stress 1

16
1)Refleksi Gangguan Emosi Murid Pengenalan Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen iaitu yang pertama perasaan dalaman tertentu yang dialami dan dirasai secara subjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci. Kedua, corak rangsangan fisiologi yang termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas. Ketiga, corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) yang merupakan komponen ini merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut. Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi

description

STRESS

Transcript of stress 1

Page 1: stress 1

1)Refleksi Gangguan Emosi Murid

Pengenalan

Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golongan benda hidup yang

mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Perasaan atau emosi ini mempunyai tiga

komponen iaitu yang pertama perasaan dalaman tertentu yang dialami dan dirasai secara

subjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci. Kedua, corak rangsangan fisiologi

yang termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan

emosi seperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut

berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas. Ketiga, corak penonjolan perasaan

secara terbuka (overt) yang merupakan komponen ini merangkumi gerak geri badan dan

perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan

bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih

atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut.

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih

perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud

kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan

dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. 

Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka

menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yang

berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh

faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi.  Secara

ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh

seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.  Gangguan emosi ini

Page 2: stress 1

akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi

adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami

gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

Jenis- Jenis Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Gangguan Emosi boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu gangguan emosi ringan,

gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Pertama, gangguan peringkat

ringan biasanya tidak terlalu ketara ciri-cirinya . Mungkin dengan emosi yang ringan yang

ada pada setiap murid dapat masih dapat mengawal dirinya sendiri. Akan tetapi jika diteliti

lebih jauh lagi, biasanya pertumbuhan emosinya tidak sesuai dengan tahap yang

seharusnya di alami oleh seorang murid. Contohnya, Pada peringkat sekolah rendah,

seharusnya seorang murid dapat meminjamkan barang kepada kepada. Namun terdapat

juga murid yang menjadi marah apabila barangnya dipinjam oleh kawan.

Diperingkat sederhana pula, gangguan emosi ini agak lebih ketara dibandingkan dengan

gangguan emosi yang ringan. Seperti boleh marah, takut atau pun sedih yang seharusnya

menjadi perkara normal kepada murid. Contohnya guru menyuruh murid untuk pergi ke

Page 3: stress 1

tandas. Tujuannya untuk membuang air secara sendirian. Namun murid menolak dengan

alasan takut pergi ke tandas sendirian. Penolakan murid sangat kuat sehingga dia boleh

menjadi menangis, atau marah kepada gurunya dan mungkin hingga tidak tertahan dan

membuang air di dalam kelas.

Gangguan emosi tingkat berat ini biasanya kelihatan ketara kerana kelakuan murid terlihat

janggal dan tidak seperti tingkah laku biasanya. Ketika murid sedang marah, anak itu akan

mengamuk, menjerit bahkan ada yang menyakiti dirinya sendiri.

Melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap murid tersebut guru mendapati pelajar

tersebut berada pada tahap gangguan emosi sederhana. Gangguan emosi pada tahap

sederhana boleh menyebabkan  seseorang murid itu tidak maju didalam pelajarannya

kerana takut untuk mencuba sesuatu yang baru serta menerokai bidang pelajaran yang

akan dipelajari. Oleh sebab itu juga murid tersebut tidak menumpukan perhatiannya

terhadap pelajaran kerana trdapat gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala,

sering khayal dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Selain itu,

sekiranya gangguan emosi murid ini tidak diatasi dengan baik boleh menyebabkan

berlakunya gangguan emosi pada tahap yang berat dan tidak dapat dikawal tingkah lakunya

dari kebiasaan yang menunjukkan pemberontakkan dalam diri murid. Walau bagaimanapun

guru sentiasa mengambil perhatian terhadap murid ini supaya tidak menjadi lebih teruk

dengan meneliti dan memahami punca-punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam

diri murid supaya langkah penyelesaian dapat diambil untuk membantu murid.

