TARIAN NGAJAT

11
MZU3117 Muzik Malaysia TAJUK 6 Muzik Bentuk Tarian Utama – Tarian Ngajat Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Tarian Ngajat. Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2) 2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6) 3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) 4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2) Kerangka Tajuk Ini Rajah 1: Kerangka Tarian Ngajat 23 Alat-alat Ensembel Konteks (Tarian Kaum Iban) Tarian Ngajat

Transcript of TARIAN NGAJAT

Page 1: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

TAJUK 6 Muzik Bentuk Tarian Utama – Tarian Ngajat

SinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Tarian Ngajat.

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)

2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)

3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)

4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)

Kerangka Tajuk Ini

Rajah 1: Kerangka Tarian Ngajat

23

Alat-alat EnsembelKonteks (Tarian Kaum Iban)

Tarian Ngajat

Page 2: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

6.1 Pengenalan

Terdapat pelbagai jenis tarian dalam masyarakat di Malaysia. Tarian di

anggap sebagai satu cara penzahiran emosi dan nilai estetik kesenian dalam

masyarakat termasuk dalam kalangan etnik di Sarawak. Tarian-tarian yang

dilakukan biasanya melibatkan pergerakan tertentu khususnya berkaitan alam

semulajadi. Tarian ngajat merupakan tarian tradisional kaum asal di Sarawak iaitu

kaum Iban, Kenyah, Kayan dan Kajang.

6.2 Konteks (Tarian Kaum Iban)

Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak,

tarian ngajat ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. 

Tarian ngajat bagi orang-orang Iban juga ialah tarian semasa menyambut Hari

Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada

suatu waktu dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara

yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. 

Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari

berperang.

Tarian ngajat (perang) yang juga dikenali sebagai ngajat lasan dalam

kalangan kaum Iban biasanya ditarikan oleh seorang penari lelaki. Tarian Ngajat

terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:

1. Ngajat Induk 2. Ngajat Bebunoh 3. Ngajat Lesong 4. Ngajat Semain 5. Ngajat Berayah 6. Ngajat “Ngemai antu pala”

Pada kebiasaannya penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat',

'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu

burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat

daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

24

Page 3: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke

bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan

adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah

dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk

ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan

kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh

dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Gambar 1: Penari lelaki memegang perisai dan pedang semasa persembahan

Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi

seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan

bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang

diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan

kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula,

mereka memakai pakaian tradisi mereka.

25

Page 4: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

Gambar 2: Pakaian penari lelaki dan perempuan semasa persembahan

Pada masa ini persembahan tarian tradisional sudah

diperkembangkan dan dikomersiakan untuk tujuan memperkukuhkan sektor

pelancongan dan memperkasakan budaya. 

Anda dikehendaki mencari bahan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat berkaitan tarian ngajat.

6.3 Alat-alat Ensembel Engkerumong

Di negeri Sarawak, ensembel gong besar biasanya mengandungi

beberapa buah gong gangsa daripada pelbagai jenis dan juga gong kecil

diperbuat daripada tembaga. Tarian-tarian ngajat biasanya diiringi oleh

ensemble tertentu misalnya ensembel engkerumong digunakan untuk

mengiringi tarian ngajat kaum Iban. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti

gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkerumong dan sape, iaitu

alat bertali seperti gitar. Tarian ngajat lasan (penari solo) pula diiringi oleh

ensembel dua buah alat sape atau dua buah sape dan satu jatung utang.

26

Page 5: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

6.2.1 Sape

Alat sape merupakan alat lut yang dipetik dan mempunyai badan yang agak

panjang (lebih kurang 1 meter lebih) dan leher yang pendek. Alat sape ini diletak

seolah mendatar dan tali-tali dipetik dengan jari. Biasanya tiga atau empat tali

logam dipasangkan dari hujung badan ke pemulas tiunan (otah) yang terletak di

hujung leher. Beberapa fret (kiep) terdapat di bawah tali untuk mentiunkan alat ini.

Alat sape ini diletak secara yang hampir mendaftar dan tali-tali dipetik dengan jari

pemain. Beberapa utas tali digunakan untuk memainkan bahagian ostinato atau

dron manakala melodi tertentu dimainkan pada tali lain. Sape telah diakui alat

yang agak sukar memainkan dengan baik dari segi teknik dan juga improvisasi

melodi.

Gambar 3: Sape lama Gambar 4: Sape moden

Jika sape dimainkan sebagai ensembel , maka satu alat menghasilkan

melodi manakala satu lagi memainkan bahagian dronn atau ostinato. Jika seorang

pemain sape sahaja yang membuat persembahan, beliau akan memainkan kedua-

dua bahagian iaitu dron dan melodi.

27

Page 6: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

6.2.2 Engkerumong

Alat engkerumong diklasifikasikan sebagai alat idifon. Ia merupakan satu set

terdiri daripada beberapa buah gong yang dipukul. Alat engkerumung ini juga

dikenali sebagai gong-chime dalam istilah muzikologi yang terdiri daripada 5

hingga 8 buah gong kecil berbusut. Ia diletak dalam satu barisan di atas sebuah

kotak kayu secara mendatar. Ia dimainkan secara dipukul dengan sepasang kayu

lembut.

Ensembel engkerumong menghasilkan irama dan melodi yang utama

sementera gendang dan gong-gong besar menguatkan irama itu. Ia menghasilkan

muzik tertentu bagi perisitiwa tertentu seperti pesta gaawai atau bagi majlis

perkahwinan.

Gambar Rajah 1: Alat Muzik Engkerumong

28

Page 7: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

6.2.3 Tawak

Tawak dan Bandai dalam ensembel engkerumong terdiri daripada

dua jenis gong besar yang berbusut. Kedua-dua gong ini digantung secara

menegak dan dipukul oleh dua orang pemain dengan pemukul tertentu.

Alat tawak merupakan gong gangsa yang besar dengan rim yang luas

dan dinding yang agak tebal. Ia juga Gong yang dinamakan bandai

mempunyai rim yang tidak lebar dan saiz yang sederhana kalau

dibandingkan dengan tawak.

Gambar Rajah 2: Alat Muzik Tawak

6.2.4 Bebendai

Kaum Kajang juga menamakan bebendai yang merupakan alat gong

kecil sebagai selegai. Walaubagaimana pun bebendai juga dikenali sebagai

Bandil atau Bandai oleh kaum Sarawak yang lain.

29

Page 8: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

Gong ini bersaiz sederhana di mana ukuran lebar rimnya adalah lebih

kurang 6 hingga 10 sentimeter dengan garis pusatnya berukurannya sepanjang

40 hingga 50 sentimeter.

Bebendai mempunyai satu busut sahaja dan biasanya digantung

pada bumbung rumah panjang dengan seutas tali tebal. Cara memainkan alat ini

adalah dengan cara memukul pada rim atau busutnya dengan pemukul yang

diperbuat daripada kayu.

Gambar Rajah 3: Alat Muzik Bebendai

6.2.5 Ketebong

Ketebong pula merupakan merupakan salah satu alat muzik yang digunakan

dalam ensembel engkerumong. Ketebong mempunyai baluh drum atau badan

yang panjang dengan salah satu mukanya berkulit. Ketebong seperti gendang-

gendang yang lain dimainkan secara dipukul dengan tapak tangan.

30

Page 9: TARIAN NGAJAT

MZU3117 Muzik Malaysia

Gambar Rajah 4: Alat Muzik Ketebong

Bincangkan dalam kumpulan secara OLL

Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.

RUJUKAN

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.

31