STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

60
DASAR SEKURITI MAKANAN SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI _____________________________________________________ TUJUAN Dasar Sekuriti Makanan bagi sektor pertanian dan industri asas tani ini digubal untuk memastikan sekuriti makanan adalah pada tahap yang mencukupi dalam memenuhi keperluan negara. LATAR BELAKANG 1. Peningkatan harga makanan di peringkat antarabangsa dan kekurangan bekalan telah menimbulkan cabaran dalam menjamin bekalan makanan negara mencukupi. Keadaan ini berlaku disebabkan antara lain oleh perkara-perkara berikut: (i) terdapat kekurangan bekalan makanan di peringkat antarabangsa disebabkan oleh perubahan iklim dan bencana alam. Kemarau yang berpanjangan di Australia telah memusnahkan hasil pengeluaran pertanian. Pengeluaran padi dunia telah meningkat hanya 1% pada tahun 2007 iaitu 650 juta tan metrik berbanding pertumbuhan penduduk dunia sebanyak 1.5%;

Transcript of STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

Page 1: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

DASAR SEKURITI MAKANAN

SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

_____________________________________________________

TUJUAN

Dasar Sekuriti Makanan bagi sektor pertanian dan industri asas tani ini digubal untuk

memastikan sekuriti makanan adalah pada tahap yang mencukupi dalam memenuhi keperluan

negara.

LATAR BELAKANG

1. Peningkatan harga makanan di peringkat antarabangsa dan kekurangan bekalan telah

menimbulkan cabaran dalam menjamin bekalan makanan negara mencukupi. Keadaan ini

berlaku disebabkan antara lain oleh perkara-perkara berikut:

(i) terdapat kekurangan bekalan makanan di peringkat antarabangsa disebabkan oleh

perubahan iklim dan bencana alam. Kemarau yang berpanjangan di Australia

telah memusnahkan hasil pengeluaran pertanian. Pengeluaran padi dunia telah

meningkat hanya 1% pada tahun 2007 iaitu 650 juta tan metrik berbanding

pertumbuhan penduduk dunia sebanyak 1.5%;

(ii) penggunaan sumber makanan untuk penghasilan biofuel terutamanya di Amerika

Syarikat telah mengurangkan kawasan tanaman ruji untuk makanan; dan

2

Page 2: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

(iii) peningkatan permintaan telah menyebabkan persaingan sengit dalam mendapatkan

bekalan beras di peringkat pasaran dunia sehingga China, India, Vietnam dan

Cambodia telah mengenakan kawalan eksport seperti penentuan harga eksport

minimum, cukai eksport dan sekatan eksport beras.

2. Kenaikan harga makanan dalam tempoh setahun lalu, khususnya sejak awal tahun ini telah

menyebabkan tercetusnya krisis makanan di beberapa buah negara yang seterusnya membawa

tekanan politik di negara-negara berkenaan.

3. Secara keseluruhannya, keadaan bekalan makanan negara pada masa kini, termasuk bekalan

import mampu menampung permintaan rakyat pada masa ini. Namun peningkatan harga

makanan di pasaran dunia memerlukan Kerajaan mengambil langkah segera dalam menjamin

bekalan makanan negara sentiasa mencukupi pada harga yang berpatutan.

STATUS PERDAGANGAN BAHAN MAKANAN NEGARA

4. Imbangan perdagangan (Balance of Trade-BOT) bahan makanan negara tidak pernah

mencapai lebihan dan bagi tempoh 2001-2007 ia terus mencatatkan defisit setiap tahun. Defisit

imbangan perdagangan ini telah meningkat daripada RM5.72 bilion pada tahun 2001 kepada

RM9.6 bilion pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 68.4% untuk tempoh tersebut. Antara

faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan defisit imbangan perdagangan bahan makanan

adalah seperti berikut: 3

Page 3: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

(i) Perubahan citarasa pengguna seperti kecenderungan memilih makanan import yang

berasakan tenusu;

(ii) peningkatan permintaan bagi produk yang tidak dapat dihasilkan dalam negara seperti

buah-buahan temperat;

(iii) peningkatan pengimportan bahan input pertanian;

(iv) harga pasaran antarabangsa yang semikin tinggi; dan

(v) trend liberalisasi perdagangan antarabangsa (WTO, AFTA, FTAs).

5. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kerajaan telah mensasarkan lebihan BOT

sebanyak RM1.2 bilion pada tahun 2010. Walaupun demikian, trend import bagi tempoh 2001-

2007 menunjukkan nilai import yang semakin meningkat sehingga pada tahun 2010 dijangka

mencecah RM37.41 bilion. Nilai eksport pula dijangka akan mencapai RM21.7 bilion pada tahun

2010. Ini bermakna bahawa defisit imbangan perdagangan dijangka akan meningkat kepada

RM15.7 bilion pada 2010 berbanding RM9.7 bilion tahun 2007 jika tiada langkah berkesan

diambil untuk membendung trend import semakin meningkat.

6. Bagi tahun 2007, beberapa produk telah mencapai tahap sara diri (SSL). Pengiraan SSL dibuat

dengan mengambil kira pengeluaran dalam negara berbanding dengan jumlah permintaan

domestik. Produk-produk yang telah mencapai SSL adalah buah-buahan (105%), daging

ayam/itik (121%), daging babi (116%) dan telur ayam (114%). Manakala bagi produk yang

boleh dihasilkan dalam negara tetapi masih tidak mencapai tahap sara diri adalah produk

perikanan (97%), 4

Page 4: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

sayur-sayuran (89%), beras (72%), daging lembu (25%) dan daging kambing (9%).

7. Bagi menampung kekurangan bekalan dan keperluan sektor pemerosesan, negara terpaksa

mengimport beberapa produk pada jumlah yang besar. Pengimportan kopi, koko, teh, rempah

telah mencatatkan nilai yang paling tinggi iaitu RM4.1 bilion (650,000 tan) dan bahan makanan

ternakan RM3.76 bilion (3.9 juta tan).

