Sejarah bab-4-ting-3

download Sejarah bab-4-ting-3

of 46

Transcript of Sejarah bab-4-ting-3

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    1/46

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    2/46

     Pengenalan: 

    Membina sesebuah negara yang merdeka danberdaulat bukanlah perkara mudah.

    ! Latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilaluiuntuk memastikan rakyat tempatan mampu

    mentadbir negara mereka sendiri.! Rakyat pelbagai kaum juga perlu bekerjasama

    dan bermuafakat untuk memastikankemerdekaan dapat dicapai.

    ! Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya mencapai kemerdekaannegara melalui perundingan tanpapertumpahan darah sewajanya kita hargai.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    3/46

    4  .1 Ke arah Mencapai Perpaduan Kaum 

    1. 

    British telah memberi syarat supaya kerjasamakaum diadakan jika Tanah Melayu ingin

    mendapatkan kemerdekaan.

    Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan

    politik dan keharmonian masyarakat.2. Bagi British, hal ini bagi memastikan

    pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya

    di Tanah Melayu.

    3. Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di TanahMelayu bermula sejak 1949 apabila timbul

    kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum

    berbincang untuk kepentingan bersama 

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    4/46

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    5/46

    1) 

    Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau CommunityLiason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949.

    2) CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh parapemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu.

    3) Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara

    kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum.

    4) Peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orangMelayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn binJaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh TanCheng Lock.

    5) Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lainseperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah.

    6) CLC telah mengadakan beberapa rundingan .

    A. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    6/46

     7) UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu

    dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpinkaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui,seperti:

    ! Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan

    Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran!  Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa

    Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantardiwujudkan

    ! Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis

    Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan 

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    7/46

     8) Hasil rundingan dilaksanakan selepas tahun 1951.

    9) Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasamakaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    8/46

    B. Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum 

    1) 

    Menjelang pertengahan tahun 1940-an hingga ke ambangkemerdekaan, parti-parti politik di Tanah Melayumemperlihatkan usaha-usaha ke arah kerjasama antara kaum.

    2) Parti-parti politik yang terlibat dalam usaha menjalinkankerjasama kaum ialah:

    ! UMNO 1946 – pimpinan Dato’Onn bin Jaafar danTunku Abdul Rahman

    ! MIC 1946 – Pimpinan K.L. Devaser

    MCA 1949 – Pimpinan Tan Cheng Lock! IMP 1951 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar! PAS 1951 – Pimpinan Hj. Ahmad Fuad! Parti Negara 1954 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    9/46

    Tan Cheng Lock, pemimpin parti AMCJAdan kemudiannya mengetuai MCA

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    10/46

     3) Semasa di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, UMNO

    telah bersetuju menerima cadangan Jawatankuasa HubunganAntara kaum untuk melonggarkan syarat kerakyatan kepadaorang asing.

    4) Dato’ Onn juga mencadangkan supaya UMNO dibuka keahliannyakepada semua kaum, tetapi mendapat tentangan daripada

    ahli-ahli UMNO.

    5) Dato’ Onn turut mencadangkan Sistem Ahli yang memberipeluang pentadbiran kepada penduduk pelbagai kaum.

    6) Apabila UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliautelah menubuhkan Parti Perikatan yang menggabungkan parti

    pelbagai kaum untuk menghadapi Pilihan Raya 

    Majlis Perundangan 1955.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    11/46

     7) UMNO pernah membentuk pakatan dengan MCA untuk

    menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952.

    8) MIC memberi sokongan terhadap perjuangan Dato’Onn danIMP yang mengasaskan kerjasama pelbagai kaum dalam sebuahparti politik.

    9) MIC akhirnya menganggotai Parti Perikatan pada tahun 1955.

    10) MCA telah mewujudkan pakatan MCA-UMNO pada tahun 1952dan menyertai Perikatan UMNO-MCA 1954 dan kemudiannya

    Parti Perikatan 1955.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    12/46

     

    11) Independence For Malaya Party (IMP), PAS dan Parti Negaramerupakan parti-parti yang menegakkan kerjasama kaum dalamsatu parti politik . Walau bagaimanapun PAS hanya menerimakeanggotaan pelbagai kaum yang beragama Islam.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    13/46

    Dato' Onn menubuhkan IMP sebuah parti pelbagaikaum selepas keluar UMNO

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    14/46

    Pendidikan Alat Pperpaduan

    1) 

    Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkanperpaduan kaum, khususnya di kalangan generasi muda.

    2) Melalui sistem pendidikan yang sama, penduduk Tanah

    Melayu akan dapat disatukan dengan perasaan taat setiamereka yang tidak berbelah bagi terhadap Tanah Melayu.

