Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

18
PENGENALAN Pendidikan Bestari yang diperkenalkan pada tahun 1998 di sekolah-sekolah rintis seluruh negara merupakan pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh atau „systemically‰ dari segi proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dan pengurusan sekolah. Ia adalah untuk membantu murid menghadapi cabaran abad ke-21. Proses P & P merupakan teras atau „jantung‰ bagi sekolah bestari. Proses berkaitan kurikulum, pedagogi, penilaian serta penaksiran dan bahan P & P direka semula untuk membantu murid-murid supaya dapat belajar dengan cekap dan berkesan. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran capaian kendiri dan terarah kendiri mengikut kadar pembelajaran kendiri. Inilah tunjang utama Pedagogi Bestari yang diketengahkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendekatan yang digunakan dalam pengurusan Pembelajaran Bestari ini mampu merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang daripada segi roh dan jasmani. Ia adalah selaras dengan aspirasi teras ketiga Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006 hingga 2010) iaitu melahirkan modal insan berkualiti. T T o o p p i i k k 7 7 Pembelajaran Bestari Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan jenis-jenis pembelajaran bestari; 2. Menghubungkaitkan kecerdasan emosi dengan kecerdasan intelektual (IQ); dan 3. Menjelaskan elemen bestari ciri-ciri pelajar dalam pengurusan P & P. HASIL PEMBELAJARAN

description

nkn

Transcript of Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

Page 1: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� PENGENALAN

Pendidikan Bestari yang diperkenalkan pada tahun 1998 di sekolah-sekolah rintis seluruh negara merupakan pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh atau „systemically‰ dari segi proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dan pengurusan sekolah. Ia adalah untuk membantu murid menghadapi cabaran abad ke-21. Proses P & P merupakan teras atau „jantung‰ bagi sekolah bestari. Proses berkaitan kurikulum, pedagogi, penilaian serta penaksiran dan bahan P & P direka semula untuk membantu murid-murid supaya dapat belajar dengan cekap dan berkesan. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran capaian kendiri dan terarah kendiri mengikut kadar pembelajaran kendiri. Inilah tunjang utama Pedagogi Bestari yang diketengahkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendekatan yang digunakan dalam pengurusan Pembelajaran Bestari ini mampu merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang daripada segi roh dan jasmani. Ia adalah selaras dengan aspirasi teras ketiga Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006 hingga 2010) iaitu melahirkan modal insan berkualiti.

TTooppiikk

77 � Pembelajaran

Bestari

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan jenis-jenis pembelajaran bestari;

2. Menghubungkaitkan kecerdasan emosi dengan kecerdasan intelektual (IQ); dan

3. Menjelaskan elemen bestari ciri-ciri pelajar dalam pengurusan P & P.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

123

JENIS PEMBELAJARAN

Untuk pengetahuan anda, terdapat enam jenis pendekatan pembelajaran bestari. Pendekatan yang digunakan dalam pengurusan pembelajaran bestari ialah: (a) Pembelajaran berpusatkan murid;

(b) Pembelajaran berpusatkan individu;

(c) Pembelajaran berdaya fikir atau berfikrah;

(d) Pembelajaran berbantukan teknologi;

(e) Pembelajaran berasaskan otak; dan

(f) Pembelajaran berasaskan projek. Dalam Topik 7 ini, kita akan membincangkan mengenai pembelajaran berpusatkan individu yang menekankan empat pendekatan seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 7.1. Jika anda masih ingat, tajuk ini pernah dibincangkan secara ringkas dalam Topik 4.

Rajah 7.1: Empat jenis pembelajaran berpusatkan individu

7.1

1. Masihkah anda ingat, apakah empat komponen P & P Bestari yang mesti diberi perhatian?

2. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan kurikulum bestari.

