Teks pengacara (moderator) pmb

6
Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis ; Bismillahirohmanirrohim Yang Berusaha, En. Mohammad Yusri bin Hj Dahrumi, Pen. Peg Pelajaran daerah, Unit Akademik. Yang Berusaha, Pegawai2 dari Pejabat Pelajaranan Daerah Kuala Langat. Yang Berusaha, AJK Pelaksana Program Kecemerlangan Pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) 2011. Yang Dihormati Guru-guru Pengiring Yang Dihormati ahli panel yang diundang dari SMKB. SMK TPG dan SMK Telok Datok Yang Dikasih Yang Bestari dan Yang Cemerlang, Semua Pelajar KRK dan KAA Daerah Kuala Langat. Assalamualikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia. Alhamdulillah, Syukur Ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA maka kita ditemukan untuk berkampung di dalam dewan yang tersergam indah ini bagi menyempurnakan

Transcript of Teks pengacara (moderator) pmb

Page 1: Teks pengacara (moderator) pmb

Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis ;

Bismillahirohmanirrohim

Yang Berusaha,En. Mohammad Yusri bin Hj Dahrumi, Pen. Peg Pelajaran daerah, Unit Akademik.

Yang Berusaha,Pegawai2 dari Pejabat Pelajaranan Daerah Kuala Langat.

Yang Berusaha,AJK Pelaksana Program Kecemerlangan Pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) 2011.

Yang Dihormati Guru-guru Pengiring

Yang Dihormati ahli panel yang diundang dari SMKB. SMK TPG dan SMK Telok Datok

Yang Dikasih Yang Bestari dan Yang Cemerlang, Semua Pelajar KRK dan KAA Daerah Kuala Langat.

Assalamualikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, Syukur Ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA maka kita ditemukan untuk berkampung di dalam dewan yang tersergam indah ini bagi menyempurnakan Pelancaran Kecemerlangan Pelajar KRK dan KAA Tingkatan 3 Daerah Kuala Langat 201,

Saya secara peribadinya, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan Slot Perkongsian Minda Bestari (PMB) 2011.

Page 2: Teks pengacara (moderator) pmb

Sebelum saya menjemput ahli panel untuk memulakan langkah dan mengatur bicara. Saya mohon agar semua hadirin mengeluarkan pen dan nota supaya dapat dibuat catatan tentang perkongsian minda kita pada pagi ini…………………………….. terima kasih.

Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan Slot Perkongsian Minda Bestari ini :

Saya akan menjalankan slot ini dalam tiga bahagian ‘

Bahgian 1 – sesi perkenalan oleh ketiga-tiga ahli panel. Bahagian kedua- Pembentangan modul kerja oleh ketiga-tiga ahli panel. Slot 3 saya akan buka majlis ini untuk sesi soal jawab – peserta bolehlah

bertanya sama ada secara terus atau secara bertulis kepada ketiga-tiga ahli panel ini.

Pelajar-pelajar yang dihormati Sekalian;

Tak Kenal Maka Tak CintaTak Didayung Perahu Masakan Sampai Di seberangTak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunyaTak diperkenalkan tetamu, sudah tentu jiwa tertanya-tanya

Sukacita saya ingin memperkenalkan 3 orang tetamu yang diundang khas, bagi melontarkan buah fikiran dan juga berkongsi idea untuk sama-sama kita menyelusuri jalan kejayaan dalam peperiksaan.

Tetamu yang berada di tengah ialah Saudara _______________________________,Disebelah Kiri ialah ________________________ dan disebelah kanan ialah ________________________________

Berikan satu tepukan untuk tetamu ataupun ahli panel kita pada hari ini…… Terima kasih.