Perasaan atau emosi merupakan salah satu tunjang yang penting dalam kehidupan setiap

insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah yang mampu

memberikan kesan- kesan negatif kepada seseorang individu. Di antara kesan negatif itu

ialah merudumnya motivasi dalam melakukan sesuatu perkara atau tugas, suka

memencilkan diri, rasa rendah diri, sensitif atau mudah mentafsir sesuatu itu adalah salah,

dan yang paling kritikal jika berlanjutan gangguan emosi ini akan menjadi sindrom yang lebih

serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. Gangguan emosi bukan hanya belaku di

kalangan orang dewasa dan golongan remaja, malah kanak- kanak atau pelajar juga

mengalaminya. 

Sebagai seorang guru yang telah 10 tahun berkhidmat di sekolah sememangnya masalah

gangguan emosi di kalangan murid bukanlah satu pengalaman yang baru bagi saya. Setiap

hari berhadapan dengan murid-murid saya dapat mengenalpasti beberapa gangguan emosi

di kalangan mereka.

Page 4: stress 1

aAntara jenis-jenis gangguan emosi yang berlaku kepada murid-murid saya ialah :

Malu bertanya.

Di dalam kelas saya pengajaran subjek Matematik , terdapat murid yang sukar bertanya

kepada saya atau rakan sekelas walaupun menghadapi masalah pemahaman terhadapat

topik pengajaran yang disampaikan. Hal demikian kerana rasa ragu mungkin hal yang

disoalnya kelak mendapat ejekan dari rakan- rakannya atau bimbang saya akan

memarahinya apabila menyoal soalan . Murid ini suka memendamkan hasrat ingin tahu

kerana sifat malu yang sukar dibendungnya, kesannya dia akan mengalami kesukaran

memahami dan mengikuti satu- satu aktiviti atau topik yang disampaikan oleh guru.Mereka

hanya senyum dan tidak bertanya apa –apa walaupun di soal berkali –kali oleh saya.

Suka mengasingkan diri

Kadang- kadang dalam sesebuah kelas guru mendapati ada pelajar yang lebih suka duduk

berasingan dengan rakan- rakan walaupun kerusi dan meja diatur dalam bentuk kumpulan

yang mungkin terdiri daripada empat atau enam orang atau mengikut keperluan jenis aktiviti

pembelajaran. Jika duduk bersama ahli kumpulan murid ini sukar memberi kerjasama

kepada ahli kumpulannya, sama ada dalam bentuk buah fikiran atau tenaga. Di luar kelas

murid yang suka mengasingkan diri akan menjauhkan diri dari kumpulan rakan- rakannya.

Di kantin makan bersendirian, sepas makan murid yang lain akan berkumpul beramai- ramai

bermain atau berbual- bual dia pula mengelakkan diri dari kumpulan tersebut. Kerana sikap

itu rakan- rakan juga menjauhinya.Bagi empat orang murid ini mereka mengasingkan diri

dan idak banyak bergaul dengan rakan yang lain. Mereka seolah –oleh tidak berminat untuk

bercampur dengan rakan yang lain. Saya memerhati gerak geri mereka walaupun sudah

hamper setahun berada di Tahun 1 mereka masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan

guru dan rakan yang lain.

Mudah Tersinggung dan Pemarah

Lazimnya guru akan menegur murid yang berkelakuan tidak betul. Misalnya mengganggu

rakan ketika belajar, atau tanpa sebab yang tidak berasas. Ada murid bila ditegur akan

cepat marah atau menangis tanpa disentuh atau dimarahi. Baginya setiap teguran yang

ditujukan kepadanya itu  adalah merupakan sesuatu hukuman yang sangat berat baginya

dan tidak boleh diterima. Ia juga merasakan teguran itu sebagai suatu tindakan yang amat

menyakitkan dan tidak boleh dilupakan malah  ia menganggap dirinya yang ditegur atau

dimarahi adalah orang yang tidak boleh dimaafkan lagi. Dan yang lebih parah lagi ada di

Page 5: stress 1

kalangan murid yang mengalami gangguan emosi jenis ini bertindak agresif dan mengambil

tindakan yang kadang-kadang membahayakan diri sendiri atau rakan-rakan yang lain. Bagi

murid ini, apa jua barang mereka tidak boleh di sentuh atau diusui oleh rakan lain.Mereka

mudah menangis walaupun hanya benda yang remeh sahaja.

