Tatacara Pengumpulan Data Kajian

5
3.5 Tatacara Pengumpulan Data Kajian Dalam kajian ini, data dikumpul melalui alat kajian yang digunapakai sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Bagi mengenalpasti tahap minat dan motivasi pelajar terhadap penggunaan video ini, borang soal selidik diberikan kepada sampel kajian selepas proses pembelajaran menggunakan video selesai. Tahap penguasaan dan pengetahuan sedia ada sampel dapat diukur melalui Ujian Pra yang dijalankan kepada semua murid sebelum pembelajaran dan pengajaran kajian berlaku. Tahap pencapaian pembelajaran menggunakan video dapat dinilai melalui Ujian Pasca yang dijalankan sejurus selepas tamat proses pembelajaran. Tempoh kajian dibahagikan kepada enam fasa iaitu: Fasa I (Minggu ke-1) Pelajar diterangkan tujuan kajian. Kerjasama dari pelajar amat diperlukan disepanjang kajian berlangsung. Dalam fasa ini juga ujian pra iaitu ujian Y1,Y2,Y3 dan Y4 dijalankan kepada pelajar. Kesemua ujian ini diberikan pada minggu pertama. Ujian-ujian ini dijalankan pada ketika pelajar sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula dalam topik pendaraban.

description

tatacara

Transcript of Tatacara Pengumpulan Data Kajian

Page 1: Tatacara Pengumpulan Data Kajian

3.5 Tatacara Pengumpulan Data Kajian

Dalam kajian ini, data dikumpul melalui alat kajian yang digunapakai sebelum dan

selepas kajian ini dijalankan. Bagi mengenalpasti tahap minat dan motivasi pelajar

terhadap penggunaan video ini, borang soal selidik diberikan kepada sampel kajian

selepas proses pembelajaran menggunakan video selesai. Tahap penguasaan dan

pengetahuan sedia ada sampel dapat diukur melalui Ujian Pra yang dijalankan

kepada semua murid sebelum pembelajaran dan pengajaran kajian berlaku. Tahap

pencapaian pembelajaran menggunakan video dapat dinilai melalui Ujian Pasca yang

dijalankan sejurus selepas tamat proses pembelajaran. Tempoh kajian dibahagikan

kepada enam fasa iaitu:

Fasa I (Minggu ke-1) – Pelajar diterangkan tujuan kajian. Kerjasama dari pelajar

amat diperlukan disepanjang kajian berlangsung. Dalam fasa ini juga ujian pra iaitu

ujian Y1,Y2,Y3 dan Y4 dijalankan kepada pelajar. Kesemua ujian ini diberikan pada

minggu pertama. Ujian-ujian ini dijalankan pada ketika pelajar sebelum pengajaran

dan pembelajaran bermula dalam topik pendaraban.

Fasa II (Minggu ke-2) – Dalam fasa ini, berlaku pengajaran dan pembelajaran

menggunakan video. Pelajar telah memberikan kerja sama yang baik seperti

menjawab kesemua soalan yang diberikan. Ujian pasca (Y5) diberikan selepas

pengajaran dan pembelajaran berakhir dalam minggu tersebut.

Fasa III (Minggu ke-3)- Dalam fasa ini, pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti

di fasa ke 2. Pelajar telah memberikan kerja sama yang baik seperti menjawab

Page 2: Tatacara Pengumpulan Data Kajian

kesemua soalan yang diberikan. Ujian pasca (Y6) diberikan selepas pengajaran dan

pembelajaran berakhir dalam minggu tersebut.

Fasa IV (Minggu ke-4)- Dalam fasa ini, pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti

di fasa ke 2. Pelajar telah memberikan kerja sama yang baik seperti menjawab

kesemua soalan yang diberikan. Ujian pasca (Y7) diberikan selepas pengajaran dan

pembelajaran berakhir dalam minggu tersebut.