AKTIVITI 7.1

Page 3: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI

124

Dalam pembelajaran berpusatkan individu, keperluan, minat serta kebolehan murid secara individu diambil kira. Oleh itu, isi kandungan, pendekatan serta kadar kemampuan murid mesti diserasikan dan disepadukan serta diintegrasikan dengan keupayaan dan sifat-sifat keperibadian setiap individu murid. Secara umumnya, pembelajaran berpusatkan individu berkonsepkan penglibatan aktif murid-murid dalam P & P. Berdasarkan konsep ini, keperluan, minat serta kemampuan murid perlu diberikan perhatian sebelum sesuatu cara P & P dihasilkan. Berikut ialah prinsip-prinsip pembelajaran berpusatkan individu: (a) Memberi ruang kepada murid memanfaatkan pengetahuan sedia ada

dengan cara baharu;

(b) Pembelajaran dilaksanakan secara berstruktur agar murid dapat membuat pemerhatian dengan teliti dan mengumpul maklumat secara aktif;

(c) Mewujudkan peluang dan ruang untuk membuat refleksi dan komunikasi;

(d) Menyediakan peluang untuk memberi maklum balas;

(e) Murid berpeluang membuat keputusan sendiri dan mengambil risiko serta menerima kesilapan sebagai satu cabaran untuk memperbaiki diri; dan

(f) Memberi kebenaran kepada murid mengumpul maklum balas dan menilai pembelajaran.

Secara berkumpulan, lakukan kaji selidik mengenai pembelajaran berpusatkan murid.

(a) Bincangkan peranan guru dan murid dalam pembelajaran berpusatkan murid.

(b) Nyatakan juga prinsip-prinsip pembelajaran berpusatkan murid.

(c) Jelaskan perbezaan antara pembelajaran berpusatkan murid dengan pembelajaran berpusatkan guru.

(d) Rancang aktiviti pembelajaran berdasarkan jenis pembelajaran berpusatkan murid.

AKTIVITI 7.2

Page 4: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

125

7.1.1 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri ialah pembelajaran yang membantu murid mencapai atau menguasai hasil pembelajaran melalui kualiti P & P. Dengan kata lain, dipercayai bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar. Ringkasnya, pembelajaran masteri ialah pembelajaran di mana murid berupaya mencapai objektif pembelajaran jika diberi situasi yang sesuai dan memberangsangkan dan masa yang mencukupi. Terdapat tiga elemen yang perlu diambil berat dalam pembelajaran masteri, iaitu: (a) Strategi Pembelajaran Masteri

Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran masteri ditentukan oleh masa yang mencukupi bagi murid menguasai pembelajarannya dan pengajaran yang berkualiti. Oleh itu, guru mestilah mempunyai strategi yang bersesuaian dalam proses P & P masteri ini. Strategi pembelajaran masteri dapat diringkaskan seperti berikut: (i) Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang murid;

(ii) Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran;

(iii) Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran;

(iv) Aras masteri bagi setiap hasil pembelajaran ditetapkan pada aras 80%;

(v) Proses P & P bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan P & P yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu;

(vi) Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid;

(vii) Menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid; dan

(viii) Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.

Page 5: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI

126

(b) Peranan Guru dalam Pembelajaran Masteri Kecekapan dan keterampilan guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti P & P akan memastikan kejayaan pelaksanaan pembelajaran masteri di dalam kelas. Antara peranan guru dalam pembelajaran masteri adalah seperti dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Peranan Guru dalam Pembelajaran Masteri

Peranan Guru PPenjelasan

Guru sebagai tenaga pengajar

� Guru harus menyedari bahawa semua muridnya mampu belajar dan memberi peluang yang mencukupi kepada murid untuk menguasai hasil pembelajaran.

� Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar serta fasilitator sesuai dengan strategi yang digunakan. Contohnya, jika guru mengajar secara kelas, guru lebih berperanan sebagai pemimpin atau pengajar. Jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau murid memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat, maka peranan guru lebih kepada sebagai fasilitator.

� Guru merancang dan mengenal pasti hasil pembelajaran setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai.

� Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan sesuai dengan hasil pembelajaran. Contohnya, daripada yang mudah kepada yang sukar dan memastikan perkara-perkara asas diajar di peringkat awal.

