Tirani bab 2

11
TIRANI BAB 2 : DAYANG MUDA

Transcript of Tirani bab 2

Page 1: Tirani bab 2

TIRANI BAB 2 : DAYANG MUDA

Page 2: Tirani bab 2

SINOPSIS

Ketika Waheeda di dalam pejabat, Fatimah

mendekatinya sambal matanya melekat pada

bahan bacaan.

Waheeda menerangkan produk Penjagaan Kulit : Bunga Rampai Setanggi yang dihadirinya kepada

Fatimah.

Waheeda memberitahu Fatimah perjumpaan yang dia hadiri semalam lebih

kepada program kesedaran dan memberi penekanan terhadap pembangunan rohani dan fizikal wanita terutama yang berada di

perkampungan

Tiba – tiba Waheeda mendapat panggilan daripada Datuk Yasser yang menyatakan ada pelancong yang akan datang ke Tajau Emas.

Pemilihan Tajau Emas sebagai destinasi

pelancongan dalam senarai Syarikat

Bahterangkut milik Datuk Yasser amat

menggembirakan Waheeda.

Page 3: Tirani bab 2

Banyak persiapan yang perlu dibuat oleh para

pekerja kerana pelancong dari Eropah akan datang dalam masa 3 hari lagi.

Waheeda mengimbau kembali apabila ayahnya,

Fadhil sibuk menceritakan pekara penting mengenai

Sarawak kepada pelancong.

Waheeda dan Fatimah berbincang mengenai persiapan yang perlu

dibuat untuk para pelancong

memandangkan kedatangan cicit Raja

Putih diuar-uarkan oleh akhbar tempatan.

Waheeda mahukan yang terbaik untuk

pelancong istimewanya dari

Eropah itu.

Dalam kesibukan dan kejayaan Tajau Emas,

Waheeda masih memikirkan berkenaan niatnya untuk membuat

pembedahan plastik

Waheeda hendak ke negara jiran untuk

membuat pembedahan plastic tetapi dia

memerlukan kebenaran ibunya.

Page 4: Tirani bab 2

Pada malam itu, Fadhil dan Raidah berbincang tentang

anaknya, Waheeda yang berniat untuk membuat

pembedahan plastik bagi hidungnya.

Keesokan harinya, Kamri menjerit apabila terlihat Monyet Belanda masuk

ke penginapan Tajau Emas.

Fatimah dan Waheeda yang menganggap Kamri

hanya bergurau tidak menghiraukannya dan

meneruskan kerja mereka di dalam rumah

penginapan itu.

Tiba-tiba, seekor monyet putih lebih besar dari kucing menaut pandangan mereka.

Mereka menjerit lalu monyet itu menerpa ke arah Waheeda.

Gigi monyet yang tajam itu

mencengkam hidung dan pipi

Waheeda. Waheeda tercedera.

Waheeda dikejarkan ke wad kecemasan dan pembedahan kecil

dijalankan. Kejadian itu mengundang parut

yang buruk pada hidung Waheeda. Lalu,

Waheeda berhajat untuk melakukan

pembedahan plastik.

Page 5: Tirani bab 2

Watak dan Perwatakan

1. Waheeda Nurlyana binti Fadhil• Anak kepada Fadhil dan Raidah

• Sepupu kepada Fatimah

• Graduan perhotelan dan pelancongan

Perwatakan :• Seorang yang berpendirian teguh

Contoh: Waheeda tetap mahu menjalan pembedahan plastik walaupun dia tahu mengubah ciptaan Tuhan itu adalah berdosa.

• Seorang yang berwawasan tinggi. Contoh: Peluang bekerjasama dengan Datuk Yasser tidak ditolak kerana

Waheeda tahu perkara tersebut pasti mendatangkan faedah walaupun itu adalah cabaran yang getir.

Page 6: Tirani bab 2

2. Fatimah• Sepupu Waheeda• Graduan akauntan cemerlang• Pembantu Waheeda di Tajau EmasPerwatakan :• Seorang yang ingin tahu

Contoh : Dia bertanyakan mengenai bengkel yang disertai oleh Waheeda serta produk Bunga Rampai Setanggi.

• Seorang yang bertanggungjawab dan boleh diharap. Contph : Waheeda berniat untuk menyerahkan perusahaan Tajau

Emas kepada Fatimah dan Encik Fadhil sementara Waheeda pergi membuat pembedahan plastik.

Page 7: Tirani bab 2

3. Fadhil• Ayah Waheeda• Membantu Waheeda dalam perusahaan Tajau Emas• Mahir tentang sejarah di kawasan sekitar Tajau EmasPerwatakan :• Seorang yang berpegang kuat pada ajaran Islam

Contoh : Dia melarang keras niat anaknya, Waheeda dalam melakukan pembedahan plastik kerana itu merupakan larangan Allah.

Page 8: Tirani bab 2

LATAR

Page 9: Tirani bab 2

Latar TempatWad Kecemasan

Waheeda dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di wad kecemasan apabila monyet putih menyerang dan mencederakan muka Waheeda dengan teruk.

Latar MasaWaktu Malam

Fadhil dan Raidah berbincang mengenai hasrat anaknya, Waheeda yang ingin melakukan pembedahan plastik pada wajahnya terutama hidungnya yang pesek.

Latar MasyarakatMasyarakat yang berusaha memajukan perusahaan rumah penginapan ( Tajau Emas ).

Waheeda serta keluarga dan sanak-saudaranya berusaha dalam memajukan Tajau Emas sebagai pilihan utama pelancong yang hadir.

Page 10: Tirani bab 2

NILAI DAN PENGAJARAN

Page 11: Tirani bab 2

Mentaati Perintah AgamaKita mestilah mentaati perintah agama agar hidup diredhai dan diberkati Allah S.W.T.Contoh : Fadhil tetap membantah niat Waheeda dalam melakukan pembedahan plastik yang mengubah ciptaan Allah S.W.T tetapi akhirnya bersetuju apabila wajah Waheeda rosak akibat drai serangan monyet putih.

BekerjasamaKita haruslah bekerjasama dalam meningkatkan taraf hidup sendiri demi masa depan yang lebih cerah.Contoh : Waheeda sanggup bekerjasama dengan Datuk Yasser dalam menjadi tuan rumah bagi beberapa lawatan bersama syarikat yang besar meskipun mengetahui cabaran yang terpaksa dilalui adalah besar.

RajinKita hendaklah rajin menyertai program-program motivasi yang baik untuk diri sendiri.Contoh : Waheeda rajin menyertai program yang dianjurkan oleh produk penjagaan kulit Bunga Rampai Setanggi yang berkisarkan program kesedaran dan penekanan terhadap rohani dan fizikal wanita terutama di kampung.