    3) Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampumewujudkan perpaduan kaum kerana pada masa itu terhadaplima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu:

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    15/46

    i. Sekolah Agama Islam:

    (a) Terdiri daripada sekolah agama, sekolah pondok danmadrasah

    (b) Bahasa Melayu atau bahasa arab digunakan sebagaibahasa pengantar

    (c) Mengajar terutamanya pelajaran agama(d) Dibiayai rakyat dan orang perseorangan(e) Bebas daripada kawalan British(f) Menyediakan pengajaran peringkat sekolah rendah dan

    sekolah menengah(g) Lepasan pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke

    Indonesia, India dan Mesir.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    16/46

    ii. Sekolah Vernakular:

    (a) Didirikan oleh Kerajaan British(b) Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar(c) Hanya di peringkat sekolah rendah(d) terletak di luar bandar(e) Suasana pembelajaran yang serba kekurangan

    (f) Awalnya kurang mendapat sambutan kerana tiadapelajaran Quran.

    (g) Lepasan pelajarnya hanya berpeluang melanjutkanpelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

    (h) Lepasan pelajar tiada peluang menjawat jawatan tinggi.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    17/46

    iii. Sekolah Vernakular Cina :(a) Ditubuhkan sejak akhir kurun ke-19 oleh pihak

    persendirian dan parti-parti politik.(b) Menggunakan bahasa Cina khususnya bahasa

    Mandarin sebagai pengantar.(c) Sukatan pelajaran, guru, buku teks di bawa dari China.(d) Tujuannya untuk mengekalkan identiti Cina di Tanah

    Melayu.(e) Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya danbahasa Cina.

    (g) Mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina.(h) Menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah

    dan menengah.(i) Lepasan sekolah berpeluang melanjutkan pelajaran ke

    pusat Pengajian Tinggi di China.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    18/46

    iv. Sekolah Vernakular Tamil:

    (a) Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawabsosial

    (b) Menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar(c) Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan

    India

    (d) Guru dibawa dari India(e) Persekitaran belajar serba kekurangan(f) Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah

    rendah.(g) Kurang mendapat sambutan kerana lebih suka

    anak-anak membantu di ladang.(h) Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    19/46

    v. Sekolah Vernakular Inggeris

    (a) Ditubuhkan sejak kurun ke-19 oleh mubaligh Kristian(b) Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.(c) Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan

    tenaga pekerja rendah di sektor kerajaandan swasta.

    (d) Didirikan di bandar-bandar(e) Pelajar lepasannya berpeluang melanjutkan pelajaran

    Ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara.(f) Pelajar lepasan sekolah ini juga berpeluang menjawat

    tinggi(g) Dipandang tinggi oleh masyarakat.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    20/46

     4) Perbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik,

    ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalangperpaduan kaum.

    5) Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal danmengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing.

    Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh memudahkankomunikasi.

    6) Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabilaberlaku penyusupan fahaman komunis melalui sekolah-sekolah

    Cina.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    21/46

     

    7) Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjanasemangat perpaduan, beberapa laporan pelajaran telahdiadakan.

    8) Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untukmelahirkan satu system pendidikan kebangsaan supayapelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka kepadaTanah Melayu.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    22/46

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    23/46

    i) Laporan Barnes 1951

    (a) Sekolah adalah wajib(b) Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar

    (c) Sekolah Menengah dan universiti menggunakanbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar(d) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang

    pelajar yang memohon(e) Sistem latihan perguruan yang sama(f) Sistem peperiksaan dan sistem nazir yang sama

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    24/46

    ii) Laporan Fenn-Wu 1951

    (a) Menolak cadangan Penyata Barnes keranamahu terus mengekalkan identiti sistempendidikan Vernakular Cina.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    25/46

    iii) Ordinan Pelajaran 1952

    (a) Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu(b) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan

    bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

    (c) Sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihanperguruan, dan sistem nazir adalah sama

    (d) Pendidikan sekolah rendah adalah wajib.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    26/46

    iv) Laporan Razak 1956

    (a) Mengadakan sistem sekolah umum denganbahasa Melayu sebagai bahasa Pengantardi sekolah rendah dan sekolah menengah.

    (b) Pendidikan rendah adalah wajib

    (c) Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan ,latihan perguruan, dan sistem nazir adalahsama.

    (d) Pentadbiran pendidikan adalah berpusat.(e) Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang

    pelajar yang memohon.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    27/46

     

    1. 

    Keempat-empat laporan pendidikan itu mempunyai

    satu hubungan yang jelas antara satu sama lain.2. Penyata Barnes telah menjadi asas laporan-laporanpelajaran yang lain, dan telah diperakui oleh OrdinanPendidikan 1952.

    3. Walau bagaimanapun, Laporan Fenn-Wu telahmenolak menolak penggunaan bahasa Melayu danBahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar , danmenuntut bahasa mandarin menjadi pengantar disekolah Cina.