Fasa V (Minggu ke-5)- Dalam fasa ini, pengajaran dan pembelajaran berlaku seperti

di fasa ke 2. Pelajar telah memberikan kerja sama yang baik seperti menjawab

kesemua soalan yang diberikan. Ujian pasca (Y8) diberikan selepas pengajaran dan

pembelajaran berakhir dalam minggu tersebut.

Fasa VI (Minggu ke-6) – Dalam fasa ini, borang soal selidik tentang tahap minat dan

motivasi pelajar menggunakan video dalam pembelajaran topik pendaraban

dijalankan kepada semua pelajar.

3.6 Tatacara Penganalisisan Data Kajian

Analisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kelapan-lapan ujian

iaitu ujian pra dan ujian pos. 100 markah ialah skor bagi setiap ujian dan skor-skor

yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian murid iaitu cemerlang,

baik, memuaskan, mencapai tahap minimum dan belum mencapai tahap minimum

seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.3 seperti di bawah:

Page 3: Tatacara Pengumpulan Data Kajian

Jadual 3.3

Julat dan gred Sekolah Rendah 2016 (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2016)

Markah (%) Gred Takrifan Gred

80% – 100% A Cemerlang

65% – 79% B Baik

50% – 64% C Memuaskan

40% – 49% D Mencapai Tahp Minimum

0% – 39% E Belum Mencapai Tahap Minimum

00% TH Tidak Hadir

Setelah data dikumpulkan dalam sesuatu kajian, data yang diperoleh perlu dianalisis

untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi melakukan tindakan susulan

sekiranya perlu. Berdasarkan data yang akan dikumpul oleh pengkaji setelah

mengendalikan instrumen kajian mengikut perancangan, pengkaji akan menganalisis

data tersebut mengikut kesesuaian yang tertentu seperti menentukan jenis analisis

statistik yang sesuai sama ada menggunakan statistik deskriptif atau statistik

inferential atau kedua-duanya untuk menganalisis jenis data kajian yang telah

dikumpulkan.

Reka bentuk kajian kualitatif yang digunakan oleh pengkaji seperti Ujian Sikap

Terhadap Mata pelajaran Sains dan Soal Selidik Tentang Keberkesanan Belajar

Berbantukan Komputer (Power Point) boleh dianalisis dengan menggunakan statistik

inferential iaitu untuk membantu pengkaji mendapatkan perkara-perkara yang

menyebabkan kemerosotan murid dalam mata pelajaran Sains dan membantu

Page 4: Tatacara Pengumpulan Data Kajian

pengkaji untuk melihat akan keberkesanan penggunaan power point dalam

pembelajaran Sains bagi topik Fasa-fasa Bulan.

Selain itu, pengkaji juga menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif seperti Ujian

Pra dan Ujian Pos. Data daripada kedua-dua ujian ini boleh dianalisis dalam bentuk

statistik deskriptif iaitu dapat membantu pengkaji bagi menjelaskan ciri-ciri berkaitan

sampel seperti bilangan sampel yang dapat menguasai topic Fasa-fasa Bulan sebelum

dan selepas aktiviti pembelajaran berbantukan komputer dan pengajaran secara

tradisional tersebut. Dengan memilih statistic deskriptif ini, pengkaji boleh

menggunakan statistik kekerapan, peratus, min atau sisihan piawai bagi mendapatkan

ketepatan kajian tentang sampel. Berdasarkan statistik-statistik tersebut, pengkaji

boleh memilih untuk memudahkan dapat sama ada dalam bentuk graf palang, carta

bar dan sebagainya.

Akhir sekali, secara ringkasnya pengkaji menganalisis data kualitatif dan data

kuantitatif yang diperoleh dengan menggunakan langkah-langkah seperti pengkaji

akan menyediakan dan menyusun data yang diperoleh untuk dianalisis. Kemudian,

pengkaji perlu menghurai dan membina tema daripada data tersebut serta

melaporkan dapatan kajian yang telah diperoleh. Seterusnya pengkaji akan mentafsir

dapatan kajian dan akhir sekali, pengkaji akan mengesahkan ketepatan dan

kebolehpercayaan dapatan kajian tersebut dalam bentuk laporan yang jelas dan

mudah untuk difahami.