Satelit Di Angkasa

download Satelit Di Angkasa

of 11

Transcript of Satelit Di Angkasa

Satelit di angkasa

Satelit di angkasa

Menurut Kamus Dewan, satelit bermaksud sesebuah objek yang bergerak dan beredar mengelilingi sebuah objek yang lain. Dalam istilah astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang bergerak mengelilingi suatu lain yang lebih besar dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Contohnya, bulan merupakan satelit kepada bumi atau bumi dan planet-planet lain merupakan satelit kepada matahari.Satelit mengikut ilmu astronomi (WIKIPEDIA), satelit merupakan suatu objek diangkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Satelit memerlukan teknologi yang unik dan tahan lasak bagi membolehkan ia bertahan sewaktu proses pelancaran dan menghadapi cuaca yang estrim. Satelit juga terpaksa perlu mengekalkan orientasinya atau menghadap pada arah yang tertentu bagi menjayakan misinya. Satelit perlu mengekalkan suhu yang bersesuaian ketika berada dalam keadaan panas menghadap matahari dan keadaan sejuk di ruang angkasa. Ia juga mestilah mampu bertahan dengan tahap radiasi yang tinggi dan pelanggaran dengan mikrometeoroid. Kebanyakan satelit dilengkapi dengan onboard komputer bagi mengawal operasi dan misi satelit tersebut.Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menghantar satelit ke angkasa iaitu TiungSAT, MeaSAT dan RazakSATTM.Terdapat pelbagai jenis satelit yang telah dihantar ke angkasa.Jenis Jenis Satelit

Terdapat beberapa jenis dan kategori satelit yang kini digunakan dan berada di ruang angkasa dan bulan .Antaranya adalah seperti berikut:

i) Satelit astronomi satelit yang digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek dalam sistem solar yang lain.

ii)Biosatelites satelit yang menempatkan objek atau organisma hidup bagi tujuan penyelidikan saintifik.

iii) Satelit Komunikasi satelit yang ditempatkan bagi kegunaan tele komunikasi.

iv) Satelit pandu arah satelit yang digunakan untuk tujuan meteorlogi dan pemantauan perubahan iklim.

v) Satelit cuaca satelit yang digunakan untuk tujuan meteorlogi dan pemantauan perubahan iklim.

vi)Satelit ketenteraan satelit komunikasi dan satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera dan perisikan.

vii)Satelit kecil satelit yang bersaiz kecil seperti satelit mini (200 -500 kg), satelit mikro (10-200kg) dan satelit nano (bawah 10 g)

viii)Stesen angkasa struktur bagunan yang dibina yang membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini direka bagi membolehkan manusia tinggal selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun. Contohnya, Internasional Space Station (ISS).

Internasional SpaceStation (ISS)Sejarah Satelit

Sejarah mengenai satelit bermula dengan pelancaran Sputnik 1 milik Soviet Union pada 4 Oktober 1957 bagi Program Soviet Sputnik.Ini merupakan permulaan kepada persaingan dalam eksplorasi angkasa dan teknologi satelit dalam perang dingin di antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Kemudian, Sputnik 2 telah dilancarkan pada 3 November 1957 yang turut membawa seekor anjing bernama Laika. Amerika Syarikat mula melancarkan satelitnya , iaitu Explorer 1 pada 1 Februari 1958 sebagai respon kepada pelancaran Sputnik 1.

Sebelum ini , terdapat beberapa penulisan fiksyen dan teori mengenai eksplorasi ke angkasa dan bulan.Antaranya adalah seperti karya The Brick Moon oleh Edward Everett Hale pada tahun 1869,karya The Exploration of Cosmic Space by Means of Reaction Devices oleh Konstation Tsiolkovskly pada tahun 1903, karya The Problem of Space Travel The Rocket Moto oleh Herman Potocnik pada tahun 1935 dan artikel Wireless World oleh Arthur C. Clarke pada tahun 1945.Komunikasi satelit akan terus memainkan peranan penting pada jaringan telekomunikasi. Satelit sebagai salah satu sarana komunikasi yang penting didunia ini terus berkembang sesuai dengan aktiviti kehidupan manusia. Satelit adalah benda yang mengorbit benda lain dengan periode revolusi dan rotasi tertentu. Ada dua jenis satelit yakni satelit alam dan satelit buatan. Pada umumnya satelit telekomunikasi lebih dikenali sebagai objek buatan manusia yang ditempatkan di ruang angkasa bagi melaksanakan tugasan dan bergerak mengelilingi bumi.