8. Bagi produk yang diimport kerana tidak dapat dihasilkan dalam negara termasuklah susu dan

produk tenusu, gandum dan hasilan serta buah-buahan temperat telah menyumbang nilai import

yang tinggi. Import susu dan produk tenusu bernilai RM2.22 bilion (262.5 ribu tan metrik),

gandum dan hasilan bernilai RM1.40 bilion (12.2 juta tan metrik), serta buah-buahan temperat

bernilai RM419.7 juta (35,000 tan metrik). Produk-produk yang diimport walaupun dapat

dikeluarkan dalam negara, tetapi masih menunjukan nilai import yang besar terdiri daripada

produk perikanan berjumlah RM2.13 bilion (431,300 tan metrik), sayur-sayuran sebanyak

RM1.88 bilion (1.2 juta tan metrik), beras sebanyak RM1.07 bilion (798,700 tan metrik), daging

lembu RM762.1 juta (112,700 ribu tan metrik) dan daging kambing RM175.1 juta (17,700 ribu

tan metrik).

9. Pada tahun 2007, 3 kumpulan bahan makanan mencatatkan lebihan imbangan perdagangan

iaitu produk perikanan dan sediaan sebanyak RM364.8 juta, binatang hidup khususnya ayam

sebanyak RM310.3 juta dan makanan yang diproses sebanyak RM680.6 juta. 5

Page 5: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

OBJEKTIF DASAR

10. Kekurangan bekalan makanan dunia telah menyebabkan harga makanan dunia meningkat

secara mendadak sehingga mendapat perhatian pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk

UN Conference on Trade and Development (UNCTAD), World Trade Organisation (WTO) dan

International Monetary Fund (IMF). Pertubuhan-pertubuhan ini telah mengeluarkan kenyataan

bahawa kekurangan bekalan makanan boleh menimbulkan krisis yang memberikan impak

negatif terhadap kestabilan politik dan keselamatan sesebuah negara sekiranya tidak ditangani

dengan segera dan berkesan.

11. Memandangkan krisis makanan dunia akan memberi impak negatif terhadap bekalan

makanan negara, maka Dasar Sekuriti Makanan Nasional perlu digubal. Dasar ini bertujuan

untuk:

(i) meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi

tahap sara diri;

(ii) memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi menjamin

pengeluaran bahan makanan tidak merosot; dan

(iii) memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

6

Page 6: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

DEFINISI SEKURITI MAKANAN

12. United Nations Food and Agriculture Organisation (FAO) mendefinisikan sekuriti makanan

sebagai:

“Food security exists when all people, at all times, have physical and economic access to

sufficient, safe and nutritious food to meet their dietary needs and food preferences for an active

and healthy life”.

13. Berdasarkan definisi di atas, sekuriti makanan merangkumi 3 tonggak utama iaitu:

(i) Food availability

Terdapat bekalan bahan makanan yang konsisten dan mencukupi;

(ii) Food access

Kebolehdapatan bahan makanan yang mencukupi dan berkhasiat; dan

(iii) Makanan yang mampu menyediakan khasiat yang mencukupi.

PENGENALPASTIAN KOMODITI STRATEGIK SEKURITI MAKANAN

14. Bahan makanan yang dikenal pasti sebagai produk strategik adalah berdasarkan keperluan

khasiat dan wajaran dalam pengiraan indeks harga pengguna (CPI). Kumpulan makanan di

rumah 7

Page 7: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

merangkumi 31.4% daripada jumlah item yang diambil kira dalam menentukan CPI. Jenis bahan

makanan yang ditakrifkan sebagai komoditi strategik berdasarkan kriteria di atas adalah:

(i) Beras, gandum dan gula sebagai sumber karbohidrat;

(ii) Ikan, daging ayam, lembu dan kambing sebagai sumber protein;

(iii) Minyak masak sebagai sumber lemak; dan

(iv) Sayur-sayuran sebagai sumber vitamin, mineral dan serat .

15. Daripada jenis-jenis komoditi yang dikategorikan sebagai komoditi sekuriti, selain gandum,

gula dan minyak masak, bekalan komoditi-komoditi lain adalah di bawah tanggungjawab

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Komoditi-komoditi sekuriti yang telah dikenal

pasti di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini adalah seperti berikut:

(i) Beras

Beras merupakan sumber utama karbohidrat bagi penduduk negara dengan wajaran

sebanyak 3.07% dalam pengiraan CPI. Keperluan beras negara pada tahun 2007 adalah

sebanyak 2.227 juta tan metrik berbanding dengan pengeluaran domestik sebanyak 1.621

juta tan metrik iaitu 72.2% daripada keperluan negara. Berdasarkan dasar sedia ada dan

peruntukan RMK-9, tahap sara diri (SSL) bagi beras dijangka akan meningkat kepada

80% dalam tahun 2010. Dengan peningkatan SSL, pengimportan 8

Page 8: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

beras dijangka akan dikurangkan daripada 831,000 tan metrik pada tahun 2006 kepada

650,000 tan metrik pada tahun 2010.

(ii) Ikan

Ikan segar merupakan item yang mempunyai wajaran paling tinggi dalam kumpulan

makanan di rumah yang digunakan dalam pengiraan CPI iaitu sebanyak 4.12%. Oleh

yang demikian, ikan ditetapkan sebagai salah satu komoditi sekuriti. Tahap kadar sara

diri bagi komoditi perikanan dijangka mencapai 104% pada tahun 2010 berbanding

dengan pencapaian semasa 91%. Ini akan ditampung melalui sumbangan daripada aktiviti

penangkapan ikan laut sebanyak 75% dan daripada akuakultur sebanyak 25%.