� Guru memilih, mengubah suai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti serta bahan untuk aktiviti P & P, aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi murid menguasai hasil pembelajaran.

Guru sebagai pengurus

pembelajaran

� Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari.

� Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya.

� Guru membekalkan murid dengan bahan P & P yang sesuai.

� Guru melaksanakan P & P mengikut kadar yang sesuai untuk setiap murid.

� Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian murid.

� Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu.

� Guru memberi ganjaran melalui pujian dan galakan kepada murid yang memperoleh peningkatan dalam pembelajaran.

� Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan minat dan semangat murid untuk terus belajar.

� Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sumber P & P yang sesuai dan menarik serta mencabar termasuk penggunaan multimedia, lembaran kerja, buku teks, majalah serta modul pembelajaran kendiri.

Page 6: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

127

Guru sebagai penilai

pembelajaran

� Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat analisis item ujian dan respons murid bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid-murid.

� Guru harus melihat penilaian formatif dan sumatif sebagai alat P & P. Maklum balas yang diterima daripada penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan untuk tujuan meningkatkan P & P dan motivasi murid untuk terus belajar.

� Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons murid.

� Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti murid yang telah menguasai hasil pembelajaran dan murid yang belum menguasainya.

� Guru menggalakkan murid yang telah menguasai hasil pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan sekelas atau ke unit pembelajaran seterusnya.

� Guru perlu mempertingkat pengetahuan dan kemahiran supaya lebih bersedia melaksanakan pendekatan pembelajaran masteri di sekolah.

(c) Peranan Murid dalam Pembelajaran Masteri

Oleh kerana pembelajaran masteri lebih memfokuskan kepada tanggungjawab murid, mereka perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan perlaksanaan pembelajaran masteri. Peranan murid dalam pembelajaran masteri adalah seperti berikut: (i) Murid perlu belajar dan bukan bertanding dengan rakan yang lain.

Ini disebabkan penguasaan hasil pembelajaran dinilai bagi setiap individu murid dan bukannya dibandingkan pencapaiannya dengan murid lain.

(ii) Murid mempunyai sifat berdikari. Oleh itu, mereka harus menguasai kemahiran berfikir dan belajar. Sifat berdikari ini membolehkan murid-murid menjalani pembelajaran kendiri khususnya bagi aktiviti pengayaan.

(iii) Murid mengetahui hasil pembelajaran yang perlu dikuasai. Ini membolehkan mereka memfokuskan pembelajaran ke arah penguasaan dan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diketahuinya itu.

(iv) Murid memaklumkan kepada guru jika masih belum menguasai dan memahami pembelajaran. Ini membolehkan guru merancang program pemulihan bagi murid tersebut.

Page 7: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI

128

(v) Murid haruslah bermotivasi, terarah kendiri serta tekun dalam menghadapi pembelajaran. Pembelajaran masteri memberi peluang kepada murid memperbaiki prestasi diri. Oleh itu, murid haruslah memiliki keyakinan diri, tidak putus asa, boleh mengubah suai cara berfikir serta bekerjasama dengan murid lain.

7.1.2 Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)

Pembelajaran kadar kendiri bermaksud murid diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka. Murid tidak tertakluk kepada kebolehan murid lain tetapi dibenarkan untuk maju bagi kemahiran atau tajuk baharu apabila seseorang murid itu telah menguasai sesuatu pelajaran. Murid diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan pembelajaran dan mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui penggunaan modul pembelajaran mengikut tahap kebolehan. Dengan kata lain, PKK ialah pembelajaran yang mendidik murid melalui penyerahan tanggungjawab supaya dapat mengawal kadar pembelajaran mereka secara berperingkat. Murid boleh beralih ke tahap yang lebih tinggi apabila telah menguasai kemahiran daripada topik tertentu. Guru juga akan menyediakan panduan belajar, tutorial dan penilaian. Pembelajaran ini boleh berlaku secara koperatif. Berikut ialah sstrategi guru bagi mencapai PKK: (a) Menyedia dan mengubah suai panduan belajar ke arah pencapaian objektif;

(b) Merancang P & P dan tutorial bagi memotivasikan murid;

(c) Merancang penilaian dan menilai murid secara berterusan;

1. Berikan maksud pembelajaran berpusatkan individu.

2. Jelaskan peranan guru dan murid dalam pembelajaran masteri.

SEMAK KENDIRI 7.1

Nyatakan contoh-contoh penglibatan murid dalam P & P Bahasa Melayu berdasarkan pembelajaran masteri.