    Dengan itu, Laporan Fenn-Wu telah mengekalkansekolah aliran Cina sebagai satu sistem pendidikan

     yang tersendiri.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    28/46

    4. Keadaan ini menyebabkan matlamat memupukperpaduan melalui sistem pendidikan tidak

    terlaksana.

    5. Penyata Razak 1956 telah menerima Penyata Barnestetapi demi tolak ansur politik, penyata ini

    membenarkan penggunaan bahasa pengantarvernakular sepuluh tahun selepas merdeka.

    6. Sekolah vernakular akan beransur-ansur menjadisekolah umum yang akan menggunakan bahasakebangsaan, bahasa Melayu.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    29/46

    7. Dengan pelaksanaan Penyata Razak mulai tahun1961, sistem pelajaran kebangsaan semakin menjadirealiti.

    8. Ciri-ciri perpaduan melalui pendidikan dapat dilihat

    melalui:a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

    bagi melahirkan perpaduan di kalanganrakyat

    b) Mengadakan bahasa pengantar yang seragambagi sekolah rendah, menengah dan universiti.c) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem

    pentadbiran yang sama dan berpusat.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    30/46

    4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri  

    1) 

    Kerajaan British menetapkan perpaduan kaumsebagai prasyarat bagi Tanah Melayu untukberkerajaan sendiri.

    2) Kerjasama kaum akan menjamin perpaduan rakyatdan seterusnya menjamin kepentingan ekonomiBritish di Tanah Melayu tidak terjejas.

    3) Justeru sejak 1951, British menekankan kerjasamakaum dalam setiap langkah ke arah berkerajaansendiri.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    31/46

     Langkah-langkah ke arah Berkerajaan Sendiri .

    a)Sistem Ahli 1951

    i. 

    Sistem Ahli merupakan suatu sistem pentadbiran yang melatih orang Melayu dan kaum lain dalam

    pentadbiran Tanah Melayu.ii. 

    Diperkenalkan pada Januari 1951, hasil ideaDato’ Onn bin Jaafar yang mendapat sokongandaripada kerajaan British dan Raja-raja Melayu.

    ii. 

    Cadangan tersebut selaras dengan hasrat Britishuntuk menjalankan satu dasar yang dikenali sebagai’dekolonisasi’.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    32/46

    iv. 

    Kerajaan British berpendapat Sistem Ahli akandapat mengurangkan tekanan parti Komunis Malaya

     yang sedang berusaha meluaskan pengaruhnya dikalangan penduduk Tanah Melayu.

    iv. 

    Sistem Ahli dilaksanakan selama 5 tahun setengahdan tamat pada Jun 1955.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    33/46

    Ciri-ciri Sistem Ahli:

    Satu Sistem kabinet bayangan ( seakan-akankabinet menteri di negara merdeka tetapi tidakdipilih secara pilihan raya ) yang mengandungibeberapa orang pegawai tadbir atau tokoh

    masyarakat."

     

    Anggotanya dikenali sebagai Ahli. Misalnya,Ahli Pelajaran ( Menteri Pelajaran)

    Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British

    dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    34/46

    " Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota,

    iaitu:

    5 penduduk Tanah Melayu" 3 Melayu"

     

    1 Cina" 

    1 India" 4 pegawai British

    " Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruh JayaTinggi British.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    35/46

    Ahli-ahlinya :

    Nama Portfolio

    Dato’Onn bin Jaafar Ahli Hal-Ehwal Dalam Negeri1951-1955

    Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah dan

    Perlombongan 1951-1954Tunku Yaacob AlmarhumSult.Abdul Halim Shah

    Ahli Pertanian danPerhutanan 1951-1955

    E.E.C. Thuraisingham Ahli Pelajaran 1951-1955

    Dr. Lee Ting Keng Ahli Kesihatan 1951-1954

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    36/46

    v. 

    Pada tahun 1955, Wakil UMNO, Tun Dr. Ismail,

    Abdul Rahman dan wakil MCA, H.S.Lee telahmenganggotai Sistem Ahli.

    vi. Sistem Ahli menggambarkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Tanah Melayu. Ini adalah kerana

    ahli-ahli yang dilantik adalah gabungan pemimpin- pemimpin pelbagai kaum di negara ini.

    vi.  Sistem Ahli merupakan unsur penting dalam

    menentukan kemerdekaan yang bakal dicapaidapat diperjuangkan oleh semua pendudukpelbagai kaum.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    37/46

     

    • 

    Sistem Ahli juga memberi pendedahan kepadapenduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui

    sebuah kerajaan walaupun Tanah Melayu masihdikuasai British.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    38/46

    b. Kelonggaran Kerakyatan Persekutuan

    i. 