(iii) Ternakan

Daging ayam (daging dan telur), daging lembu dan daging kambing merupakan sumber

protein berasaskan haiwan yang utama dalam pemakanan penduduk negara dan

mempunyai wajaran sebanyak 2.9% dalam pengiraan CPI. Pada masa ini, pengeluaran

daging ayam dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1.092 juta tan metrik berbanding

permintaan sebanyak 0.902 juta tan metrik, telah mencapai SSL 121%. Bagi telur ayam

pula, pengeluaran 0.492 juta tan metrik berbanding permintaan sebanyak 0.442 juta tan

metrik, telah mencapai SSL sebanyak 114%. Sasaran SSL bagi daging ayam untuk tahun

2010 adalah sebanyak 112% dan 115% bagi telur ayam. 9

Page 9: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

Bagi daging lembu, jumlah pengeluaran pada tahun 2007 adalah sebanyak 34,455 tan

metrik berbanding permintaan sebanyak 137,820 tan metrik dengan kadar SSL sebanyak

25%. SSL bagi daging lembu dijangka akan mencapai 28% pada tahun 2010. Jumlah

pengeluaran daging kambing adalah bernilai 1,800 tan metrik berbanding permintaan

sebanyak 20,000 tan metrik dengan pencapaian SSL sebanyak 9%. SSL pengeluaran

daging kambing dijangka akan mencapai 10% pada tahun 2010.

(iv) Sayur-sayuran

Jenis sayur-sayuran yang dicadangkan untuk dikategorikan sebagai komoditi sekuriti

ialah kobis, sawi dan cili. Berdasarkan kepada penggunaan dan pilihan pengguna yang

semakin meningkat. Dalam pengiraan CPI, wajaran yang ditetapkan bagi sayuran segar

adalah 3.03%. Penggunaan dalam negara bagi kobis akan meningkat dari 69,371 tan

metrik pada tahun 2006 kepada 141,650 tan metrik pada tahun 2010. Daripada segi nilai

import, pada tahun 2007, import kobis adalah RM88.2 juta, sawi sebanyak RM23.8 juta

dan cili sebanyak RM45.8 juta.

ISU DAN CABARAN

16. Antara cabaran utama yang dihadapi dalam meningkatkan sekuriti makanan negara adalah

seperti berikut: 10

Page 10: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

(i) Kenaikan Kos Pengeluaran

Kenaikan harga input terutamanya baja, racun perosak, petrol dan diesel telah menjadi

satu beban kepada para pengusaha untuk meningkatkan pengeluaran. Kos pengeluaran

juga dipengaruhi oleh peningkatan kos pengangkutan akibat kenaikan harga minyak.

Pesawah padi di MADA mengalami kenaikan harga input daripada RM2,578 per hektar

pada tahun 2005 kepada RM2,910 per hektar pada tahun 2007.

Peningkatan kos pengeluaran ini telah menyebabkan kadar keuntungan petani dan

penternak semakin menurun malah ada yang mengalami kerugian. Sebagai contoh,

penternakan air tawar ikan patin di Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang telah

mengalami kenaikan harga makanan ikan sebanyak 50% berbanding tahun 2006.

Keadaan ini telah menyebabkan kos pengeluaran meningkat sebanyak 40% hingga 45%

kepada RM5.20/kg berbanding harga jualan borong sebanyak RM5/kg. Perkembangan ini

telah menyebabkan pengusaha berkenaan menanggung kerugian berterusan. Bagi

pengusaha tanaman ubi keledek di Ulu Chucuh pula, peningkatan kos pengeluaran

daripada RM0.35/ kg pada tahun 2006 kepada RM0.40/ kg pada tahun 2007 telah

menyebabkan kadar keuntungan menurun kerana harga jualan adalah hanya sebanyak

RM0.50/ kg. Sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah

menerima permohonan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk

menaikkan harga baja subsidi berikutan kenaikan harga bahan mentah untuk pengeluaran

baja. 11

Page 11: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

(ii) Kekangan Sumber Tanah Untuk Meningkatkan Pengeluaran

Kekurangan tanah merupakan masalah untuk meningkatkan keluasan pengusahaan dalam

semua subsektor. Tanaman padi menunjukkan pengurangan keluasan kawasan bertanam

kepada 671,000 hektar pada tahun 2007 akibat penukaran kawasan tanaman padi kepada

tanaman lain seperti kelapa sawit atau kepada kawasan kediaman, industri dan

pembangunan yang lain. Ini termasuk penukaran kegunaan tanah sebanyak 1,500 hektar

di kawasan MADA, 700 hektar di KADA dan 3,000 hektar di Kawasan Pembangunan

Pertanian Bersepadu (IADA), untuk tempoh 1998 hingga 2007.

Permohonan tanah bagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang melibatkan

14 kawasan seluas 16,959 hektar masih menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri.

Selain itu, projek-projek pertanian seperti Projek-projek Impak Besar (HIP) turut

menghadapi isu-isu berhubung dengan kadar sewaan dan tempoh pajakan yang pendek.

Keadaan ini tidak menggalakkan pengusaha-pengusaha membuat pelaburan yang besar

bagi membangunkan kawasan tersebut.

(iii) Tenaga Kerja Yang Berusia Dan Kurang Mahir

Melalui Banci Pertanian 2005, dianggarkan 45% pengusaha pertanian berumur melebihi 55

tahun menyebabkan kesukaran dalam menyumbang kepada usaha peningkatan produktiviti.

12

Page 12: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

Kekurangan kemahiran dalam aspek pengurusan yang komersil dan pengurusan yang

lemah ini membataskan kejayaan projek bidang usaha yang seharusnya dikendalikan

dengan secara cekap, moden dan berskala besar.

(iv) Kesukaran Mendapatkan Benih Dan Baka Berkualiti

Kos benih dan baka ternakan berkualiti sukar didapati untuk menjamin pengeluaran tinggi

dan berkualiti di mana kebanyakannya diimport. Umpamanya pada tahun 2007,

pengimportan baka ternakan adalah sebanyak RM 116 juta.