AKTIVITI 7.3

Page 8: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

129

(d) Merancang dan menyediakan bahan sumber yang mengambil kira kepelbagaian murid dari segi minat, kebolehan serta kecerdasan; dan

(e) Menggubal item ujian diagnostik untuk mengesan kesukaran pembelajaran murid.

Kaedah PKK boleh ditingkatkan melalui kemahiran-kemahiran yang dapat dilihat dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Kemahiran-kemahiran yang dapat diintegrasikan untuk meningkatkan PKK

Page 9: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI

130

Murid diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui: (a) Modul dan pakej pembelajaran;

(b) Penggunaan program iaitu pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka „Programmed Instruction‰;

(c) „Keller Plan‰ iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk murid mengesan kemajuan pembelajaran;

(d) Audio-tutorial; dan

(e) Pembelajaran dengan menggunakan bantuan.

7.1.3 Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

Pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Murid mengakses maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, media elektronik, komputer, bahan interaktif, Internet serta „networking‰. Murid juga belajar secara bebas tanpa kawalan secara langsung daripada guru. Bahan-bahan sesuai dengan pembelajaran akan disediakan dan dikategorikan mengikut kemahiran dan keupayaan murid. Bahan-bahan ini akan ditempatkan di pusat akses kendiri di dalam bilik darjah atau di Pusat Sumber Sekolah. Bahan-bahan akses kendiri yang dibina ini mesti mempunyai objektif, penerangan (cara menggunakan modul yang mesra murid), latihan serta sarana atau cadangan jawapan. Dalam konteks ini, murid boleh memilih bahan yang ingin dipelajari dan menilai pencapaian sendiri melalui saranan jawapan yang disediakan.

Jelaskan strategi guru dalam pembelajaran kadar kendiri (PKK).

SEMAK KENDIRI 7.2

Page 10: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

131

Ringkasnya PAK ialah: (a) Pembelajaran yang berlaku tanpa pengawasan secara langsung daripada

guru;

(b) Murid disediakan dengan bahan sumber yang sesuai dengan topik dan hasil pembelajaran tertentu; dan

(c) Bahan pembelajaran akan ditempatkan di dalam bilik akses kendiri. Komponen-komponen utama PAK ialah: (a) Pelbagai jenis bahan;

(b) Pelbagai jenis aktiviti;

(c) Maklum balas segera;

(d) Fasilitator pilihan; dan

(e) Suasana pembelajaran yang kondusif. Peranan guru dalam PAK pula ialah: (a) Membantu murid mengenal pasti keperluan pembelajaran mereka;

(b) Menyediakan bahan-bahan pembelajaran;

(c) Memastikan bahan-bahan pembelajaran dalam keadaan tersusun kemas;

(d) Melatih murid untuk belajar atas daya usaha dan inisiatif mereka sendiri;

(e) Mengurus proses pembelajaran akses kendiri;

(f) Menyediakan bimbingan dan penerangan; dan

(g) Membantu proses pembelajaran.

Berikut ialah peranan murid dalam PAK: (a) Memutuskan atau mengenal pasti apa yang hendak diketahui;

(b) Mencari atau menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan;

(c) Melaksanakan tugasan yang diberi;

(d) Membuat penilaian terhadap tugasan yang dilaksanakan; dan

(e) Memurnikan dan membetulkan hasil kerja sendiri.

