skrip motivasi

5
Masa Cue Ann 7.30 Setelah semua hadirin berada di tempat duduk. Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tradisi melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Biji selasih boleh dimakan, Menjai perisa sedap terperi, Selamat datang kami ucapkan, Semoga majlis bertambah seri. Bismillahirahmanirrahim. Yang Berbahagia,Pn Lily Bt Haji Murni,Penceramah jemputan,mantan Pegawai Pelajaran Daerah,Daerah Miri, Yang Berusaha,EN Roshaidin,Penceramah jemputan, Yang Berusaha,Bonda Fatimah Bt Hj Nawi,Guru Besar SK Pulau Melayu, Yang Dihormati,Ibu bapa,Penjaga,guru- guru,hadirin dan hadirat serta anak- anak yang dirahmati Allah SWT. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Majlis mengucapkan Selamat datan g kepada YG Berbahagia,hadirn hadirat,serta anak-anak didik Ke Majlis Seminar Keibubapaan Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 4,5 dan 6 serta Ceramah Motivasi Tahun 5 dan 6 yang julung kali diadakan bagi tahun 2011 ini. Selepas ucapan alu- aluan pengacara majlis. Hadirin sekalian, Sesungguhnya,majlis seperti ini dijalankan untuk menambahkan pengetahuan dan memberikan pendedahan

Transcript of skrip motivasi

Page 1: skrip motivasi

Masa Cue Ann7.30 Setelah semua hadirin

berada di tempat duduk.Daun layu di tengah gurun,Nampak jalur pohon cemara,Tradisi melayu turun temurun,Pantun ditutur pembuka bicara.

Biji selasih boleh dimakan,Menjai perisa sedap terperi,Selamat datang kami ucapkan,Semoga majlis bertambah seri.

Bismillahirahmanirrahim.

Yang Berbahagia,Pn Lily Bt Haji Murni,Penceramah jemputan,mantan Pegawai Pelajaran Daerah,Daerah Miri,Yang Berusaha,EN Roshaidin,Penceramah jemputan,Yang Berusaha,Bonda Fatimah Bt Hj Nawi,Guru Besar SK Pulau Melayu,Yang Dihormati,Ibu bapa,Penjaga,guru-guru,hadirin dan hadirat serta anak-anak yang dirahmati Allah SWT.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Majlis mengucapkan Selamat datan g kepada YG Berbahagia,hadirn hadirat,serta anak-anak didik Ke Majlis Seminar Keibubapaan Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 4,5 dan 6 sertaCeramah Motivasi Tahun 5 dan 6 yang julung kali diadakan bagi tahun 2011 ini.

Selepas ucapan alu-aluan pengacara majlis.

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya,majlis seperti ini dijalankan untuk menambahkan pengetahuan dan memberikan pendedahan kepada semua Ibu bapa dan murid-murid tentang mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa/penjaga dalam membimbing anak-anak belajar di rumah dan memotivasikan murid-murid untuk terus belajar.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bunga Mawar di atas beca,Dibawa nyonya ke Tanjung Jati,

Page 2: skrip motivasi

Tangan ditadah doa dibaca,Semoga majlis sntiasa diberkati.

Bagi menambahkan keberkatan majlis pada pagi ini,marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oelh Al Fadhil Ust Roslan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin-amin Ya Rabbil Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadhil Ust.ROSLAN atas bacaan doa itu tadi.

Bagi meneruskan acara,majlis mempersilakan Yg Berusaha,Bonda PN Fatimah Hj Nawi,untuk mengukap bicara dan seterusnya perkongsian prestasi sekolah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selepas kata-kata aluan GB Majlis merakamkan Ribuan Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yg Berusaha atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Hari ini menugal jagung,Hari esok membuat joran,Hari ini kita berkampung,Meraikan Majlis Seminar Keibubapaan.

Tanpa membuang masa,majlis mempersilakan Yg Berbahagia ,Pn Lily bt Hj Murni, untuk menyampaikan ceramah,

Begitu juga Yg dihormati,En Roshaidin,penceramah jemputan ,yang akan menyampaikan ceramah Motivasi bagi murid-murid Tahun 5 dan 6.

Dipersilakan.

Page 3: skrip motivasi

Sebaik sahaja majlis diserahkan kepada pengacara majlis.

Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah,majlis mempersilakan Yg Berusaha,Bonda Pn Fatimah Hj Nawi,untuk menyampaikan cenderamata kepada Yg berbahagia,Pn,Lily bt hj Murni.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya,Yg dihormati,En Roshadin,Selepas penyampain cenderamata.

Majlis merakamkan Ribuan terima kasih yang Tidak terhingga kepada Yg Berbahagia,PnLily Hj Murni,atas kesudian menerima cenderamata itu tadi begitu jua Yg dihormati Eb Roshaidin.Majlis turut merakamkan Ribuan terima Kasih kepada Yg Berusaha, Bonda Pn Fatimah Hj Nawi,atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

Hadin Hadirat Yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan Cabutan Bertuah,Dengan itu sekali lagi majlis mempersilakan Yg Berusaha Bonda Pn Fatimah Hj Nawi untuk membuat cabutan Bertuah, dan menyampaikan Hamper kepada pemenang .Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan Ribuan Terima Kasih kepada Bonda PN Fatimah HJ Nawi.atas kesudian membuat cabutan bertuah dan penyampaian hamper itu tadi.

Tamat

Terima Kasih

Hadirin Sekalian.

Diharapkan apa-apa yang disampaikan tadi dapat meningkatkan pengetahuan dan memberikan pendedahan kepada hadirin dan murid-murid semua UMPAMA:

Yang salah diperbetulkan,Yang kurang ditokok,Yang lusuh diperbaharui,Yang koyak ditampal,Yang lapuk dikajangi.

Dengan itu Majlis Seminar Ke Ibubapaan /Penjaga dan

Page 4: skrip motivasi

Motivasi Murid-murid Tahun 5 dan 6 akan melabuhkan tirainya.

Sebelum berpisah ,diharapkan segala kepincangan dan kekhilafan yang berlaku sepanjang majlis ini ditinggalkan di sini dan yang dibawa pulang kenangan dan ilmu yang berguna.

Dengan itu,berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Sekian,terima Kasih.