Masih terdapat penggunaan benih-benih tradisi yang menyebabkan hasil yang diperolehi

sehektar adalah rendah. Sebagai contoh, pengeluaran padi di Sabah dan Sarawak adalah di

antara 1.7 tan/hektar hingga 3.1 tan/hektar menyebabkan tahap sara diri pengeluaran beras

bagi Sabah dan Sarawak masing-masing mencapai 30% dan 50% sahaja.

(v) Kekurangan Infrastruktur Pertanian

Keadaan infrastruktur yang usang serta intensiti infrastruktur yang masih rendah bagi

tanaman padi adalah antara sebab produktiviti padi yang rendah. Di MADA, intensiti

infrastruktur pengairan adalah 18m/ha berbanding 120m/ha di Jepun dan 80m/ha di

Taiwan. Kekurangan kemudahan ini juga menyebabkan penanaman padi di Sabah dan

Sarawak tidak dapat dibuat 2 kali 13

Page 13: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

setahun. Tambahan pula, peruntukan penyelengraan yang diluluskan adalah hanya

sebanyak RM 80 juta berbanding dengan keperluan sebenar sebanyak RM 190 juta setahun

untuk keseluruhan kawasan jelapang dan bukan jelapang padi.

(vi) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Bilangan penyelidik dalam bidang tertentu masih belum mencukupi untuk memberi

tumpuan kepada usaha pembangunan teknologi moden dan penggunaan sumber terlatih

bagi meningkatkan pengeluaran. Tahap inovasi, pemodenan dan mekanisasi perlu

ditingkatkan terutamanya bagi sektor tanaman bukan padi. Pakej teknologi bagi sesuatu

jenis tanaman perlu dibangunkan bagi memastikan penerimaan secara lestari oleh

kumpulan sasar.

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENJAMIN SEKURITI MAKANAN NEGARA

(i) Peningkatan Pengeluaran Beras

17. Bekalan beras yang mencukupi merupakan asas terpenting dalam menjamin sekuriti makanan

negara. Pada tahun 2007 penghasilan purata negara adalah sebanyak 3.56 tan metrik/hektar iaitu

sebanyak 4.2 tan metrik/hektar bagi kawasan jelapang dan 2.6 tan metrik/hektar bagi kebanyakan

kawasan luar jelapang. Terdapat juga kawasan yang mana penghasilan purata yang tinggi dapat

dicapai 14

Page 14: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

sehingga 8.75 tan metrik/hektar seperti di kawasan Sekincan, Selangor.

18. Berdasarkan peruntukan yang diluluskan dalam RMKe-9, SSL dalam pengeluaran beras pada

tahun 2010 ialah sebanyak 80%. Di antara strategi yang sedang dilaksanakan termasuklah:

(i) meningkatkan purata hasil daripada 3.47 tan metrik/hektar kepada 4.48 tan

metrik/hektar pada 2010; dan

(ii) meningkatkan cropping intensity bagi kawasan jelapang daripada 193% kepada 199%

dan bagi kawasan luar jelapang daripada 112% kepada 120%.

19. Bagi meningkatkan pengeluaran padi ke tahap SSL 100%, peruntukan kewangan yang perlu

ditanggung oleh Kerajaan untuk jangka masa panjang dan pendek adalah seperti berikut:

(i) Jangka Masa Pendek (2008-2010)

(a) Keperluan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran sebanyak RM1

bilion untuk keseluruhan kawasan sedia ada dan kawasan baru di Sabah

dan Sarawak.

(b) Pemilikan jentera dan penggunaan mekanisasi ladang adalah diperlukan. Bagi

tujuan ini, peruntukan sebanyak RM350 juta diperlukan. 15

Page 15: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

(c) Mengubah kaedah penanaman daripada secara tabur terus kepada mencedung

(transplanting). Anggaran kos untuk menyediakan perkhidmatan

transplanter ialah kira-kira RM708 untuk setiap satu hektar atau RM80

juta setahun;

(d) Pemberian baja sebatian bagi menampung tambahan keperluan nutrien

tanaman padi. Anggaran kos untuk menambah baja subsidi sebatian adalah

sebanyak RM150 juta setahun berbanding RM255 juta pada masa ini;

(b) Kos pembayaran subsidi dan insentif berdasarkan kepada peningkatan

pengeluaran sebanyak RM180 juta setahun juta berbanding RM 923 juta

setahun pada masa ini;

(c) Menangani halangan utama setempat, seperti serangan siput Gondang Emas

dan Penyakit Karah, tanah masam (tanah asid sulfat). Kos adalah

bergantung pada keadaan sebenar mengikut kawasan yang terlibat dan

dianggarkan sebanyak RM276 juta setahun;

(g) Kos penyelenggaran bagi infrastruktur parit dan saliran sebanyak RM190 juta

setahun bagi semua kawasan penanaman padi. 16

Page 16: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

(h) Kempen meningkatkan kesedaran pesawah untuk mengurus dan meningkatkan

tanaman padi; dan

(i) Mempertingkatkan pengurusan secara estet bagi meninggikan hasil

pengeluaran dan produktiviti menerusi peningkatan hasil dan pengurangan

kos.

Secara keseluruhan, peruntukan pembangunan yang diperlukan bagi peningkatan padi

jangka masa pendek (tahun 2008-2010) adalah sebanyak RM1.35 bilion. Manakala

RM876 juta peruntukan mengurus tahunan diperlukan.

(ii) Jangka Masa Panjang (2008-2015)

Peruntukan pembangunan sebanyak RM6 bilion diperlukan bagi pembinaan infrastruktur

seperti pengairan dan saliran, tali air dan jalan ladang. Sebanyak RM2.5 bilion adalah

untuk kawasan jelapang, RM1.0 bilion bagi kawasan luar jelapang dan RM1.5 bilion bagi

Sabah serta RM1 bilion untuk Sarawak.

