RPH

download RPH

of 4

description

rph matematik bulatan

Transcript of RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh:30 April 2015 (Khamis)

Masa:9.20am 9.50am (30minit)

Tahun:4

Bilangan Murid:28

Mata Pelajaran:Matematik

Bidang Pembelajaran:Ruang dan Bentuk

Tajuk:3. Bulatan

Standard Kandungan:Murid dibimbing untuk:3.1 Memahami ciri-ciri bulatan.

Standard Pembelajaran:Murid berupaya untuk:iii. Mengenalpasti bentuk bulatan serta pusat, lilitan, jejari dan diameter.

Objektif Pembelajaran:Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:i. Mengenalpasti bentuk bulatan serta pusat, lilitan, jejari dan diameter.

Pengetahuan Sedia Ada:Murid telah belajar:i. Mengenalpasti ciri-ciri bentuk 2-D. (tahun 3)

Bahan Bantu Belajar:Kad kertas, papan putih murid, pemadam, komputer riba, persembahan powerpoint dan lembaran kerja.

Nilai:Menumpukan perhatian, bekerjasama, teliti, berani mencuba dan rajin

Strategi:Berpusatkan murid dan bahan

KB:Menganalisis, menjanakan idea, membuat kesimpulan

Fasa dan MasaIsi Kandungan dan Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

1. Persediaan ( minit)

Analisis

1. Guru menunjukkan beberapa bentuk 2-D dan meminta murid untuk mengenalpasti bentuk bulatan.

2. Guru menyatakan topik yang akan diajar seterusnya.

Soalan:1. Adakah anda dapat mencari bulatan dalam?

Strategi:Berpusatkan murid dan bahan

Bahan Bantu Belajar: kad kertas

Nilai:Menumpukan perhatian, bekerjasama, teliti dan berani mencuba

KB:Menganalisis

2. Imaginasi (10 minit)Penjanaan Idea

Sintesis Idea

1. Guru menggunakan persembahan powerpoint untuk menunjukkan ciri-ciri bulatan, antaranya lilitan dan pusat.2. Guru membimbing murid untuk memahami kepentingan wujudnya pusat serta perkaitan di antara pusat dengan lilitan.

3. Guru menunjukkan suatu gambar rajah dan meminta murid untuk mengenalpasti pusat dan lilitan bulatan.

Strategi:Berpusatkan murid dan bahan

Bahan Bantu Belajar:Persembahan powerpoint

Nilai:menumpukan perhatian, bekerjasama, teliti dan berani mencuba

KB:Menjanakan idea

3. Perkembangan ( minit)Penambahbaikan

Menilai1. Guru menggunakan situasi yang ditunjukkan untuk memperkenalkan istilah diameter dan jejari.2. Guru melukis satu contoh diameter dan jejari bagi bulatan.3. Murid diberi satu kertas berbentuk bulat dan diminta untuk melukis jejari dan diameter.4. Guru menggunakan hasil murid untuk menjelaskan perkaitan diameter dengan jejari.

Strategi:Berpusatkan murid dan bahan

Bahan Bantu Belajar: Kertas bentuk bulat

Nilai:menumpukan perhatian, bekerjasama, teliti dan berani mencuba

KB:Menjanakan idea

4. Tindakan (10 minit)Amalan Berterusan

Penutup

1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid diminta untuk menghabiskannya.

2. Guru membuat rumusan tentang pengajaran.

Strategi:Berpusatkan murid dan bahanBahan Bantu Belajar: Lembaran kerja.Nilai:BekerjasamaKB:Membuat kesimpulan

Pentaksiran

Berdasarkan kepada maklum balas yang diberi semasa PdP.Hasil kerja lembaran kerja murid-murid.

Nilai dan SikapMenumpukan perhatian, bekerjasama, teliti, berani mencuba dan rajin