Sejarah Satelit KomunikasiSatelit komunikasi telah bermula dengan pelancaran Sputinik pada 4 Oktober 1957 (contohnya pemancar beacon,tiada keupayaan perkhidmatan komunikasi). Satelit komunikasi pertama yang berfungsi telah dilancarkan pada Julai 1962(Telstar 1) & pada May 1963 (Telstar 11). Satelit Geo pertama pula merupakan satelit Syncom 111 dilancarkan pada Ogos 1964 (dilengkapi satu saluran TV dan beberapa keupayaan sambungan telefon berbentuk 2-hala) pada 180o E.Satelit DBS pertama merupakan TVSAT yang dilancarkan pada tahun 1987.Satelit komunikasi merupakan satelit artificial ditempatkan di angkasa yang bertujuan sebagai telekomunikasi. Satelit komunikasi moden menggunakan pelbagai jenis orbit termasuk orbit geosegerak, orbit Molniya serta orbit eliptikal dan orbit Bumi rendah.

Sistem satelit menggunakan frekuensi gelombang mikro di dalam jalur antara 1-50 GHz.Kelemahan disebabkan oleh faktor hujan amat signifikan bagi frekuensi >10 GHz. DiMalaysia, pembekal perkhidmatan Astro telah menggunapakai sistem yang direka khusus untuk meningkatkan kuasa bagi sistem penghantaran signal satelit bagi mengatasi masalah ini.Satelit komunikasi merupakan kunci dalam era globalisasi masakini dan peranan komunikasi adalah menjadi penting.Oleh yang demikian,Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa (SATD) yang ditubuhkan pada tahun 2007 adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagi memastikan negara dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi dari teknologi angkasa di dalam seluruh bidang dan sektor pengguna di Malaysia secara optimum dan selamat.

Kesan Pelancaran Satelit

Kebanyakan satelit yang dibangunkan menjurus kepada aktiviti kajian dan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Tidak kurang juga yang digunakan bagi tujuan pemantauan, pemetaan dan komersial. Perkembangan yang pesat dalam teknologi angkasa lepas ini dikatakan mampu memberi perkembangan positif terhadap pemeliharaan dan pembangunan di bumi.

Namun begitu, ini juga turut memberi kesan negatif terhadap ruang angkasa iaitu kesesakan ruang angkasa dengan space debris berbanding bilangan satelit yang masih berfungsi. Lambakan space debris ini bukan sahaja memberi ancaman kepada penduduk di bumi malah mampu memberi ancaman kepada satelit-satelit dan kapal angkasa yang berada do orbit. Walaupun isu mengenai space debris ini dibincagkan dalam pelbagai forum di peringkat antarabangsa, bilangan space debris ini dikatakan semakin bertambah. Dianggarkan berat space debris yang telah dikesan adalah 5500 tan.

Salain daripada space debris, satelit-satelit ketenteraan dan perisikan yang dilancarkan turut memberi ancaman keselamatan Walaupun satelit ini bertujuan untuk menjaga keselamatan negara tertentu, namun inya masih boleh digunakan untuk memantau negara-negara lain dan ini turut mengundang kepada isu keselamatan dan berdaulat.Sehingga kini, tiada panduan dan penguatkuasaan mengenai kawalan terhadap aktiviti satelit-satelit jenis ini kerana sukar untuk pembuktian terhadap tindakan tersebut.RANGKAIAN PENGAWASAN ANGKASA (SPACE SURVEILLANCE NETWORK)

Rngkaian Pengawasan Angkasa Amerika Syarikat (Space Surveillance Network SSN) telah diwujudkan bagi memantau pergerakan dan aktiviti objek-objek di angkasa sejak tahun 1957. Semenjak itu, SSN telah mengesan lebih daripada 26,000 objek di angkasa. Pada masa ini, SSN telah mengesan lebih 8000 objek buatan manusia di angkasa. Daripada bilangan tersebut, terdapat juga objek buatan manusia yang telah jatuh ke bumi, sama ada terbakar di atmosfera ataupun terhempas di bumi atau laut. Hanya tujuh peratus daripada bilangan objek buatan manusia tersebut yang masih beroperasi (satelit), manakala bakinya merupakan space debris iaitu objek buatan manusia yang tidak berfungsi dan menjadi sampah di ruang angkasa.