Page 11: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI

132

Sekarang, mari kita lihat strategi guru untuk mencapai PAK. Iaitu: (a) Merancang dan memilih topik yang sesuai;

(b) Merancang objektif pengajaran pembelajaran;

(c) Merancang dan menyediakan bahan akses dan memastikan bahan sedia ada boleh digunakan;

(d) Memastikan hasil pembelajaran murid tercapai; dan

(e) Kawal selia dan memantau pusat akses kendiri. Ringkasnya, seorang guru boleh menggalakkan berlakunya pembelajaran individu melalui PAK dengan cara menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus yang dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri. Murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan serta gaya pembelajaran mereka. Pentaksiran kendiri disediakan supaya murid dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka.

7.1.4 Pembelajaran Terarah Kendiri

Pembelajaran terarah kendiri ialah usaha seseorang individu untuk memperbaiki dirinya. Objektif utama pembelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan pembelajaran sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Jenis pembelajaran ini lebih menekankan sikap daripada teknik-teknik atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain yang lebih menekankan perkaitan aktiviti-aktiviti pembelajaran murid, guru dan interaksi mereka. Murid menentukan sendiri kemahiran dan pengetahuan yang ingin diterokai dan objektif sama ada secara persendirian atau dengan rakan tanpa terikat dengan kurikulum yang terhad. Murid mengenal pasti sendiri sumber pembelajaran, mengguna strategi belajar yang berkesan serta memantau pencapaian pembelajaran. Di samping itu, murid juga menangani masalah pengurusan masa dan tekanan yang dihadapi secara berkesan dan bijaksana.

1. Berikan maksud Pembelajaran Akses Kendiri (PAK).

2. Senaraikan komponen utama dalam Pembelajaran Akses Kendiri (PAK).

SEMAK KENDIRI 7.3

Page 12: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

133

Seterusnya, murid dapat membuat refleksi proses dan hasil pembelajaran dan mendokumentasikannya dalam bentuk yang dipilih, sama ada „softcopy‰ cakera (CD) atau „hardcopy‰ bercetak. Dalam konteks ini, murid berautonomi dan boleh mengawal pembelajaran kendiri, manakala, guru hanya membuat pemantauan.

Ringkasnya PTK ialah:

(a) Pembelajaran yang mendidik murid menjadi pelajar yang berdikari. Matlamat utamanya adalah untuk membantu murid meningkatkan proses pembelajaran terarah kendiri; dan

(b) Murid menentukan apa yang seharusnya dilakukan, menentukan matlamat, jadual pembelajaran, mengurus dan melaksanakan mod pembelajaran dan menilai hasil pembelajaran kendiri.

Rajah 7.3 menunjukkan strategi guru untuk mencapai PTK.

Rajah 7.3: Tiga peringkat dalam strategi untuk mencapai PTK

Page 13: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI

134

Ringkasnya, seorang guru boleh menggalakkan berlakunya pembelajaran individu melalui PTK dengan cara membimbing murid untuk menentukan sendiri tujuan dan isi kandungan pembelajaran, memastikan murid menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran, mengadakan inferens, perbincangan serta berbincang mengenai pembelajaran murid.

CIRI-CIRI PELAJAR

Elemen bestari ciri-ciri pelajar dalam pengurusan P & P merangkumi tiga unsur utama, iaitu gaya pembelajaran yang terdiri daripada model-model pembelajaran, kecerdasan pelbagai yang berkaitan dengan keupayaan dan kemampuan akan manusia serta kecerdasan emosi. Diharap anda masih ingat bahawa unsur pertama yang berkaitan dengan gaya pembelajaran yang terdiri daripada Model Pembelajaran VAK dan Dunn & Dunn telah dibincangkan dalam Topik 2. Manakala, unsur kedua ciri pelajar iaitu kecerdasan pelbagai pula telah dibincang dalam Topik 4. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan mengenai unsur ketiga ciri pelajar, iaitu kecerdasan emosi.