Program Jelapang Padi di Sabah

20. Projek tanaman padi ini bertujuan meningkatkan pengeluaran padi di Sabah. Projek ini

dilaksanakan dalam 5 pakej yang melibatkan 3 kawasan utama seluas 2,375 hektar iaitu di

Keguraan, Tamau dan Tempasuk Utara untuk peningkatan infrastruktur seperti perparitan, jalan

ladang dan takungan air. Kekurangan sumber dan kemudahan infrastruktur terutamanya sistem

pengairan dan saliran, mekanisasi 17

Page 17: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

ladang, benih bermutu yang tidak mencukupi, pengurusan sawah yang kurang cekap,

penggunaan teknologi yang terhad serta kekerapan penanaman yang rendah telah dikenal pasti

sebagai faktor-faktor utama yang menyebabkan pengeluaran hasil padi yang rendah di Kota

Belud. Matlamat projek ini adalah untuk meningkatkan purata hasil padi di kawasan tersebut.

Jumlah kos yang terlibat bagi projek ini adalah RM96.6 juta. Kos bagi membangunkan kawasan

baru dan sedia ada padi di Sabah adalah sebanyak RM1.5 bilion. Projek ini dijangkakan dapat

meningkatkan tahap sara diri pengeluaran beras di Sabah daripada 30% pada 2007 kepada 60%

pada 2010.

Program Jelapang Padi di Sarawak

21. Kawasan bertanam padi di Sarawak di anggarkan berjumlah 125,000 hektar meliputi padi

sawah seluas 60,000 hektar dan padi bukit seluas 65,000 hektar yang diusahakan secara kecil-

kecilan dan bertaburan di seluruh negeri. Kadar penghasilan purata padi sawah dan padi bukit

masing-masing sebanyak 3 tan metrik/hektar dan 1.7 tan metrik/hektar. Pengeluaran padi di

Sarawak hanya dapat menampung 53% SSL disebabkan oleh kekurangan kemudahan

infrastruktur seperti jalan ladang, saliran, tali air dan kejenteraan.

22. Di bawah Rancangan Jelapang Padi Sarawak, seluas 23,017 hektar kawasan padi baru yang

berpotensi telah dikenal pasti untuk dibangunkan dengan anggaran kos pembangunan berjumlah

RM424.6 juta dan RM6 juta setahun untuk kos pengurusan dan penyenggaraan. Selain itu,

terdapat juga kawasan sedia ada yang berpotensi untuk dipertingkatkan keupayaan pengeluaran

melalui konsep Mini Estet 18

Page 18: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

Padi seluas 25,583 hektar dengan anggaran kos pembangunan berjumlah RM435 juta. Kos

pengurusan dan penyenggaraan bagi kedua-dua projek berjumlah RM12.5 juta setahun. Melalui

projek tersebut, pengeluaran padi di negeri tersebut dijangka dapat dipertingkatkan daripada

146,329 tan metrik setahun (SSL 53%) kepada 193,264 tan metrik setahun (SSL 70%).

Harga Minimum Terjamin (GMP)

23. Pada masa ini, harga beras semakin meningkat dan pesawah-pesawah di MADA, KADA dan

Sekinchan telah meminta GMP dinaikan daripada kadar RM650/ tan metrik kepada harga yang

lebih munasabah. Jika Kerajaan bersetuju menaikan GMP, ia akan memberikan kesan kepada

harga beras di pasaran.

(ii) Pengwujudan Stok Penimbal Beras

24. Jumlah stok penimbal beras semasa negara yang diuruskan oleh BERNAS ialah 92,000 tan

metrik dan boleh bertahan selama 15 hari. Mengambil kira faktor-faktor luar jangka seperti

bencana alam (banjir dan kemarau), serangan serangga perosak dan penyakit padi, maka paras

stok penimbal sedia ada perlu ditingkatkan kepada 90 hari iaitu bersamaan dengan 552,000 tan

metrik beras.

25. Stok penimbal ini adalah stok fizikal dan pengurusan dibuat secara first in-first out (FIFO)

untuk menjamin kualiti beras sentiasa terpelihara. Jumlah stok penimbal ini hendaklah sentiasa

berada pada paras 552,000 tan metrik pada setiap masa. Penambahan stok 19

Page 19: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

penimbal ini memerlukan pembinaan gudang-gudang untuk menyimpan beras di tempat-tempat

yang strategik.

26. Bagi melaksanakan usaha ini, peruntukan kewangan yang terlibat adalah RM1.75 bilion bagi

pembelian beras, perolehan tanah dan pembinaan gudang serta kos penyelenggaraan tahunan

sebanyak RM103.8 juta. Cadangan meningkatkan jumlah stok penimbal beras tambahan negara

telah pun dipersetujui oleh Kerajaan untuk dilaksanakan melalui Perbadanan Nasional Berhad

(PNS).

(iii) Program Peningkatan Pengeluaran dan Produktiviti Tanaman, Perikanan dan

Ternakan

(a) Tanaman

Pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran akan ditumpukan di TKPM dan ladang

komersial sedia ada dan tambahan kawasan baru melalui penglibatan bersepadu bersama

dengan pengeluar.

Pembangunan industri buah-buahan utama akan ditumpukan dengan pendekatan

pembangunan industri kluster. Fokus akan diberikan untuk menyediakan segala

infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk pertumbuhan industri

dalam rantaian nilai industri buah-buahan utama.

Pada masa ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini telah membangunkan

sebanyak 45 projek TKPM Kerajaan seluas 3,746 hektar mengikut zon tanaman yang

telah 20

Page 20: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

ditetapkan. Pengeluaran pada tahun 2007 adalah sebanyak 26,266 tan metrik. Projek ini

akan diteruskan untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran tanaman dengan penambahan

kawasan seluas 1,350 hektar (TKPM) dengan tambahan pengeluaran sebanyak 13,400 tan

metrik menggunakan peruntukan sedia ada sebanyak RM29 juta bagi tempoh 2008-2010.