Malaysia telah melancarkan dua satelit, iaitu satelit komunikasi, Measat 3A dan satelit pantau bumi dan RazakSat.

MeaSAT

Malysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT adalah satelit swasta pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh Measat Satellite System Sdn.Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn.Bhd.

Dengan pembelian Sitem MeaSAT, Malaysia kini telah mengambil langkah yang penting dalam peningkatan infranstruktur dan sistem komunikasi negara negara. Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung ke rumah (DTH Direct To Home) yang pertama di Malaysia dan juga perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii dan dari Jepun ke Australia Timur.

Di antara perkhidmatan DHT adalah memancarkan program-program televisyen dan program-program televisyen dan program-program pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil. Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuklah perkhidmatan telefon, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan.

Satelit pertama telah dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane pada 12 Januari 1996 dari Kourou, French Guina. Pelancaran satelit kedua pula telah dilakukan pada 13 November 1996 juga menggunakan roket Ariane. Selain itu, HSC juga telah membekalkan alat kelengkapan untuk stesen pengawasan satelit di Pulau Langkawi, Malaysia serta melatih jurutera-jurutera Malaysia untuk mengawal dan mengoperasi satelit. Model MeaSAT Hughes 376 ini mempunyai tiga kelebihan jika dibanddingkan dengan versi lazim yang lain.1. Ia dapat memberikan lebih 40 peratus kuasa % dash iaitu melebihi 1200 watt dengan menggunakan sel-sel solar gallium arsenide berbanding dengan menggunakan silikon. MeaSAT 1 merupakan satelit komunikasi komersial yang pertama menggunakan sel-sel solar gallium arsenide.

2. Antena ringan dengan bentuk gandaan tinggi (high-gain shaped) buatan HSG digunakan buat pertama kalinya untuk MeaSAT Hughes 376.

3. MeaSAT menggunakan sistem pendorong bipropellant dan bukannya monopropellant bagi meningkatkan kecekapan pengawalan ketinggian dan kemaskinian stesen. Measat- 1dijangka untuk beroperasi selama 12 tahun manakala MeaSAT -2 selama 11 tahun.MeaSAT-3 merupakan satelit terbaru yang dibangunkan oleh Boeing satellite Systems Internasional Inc dan dilancarkan dengan menggunakan proton Breeze M.Ianya beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada negara-negara Asia, Australia, Timur Tengah, Eropah Timur dan Afrika Timur.

Satelit seterusnya yang akan dilancarkan pada awal tahun 2009 ialah MeaSAT-3a. MeaSAT -3a dibangunkan oleh Orbital Science Corporation dan dijadualkan untuk dilancar oleh Zenit-3 SLB.

Ilustrasi satelit komunikasi Measat 3A milik Malaysia.

Satelit pantau bumi RasakSAT milik Malaysia

Kelebihan Satelit Komunikasi

Kelebihan yang terdapat pada satelit ternyata memberikan faedah kepada kita semua dalam menjalani kehidupan harian. Siaran televisyen dan radio, jaringan telekomunikasi, penggunaan Global Positioning System (GPS) untuk panduan perantauan yang tepat serta penggunaan internet, kesemuanya menghubungkan manusia di antara satu sama walau di mana mereka berada. Namundisebalik kecanggihan yang dinikmati ini, terdapat keburukannya apabila ia disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.Aktiviti yang dijalankan dalam bidang satelit komunikasi

Selain itu, bagi menyumbang kepada perkongsian pengetahuan, sebuah pusat sumber maklumat berkenaan satelit komunikasi diwujudkan :

Satelit komunikasi telah bermula dengan pelancaran Sputinik pada 4 Oktober 1957. Aplikasi satelit komunikasi adalah meluas. Sistem penyiaran menerusi satelit adalah contoh aplikasi satelit komunikasi dalam kehidupan harian.Klik untuk info berkaitan aplikasi satelit komunikasi.

