dan penemuan

    mengandungi lima peringkat utama iaitu:

    Peringkat Aktiviti Inkuiri-Penemuan

    Mengenal pasti topik kajian

    Menentukan topik kajian oleh guru. Mendedahkan topik kajian kepada murid. Berbincang tujuan kajian dengan murid.

    Merancang strategi penyelesaian

    Meramal dan membuat hipotesis. Menentukan cara menjalankan kajian

    melalui aktiviti soal jawab.

    kMengumpul maklumat yang berkaitan

    Mengumpul maklumat melalui caramemerhati, menyukat, melakukan

    eksperimen atau membuat rujukan.

    Mencatat maklumat yang telah dikumpul.Mengkaji dan menganalisis maklumat

    dikumpul

    Menjadualkan dan mengelaskan maklumat. Menginterpretasikan dan mentafsir

    maklumat.

    Membuat generalisasi atau rumusan

    Membuat generalisasi atau rumusanberdasarkan hasil pentafsiran.

    Merekodkan generalisasi atau rumusandalam buku nota.

    Mengenalpasti topik

    kajian

    Merancang

    strategi

    penyelesaian

    Mengumpul

    maklumat

    yang

    berkaitan

    Mengkaji

    dan

    menganalisis

    maklumat

    Membuat

    generalisasi

    atau

    rumusan

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    10/23

    TZ10103

    U M S

    7.8 MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA

    DEPAN

    Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan ialah suatu strategi pengajaran secara saintifik yang

    dibina untuk melatih murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan

    bertanggungjawab. Dengan ini, menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai

    cabaran hidup dan membuat keputusan.

    Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan masa depan diperkenalkan untuk

    membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang

    berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta menerima dan menangani segala perubahan.

    Pengajaran Kajian Masa Depan (KMD) adalah suatu kaedah di mana murid menggunakan

    pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau masa depan perubahan masa lalu ke sekarang dan

    meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi berpusatkan murid dan menggabungjalinkan

    pelbagai bidang seperti Pendidikan Moral Pendidikan Alam Sekitar. Nilai Murni seperti

    bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

    Analogi pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan ialah bagaimana seorang pemandu

    memandu, untuk sampai ke destinasi ia perlu memandang ke hadapan, menggunakan

    cermin pandang belakang, cermin sisi dan cermin hadapan.

    Petikan dari R. Slaughter, Future Tools and Techniques (m/s20) DMM Media Group, 1995

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    11/23

    TZ10103

    U M S

    7.81 Konsep Kajian Masa Depan.

    Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan menekankan beberapa konsep utama antaranyaialah :

    Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa depan Berkomunikasi secara berkesan tentang hal masa depan Membuat kajian dan mengurus tentang hal masa depan Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan Membina sikap dan nilai tentang masa depan

    KMD memberikan kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang isu, masalah dan peluang

    yang bakal dihadapi.

    Membuat ramalan berkaitan gaya dan perubahan yang akan berlaku Menjangkakan dan meramalkan kesan dan akibat sesuatu fenomena Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal dan menangani

    perubahan

    7.8.2 Prinsip dan Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

    1. Prinsip Perubahan.

    Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan

    sebagainya, berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk

    membuat keputusan dan merancang.

    2. Prinsip Pandangan Jauh

    Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia dekat.

    Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat

    yang lain. Kemahiran pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-

    langkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu perkara berlaku

    3. Prinsip Perancangan Strategik

    Andaian terhadap masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi rancangan kita pada

    masa kini.

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    12/23

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    13/23

    TZ10103

    U M S

    7.8.4 Komponen Kajian Masa Depan

    Kemahiran Asas Kajian Masa Depan Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan

    Membuat ramalan tentang trend danperubahan yang akan berlaku berdasarkan

    pengetahuan dan maklumat yang sedia

    ada.

