TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN -...

9
REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA yang hendak dibuat dan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakannya. Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada perancangan pengajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980). Sedutan di atas menggambarkan betapa pentingnya seseorang pengajar itu membuat perancangan yang lengkap kerana dengan cara ini sahaja barulah terserlah kecemerlangan pengajar tersebut. Bukan itu sahaja, perancangan yang lengkap juga mengelakkan pengajar melakukan kesilapan. Menurut Hunter (1987), mengajar perkara-perkara yang tidak berguna secara baik atau mengajar perkara-perkara yang penting secara buruk, merupakan kesilapan dalam pendidikan. Dengan ini jelaslah bahawa pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran (RP) adalah sangat penting untuk dikuasai. Dalam topik ini, kita akan membincangkan secara ringkas konsep reka bentuk pengajaran dan kegunaannya kepada pengajar. Sebuah model RP, iaitu ASSURE akan dipaparkan secara mendalam agar ia dapat memberi panduan kepada pengajar dalam merancang pengajaran mereka. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep reka bentuk pengajaran; 2. menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran; dan 3. menghuraikan model ASSURE serta dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran.

Transcript of TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN -...

Page 1: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARAN

20 OUM

TOPIK 2

TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

PENGENALAN

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat mencapaikompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujurdan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA yang hendak dibuatdan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakannya. Daya penarik,pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakanpengganti kepada perancangan pengajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980).

Sedutan di atas menggambarkan betapa pentingnya seseorang pengajar itu membuatperancangan yang lengkap kerana dengan cara ini sahaja barulah terserlah kecemerlanganpengajar tersebut. Bukan itu sahaja, perancangan yang lengkap juga mengelakkan pengajarmelakukan kesilapan. Menurut Hunter (1987), mengajar perkara-perkara yang tidak bergunasecara baik atau mengajar perkara-perkara yang penting secara buruk, merupakan kesilapandalam pendidikan. Dengan ini jelaslah bahawa pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran(RP) adalah sangat penting untuk dikuasai.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan secara ringkas konsep reka bentuk pengajarandan kegunaannya kepada pengajar. Sebuah model RP, iaitu ASSURE akan dipaparkan secaramendalam agar ia dapat memberi panduan kepada pengajar dalam merancang pengajaranmereka.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep reka bentuk pengajaran;

2. menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran; dan

3. menghuraikan model ASSURE serta dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran.

Page 2: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARANTOPIK 2

OUM 21

Nyatakan Objektif

Analisis Pelajar

Pilih Kaedah, Media dan Bahan

Libatkan Pelajar

Gunakan Media dan Bahan

Nilai dan Semak

Menilai Kaedah dan Media

TOPIK 2:REKA BENTUK PENGAJARAN

Konsep Reka Bentuk Pengajaran

Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran

Model ASSURE

PETA MINDA TOPIK

2.1 KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

RP ini telah wujud lebih 40 tahun yang lalu dan pada mulanya ia digunakan untuk membangunkanpelbagai jenis bahan pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputerdan pengajaran melalui televisyen. Pada masa ini terdapat lebih 40 model RP.

Apakah itu RP? Menurut Dick dan Reiser (1989), RP ialah suatu proses sistematik untukmereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey (1986), pulamendefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinciuntuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh

Page 3: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARAN

22 OUM

TOPIK 2

memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatumata pelajaran. Pada pendapatnya, RP itu mencakupi seluruh proses pengajaran, iaitu merekabentuk, membina, meliputi dan menguruskan pembelajaran.

Justeru, walaupun terdapat banyak model RP, tetapi keseluruhannya mengandungi enamperkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu:

(a) menentukan keperluan pelajar;

(b) menentukan matlamat dan objektif;

(c) membina prosedur penilaian;

(d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;

(e) mencuba sistem pengajaran; dan

(f) menilai keseluruhan sistem.

Namun, adalah salah sekiranya kita melihat RP sebagai bertujuan untuk merancang satu-satu pelajaran sahaja. Terdapat RP yang berskala besar dan kecil. Gustafon (1991), telahmembahagikan model-model itu kepada tiga tumpuan iaitu:

• model berorientasikan bilik darjah;

• model berorientasikan produk; dan

• model berorientasikan sistem.

Model RP berorientasikan bilik darjah merupakan model RP berskala kecil yang tertumpukepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Contoh model RP jenis ini ialah modelASSURE dan Dick dan Reiser (1987).

