Sistem Atmosfera PBS 02 - Bahangan - Tenaga Dan Imbangan Haba

download Sistem Atmosfera PBS 02 - Bahangan - Tenaga Dan Imbangan Haba

of 3

Transcript of Sistem Atmosfera PBS 02 - Bahangan - Tenaga Dan Imbangan Haba

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 02 - Bahangan - Tenaga Dan Imbangan Haba

    1/3

    TAJUK : BAHANGAN, TENAGA DAN IMBANGAN HABA

    a) Bezakan antara bahangan matahari dengan bahangan bumi.[ 4 M ]

    Jawapan:

    Perbezaan antara bahangan matahari dengan bahangan bumi adalah seperti berikut:

    Bahangan Matahari Bahangan bumi

    Bahangan suria yang dipancarkan dari matahari ke

    bumi pada waktu siang. Ia mengandungi tenaga

    haba.

    Dihantar ke bumi dalam bentuk gelombang pendek

    kerana suhunya yang tinggi.

    Bahangan terestrial yang dibebaskan oleh bumi ke

    angkasa pada waktu malam.

    Ia dibebaskan dalam bentuk gelombang panjang

    kerana suhunya yang rendah.

    (Pemarkahan : Bahangan matahari : Max 2 M dan Bahangan bumi : Max 2 M)

    b) Nyatakan empatjenis tenaga yang terdapat di dalam sistem atmosfera.

    [ 4 M ]Empat jenis tenaga di dalam system atmosfera ialah:

    1) Tenaga Kinetik. Iaitu tenaga yang terhasil akibat pergerakan . misalnya tiupan angin.

    2) Tenaga keupayaan. Iaitu tenaga potensi yang "tersimpan" dalam sesuatu objek. Misalnya tenaga

    yang disimpan oleh titisan-titisan air di dalam awan sebelum ia jatuh ke bumi sebagai hujan.

    3) Tenaga haba pendam. Tenaga haba yang diserap dan disimpan di dalam sesuatu objek dan

    dibebaskan kembali . Sebagai contoh tenaga haba yang diserap oleh ais semasa pembekuan dan

    dibebaskan semula semasa pencairan.

    4) Tenaga haba rasa (terma). Iaitu tenaga yang dialirkan dari satu jisim ke satu jisim yang lainapabila berlakunya perbezaan suhu. Misalnya apabila permukaan air menerima tenaga matahari

    menyebabkan ia beransur-ansur menjadi panas. Kepanasan air tersebut boleh kita rasai.

    (Pemarkahan : Setiap isi dengan sedikit huraian 1 M . 4 isi x 1 M = MAX 4M)

    c) Bagaimanakah tenaga haba matahari dipindahkan di dalam sistem atmosfera.[ 9 M]

    Pemindahan tenaga haba di atmosfera berlaku melalui lima cara iaitu;

    1) Konduksi atau Pengaliran. Konduksi ialah pengaliran haba dari satu jasad ke jasad yang

    bersentuhan dengannya. Sebahagian daripada aliran tenaga antara permukaan bumi dengan atmosferadialirkan melalui konduksi iaitu Proses di mana tenaga haba dipindahkan melalui sentuhan (contact)

    dengan molekul berdekatan). Konduksi lebih cepat berlaku apabila ada konduktor (pengalir haba) yang

    baik seperti besi. Proses pengaliran haba berlaku dari molekul bersuhu tinggi ke molekul bersuhu rendah

    seperti

    1

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 02 - Bahangan - Tenaga Dan Imbangan Haba

    2/3

    2) Perolakan. Perolakan berlaku disebabkan perubahan ketumpatan cecair dan gas yang berpunca

    daripada perubahan suhu. Contohnya apabila air atau gas dipanaskan, maka isipadunya akan bertambah dan

    ketumpatannya akan berkurangan. Ini menyebabkan bendalir yang lebih panas ditolak keatas dan bendalir

    yang sejuk ditolak kebawah mengambil tempatnya. Dengan ini satu aliran berterusan berlaku yang

    dipanggil arus perolakan. Di dalam atmosfera, udara yang dipanaskan oleh tenaga haba matahari akanmengembang dan naik ke atas disebabkan adanya proses perolakan