    Menjangka kesan atau akibat sesuatufenomena, trend atau perubahan masa

    depan

    Menggunakan sumber manusia dansumber lain bagi mengawal, menangani

    serta mengendalikan perubahan supaya

    mendapat manfaat yang maksimum.

    Pemahaman konsep kajian masa depan Pengumpulan maklumat Ramalan dan analisis Imaginasi dan kreativiti Strategi mengatasi cabaran Proses inovasi sosial Membina senario Penjelasan nilai dan masa depan Dimensi kemapanan

    Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan, merupakan satu cara untuk memperoleh gambaran

    tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku

    seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku serta cara untuk

    menyelesaikannya. Pengajaran berasaskan kajian masa depan mengandungi lima bahagian

    seperti yang ditunjukkan dalam jadual di sebelah

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    14/23

    TZ10103

    U M S

    Bahagian Penjelasan

    Bahagian 1 Mengandungi penerangan am daripada aspek objektif modul latihan,

    prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan

    Bahagian 2

    Mengandungi konsep belajar sendiri yang menerangkan konsep utama

    dan pemahaman pengajaran kajoan masa depan. Konsep utamanya ialah :

    1. Membina sikap dan nilai masa depan2. Berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan3. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal masa depan4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa

    depan

    5. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentanghal masa depan

    Bahagian 3 Rangka Perancangan iaitu cara menjalankan pengajaran berasaskan

    kajian masa depan serta renungan dan penilaian kendiri.

    Bahagian 4 Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang diketahui yang merangkumi

    perincian dan nota guru.

    Bahagian 5 Berkonsepkan penambahan ilmu

    7.8.4 Cara Menjalankan Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan.

    Pengajaran berasaskan kajian masa depan bertujuan meletakkan asas yang kukuh bagi murid

    untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pandangan (sikap) yang diperlukan untuk turut

    serta dalam kehidupan secara berkesan pada masa sekarang dan masa depan.

    1. Guru memulakan perancangan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran Pendidikan Kesihatan dengan memilih tunjang dan tajuk bagi memenuhi

    tujuan ini.

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    15/23

    TZ10103

    U M S

    2. Guru mengembangkan tunjang dan tajuk bagi Pendidikan Kesihatan dari perspektifpemahaman konsep masa depan

    3. Perspektif ini dirancang sebagai aktiviti yang akan mengambil kira bahan kandunganPendidikan kesihatan, nilai dan kemahiran khusus Kajian Masa Depan.

    4. Guru mempertimbangkan perkara-perkara yang berikut:a) Apa? (berkenaan dengan kurikulum)b) Bagaimana? (berkaitan dengan pelaksanaan)c) Mengapa? (berkaitan pemahaman dengan konsep masa depan7.9 Model

    Pembelajaran Berasaskan Masteri

    Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus

    kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran Masteri

    murid boleh diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka

    sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

    7.9.1 Kewajaran Pembelajaran Masteri.

    Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlumenyedari bahawa :

    i. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan pembelajaran yang berbezaii. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

    iii. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.7.9.2 Prinsip asas dalam pembelajaran Masteri :

    i. Murid normal bolah mempelajari apa yang diajarkan oleh guruii. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai

    iii. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaranyang ditentukan

    iv. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    16/23

    TZ10103

    U M S

    Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

    Hasil pembelajaran ditentukan Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau

    unit pembelajaran

    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    bermakna, berkesan, menarik dan seronok

    Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria

    (URK)

    Bahan pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan

    Murid perlu menguasai 80% aras Masteri yang

    ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum

    berpindah ke unit lain.

    Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid

    yang belum menguasai aras Masteri

    Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang

    tekah mencapai aras Masteri

    7.9.3 Langkah Pembelajaran Masteri

    Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah perlu dilaksanakan. Langkah tersebut

    digambarkan melalui model berikut

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    17/23

    TZ10103

    U M S

    7.10 MODEL PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

    Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar

    memperoleh kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber

    pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses

    kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran

    secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat,

    keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

    7.10.1 Prinsip PAK

    Prinsip PAK menekankan kepada empat domain pembelajaran iaitu:

    1. Self-Directed / Akses kendiri2. Self-Access / Akses kendiri3. Self-Asses / Kadar kendiri4. Self-Paced / Langkah kendiri

    Self-Directedadalah pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan sendiri tajuk

    dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari.