Di samping itu, tambahan kawasan baru di TKPM Swasta seluas 3,980 hektar yang

meliputi kawasan TKPM Lanchang, TKPM Cameron Highland, TKPM Jelai dan lain-

lain TKPM dengan peruntukan tambahan sebanyak RM59.2 juta bagi tempoh 2008-2010.

(b) Perikanan

Negara masih menghadapi kekurangan benih ikan dan udang untuk kegunaan industri

akuakutur. Keperluan benih ikan/udang sehingga tahun 2010 yang dianggarkan antara

11–20 bilion ekor setahun. Sejumlah 370 buah hatcheri baru perlu dibangunkan untuk

mengeluarkan benih ini sehingga tahun 2010 dengan pelaburan swasta antara RM100–

RM200 juta dan peruntukan Kerajaan sebanyak RM30 juta.

Bagi mencapai matlamat pengeluaran sebanyak 507,558 tan metrik, seluas 36,905 hektar

kawasan baru akan dibangunkan dalam tempoh RMKe-9 melalui konsep Zon Industri

Akuakultur (ZIA). Bagi tempoh RMK-9, peruntukan sebanyak RM17 juta 21

Page 21: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

telah diluluskan dan setakat ini 15 ZIA telah dibangunkan dengan jumlah pengeluaran

sebanyak 917 tan metrik.

Keluasan kawasan baru yang dicadang untuk dibangunkan dengan akuakultur di bawah

konsep ZIA dalam tempoh RMKe-9 mengikut negeri adalah sebanyak 36,905 hektar.

Kerajaan melalui infrastruktur asas dan khidmat nasihat dan teknolohi bagi projek ini.

Peruntukan tambahan bagi membangunkan kawasan-kawasan ini adalah sebanyak

RM135.6 juta, bagi mencapai peningkatan pengeluaran.

(c) Ternakan

Bagi memenuhi permintaan bekalan daging lembu negara, Program Skim Transformasi

Usahawan Ternakan (TRUST) yang berkonsepkan pengagihan ternakan berdasarkan

keluasan kawasan penternakan dan sumber makanan ternakan yang ada akan

diperluaskan ke luar kawasan Targeted Area of Concenration (TAC) dan juga kepada

penternak-penternak baru. Pelaksanaan program ini memerlukan peruntukan sebanyak

RM43 juta, untuk membangunkan kawasan TAC sebanyak 100,000 hektar dengan

populasi lembu sebanyak 25,000 ekor. Ini akan meningkatkan pengeluaran daging lembu

daripada 29,400 tan metrik kepada 45,000 tan metrik setahun dan meningkatkan SSL

daripada 24.9% dalam tahun 2007 kepada 28% dalam tahun 2010.

22

Page 22: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

Pengeluaran kambing pula akan ditingkatkan melalui Program TRUST dan integrasi

dengan tanaman kekal untuk meningkatkan pengeluaran daripada 1,460 tan metrik

kepada 2,300 tan metrik pada tahun 2010 Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM

24.3 juta dengan meningkatkan SSL daripada 8.75% dalam tahun 2007 kepada 10%

dalam tahun 2010.

Penternakan babi melalui kaedah Pig Farming Area (PFA) akan dilaksanakan untuk

memenuhi permintaan domestik sahaja, dengan pihak swasta sebagai peneraju utama.

(iv) Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian

27. Kenaikan kos dalam input-input pertanian yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak

dunia telah menyebabkan kemerosatan dalam pengeluaran makanan. Kajian yang dijalankan oleh

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terhadap kos pengeluaran sayur-sayuran, buah-

buahan, akuakultur serta ternakan menunjukkan kos pengeluaran bagi tahun 2007 telah

meningkat di antara 29.3% sehingga 80.5% berbanding kos tahun 2003. Sekiranya keadaan ini

berterusan, matlamat untuk meningkatkan pengeluaran makanan sukar dicapai dan kemungkinan

sekuriti makanan negara turut terjejas.

28. Bagi membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh petani dan penternak,

Kerajaan telah bersetuju secara prinsipnya pemberian insentif pengeluaran kepada golongan ini

yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1,027 juta untuk tahun 2008 dan masing-masing

RM1,173 juta dan RM1,361 juta bagi tahun 2009 dan 2010. 23

Page 23: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

Jumlah ini termasuk 2% kos pengurusan yang terpaksa ditanggung oleh jabatan dan agensi yang

terlibat dalam melaksanakan pemberian insentif ini. Pemberian insentif ini dicadangkan mulai 1

Julai 2008. Oleh itu jumlah yang diperlukan bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM513.5 juta.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang memuktamadkan mekanisme pelaksanaan

bagi pemberian insentif ini.

(v) Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan

29. Skim subsidi diesel dan petrol untuk nelayan perlu diteruskan kerana dengan adanya skim ini

nelayan telah dapat meneruskan usaha penangkapan ikan. Hasil tangkapan yang diperolehi bagi

tahun 2006 ialah sebanyak 1.366 juta tan metrik dan meningkat kepada 1.421 juta tan metrik

pada tahun 2007. Penggunaan diesel dan petrol oleh nelayan di bawah skim ini adalah sebanyak

1,188 juta liter setahun dengan jumlah peruntukan subsidi sebanyak RM900 juta setahun.