Memulakan Perkongsian Minda Bestari, saya beri masa selama 2 minit kepada setiap ahli panel untuk memberikan salam perkenalan ; dalam salam perkenalan ini, nyatakan nama penuh, cita-cita, keputusan peperiksaan dan ganjaran yang diperolehi setelah menjadi orang yang Berjaya. Dipersilakan ;

1. Saudara Chong Chung Ming (SMK Banting) ……… terima kasih.

2. Saudara Nurul Syahirah bt Saharuddin (SMK TPG)……. Terima kasih

3. Saudara Norlaili bt Asnawar (SMK Telok Datok) …….terima kasih.

Page 3: Teks pengacara (moderator) pmb

Yang di atas cemerlang dan terbilangYang Di bawah bakal cemerlang dan terbilangTernyata dewan ini dpenuhi oleh cendiakawan yang hebatKehebatan dan kematangan itu adalah satu anugerah yang sangat bernilai

Hadirian warga Dewan,

Untuk tidak membuang masa, saya mempersilakan saudara Chong Chu Ming untuk menyampaikan Perkongsian Imu dengan tajuk Pengurusan Masa.

Terima kasih kepada Saudara Chong Chu Ming …….semoga apa yang diperkatakan itu dapat dijadikan ikutan, dijadikan panduan oleh semua pelajar.

Seterusnya saya mempersilakan Saudari Nurul Syahirah binti Saharuddin untuk berkongsi idea dan memberikan petua-petua bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang.

Terima kasih kepada saudari Nurul Syahirah…..banyak petua yang diperturunkan antaranya ialah …. terpulanglah kepada anda….tepuk dada, tanya hati, tanya rasa…..

Remaja hari ini banyak terdedah dengan perkara-perkara negative, jika tiada kekuatan diri, tiada jati diri..kita akan hanyut dan tenggelam dalam arus pemodenan. Bagimana untuk memantapkan jiwa, memperkasakankan minda dan mengukuhkan emosi dan rohani, sila persilakan saudari Norlaili Asnawar untuk memperkatakan tentang Remaja dan Cabaran… dipersilakan.

Terima kasih…..terima kasih dan terima kasih…..inilah yang dikatakan pohon rendang yang lebat dengan buahnya…banyak ilmu yang ditaburkan, terpulanglah kepada anda sama ada untuk mengutip dan menyimpannya atau membiarkan ilmu itu bertebaran dan hilang dalam lipatan minda anda.

Page 4: Teks pengacara (moderator) pmb

Hadirin warga dewan yang dihormati ;

Saya percaya ramai di antara peserta yang tidak sabar-sabar untuk bertanya atau ingin memberikan pandangan atas tajuk-tajuk yang diperkatakan oleh ahli panel kita tadi….untuk itu, saya buka majlis ini untuk sesi soal jawab……sila gunakan pembesar suara yang ada di bawah. Sebelum bertanya, nyatakan nama dan dari sekolah mana…dipersilakan

Untuk soalan pertama…biarlah saya yang bertanya….saya tujukan kepada …..

1) Apakah kepentingan ilmu atau mengapa kita perlu cemerlang ?2) Adakah kecemerlangan itu semula jadi atau anda perlu berusaha untuk jadi

cemerlang?3) Adakah anda mengikuti kelas tuisyen selain daripada pembelajaran di dalam

bilik darjah?4) Adakah anda aktif dalam kegiatan kokurikulum? Apa pasukan yang anda

anggotai dan sampai tahap mana pencapaian anda?5) Siapakah tulang belakang disebalik kejayaan dan kecemerlangan anda?6) Bagaimana anda belajar..bersendirian atau berkumpulan?

Hadirin yang budiman,

Nampaknya sampai di sini sahaja dapat kita bersama dalam slot Perkongsian Minda Bestari. Saya bagi pihak penganjur khususnya PPD Kuala Langat ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada 3 orang ahli panel yang telah merungkai dan mengupas secara jelas bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua

Sebelum berundur, saya memohon ribuan kemaafan jika sepanjang saya mengendalika slot ini, terdapat tuturkata dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan. Sesungguhnya segala kelemahan itu adalah atas kealpaan saya dan segala kebaikkan itu adalah dari Allah.

Saya sudahi dengan kalam mulia…Wabbilahi Taufik Walhidayah

Assalamualaikum warahmatullahi Wabaraktuh.

Saya serahkan kembali majlis kepada Pengerusi Majlis.