    Jawatankuasa Hubungan Antara kaum telah

    mencadangkan agar syarat kerakyatan PersekutuanTanah Melayu dilonggarkan.

    ii. 

    Cadangan ini bertujuan untuk memberi tarafkewarganegaraan kepada golongan imigran supaya

    mencurah taat setia sepenuhnya kepada TanahMelayu di samping mengelakkan golongan imigrandaripada terus terpengaruh dengan Parti KomunisMalaya.

    iii. 

    Cadangan ini dipersetujui UMNO, Raja-raja Melayudan kerajaan British.

    iv. Kelonggaran syarat kerakyatan ini dibuat dalamdua peringkat iaitu peringkat persekutuan danperingkat negeri.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    39/46

    v. Di peringkat persekutuan, kerakyatan dilonggarkandengan tiga cara, iaitu:

    # secara kuat kuasa undang-undang ( operation of law)# secara permohonan (application)#

     

    Secara naturalisasi ( naturalization)

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    40/46

    KELONGGARAN SYARAT KERAKYATAN PERSEKUTUAN.

    Secara Kuat KuasaUndang-Undang (Operation of law) 

    # Seorang rakyat raja di negeri Melayu

    Seorang warganegara British dankoloni-koloninya (Hong Kong, Australia,New Zealand, India dan Burma ) yanglahir di Negeri-negeri Selat.

    Secara Permohonan 

    ( Application) 

    Seseorang warganegara British dan

    koloni-koloni yang berumur 18 tahun,berkelakuan baik, dan bersediamengangkat sumpah taat setia kepadaPersekutuan.# Kerakyatan ini diberi oleh Pesuruhjaya

    Tinggi kerana telah berjasa dengan TanahMelayu.

    Secara Naturalisasi (Naturalization) 

    # Seseorang warganegara British dankoloni-koloni yang telah menetap dinegeri ini selama 10 tahun daripada 12

    tahun berturut-turut.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    41/46

    vi. 

    Kerakyatan di peringkat negeri yang telahdilonggarkan dikenal sebagai Kerakyatan Negeri1951.

    Tujuannya bagi melahirkan perpaduan di kalanganpenduduk negeri-negeri Melayu.

    vii. Kelonggaran bertujuan mengiktiraf golonganimigran sebagai rakyat raja Melayu.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    42/46

    viii. Syarat-Syarat Kerakyatan Negeri 1951

    Syarat Kuat Kuasa Undang-

    Undang

    Secara Permohonan 

    Orang asli di negeri-negeriMelayuSeorang melayu dilahirkan di

    negeri MelayuSeorang bukan Melayu yangdilahirkan di negeri itu dansalah seorang daripada ibubapanya dilahirkan di

    Persekutuan Tanah Melayu.

    Seorang yang telah berumur21 tahun,dilahirkan di negeri itu,

    berkelakuan baik,mengangkat sumpah setiakepada raja, danmelepaskankewarganegaraan asal.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    43/46

    ix. Perubahan syarat kerakyatan ini menyebabkanrakyat Raja Melayu bukan sahaja terdiri daripadaorang Melayu dan orang asli, bahkan juga golonganimigran. Inilah asas penting sebuah kerakyatankebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

    x. Sebagai tukar ganti kepada persetujuanorang-orang Melayu terhadap kelonggarankerakyatan persekutuan dan negeri itu, KerajaanBritish telah menubuhkan Lembaga Pembangunan

    Industri Desa atau Rural Industrial DevelopmentAuthority (RIDA)

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    44/46

    xi. Penubuhan RIDA adalah untuk membantumeningkatkan taraf sosioekonomi orang-orangMelayu di luar bandar.

    xii. Dato’Onn telah dipertanggungjawabkan menjadi

    pengerusi RIDA yang pertama.

    xiii. RIDA kemudiannya digantikan dengan MajlisAmanah Rakyat (MARA) pada 1966 dan

    berkekalan sehingga kini.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    45/46

    c) Pembentukan Parti Perikatan

    i. 

    Pembentukan parti perikatan merupakan satuusaha parti-parti politik pelbagai kaum bekerjasamauntuk mendapatkan kemerdekaan.

    ii. Pemimpin UMNO, MCA, MIC berpendapatpenubuhan Perikatan akan mewujudakn perpaduandan keharmonian pelbagai kaum.

    iii. Prinsip kerjasama antara parti politik lebih diterimaumum berbanding kerjasama pelbagai kaum dalamsatu parti yang pernah diperjuangkan olehDato’ Onn melalui IMP dan Parti Negara.

  • 8/17/2019 Sejarah bab-4-ting-3

    46/46

    The End

    Disediakan oleh:

    Pn Vithia