Tindakan sedang diambil untuk mengatasi masalah kebocoran minyak diesel dan petrol oleh

Kementerian. Tindakan-tindakan ini adalah seperti berikut:

(a) menaikkan harga diesel bersubsidi daripada RM 1.00/liter;

(b) mewajibkan syarikat-syarikat minyak menguruskan sendiri pengangkutan minyak dari

depo ke pusat jualan. Pada masa ini, 55% daripada jumlah minyak subsidi

diangkut oleh syarikat-syarikat pengangkutan dan bukan dikendalikan sendiri oleh

syarikat pembekal minyak; 24

Page 24: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

(c) melaksanakan projek e-Pengisytiharan dengan mewajibkan setiap nelayan

mengisytiharkan hasil tangkapan sebelum dibenarkan membeli minyak

bersubsidi. Projek ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2008 di seluruh negara;

dan

(d) mewajibkan bot-bot laut dalam Zon C2 memasang alat Vessel Monitoring System (VMS)

untuk memantau pergerakan bot-bot tersebut. Dijangkakan sebanyak 900 buah bot

C2 akan dipasang alat VMS sehingga penghujung tahun ini.

30. Dengan kenaikan harga ini, berkemungkinan akan berlaku kenaikan harga ikan di peringkat

borong dan runcit. Walau bagaimanapun, perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan

akan diadakan bagi mengkaji cadangan ini.

vi) Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran dan Pengagihan Hasil-Hasil

Pertanian

31. Peranan FAMA adalah untuk memastikan barangan pertanian yang dihasilkan oleh pengeluar

yang bersaiz kecil dapat dipasarkan dari peringkat ladang sehingga ke pengguna. Kos

pembangunan yang diperlukan adalah sebanyak 70.3 juta iaitu merangkumi pembinaan pusat

pengumpulan dan edaran sebanyak RM27.3 juta, pengangkutan sebanyak RM12.2 juta,

kemudahan bilik sejuk sebanyak RM4.juta serta kos operasi bagi pengurusan dan latihan

sebanyak RM1.8 juta dan wang pusingan urus niaga berjumlah RM25 juta. Pembangunan

kemudahan-kemudahan ini akan membolehkan FAMA meningkatkan 25

Page 25: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

urus niaganya daripada 35,000 tan metrik (RM52 juta) pada tahun 2006 kepada 67,000 tan

metrik bernilai RM100 juta dalam tahun 2008. Unjuran urusniaga seterusnya adalah RM160 juta

dalam tahun 2009 dan RM230 juta dalam tahun 2010.

32. Di samping itu, penambahan pasar-pasar tani dari 269 buah (2006) kepada 500 buah dalam

tahun 2010 akan dapat meningkatkan pemasaran hasil tani melalui jualan terus oleh petani dan

bekalan kontrak ladang, melalui pasar-pasar tani dari RM375 juta (2006) kepada RM500 juta

dalam tahun 2010.

(vii) Pelaksanaan Program Bumi Hijau

33. Program ini adalah sebagai langkah menggalakkan rakyat untuk menyediakan bahan

makanan sendiri melalui “Tanam, Ternak & Makan Sendiri’. Kempen dan promosi ini

dilaksanakan sebagai langkah bagi menangani keadaan peningkatan harga barangan yang

mengurangkan kuasa membeli pengguna.

34. Dalam melaksanakan kempen dan promosi Bumi Hijau ini, pakej ’kit’ tanaman sayuran iaitu

beg yang berisi 4 hingga 5 jenis benih sayuran yang berkualiti dan cepat berhasil (bayam, sawi,

kangkung dan cili) sebanyak 10 gram/peket dan 2 jenis baja (NPK dan urea) sebanyak 100

gram/peket disediakan sekali bagi setiap peserta secara percuma. Di samping itu, pamplet dan

cara-cara penanaman sayuran tersebut juga disediakan. Program ini akan dijalankan di seluruh

negara dengan melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani mencadangkan program ini 26

Page 26: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

dilaksankan dalam tempoh 3 tahun. Keperluan kewangan bagi program ini adalah dianggarkan

sebanyak RM10 juta setahun atau RM30 juta bagi 3 tahun.

35. Selain menggalakkan tanaman sayur-sayuran, Kementerian Pertanian DAN Industri Asas

Tani juga menggalakkan penternakan ikan keli dalam kanvas bersaiz 20’ x 40’ yang

menggunakan sistem pertukaran air yang sesuai dilaksanakan di kawasan perumahan serta

perkampungan kerana sistem ini tidak memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen ini

dapat memberi keceriaan kepada kawasan kampung dan perumahan melalui elemen landskap. Di

samping itu sistem ini mempunyai kos yang rendah, iaitu kira-kira RM2,000 seunit (termasuk

tangki kanvas, benih ikan keli dan makanan ikan). Sejumlah RM2 juta setahun diperlukan untuk

pelaksanaan program ini atau RM6 juta bagi tempoh pelaksanaan selama 3 tahun.

(viii) Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti

36. Terdapat 34,362 hektar tanah terbiar milik petani telah dikenal pasti di Semenanjung

Malaysia. Namun, hanya 12,156 hektar di 370 kawasan (setiap satu kawasan berkeluasan

melebihi 10 hektar) yang berpotensi dimajukan untuk projek pertanian. Tanah-tanah ini adalah

tanah milik individu yang kebanyakkannya tanah bekas sawah yang pemiliknya telah tua,

mempunyai banyak penama dan pemiliknya tinggal di luar kawasan.

37. Usaha telah pun dijalankan oleh Jabatan Pertanian untuk memajukan tanah terbiar sejak

tahun 2001 dan seluas 974 hektar telah 27

Page 27: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

dibangunkan sehingga tahun 2005. Mulai tahun 2007 di bawah RMKe-9 usaha membangunkan

tanah terbiar dilaksanakan melalui Program Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian

(ACDA) melalui peruntukan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebanyak

RM30 juta yang melibatkan integrasi projek tanaman, ternak air, ternakan dan industri asas tani.

