rph

7
Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Tarikh 18 Februari 2015 Hari Rabu Masa 10.30 pagi 11.30 pagi Tahun 5 Vasantham Bilangan murid ____/8 orang Unit Asas Teknologi (அஅஅ அஅஅஅ அஅ பப ) Tajuk Mereka bentuk projek eksperimental (அஅஅஅஅஅஅஅஅ அஅஅஅஅஅஅஅஅஅஅ

description

rbt

Transcript of rph

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran

Reka Bentuk Dan Teknologi

Tarikh

18 Februari 2015

Hari

Rabu

Masa

10.30 pagi 11.30 pagi

Tahun

5 Vasantham

Bilangan murid

____/8 orang

Unit

Asas Teknologi ( )

Tajuk

Mereka bentuk projek eksperimental ( )

Standard Kandungan

2.2. Memasang dan membuka kit model berfungsi secara elektromekanika berpandukan manual.

Standard Pembelajaran

2.2.1 Membaca dan memahami manual.

2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.

2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:a) menyebutkan sekurang-kurangnya 10 daripada 12 nama komponen kit model yang dipelajari secara lisan dengan betul.

b) menyatakan sekurang-kurangnya 10 daripada 12 fungsi komponen kit model yang dipelajari secara bertulis dengan betul.

Elemen Merentas Kurikulum

a) KeusahawananEK 4- Pengetahuan tentang teknologi

b) Nilai murni- Boleh berkomunikasi dengan baik, patuh pada arahan guru, Yakin

Bahan Bantu Mengajar

a) Slaid powerpoint

b) Bahan ( Kadboard, kotak mancis, penyedut minuman, batang lidi, tape, tanah liat.)

c) Lembaran kerja

d) Laptop

e) Kad manila

Pengetahuan Sedia Ada

Murid pernah melihat kereta kontrol di rumah ataupun di kedai.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

a) Lembaran Kerja

b) Penilaian secara lisan

c) Penilaian secara bertulis

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Mari menonton

Guru menayangkan video kepada murid.

Murid diminta menonton video tersebut dengan teliti.

Guru bersoal jawab dengan murid.

Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk pengajaran.

BBM: VideoStrategi P&P: Berasaskan bahan, Konteksual.KBKK: Membuat inferens dan menjana idea.Nilai: Patuh pada arahan guru, boleh berkomunikasi dengan baik.

Langkah 1

(20 minit)

Memperkenalkan komponen kit model.

Guru menunjukkan slaid powerpoint kepada murid.

murid melihat slaid powerpoint sambil membaca.

Guru menerangkan tentang komponen kit model kepada murid.

Pameran Komponen kit model kereta

Guru telah menyediakan satu pameran komponen kit model kereta dalam sebuah sudut bengkel.

Guru telah menyususn setiap komponen mengikut stesen masing-masing dan labelkannya.

Murid diminta melihat pameran tersebut secara kumpulan mengikut giliran yang ditetapkan oleh guru.

Guru membimbing murid.

Sehingga giliran kumpulan lain dikehendaki melukis satu kereta permainan dalam kertas yang diedarkan oleh guru

BBM: Sampul surat, kertasStrategi P&P: Berasaskan bahan, Konteksual.KBKK: Menjana idea, mengingat kembaliNilai: Patuh pada arahan guru, boleh berkomunikasi dengan baik, yakin.

Langkah 2

( 20 minit)

Pengenalan kepada fungsi komponen kit model.

Guru menunjukkan slaid powerpoint kepada murid.

Murid melihat slaid sambil membaca.

Guru memperkenalkan fungsi setiap komponen yang dikenalkan tadi.

Murid mendengar dan memberi respon kepada penerangan guru tadi.

Kotak Misteri

Guru mengedarkan sebuah kotak misteri yang mengandungi gambar-gambar komponen kit model kereta.

Murid dikehendaki memberi kotak misteri tersebut kepada rakan dengan iringan muzik yang dimainkan oleh guru.

Apabila guru berhenti muzik murid juga berhenti memberi kotak misteri itu kepada rakannya.

Murid yang memegang kotak tersebut memilih satu gambar daripada kotak misteri tersebut dan menyebut fungsi komponen tersebutnya.

Murid yang menjawab dengan betul akan diberi hadiah oleh guru.

BBM: Kit ProjekStrategi P&P: Berasaskan bahan, Konteksual.KBKK: Membuat inferens dan menjana idea.Nilai: Patuh pada arahan guru, boleh berkomunikasi dengan baik.

Langkah 3

(10 minit)

Latihan pengukuhan

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

Murid-murid menjawab soalan-soalan yang terdapat pada lembaran kerja pada masa yang diberikan.

Guru membimbing murid.

BBM: Lembaran kerja

KBKK : Mengimbas kembali.

Nilai: Patuh pada arahan guru, Yakin.

Penutup

(5 minit)

Merumuskan isi pelajaran

Guru membuat rumusan hasil pembelajaran pada hari ini sambil bertanya dengan murid.

Murid diberi arahan untuk mengemaskan bengkel Kemahiran Hidup.

KBKK : Mengimbas kembali.

Nilai: Patuh pada arahan guru