Sedih

Perasaan sedih timbul mungkin kerana berlakunya masalah keluarga di rumah, ada

keinginannya yang tidak tercapai, rakan- rakan menjauhinya kerana tingkah lakunya, atau

kemiskinannya, atau pelbagai jenis gangguan yang menimbulkan kesedihan di hati murid.

Akibat rasa sedih, murid tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti

pembelajaran di sekolah. Kadangkala murid yang mengalami kesedihan menangis tanpa

sebab. Ini dapat dilihat kerana kepincangan di dalam keluarga memberi kesan kepada anak-

anak. Apabila di soal oleh guru murid akan menceritakan bahawa emosi itu bermula dari

rumah di mana mereka telah dimarah tanpa belas kasihan oleh ibubapa dan terbawa-bawa

sehingga di dalam kelas.Tumpuan mereka sewaktu pengajaran juga tidak berfokus.Oleh itu

adalah menjadi tugas guru yang merupakan ibubapa kedua murid untuk menenangkan

mereka dan cuba merawat kesedihan tersebut.

Malu

Murid pemalu biasanya jarang bercakap atau bertanya. Rasa malu berlaku mungkin kerana

pakaiannya yang lusuh berbanding rakan- rakan yang sentiasa berpakaian baru dan kemas.

Atau dia pernah melakukan sesuatu tindakan yang telah melanggar peraturan sekolah yang

menyebabkan dia menerima hukuman.Ada juga murid yang malu kerana apabila mereka

memberikan jawapan yang kurang tepat mereka akan ditertawakan oleh rakan yang lain dan

itu merupakan memori hitam mereka.Oleh itu saya cuba membentuk peribadi mereka

supaya membuang rasa malu dan cuba untuk memberi pendapat.

Suka Membuli

Kes buli berlaku di sekolah rendah dan menengah. Buli dilakukan secara kumpulan atau

individu, dan berlaku kepada sekumpulan atau seorang murid. Pembuli merasa satu

kepuasan apabila keinginan berjaya dilaksanakan tanpa memikirkan kesan negatifnya

kepada mangsa atau dirinya sendiri kelak.Sifat ini kadang dari sikap murid yang sangat suka

mengusik rakan sehingga ada rakan itu menangis.Usik seperti mengambil barang rakan lain

itu adalah perkara biasa sama ada sewaktu pengajaran sedang berlangsung.Kadang –

kadang pengajaran terpaksa dihentikan demi meleraikan perbalahan diantara murid –murid

ini.

Page 6: stress 1

Punca- Punca Gangguan Emosi

Mengiku Terri Mauro (2004), banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam

kalangan kanak – kanak. Namun begitu, antara faktor – faktor yang ketara ialah masalah

ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.

 Secara ringkasnya, bentuk- bentuk gangguan emosi di kalangan murid ialah;

Perbalahan keluarga

Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh

minat terhadap anak-anak, bercerai dan berpisah akan membawa punca gangguan

emosi kanak-kanak dan penyesuaian yang tidak stabil. Pengaruh keluarga faktor

utama penyebab punca keadaan tekanan emosi kanak-kanak atau murid.

FAKTOR KELUARGA KURANG MESRA

Pengaruh rakan sebaya

Rakan adalah  insan yang paling rapat bagi seorang individu di sekolah mahupun di

rumah. Rakan merupakan faktor yang sangat berpengaruh di dalam kehidupan

seseorang contoh dari segi pergaulan, percakapan dan sikap. Bila bergaduh terasa

dirinya sunyi kerana rakannya tidak mahu berkawan, bermain dan bersama

dengannya. Seseorang yang mengalami masalah ini mudah murung dan sedih

apabila dipulaukan. 

Page 7: stress 1

RAKAN SEBAYA

Tindakan guru.

Guru orang yang berpengaruh dalam perkembangan seorang  kanak-kanak. Sikap

seorang guru akan menyebabkan pelbagai bentuk dan perubahan emosi murid. Guru

garang, tidak bersikap adil, tidak ambil berat akan menimbulkan murid yang

bermasalah tingkah laku kerana murid lebih bebas untuk berkelakuan tidak sopan

sama ada dengan rakan mahupun guru mereka sendiri. 

SIKAP GURU HARUS ADIL DAN PENYAYANG

Persekitaran.