Kawasan seluas 552 hektar telah dimajukan pada tahun 2007 dengan peruntukan RM4.5 juta

dengan kerjasama jabatan/agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,

Pejabat Tanah & Daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Seluas 1,086 hektar (874 hektar kawasan baru dan 212 hektar kawasan sambungan) akan

dibangunkan dalam tahun 2008 dengan peruntukan RM12 juta. Dijangka seluas 675 hektar lagi

dapat dibangunkan dalam tempoh 2009 dan 2010 dengan peruntukan RM13.5 juta. Untuk

membangunkan kawasan tanah terbiar yang lebih banyak, sebanyak RM40 juta untuk tempoh

2008-2010.

38. Pemuliharaan kolam terbiar bagi aktiviti akuakultur juga akan dilakukan. Setakat ini,

daripada 14,280 hektar kolam tanah akuakultur di seluruh negara, hanya kira-kira 11,902 hektar

atau 80% adalah merupakan kolam yang beroperasi. Ini bermakna terdapat kira-kira 2,380 hektar

adalah kolam yang tidak aktif atau terbiar. Kawasan ini sekiranya dapat dipulihkan, ia akan dapat

menyumbangkan sebanyak 10,710 tan metrik bekalan ikan dengan nilai RM64.26 juta setahun.

Kos peruntukan yang diperlukan bagi membangunkan program ini adalah sebanyak RM36 juta.

28

Page 28: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

(ix) Perlindungan Pengusaha-pengusaha Tempatan Daripada Liberalisasi Perdagangan.

39. Pada masa ini pasaran produk makanan negara agak terbuka, di mana 38.5% jenis produk

makanan yang dikenakan cukai import yang rendah. Manakala pelaksanaan AFTA pula telah

menyebabkan pasaran produk-produk makanan menjadi lebih terbuka dengan hanya 23% produk

makanan dan pertanian dikenakan cukai import. Kebanyakan produk makanan ini dikenakan

cukai yang rendah iaitu sebanyak 5%. Cukai yang tinggi hanya dikenakan bagi produk-produk

sensitif iaitu beras, buah-buahan tropika, produk ternakan dan tenusu.

40. Bagi memastikan pengusaha-pengusaha tempatan dapat meneruskan usaha-usaha dalam

sektor pertanian, Kerajaan perlu terus memberikan perlindungan melalui pengekalan kadar tarif

bagi produk-produk tersebut. Langkah ini penting kerana:

i. pengusaha-pengusaha pertanian di Malaysia merupakan pengusaha kecil dan

sederhana dan menghadapi kesukaran bersaing dengan pengusaha-pengusaha bertaraf

antarabangsa yang mempunyai skala pengeluaran yang lebih besar;

ii. negara-negara lain termasuk negara-negara maju juga memberi perlindungan kepada

sektor pertanian; dan

iii. peningkatan jumlah import ekoran penghapusan tarif akan mengurangkan pulangan

pengusaha-pengusaha pertanian tempatan yang terlibat. Dengan pengurangan

pulangan,

29

Page 29: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

kumpulan ini bakal menjadi golongan food insecure ekoran penurunan pendapatan dan

kuasa membeli.

41. Bagi mengurangkan kos input pertanian, adalah dicadangkan Kementerian Kewangan

menjalankan kajian untuk tujuan mengurangkan cukai import, cukai jualan dan lain-lain cukai

yang dikenakan ke atas input dan peralatan pertanian.

(v) Peranan Sektor Swasta dan GLC

42. Sektor swasta termasuk GLC memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada

pengeluaran makanan dalam negara. Syarikat peladangan yang mempunyai sumber tanah yang

luas serta sumber kewangan mempunyai berkemampuan untuk membangunkan projek berskala

besar dan komersial. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat ini hendaklah terlibat dalam

pengeluaran bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan perikanani. Bagi

menggalakkan penglibatan sektor swasta ini, satu pakej insentif yang lebih menarik dan

memenuhi permintaan pengusaha perlu diperkenalkan bagi menarik penyertaan mereka dalam

pengeluaran makanan untuk negara. Adalah dicadangkan supaya Koridor NCER dan ECER

menjalankan pengeluaran makanan secepat mungkin. Manakala Agro-Bank memainkan peranan

yang lebih agresif bagi menyediakan kemudahan kredit kepada pelabur-pelabur dalam sektor ini.

30

Page 30: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

KESIMPULAN

43. Sekuriti makanan menjadi isu kritikal dalam keadaan semasa di mana terdapat peningkatan

harga input dan kekurangan bekalan di peringkat antarabangsa bagi makanan asas serta

peningkatan permintaan. Sekiranya sekuriti makanan tidak ditangani dengan bijaksana, isu

tersebut boleh mengakibatkan ketidakstabilan sosio ekonomi negara.

44. Dasar Sekuriti Makanan Negara bagi sektor pertanian dan industri asas tani dicadangkan ini

bertujuan untuk menjamin ketiga-tiga tonggak iaitu kesediaan makanan, kebolehdapatan

makanan dan kegunaan makanan dapat dicapai.

45. Dasar ini juga menggariskan hala tuju untuk mencapai tahap keselamatan makanan

sepenuhnya melalui strategi, aktiviti dan sasaran yang dirangka bagi membolehkan Kementerian

merancang pelan tindakan melalui pendekatan-pendekatan yang strategik seperti

mempertingkatkan pengeluaran dan produktiviti, kualiti dan keselamatan makanan dan

penyediaan stok penimbal.

46. Walau bagaimanapun, usaha-usaha tersebut memerlukan komitmen dan kerjasama bersepadu

dari pelbagai pihak termasuk sektor awam dan swasta, dan golongan sasar. Melalui komponen-

komponen makanan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Sekuriti Makanan, strategi, aktiviti

dan sasaran yang dirangka, akan membolehkan Kementerian merancang dan melaksanakan pelan

31

Page 31: STATISTIK SEKURITI PERTANIAN

tindakan untuk mencapai tahap sekuriti makanan negara yang dihasratkan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Putrajaya

21 April 2008