7.2.1 Kecerdasan Emosi

Daniel Goleman (1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual atau intellligent quotient (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi atau emotional quotient (EQ). Kecerdasan emosi meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan seseorang individu termasuklah aspek kesihatan dan sosial. Mengikut Goleman, kecerdasan emosi ialah situasi apabila aspek kerohanian perlu diberi keutamaan dalam kehidupan seperti yang ditegaskan oleh Ary Ginanjar Agustian dalam bukunya ESQ iaitu Emotional Spiritual Quotient. Goleman mengkategorikan kecekapan emosi kepada dua, iaitu kecekapan personal dan kecekapan sosial seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 7.4. Topik ini akan membincangkan kedua-dua aspek kecerdasan emosi tersebut yang merupakan komponen elemen bestari ciri-ciri pelajar.

7.2

Terangkan strategi guru untuk mencapai Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK).

SEMAK KENDIRI 7.4

Page 14: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

135

Rajah 7.4: Kategori dalam kecekapan emosi

Mari kita lihat setiap kategori dengan lebih lanjut. (a) Kecekapan Personal Kecekapan personal merangkumi tiga unsur utama, iaitu:

(i) Kesedaran Kendiri (Self-Awareness) Terdapat tiga jenis kesedaran kendiri seperti yang dalam dilihat

dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Tiga Jenis Kesedaran Kendiri

Jenis IIndividu yang memiliki kecekapan ini...

Kesedaran emosi kendiri (mengenali emosi dan kesannya)

� Sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya.

� Sedar akan kaitan antara perasaan dengan pemikiran, perlakuan dan pertuturan.

� Sedar bagaimana perasaan mempengaruhi prestasi.

� Mempunyai kesedaran tentang nilai dan matlamat.

Ketepatan taksiran kendiri (mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri)

� Bersifat reflektif, iaitu belajar daripada pengalaman.

� Terbuka kepada maklum balas, jujur, perspektif baru, pembelajaran berterusan.

� Berupaya menunjukkan unsur kepekaan dan perspektif sendiri.

Keyakinan kendiri (mempunyai keyakinan dan keupayaan diri)

� Sedar akan keyakinan dan keterampilan diri.

� Berani menyuarakan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan sesuatu yang betul.

� Berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan tekanan.

Page 15: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI

136

(ii) Pengurusan Kawalan Kendiri Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat melalui:

� Kawalan diri iaitu menguruskan emosi yang tidak stabil tertekan dengan desakan.

� Kebolehpercayaan iaitu mengekalkan piawai kejujuran dan ketulusan serta keikhlasan hati.

� Kesungguhan iaitu menunaikan tanggungjawab dalam mencapai prestasi diri.

� Penyesuaian diri iaitu keanjalan dalam menangani perubahan dan cabaran.

� Inovasi iaitu kebolehan menjana idea-idea bernas dan maklumat terkini serta kreatif.

(iii) Motivasi

Motivasi boleh dilihat melalui:

� Dorongan pencapaian, iaitu kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.

� Komitmen iaitu berusaha mencapai sasaran organisasi, iaitu sekolah atau pasukan.

� Inisiatif iaitu kesediaan untuk bertindak dan mencari peluang.

� Optimis iaitu mempunyai kesabaran dalam mencapai matlamat dan menempuhi halangan dan kekecewaan dengan tenang. Dengan kata lain, orang yang optimis mempunyai daya tahan, daya saing dan daya juang yang tinggi.

(b) Kecekapan Sosial

Kecekapan sosial ini pula menentukan bagaimana seseorang mengendalikan hubungan dengan orang lain. Kecekapan sosial merangkumi dua unsur, iaitu:

(i) Empati

Empati boleh dilihat melalui:

� Memahami orang lain iaitu menyedari perasaan dan perspektif orang lain serta berminat pada apa yang dilakukan oleh orang lain.

Page 16: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

137

� Membangunkan orang lain iaitu menyedari keperluan pembangunan orang lain. Dalam konteks ini, rakan-rakan dan murid-murid serta menyokong kebolehan mereka.