Gangguan emosi dalam kalangan murid yang berpunca daripada persekitaran 

yang tidak kondusif contoh masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh

mendatangkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Keadaan

sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas. Ini boleh menyebabkan

situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dalam pembelajaran yang diberikan.

Page 8: stress 1

KEADAAN KELAS MESTILAH KONDUSIF

Langkah- Langkah Menangani Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Dalam menangani masalah gangguan emosi di kalangan murid-murid terdapat banyak pihak

yang harus mengambil peranan mengatasi masalah ini agar murid-murid ini tidak terus

hanyut oleh gangguan emosi mereka. Hal ini penting terutamanya kerana kehidupan murid

pada masa kini adalah penentu kehidupan mereka di masa akan datang. Kita sebagai

seorang guru di sekolah adalah orang yang paling rapat dan menjadi pengganti peranan ibu

bapa apabila anak-anak ini berada di sekolah. Sudah sewajarnya juga kita tidak ingin murid

kita menjadi mangsa gangguan emosi mereka dan seboleh-bolehnya kita berusaha untuk

membimbing mereka ke jalan yang sepatutnya mereka jalani demi untuk masa depan

mereka. 

Peranan Guru

Sebagai seorang guru terutama guru kelas kita adalah orang yang paling rapat dengan

murid-murid kita.  Guru harus bijak menghadapi murid yang beremosi agar murid terus

bermotivasi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap hari berhadapan dengan

murid-murid tugas guru sepatutnya bukan sekadar menyampaikan ilmu atau pengajaran

akademik semata-mata malah kita mesti harus bijak mengesan perubahan sikap atau

kejanggalan perlakuan di kalangan murid-murid kita. Seorang guru juga harus menyedari

tentang gangguan emosi dan jenis tekanan emosi serta mengenalpasti punca- puncanya.

Sebagai langkah awal guru haruslah menggunakan modifikasi tingkah laku yang

bersesuaian dengan murid yang mengalami gangguan emosi ini. Pendekatan awal

termasuklah dengan cara memberikan peneguhan positif  kepada tingkah laku yang baik,

manakala dendaan diberikan kepada tingkah laku yang negatif. 

Page 9: stress 1

Semasa berdampingan dengan murid tersebut guru haruslah berusaha memberikan

pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan kecerdasan emosi dengan lebih

berkesan. 

Selain dari itu guru juga mestilah mempunyai kemahiran dalam mengawal kelas melalui

pendekatan peraturan. Demikian juga murid perlu diperjelaskan dengan peraturan -

peraturan yang telah disediakan oleh guru yang harus dipatuhi oleh semua murid tanpa

adanya amalan diskriminasi di kalangan mereka. Bagi murid-murid yang melakukan

kesalahan, mereka perlu diberi kesedaran mengenai kesalahan yang telah dilakukan dan

seterusnya diberi peluang untuk memperbaiki kesalahan tersebut.

Tugasan utama guru adalah mengajar. Namun bagi murid yang mengalami gangguan emosi

selalunya  juga menghadapi masalah dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh

guru. Ada kalanya murid-murid ini menghadapi tekanan akibat suasana bilik darjah yang

sesak dan tidak merangsang motivasi murid untuk menerima pembelajaran. Oleh itu adalah

perlu bagi seseorang guru berusaha menyediakan bilik kelas yang kondusif, menghidangkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

Peranan Ibu Bapa

Kerjasama daripada ibu bapa sangat penting bagi meningkatkan tahap emosi dan prestasi

akademik murid dari masa ke semasa. Seorang guru yang telah mengenalpasti masalah

gangguan emosi di kalangan murid-muridnya juga perlulah berhubung dengan ibu bapa

berkenaan terutamanya untuk mengenalpasti punca masalah gangguan emosi tersebut juga

untuk  menangani masalah murid tersebut. Sebagai ibu bapa murid, mereka seharusnya

memberikan kerjasama sepenuhnya kepada guru dengan memberikan maklumat yang

diperlukan oleh guru khas yang bersangkut- paut dengan anaknya. Guru pula menceritakan

atau melaporkan perihal perlakuan atau prestasi pembelajaran anak muridnya kepada ibu

bapa murid.

