Seutas Gelang Zambrud

5
8/9/2019 Seutas Gelang Zambrud http://slidepdf.com/reader/full/seutas-gelang-zambrud 1/5  Seutas Gelang Zambrud *Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya.. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.* *Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari... hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang- siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu... malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.* *Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.* *Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.* *"Assalamualaikum. ....." kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.* *"Abang! Walaikumsalam. .." senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. "Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Pura!" Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli "perfume" yang baru dari Penang, fikir Sapura.* *"Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Fadley. "Habis kereta abang?". "Pada Mat Noor..." jawab Fadley. "Oh patutlah.." Sapura hanya menganggukkan kepala.* *Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...." tanya Sapura.*

Transcript of Seutas Gelang Zambrud

Page 1: Seutas Gelang Zambrud

8/9/2019 Seutas Gelang Zambrud

http://slidepdf.com/reader/full/seutas-gelang-zambrud 1/5

 Seutas Gelang Zambrud 

*Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala

ikan merah kesukaan suaminya.. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya

yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.*

*Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari... hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-

siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley..

lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu... malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun

usia perkahwinan mereka.*

*Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya

pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang

sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley

yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan

ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan

Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad.

Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.*

*Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling

penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya

mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam

majlis yang penuh ceria.*

*"Assalamualaikum. ....." kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.*

*"Abang! Walaikumsalam. .." senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya

dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. "Terperanjat Pura!Bila abang

masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Pura!" Fadley membelai

lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak

wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli "perfume" yang baru dari Penang, fikir Sapura.*

*"Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?" "By

air..." ringkas jawapan Fadley. "Habis kereta abang?". "Pada Mat Noor..." jawab Fadley. "Oh patutlah.."

Sapura hanya menganggukkan kepala.*

*Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun..

Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu..

menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jeffri tak ikut abang balik

ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...." tanya Sapura.*

Page 2: Seutas Gelang Zambrud

8/9/2019 Seutas Gelang Zambrud

http://slidepdf.com/reader/full/seutas-gelang-zambrud 2/5

*Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih

membujang. "Nanti dia datang...... ." ujar Fadley. "Mana budak budak Pura...?" tanya Fadley. " Ada

dalam bilik.. tidur kepenatanlah tu... main basikal satu hari." "Basikal?" tanya Fadley.*

*"Hah ah.. ayah belikan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.." jawab Sapura sambil meletakkan

milo ais kegemaran Fadley di depannya. "Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?". "Ah.... Pura

masak lauk favourite abanglah..." senyuman Sapura melerek. "Kari kapitan?" teka Fadley. " Apa lagi...."

"Bagus jugak tu... Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang

dengan dia orang....".

"Habis dengan lamanya tak rindu ke?" usik Sapura. "Tersangatlah rindu....." jawab Fadley lalu mengucup

dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah

berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.*

*Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri

sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang

cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi

mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya

sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang

cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang

suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian.

Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata.

Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah

siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga

menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura. "Bang.... kenapa ni...?" Fadley

mengangkat muka memandang Sapura.*

*"Pura.. kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka

mendapat ajaran agama yang secukupnya.. ." ujar Fadley lembut. "Eh....apa abang merepek ni.. sudah..

mari kita makan. Pura dah siapkan tue". Pura janji dengan abang dulu...." rayu Fadley. Sapura merenung

wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley

berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan

teka teki ini lagi.

"Pura...abang ada belikan Pura sesuatu...." ujar Fadley sambil menyeluk pokek seluarnya.*

Page 3: Seutas Gelang Zambrud

8/9/2019 Seutas Gelang Zambrud

http://slidepdf.com/reader/full/seutas-gelang-zambrud 3/5

*"Eh......gelang zamrud...." senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang

berkilauan. "Pura ingat tak gelang nie?". Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah

Sapura.

"Ingat??!!!"

Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung

pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Pura suka

sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri

abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura. Kebetulan kelmarin, masa jalan

dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli....". Terpegun Sapura mendengar

cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud

itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk 

memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Sapura

memeluk suaminya.*

*"Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Fadley ke telinga Sapura. "I love you too.."

balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell

pintu dipicit orang. "Jeffri agaknya tu...." bisik Fadley. "Tak pa. Biar Pura yang buka pintu...." Sapura

bangun melepaskan pelukannya. "Pura...."Fadley menyambar tangan Sapura. "I love you... very very

much....." Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. "Me too.." jawab Sapura pendek.*

*Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri

dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart"

memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa

dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa. "Puraa...can you please sit down..", pinta Jeffri.

Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya.. "Please...I have

something very important to tell you..." pinta Jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk 

juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.*

*Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Pura...apa pun yang Jeffri nak sampaikan

ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang..." perlahan ayat yang

keluar dari mulut Jeffri. "Apa yang you merepek ni Jeffri?". Teka teki terus bermain di benak Sapura.

"Pura....... Fadley... ...Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura..." tersekat sekat kekata

itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan

nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jeffri...kalau nak 

bergurau pun biarlah bertempat... " balas Sapura. "I'm serious Pura.....Jeffri yang saksikan sendiri.."Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di

rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri... "Jeffri..... apa yang Jeffri

repekkan ni...Fadley kan dah balik.*

*Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Fadley dah balik?" terbeliak mata

Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan

Page 4: Seutas Gelang Zambrud

8/9/2019 Seutas Gelang Zambrud

http://slidepdf.com/reader/full/seutas-gelang-zambrud 4/5

baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley

dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan

setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia

terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita

buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum

masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawajenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?*

*"Jeffri...you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik..." Sapura mengejutkan Jeffri dari

lamunannya. "Pura....Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat 

kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri... "Bohong...Fadley dah balik...Nanti biar Pura

panggil

dia...." Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas

dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia

menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula.

Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.*

*Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang

belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri

sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura

berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. "Pura...arwahnya

mengamanatkan sesuatu..." Jeffri

menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih

binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.*

*Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong

mulut Sapura. "Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti

benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je

suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras

dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.

Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar!

Itulah yang dilihatnya semasa Fadley membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus

Fadley kenyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana

pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.*

*Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itukepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan

izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan

milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya,

terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Fadley

sudah tiada... sebagaiman a kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini

padanya?*

Page 5: Seutas Gelang Zambrud

8/9/2019 Seutas Gelang Zambrud

http://slidepdf.com/reader/full/seutas-gelang-zambrud 5/5

 

*Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi

dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan kepulangan Fadley.. sambil memeluk 

kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley

tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggalkini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya*

* *