� Berorientasikan orang lain iaitu mengenali, menyertai dan memenuhi keperluan pelanggan, iaitu murid-murid.

� Kepelbagaian peluang iaitu menjaga peluang-peluang melalui individu yang berlainan.

(ii) Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial boleh dilihat melalui:

� Pengaruh iaitu kebolehan menggunakan teknik-teknik memujuk yang berkesan atau dengan kata lain mempunyai daya pujuk yang tinggi.

� Komunikasi iaitu kebolehan mendengar dengan terbuka serta menghantar mesej yang meyakinkan.

� Pengurusan konflik iaitu kebolehan berunding dan menyelesaikan pergaduhan serta mengelakkan persengketaan.

� Kepimpinan iaitu kebolehan memberi inspirasi atau semangat dan panduan kepada individu dan kumpulan.

� Pemangkin perubahan iaitu kebolehan memulakan dan menguruskan perubahan.

� Membina ikatan atau silaturrahim iaitu kebolehan membina hubungan yang baik, sejahtera dan harmoni.

Kesimpulannya, elemen bestari ciri-ciri pelajar dalam pengurusan P & P merangkumi tiga unsur utama, iaitu gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai serta kecerdasan emosi. Guru harus bijak membuat perancangan P & P supaya elemen-elemen ini dapat disepadukan dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan di dalam bilik darjah.

1. Berikan maksud kecerdasan emosi (EQ).

2. Jelaskan kepentingan kecerdasan emosi kemahiran sosial dalam kehidupan seseorang individu.

SEMAK KENDIRI 7.5

Page 17: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

� TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI

138

� Terdapat enam jenis pendekatan pembelajaran bestari, iaitu pendekatan berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan individu, pembelajaran berdaya fikir atau berfikrah, pembelajaran berbantukan teknologi, pembelajaran berasaskan otak serta pembelajaran berasaskan projek.

� Pembelajaran berpusatkan individu terbahagi kepada empat jenis, iaitu pembelajaran masteri (PM), pembelajaran kadar kendiri (PKK), pembelajaran akses kendiri (PAK) serta pembelajaran terarah kendiri (PTK).

� PKK, PAK serta PTK merupakan tunjang P & P Bestari untuk meningkatkan pencapaian murid yang holistik dan melahirkan modal insan.

� PAK memfokuskan kepada pusat akses kendiri. Bahan pembelajaran ditempatkan di dalam bilik akses kendiri.

� Kecerdasan emosi (EQ) memberi penekanan terhadap aspek kerohanian. EQ penting dalam kehidupan seseorang individu. EQ terbahagi kepada dua, iaitu kecekapan personal dan kecekapan sosial.

� Kecekapan personal terbahagi kepada tiga unsur, iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri serta motivasi.

Elemen bestari

Kecekapan personal

Kecerdasan emosi dan spiritual atau emotional spiritual quotient (ESQ)

Kesedaran kendiri

Pembelajaran akses kendiri (PAK)

Pembelajaran berpusatkan individu

Pembelajaran kadar kendiri (PKK)

Pembelajaran masteri (PM)

Pembelajaran terarah kendiri (PTK)

Page 18: Topik 7 Pembelajaran Bestari-libre

TOPIK 7 PEMBELAJARAN BESTARI �

139

Ary Ginanjar Agustian. Pengantar, Kh. Habib Adnan. (2002). Rahsia sukses

membangun kecerdasan emosi dan spiritual. Arga: Indonesia.

Jensen, E. (2000). Brain-based learning: The new science of teaching & training. San Diego, United States of America.

Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors.

Nik Aziz Nik Pa. (1999). Potensi intelek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pembelajaran akses kendiri. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010 Edisi Pelancaran (2006), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Salhah Abdullah. (2005). Guru sebagai fasilitator. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Shahabuddin Hashim., Dr. Rohizani., & Mohd. Zohir bin Ahmad. (2003). Pedagogi, strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors.

The Malaysian Smart Shool: An MSC flagship application. A conceptual blueprint. (1997). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.