Satelit membolehkan komunikasi diwujudkan dengan jarak yang lebih jauh dan dalam komunikasi satelit bertindak sebagai pengulang .Klik untuk sistem asas komunikasi satelit

ANGKASA kini sedang melaksanakan Projek Pembangunan Satelit Komunikasi Negara. Projek ini dapat menyadiakan perkhidmatan jaringan dan komunikasi satelit yang selamat kepada Kerajaan Malaysia termasuk aplikasi-aplikasi pertahanan awam .Klik untuk info berkaitan Program Pembangunan Satelit Komunikasi Negara.

Aplikasi Satelit Komunikasi.Satelit buatan bumi telah digunakan selama lebih 40 tahun dan satelit komunikasi merupakan sebahagian unik dari kehidupan rutin harian yang berkhidmat kepada berbilion-bilion orang dan memberikan akses kepada pelbagai jenis telekomunikasi seperti suara, data dan aplikasi video. Satelit komunikasi dapat menyediakan

1. Pendidikan Jarak Jauh

2. Hiburan Penyiaran melalui satelit menawarkan pelbagai program untuk paparan kepada pelanggan termasuk program-program tempatan dan asing.

3. Mampu memberikan perkhidmatan kepada orang awam di kawasan luar bandar di mana rangkaian komunikasi terestial tidak wujud dengan menyediakan perkhidmatan telefon.

4. Dalam bidang ketenteraan, menyediakan rangkaian komunikasi yang lasak dan canggih.5. Berkeupayaan untuk menyediakan komunikasi ketika sistem terestial gagal akibat bencana seperti gempa bumi, banjir letusan gunung berapi kemarau, siklon, tanah runtuh dan wabak penyakit.

6. Tele-Perubatan

Perkhidmatan komunikasi satelit dikategorikan sebagai berikut:

Perkhidmatan Satelit Penyiaran . Sistem penyiaran menerusi satelit digunakan bagi tujuan pengagihan isyarat video dan juga audio. Sistem ini menggunakan Ku-Band dan perambatan gelombang secara Isquo,circular polarization&.rsquo,akan tetapi penggunaan Ku-Band masih digunakan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan.

Contohnya Astro merupakan penyelia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia yang menggunakan Ku-Band bagi sistem pemancaran dan transponder dari sistem satelit MeaSAT.

Selain itu servis VSAT (very small aperture terminal) yang menggunakan C-band dan penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding Ku-B. Contoh perkhidmatan ini, ia menyediakan liputan di kawasan yang luas.Selain itu, ia menawarkan sistem komunikasi tanpa sempadan dan dapat digunakan di kawasan terpencil seperti di pelantar minyak di tengah lautan dan stesen di tengah hutan belantara.

Disamping itu, penggunaan VSAT juga ialah dalam jalur rendah adalah sistem pembayaran menerusi kad kredit manakala bagi jalurlebar adalah perkhidmatan internet VolP dan video menerusi satelit

Perkhidmatan ini melibatkan sistem komunikasi antara terminal-terminal mudah alih menerusi rangkaian satelit. Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh pengguna maritim dan juga di daratan yang melibatkan jarak penggunaan komunikasi yang jauh, cepat dan dapat disediakan dengan mudah. Telefon satelit adalah sejenis telefon mudah alih yang dihubungkan kepada satelit dimana mengikut kebiasaanya disambung pada pemancar di bumi. Kawasan liputan telefon satelit mampu merangkumi keseluruhan bumi atau kawasan tertentu bergantung kepada rekabentuk sistem.

Contoh imej yang diambil menggunakan satelit

BIBLIOGRAFIwww.majalah sains.com/2010/10/sumbangan-teknologi-angkasa-lepashttp://.fisikanet.go.net.

http://Ilrs.gsfc.nasa.gov/satellite_missions http://hyperphysycs.phy-astr.gsu.eduREFLEKSI

PAGE 11