    Self-Access adalah pembelajaran akses kendiri di mana pelajar mencari dan mendapatkan

    maklumat mengenai tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku

    rujukan, majalah, CD-ROM atau internet digunakan untuk mendapatkan maklumat

    Self-Assessed adalah pembelajaran kadar sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau

    penaksiran sendiri mengenai tajuk yang dipelajarinya, adakah dikuasai atau tidak. Seandainyapelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain.

    Manakala Self-Paced adalah pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri.

    Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri

    (KPM, 1997).

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    18/23

    TZ10103

    U M S

    Pembelajaran Secara Individu Proses pembelajaran yang berkaitan

    kepentingan individu terhadap pembelajaran

    Pembelajaran Arah

    Kendiri Proses pembelajaran yang memerlukan

    tanggungjawab pelajar untuk belajar sesuatu

    pelajaran dan berkeupayaan untuk memahami

    sendiri.

    Pembelajaran Sendiri

    Proses pembelajaran yang memerlukan pelajar

    bertanggungjawab sepenuhnya tentang

    pelajaran mereka dan menentukan sendiri apa

    yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.

    Mereka juga turut menentukan apa yang ingin

    dipelajari

    Penetapan PembelajaranProses pembelajaran di mana pelajar

    pembelajaran langkah demi langkah mengikut

    kadar sendiri.

    7.11 MODEL PEMBELAJARAN SECARA ICT

    Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan

    bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Dalam konteks

    penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti

    digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan

    keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang

    munasabah. Pembelajaran penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai:

    Tutorial Penerokaan (exploratory) Aplikasi Komunikasi

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    19/23

    TZ10103

    U M S

    7.11.1 ICT untuk Pembelajaran Tutorial.

    ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikan kandunganpelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial merangkumi :

    Pembelajaran ekspositori Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babak nya oleh

    sistem

    Latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistemComputer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer

    dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ICT dan perisian kursus yang ada pada hari

    ini kebanyakannya berciri multimedia. Penggunaan istilah Intelligent Computer Assisted

    Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini amat seiring dengan

    perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan.

    Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut :

    Mempersembahkan maklumat Menilai pencapaian Membimbing Menyediakan dan memberi latihan

    a. Situasi yang sesuai menggunakan pendekatan ini

    Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:

    Kelas yang mengandungi murid yang ramai dengan kemampuan yang berbeza Guru terpaksa bertugas di luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.

    b. Kelebihan menggunakan ICT

    Dapat mengindividukan pembelajaran Murid belajar mengikut kemampuan sendiri

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    20/23

    TZ10103

    U M S

    Meningkatkan motivasi murid untuk belajar Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau penyeliaan guru yang minimum.

    7.11.2 ICT untuk pembelajaran penerokaan (Exploratory)

    Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai

    medium untuk:

    Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dansebagainya.

    Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh

    murid.

    Pendekatan konstruktivisme amat serasi dengan pendekatan ini. Penekanan kepada pemikiran

    kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang

    dibina melalui interaksi sosial. Selain daripada mengakses maklumat terus daripada internet,

    guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensiklopedia,

    pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperoleh di pasaran. Guru boleh mengawal

    masa kerana pembelajaran penerokaan memakan masa yang terlalu panjang.

    a. Situasi yang Sesuai Untuk Pendekatan Penerokaan

    Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah Aktiviti berkaitan kajian masa depan Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

    b. Kelebihan menggunakan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan

    Memberi peluang untuk murid menentukan haluan pembelajaran masing-masing Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    21/23

    TZ10103

    U M S

    Memberi peluang guru menerapkan pembelajaran moden.

