Sang Gagak Yang Bijak

download Sang Gagak Yang Bijak

of 1

Transcript of Sang Gagak Yang Bijak

  • 8/17/2019 Sang Gagak Yang Bijak

    1/1

    Gagak yang Bijak 

    Pada suatu ketika dahulu, berlaku musim kemarau yang sangat teruk dan

    telah berpanjangan selama berbulan lamanya. Sang Gagak yang kehausan

    terbanglah ke sana sini mencari air untuk melegakan tekaknya.

    Setelah beberapa kali terbang mengelilingi kawasan untuk mencari

    air, Sang Gagak pun hinggap pada dahan pokok untuk berehat.

    ”Aduh, letihnya. Berkali-kali aku terbang meninjau ke seluruh

    pelusuk tempat tetapi tidak juga ku temui air.”

     iba-tiba, mata Sang Gagak ternampak satu silauan cahaya dari

    tegah padang tanah yang kering kontang. Sang Gagak pun mengambil

    keputusan untuk terbang menghampiri tempat itu.

    Alangkah gembiranya Sang Gagak apabila mendapati bahawa

    silauan cahaya itu merupakan sebiji botol kaca yang mengandungi air di

    dalamnya. Sang Gagak pun cubab memasukkan paruhnya ke dalam botol.

    ”Alahai, tidak sampai pula paruhku ini untuk minum air dalam botol

    ini. Apa yang harus aku lakukan!” kata Sang Gagak sambil ber"kir jalan

    untuk mendapatkan air dalam botol kaca itu. #ilihatnya sekeliling kawasan

    itu.

    ”$aa... Aku sudah tahu.” Sang Gagak pun mengambil seketul batu

    kecil dan memasukkannya ke dalam botol kaca itu. Paras air pun

    meningkat. Sang Gagak pun mengulangi perbuatan tersebut sehingga

    paras air naik ke aras dimana Sang Gagak boleh meminum air tersebut.

    $aus Sang Gagak pun hilang. Sang Gagak pun terbang pulang ke

    sarangnya.