    3) Sinaran (Radiation) atau Bahangan. Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan oleh bahan dalam bentuk

    gelombang elektromagnet . Pemindahan haba oleh sinaran tidak memerlukan medium. Sebagai

    contohnya, haba dari matahari dipindahkan ke planet bumi melalui ruang vakum dan ia tidakmemerlukan sebarang perantara (medium). Pemindahannya berlaku secara terus melalui sinaran atau

    bahangan.

    4) Alir Lintang. Tenaga haba dipindahkan secara mendatar oleh pergerakan angin. Contohnya

    edaran angin dunia iaitu angin selatan memindahkan udara panas di khatulistiwa ke arah kutub di hemisfera

    utara bagi menghasilkan keseimbangan haba global. Angin juga bertiup disebabkan pemanasan tidak sekata

    di permukaan bumi yang mengakibatkan perbezaan tekanan udara ( angin akan bertiup dari tekanan tinggi

    ke tekanan rendah). Semasa bertiup ia akan memindahkan haba di sekitarnya.

    5) Pemindahan Haba Pendam. Tenaga haba yang diserap oleh ais yang cair atau sejatan air disesuatu lokasi, akan dibebaskan ke tempat lain di dalam atmosfera apabila wap air terpeluwap atau

    membeku kemudiannya.

    (Pemarkahan : 5 isi x 2 Markah = 10 Markah 1 Markah. MAX 9)

    d) Jelaskan proses yang terlibat dalam menentukan imbangan haba bumi atmosfera.

    [ 8 M]

    Di antara proses yang terlibat dalam menentukan imbangan haba bumi ialah:

    1. Proses Serakan: Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secaramendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya. Darjah serakanbergantung kepada saiz partikel yang terlibat berbanding dengan jarak gelombangbahangan suria. Jika partikel lebih kecil berbanding dengan jarak gelombang akanmenyebabkan serakan Rayleigh. Sekiranya saiz partikel sama besar dengan jarakgelombang akan menyebabkan serakan Mie.

    2. Proses Serapan: Partikel-partikel di atmosfera juga menjalankan fungsi serapan. Misalnya serapanyang paling efektif dilakukan oleh wap air,karbon dioksida dan ozon. Gas-gas ini cenderung untuk memilih

    jenis-jenis gelombang suria yang hendak diserap dan keupayaannya menyerap bergantung kepada jarak-

    jarak gelombang tersebut. Serapan jenis ini dikenali sebagaiserapan terpilih.

    3. Proses balikan/pantulan: Proses balikan dikenali juga sebagai pantulan.Bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel sebahagiannya akan dipantulkansemula ke angkasa secara menegak. Proses balikan banyak dilakukan oleh partikel-partikel yang bewarna cerah misalnya manik-manik hujan amat berkesan dalammemantulkan bahangan ke angkasa. Pada umumnya kesemua zarah molekul udarayang besar seperti titisan air dalam awan, hablur ais pada bahagian awan tinggi akanmenantulkan sinaran matahari dan tidak menyerakkan sinaran matahari.

    4. Proses Albedo. Albedo ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahansesuatu permukaan bumi yang akan memantulkan semula sinaran matahari tersebut.Iaitu semakin cerah sesuatu permukaan bumi maka semakin tinggi jumlah sinaran

    2

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 02 - Bahangan - Tenaga Dan Imbangan Haba

    3/3

    matahari yang akan dipantulkan. Sebagai contoh kawasan salji dikutub membalikkanlebih banyak sinaran matahari kerana sifatnya yang cerah.

    (Pemarkahan : 4 isi x 2 Markah = 8 Markah )

    3