Peranan Guru Kaunseling

Langkah seterusnya bagi seorang guru haruslah merujuk masalah gangguan emosi di

kalangan murid-muridnya kepada guru bimbingan kaunseling kerana guru bimbingan dan

kaunseling ini telah dilatih dengan kemahiran untuk menangani masalah seumpama itu.

Biasanya dalam kes-kes yang melibatkan  murid yang menghadapi gangguan emosi sifat

kurang kemahiran sosial, guru bimbingan dan kaunseling mempunyai program khas bagi

Page 10: stress 1

membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku

dan meningkatkan konsep kendiri ditadbir yang secara profesional sesuai dengan usia

murid.

Demikian juga halnya bagi murid yang mengalami masalah psikologi mereka perlu

mendapat khidmat sokongan daripada guru kaunseling disampingbimbingan kerjaya supaya

dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif

Peranan Rakan Sebaya

Elemen-elemen yang berkaitan dengan persekitaran murid juga haruslah diberi perhatian

oleh seseorang guru dalam penyelesaian masalah gangguan emosi di kalangan murid. Ini

terutama mengambil kira perhubungan murid berkenaan dengan rakan-rakan sebaya yang

sekelas dengannya. Hal ini penting kerana kajian menunjukkan selain dari pengaruh ahli

keluarga, seorang kanak- kanak juga mudah dipengaruhi oleh tingkahlaku rakannya. Justeru

rakan memainkan peranan penting memberi dorongan dan perangsang terhadap sikap

positif rakan yang menghadapi konflik emosi. Oleh itu guru boleh meminta kerjasama dari

murid-murid yang lain untuk membantu rakan murid yang menghadapi gangguan emosi tadi.

Mengadakan seminar atau dialog bersama ibu bapa murid

Selain dari langkah-langkah di atas, guru boleh mencadangkan kepada pihak pentadbiran

sekolah untuk menganjurkan program berbentuk seminar atau dialog bersama ibu bapa

murid. Pihak sekolah boleh meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai penaja

atau penganjur bersama. Program tersebut boleh menyelesaikan masalah isu-isu yang

berkaitan dengan akademik atau kurikulum dan ko kurikulum, ia juga diharapkan dapat

menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan sosial khasnya disiplin murid.

Page 11: stress 1

Kesimpulan

 “Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mengawal lebih baik daripada merawat.

Masalah tekanan emosi di kalangan murid di sekolah rendah harus dibendung lebih awal

agar tidak terbawa sehingga ke sekolah menengah atau ke alam dewasa mereka. Kesihatan

mental dan emosi murid- murid amat penting dipelihara dan dijaga.

Fizikal dan mental yang sihat adalah produk yang terbaik untuk membina insan yang

gemilang dan sempurna hidupnya yang dimanifestasikannya dalam tingkahlaku sosialnya.

Membina rakyat yang harmonis fizikal dan mentalnya serta rohaninya harus digembeling

oleh semua pihak. Insan yang pintar, kental mentalnya, utuh pegangan agamanya sudah

Page 12: stress 1

pasti akan menjana sebuah negara yang berjaya dan harmonis pembangunan dan ekonomi,

keamanan dan kestabilan politiknya, dihormati dan dicontohi oleh masyarakat dunia.

Apapun tugas menangani masalah gangguan emosi di kalangan murid ini adalah menjadi

tanggungajwab semua pihak dan tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada guru

semata-mata. Amalan tuding menuding di kalangan pelbagai pihak yang saling

menyalahkan di antara satu sama lain seharusnya tidak lagi berlaku kerana amalan ini tidak

akan menyelesaikan masalah malah akan merugikan semua pihak.

Page 13: stress 1

RUJUKAN

Guru dan Cabaran Semasa. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2010) Oxford Fajar

Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

http://jiwakaca.blogspot.com/2014/01/gangguan-emosi-dalam-kalangan-murid.html

http://nadialia2012.blogspot.com/

http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203109_Guru%20dan%20Cabaran

%20Semasa/09_EDU3109_Guru%20Dan%20Cabaran%20Semasa/BAB

%203_TEKANAN%20EMOSI%20DALAM%20KALANGAN%20MURID.pdf

http://ekinmeah.blogspot.com/2012_08_01_archive.html