    7.11.3 ICT Sebagai Alat Aplikasi

    ICT digunakan sebagai alat aplikasi kerana membantu murid melaksanakan tugasan

    pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat P&P. Perisian aplikasi khusus

    seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD), dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori

    aplikasi yang membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. Apabila sekumpulan murid

    berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan

    dan mempersembahkan hasil karangan ini, ICT telah digunakan secara bermanfaat. Situasi ini

    turut menggambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya yang menyatakan budaya

    atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran murid saling mempelajari dan

    membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal)

    dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; Mclnerney & Mclnerney, 1998)

    Dengan bantuan aplikasi ini, murid dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti

    pembelajaran yang autentik. Kelebihan lain menggunakan ICT sebagai alat aplikasi ialah :

    a. Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran.b. Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda muridc. Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

    7.11.4 ICT sebagai alat pemudah Komunikasi

    ICT digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,

    menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini

    membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:

    Teks dan Grafik Audio dan Video Kombinasi pelbagai mod

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    22/23

    TZ10103

    U M S

    7.11.5 ICT sebagai alat komunikasi dalam P&P

    Terdapat empat teknik untuk komunikasi ICT :

    Teknik seorang sendirian Teknik seorang kepada seorang Teknik seorang kepada ramai Teknik ramai kepada ramai

    Komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar maklumat, budaya dan geografi

    bagi membolehkan mereka menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman

    mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda

    mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik. Secara tradisinya, hampir semua guru

    mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka

    sampaikan. Perbuatan murid bertanya atau bercakap sesama mereka dianggap mengganggu

    pembelajaran. Namun, teori pendidikan kini, menghendaki murid menguasai kemahiran

    komunikasi yang dilihat berupaya meningkatkan keyakinan murid.

    Kelebihan ICT sebagai alat pemudah komunikasi

    Boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melaluipeer group. Boleh melihat pakar dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.

  • 8/6/2019 Topik 7 Pengajaran Dan Pembelaran Di Sekolah

    23/23

    TZ10103

    U M S

    RUMUSAN

    Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah menjadi satu keutamaan bagi seorangguru mengambil kira beberapa perkara termasuklah matlamat pendidikan, kurikulum mata

    pelajaran yang diajar dan persekitaran. Seperti di negara kita matlamat pendidikan adalah

    berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan perkembangan individu

    yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Manakala kurikulum bagi satu-

    satu mata pelajaran pula di bekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab ke atas pengajaran masing-masing

    termasuklah merancang, mengajar dan menilai sendiri. Selain itu, guru juga harus memberi

    pertimbangan yang rapi mengenai persekitaran pembelajaran. Dalam pengajaran harian, sebagai

    guru hendaklah mengenal pasti isi pengajaran yang hendak disampaikan berdasarkan kurikulum

    dan sukatan pelajaran, kemudian memikirkan pendekatan, strategi, kaedah yang sesuai dan

    selaras dengan keperluan, minat dan kebolehan murid-murid. Guru yang berkesan tidak akan

    menggunakan amalan-amalan yang sama pada setiap sesi pelajaran, sebaliknya, guru tersebut

    akan senantiasa membuat refleksi terhadap pengajaran mereka, membuat pemerhatian untuk

    mengenal pasti kefahaman murid-murid seterusnya mengubahsuai amalan mengikut keperluan.

    Penerokaan Lanjutan

    1. Jelaskan elemen-elemen penting dalam pembelajaran Masteri dan bagaimana iadiaplikasikan dalam P&P seharian.

    2. Cuba anda fikirkan bagaimana penubuhan dan fungsi Pembelajaran AksesKendiri dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    3. Anda seorang guru Bahasa Melayu, sediakan satu persediaan mengajar denganmemilih mana-mana topik yang sesuai untuk mengajar melalui ICT

    FIKIR!