Menurut Yusuf Hashim (1998), model RP yang berorientasikan bilik darjah tidakmenggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja.Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlahbahan pengajaran yang tersedia masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlumenyediakannya sendiri.

Model yang berorientasikan produk dan sistem pula melibatkan pembinaan bahan untukjangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besarseperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh. Contoh model berorientasikanproduk adalah seperti Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan contoh modelberorientasikan sistem ialah Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan modelSeels dan Glasgow (1998).

Bandingkan konsep reka bentuk pengajaran berdasarkan Dick dan Reiser(1989) dengan Richey (1986).

Latihan 2.1

Apakah enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaranpada hari ini?

Page 4: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARANTOPIK 2

OUM 23

2.2 KEGUNAAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama RP adalah untukmenghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaranyang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yangdiharapkan. Pengajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar.

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu mewujudkan keyakinan,kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantupembinaan disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannyadengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak kelam-kabut.

2.3 MODEL ASSURE

Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakanpanduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumisatu skop RP yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar.

Model ini telah mengalami perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002. Dalam modulini, perbincangan adalah berasaskan model ASSURE yang terbaru.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

2.3.1 Analisis Pelajar

Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri.

Bagi ciri pelajar, tidak dinafikan kesukarannya untuk menganalisis semua ciri pelajar yangada, namun 3 perkara penting mungkin dapat dilakukan, iaitu:

• ciri-ciri umum;

• kompetensi khusus peringkat masuk (specific entry competencies); dan

• stail pembelajaran.

Cuba anda fikirkan apakah tujuan reka bentuk pengajaran?

A – Analyse learner (Analisis pelajar)S – State objective (Nyatakan objektif)S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)

A – Analyse learner (Analisis pelajar)S – State objective (Nyatakan objektif)S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar)E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Page 5: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARAN

24 OUM

TOPIK 2

(a) Ciri-ciri umum merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakangsosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar dapatmenjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahuiciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secaralangsung. Melalui interaksi ini, dapat diketahui harapan, sikap dan latar belakangmereka.

(b) Kompetensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan kemahiransedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehidaripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak bolehdiperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran pelajar. Misalnya,dengan mengandaikan pelajar telah memahami sistem matrik, maka guru terus mengajarcara menukar sistem British ke matrik. Andainya ada pelajar yang tidak memahami lagisistem matrik, sudah pasti mereka gagal mengikuti pelajaran itu. Tegasnya, guru tidakharus mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran sediaada yang sama.

(c) Stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkanbagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas denganpersekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketikamereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media. Dunn dan Dunn (1992), telahmembina satu instrumen piawai mengukur stail pembelajaran dan persekitaranpembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Ia adalah antara instrumen yang terbaikdan digunakan secara meluas di sekolah. Guru-guru yang merancang programpembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjayameningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar.

2.3.2 Nyatakan Objektif

Dalam bahagian ini, objektif akan disentuh secara ringkas. Harus diingati bahawa objektifpembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar, cuma ia merupakan tahapyang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaranyang dijalankan.

Seperkara lagi, apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru keranapembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan. Ini bermakna, objektifharus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untukdipelajari.

2.3.3 Pilih Kaedah, Media dan Bahan

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini:

• menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran;

• memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan

• memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

Page 6: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARANTOPIK 2

OUM 25

(a) Memilih KaedahAgak tidak munasabah untuk mengandaikan hanya satu kaedah untuk digunakan dalamsatu pengajaran kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukanbeberapa kaedah yang berbeza. Mungkin untuk membuka minat pelajar, set induksidimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan dan latihtubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulansasaran atau pelajar. Justeru, pemilihan kaedah perlu berteraskan aspek ini.

(b) Memilih MediaPemilihan media dilihat dari dua aspek. Pertama, memilih media yang telah tersediadan kedua memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya.Bagi pemilihan format atau bentuk media, huraian lanjut diberikan dalam dalam Topik 3.Dalam topik yang sama juga konsep media akan diperincikan.

Di sini, pemilihan media pengajaran yang tersedia akan diberikan tumpuan. Pemilihanini berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu:

• sepadan dengan kurikulum;

• maklumat tepat dan terkini;

• bahasa yang jelas dan tepat;

• menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;

• menggalakkan penglibatan pelajar;

• mempunyai teknikal kualiti yang baik;

• terdapat bukti keberkesanannya;

• bebas daripada bias; dan

• mempunyai buku panduan yang lengkap.

Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan(Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan), agensikerajaan, agensi swasta dan sebagainya.

(c) Mereka Bentuk MediaAndainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kitamengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Terdapat 7 perkarayang perlu diambilkira:(i) objektif;(ii) pelajar;(iii) kos;(iv) kepakaran teknikal;(v) peralatan;(vi) fasiliti; dan(vii) masa.

Page 7: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARAN

26 OUM

TOPIK 2

2.3.4 Gunakan Media dan Bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal kerana,walau secanggih atau secantik manapun media yang dihasilkan, jika ia gagal digunakandengan baik, ia akan memberi kesan yang amat negatif kepada pembelajaran. Terdapatlima langkah bagi penggunaan media yang baik:

(i) pribiu bahan;

(ii) sediakan bahan;

(iii) sediakan persekitaran;

(iv) sediakan pelajar; dan

(v) sediakan pengalaman pembelajaran.

2.3.5 Libatkan Pelajar

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalamaktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dansebagainya. Kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajarmemberi tindak balas yang betul.

2.3.6 Nilai dan Semak

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusanpenilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun,keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang prosespengajaran; iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisispelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan.Media juga perlu dinilai sebelum digunakan. Maka, penilaian diumpamakan sebagai cara untukmenuju ke garis penamat daripada garis penamat itu sendiri.

Penilaian melibatkan aspek:

• menilai pencapaian pelajar;

• pembelajaran yang dihasilkan;

• menilai media dan kaedah;

• kualiti media;

• penggunaan guru; dan

• penggunaan murid.

Page 8: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARANTOPIK 2

OUM 27

Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga:

• prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria;• prestasi pelajar dalam aspek kemahiran; dan• sikap pelajar.

Rujukan kriteria bermaksud penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telahditentukan.

2.3.7 Menilai Kaedah dan Media

Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapatciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini, seperti berikut:• Adakah media berkesan?• Bolehkah ia dipertingkatkan?• Adakah ia berguna?• Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?• Adakah ia mencetuskan minat pelajar?• Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Selain senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan garis panduanketika menilai media, iaitu:

• amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar;• menyokong pemikiran tinggi (Sokratik);• memperkembang kemahiran berfikir;• menyampai kandungan secara mendalam;• meransang naluri ingin tahu pelajar;• pelajar dapat melibatkan diri secara aktif;• memboleh penerokaan isu secara mendalam;• menghubungkait bidang pelajaran; dan• meningkat nilai murni.

Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap mediadan kaedah juga boleh dilakukan melalui:• perbincangan dengan kelas;• temubual dengan setiap individu; dan• pemerhatian.

Semua penilaian yang disebutkan di atas melibatkan 2 peringkat iaitu:• Penilaian Formatif.• Penilaian Sumatif.

Page 9: TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN - …alpai.wikispaces.com/file/view/Topik_2_Reka_Bentuk_Pengajaran.pdf · REKA BENTUK PENGAJARAN 20 OUM TOPIK 2 TOPIK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN

REKA BENTUK PENGAJARAN

28 OUM

TOPIK 2

RUMUSAN

Topik ini telah membincangkan tentang konsep reka bentuk pengajaran serta memperkenalkanmodel ASSURE sebagai sebuah model RP yang sesuai untuk digunakan dalam situasipengajaran di bilik darjah yang memerlukan penggunaan media. Beberapa aspek sepertipenulisan objektif, kaedah dan penilaian diterangkan secara ringkas kerana perkara ini akandibincangkan dengan lebih lanjut seterusnya.

GLOSARI

Model ASSURE – Model ini bertujuan menyediakan panduan merancang danmengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaanmedia.

Reka Bentuk Pengajaran – Reka bentuk pengajaran adalah sains yang menciptaspesifikasi pengajaran dengan terperinci untukpembangunan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatukeadaan yang boleh memudahkan pengajaran.

UJIAN 1

Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk pengajaran? Huraikan dua parkara asasyang boleh dikaitkan dengan proses pengajaran.

UJIAN 2

Huraikan secara ringkas model ASSURE dan senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil.

Latihan 2.2

Sediakan rancangan pengajaran berdasarkan model ASSURE.