Rukun Iman

13
HUBUNGAN ANTARA ALLAH,MASYARAKAT DAN KEHIDUPAN.

description

Rukun Iman

Transcript of Rukun Iman

Page 1: Rukun Iman

HUBUNGAN ANTARA ALLAH,MASYARAKAT

DAN KEHIDUPAN.

Page 2: Rukun Iman
Page 3: Rukun Iman

Beriman kepada Allah azza wajalla bererti beri’tikad dengan tegas bahawa Allah ialah “Rabb” yang memiliki dan mencipta segala-galanya.

Dialah Tuhan yang berhak diibadatkan dengan ikhlas seperti melakukan sembahyang, puasa,doa,mengharap rahmatNya,takut kepada azabNya,menyerah diri kepadaNya.

Dialah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat sempurna dan suci bersih dari segala kekurangan.

Page 4: Rukun Iman

Beriman kepada Allah mengandungi tiga bahagian Tauhid:

a) Tauhid Rububiyyah

b) Tauhid Uluhiyyah

c) Tauhid Asma’ dan Sifat

Page 5: Rukun Iman

Beriman kepada malaikat bererti percaya secara jazam bahawa para malaikat tetap ada.

Mereka dicipta dari cahaya, mereka tidak pernah menderhakai perintah Allah, sentiasa menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Malaikat adalah sejenis makhluk Allah Azza wajalla.

Page 6: Rukun Iman

Tidak sah iman seorang hamba melainkan setelah ia beriman dengan wujudnya malaikat dan beriman dengan sifat-sifat dan amalan-amalan mereka yang diterangkan di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadith al-Syarif, tanpa menambah, mengurang dan mengubah.

Page 7: Rukun Iman

Beriman kepada Nabi dan Rasul ialah rukun iman yang ketiga.

Beriman kepada Nabi dan Rasul bererti beriman kepada para Nabi dan Rasul yang disebut di dalam al-Quran dan yang tidak disebut.

Nabi ialh lelaki yang diturunkan wahyu kepadanya dari Allah taala dan tidak menyampaikan wahyu itu kepada orang lain

Page 8: Rukun Iman

Rasul pula ialah lelaki yang diturunkan wahyu kepadanya daripada Allah dan diperintah menyampaikan wahyu tersebut kepada orang lain.

Bilangan dan nama-nama mereka tidak diketahui dengan sebenarnya kecuali Allah sahaja

Seperti mana yang kita ketahui sebelum ini bilangan para nabi dan rasul yang disebut di dalam al-Quran adalah sebanyak 25 orang.

Terdapat lima orang Rasul yang digelar Ulul Azmi: Muhammad s.a.w,Ibrahim,Musa,Nuh,Isa.

Page 9: Rukun Iman

Rukun iman yang keempat.

Bererti beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada para Nabi dan rasulnya

Sebagaimana Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka diturunkan juga kitab kepada rasul-rasul sebelumnya.

Page 10: Rukun Iman

Antara kitab-kitab yang disebutkan di dalam al-Quran ialah :

a.) Taurat : Nabi Musa a.s

b.) Injil : Nabi Isa a.s

c.) Zabur : Nabi Daud a.s

d.) Al-Quran : Nabi Muhammad s.a.w.

Page 11: Rukun Iman

Merupakan rukun iman yang kelima

Secara ringkasnya beriman kepada hari akhirat bermaksud beriman dengan apa yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Dan beriman dengan apa yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. berhubung dengan perkara yang akan berlaku setelah mati.

Page 12: Rukun Iman

Merupakan salah satu daripada rukun Islamiyyah

Rukun iman yang keenam

Siapa yang mengingkari qadar Allah dia akan terkeluar dari agama Allah, sebagaimana jelas dalam hadith riwayat Umar ibn Al-Khattab bahawa Jibril telah datang menanya Rasulullah s.a.w. mengenai iman, baginda menjawab, “Iman ialah kamu beriman kepada Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya,hari akhirat dan kamu beriman dengan qadar baik dan jahat.

Page 13: Rukun Iman

Setiap muslim wajib beriman kepada qadar Allah, : qadar baik dan jahat, manis dan pahit.

Beriman kepada qadar Allah bererti : a.) beriman kepada ilmu Allah yang

sedia kala. b.) beriman kepada masyiah Allah

yang meluluskan dan qudratNya yang syumul.